Anda di halaman 1dari 7

Maklumat Taiping

Perkhidmatan Bas Ekspres


Perkhidmatan Keretapi
Perkhidmatan Teksi

Bil Nama Restoran Kategori/Jenis Makanan Alamat

1 Restoran Doli Keowteow Goreng dan Lain-lain No. 5, Regat Tupai 34000
Taiping

2 Restoran D' Mutiara Nasi kandar, Roti Jala dan lain-lain No. 36-38, Jalan Berek 34000
Taiping

3 Restoran Sri Malaysia Masakan Tempatan dan western No. 4, Jalan Sultan Mansor
34000 Taiping

4 Restoran Bumi Masakan Tempatan dan western No. 49, Jalan Kota 34000
Taiping

5 Restoran Assam Pedas Assam Pedas Masakan Kampung No. 10, Persiaran Kamunting
dan lain-lain Jalan Kamunting, 34600
Kamunting

6 Panorama Hotel Sdn. Bhd Nasi Goreng Chicken Chop (Western Food) No. 61-79, Jalan Kota 34000
Taiping

7 Restoran A. Rahman Nasi Kandar dan lain-lain No. 1, Jalan Medan Saujana 1
34600 Kamunting

8 Legend Inn Masakan Tempatan dan Western No. 2, Jalan Long Jaafar 34000
Taiping

9 Restoran Selera Malam Masakan Tempatan dan Western Jalan Kamunting Lama,
Kamunting.

Jalan Stesyen, Kamunting.

Jalan Panggung Wayang,


Taiping

10 Restoran Kamunting Timur Masakan Tempatan dan Thai Jalan Kamunting Lama,
Kamunting.

11 Gerai Mak Teh Kuala Sepetang Mee Banjir Udang Kuala Sepetang
12 Anjung Damai Kantin MPT Roti Canai + Teh Tarik RM1, Kantin MPT

Masakan Tempatan

13 Pizza Hut Pizza No. 99 (Ground Floor) & No.


101 (Ground & First Floors)
Jalan Kota, 34000 Taiping.

Kawasan Pelancongan

Muzium Perak
Institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun
1883

Lihat

Zoo Taiping/Safari Malam


Dirasmikan pada 15 Jun 2003 oleh DYMM Sultan Azlan Shah

Lihat

Kompleks Sejarah Matang


Dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim

Lihat

Destinasi Eko Pelajaran

Aktiviti Ternakan Laut


Menyediakan dan memelihara tempat pembiakan dan sumber makanan serta
perlindungan bagi pelbagai jenis hidupan laut

Lihat
Bangunan Warisan
Senibina yang sering digunakan ialah Utilitarian, Neo-Classical, Palladian, Minnan,
Moden dan sebagainya.

Lihat

Hutan Pelajaran
Memudahkan para pelajar dan penyelidik mempelajari dan membuat kajian
mengenai spesis kehidupan pokok-pokok dalam Hutan Paya Laut
Lihat

Destinasi Eko Pelancongan

Hutan Paya Laut Matang


Berkeluasan 40,446 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang
menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna

Lihat

Hutan Simpan Dara


Merupakan sebuah kawasan yang dikekalkan dalam aspek komposisi hutan
semulajadi

Lihat

Bukit Larut
Bukit Larut atau nama lainnya Bukit Maxwell. Ia terletak kira-kira 12 km
dari bandar Taiping dan lebih kurang 1036 meter dari paras laut dan
merupakan kawasan peranginan PERTAMA dan tertua di Malaysia.
PENGINAPAN
BIL. NAMA HOTEL ALAMAT NO. TEL / NO.FAKS / LAMAN WEB

Legend Inn Hotel No. 2, Jalan Long Jaafar, 05-806 0000 (T)
1. 34000 Taiping, Perak 05-806 6666 (F)
016-5235222
http://www.legendinn.com

No. 43, Jalan Medan Perwira Satu, 05-808 0000 (T)


2. SSL Traders Medan Perwira, 05-805 0999 (F)
34600 Kamunting, Perak http://www.ssltradershotel.com/

No. 61-79, Jalan Kota, 05-808 4111 (T)


3. Panorama Hotel 34000 Taiping, Perak 05-808 4129 (F)
http://www.panoramataiping.com/

Jalan Bukit Jana, P.O. Box 4, 05-883 6700 (T)


4. Taiping Golf Resort 34600 Kamunting, Perak 05-883 6296 (F)
(Jana View http://www.taipinggolfresort.com/
Kondotel)

No. 4, Jalan Sultan Mansor 05-806 9502 (T)


5. Hotel Seri Malaysia 34000 Taiping, Perak 05-806 9495 (F)
http://www.serimalaysia.com.my

No. 39,41,43, Susur Simpang, 05-847 1016 (T)


Casavilla 34700 Simpang, Taiping, Perak 05-847 1016 (F)
6. http://www.casavilla2u.com/casa-taiping/

No. 1, Lorong Koperasi 1, 05-808 2011 (T)


7. Hotel Taiping Medan Koperasi, 05-808 0211 (F)
Perdana 34000 Taiping, Perak http://hoteltaipingperdana.blogspot.com/

No. 14, Jalan Berek, 05-806 8648 (T)


8. Hotel Fuliyean 34000 Taiping, Perak 05-807 0648 (F)
http://www.hotelfurama.com.my/

9. Kamalodge Cafe & No. 7, Jalan Bukit Larut, 05-806 1777 (T)
Resort 34000 Taiping, Perak 05-806 2000 (F)

Jalan 8, Taman Sentosa, 05-805 1000 (T)


34000 Taiping, Perak 05-805 1001 (F)
10. Sentosa Villa http://www.sentosa-villa.com/

Sejarah

Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi"
dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina [6] yang
melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu
ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana
lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah
dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya
dengan sumber hasil bijih timahnyadi sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah
ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu
Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir
jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan
Kuala Sungai Limau di Trongsebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani
di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.

1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W.
Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.

1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana
terletak di tengah-tengah negeri Perak.
Binaan dan Kemudahan

Taiping mempunyai hasil binaan dan kemudahan pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering
diberi jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak [7]mahupun elektronik [8]. Diantara hasil
binaan dan kemudahan yang pertama dibangunkan di Malaysia ialah:

Bangunan Telegraf di bandar ini dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang
43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar
[9]
sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping.
Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William
Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan
tinggi tertua di Malaysia. [10]

Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari,
dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat
sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa
[11]
bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen.

Landasan kereta api yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala
Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885, dengan nilai kos
sebanyak 7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan
keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan
adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai
medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport. [12]

Muzium Perak

Penjara Taiping atau pada awalnya dikenali sebagai "Taiping Gaol" dibina pada 1879. [13]

Sekolah King Edward VII merupakan sekolah Bahasa Inggeris pertama dibangunkan pada
tahun 1883.

Taman Tasik Taiping

Zoo Taiping
Pulau Kelumpang

Pada 1987, Pulau Kelumpang diisytiharkan kawasan bersejarah kerana terdapat artifak 1000 tahun.
Artifak ini hasil ekskavasi Jabatan Muzium dan Arkib Negara. Pelbagai artifak purba ditemui.
Antaranya tengkorak manusia, rangka manusia, kubur, periuk belanga, manik hiasan dan
sebagainya. Semua bahan ini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong.

Kesan-kesan arkeologi Melayu Proto telah dijumpai di Kompartmen 11 seluas 10.3 hektar di Pulau
Kelumpang dan mempunyai 5 buah pulau kecil seluas lebih kurang antara 1 hektar hingga 3 hektar.
Tapak ini sungguh istimewa kerana merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang
wujud di Asia Tenggara.
Populasi

Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, taburan
penduduk di bandar ini adalah seramai 212,562 orang (ke-29).

Lokasi

Taiping terletak di koordinat 4.8 Utara dan 104.7 Timur.

Pekan-pekan yang berhampiran dengan Taiping ialah Aulong, Assam


Kumbang, Simpang, Trong, Sungai Tinggi, Pokok Assam, Changkat Jering, Batu
Kurau dan Kamunting.

Muka bumi

Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung
Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap
menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama
di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di
sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah
Barat. terdapat juga sebuah sekolah berasrama penuh di sini.

Pentadbiran

Daerah Larut, Matang dan Selama ditadbir dan diurus oleh 2 pihak berkuasa tempatan iaitu:

Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang

Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.

Anda mungkin juga menyukai