Anda di halaman 1dari 13

CONTOH KARANGAN FAKTACONTOH KARANGAN FAKTA"Punca Kemalangan Jalan

Raya"Punca Kemalangan Jalan Raya


Pamplr seLlap harl klLa mendengar LenLang Pamplr seLlap harl klLa mendengar LenLang
kemalangan [alan raya kemalangan lnl mengaklbaLkan kemalangan [alan raya kemalangan lnl
mengaklbaLkan banyak nyawa Lerkorbanbanyak nyawa Lerkorban1erdapaL banyak fakLor yang
menyebabkan 1erdapaL banyak fakLor yang menyebabkan kemalangan [alan raya Salah saLu
puncanya adalah kemalangan [alan raya Salah saLu puncanya adalah memandu meleblhl had
kela[uanmemandu meleblhl had kela[uan yang dlLeapkan yang dlLeapkan 8lasanya plhak
kera[aan akan meneLapkan had la[u dl 8lasanya plhak kera[aan akan meneLapkan had la[u dl
kawasankawasan LerLenLu seperLl dl bandar Apablla kawasankawasan LerLenLu seperLl dl
bandar Apablla had la[u lnl Lldak dlpaLuhl kemalangan akan berlakuhad la[u lnl Lldak dlpaLuhl
kemalangan akan berlaku Selaln lLu pemlllk kenderaan Selaln lLu pemlllk kenderaan Lldak
memerlksa Lldak memerlksa kenderaankenderaan mereka sebelum memulakan per[alanan !lka
mereka sebelum memulakan per[alanan !lka kerosakan berlaku keLlka dalam per[alanan lnl
akan kerosakan berlaku keLlka dalam per[alanan lnl akan membahayakan nyawa pemlllk
kenderaan lLu dan membahayakan nyawa pemlllk kenderaan lLu dan pengguna [alan raya laln

Slkap seseLengah pemandu men[adlkan [alan raya [alan raya sebagal LempaL
berlumbasebagal LempaL berlumba [uga amaL membahayakan [uga amaL membahayakan
Mereka Lldak mempedullkan pengguna [alanraya yang Mereka Lldak mempedullkan pengguna
[alanraya yang laln laln 1lndakan lnl mungkln akan mengaklbaLkan 1lndakan lnl mungkln akan
mengaklbaLkan berlakunya kemalanganberlakunya kemalanganSeseLengan pemandu pula
SeseLengan pemandu pula menggunakan Lelefon menggunakan Lelefon blmblL keLlka
memandublmblL keLlka memandu lnl menyebabkan pemandu lnl menyebabkan pemandu
kurang memberl Lumpuan sepenuhnya semasa kurang memberl Lumpuan sepenuhnya semasa
memandu keadaan lnl [uga boleh mengaklbaLkan memandu keadaan lnl [uga boleh
mengaklbaLkan berlakunya kemalanganberlakunya kemalangankeslmpulannya kemalangan
[alan raya berpunca keslmpulannya kemalangan [alan raya berpunca darlpada slkap manusla
dan pengguna [alan raya lLu darlpada slkap manusla dan pengguna [alan raya lLu
sendlrlkera[aan paLuL mengeLaLkan undangundang sendlrlkera[aan paLuL mengeLaLkan
undangundang [alan raya unLuk kepenLungan klLa bersama

CONTOH KARANGAN LAPORAN LAWATAN KE KUALA LUMPUR

ada cuLl penggal yang lalu sekolah kaml Lelah ada cuLl penggal yang lalu sekolah kaml
Lelah mengadakan lawaLan sambll bela[ar ke kuala Lumpur mengadakan lawaLan sambll bela[ar
ke kuala Lumpur Seramal 33 orang pela[ar dan 3 orang guru penglrlng Seramal 33 orang pela[ar
dan 3 orang guru penglrlng menglkuLl lawaLan LersebuLmenglkuLl lawaLan LersebuL
1empaL perLama yang kaml lawaLl lalah 1empaL perLama yang kaml lawaLl lalah Muzlum
negaraul sana LerdapaL banyak bahan berse[arah ul sana LerdapaL banyak bahan
berse[arah AnLara bahan LersebuL lalah kerlsLombak plngganAnLara bahan LersebuL lalah
kerlsLombak plngganmangkuk dan lalnlaln laglmangkuk dan lalnlaln lagl
Selepas lLu kaml mengun[ungl eLrosalns ul slnl ul slnl LerdapaL banyak galerl salns yang
menarlk AnLara yang LerdapaL banyak galerl salns yang menarlk AnLara yang menarlk lalah
slmulasl menalkl hellkopLer

Selaln lLu kaml [uga melawaL Zoo negara 1erdapaL banyak halwan darl luar negara seperLl
kuda belang banyak halwan darl luar negara seperLl kuda belang slnga dan unLa Palwan darl
dalam negara pula adalah slnga dan unLa Palwan darl dalam negara pula adalah seperLl
harlmau belang rusa dan orang uLanseperLl harlmau belang rusa dan orang uLan
Selepas ke zoo kaml slnggah sebenLar ke Selepas ke zoo kaml slnggah sebenLar ke 1ugu
negara ul slnl LerdapaL arca askar yang memegang ul slnl LerdapaL arca askar yang
memegang bendera la dlblna unLuk mengenang [asa pera[urlL yang bendera la dlblna unLuk
mengenang [asa pera[urlL yang memperLahankan negaramemperLahankan negara
LawaLan lnl Lelah memberl banyak pengeLahuan dan LawaLan lnl Lelah memberl banyak
pengeLahuan dan pengalaman kepada kaml engeLahuan lnl amaL pengalaman kepada kaml
engeLahuan lnl amaL bermakna bagl kaml
ulsedlakan oleh 01 !AnuA8l 2003
(nu8uL WAP?u 8ln1l MCPu ?unuS)
SeLlausaha


Laporan Kursus Literasi Komputer Kakitangan Kesedar 2004

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan Kursus Literasi
Komputer bertempat di Hotel Ansar, Kota Bharu bermula 13 hingga 16 Jun 2004.

Peserta-peserta kursus tersebut terdiri daripada kakitangan KESEDAR dari daerah Kuala Krai
dan Gua Musang iaitu seramai 40 orang. Antara objektiI kursus ini diadakan ialah :

1. Pendedahan tentang alam teknologi komunikasi maklumat
2. Pendedahan tentang kegunaan komputer
3. Pemahaman beberapa sistem operasi komputer
4. Penyediaan dokumen dan data
5. Kemampuan mengintegrasi graIik
6. Pemahaman asas penggunaan Excel

Kursus Literasi Komputer ini dikendalikan oleh beberapa orang kakitangan LTMS, iaitu
syarikat yang diberi kepercayaan mengajar peserta kursus berkenaan komputer. Kebanyakan
peserta terdiri daripada mereka yang tidak tahu langsung menggunakan komputer tetapi
mempunyai minat untuk mempelajarinya.

Sepanjang masa kursus dijalankan, semua peserta menginap di Hotel Ansar. Ini bagi
memudahkan peserta menghadiri sesi pembelajaran yang bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00
malam.

Walaupun peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur, mereka berjaya mengikutinya
dengan jaya.
Laporan disediakan oleh, 4 JULAI 2004.


(MOHD AMRAN B. ABDULLAH)
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tun Fatimah telah menganjurkan pertandingan menulis
cerpen kanak-kanak bagi mencungkil bakat penulisan dalam kalangan murid. Pengumuman
pertandingan telah dibuat pada awal bulan Mac 2004.

Murid-murid dikehendaki menulis cerpen berkisar dengan dunia kanak-kanak. Panjang
cerpen adalah lebih kurang 300 hingga 500 patah perkataan. Cerpen-cerpen yang berjaya akan
dibukukan dan diedarkan untuk dijadikan bahan bacaan di perpustakaan sekolah.

Setelah pengumuman dibuat, sambutan yang diberi sungguh menggalakkan. Terdapat lebih
daripada 50 buah cerpen telah dihantar dalam tempoh dua bulan masa yang diperuntukkan.
Karya-karya yang dihantar sungguh menarik, bahkan terdapat juga cerpen yang ditulis disertai
dengan ilustrasi.

Panel hakim telah dilantik untuk memilih cerpen yang terbaik. Mereka diketuai oleh Cikgu
Zamzam sebagai Ketua Hakim, Cikgu Nori, Cikgu Munirah dan Cikgu Mariani selaku wakil
pusat sumber. Hasil daripada perbincangan, hakim telah bersetuju untuk memilih cerpen berjudul
"Semalam di Planet Pluto" hasil tulisan Mohd. TauIik dari Tahun Enam Ceria sebagai johan,
naib johannya, cerpen berjudul "Si Gondrong yang Berani", tulisan Fauzi Zawawi dari Tahun
Enam Ceria dan tempat ketiga dimenangi oleh Ahmad Haikal dari Tahun Enam Bistari dengan
cerpennya berjudul "Semangat Gunung Kinabalu".

Semua pemenang menerima hadiah yang telah disampaikan oleh guru besar. Selain itu,
terdapat lima hadiah saguhati juga diberi.

Pihak Pusat Sumber sekolah bercadang akan mengadakan pertandingan seperti ini lagi pada
tahun-tahun yang akan datang kerana sambutan yang sungguh menggalakkan.

Laporan disediakan oleh, 10 MAC 2004.


(NORAINI YAHYA)
Setiausaha,
Pusat Sumber,
Sekolah Kebangsaan Tun Fatimah.


Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, panel hakim yang ariI
lagi bijaksana, barisan pencadang dan rakan-rakan seperjuangan. Tajuk perbahasan kita hari ini
ialah 'Barang Luar Negara Lebih Baik Daripada Barangan Tempatan'. Saya sebagai
pembangkang pertama membangkang tajuk di atas.

Hadirin yang dihormati,

Cubalah kita renungkan sejenak, mengapakah kita lebih gemar membeli barangan luar
negara? Adakah disebabkan harganya mahal, maka barangan itu bermutu tinggi?

Kita semua tahu bahawa barangan luar negara lebih mahal harganya berbanding dengan
barangan tempatan. Hal ini demikian kerana barangan itu telah dikenakan cukai import oleh
kerajaan. Dengan itu, jelas terbukti bahawa harga mahal bukan bermakna mutunya yang baik.
Bagaimanapun masyarakat masih menganggap setiap yang mahal itu bermutu.

Mutu barangan luar negara tidak terjamin dari segi ketulenan dan ketahanannya. Barangan di
dalam negara diperbuat daripada bahan mentah yang baik dan menepati piawaian yang
ditetapkan oleh kerajaan. Dengan itu, mutu barangan tempatan bukan sahaja setanding, malahan
mengatasi mutu barangan luar negara.

Justeru, saya mengajak saudara semua marilah kita beralih kepada barangan tempatan
kerana mutunya lebih baik dan harganya berpatutan. Belilah barang-barang tempatan untuk
menyokong ekonomi negara kita sendiri.

Sekian, terima kasih.


Sekolah Kebangsaan Sungai Udang,
76300, Sungai Udang,
MELAKA.

Tuan Pengurus,
Pasukan Bola Sepak,
Sekolah Kebangsaan Asahan,
771000 Asahan,
MELAKA DARUL AZIM. 09 JULAI 2004.

Tuan,

Pertandingan Bola Sepak Secara Persahabatan

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Terima kasih atas jemputan pasukan bola sepak sekolah tuan. Walau bagaimanapun,
dukacita dimaklumkan bahawa tarikh yang tuan tetapkan untuk menjemput kami tidak dapat
dipenuhi. Pada 12 Julai 2004, sekolah kami juga akan melancarkan Program Minggu Bahasa.

3. Untuk makluman pihak tuan, program-program yang akan kami jalankan ialah perbahasan,
sayembara membaca puisi, bercerita, berpidato, dan pelbagai program lagi. Pada waktu itu kami
terlalu sibuk. Program itu berlangsung selama seminggu.

4. Oleh itu, tarikh cadangan kami ialah pada 20 Julai 2004. Kami berharap tarikh tersebut
dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Waktu perlawanan yang paling sesuai pada pukul 5.00
petang.

Sekian sahaja untuk makluman dan perhatian pihak tuan.

Yang menjalankan tugas,


(YAHYA ZAKARIA)


Lot 335, Seksyen 49,
Lorong Pak Noh,
Jalan Bayam,
15200 Kota Bharu,

26 Ogos 2000.

Menemui sahabatku Yaakub yang kini berada di Tanah Merah, semoga saudara sentiasa
dirahmati Allah hendaknya.

Saudara,

Apa khabar sekarang? Harapan saya, semoga saudara sihat selalu. Dalam surat saudara
tempoh hari, saudara ada memohon kepada saya supaya dapat menceritakan kes-kes
penganiayaan terhadap kanak-kanak di negara kita.

Maklumat yang saya ada tidaklah menarik sangat. Namun begitu, maklumat ini mungkin
dapat menjadi sumber penting untuk saudara mengarang nanti.

Saudara, kes-kes penganiayaan terhadap kanak-kanak sering dikaitkan dengan tindakan ganas
ibu bapa terhadap kanak-kanak. Ibu bapa perlu bersabar dengan tindak-tanduk anak-anak serta
harus mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Dalam hal ini juga, peranan pihak guru dan sekolah amat diperlukan dalam menangani
masalah ini, terutamanya yang melibatkan murid-murid. Mereka hendaklah melaporkan kepada
pihak berkuasa jika ada bukti berlakunya penganiayaan terhadap murid.

Pihak sekolah juga harus memberi perhatian terhadap murid yang menjadi mangsa
penganiayaan. Ini bertujuan untuk memulihkan semangat dan keyakinan diri kanak-kanak
tersebut.

Saudara, bagi mengurangkan masalah ini, pihak akhbar dan media elektronik boleh bertindak
sebagai pendidik untuk menyedarkan masyarakat tentang seriusnya masalah ini. Mereka boleh
mengutuk dan memandang rendah terhadap orang yang menganiaya kanak-kanak.

Saya kira, cukuplah huraian saya ini, semoga dengan maklumat yang saya berikan tadi, dapat
saudara jadikan sebagai asas karangan saudara nanti.

Akhir kata, sambutlah salam persahabatan daripada saya dan semoga saudara berjaya dalam
kerjaya yang saudara ceburi itu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

,
(Razali bin Ismail)
aca petikan di bawah, kemudian fawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ramli b. Ahmad,
No. 12 Jalan Mahameru,
16500 Gua Musang,
Kelantan.

Puan Rohani Awang,
Sekolah Kebangsaan Sri Kota,
16500 Gua Musang,
KELANTAN DARUL NAIM. 20 MEI 2004.

Tuan,

Memohon Cuti Persekolahan

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa, saya ialah
bapa kepada Noraina Ramli, murid Tahun Enam Mawar
ingin memohon cuti persekolahan bagi pihaknya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan anak saya Noraini
Ramli akan mengikuti kami sekeluarga ke Majlis
Konvokesyen abangnya di Universiti Putra Malaysia,
Serdang.

3. Cuti ini diperlukan selama tiga hari bermula 22 Mei
hingga 24 Mei 2004 bersamaan hari Isnin hingga Rabu.

4. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan
permohonan saya ini. Segala kerjasama dan perhatian
daripada pihak puan terlebih dahulu diucapkan terima
kasih.

Sekian.

Yang benar,


(RAMLI B. AHMAD)



aca petikan di bawah, kemudian fawab soalan-soalan yang berikutnya.


No.33, Taman Sri Wangi,
45000 Tanjung Karang,
Selangor Darul Ehsan.

20 Julai 2004.

Menemui sahabatku Mansur, yang kini berada di
Kelantan dengan selamatnya.

Saudara,

Apa khabar? Saya berharap agar saudara sentiasa
dilindungi oleh Allah dan sihat selalu. Saya di sini sihat-
sihat sahaja.

Untuk pengetahuan saudara, pada cuti pertengahan
semester baru-baru ini saya dan keluarga telah bercuti di
Pulau Pangkor. Kami di sana selama tiga hari tiga malam.

Saya sungguh seronok berada di sana. Pulau ini kaya
dengan keindahan alam semula jadi. Pepohon yang
menghijau menimbulkan suasana yang nyaman dan
redup. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengenali
pelbagai spesies Ilora dan Iauna yang terdapat di dalam
hutan sekitarnya. Sehari suntuk kami di sana.

Di samping alam semula jadinya yang menarik, Pulau
Pangkor juga banyak terdapat tempat-tempat bersejarah.
Antaranya ialah Batu Bersurat, Kota Belanda dan
Tembok Besar Mini. Tempat-tempat bersejarah ini masih
dipelihara dengan baik. Kami sempat mengambil gambar
dan membuat catatan.

Selain itu, saya berkesempatan untuk berkelah dan
mandi-manda di Pulau Cerol. Pulau itu kaya dengan
kha:anah hidupan laut. Airnya biru dan jernih. Pasir
pantainya pula putih seperti kapas dan bebas daripada
pencemaran.

Saya rasa, setakat ini saja yang dapat saya tulis untuk
tatapan saudara. Mudah-mudahan kita mempunyai
kesempatan untuk melawat Pulau Pangkor bersama-sama.
Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya
sekeluarga.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,


Nasuha





















aca petikan di bawah, kemudian fawab soalan-soalan yang berikutnya.

Masjid Kampung Laut dipercayai oleh sesetengah
ahli sejarah sebagai salah sebuah bangunan yang tertua di
Malaysia. Tarikh sebenar pembinaannya masih belum
dapat dipastikan, tetapi ahli sejarah berpendapat bahawa
masjid itu telah dibina tidak kurang daripada 300 tahun
dahulu.

Mengikut sumber lain, sekumpulan alim ulama yang
sedang belayar untuk menuju ke Pulau Jawa terpaksa
berlabuh di sebuah pantai. Kapal mereka telah rosak dan
mereka membaikinya sebelum meneruskan pelayaran.
Oleh sebab terpaksa mengambil masa yang lama untuk
memperbaikinya, mereka telah mendirikan sebuah
masjid. Tempat ini dikenal sehingga sekarang sebagai
Kampung Laut. Reka bentuknya yang unik dan
pembinaannya mempunyai persamaan dengan dua buah
masjid lama di Pulau Jawa. Masjid ini telah digunakan
sebagai tempat beribadat oleh penduduk di sekitar
Kampung Laut.

Walau bagaimanapun, keunikan dan Iungsi masjid ini
hampir musnah akibat banjir besar yang telah melanda
seluruh negeri Kelantan. Setelah masjid baharu dibina di
tempat yang lebih selamat, maka masjid itu pun ditutup.

Kerajaan Negeri Kelantan dan Persatuan Sejarah
Malaysia telah bersetuju untuk memindahkan bangunan
masjid lama Kampung Laut itu ke Nilam Puri. Walau
bagaimanapun hanya bahagian ibu masjid sahaja dapat
didirikan semula. Mereka menghadapi masalah kerana
tiada gambaran yang tepat tentang bentuk bahagian-
bahagian lain masjid itu, serta kekurangan kepakaran dan
kewangan. Bangunan masjid ini telah dibina semula pada
tahun 1970 dan diserahkan secara rasmi oleh Persatuan
Sejarah Malaysia kepada kerajaan negeri Kelantan. Pihak
Persatuan Sejarah Malaysia berharap warisan sefarah ini
dapat dikekalkan.



aca petikan di bawah, kemudian fawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha
Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Merah,
penolong-penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Saya mewakili
murid-murid Tahun Enam ingin melahirkan rasa bangga
kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam
majlis yang amat bererti ini.

Hadiran yang dihormati,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima
kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang sanggup
bersusah payah untuk mengadakan majlis ini. Di sini saya
ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang telah mengajar dan
mendidik kami selama enam tahun kami berada di sini.
Sudah menjadi lumrah alam, setiap yang bermula pasti
akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.
Kini saat-saat perpisahan menghampiri kita semua.

Hadirin dihormati,

Kepada rakan-rakan, tidak lama lagi kita semua akan
meninggalkan sekolah ini dengan seribu kenangan manis.
Namun, perjuangan kita masih belum berakhir.

Marilah kita sama-sama berjanji akan belajar dengan
lebih gigih lagi semasa berada di sekolah menengah
nanti. Semoga impian kita semua akan menjadi
kenyataan. Kepada guru-guru, doakan agar kami semua
berjaya dengan cemerlang.

Saya sebagai wakil murid Tahun Enam di sekolah ini,
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru
yang mengajar dan mendidik kami selama ini. Jasa cikgu-
cikgu tetap kami kenang hingga akhir hayat kami.

Akhirnya, sebelum saya berundur, saya ingin
memohon maaI jika ada kata-kata saya yang menyentuh
perasaan guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Sekian, terima kasih.

KOTA BHARU, 20 Mac - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Intan
telah mengadakan Hari Kantin semalam.

"Tujuan utama Hari Kantin diadakan adalah untuk menambahkan tabung kewangan," jelas
Puan Noren Nordin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Intan.

"Selain itu, wang hasil jualan akan digunakan untuk menambahkan bahan bacaan dan
peralatan sukan. Wang tersebut juga untuk kegunaan pelajar yang serba kekurangan," tambahnya
lagi.

Semua kelas dan persatuan di sekolah ini telah menyumbangkan modal dan tenaga untuk
menjayakan Hari Kantin. Ahli jawatankuasa PIBG juga tidak ketinggalan
menghulurkan bantuan.

Sebanyak tiga puluh gerai telah disediakan. Setiap gerai dihias cantik dan diletakkan iklan-
iklan yang menarik bagi memikat hati pengunjung. Berbagai-bagai jenis makanan seperti nasi,
mi, lauk-pauk, kuih-muih dan minuman disediakan. Cabutan bertuah turut juga diadakan bagi
pengunjung yang bertuah.

Hari Kantin telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung.
Kebanyakan pengunjung terdiri daripada murid-murid sekolah, ibu bapa dan penduduk yang
tinggal berdekatan.

Menurut Yang Dipertua PIBG, "Hari Kantin yang diadakan berjaya mengaut keuntungan
bersih sebanyak lima belas ribu. Keuntungan ini amat memberangsangkan."

Anda mungkin juga menyukai