Anda di halaman 1dari 49

HUTAN LIPUR LATA BAYU

Hutan Lipur Lata Bayu


Hutan Lipur Lata Bayu terletak di daerah Baling,
Kedah. Kemudahan yang terdapat di sini seperti
pondok rehat, gerai makanan, tapak perkhemahan,
denai hutan dan tandas.
Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk
aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung
dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk
dikenakan kepada pengunjung.

Bagaimana Hendak Ke Sini?

Kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau


Kemudahan:

Tarikan:

Lokasi:

30 km dari Pekan Baling dan 90 km dari Bandar Alor Setar m


Jalan Baling Kuala Ketil. Hutan Lipur Lata Bayu terletak d
Hutan Simpan Rimba Teloi yang merupakan jenis hutan
dipterokarpa bukit.
Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan,
09000 Kulim, Kedah
Tel: 604 4903 760
Faks: 604 4951 660

Menara condong
Menara Condong yang terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar di jantung bandar Teluk
Intan, Perak menjulang setinggi 85 kaki (25.5 meter) dari paras bumi. Reka bentuk binaanya agak unik
dengan memaparkan keindahan seni pertukangan tradisional Cina iaitu pagoda sebagaimana binaan-binaan
yang lazim terdapat di negara China. Seimbas pandang luaran menara ini kelihatan memiliki lapan tingkat
berpandukan atap berbentuk payung yang dibina melingkari puncak menara. Tetapi hakikatnya ia hanya
mempunyai tiga tingkat sahaja. Manakala sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi
menghubungkan tingkat demi tingkat.

Royal Belum State Park / Hutan Simpan Belum

Gunung Lang Recreational Park / Taman Rekreasi


Gunung Lang

Pulau Orang Utan

Bukit merah laketown waterpark

Lost world of tambun

Sungai klah hot springs

Bukit Larut / Maxwell Hill

Air terjun ulu kenas

Taman Herba / Herb Garden

Sultan Azlan Shah Gallery

Menara Condong, Teluk Intan

Pulau Pangkor / Pangkor Island

ZooTaiping Night Safari

Gua Tempurung

Muzium arkeologi lenggong

Kellie's Castle

Taiping Lake Gardens

Lombong bijih timah,Rahman hydraulic

Kuala Sepetang

Taiping 1 Popiah pasar larut matang 2 mee udang port weld.. 3 kueytiow Doli... belakang bomba 4 Kari ikan
semilang Kole Gula.. 5 Cendol Bismillah.... pasar larut matatng 6 Satay Basri... pasar larut matang 7 Yong Taufu

Bomba... 8 Nasik Lemak Tupai...kws perindustrian Tupai 9 Nasi Goreng Puyuh kpg manggis changkat jering 10
Gulai Kari Ikan Sembilang - Plaza Tol Changkat Jering 11 Gulai Kari Ikan Sembilan Restoran jalan ke Changkat Ibol
12 Laksa buyong Taman Tasik Taiping (ikan belut) 13 Laksa buyong Bukit Gantang (ikan belut) 14 Sup Gearbox
Cafeteria/
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Kantin Penjara Taiping 15 Kuetiau/ bihun sup Wakaf Taiping 16 Pak Lang Asam Pedas - pekan 17 Cendol ansari
pekan 18 Restoran makanan kampong seberang jalan hospital taiping 19 Chickenchop dekat cimb , jalan kpg
jambu 20 Kanji Arab dekat cimb, jalan kpg jambu 21 Nasi Lemak Sotong Mattom - Petronas Kamunting 22
Beehoon sup daging tanpa tulang (daging 8 perut) abng rosli Pasartani taiping 23 Roti Jala - Warung Sudi Selera
Stesen Keretapi Taiping 24 Laksa Sotong - depan Balai Polis Pokok Asam 25 Laksa Mexico - di Kamunting/Jln masuk
Kpg Jana 26 Laksa Kuala Trong 27 Perut Sumbat Telur di Gerai 31, Densiko Nasi Padang,- bawah Bangunan Larut
Matang Taiping 28 Popiah ellla bangunan larut matangl... 29 Pasembur Kadir - gerai asal bawah Bangunan Larut
Matang, cawangan Tesco Taiping, dekat Bank Islam Taiping, Tesco Kampar, Ipoh dan beberapa tempat lagi 30
Sejenis minuman WHITE di Taiping. BLACK pun ada. 31 Cucur sekupang Pakcik Mei - di Kpg Pinang Kamunting 32
Mee Udang Banjir Mat Teh yg famous itu (peta di bawah) 33 Mee Udang Banjir Salleh (lebih hygiene)* 34 Mee Udang
- azraie rekemen Salleh stall kat pekan port weld 35 Rojak Buah Irene Taiping, Market Road sebelah Esso 36 mee
combat - pasar larut matang 37 Telapia Bakar di Simpang Traffic Light BMLTR (Bukit Merah Lake Town Resort) Kuala
Kangsar 1 laksa Pak Ngah Low Road (berhampiran sek men tsung wah) 2 laksa kalam tepi sungai perak 3 laksa
zimbo area the store 4 laksa halim Pdg Rengas 5 laksa paksu Lubok Merbau/ ptg Jumaat di pasar KK 6 laksa
haji arfan tepi sungai perak 7 bihun sup Habuna pekan sehari (jumaat, sabtu, ahad) 8 chickenchop the
cafegate (sebelah farmasi Tesa) 9 tempoyak ikan patin gerai yop Helmi tepi sungai (menu wajib) 10 kuayteow sup
ikan duri - belakang rumah Ku Tam 11 warung warisan masakan kampong - belakang stesen bas 12 restoran che an jalan daeng selili 13 restoran kak bitah - sebelah pej JKR (jln taiping-lebai2 ramai kat sini) 14 kedai makan dahya,
kak pah - deret seberang jalan stesen keretapi 15 restoran impian - Talang (tepi jalan kk-taiping) 16 restoran
manong - seberang jalan Sek Tsung Wah (Low Road) 17 restoran ibnuboss - Chandan Parit Buntar 1 cendoi - gerai
makro-mara 2 ikan keli & kembung panggang- 500 meter dari Mesjid Tinggi...belah kiri arah ke KL. 3 Char Koey
Teow Along - bertentangan dengan Taman Murni, Kampung Kedah, Parit Buntar. Bagan Serai 1 Roti canai dan
pelbagai kuih tradisi tepi jalan bendang Selinsing @ dr jalan besar masuk ke arah jalan Kuala Gula dalam
500meter. Teluk Intan 1 Mastan Ghani - mee & rojak 2 Ghulam Rasul - popular dengan nasik beryani & ayam goreng
berempah 3 Kedai Kopi Utoh (sg Manik) - Pulut + wadi barandang bawang (pulut + ikan sepat pekasam digoreng dgn
cili kering & bawang) 4 kedai cowboy...pakcik jual mee rebus 1.20 ngan air laici 20 sen.. 5 aneka gerai makan tepi
bank rakyat menghala ke hentian bas mara Ipoh 1 Sate Rose - Hentian Limau Tambun dan juga Hentian Bas
Silveritage... 2 Sate kajang - medan gopeng dan ipoh garden dekat2 tesco 3 Mee Rebus Ramly kws perindastrian
Tasek 4 Restoran Salim, KK road restoran nasi briyani dan kari kepala ikan 5 Popia SS Ali Medan Selera, taman
kanak2, dan juga di pasar2 mlm. 6 Ikan bakar dan masakan kampong caw restoran Tasik Raban dekat stadium
negeri 7 Rojak / cendol / popiah - Jalan Maxwell nak masuk manjoi 8 Nasi ganja - depan bekas stensen bas Tg
Rambutan 9 Mee kari Hj Sujak shopping complex dlm Uda Ocean 10 Restoran Sabar Menanti menjual pelbagai
jenis masakan kampong dan menu paling spesel adalah char kuayteow terletak antara bangunan JKR ipoh dan
bekas bangunan Bank Negara 11 Roti Bakar & Telur Masak Medan Selera Datuk Sagor Masjid Negeri 12 Nasi Kandar
Hussain di Medan Selera Datok Sagor bersebelahan Masjid Negeri dan boleh dinikmati seawal jam 8 pagi 13
Restoran Simpang Tiga Cita Rasa Khas Padang/Moden di Greentown 14 Perhentian Sebelah (Laybay) Simpang Pulai
menghala ke Utara (i) Nasi Ayam Basree Bustaman (ii) Nasi Goreng China (gerai baru) Gopeng 1 lemang kelamai
lemang orang Rawa yg dijual di tepi jalan (kualiti lemang jenis ni tahan lama hingga 2 bulan) Tapah 1 Warung Ikan
Bakar Transnasional dekat mesjid Tapah 2 Gerai DeSya Nasi Campur - yang terletak selepas sekolah menengah
kalau datang dari susur keluar lebuhraya. Lebihkurang 1 km dari rumah tol. Gerai ini terletak di sebelah kiri
berseberang jalan dengan Gerai Intan Tom Yam. Penunjuk jalan yang lain ialah Papan Tanda JBA.- spesel
makanan/masakan tradisi Melayu dan banyak jenis aneka pilihan lauk pauk. Lenggong 1 Ikan Bakar Talapia dll Restoran Tasik Raban 2 Mee Kari Lenggong spesel Medan Selera (dekat Shell) Selama 1 Mee Rebus - Kubu Gajah
(pagi shj). 2 roti canai depan supermarket Minat 3 restoran faizal - taman guru Tanjong Malim 1 Nasi Beratur
Tanjung Malim Ala Padang

TEMPAT MEMBELI -BELAH DI PERAK :

-Greentown Mall
-Gerbang Malam
-Jusco Kinta City Ipoh
-Ipoh Parade
-Megoplex ,Medan Gopeng
-AEON Station 18 (terbesar di asia tenggara)
-MYDIN MALL Meru Raya,(Terbesar di Malaysia)
-RTC Gopeng (Pertama di Malaysia)
-Taiping Mall
-Pasaraya TESCO Extra Ipoh
-Pasaraya TESCO IPOH
-Pasaraya TESCO Station 18
-Pasaraya TESCO Taiping
-Pasaraya TESCO Sri Iskandar
-Pasaraya TESCO Manjung
-Pasaraya TESCO Kampar
-Pasaraya GIANT Tambun
-Pasaraya GIANT Bercham
-Pasaraya GIANT Kamunting
-Pasaraya MYDIN Manjoi (akan dibuka)
-Pasaraya TF-Value Mart Sungai Siput
-Pasaraya TF-Value Mart Batu Gajah
-Pasaraya TF- Value Mart Behrang
-Pasaraya TF-Value Mart Teluk Intan
-Pasaraya Billion Silibin
-Pasaraya Billion Pantai Remis
-Pasaraya Biliion Megoplex
-Pasaraya The Store Ipoh
-Pasaraya The Store Jalan Kampar
-Pasaraya The Store Sungai Siput
-Pasaraya The Store Kuala Kangsar
-Pasaraya The Store Gerik
-Pasaraya ENCONSAVE Jalan Kampar
-Pasaraya ENCONSAVE Bnadar Baru Klebang (sedang dibina)
-dll...

Parit Buntar
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Parit Buntar
Nama samaran: PB
Koordinat:

539N 10030E

Negara

Malaysia

Negeri

Perak

Penubuhan

Kerajaan
- Yang DiPertua

Encik Khairul Amir b. Mohamad


Zubir

Kepadatan (1991)
- Jumlah

Zon masa
- Musim

148,575

MST (UTC+8)
Tidak ditetapkan (UTC)

panas (DST)

Laman web: http://mdkerian.gov.my/

Parit Buntar terletak di utara negeri Perak, bersempadan dengan Bandar


Baharu, Kedah dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Parit Buntar terletak berhampiran dengan Bagan
Serai, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Tiang. Parit Buntar merupakan pusat pentadbiran
daerah Kerian.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah

2 Wakil rakyat

3 Kemudahan Masyarakat

4 Akses dan Pengangkutan

5 Pelancongan
o

5.1 Penginapan/ Hotel

5.2 Membeli-belah & Menjamu Selera

5.3 Coffee House/ Kafe

5.4 Restoren/ Restoren Makanan Segera

5.5 Restoran

5.6 Hiburan dan Senaman

6 Hospital

7 Masjid

8 Laman parti politik di Parit Buntar

9 Pautan luar

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Sejarah nama bandar Parit Buntar berasal daripada nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar
masyarakat yang terkenal pada masa dahulu di mana beliau dan pengikut-pengikutnya telah
membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya
dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar.
Jam Besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam
besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati
kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar. Parit Buntar dihubungkan
dengan Bandar Baharu melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian. Sungai ini juga mencatat
sejarah hitam apabila pada 13 September 1972 satu tragedi feri karam telah menyebabkan seramai
27 orang terkorban majoritinya adalah murid-murid sekolah SMJK (Cina) Kerian. Dahulu di tepi
sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Gerai Terapung. Ketika itu Gerai Terapung
menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu, kedai disepanjang jalan

tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan
yang berjenama,barang keperluan pertukangan,alatan dapur dan juga barangan lain. Terdapat 6
cawangan kilang padi termasuk gudang simpanan beras milik LPN (Lembaga Padi & Beras
Negara).Terdapat dua buah panggung wayang,Panggung wayang Cathay di Jalan Syarikat
manakala Panggung wayang Kapitol di Jalan Ria. Pengangkutan awam utama sekitar tahun 60an
hingga 2005 adalah bas yang mana sebuah syarikat Red Omnibus telah beroperasi
menghubungkan pekan Tanjung Piandang melalui Sungai Bakau/Kedai Empat(Jalan Bawah)Titi
Serong (Jalan Atas),menghubungkan pekan Kuala Kurau melalui pekan Batu Lima,menghubungkan
pekan Bagan Serai dan Taiping melalui Jalan Persekutuan.Stesen bas utama dulunya berada di
hadapan Masjid Daerah Kerian,Jalan Taiping.(Koordinat 5.128458,100.489652).Selain teksi terdapat
juga pengangkutan jarak jauh seperti keretapi Tanah Melayu (KTM)(Koordinat
5.128832,100.486718)manakala sekarang telah diujudkan Hentian Raya bagi menghubungkan
bandar utama diutara Semenanjung dan Bandar Utama Semenanjung Malaysia. Ketika ini
perkhidmatan bas tempatan telah ditamatkan kerana tidak mendapat sambutan. Kegiatan sosio
ekonomi penduduk setempat majoritinya adalah petani yang mengusahakan sawah padi,sawit dan
getah manakala selebihnya sebagai peniaga dan pemakan gaji awam/swasta.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Mengikut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) 2008, peratus pengundi
kawasan parlimen P57 Parit Buntar (45,219 pengundi) ialah: Melayu: 67.0% Cina: 28.0% India:
4.9%; Lain: 0.1%.

Dalam pilihan raya 1999, kawasan ini dimenangi oleh: Dato' Dr Hassan Mohd Ali dari
parti PAS dengan majoriti sebanyak 2,094 undi.

Dalam pilihan raya 2004, kawasan ini dimenangi oleh Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid
Ngah Alias Zainal Abidin dari Barisan Nasional (UMNO) dengan majoriti 4698, menewaskan
Hasan Mohd Dato' Dr Hasan Mohd Ali.

Dalam pilihan raya 2008, kawasan ini dimenangi oleh Dr. Mujahid Yusof Rawa dari PAS
menewaskan Datuk Abdul Rahman Sulaiman dari Barisan Nasional (UMNO) dengan majoriti
7,551 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia pada 5 Mei 2013, kawasan ini sekali lagi dimenangi oleh
Dr. Mujahid Yusof Rawa dari PAS, menewaskan calon muda Barisan Nasional (UMNO)
Mua'amar Ghadafi Jamal bin Jamaludin dengan majoriti 8,476 undi. SPR melaporkan jumlah
undi berdaftar kawasan ini bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 adalah seramai 51,422,
dengan peratus keluar mengundi 86.20%.

Kemudahan Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Dewan Seri Kerian

Dewan Merdeka

Padang Bandaran

Laman Pusat Bandar

Arked Niaga Parit Buntar

Akses dan Pengangkutan[sunting | sunting sumber]


Bandar Parit Buntar terletak di tengah-tengah laluan Jalan Persekutuan 1 (Ipoh - Parit Buntar Butterwoth). Terdapat kemudahan laluan rel keretapi yang merentasi parit Buntar dan terbaru, laluan
rel keretapi elektrik berkembar yang menghubungkan Ipoh - Padang Besar.

Hentian Raya Parit Buntar

Hentian Teksi Pusat Bandar

Stesen Keretapi Parit Buntar (Pekan Lama)

Stesen Rel Keretapi Elektrik Berkembar Parit Buntar

Pelancongan[sunting | sunting sumber]


Parit Buntar tidak mempunyai banyak pusat pelancongan, pusat komersial atau tapak sejarah tetapi
ia mempunyai taman rekreasi yang tersendiri.

Taman Rekreasi Pinggiran Sungai Kerian

Taman Rekreasi Ampang Jajar

Medan Selera Jambatan Parit Buntar-Bandar Baharu

Bangunan Lama di Stesen keretapi Parit Buntar

Menara Jam Parit Buntar

(Nota..Terdapat tapak sejarah iaitu bekas kilang gula di Bagan Tiang..keluasan tapak kilang tersebut
lebih kurang 1km persegi..pada tahun 70an dulu, structure bangunan tapak kilang gula itu masih

jelas kelihatan seperti menara serombong asap..kolam penyimpanan pati gula dan batu pengisar
jenis kawi seberat lebih kurang 400-500kg..lokasi batu pengisar batu tersebut saya tahu
tempatnya..pada tahun 80an dahulu separuh bahagian dari batu pengisar berat tersebut telah pun
tenggelam ke dalam tanah..dari bentuk batu tersebut, besar kemungkinan ianya beroperasi dengan
menggunakan tenaga haiwan contohnya kerbau/lembu bagi membolehkan batu tersebut mengisar
tebu) Ngah Ibrahim adalah pengusaha awal industri tebu di Bagan Tiang..menurut cerita orang tuatua, industri tebu di kawasan tersebut musnah apabila benteng yg menghalang air masin laut dari
masuk ke ladang gula telah pecah..ini menyebabkan tebu yg ditanam menjadi masin.. info dari
Hesamudin Desa 019-6649464
Pelancongan Sekitar Parit Buntar (Kerian)

Kuala Gula Bird Sanctuary

Hutan Simpan Matang

Arowana Farm Bukit Merah

Bukit Merah Laketown Resort (tapak web)

Pantai Ban Pecah, Tg. Piandang (maklumat di MDK)

Penginapan/ Hotel[sunting | sunting sumber]


Pengunjung juga boleh menginap di beberapa hotel di Parit Buntar yang bertaraf 2 bintang dan
menikmati menu hidangan daerah Kerian yang juga disediakan di beberapa hotel di Parit Buntar.

Hotel Damai

Parit Buntar Inn

Hotel Pekan Baru

Hotel Melor Inn

Homestay Parit Buntar

Hotel Ritz Kapitol

Membeli-belah & Menjamu Selera[sunting | sunting sumber]


Pengunjung boleh membeli belah di pusat membeli-belah yang terkenal dan agak besar.
Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai menu pilihan yang disajikan dan terkenal di negeri Perak
ini.

Pasaraya Econsave

Billion Supermarket

MyDin Mall

Kerian Sentral Mall

Pasar Malam Hari Jumaat (sekitar Jam Besar)

Pasaraya Apollo

Pasar Kemboja

Coffee House/ Kafe[sunting | sunting sumber]

Old Town White Coffee

Station One Cafe

Lohas Tea Shop

Libra Coffea House

Mochado

Sass Cafe

Tutti Frutti

Coolblog

Bubble Gurt Fresh Yogurt & Tea

Yakin Usaha Cafe

Rimbunan Emas Cafe

Big Apple

Restoren/ Restoren Makanan Segera[sunting | sunting sumber]

KFC (2 cawangan)

Secret Recipe

Pizza Hut

Domino Pizza (

Restoran[sunting | sunting sumber]

Shangri-La Restaurant

Hometown Restaurant

Restoran Naseer

Restoran Nasi Kandar Ali (nasi kandar beratur)

Medan Selera Pusat Bandar

Bamboo Inn

Shunka Japanese & Fusion Foods

TAT Nasi Ayam

Along Char Koey Tiaw

Omar Char Koey Tiaw

Hiburan dan Senaman[sunting | sunting sumber]

Lotus Five Star Cinema

Pusat Karaoke Keluarga

M-Box

Diamond Gymnasium

Taman Wawasan Gymnasium

Delone Gymnasium

Art Muscle Gym & Fitness Centre

Hospital[sunting | sunting sumber]

Hospital Parit Buntar

Masjid[sunting | sunting sumber]


1. Masjid Ar-Rahmaniah, Tebok Jawa 34200 Parit Buntar
2. Masjid Daerah Kerian 34200 Parit Buntar
3. Masjid Hijau, Kampung Kedah, 34200 Parit Buntar
4. Masjid Mahyuddin Batu 5, Jalan Baru 34200 Parit Buntar
5. Masjid Parit Tok Ngah Darat 34200 Parit Buntar
6. Masjid Simpang 5 34200 Parit Buntar
7. Masjid Sungai Setar batu 2, Jalan Sempadan 34200 Parit Buntar
8. Masjid Jamek Titi Serong 34200 Parit Buntar

Laman parti politik di Parit Buntar[sunting | sunting sumber]


1. Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Parit Buntar - Laman Web

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

kuala kangsar bandar di raja laksa & cendol

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala
Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan
IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala
Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan
Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kuala kangsar juga amat sesuai di diami kerana peluang jana pendapatan yang mudah di sini, terdapat
banyak kilang & perusahaan juga perniagaan di sni, juga dengan lokasinya yang tidak berapa jauh dari
bandaraya ipoh juga dengan Bandar taiping juga manjung. Ia juga adalah Bandar yang menyatukan
pantai timur & barat, utara & selatan kerana lokasinya yg terletak betul betul di tengah tengah simpang 4
utara selatan timur barat. Ia merupakan laluan utama ke pintu masuk ke negri Kelantan sebelum melalui
gerik & jeli.

Banyak perkara menarik yang boleh anda rasai di kuala kangsar. Kuala kangsar sekarang sdang pesat
membangun dengan taman-taman perumahan baru yang sedang pesat dibina tak kurang juga dengan
premis dan pusat beli belah jimat & murah yang wujud mcm cendawan tumbuh. Antara psaraya
pasaraya murah jimat yg terkenal bermula dr kuala kangsar & sekarang sdh mempunyai cawangan di
beberapa negeri d luar perak ialah pasaraya sakan ( ingat murah ingat sakan), perniagaan wah seah
maju, pasarayaku, Ini menjadikan kuala kangsar sebagai bandar yg mempunyai daya penarik untuk
masyarakat setempat dan dari luar untuk membeli belah & shopping sakan sebab semua barangnya
murah murah seperti d pasaraya maiden

Kuala kangsar juga adalah syurga makanan bagi sesiapa saja yg gila jln jln cari makan. Di sini ada ikan
bakar d tepi sungai perak, gulai tempoyak asli juga asam pedas kualer yang menyelerakan. Kuala
kangsar juga tak jauh dari tasik raban sauk iaitu tempat penternakan ikan sungai dalam sangkar seperti
ikan talipia merah, patin, keli, jelawat & lain lain lagi. dI Tasik Raban ini terdapat byk kedai makan yg
menyediakan sajian ikan bakar fresh terbaik dari sungai!!

Di Bandar kuala kangsar juga banyak terdapat restoren sea food & masakan thai yang sedap sedap &
terkenal di sini seperti A&Z, Jimboi, Restoren Benteng, F&N, Che AM Corner , restoren kak bitah & tak
lupa juga kedai makan kak bedah di labu kubong yg menyediakan masakan paling murah di dunia !!

Paling menarik di Kuala Kangsar adalah Laksa & Cendol. Laksa Kuala Kangsar adalah antara yang
paling terkenal & terenak di Malaysia. Antara laksa yang terkenal di kuala kangsar dengan keenakkannya
ialah laksa Pak Ngah, laksa Pak Su, Laksa Lubok, laksa karim, laksa Din & lain lain tokeh laksa lagi yg
tak sempat saya tulis di sini.

Rata rata penduduk di kuala kangsar semuanya menggilai laksa kualer.. Ini di akui dgn wujudnya
berates ratus gerai & premis serta kenderaan bergerak yang menjual laksa. Anda pasti akan berjumpa
dengan penjual laksa di setiap 1 kilometer perjalanan anda di pekan kuala kangsar !! Di setiap tempat
anda pasti akan melihat orang makan laksa dan cendol dan kebanyakkan kedai laksa di kuala kangsar
pasti penuh dgn orang !!

Memang sedap makan laksa, memang tak akan pernah jemu makan laksa, hari hari boleh makan laksa,
sebab laksa dah jadi makanan ruji no 2 selepas nasik di kuala kangsar. Kalau nak tau kuala kangsar
adalah Bandar laksa paling pesat & meriah sekali di dunia !! di mana mana pun anda akan lihat orang
makan & berniaga laksa !! Ingat kualer.. ingat laksa ingat cendol !!

Kuala Kangsar Mempunyai sumber dari bumi yang banyak seperti hasil dari hutan, ladang, pertanian &
perternakan menjadikan kuala kangsar ini kaya dengan bahan mentah bagi kegunaan perniagaan lain.
Dengan bentuk muka bumi nya yg dikelilingi gunung, hutan & bukit bukau menjadikan bumi kuala kangar
subur, sejuk & selesa untuk di duduki.

Kuala Kangsar sangat terkenal di Malaysia sebgai antara pusat pengeluaran buah durian kampong
terpesat d Malaysia. Banyak buah durian kampong boleh di dapati di manong, padang rengas & kampong
laneh. ada juga buah durian yang di ambil dari kawasan berdekatan seperti dari changkat jering & bukit
gantang. Buah buah durian kuala kangsar ini rasanya sangat manis & enak dan buah buah ini sering d
tebuk tupai & serangga kecil kerana ianya dari durian kampong yang asli bebas dari sebarang baja dan
bahan kimia (original organic fruit) berbeza dgn durian kacukan yang lain di mana serangga pun tak
berani makan !!

Selain dari durian di sini juga kaya dengan rambutan, manggis, langsat, dan berbagai buah buahan
tempatan lagi di samping hasil bumi yg lain seperti petai , jering & rotan.

Penduduk kuala kangsar juga tidak jauh dari laut & pantai kerana dekat dengan lumut (teluk batik, pulau
pangkor) juga kuala sepetang di taiping. Pusat rekreasi taman tema seperti sunway wet world juga bukit
merah lake town resort juga tak jauh dari kuala kangsar. Terdapat juga tempat-tempat rekreasi yang lain
seperti sungai-sungai, lata & batu hampar (taman rekreasi ulu kenas, ulu kongsor, batu hampar kg paya
lintah), juga kolam air panas di ara panjang juga di changkat jering / trong

Bagi yang suka tempat bersejarah, anda juga boleh melawat berapa tempat yg menarik d kuala kangsar
seperti muzium di raja (tempat tersimpannya keris taming sari milik hang tuah), masjid iskandariah, istana
sultan perak, terdapat juga galeri bersejarah di bukit chandan yang anda boleh lawati juga jam besar
antik di tgh tgh bulatan antara pejabat pos dgn pasar besar kuala kangsar. Terdapat juga jambatan
termahal serta paling canggih di perak yg menyambungkan antara kampung sayong dgn Bandar kuala
kangsar. Jambatan itu sangat cantik, banyak lampu di dan menjadi tempat bercanda dan bermadu kasih
pasangan pasangan muda pada waktu malam.

Jika tidak melalui jambatan anda boleh menaiki bot tumpang ke kampong sayong. Memang seronok jika
anda mahukan kedamaian jika berkunjung ke kuala kangsar. Terdapat perusahaan membuat labu air d
kampong sayong dan ia lebih dikenali sebagai labu sayong. Labu sayong sangat terkenal di Malaysia
juga di seantero dunia. Anda boleh membeli bermacam macam jenis labu sayong baik utk perhiasan atau
pun untuk di buat bekas air minuman (bekas air masak).Air masak atau air tapisan atau air r.o kalau di
rendam dalam bekas air labu sayong kan menjadi lebih berkhasiat ,lebih manis dan boleh membuang
penyakit serta menyihatkan badan !

Jika anda berkunjung ke kuala kangsar jangan risau akan tempat bermalam. Terdapat banyak hotel,
rumah rehat, & home stay di SINI.Ada yang murah,ada juga yang mahal & ada juga yg sdh lama menjadi
tempat bersejarah seperti hotel & kedai roti double lion, rest house kuala kangsar juga safari resort
sungai perak.

Di kuala kangsar juga byk bank, klinik, hospital, juga sekolah. Antara klinik swasta yang popular & sdh
wujud sejak sekian lama ialah klinik daim (sesuai utk kanak kanak), klinik shamsudin (sesuai utk
golongan lanjut usia), juga klink dr kook (pakar sakit kulit), kalau anak bersunat anak atau sakit puan
anda boleh pergi ke poliklinik 24 jam dr sabariah.

SEkolah sekolah di kuala kangsar juga antara yg terkenal di Malaysia seperti Royal Malay College (Kolej
Melayu Kuala Kangsar), sek men Clifford, juga universiti Islam antarabangsa di Chandan Puteri.

Jadi dengan info info yang berguna seperti dia atas anda sewajarnya datang lah melawat kuala kangsar
Bandar di raja perak ini Tidak rugi anda datang ke kuala kangsar, macam macam ader Boleh shopping
murah murah & melawat tempat tempat bersejarah juga makan makan sampai perut kenyang.

Bagi yang nak berhijrah ke kuala kangsar sg sgt di alukan kerana di sini adalah tempat paling strategi utk
melayari hidup. Tanpa trafik jam, sewa rumah murah, harga rumah pun ok tak melambung sangat,
belanja harian pun murah dan senang beli, byk kedai, pasar mini & supermarket, makan senang, berjalan
pun sennag.. nak ke utara senang nak ke selatan pun senang nak ke pantai timur pun senang.. kalau nak
ke kl jem kat highway boleh shot cut ikut jln lama antara ikut sungai siput atau ikut parit..

Taiping: Jalan-Jalan Cari Makan di Taiping Perak


15-17 Jun 2012 yang lepas CM bawak pelajar CM mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Perak.
Antara tempat tumpuan kami ialah Taiping dan Kuala Kangsar.
Banyak juga tempat yang kami pergi,,,rupanya Taiping tu banyak tempat yang menarik.
Kita mulakan aktiviti kita dengan Jalan-Jalan Cari Makan....k..

Dengar cerita kawan-kawan tentang deretan Yong Tau Fu dan Sotong Kangkung di Medan Selera
Belakang Bomba Taiping ....kami pergi tengahari tak semua gerai Yong Tau Fu yg bukak,...ada 3 gerai yg
buka,,,so kami cuba......

Yong Tau Fu dan sosnya yang pekat likat,,,banyak pilihan,,,dan harganya sangat berpatutan..lebih murah
dari harga Yong Tau Fu di pasar-pasar malam di Lembah Klang..yang ni tak sampai RM 10,,banyak
tuuu...kami makan bertiga,,,,tapi sos ni sedikit maniss

Sotong Kangkung...okeyyyy cuma sosnya manis sangat

Mee Ladna,,,perrrrgh yang ni CM bagi 5 bintang...kesedapanya membuatkan walaupun dah makan Yong
Tau Fu dan sotong kangkung ,,boleh layan yang ni sampai licin,,,hmmm murah jugakk tau

Aduhaiii..rasanya ABC cenggini ada di Tepingg jerr ,,dah ler banyak,,,pas tu mewah dengan dressing n
toping....ada hiasan buah-buahan segar seperti tembikai dan jambuu gitu,,regenya baru RM 2.30

Petangnya untuk dinner kami sampai ke Kuala Sepetang,,menjejaki gerai Mee Udang yang tersohor di
Teping,,yg masuk TV dan diperkatakan orang itu,,,,masa kami sampai aduhh ramainya orangg,,,kena
tunggu turn nak dapat tempat,,,gerainya sederhana tapi sangat ramai orang disini...ada anggota RELA
mengawal lalu lintas,,kelass ko Jah!!!!!

hmmm...sampai sini dah tentu carik mee udang takkan cari nasi lemak lak,,,menu diberi kami
pilih,,hidangan kat atas tu Mee Udang Special regenya RM 15,,,meenya sejemput udangnya 7 ekor
besau-besau dan berkualiti,,,,sedappp????? ok lah udangnya segar,,,dan servicenya cepat dan tangkas.

ni nasi goreng udang,,,udangnya menyorok bawah nasi,,,sedapp jugak,,tapi nasi goreng ni namanya
Nasi Goreng Udang biasa yang istimewa mungkin lagi meletooppz

ni mee udang biasaaaa,,,regenya RM 7,,apa beza dia dgn yang special adalah jenis dan saiz
udangnya....

Kami order jugak udang celop tepung,,,,sedappp,,,

Anak-anak murid saya sarapan direstoran ini,,,nk citer restoran ni sangatlah murah dan berpatutan....30
orang minum pagi set lengkap saya hanya perlu bayar RM 67 jerr,,,kira murahlah tu,,,Restoran
Saroja,,Taman Sri Palma Kamunting Taiping..

Senarai Kedai Makanan Popular di Teluk Intan

1. Gulam Rasul (Jalan Changkat Jong)


Menu istimewa : Ayam goreng berempah,nasi briyani dan berbagai-bagai jenis gulai.
2. Restoran tepi sungai (Nasi lambai atau kedai janggut)
Menu istimewa : Ikan goreng asam,sambal kelapa dan berbagai-bagai jenis gulai.
3. Restoran Krisnan(Jalan Changkat Jong)
Menu istimewa:Ayam goreng berempah dan lauk yang betul-betul 'fresh'.
4. Restoran Nasi Kandar (Jalan Speedy)
Menu istimewa:Kari kepala ikan dan masakan dari jenis kurma.
5. Restoran Yusuffia
Menu Istimewa:Nasi kandar dan nasi briyani.
6. Kedai-kedai masakan Melayu yang 'top' (belakang Bank Rakyat Teluk Intan)
7. Mee rebus yang paling 'famous' di Teluk Intan
-Mee Rebus Mastan Ghani,mee rebus Abdullah,mee jawa Jalan Speedy
8. Rojak pasembor yang 'top' di Teluk Intan
-Rojak Mastan Ghani
9. Rojak buah No.1 di Teluk Intan
-Rojak Ah Chai (bersebelahan Pasar Teluk Intan)
10. Gado-Gado popular di Teluk Intan
-Gado-Gado Maiden (berhadapan Menara condong)
11. Roti canai dan capati paling 'top'
-Anthony roti canai (Taman Ros Teluk Intan)
12. Nasi Goreng hailam No.1 di Teluk Intan
-Restoren Joo Heng Long (berhadapan kedai Mastan Ghani)
13. Teh tarik No.1 di Teluk Intan
-Kedai kopi Pak Ya dan Kedai kopi Abg Hassan (Jalan Laksamana)
14. Laksa paling sedap dan 'top'
-Makcik Kiah Laksa (Jalan Sg.Nibong-berhampiran Geretak Besi Lama)
15. Nasi lemak paling 'top'
-Nasi lemak Nuar Udang (Kg.Terengganu,Durian Sebatang)
16. Mee rebus daun pisang
-Belakang stesen bas Teluk Intan (malam sahaja)

17. Apom balik yang 'top'


-Apom balik Malindo (Jalan Ah Cheong)
18. Kuih muih paling 'top'
-Simpang utama Kg.Bahagia
19. Air soya paling top
-Air soya simpang utama Kg.Bahagia
-Air soya Halim (Taman Ros,Teluk Intan)
20. Air mata kucing dan ABC No.1 di Teluk Intan
-(berhadapan Coliseum Teluk Intan)
21. Kuetiaw No.1 di Teluk Intan
-Restoren River View (di tepi Sg.Perak)
22. Burger yang 'top' di Teluk Intan
-Burger Adik (dihadapan Bank islam) dan *Fahme Burger Kg.Bahagia
*tidak pasti
23. Masakan Orang Minang paling 'top'
-Gerai masakan Minang di Jalan Speedy (belakang kedai mee jawa)
24. Tom yam yang 'top' di Teluk Intan
-Berkat tom yam (bangunan Skomk)
-NASA tom yam
-Tom yam Restoran River View (jalan Pintu Sepuluh)

Anda mungkin juga menyukai