Anda di halaman 1dari 21

Salam Benua ~ Usman Awang

I
MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain
II
Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas
III
Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang

saudara menghitamkan langit menyelubungi


saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin

IV
Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini
V
Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna

kemanusiaan rakyat
seluruh benua
Usman Awang
1970

[G] BENTUK SAJAK


Bentuk
BEBAS
1.Terdiri daripada 5 stanza2.
Setiap stanza mempunyai bilangan baris yang
berbeza3.
Stanza 4 mempunyai bilangan baris terbanyak iaitu
sebanyak 10 baris4.
Stanza 2 dan 5 mempunyai bilangan baris yang paling
sedikit iaitu sebanyak 6 baris
[H] UNSUR BUNYI
1.ASONANSI: pengulangan vokal
S1 B2: p
asport visa wilayah segala tembok nama

2.ALITERASI: pengulangan konsonan

S2 B2: banyak pe
mimpin memilih dollarnya
S3B2: menjadikannya minuman m
akanan
S3 B4: anak-anak kecil menyandang senapang
S4 B8: kami memampatkan gerhana bulan mei
[I] GAYA BAHASA
1.SIMBOLISME:
S1 B3: mereka melambangkan kuasa besar
S1 B4: peluru melambangkan penjajahan
S2 B1: saudaramelambangkan rakyat yang ditindas
S4 B1: kami melambangkan semua masyarakat
2.HIPERBOLA: Unsur yang melampau
S2 B4: rumput
-rumput sungai merah
3 B1: saudara memerah kaktus melumat batu
S3 B5: saudara menghitamkan langit menyelubungi

3.EUFEMISME:
S3B7: setengahnya menyanyi di penjara

S3B3: gadis
-gadis bekerja debu pasir dandannya
4.RESPONSI: Pengulangan perkataan di tengah baris
S4 B6-7: dari tiap pengalaman saudara dan
pengalaman sendiri
5.BAHASA ASING:
S2 B2: dollar nya
6.PERSONIFIKASI: Unsur yang digunakan untuk
memberi sifat manusia kepada sesuatubenda tidak
bernyawa
S4 B4: ketenangan yang di belakangnya memangkas
kami
7.LITOTES: Perkataan yang menunjukkan
kesederhanaan
S4 B1: Kami bertatih di sawah semakin kering
[J] SIKAP PENGARANG (SIKAP USMAN AWANG
TERHADAP PUISI SALAM BENUA)
1.
Penggunaan gaya bahasa dalam Salam Benua
memberikan rentak tertentu danteratur yang akhirnya
mencipta suatu irama yang stabil dan berulang-ulang.(Pengulangan perkataan saudara dalam S2, S3, S4)
2.

Sajak-sajak beliau pada era 70-an semakin stabil dan


mantap serta dihalusilagipada tahun-tahun 80-an dan
90-an melalui
eksperimen-eksperimen
hinggamenyeberang masuk ke dunia prosa naratif dan
hampir memutuskan hubungandengan konsep puisi
tradisional yang lebih mendekati lagu.* Eksperimen :
Penyesuaian bentuk dan gaya Melayu dalam puisi
mengikut zamanyang dilakukan secara separuh sedar
dan spontan

3.
Morfologi puisi-puisi Usman Awang mengikut era:
40an 50
-an
: memaparkan gaya bahasa pantun (menepati ciri puisi
Melayutradisional)
50an 60
-an
: memaparkan bahasa lembut & romantik, bahasa
bersahaja dan sinis(menepati ciri kontemporari zaman)

60an 70
-an
: memaparkan kebergantungan kepada prosa naratif
(hampirterpesong daripada ciri puisi Melayu
tradisional)4.
Memandangkan sajak Salam Benua merupakan sajak
pada era 70-an, terdapatsemangat dan harmoni pantun
dalam puisi-puisinya walaupun dengan
melonggarkanbeberapa ikatan yang konvensional.
Beliau menggunakan kata-kata biasa dalampenulisan
sajak ini.5.
Sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan
berkefahaman sosialis, sajak inibertujuan untuk
mengetengahkan isu kedamaian dan kesepaduan
dalam kalanganmasyarakat sarwajagat yang berbeza
latar belakang.
[K] AMANAT PENGARANG
1.
Kita hendaklah berlaku adil apabila melaksanakan
tugas sebagai pemimpin.2.
Kita haruslah bersatu-padu dan mengeratkan hubungan
tanpa mengira status.3.

Mengambil pengajaran dan iktibar dari peristiwa


terdahulu dan membaiki taraf hidup.4.
Kita mestilah menegakkan kebenaran dan memerangi
sistem pemerintahan yangsonsang daripada yang hak

Bagaimana Kalau
Usman AwangJENIS

Satira

Sindiran terhadap kerajaan yang memerintah negara


pada tahun 1979/1984.NADA

Nada Sinis


Sajak ini bernada sinis kerana ia menggambarkan
perasaan tidak puas hati Usman Awangterhadap
kerajaan pada waktu itu.

Ada unsur kecindanBENTUK SAJAK

Bebas
MAKSUD RANGKAPRangkap 1

Penulis menyindir pemimpin-pemimpin yang dalam


menggalakkan rakyat Malaysia utukmembeli barangan
buatan tempatan, mereka sendiri tidak menggunakan
barang buatanMalaysia sebaliknya menggunakan
kereta mewah buatan luar Negara.
Rangkap 2

Penulis menyindir pekerja-pekerja kerajaan yang tidak


adil dalam melaksanakan tugas.Apabila ada masalah di
kawasan pemimpin, pekerja-pekerj Aini akan be
KERJAdenganbersungguh-sungguh tetapi sebaliknya
berlaku apabila berlaku masalah di kawasan
rakyatbiasa.
Rangkap 3

Kerajaan melakukan pembaziran dan


menyalahgunakan sumber negara untuk
kepentingansendiri sehingga rakyat menderita apabila
kehabisan sumber.
Rangkap 4

Kerajaan tidak bersikap telus dalam menjalankan


tanggungjawab kepada rakyat danmengambil rasuah
daripada peniaga-peniaga besar sehingga rakyat
menerima kesannya.Begitu juga pekerja-pekerja LHDN
yang tidak telus menyimpan rekod-rekod
cukaipendapatan sehingga masalah-masalah rasuah
yang diambil tauke-tauke besar ada yangtidak
direkodkan dengan sempurna.
Rangkap 5


Penulis menyindir Perdana Menteri pada waktu itu yang
mempunyai matlamat yang besartetapi jika beliau
sendiri yang melakukan kesilapan-kesilapan kecil
sehingga tersasar darimatlamat, siapa yang perlu
dipersalahkan?
Rangkap 6

Kerajaan harus memastikan rakyat dapat menggunakan


kemudahan awam dengansempurna dan bukan
sekadar untuk memenuhi syarat asal ada kerana ingin
meraih undiketika pilihan raya. Akhirnya, kemudahan
yang sedikit itu dimanfaatkan oleh pembangkanguntuk
menarik pengundi.
Tema

Kritikan kepada pemimpinPersoalanRangkap 1

Sikap kerajaan yang melaksanakan sesuatu dasar


tetapi pegawai-pegawai mereka yangkaya sendiri tidak
mengikut dasar tersebut.Rangkap 2


Sikap pekerja kerajaan yang tidak bersikap adil dalam
melaksanakan tugas.Rangkap 3

Kerajaan yang sering menyalahgunakan sumber negara


untuk kepentingan sendiriRangkap 4

Rasuah dan sikap tidak telus kerajaan dan pekerja


LHDN dalam menjalankan amanah rakyat.Rangkap 5

Pemimpin yang mengambil mudah dan tidak peka akan


matlamat yang ingin dicapai.
Rangkap 6

Sikap kerajaan yang tidak menunaikan janji ketika


pilihan raya dan melaksanakan janjikepada rakyat
secara sambil lewa

SIKAP PENGARANG

Tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan dan pekerja


LHDN yang banyak mengamalkanrasuah dan perkaraperkara yang tidak telus dalam pemerintahan.

Menyindir pemimpin-pemimpin yang tidak


bertanggungjawab dalam menjalankanpembangunan
negara.

Menyindir sikap kerajaan terhadap dasar-dasar yang


telah digubal.

Menyindir sikap pekerja-pekerja kerajaan yang tidak


adil dalam menjalankan tugas.
MESEJ

Usaha menggalakkan rakyat membeli barangan buatan


Malaysia harus dilakukan dengancara yang betul dan
bukan dengan cara paksaan dan perlu menyeluruh,
bukan sekadarkepada rakyat biasa.

Pembangunan yang terancang sangat penting agar


rakyat tidak mendapat kesan burukdaripada
pembangunan yang tidak terancang

Kerajaan tidak sepatutnya bersikap mementingkan


pihak mereka dan perlu sentiasaberjimat cermat dalam
menggunakan sumber negara.

Kerajaan dan pekerjanya harus bersikap jujur, amanah


dan telus dalam melaksanakanamanah rakyat.

Setiap tindakan pemimpin haruslah dilaksanakan


dengan berhati-hati agar tiada kesilapanyang berlaku
yang boleh menjejaskan hasrat kerajaan untuk
pembangunan negara.


Kemudahan awam harus disediakan secara mencukupi
kepada rakyat agar rakyat tidakmenghadapi masalah.
GAYA BAHASA
Unsur BunyiAliterasi
Tiba-tiba sakit perut memulas-mulasAsonansi
Bagaimana kalau semua jalan raya ibu kotaSkema
RimaRima Berpecah
Pola yang tidak semuanya sama dalam serangkap
namun ada dua baris yang sama.

Unsur BahasaRangkap 1

RetorisApakah semua orang akan membeli motokar buatan


Malaysia?
Rangkap 2
HiperbolaTanpa
henti tujuh hari tujuh malam lamanya?
Rangkap 3
Anafora- Semua gas Petronas jadi anginSemua lilin jadi
cairSemua bateri hilang kuasanyaRangkap 4
Klimaks- Kecuali fail para tauke besar danFail para
menteri dan M.P. yangRangkap 5
Hiperbola- Tugas yang maha beratRangkap 6
Eufemismetempat melepas

Guru o guru

Berburu ke padang datar


Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia


Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya


Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa


Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat cikgu kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

Maksud Sajak Guru O Guru'

Sajak Guru O Guru membawa tema keguruan iaitu bertemakan kemurnian


profesion keguruan.Menurut penulis guru merupakan manusia yang tidak lokek
dengan ilmu dan sentiasamemberikan ilmu dengan ikhlas demi untuk
membentuk
generasi muda yang berjaya dancemerlang. Persoalan ini dinyatakan penulis
dalam rangkap pertama.

Dalam rangkap kedua pula penulis menggambarkan guru berperanan sebagai


ibu bapa,
dan rakanyang sentiasa mengambil berat dan memberikan nasihat kepada
pelajarnya.
Guru juga pemimpinatau orang yang dipercayai dan dihormati oleh golongan
masyarakat.
Pandangan dan nasihatnyaakan terus diingati.

Selain itu dalam rangkap ketiga Allahyarham Datuk Usman menyatakan jasa
seorang guru
yang telah berjasa dan berjaya melahirkan pemimpin, golongan profesional,
golongan istana
dan rakyat biasa. Kejayaan mereka bermula daripada kesabaran dan tunjuk ajar
seorang gurumengajar membaca dan menulis.

Seterusnya dalam rangkap keempat penulis menggambarkan pengorbanan guru


yang mengajar di bandar, luar bandar dan pedalaman. Pengorbanan mereka
sangat besar.
Mereka sanggup mengajar di sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman
semata-mata
untuk menurunkan ilmu.

Akhir sekali dalam rangkap terakhir, penulis memaparkan budi dan jasa guru
yang sukar
untuk dilupakan. Golongan guru akan terus dipanggil dengan panggilan keramat
Cikgu
sehingga keakhir hayat mereka. Gelaran keramat ini mempunyai nilai yang
sangat tinggi
meskipun tidak mendapat keistimewaan seperti pemegang gelaran Tun, Tan
Sri
dan sebagainya. Kesimpulannya, sajak Guru O Guru mengangkat tema
keguruan
yang menyatakan jasa, pengorbanan, sumbangan, dan kemuliaan guru dalam
masyarakat.

Nilai

Sajak Guru O Guru sarat dengan nilai murni yang disulam dengan begitu indah
sekali oleh penulis.
Penulis menyelitkan nilai mencintai ilmu dalam rangkap pertama. Bagi penulis
guru mencintai ilmu
dan tidak lokek menyebarkan ilmu kepada pelajarnya.

Dalam rangkap kedua pula penulis memaparkan nilai kasih sayang, ingatmengingati dan daya
kepemimpinan yang ada pada guru. Guru menyayangi pelajar seumpama ibu
bapa menyayangi
anaknya dan menjadi sahabat akrab terhadap pelajarnya..

Selain itu, dalam rangkap ketiga penulis menggambarkan jasa guru mendidik
anak muridnya
sehingga menjadi orang yang berjaya dalam hidup.

Pada rangkap keempat pula dipaparkan nilai pengorbanan guru yang sanggup
bertugas di bandar, luar
bandar dan pedalaman semata-mata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan
menyampaikan
ilmu pengetahuan.

Seterusnya, penulis menyelitkan nilai murni mengenang jasa. Jasa guru akan
sentiasa diingati
oleh masyarakat. Panggilan cikgu akan kekal meskipun seseorang guru sudah
berpencen.

Tema

Sajak Guru O Guru bertemakan kerjaya perguruan yang mulia.

Persoalan

Terdapat banyak persoalan yang dipaparkan dalam sajak Guru O


Guru,antaranya:
1. Keikhlasan seorang guru mendidik anak didik.
2. Hubungan guru dengan pelajar seperti ibu bapa dan rakan karib.
3. Kejayaan seseorang manusia adalah atas usaha dan jasa guru.
4. Pengorbanan guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar, bandar dan
pedalaman.
5. Jasa dan pengorbanan guru tetap akan dikenang oleh masyarakat

Anda mungkin juga menyukai