Anda di halaman 1dari 9

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020

PENGAJIAN KENEGARAAN (HNP 3312)

PENSYARAH : ENCIK KHAIRUL GHUFRAN BIN KASPIN


AHLI KUMPULAN
◦ Muhammad Shamsul Hamzar Bin Mohd Jalani D20192090913
◦ Saddam Bin Ikhwani D20192090933
◦ Muhammad Amir Hamzah Bin Abdul Khattib D20192090920
◦ Andrianna Athylia Anak Chundi D20192090916
◦ Ahmad Qassim Bin Zulkefli D20192090911
◦ Whileymina Injut Anak John Banyie D20192090915
TEMA : MAKANAN-MAKANAN MENARIK DI MELAKA

◦ Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang
kaum.
◦ Makanan-makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum.
◦ Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum yang
berbeza, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.
◦ Oleh itu, tidak hairanlah makanan-makanan di Malaysia mempunyai keunikkan tersendiri
mengikut negeri masing-masing.
◦ Kami sekumpulan akan menyenaraikan makanan-makanan menarik yang terdapat di Melaka.
MELAKA
Berikut merupakan senarai tempat makanan menarik di Melaka

◦ Aiskrim Durian D24 ( Aiskrim Premium Durian - Off Jalan Bukit Katil, Kampung Jabatan Duyong )
- Cuaca panas di Melaka akan membuatkan para pelancong dahaga, Oleh itu, singgah la ke Aiskrim Premium Durian. Rasanya yang
enak, walau cawannya mungkin dianggap kecil, ia tetap memuaskan hati pelanggan yang ingin mengecap nikmat durian.
◦ Nyonya Laksa ( Calanthe Art Café - 11 Jalan Hang Kasturi )
- Laksa adalah salah satu hidangan tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Melaka dan Pulau Pinang. Tidak seperti Laksa
biasa, Madam Laksa berasal dari Baba & Nyonya. Semangkuk laksa Nyonya berperisa tidak lengkap tanpa telur rebus, udang, bebola
ikan, sambal dan lain-lain.
◦ Kuih Keria ( Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil - 3123c, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan )
- Berbeza dengan kuih keria yang biasa dijual, Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil ini lebih gebu dan berkilat hasil siraan daripada gula
Melaka dan bukannya gula biasa. Sudah hampir 40 tahun menjalankan operasi, Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil ini akhirnya
berpindah operasi ke sebuah restoran di Taman Limbungan Jaya.
◦ Asam Pedas Claypot ( Asam Pedas Claypot Klebang - No.5 Medan Niaga MBMB Klebang )
- Kalau datang ke Melaka memang tak sah kalau tak makan asam pedas Melaka yang original. Sebenarnya ada terlalu banyak pilihan
asam pedas di Melaka ni dari tol Air Keroh sampailah ke Menara Taming Sari ada saja gerai asam pedas di kiri dan kanan jalan.
Singgahla ke Asam Pedas Claypot Klebang yang sangat terkenal dan saya pun dah pernah jatuh hati sampai makan dua tiga kali di
tempat yang sama.
◦ Sate ( Sate Kampung Jawa - Restoran Kg Clear, Lorong Jambatan )
- Memang tidak terkata keenakan pelbagai jenis sate ketika berkunjung ke Restoran Lineclear Kampung Jawa di Melaka. Lebih-
lebih lagi apabila menikmatinya di tebing Sungai Melaka, dapat menyaksikan pemandangan bot pelancong persiaran membawa
pengunjung setiap hari. Ada sate ayam, daging, kerang, perut dan hati, tetapi bagi penulis yang paling sedap dan istimewa ialah
sate kerang dan hati.
◦ Mee Udang ( Mee Udang Kak Rose - Batu 5 3/4 Bukit Rambai )
- Jika lalu di Kawasan Bukit Rambai wajib singgah di Mee Udang Kak Rose, size udangnya yang besar serta kesegaran udangnya
akan membuatkan para penggemar makanan laut kerap berkunjung di sini. Kepekatan kuahnya serta rasa manis di setiap hujung
gigitan udang akan menambat hati para pengunjung.
◦ Ais Kacang ( Cendol Lido - Jalan Thamby Abdullah, Bandar Hilir )
- Sudah tentu kita harus stereotaip dan memasukkan Cendol Lido yang terkenal ke dalam senarai ini. Bukan. sahaja pencuci
mulut di sini cukup baik untuk disyorkan tetapi seseorang juga harus mengalami lokasi paling terkenal di Kawasan ini. Pastikan
anda membawa rakan anda sekiranya mereka belum merasakan makanan sejuk ini.
◦ Mee Bodoh ( Mee Goreng Pak Hassan - Lot 390, Jalan Tengkera )
- Dengar nama meenya sahaja sudah menunjukkan bahawa orang Melaka bergurau agak kasar, namun ianya tidak membuktikan
yang orang Melaka ini tidak sopan. Terdapat sebuah gerai mee goreng yang sangat terkenal di Bandar Hilir Melaka. Ianya
dikenali sebagai gerai mee goreng bodoh. Pemilik gerai tersebut iaitu Encik Hassan telah mewarisi perniagaan tersebut daripada
ibunya sejak tahun 1968.Gerai ini dibuka pada setiap hari kecuali Hari Jumaat mulai jam 0800 pagi. Biasanya di sekitar pukul
1130 pagi mee goreng bodoh ini telah habis dijual. masakan tidak habis awal, pelanggannya berbaris sejak awal pagi semata-mata
untuk menikmati mee goreng bodoh.
◦ Mango Float ( Mango Float Royale – Lot 950, Km 8, Kampung Sungai Putat )
- Cendol selalu menjadi daya tarikan yang mesti dicari ketika berada di Melaka. Sekarang, anda mempunyai alternatif lain iaitu
mangga float yang terdapat di Sungai Putat di Batu Berendam. Gerai yang mula menjual minuman itu tahun lalu dipanggil
Mango Float Royale Melaka dan harus ditambahkan ke senarai tempat anda untuk mencuba semasa melawat Melaka.
◦ Roti Canai ( Roti Canai Kayu Arang – Lot 459, Kampung Bakar Batu Mukim )
- Nama gerainya sahaja sudah menarik para pelancong untuk berkunjung di sini. Menariknya, di sini semua jenis roti canainya
ditebar oleh penebar roti canai wanita dan digoreng di atas dapur atau kuali yang menggunakan bakaran kayu arang. Semua pasti
tahu, harga kayu arang kini tersangatlah mahal. Namun, pemiliknya tetap mahu mengekalkan cara masakan menggunakan kayu
arang dan keunikan rasa roti canainya yang merupakan menu utama yang sering menjadi pilihan para pelanggan yang datang dari
seluruh Malaysia.
◦ Putu Piring ( Putu Piring 1 Malaysia – Jalan Bukit Beruang, Kampung Bukit Beruang )
- Putu piring adalah kek tepung beras kukus dengan gula melaka mengisi bentuk piring. Putu piring biasanya diletakkan di atas
daun pisang dengan kelapa parut muda masin ringan di antara mereka.
Pengisian gula melaka bernilai RM1.00. Rasanya aromatik, sedap dan isi gula melaka cukup besar. Putu piring paling baik
dimakan ketika suam. Tidak enak apabila ianya sejuk
KESIMPULAN

◦ Inilah antara pilihan makanan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia yang berkunjung ke Melaka
pada hari ini. Biarpun berbeza bangsa dan agama, namun pilihan makanan di sini turut dikongsi bersama.
Tidak semestinya setiap bangsa itu hanya boleh menikmati makanan tradisi masing – masing, namun
turut boleh merasai hidangan masyarakat lain.
◦ Melaka terkenal dengan pelbagai makanan tradisi penduduknya. Kebanyakan hidangannya adalah pedas
dan berempah. Antaranya masakan asam pedas. Rugi kalau anda tidak menikmatinya. Dan pasti sekali
anda berkunjung ke Melaka anda akan datang lagi kerananya.
◦  Memang benar di Melaka kita dapat menikmati perlbagai jenis masakan hasil gabngan
kaum melayu, China, India, Baba dan Serani. diharap masakan tradisional akan
terus kekal dan diwarisi oleh anak muda. masakan nenek moyang pasti tidak akan
hilang ditelan zaman.
◦ Bagi yang beragama Islam, pastinya makanan halal menjadi keutamaan. Namun sudah ada restoran halal
yang menyajikan makanan tersebut dan boleh dimakan oleh orang Islam.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai