Anda di halaman 1dari 136

TEKS KESUSASTERAAN MELAYU KBSM TINGKATAN 4 dan 5

Buku Panduan Guru ini mengandungi nota-nota bagi setiap genre yang terkandung
dalam teks Kesusasteraan Melayu.

1. Novel
i. Naratif Ogonshoto

2. Antologi Kubentang Sehelai Peta


i. Puisi Moden
ii. Cerpen
iii. Drama

3. Antologi Nilai Insan


i. Puisi Tradisional
ii. Prosa Tradisional

Senarai Genre

1
1. Novel NaratifOgonshoto

PUISI MODEN

1. Virus dari Langit Global ( Nur Suhada Sayuti)


2. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy)
3. Selamat Tinggal Eropah ll (Muhamad Hj. Salleh)
4. Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar)
5. Citra Pelangi 1Malaysia (A.Halim Ali)
6. Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin)
7. Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman)
8. Sekeping Kartu Kecil (Mohd Aidid Abd. Rahman)
9. Kubentang Sehelai Peta (T.Alias Taib)
10. Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain)
11. Kata Bukit kepada Jentolak (Mohd Faizal Said)
12. Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai)
13. Ingatan kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi)
14. Jalur Yang Tidak Pernah Padam (Jasni Mat Lani S)
15. Pancang Kenangan (Khadijah Hashim)
16. Kolek Bonda (Aminah Mokhtar)
17. Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB Rendra)
18. Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari)
19. Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob)
20. Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin)
21. Ranting (Hilmi Rindu)
22. Belajarlah Memahaminya Gunung Lagenda (Shapiai Muhamad Ramly)
23. Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd. Razak @ Rezeki Othman)
24. Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Naapie Mat)
25. Mari Kita Ciptakan Alam Lestari (Nimoiz T.Y.)
26. Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri)
CERPEN
1. OOOOOOOOOOO (Shahnon Ahmad)
2. Rindu Seorang Rafiq (Nisah Hj. Haron)
3. Res Judicata (Aidil Khalid)
4. Namun Itulah Hakikatnya (Nazel Hashim Mohamad)
5. Air Mata Dalang (Rahimidin Zahari)
6. Profesor Sufi (A.Rahmad)
7. Gulai Sembilang untuk Abah (Fauziah Mohd. Ismail)
8. Kami Akan Mati, Lin (Serojatheavy Balakrishnan)
9. Perspektif (NF Abdul Manaf)
10. Bukit Emas (Mufidah Hanum Yusuf)

DRAMA

2
1. Anna (Kemala)
2. Mat Piah dan Mr. Blackway (Mahizan Husain)

PUISI TRADISIONAL
1. Pantun Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)
2. Pantun Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
3. Nilai Insan )Pantun Enam Kerat)
4. Seloka Boros dan Jimat
5. Seloka Kehilangan Adat Melayu
6. Seloka Tak Berikhtiar Sendiri
7. Gurindam 12 (Fasal 2 dan 5)
8. Gurindam Beberapa Petua Hidup
9. Syair Seratus Siti
10. Syair Bidasari

PROSA TRADISONAL
1. Raden Puspa Kencana
2. Hang Tuah di Utus ke Siam
3. Hikayat Parang Puting

3
NOVEL

NOVEL NARATIF
OGONSHOTO

4
(Anwar Ridhwan)

SINOPSIS

Prolog: Kawai Maru


Watak tidak bernama (kami) telah bekerja dengan Tuan Kawai sebagai kelasi di kapal
yang bernama Kawai Maru. Kapal Kawai Maru merupakan sebuah kapal lengkap milik
Tuan Kawai. Dia telah menjadi nelayan sejak berusia lima belas tahun. Kini dia sudah
menjadi kaya raya. Tuan Kawai seorang yang mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang dunia laut dan isinya. Dia selalu meluahkan rasa malunya kerana
Jepun harus mengimport ikan dari Amerika, China, Thailand, Rusia dan malah sejauh
dari India dan Chile. Baginya, Kawai Maru adalah sebahagian daripada jawapan. Lebih
daripada tiga juta tan ikan laut dalam didaratkan di Jepun setiap tahun. Kawai Maru
mesti merebut sebahagian besar rezeki. Melalui sistem telekomunikasi dan pasaran
yang canggih, Kawai Maru dikunjungi kapal-kapal yang lebih kecil setiap minggu.
Sebahagian besar hasil tangkapan Kawai Maru dijual terus di perairan antarabangsa.
Ikan merah dan tuna menarik perhatian ramai dan terdapat di perairan Ogonshoto.
Watak tidak bernama (kami) berasa harian apabila Kawai Maru mendarat di Ogonshoto
yang merupakan kepulauan yang dijumpai oleh pelayar-pelayar Jepun. Di perairan
Ogonshoto, kerap berlaku gelombang besar walau bagaimanapun Tuan Kawai tidak
serik ke situ kerana Ogonshoto merupakan lubuk ikan luar biasa banyaknya di Pasifik.
Dengan itu kami telah berkali-kali ke Ogonshoto dan mendarat sambil mendapatkan
hiburan panas di hotel-hotel Tatanamu. Kami bukan sahaja bergaul dengan rakyatnya
malah berkongsi cerita-cerita lain selain daripada cerita kehidupan laut. Setiap kali tidur
kami teringat kisah yang telah dikutip berkali-kali dan disusun sehingga lengkap cerita
tersebut sehingga menjadi lebih jelas selepas peristiwa Tsunami yang dahsyat. Di
pulau asing itulah kami bertemu dengan nakhoda dan para pengikutnya dari Ogonshoto
yang mencari daratan baru. Semua kisah ini dibawa oleh ‘kami’ sepanjang pelayaran
dengan Kawai Maru.

Bab 1 - Kolonial

5
Kisah pertama bermula dengan cerita presiden. Pesiden berasal daripada keluarga
miskin, dikatakan anak haram ketika berusia tujuh tahun. Dia tertarik dengan kapal
besar yang dimiliki oleh orang Eropah dan belayar mengikuti kapal milik nakhoda
Eropah. Presiden merupakan anak kecil Malagana (ibu negeri Ogonshoto) yang pintar
menjadi anak angkat kepada nakhoda kapal tersebut. Dia diberi pendidikan sehingga
ke universiti. Setelah lebih dua puluh tahun di tanah Eropah, dia menghabiskan masa
bersama-sama rakannya dalam sebuah kapal dan mereka telah karam hingga sampai
ke persisiran negaranya dan dengan pertolongan orang ramai dia telah berjumpa
dengan ibunya .

Dia mengambil keputusan tidak mahu kembali ke Eropah dan menyertai parti politik
paling popular di Ogonshoto yang didokong pihak polis, tentera dan karyawan umum.
Setelah tiga tahun berada dalam kancah politik, dia dilantik sebagai timbalan presiden.
Enam bulan selepas perlantikan itu, presiden mati dalam tidurnya dan kemudiannya dia
ditabalkan sebagai presiden baru. Presiden baru agak tegas dalam pentadbirannya.
Baginya setiap tentangan mesti dihapuskan seawal mungkin dengan apa cara
sekalipun. Ancaman pertama presiden ialah mahasiswa. Tindakan segera diambil
konsep asrama universiti, tempat mahasiswa berkumpul dan boleh membuat gerakan
kolektif segera, dihapuskan serta-merta. Orang-orang presiden semakin mengerti akan
falsafah serta pemikiran presiden yang terdidik di sebuah negara demokrasi sekali gus
negara kapitalis Eropah. Oleh sebab itulah Presiden diberi gelaran yang tidak baik
“Belut Selat Morauka” kerana tubuhnya yang licin dan licik. “Dewa Badak” kerana tidak
pernah berasa kenyang, “Monyet Hitam” kerana perangainya yang kejam, dan “
Kolonial” kerana berlagak sebagai seorang pegawai colonial.

Bab 2 - Jeneral

6
Jeneral baru bersara daripada angkatan bersenjata. Kisah pertempuran dan kejayaan
di beberapa Pulau Pasifik ketika perang dahulu, masih diingat oleh penduduk
Ogonshoto terutama generasi kacukan Jepun di Futu-Ata. Dia memilih untuk tinggal di
Ture selepas bersara. Peristiwa beberapa ekor paus biru dilihat buat pertama kalinya di
laut Selat Gareva setelah tidak muncul selama empat tahun dianggap petanda baik
untuk dia dan isterinya tinggal di Ture. Konflik berlaku di Ture antara jeneral dan
pegawai kanan apabila kedua mereka ingin menjadi pemimpin. Kemuncak wakil telah
mengatur jeneral dan pegawai kanan yang mengakibatkan pembunuhan pegawai
kanan. Kes pembunuhan terbongkar kerana pengintipan dilakukan oleh Presiden
Ogonshoto sendiri.

Bab 3 - Penyamaran
Kisah ini berkisar kepada penyamaran orang tua untuk melihat reaksi penduduk Tubua
terhadap pembangunan seperti sebuah kompleks hiburan dan perjudian yang akan
dibuat di kawasan tersebut. Sebahagian penduduk menentang keras. Orang-orang
presiden telah mendapat restu presiden, merancang untuk membangunkan pedalaman
Tubua dari pertemuan tiga sungai di daratan Tubua sampailah ke kaki gunung berapi
Gora-gora. Untuk membina jalan, bukit harus ditarah dan pokok-pokok hutan ditebang.
Sekumpulan penduduk di pedalaman memprotes cadangan orang-orang presiden.
Orang presiden tidak menyampaikan khabar yang tidak baik kepada presiden.

Bab 4 - Aisberg
“Aisberg” sangat penting untuk membantu penduduk pada musim kemarau untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Proses penarikan aisberg mula dilakukan oleh tujuh
buah kapal. Aisberg yang pertama berjaya dikeluarkan namun aisberg yang kedua
menguji kesabaran kerana agak sukar untuk dikeluarkan. Dengan bantuan pakar dan
pekerja akhirnya berjaya dikeluarkan. Namun aisberg tidak sampai ke destinasinya.
Ekoran itu seorang lelaki tua di Kampung Runakita telah berjaya menggali sebuah
perigi yang cukup dalam dan menemui mata air yang membekalkan air yang
mencukupi untuk kegunaannya pada musim kemarau.

Bab 5 - Mainan

7
Bab ini berkisar kepada anak angkat presiden yang suka membidik tupai kerawak
jantan. Pemuda ini kemudian ditembak oleh presiden. Manakala tentera presiden juga
telah memotong lidah pemuda itu sekerat dan kedua-dua pergelangan tangannya
dikerat. Dalam kesakitan pemuda tersebut mencari bantuan. Akhirnya dia dibantu oleh
resi yang bertapa di hutan itu.

Bab 6 - Pentafsir
Bab ini mengisahkan pentafsiran arahan presiden yang melibatkan seorang pentafsir
tua, seorang resi muda, dan seorang pegawai presiden. Pentafsiran yang dianggap
salah oleh presiden, menimbulkan kemarahannya. Pentafsir dari Tatamanu akhirnya
meninggal dunia, sepasang matanya tetap terbuka memandang ke arah laut. Dia salah
mentafsir ayat si pentafsir tua bahawa tua akan tiba dari laut menuju ke pantai.

Bab 7- Jari
Seorang guru yang mempertaruh nasib dirinya kerana cuba mengkritik pemerintah. Dia
berjanji akan memotong jari manisnya sekiranya makalah kritikannya terhadap
pemerintah diterbitkan dan tidak mendatangkan masalah kepada diri dan keluarganya.
Ternyata pada peringkat awal tidak ada apa-apa yang berlaku, lantas dipotong jarinya
itu namun selepas sekian lama, dia dan keluarganya menerima hukuman. Dia harus
keluar dari Tatamanu dan saudaranya diturunkan pangkat dan harus berpindah. Guru
itu juga telah mempertaruhkan nasibnya buat kali kedua. Tiga syarikat dari Turki, Jepun
dan Jerman dikatakan akan ke pedalaman Kuri untuk menutuh hutan untuk dijadikan
padang golf. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di situ dan guru itu juga
kerana kesannya mengakibatkan tiada kawasan tadahan hujan. Penduduk akan
menghadapi masalah sekiranya musim kemarau melanda. Guru itu yakin bahawa
projek itu akan dibatalkan dan pedalaman Kuri tidak akan menjadi padang golf kerana
risiko besar terpaksa ditanggung oleh penduduk sekiranya projek itu diteruskan. Namun
keputusan presiden di luar jangkaan. Padang golf bertaraf antarabangsa tetap didirikan
di kawasan tersebut. Guru itu sekali lagi menunaikan janjinya.

8
Kesimpulannya cerita ini berkisarkan kepada kelakuan seorang guru yang
mempertaruhkan jarinya ketika dia sangsi sama ada keinginannya akan tercapai atau
tidak. Hal inilah yang mengorbankan jari-jarinya.

Bab 8 - Kamera
Bab ini mengisahkan seorang pemuda yang terpilih ke Tokyo mewakili Ogonshoto di
bawah program Penyelidik Muda Asia-Pasifik. Beliau berjaya mencipta sebuah kamera
yang boleh merakamkan peristiwa masa lampau, malah boleh membongkar perbuatan
jenayah.

Dia tidak sangka dirinya terpilih kerana tiga sebab, ada beberapa orang penyelidik
muda lain yang berbakat di Tatamanu. Dia pula berasal dari Runakita, kota
pembangkang dan lebih buruk lagi abang tuanya dahulu merupakan seorang aktivis
hak asasi manusia yang menghilangkan diri sampai sekarang. Justeru, pemilihannya
sangat memeranjatkan. Dalam tempoh empat bulan di Tokyo yang sekarang seolah-
olah dua minggu sudah berakhir. Wang baki elaun pemerintah yang telah diberikan
padanya sangat lumayan dan dia telah ke Bandar Elektrik Akihabara untuk membeli
beberapa barangan untuk kamera eksperimental itu, sebuah kamera hitam, perakam
suara saiz mini, dan beberapa barang lagi. Setelah sampai di Tatamanu dia telah
membeli akhbar untuk mengetahui berita semasa di tanah airnya. Sedang dia
membelek-belek akhbar matanya terpandang satu iklan yang aneh. Iklan itu
memuatkan foto seorang lelaki tua bekas komandan tentera, juga permohonan
maafnya yang sangat umum dengan meminta maaf kepada semua rakyat sepanjang
perkhidmatannya sebagai Angkatan Bersenjata Republik Ogonshoto. Menurut
pemandu teksi, komandan itu telah sakit teruk dan meracau, anak-anaknya pula tidak
seorang pun mahu menjaganya. Hanya isterinya yang tua dan lumpuh menjaganya.
Pemuda itu telah segera ke rumah komandan itu dan mendengar perbualan komandan
bersama- sama seorang lelaki yang tegap. Menurut komandan tersebut dia sangat
menyesali segala dosa-dosa lampaunya dan telah membunuh orang atas arahan
Presiden. Komadan tersebut akhirnya dihantar ke hospital tentera bagi mengelakkan
segala rahsia antara dia dan presiden dibocorkan. Melalui kamera pemuda tersebut, dia
dapat melihat bagaimana abang tuanya telah dibunuh oleh komandan tersebut.

9
Kameranya

1
merupakan satu teknologi yang membolehkan kita memanggil semula peristiwa masa
lampau dengan merakamkan visual serta suaranya. Pergerakan serta perbuatan
manusia yang dilakukan secara terang atau bersembunyi. Melalui kamera
eksperimental itu, pemuda tersebut ingin membawa berita kematian abangnya ke muka
pengadilan. Belum pun sempat pemuda itu ingin mengambil salinan laporannya, dia
akhirnya ditahan oleh seorang tentera dan terus menggarinya kerana didakwa
menggunakan kamera yang belum diluluskan penggunaannya di Ogonshoto.
Komandan juga telah mati setelah melihat gambar-gambar yang dihantar oleh pemuda
tersebut. Pemuda itu dilepaskan namun kematian abangnya belum mendapat
pengadilan.

Bab 9 - Bahtera
Mengisahkan seorang nakhoda di Ogonshoto membina sebuah bahtera besar yang
akan digunakan untuk menyelamatkan penduduk Ogonshoto kerana telah diramal
bahawa kawasan tersebut akan menghadapi bencana alam.

Lelaki berumur akhir lima puluhan dan merupakan bakal nakhoda bahtera itu berdiri
dan membiarkan angin agak kencang memukulnya hingga baju longgarnya yang
berwarna jingga berkibar bagai gada-gada. Ketika dia sedang melihat laut tiba-tiba dia
ternampak seekor penyu gergasi. Kejadian itu diceritakan kepada sekumpulan lelaki di
warung, tetapi mereka tidak mempercayainya malahan mengejeknya. Menurut seorang
lelaki dia tidak percaya mengenai berita itu namun pernah mendengar berita bahawa
hanya penyu raksasa dapat merasakan gelisah perut bumi yang akan menggegar jadi
gempa. Nahkoda merancang membina bahtera di atas bantuan orang ramai, bahtera
siap mengikut perancangan. Jadi, penyu raksasa itu beredar jauh dan dalam tidak
diketahui arah tujuannya. Angin kencang mula melanda, penduduk Ogonshoto mula
mendaftar diri sebelum dibenarkan menaiki bahtera. Penduduk yang dahulunya sering
mengejeknya kerana membina bahtera dan ceritanya tentang penyu gergasi telah mula
mempercayainya. Dia semakin ramai pengikut, namun dia ditentang oleh anak lelakinya
dan tidak mempercayai bahawa akan berlaku gempa yang besar. Kerja-kerja
pembinaan bahtera giat dilakukan walaupun ditentang oleh anaknya sendiri. Anak lelaki
nakhoda akhirnya berjaya dipujuk dan bersama-sama menaiki bahtera itu. Gelombang

1
besar akhirnya melanda namun mereka semua selamat di dalam bahtera sehingga
berjumpa daratan.

Epilog
Apabila kapal Kawai Maru berlabuh di perairan pulau kami bertemu dengan bahtera
dari Ogonshoto. Nahkoda dan penumpang bercerita peristiwa Tsunami dan kisah-kisah
itulah kami bawa sebagai naratif yang disampaikan dari bibir ke bibir. Peristiwa itu telah
berlaku berpuluh-puluh tahun sehingga aku sendiri telah berusia 80 tahun dan telah
meninggalkan Kawai Maru. Aku menghabiskan sisa-sisa hidupku di rumah orang-orang
tua daerah Kita Tokyo. Aku masih mengingati kampung halamanku di Malaya.

TEMA

Tema merupakan persoalan utama yang diungkapkan dalam sesebuah karya sama ada
secara langsung ataupun tidak. Novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan
bertemakan kemasyarakatan seperti kepincangan dalam kepimpinan dari segi
kehidupan sosial, ekonomi dan politik serta pembangunan terhadap kepulauan
Ogonshoto yang diterajui oleh Presiden.

PERSOALAN

Persoalan merupakan perkara sampingan yang mempunyai hubungannya dengan


tema. Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini. Antaranya adalah:

Keruntuhan Moral dalam Penggunaan Kekuasaan


Manusia sanggup melakukan apa sahaja. Nilai-nilai kemanusiaan sudah tidak ada lagi.
Contohnya dalam bab “Mainan”. Presiden sanggup menembak anak angkatnya.
Tentera Presiden pula memotong lidah dan kedua-dua pergelangan tangan anak
angkat Presiden. Dalam bab “Jeneral”. Konflik berlaku di Ture, iaitu antara jeneral dan
pegawai kanan apabila kedua mereka ingin menjadi pemimpin. Kemuncaknya jeneral

1
telah membunuh pegawai kanan. Kes pembunuhan terbongkar kerana pengintipan
dilakukan oleh Presiden Ogonshoto sendiri.

Kepercayaan Terhadap Semangat Spritual


Dalam novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan dapat dikesan masyarakat yang
masih lagi mengekalkan budaya lama seperti acara memuja ‘semangat rumah’. Hal ini
dapat dilihat dalam petikan seperti berikut:
Pada hari dia mula-mula menduduki rumah kecilnya di Ture,
dalam acara memuja ‘semangat rumah’, dia turut
mengundang beberapa orang kacukan Jepun Futu-Ata,
wartawan akhbar dan televisyen, selain beberapa penduduk
di Ture yang dipilihnya.
(hal: 25)

Kemajuan Teknologi dalam Industri Pembuatan


Kemajuan dari aspek teknologi dapat dikesan dalam novel Naratif Ogonshoto karya
Anwar Ridhwan. Contohnya Kapal Kawai Maru dilengkapi dengan sistem
telekomunikasi dan pasaran yang canggih. Lantaran itu, Kawai Maru dikunjungi kapal-
kapal yang lebih kecil setiap minggu. Sebahagian besar hasil tangkapan Kawai Maru
dijual terus di perairan antarabangsa. Selain itu, Kawai Maru mempunyai komputer
yang menyambung pandangan mata satelit. Isyarat mata satelit itulah yang dapat
mengesan ikan-ikan di perairan tertentu. Selain itu dapat dikesan dalam bab “Kamera”.
Seorang pemuda yang mengikuti program penyelidik Muda Asia Pasifik di Jepun, bukan
sahaja telah berjaya mencipta sebuah kamera yang boleh merakamkan peristiwa masa
lampau, malah boleh membongkar perbuatan jenayah.

Pemikiran Kritis Menghasilkan Sesuatu Inovasi

1
Melalui program penyelidik Muda Asia Pasifik di Jepun, seorang pemuda berjaya
mencipta sebuah kamera yang boleh merakamkan peristiwa masa lampau, malah
boleh membongkar perbuatan jenayah.
Dalam satu peristiwa yang lain dapat dilihat ‘ciptaan yang hidup’. Seorang resi muda
berjaya mencipta ikan-ikan daripada tanah liat yang bewarna-warni. Ikan-ikan tersebut
kelihatan realistik.

Pembangunan yang Mengorbankan Alam Sekitar


Pembangunan akan dilaksanakan jika memberi keuntungan kepada negara tanpa
mengambil kira implikasi daripada pembangunan tersebut. Contohnya dapat dikesan
dalam bab “jari”. Pembinaan padang golf bertaraf antarabangsa dijangka memberi
keuntungan kepada negara. Projek ini diluluskan oleh presiden walaupun memberi
kesan kepada kawasan tadahan hujan.

Kebebasan Media dalam Kalangan Masyarakat


Pihak pemerintah masih mengawal kebebasan media. Hukuman dikenakan kepada
sesiapa sahaja yang berani mencabar kepimpinan sebuah negara. Contohnya dalam
bab “Jari”. Bukan sahaja guru itu terpaksa bertukar tempat kerja malah saudara-
saudaranya juga. Ada yang ditukarkan tempat kerja dan ada juga yang diturunkan
jawatan. Hal ini berlaku kerana guru itu menghantar kepada akhbar makalah kritikan
kepada pemerintah.

Penyelewengan dalam Kepimpinan


i. Tidak mendekati jiwa rakyat
Dalam novel Naratif Ogonshoto dapat dikesan ciri-ciri pemimpin yang tidak mendekati
jiwa rakyat. Hal ini dapat dilihat melalui pengakuan Presiden sendiri seperti:
Di lapangan terbang, Presiden dari Afrika itu sebelum berlepas pulang sempat
berkata, “Saya kagum bahawa Bapak Presiden amat dihormati oleh anggota
Dewan Kepresidenan dan rakyat Ogonshoto.”
Menentang mata rakan sejawatannya, Presiden membalas dengan ungkapan
yang pernah dilontarkan Caligula. “Mereka tidak menghormati saya. Mereka
takut kepada saya.”

1
ii. Menggunakan kuasa secara mutlak
Anwar Ridhwan juga memaparkan sifat pemimpin yang menggunakan kuasa secara
mutlak. Presiden Ogonshoto akan melakukan apa sahaja kepada sesiapa yang
menentang pentadbirannya. Ini dapat dilihat dalam petikan seperti berikut:
… setiap penentangan, seperti kuman yang berbahaya, mesti dihapuskan
seawal mungkin dengan apa cara sekalipun
Presiden merealisasikan kata-katanya. Kuman pertama Presiden ialah
golongan mahasiswa. Tindakan serta-merta diambil seperti berikut:
Presiden serta seluruh anggota Dewan Kepresidenan mempersiap dan
memperkuat mekanisme pertahanan tubuh, dengan proten-proten antibodi,
yang sel-sel putihnya bersiaga melawan antigen mahasiswa. Konsep asrama
universiti, tempat mahasiswa berkumpul dan boleh membuat gerakan kolektif
segera dihapuskan serta merta. Berbondong-bondonglah para mahasiswa
mencari rumah-rumah sewaan di luar kampus. Sebarang bentuk bantahan
bukan sahaja tidak akan dilayan, malah pembantah akan dihukum di bawah
suatu regulasi baru yang memberikan penekanan bahawa tugas mahasiswa
yang utama adalah mengikuti kuliah dan menelaah di perpustakaan.

Kemiskinan Mengakibatkan Keciciran


Kemiskinan merupakan salah satu faktor kanak-kanak di Ogonshoto tidak
berpendidikan tinggi. Ini dapat dilihat dalam petikan seperti:

“… Akan rugilah Ogonshoto kelak apabila anak kecil Malagana yang pintar itu
terbiar tanpa pendidikan tinggi”.
“Di dunia ketiga yang tradisional lagi miskin, menurut catatan biografi itu, ibu
tidak mahu berpisah dengan anak yang kelak boleh menolongnya secara
fizikal ketika usia tua; biarpun si anak tidak bersekolah dan bodoh”.

Kasih Sayang terhadap Ibu


Dalam novel Naratif Ogonshoto digambarkan hubungan kekeluargaan yang positif.
Seorang anak yang tetap menyayangi dan menghormati ibunya yang miskin walaupun

1
dia sudah berjaya dan dihormati oleh masyarakat. Ini membuktikan dia masih lagi tahu
asal usulnya dan tidak lupa diri. Hal ini dapat dilihat seperti dalam petikan di bawah:

… Dia lelaki yang sempurna, yang sedari kecil kecil kepintarannya telah
dikesan seorang nakhoda Eropah. Di tanah asing itu dia menjadi kesayangan
keluarga nakhoda, dikagumi dan dihormati oleh rakan siswa dan gurunya.
Kajian-kajiannya yang memihak pada keselamatan awam dan demokrasi
mendapat sanjungan pensyarah dan profesornya. Apa lagi? Dia pulang
sebagai lelaki gagah, berhadapan dengan seorang perempuan tua yang agak
hodoh berkeriputan, hatta tetap dipeluk lututnya demi rasa hormat seorang
anak yang tahu asal-usulnya.

1
PUISI

Virus dari Langit Global


(Nur Suhada Sayuti)

Maksud
Rangkap 1

1
Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah mempengaruhi
fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan keseronokan diri telah menjadi
darah daging generasi muda.

Rangkap 2
Nilai yang seiring pembangunan fizikal generasi muda telah musnah. Generasi muda
kini telah dipengaruh dan dilanda pelbagai budaya serta nilai negatif.

Rangkap 3
Anasir yang datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan menjajah minda
generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi dipedulikan oleh generasi
muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir yang tidak sihat telah menyebabkan
harapan kepada generasi muda semakin musnah.

Tema
Jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden.

Persoalan
1. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh
budaya yang mementingkan keseronokan.

2. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia
luar..

3. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah


mempengaruhi generasi muda masa kini.

Seorang Tua di Kaki Tamadun


(Fadh Razy)

Maksud
Rangkap 1

1
Seorang yang memerah keringatnya di bawah matahari terik untuk mengusahakan
sawah padi.

Rangkap 2
Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk mengusahakan
sawah sedaya upaya.

Rangkap 3
Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah terdapat padi
yang sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin memusnahkan padi.

Rangkap 4
Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan sawah itu,
walaupun sukar.

Rangkap 5
Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih ketika azan
dilaungkan kerana di dalam hatinya terpendam rasa yang marah yang tidak ditahannya.

Rangkap 6
Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah ditipu oleh
golongan yang tidak bertanggungjawab.

Rangkap 7
Sawahnya yang selama ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga telah
dibangunkan dengan perubahan pemodenan.
Tema
Tema sajak ini ialah kemasyarakatan.Pembangunan yang dijalankan telah
melenyapkan warisan tradisi nenek moyang iaitu sawah padi.

Persoalan

1
1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas
dan menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan
sawahnya.

2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab.


Contohnya sawah petani tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab untuk pembangunan.

3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa


menunaikan suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.

Selamat Tinggal Eropah II


(Muhammad Haji Salleh)

Maksud
Rangkap 1

Penyajak berharap agar negara-negara Eropah yang dahulunya menjajah negara lain
kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh

2
mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata. Mereka juga diingatkan agar tidak
memperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai
pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah
itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan.

Rangkap 2

Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat
perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang
dihadapi.

Rangkap 3

Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan


seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Rangkap 4

Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-


negara Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala
peristiwa hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila.

Tema
Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara
Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah
banyak melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang
pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai.
Persoalan
1. Kesedaran atas perkara yang telah
dilakukan Contoh: aku harap ingatanmu
masih
luas untuk menakung sejarah
yang kaukuasai dengan darah dan helah

2. Kejujuran dalam menjalin hubungan


sejagat Contoh: sekarang kau harus
berkata

2
3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa

2
Contoh: pembakaran rumah Turki di Jerman

4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan


Contoh: di mukamu kulihat luka baru
senyummu dibelah seksa

Menterjemah Bahasa
(Abd. Rahim Omar)

Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan dan telah tersebar
ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah menjadi jambatan penghubung dan
penyatuan pelbagai bangsa dan budaya yang berlainan.

Rangkap 2
Bahasa kita telah diangkat sejak abad ke-7 masihi bermula dari kerajaan Sriwijaya
hingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa kita mampu menjadi medium ilmu
dan mengangkat maruah sesuatu bangsa sehingga ke peringkat antarabangsa.

2
Rangkap 3
Tanpa henti bahasa kita telah berazam menjadi wadah ilmu untuk membentuk jati diri
bangsa sehingga melahirkan tokoh cendekiawan dan pendeta yang bijaksana.

Rangkap 4
Bahasa kita telah menjadi bahasa ilmu untuk menerokai segala teori dan masalah.
Walaupun penjajah memperkecil-kecilkan bahasa kita dengan alasan bahasa kita tiada
kepentingan ekonomi. Namun bahasa kita tetap maju dan hebat menjadi warisan
negara bangsa.

Tema
Bertemakan patriotisme iaitu mencintai dan mengangkat martabat bahasa kita.

Persoalan

1. Persoalan kepentingan bahasa kepada sesuatu bangsa. Ianya menjadi ikatan


pelbagai bangsa dan budaya.

2. Persoalan bahasa sebagai wadah ilmu dan mampu membina sesuatu peradaban
bangsa.

3. Persoalan kegemilangan bahasa itu bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan
terus berkembang menjadi bahasa ilmu dan telah melahirkan ramai tokoh
cendekiawan yang bijaksana.

4. Persoalan tekanan dan cabaran daripada musuh bahasa kita. Walaupun telah
dijajah bahasa kita tidak akan lupus malah akan tetap terus berkembang.

2
Citra Pelangi 1 Malaysia
(A.Halim Ali)

Maksud
Rangkap 1
Impian dan angan-angan perlu ada pada setiap orang untuk direalisasikan pada masa
hadapan.

Rangkap 2
Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan pendapat, penyajak berharap perbezaan itu
dapat mencapai satu tujuan yang sama. Penyajak berharap dengan wadah satu
bahasa, perpaduan dapat dicapai walaupun mempunyai pelbagai bangsa.

Rangkap 3
Penyajak berharap kita semua dapat saling bermaafan dan saling kasih mengasihi
antara satu sama lain di bawah rumpun Melayu, walaupun kita mempunyai
kepelbagaian bangsa. Penyajak berharap kepelbagaian bangsa dapat memupuk
kesefahaman dalam kehidupan bermasyarakat. Perbezaan pendapat hanyalah perkara
biasa dan diharapkan kita akan dapat bersatu demi tanah air tercinta.

2
Tema
Bertemakan perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersama-
sama memajukan dan membangunkan negara.

Persoalan
1. Persoalan impian dan angan-angan perpaduan pelbagai bangsa akan
menjadi kenyataan jika diusahakan dengan penuh kegigihan.

2. Persoalan bahasa kebangsaaan boleh dijadikan jambatan untuk


mengeratkan hubungan antara kaum. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai
alat komunikasi untuk saling mengenal dan memahami.

3. Persoalan kasih sayang perlulah dipupuk antara pelbagai bangsa di


negara melalui satu bahasa.

4. Persoalan perbincangan untuk mencari kesepakatan perlu ada dalam


sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa.

5. Persoalan bersatu-padu untuk satu tujuan dan demi negara yang tercinta.

6. Persoalan saling bermaafan-maafan dan bertolak ansur antara satu sama lain
di bawah satu negara.

7. Persoalan estetika iaitu warisan budaya rumpun Melayu yang berhemah


dalam menangani sesuatu perkara.

8. Persoalan perpaduan antara kaum penting untuk kemakmuran dan


keamanan negara.

2
Mencintai Tanah
Ini (Lim Swee
Tin)
Maksud
Rangkap 1
Penyair mencabar sesiapa sahaja yang berani mencemarkan/menimbulkan
ketegangan/menghapuskan kedamaian dalam keadaan negara yang sejahtera ini.
Penyair turut mempersoalkan mereka yang sentiasa menyusun strategi dan bertindak
agresif/ganas/tidak berperikemanusiaan/ melanggar peraturan/peraturan rimba dengan
membangkitkan dendam dan menabur bibit-bibit kebencian dalam negara yang damai
lagi sejahtera.

Rangkap 2
Penyair menegaskan bahawa sejarah yang dilakukan oleh pahlawan bangsa. Masih
tetap dikenang walaupun zaman telah silih berganti. Masih terkesan kezaliman dan
penindasan yang menyebabkan penderitaan yang dilalui semasa zaman penjajahan
yang silih berganti (Portugis, British, Jepun, Komunis…) Walaupun zaman telah
berganti namun kepedihan itu tetap terasa seolah-olah baru sahaja berlaku.

Rangkap 3
Setiap detik anak-anak bangsa masih teguh dan sentiasa menaruh harapan untuk terus
mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara bangsa tercinta. Mereka
sanggup berjuang dan berkorban nyawa tanpa mengharapkan ganjaran demi kasih
sayang yang suci dan murni.

Tema
Bertemakan semangat patriotik dan sentiasa bersemangat dan bersedia
mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara bangsa tercinta.

2
Persoalan
1. Jati diri dan patriotisme. Penceroboh keamanan negara perlu ditentang dengan
tegas oleh setiap anak bangsa yang menghuni sesebuah negara. Menentang
mereka yang menimbulkan ketegangan dan konflik dalam negara
melambangkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada negara
bangsa. Contoh : - Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini

Contoh :- Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini


2. Mengenang kembali sejarah bangsa zaman silam. Kita perlu mengenang jasa
nenek-moyang/ generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa
menentang penjajah yang datang silihberganti. Kini negara berada dalam
keadaan sentosa, sejahtera dan bertuah
Contoh : - sejarah pertiwi masih cermat tersimpan
dalam album purbanya
ngilu hiris cengkam
penjajah berganti silih
mencakar sukma ibunda
hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya.
3. Pasti ada rakyat yang tidak berpuas hati dan sentiasa berusaha menyebarkan
rasa dendam dan kebencian secara agresif tanpa memikirkan kesan kepada
negara bangsa. Oleh itu kita berlu berwaspada untuk mengelak menyumbang
kepada ketidakharmonian negara bangsa.
Contoh:- siapakah berani merobek angin musim sentosa
sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit
dan denai-denai desa
dengan pedang terhunus
dendam
berpercikan silau kebencian
4. Kasih sayang anak bangsa kepada negara tercinta. Kita perlu mengimbau
sejarah silam perjuangan waris terdahulu yang membebaskan diri dari belenggu
penindasan dan kezaliman penjajah. Oleh itu keamanan yang ada kini perlulah
dikekalkan dan mengelakkan diri daripada mencetuskan konflik berdarah demi
mengelak sejarah pahit zaman silam berulang kembali. Janganlah pula kita yang
menjadi dalang di tanah air sendiri.
Contoh:- degup ingin anak-anak bangsa
masih kental mengisi mimpi

2
membenteng tanah yang sesusuk ini
dengan harga cinta tak tertawarkan
dengan anyam kasih tak tercelakan.
5. Masih ada anak-anak bangsa generasi yang mewarisi semangat perjuangan
generasi silam yang kental jiwanya dan sanggup berjuang dan berkorban untuk
mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara bangsa.
Contoh:- degup ingin anak-anak bangsa
masih kental mengisi mimpi
membenteng tanah yang sesusuk ini
dengan harga cinta tak tertawarkan
dengan anyam kasih tak tercelakan

Ini Tanah Kita


(Salman
Sulaiman)

Maksud
Rangkap 1
Penyajak ingat akan pesan bondanya bahawa suatu hari nanti penyajak atau anaknya
akan menempuhi kematian. Bonda mengingatkan penyajak supaya sentiasa
mengingati

2
Tuhan dan berzikir kepada Tuhan dengan penuh keinsafan seolah-olah seperti seorang
tua yang hampir meninggal dunia.

Rangkap 2
Pesan bonda lagi, liang lahad ini akan diisi dengan jasad-jasad yang bersedia
menghadapi kematian. Penyajak termenung seketika memikirkan bagaimana untuk
menjadi lelaki yang bersedia untuk hidup dalam alam liang lahad tersebut.

Rangkap 3
Bonda berpesan lagi supaya kita sentiasa mengingati hari kematian kita kerana
kemungkinan kita akan mati pada hari esoknya.

Rangkap 4
Kita tidak hanya perlu melilitkan kepala dengan kain serban untuk menunjukkan alim di
hadapan malaikat Munkar dan tidak perlu mempunyai ilmu sihir untuk bersembunyi
daripada malaikat Nakir. Namun kita perlu tahu bahawa kita berasal daripada tanah.

Rangkap 5
Tanah (kubur) ini sentiasa menunggu bakal-bakal penghuninya.

Rangkap 6
Penyajak berimiginasi terdapat seorang lelaki tua di bawah sepohon kemboja sedang
menggali liang lahad untuk jasadnya sendiri. (Menggambarkan seseorang itu telah
bersedia untuk kembali kepada Penciptanya)

Tema
Sajak ini bertemakan keagamaan, sentiasa mengingati kematian kerana setiap yang
hidup akan berakhir dengan kematian.

Persoalan

3
1. Persediaan menghadapi kematian. Kita sebagai manusia yang akan menempuh
alam kematian suatu hari nanti perlu bersedia dan membawa bekalan menuju
akhirat.

2. Nasihat seorang ibu kepada anaknya. Ibu menasihati anaknya supaya sentiasa
bersedia mengingati kematian yang akan dilalui oleh setiap manusia.

3. Keinsafan di dalam diri manusia. Kematian yang berlaku setiap hari dapat
menyedarkan dan menginsafkan penyajak bahawa suatu hari nanti dia juga akan
menempuhi kematian.

Sekeping Kartu Kecil


(Mohd. Aidid Abd
Rahman)

Maksud

Rangkap 1

3
Penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah
lama berpisah.

Rangkap 2
Penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya.

Rangkap 3
Kad tersebut menggembirakan penyajak dan terkenang akan hubungan mereka pada
masa lampau.

Rangkap 4
Penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya nanti. Bukan sebagai
kekasih tetapi sebagai sahabat. Penyajak meminta kekasihnya melayannya sebagai
sahabat.

Tema
Bertemakan persahabatan. Penyajak mengharapkan hubungan yang terputus antara
dia dan kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat.

Persoalan
1. Kesetiaan dalam memupuk persahabatan.
Contoh: ya, ingin sekali aku berkunjung ke
rumahmu bukan lagi sebagai kekasih
seperti kelmarin

2. Kasih sayang dalam keluarga


Contoh: dan tiga orang anak tercinta

3. Melayan tetamu dengan baik


Contoh: sambutlah sebagaimana kebiasaan
engkau menyambut tetamu

3
Kubentang Sehelai Peta
(T. Alias Taib)

Maksud
Rangkap 1
Penyajak mula menyatakan perjalanan hidupnya dari kecil sehingga berusia 60 tahun.

Rangkap 2
Penyajak terkenangkan semasa kecilnya. Dia banyak menghabiskan masa di sawah
dan kesabarannya dibentuk semasa aktiviti memancing.

3
Rangkap 3
Penyajak mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu. Beliau terpaksa berkaki ayam
dan melalui kawasan hutan semasa ke sekolah.

Rangkap 4
Semasa remaja juga beliau menghadapi cabaran/masalah/dugaan untuk mencapai
impiannya sebagai penulis/karyawan.

Rangkap 5
Apabila semakin berusia, penulis semakin matang dan mengenal diri sendiri serta
peranannya dalam masyarakat.

Rangkap 6
Penulis akhirnya berjaya mencapai impiannya namun tetap mengekalkan warisan
budaya nenek moyang.

Tema
Bertemakan jati diri. Penyajak menceritakan pengalaman pahit getirnya mengharungi
kehidupan.

Persoalan

1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran


hidup Contoh: Di atas rakit ini kurempuh
kesulitan

2. Gigih berusaha mencapai kejayaan dalam


pelajaran Contoh: menajamkan kalam dan berkaki
ayam
menyusur denai basah ke sekolah

3
3. Kegigihan mencapai cita-cita

3
Contoh: antara bakat menulis puisi
dengan mengasah perasaan

4. Mengenal diri sendiri


Contoh: Di atas rakit ini kukayuh usiaku
Mudik ke hulu hari mencari diri

Sepi Syawal Tanpa Bonda


(Amylia Hussain)

Maksud
Rangkap 1
Penyajak melahirkan perasaan kecewa dan dukacitanya yang bercampur gaul dalam
hati dan membiarkan kesedihan dan kesunyian yang dialami seterusnya tergambar
pada wajah penyajak

Rangkap 2
Penyajak berasa amat gembira sewaktu mendengar alunan takbir bergema kerana
dapat bersama-sama ibunya, seorang wanita tua yang penuh kesabaran dan baik hati.

Rangkap
3
Setelah kematian ibunya, penyajak berasa amat sunyi dan pilu. Namun, kenangan
sewaktu bersama-sama ibunya dahulu tetap dalam ingatannya.

Tema
Sajak ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tetap
utuh walaupun ibunya telah meninggal dunia. Hal ini amat menyentuh hati penyajak
terutama sewaktu menyambut kedatangan syawal, penyajak berasa amat sunyi.

Persoalan
1. Kematian orang yang tersayang – penyajak menerima kematian ibunya walaupun
dalam masa yang sama beliau amat terasa dengan kehilangan tersebut.
2. Kesepian menjalani kehidupan – penyajak berasa sunyi selepas kematian ibunya
dan sentiasa terkenangkan ibunya.
3. Kesabaran menjalani kehidupan – ibu penyajak merupakan seorang yang
penyabar kerana menyimpan sendiri kesusahannya daripada pengetahuan
penyajak.

Kata Bukit Kepada Jentolak


(Mohd Faizal Said)

Maksud
Rangkap 1

Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia pernah mencatat sejarah, iaitu pernah
berlaku persengketaan antara dua beradik sehingga membawa kepada peperangan.
Pertanyaan daripada bukit kepada jentolak yang datang dengan hingar dengan
deruman dan boleh menguburkan sejarah yang pernah berlaku di bukit itu.

Rangkap 2

Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak
mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.

Rangkap
3
Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia adalah pasak kepada alam dan disebabkan
sikap rakus manusia yang memusnahkan alam maka berlakulah kejadian tanah runtuh.

Rangkap 4

Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak
mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.

Tema

Sajak ini bertemakan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin
kelestarian alam. Alam sekitar adalah sumber penting dalam kehidupan manusia.
Kemusnahan alam sekitar boleh mendatangkan bencana kepada kita.

Persoalan
1. Kuasa wang – Penyajak menimbulkan isu mengenai sesetengah pihak yang
lebih mementingkan keuntungan berbanding menjaga kelestarian alam.

2. Peristiwa bersejarah – Peristiwa bersejarah, iaitu perang saudara yang pernah


berlaku di bukit itu akan terkubur sekiranya bukit ini dimusnahkan oleh
jentolak.

3. Kemusnahan alam sekitar – Kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut


keuntungan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar, iaitu
boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

3
Lidah Anakku Berbelang-Belang
(Abizai)

Maksud
Rangkap 1
Pengaruh daripada pendidikan sekular telah menyebabkan generasi hari ini
mengagungkan perkara-perkara yang dihasilkan oleh orang barat. Anak-anak hari ini
lebih suka kepada gaya hidup moden dan tidak mengamalkan warisan budaya sendiri.
Penyajak mengharapkan agar anak-anak muda hari ini kembali ke pangkal jalan
sebelum masa terlambat.

Tema
Sajak ini bertemakan kesan dan pengaruh budaya moden terhadap perkembangan
gaya hidup anak-anak muda hari ini. Contohnya, anak-anak muda hari ini telah mula
mengagungkan bahasa barat berbanding menggunakan bahasa ibunda.

Persoalan

3
1. Kepentingan bahasa ibunda . Anak-anak muda keliru tentang kelebihan antara
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bahasa asing lebih diagungkan berbanding
bahasa ibunda.
Contoh : hasil didikan serampang bermata dua
keliru menilai martabat bahasa
ibunda

2. Mengagungkan budaya barat berbanding budaya sendiri


Contoh: memuja kuntuman tulip di taman
seberang
melupakan haruman melur di laman
belakang

3. Amalan budi bahasa yang semakin terhakis


Contoh : teduh budi bahasa tiada lagi
terasa
ditawan terik mentari langit terbuka

4. Seruan kembali ke pangkal jalan


Contoh: segeralah pulang sebelum
menghilang setia menghadam kulit
dan isi warisan

4
Ingatan Kepada Kawan XXIV
(Zaen Kasturi)

Maksud
Rangkap 1
Walaupun peralihan waktu dan musim. Saban waktu penyajak mengingati kawannya
dan diharapkan menjadi ingatan di hati kawannya juga.

Rangkap 2
Penyajak menggambarkan kemungkinan dirinya hanya bayangan atau kenyataan buat
sementara selagi dia masih hidup. Mungkin setelah melalui dan mengalami semuanya
maka kita akan lebih tahu rencah kehidupan ini. Dalam kehidupan ini kita akan sentiasa
dibuai mimpi jika kita tidur dan akan berjumpa seorang kawan yang baik jika ditakdirkan
oleh Tuhan dalam kehidupan.

Rangkap 3
Dalam hubungan yang wujud ini, akan membawa kita mengharungi kehidupan yang
lebih baik dan akan menjadi sahabat yang akan sentiasa menjaga kawannya serta
menganggap kawannya menjadi sebahagian dirinya yang penting dalam hidup ini.

Rangkap 4

4
Dalam hubungan persahabatan, kita harus ikhlas menjaga kawan dan bukan
mempunyai keinginan tersirat untuk memilikinya. Kawan atau sahabat kita mungkin ada
yang menghadapi pelbagai masalah.

Rangkap 5
Penyajak menganggap kawannya tempat dia meluahkan masalah dan perkongsian
masalah dapat diselesaikan. Dalam kehidupan ini kita sering dilambung pelbagai
dugaan dan masalah. Namun semua itu adalah sesuatu yang indah.

Tema
Bertemakan kasih sayang seorang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup
berkongsi masalah bersama-sama.

Persoalan
1. Persoalan sikap kawan yang mengambil berat masalah kawannya.

2. Persoalan saling mengingati antara satu sama lain tanpa ada hasrat
yang tersembunyi di sebaliknya.

3. Persoalan keikhlasan dan jujur dalam persahabatan tanpa ada niat


untuk mengkhianati sahabat atau kawan.

4
Jalur yang Tidak Pernah
Padam (Jasni Matlani)

Maksud
Rangkap 1
Cahaya matahari mula menyinari, menerangi bumi pada waktu pagi ke seluruh pelusuk
dunia sama ada di atas bumbung, di atas pokok-pokok rendang, di kawasan taman, di
kawasan kota yang sibuk ataupun kawasan desa yang suram.

Rangkap 2
Apabila hari semakin tinggi, maka cahaya matahari semakin bersinar dan menerangi ke
seluruh alam. Malahan cahaya matahari yang berkaca-kaca ini turut diraikan dalam
satu pesta untuk mengalu-alukan turunnya hujan setelah tujuh tahun mengalami musim
kemarau.

Rangkap 3
Sinar matahari tidak pernah padam malah terus memancarkan cahayanya walaupun
telah sampai ke penghujung petang. Sinarnya tidak akan berakhir pada waktu itu
sahaja kerana cahayanya akan menerangi bahagian lain di muka bumi ini. Matahari
tidak akan hilang atau terhapus daripada dunia ini walaupun tidak kelihatan pada
pandangan mata.

Tema
Kepentingan alam semula jadi kepada manusia. Matahari telah membantu penduduk
bumi menerangi alam ini dengan pancaran cahayanya yang berterusan tanpa ada
penghujung.

4
Persoalan

1. Berbuat jasa – Matahari telah berbuat jasa kepada alam ini tanpa mengira
manusia, haiwan atau tumbuhan dengan menerangi bumi ini secara
berterusan.

2. Kesetiaan dalam perhubungan – Perhubungan manusia dengan matahari


sangat rapat sehinggakan kehadiran matahari turut dirasai pada waktu malam
walaupun jasadnya sudah tidak kelihatan lagi.

3. Kesyukuran – Hujan yang turun telah disambut dengan gembira dan


penuh kesyukuran akibat musim kemarau yang berlaku selama tujuh
tahun.

Maksud

4
P
a
n
c
a
n
g

K
e
n
a
n
g
a
n

(
K
h
a
d
i
j
a
h

H
a
s
h
i
m
)

4
Rangkap 1

Penyajak menyuarakan keluhan kerana terdapat banyak pihak yang tidak


menghiraukan / tidak prihatin dengan suara-suara pendapat / bantahan tentang
kemusnahan alam akibat proses pembangunan.

Rangkap 2
Keadaan yang berlaku menyebabkan banyak pihak yang kecewa dan berputus asa
kerana terpaksa tunduk menurut arahan pihak atasan / pihak berkuasa. Mereka
terpaksa akur dengan membiarkan alam semula jadi diteroka secara meluas demi
pembangunan.

Rangkap 3

Terdapat golongan yang berkuasa semakin lantang bersuara dan sanggup mendengar
suara bantahan golongan pencinta alam. Mereka memberi janji dan mengadakan
kempen/slogan namun semua itu tidak dapat membersihkan sungai yang telah
tercemar dan menyelamatkan flora dan fauna. Golongan bawahan tidak mampu
menghalang semua itu daripada berlaku. Alam sekitar ini bakal menjadi satu kenangan
sahaja suatu hari nanti jika masalah ini terus berlaku.

Tema

Bertemakan proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam sekitar.

Persoalan

1. Kepupusan flora dan fauna akibat proses pembangunan.

2. Sikap manusia yang mementingkan diri sehingga mengabaikan alam sekitar.

3. Golongan bawahan yang terpaksa akur dengan tindakan golongan atasan


yang bersifat negatif.

4. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mempertahankan alam sekitar daripada pupus.

Kolek Bonda
(Aminah
Mokhtar)

Maksud

4
Rangkap 1
Pak Tua (generasi tua) berasa risau sebelum anak-anak (generasi baru) pulang dari
tanah seberang (menuntut ilmu, bekerja). Dia menjangka akan berlaku perubahan sikap
dan pemikiran yang ketara berbanding sebelumnya (generasi muda) setelah pulang
nanti.

Rangkap 2
Pak Tua begitu berhati-hati berbicara ketika generasi baru ke tanah air. Pak Tua
berpesan supaya terus mempertahankan jati diri bangsa dan tidak menggadaikan
maruah bangsa yang selama ini menjadi amalan/pegangan generasi silam. Amalan ini
telah mempertahankan kedaulatan negara bangsa sejak sekian lama.

Rangkap 3
Pak Tua bertindak penuh hemah dengan memperindah dan memperkukuh kolek bonda
apabila diminta secara paksa oleh anak-anaknya. Dia dengan penuh hemah
meyakinkan mereka bahawa kolek itu bercirikan berdaya tahan dan berdaya saing yang
tinggi.

Rangkap 4
Pak Tua mendahului anak-anaknya (sebelum anak-anaknya bertindak selanjutnya)
memulakan bicara penuh syahdu dengan kias dan ibarat berkaitan, tunjuk ajar dan
penyelesaian masalah kehidupan. Namun nasihat itu telah mencetuskan kemarahan
mereka. Pak Tua lantas mengusungkan koleknya ke kuala untuk mengelilingi dunia.

Rangkap 5
Di setiap benua yang disinggahinya, Pak Tua berkias tentang generasinya / bangsanya.
Pak Tua penuh yakin dan menegaskan berkenaan kolek bondanya yang berlantaikan
jiwa hanya berdindingkan bangsanya yang berdaya tahan dan berdaya saing yang
hebat/tinggi. Tahan diuji. Dia kemudiannya membawa kolek bondanya mengelilingi
dunia.

Rangkap 6
Pak Tua berjaya membuktikan kata-katanya tentang kelebihan / keistimewaan kolek
bonda sehingga anak-anak tiada alasan menidakkan kebenarannya. Pak Tua

4
kemudiannya telah beberapa kali berjaya mengeliling dunia menaiki kolek bonda.
(menjuarai / mendapat ranking dunia/ pengiktirafan dunia)

Tema

Kepimpinan melalui teladan/Identiti Nasional/Jati Diri. Pemimpin yang berwawasan


berkerampilan berhemah tinggi perlu untuk kepentingan negara bangsa dan menjadi
contoh kepada orang yang dipimpinnya. Mengotakan kata. Futuristik. Meyakinkan dan
memberikan kesan emosi dan merealisasikan visi dalam melaksanakan misi.

Persoalan

1. Generasi tua perlu memastikan jati bangsa dihayati dalam jiwa generasi muda
dalam mencorak wawasan negara.

2. Setiap kata-kata/nasihat/tunjuk ajar perlu dibuktikan untuk mendapat kesan emosi


dan keyakinan/ kepercayaan yang mendalam.

3. Generasi tua perlu mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam
mempertahankan kelestarian budaya bangsa.

4. Pertembungan pemikiran/budaya/pendidikan antara generasi tua dan generasi


muda perlu ditangani secara berhemah untuk mengelakkan konflik yang boleh
menjejaskan kelestarian budaya warisan.

5. Setiap warganegara perlu berwawasan dengan berpaksikan kepentingan negara


serta menyedari akan realiti semasa dan berkebolehan membuat ramalan/
perancangan masa depan dalam menentukan kemenjadian wawasan tersebut.

6. Sentiasa peka dan mengenali diri setiap ahli organisasi.

7. Mengotakan apa yang dikata.

8. Berkongsi pengalaman bersama-sama dengan memanfaatkan pengalaman dan


kepakaran serta kecekapan dalam membuat keputusan dengan tangkas dan tepat

9. Dapat menentukan tindakan masa depan secara optima dengan merancang,


mengelola, mendorong dan mengawal secara sistematik

Kuntum Rahsia dari Taman Takdir


(WB. Rendra)

Maksud

4
Rangkap 1

Pengarang menyatakan bahawa nilai kepercayaan dalam persahabatan akan


memupuk kesetiaan sehingga membentuk satu hubungan yang akrab dalam
kehidupan. Hubungan yang akrab ini akan menjadikan kehidupan lebih bahagia.

Rangkap 2
Seorang pemuda berjanji dengan sepenuh jiwa akan setia terhadap persahabatan ini,
walaupun janji tersebut bukan mudah ditepati seperti yang dilafazkan.

Rangkap 3
Terdapat gangguan dari luar yang berusaha untuk memusnahkan perjanjian itu. Kita
hanya bergantung harap pada Allah melalui doa untuk menghadapi ujian dan semua ini
memerlukan kesabaran. Akhirnya, kesabaran itu akan membina sebuah kebahagiaan.

Tema
Bertemakan kepentingan kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Setiap perhubungan
perlu disemai dengan kesetiaan.

Persoalan
1. Persoalan kebahagiaan dalam kehidupan.

Sebagai contoh: adalah baja-baja bahagia

2. Persoalan ketabahan menghadapi

ujian. sebagai contoh: denai- dilalui-

ditempa

3. Persoalan menyerah diri kepada Tuhan

Sebagai contoh: Dipelihara dalam dakapan doa

Aku Tidak Berani


Berjanji (Rosli K. Matari)

Maksud

4
Rangkap 1
Seorang pemimpin yang tetap pendiriannya dan bebas melakukan apa sahaja yang
difikirkannya.

Rangkap 2
Walaupun ada waktunya pemimpin berasa gembira tetapi tidak dapat dizahirkan atau
pun ketika dia sedih dan hanya menerima keadaan tersebut.

Rangkap 3
Pemimpin tetap tabah dan teguh pendirian ketika ditimpa pelbagai ujian yang cuba
menggugat dirinya.

Rangkap 4
Pemimpin lebih takut akan balasan yang akan diterimanya sesudah mati berbanding
ancaman daripada orang lain.

Rangkap 5
Kadang-kadang pemimpin berasa bimbang untuk menyuarakan sesuatu dan dibiarkan
begitu sahaja.

Rangkap 6
Ada kalanya pemimpin terpaksa mengikut kehendak mereka yang di bawah
kepimpinannya walaupun terpaksa berpura-pura.

Rangkap 7
Sesekali terpaksa pula menjadi seorang pemimpin yang tegas dan bertindak keras
namun masih menghormati mereka yang di bawah kepimpinannya.
Rangkap 8
Begitulah rutin harian yang dijalani oleh seorang pemimpin.

Rangkap 9
Pemimpin tidak berani berjanji bahawa semua perkara akan dapat diatasinya.

5
Tema
Sajak ini bertemakan kejelasan prinsip seseorang pemimpin. Contohnya, Sang Pelita
membiarkan sahaja bayangnya bermain sepuas-puasnya atau membebel sekehendak
hatinya.

Persoalan

1. Jati diri seorang pemimpin. Pemimpin tetap dengan pendiriannya walaupun


menerima pelbagai kritikan atau cemuhan daripada orang bawahannya.
Contoh: Seperti tiap-tiap malam, yang sudah-
sudah Sang Pelita membiarkan sahaja
Bayangnya bermain sepuas-puasnya
Atau membebel sekehendak hatinya

2. Tabah dalam menghadapi dugaan. Pemimpin tetap tabah dengan pelbagai


dugaan yang mendatang.
Contoh: Bahkan, ketika angin mencuri-curi
masuk Sang Pelita berdiam diri sahaja
Tidak peduli sekuat-kuat mana
Bayangnya menjerit-jerit cemas

3. Keinsafan dalam menjalankan tanggungjawab. Pemimpin sedar dan berasa insaf


akan mendapat balasan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang pemimpin.
Contoh: “Aku ngeri pada maut,
Lebih daripada jeritan mu”

4. Sifat rendah diri dalam diri seorang pemimpin. Pemimpin sedar bahawa dia tidak
mungkin dapat melakukan semua yang diharapkan oleh orang bawahannya.
Contoh: Hanya sekali, ia pernah menjawab:
“Aku tidak berani berjanji apa-apa.”

5
5. Pengorbanan seorang pemimpin. Pemimpin terpaksa berkorban demi
kepentingan mereka yang di bawah pimpinannya.
Contoh: Menjadi helang mengepak-ngepak
sayap
Meniru orang tua terbongkok-bongkok
Merungut atau berdekah-dekah
Menjelma atau menyelinap sementara
6. Kebebasan bersuara. Rakyat diberi kebebasan bersuara dan memberi
pandangan terhadap pemimpin mereka.
Contoh: Sang Pelita membiarkan sahaja
Bayangnya bermain sepuas-
puasnya Atau membebel
sekehendak hatinya

Aku Hanya Mahu ke Seberang


(Hashim Yaacob)

Maksud
Rangkap 1
Persediaan dan persiapan rapi dan teliti daripada setiap aspek fizikal, mental dan
emosi untuk mencapai impian yang murni dalam merancang kehidupan masa hadapan.

Rangkap 2
Bersedia untuk berhadapan/menempuh cabaran yang telah dijangka dan tidak terduga

5
sepanjang perjalanan untuk meraih kejayaan.

5
Rangkap 3
Penyair akur akan keupayaannya yang masih banyak kekurangan/kelemahannya
sedangkan halangan sangat mencabar keupayaannya fizikal dan mental dan emosinya.

Rangkap 4
Penyair berharap agar segala cabaran sepanjang perjuangannya dalam keadaan
terkawal. Demikian juga dengan segala persiapan fizikal, mental dan emosi supaya
berfungsi dengan sempurna dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
yang boleh menggagalkan usahanya sekian lama untuk mencapai impiannya.

Rangkap 5
Bertawakal dan berserah kepada Tuhan semoga cita-cita/impian yang kecil itu
dimakbulkan.

Tema
Bertemakan persediaan yang menyeluruh (emosi, mental dan fizikal) dengan
keazaman yang mantap, pengetahuan ilmu yang menyeluruh dalam pelbagai dan
ketelitian dalam mengubah kehidupan. Keyakinan dalam doa dan bertawakal kepada
Tuhan agar segala usaha tidak sia-sia dan sangat perlu dalam merealisasikan cita-cita.

Persoalan
1. Setiap orang perlu mengetahui dan menyediakan perkara-perkara yang
terbaik (sebaik-baiknya) untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan.
Contoh:-
Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma

2. Setiap orang yang hendak mengubah kehidupan / mencapai cita-cita perlu berilmu
pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi tentang bidang yang ingin diceburinya.
Contoh :-
Kupahat cengal menjadi perahu

5
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma

3. Pengetahuan dan persediaan yang mantap mengenai keadaan persekitaran


yang menjadi cabaran dan halangan perlu diketahui dengan sebaik-baiknya.
Contoh :-
mengharung samudera
melawan ombak dan pantai
4. Mengetahui keupayaan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
persekitaran supaya dapat terus berdaya tahan.
Contoh :-
Perahuku kecil, lautnya ganas.

5. Bertawakal dan berdoa serta memberi pengharapan yang tinggi kepada Tuhan
yang maha menguasai alam semesta, sangat perlu untuk meredakan tekanan dan
mengawal emosi supaya dapat terus bertahan (sebagai terapi - tidak hilang punca/
dapat mengawal keadaan) dalam menghadapi saat-saat genting dalam
kehidupan.
Contoh :-
Tenanglah laut, kuala dan
muara. Ombak jangan gila
melanda Tiuplah bayu pada
layarku laju Dayung jangan
patah.
Layar jangan rekah
Tiang jangan rebah

6. Tidak mudah patah semangat walaupun menemui pelbagai kesukaran dalam


merealisasikan cita-cita.
Contoh :-
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang

5
Wanita dan Laut
(Mahaya Mohd
Yassin)

Maksud
Rangkap 1
Wanita digambarkan sebagai laut yang tenang disuluhi cahaya matahari tetapi boleh
bertukar bergelombang jika perasaannya terusik.

Rangkap 2
Wanita juga mempunyai sikap yang sopan santun tetapi dalam masa yang sama turut
menyimpan dendam.

Rangkap 3
Wanita memiliki perasaan yang indah saat bertemu muka, namun menyimpan rahsia dan
penuh misteri.

Rangkap 4
Wanita yang diumpamakan sebagai laut digambarkan sangat indah tetapi pada masa
yang sama bersuara lantang dalam diam, sukar ditafsir tindak-tanduknya dan
kadangkala menjadi pendiam.

Rangkap 5

5
Segala tindak-tanduknya bersebab dan rasional. Mempunyai kesungguhan dalam
menyemai perasaan kasih dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, memiliki peribadi
yang mulia.

Rangkap 6
Ibu, kakak, nenek dan penyajak sendiri ialah wanita anugerah Allah yang amat
istimewa untuk seluruh umat manusia

Tema
Sajak ini bertemakan kekuatan peribadi wanita. Wanita yang digambarkan sebagai laut
mempunyai keistimewaan yang tersendiri disebabkan sifat laut yang tenang dan juga
bergelora. Keistimewaan yang ada pada wanita adalah anugerah daripada maha
pencipta untuk seluruh umat manusia.

Persoalan
1. Kasih sayang seorang wanita – Wanita digambarkan sebagai insan yang
mempunyai perasaan kasih sayang yang sangat melimpah-ruah.

2. Kesetiaan kaum wanita – Kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi adalah satu


keistimewaan yang dimiliki oleh wanita.

3. Wanita adalah anugerah Tuhan – Wanita yang terdiri daripada nenek, ibu, kakak
adalah anugerah istimewa untuk manusia sejagat.

5
Ranting
(Hilmi
Rindu)

Maksud

Rangkap 1

Tidak semua masyarakat kita mempercayai kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh
peranan individu atau organisasi.

Rangkap 2
Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh hari ini disebabkan oleh usaha dan
sumbangan individu atau organisasi tertentu yang banyak membantu tanpa
mengharapkan balasan.

Rangkap 3
Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap kejayaan secara luaran tetapi tidak
menyedari sebenarnya terdapat peranan besar yang dimainkan oleh golongan tertentu
dalam kejayaan tersebut. Sebaliknya, masyarakat menikmati hasil kejayaan itu dengan
perasaan gembira tanpa menyedari disebalik kejayaan itu terdapat golongan tertentu
yang membantu.

Rangkap 4
Individu dan organisasi yang ikhlas membantu dalam memberi sumbangan idea dan
tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan memahami erti kehidupan bahawa setiap
yang disumbangkan tidak semestinya mendapat kejayaan dan mengharapkan

5
perhargaan orang lain

5
Rangkap 5
Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat memberi
kebahagiaan kepada orang lain agar kemajuan negara akan terus dikecapi selama-
lamanya.

Tema
Bertemakan integriti seorang individu atau masyarakat dalam sesebuah organisasi
dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan untuk kepentingan orang
lain.

Persoalan

1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan yang dimiliki atas
sumbangan orang lain atau pihak tertentu.

2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan oleh usaha pihak tertentu.

3. Persoalan keikhlasan seseorang individu atau organisasi memberi sumbangan


tanpa mengharapkan sanjungan daripada orang lain.

6
Belajarlah Memahaminya - Gunung Legenda
(Shapiai Muhammad Ramly)

Maksud

Rangkap 1

Penyajak tahu bahawa daun-daun yang kelihatan diam sebenarnya sedang berzikir.
Suasana di kawasan gunung tersebut memberikan ketenangan kepada penyajak yang
rimas dengan kesibukan kota sebelum ini. Gunung ini merupakan tempat yang
meninggalkan peristiwa sejarah dan menimbulkan pelbagai misteri yang tidak terjawab.
Suasana di sana menyedarkan penyajak betapa pentingnya menjaga alam sekitar
daripada menjadi mangsa kemusnahan akibat pembangunan.

Rangkap 2

Ketika tidur di kaki gunung tersebut, penyajak mengimbas kembali tentang peristiwa
sejarah yang pernah berlaku di gunung tersebut. Sejarah yang banyak memberikan
sindirian. Sejarah tentang legenda seorang puteri.

Rangkap 3

Semasa berada di puncak gunung, penyajak berasa terpegun melihat suasana dan
keindahan alam semula jadi.

Rangkap 4

Ketika menuruni gunung tersebut, penyajak masih terasa seolah-olah alam sekitar
disekeliling begitu mesra dengannya.

6
Rangkap 5

Penyajak mengajak kita semua agar belajar dan memahami diri melalui alam semula
jadi yang terdapat di gunung legenda ini.

Tema

Bertemakan hubungan antara alam sekitar dengan manusia.

Persoalan

1. Keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan.

2. Peristiwa sejarah yang penting di sesuatu kawasan/tempat.

3. Suasana alam sekitar di kawasan pergunungan dapat memberi ketenangan


kepada orang ramai.

4. Sejarah yang sudah berlalu banyak memberi sindiran dan iktibar


kepada masyarakat.

6
Pada Glaukoma ke Ahmar
(Abd Razak@Rezeki Othman)

Maksud
Rangkap 1
Pengarang menggambarkan suasana yang dirasai/kesan emosi melibatkan perubahan
fungsi/kemerosotan deria penglihatan seseorang yang turut melibatkan perubahan
masa.

Rangkap 2
Pengarang menggambarkan emosi seseorang yang tertekan kerana kehidupannya
tidak lagi dapat berfungsi/membataskan pergerakan dalam menjalani rutin harian
disebabkan kemerosotan fungsi deria penglihatan. Sedangkan usia semakin mendekati
kematian.

Rangkap 3
Malang menimpa bonda pengarang kerana dia tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar
pula. Selama ini dia yang masih dapat melaksanakan rutin ibadah solat walaupun
dalam keadaan pergerakan yang terbatas. Namun serangan penyakit ahmar ini telah
melumpuhkan setiap pergerakannya.

Rangkap 4
Pengarang menyatakan ibunya telah menanggung penyakit glaukoma yang telah
menghilangkan deria penglihatan ibunya selama hampir tiga puluh tahun. Namun
menyatakan keresahannya/kerisauannya jika dengan serangan penyakit angin ahmar
ini nantinya akan menghilangkan/mengambil/meragut pula keseluruhan hayat ibunya
yang tiada galang gantinya. Mendapat sakit berat yang bertimpa-timpa.

Rangkap 5

6
Pengarang berdoa agar ibunya terus reda dan sabar menghadapi penyakitnya kerana
dia tidak mahu kehilangan ibunya. Pengarang tidak berasa terbeban menjaga ibunya
sebaliknya ingin terus diberi peluang untuk berbakti dan membalas jasa ibunya yang
tidak ternilaikan itu.

Tema
Bertemakan kasih sayang dan empati seorang anak terhadap ibunya yang begitu tabah
dan reda menanggung penderitaan akibat penyakit glaukoma selama hampir tiga dekad
dan yang terkini diserang penyakit angin ahmar pula. Kasih sayang yang begitu ampuh
seorang anak yang begitu takut jika hayat kehidupan ibunya tidak panjang berikutan
serangan penyakit angin ahmar. Ini kerana si anak masih tidak puas berbakti dan
membalas budi ibunya selama ini.

Persoalan
1. Malang tidak berbau kerana tiada sesiapa pun yang ingin berpenyakit. Serangan
penyakit turut menjejaskan rutin dan suasana kehidupan manusia. Meragut
kebahagiaan manusia dan menjejaskan diri manusia secara zahir dan batin.

Contoh : - Dari ruang cahaya


kini ke sudut suram

Contoh :- Bagai bayu siang bertiup bebas


kemudian terkurung
menjadi udara pengap
dinding kehidupan diikat ruang

Contoh:- Sesudah glaukoma


pada usia delapan puluh
kamu diterpa ahmar
pula ia mengunci
bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan

2. Manusia perlu reda dan tabah menghadapi penyakit/musibah dengan meneruskan


kehidupan setakat yang terdaya. Masih tetap mengerjakan ibadah solat walaupun
cacat penglihatan selama hampir tiga dekad.

Contoh : - Sesudah glaukoma

6
pada usia delapan puluh

6
kamu diterpa ahmar
pula ia mengunci
bahasa kaki
dan mengekang bahasa
tangan yang selama ini
menggerakkan ke wuduk dan
solatmu

Contoh:- Pun glaukoma itu


telah hampir tiga dekad
membawa pergi
indera kau miliki

3. Bersyukur dengan nikmat dan anugerah kesihatan yang baik dan pancaindera
yang berfungsi yang memberi kebahagiaan dan harapan kepada kehidupan. Oleh
itu kita perlu berbakti semasa kita masih sihat.

Contoh:- Dari ruang cahaya


Contoh:- Bagai bayu siang bertiup
bebas Contoh:- ke seri taman budimu
yang tak tertanam olehku

4. Seorang anak perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa. Oleh itu perlu
berempati terhadap keuzuran ibu bapa mereka. Hal ini dapat mengurangkan
tekanan emosi mereka untuk meneruskan hari-hari yang mendatang sebelum
tibanya saat kematian.

Contoh:- dan mungkinkah deru ahmar ini


bakal membawa pergi
satu-satunya yang aku miliki

betapa baki kesempatan ini


biar kusisip bunga bakti
ke seri taman budimu
yang tak tertanam olehku

5. Seseorang anak tidak boleh menganggap ibu bapa yang tidak sihat/cacat sebagai
beban. Sebaliknya perlu berusaha mengurangkan tekanan yang sedang
ditanggung. Anak-anak perlu reda dan sabar menghadapi dan sama-sama
menanggung penderitaan ibu bapa mereka. Supaya ibu bapa tidak berasa tersisih

6
atau membebankan sebaliknya berasa sentiasa diperlukan oleh anak-anak. Hal ini
dapat memberikan mereka kekuatan untuk meneruskan kehidupan seadanya.

Contoh:- Ibu, pada glaukoma ke ahmar


teruji lagi reda dan sabar
betapa baki kesempatan ini
biar kusisip bunga bakti
ke seri taman budimu
yang tak tertanam olehku

6. Penyakit boleh menyerang secara tiba-tiba dan bertimpa-timpa dan menjadi


penghalang kepada kebahagiaan. Persediaan spiritual, mental, emosi dan fizikal
perlu kuat untuk menanganinya dalam meneruskan kehidupan.

Contoh:- kini ke sudut suram

Contoh:- kemudian terkurung


menjadi udara pengap
dinding kehidupan diikat
ruang Contoh:-ia mengunci bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan

Contoh:- Ibu, pada glaukoma ke ahmar


teruji lagi reda dan sabar

6
Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai
(Napie Mat)

Maksud

Rangkap 1

Penyajak melambangkan kehidupan di sungai seperti kehidupan manusia di dunia.


Penyajak pernah diasuh tentang kehidupan manusia dan secara tidak langsung
dia memahami cara hidup manusia yang bekerja sebagai nelayan yang
melaksanakan fitrah Allah untuk mencari rezeki.

Rangkap 2

Penyajak memahami bahawa keadaan yang tenang tidak semestinya tiada masalah
yang timbul dan kadang-kadang masalah yang timbul datang tanpa petanda. Masalah
yang datang bagi golongan nelayan seperti musim tengkujuh memberi kesan yang
teruk kepada golongan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan bawahan seperti
nelayan tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka untuk mencari rezeki.

Rangkap 3

Penyajak memahami perasaan yang dialami oleh golongan nelayan yang hidup
mencari rezeki di kawasan sungai yang bergantung kepada musim-musim tertentu.
Nasib golongan ini sebenarnya telah ditakdirkan dan mereka merupakan golongan
masayrakat yang hidup dalam kesusahan.

Rangkap 4

6
Kadang-kadang penyajak terlalu asyik memerhatikan masalah yang timbul dalam
masyarakat di dunia ini.

Rangkap 5

Kesusahan yang dialami oleh golongan ini biasanya merupakan kesusahan yang
dialami selama-lamanya.

Tema

Bertemakan kehidupan masyarakat golongan nelayan yang hidup dalam kesusahan


dalam mencari rezeki.

Persoalan

1. Fitrah manusia mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

2. Keadaan yang tenang tidak semestinya tiada pergolakan dalam masyarakat.

3. Musim tengkujuh merupakan cabaran dan dugaan kepada golongan


nelayan untuk mencari rezeki.

4. Persengketaan sering berlalu di mana-mana sahaja di dunia ini.

6
Mari Kita Cipta Alam Lestari
(Nimoiz T.Y.)

Maksud

Rangkap 1

Pengarang mengajak masyarakat mencipta alam lestari bersumberkan kehijauan


pepohonan dibumi yang subur dan makmur hasilnya.

Pengarang juga mengajak kita bersama-sama bersepakat menjayakan transformasi


atas dasar kebijaksanaan/kebitaraan yang bertempat di landskap indah universiti
ternama/terulung negara. Hal ini demikian kerana di situlah tempat lahirnya para
cendekiawan/ilmuan negara.

Pengarang menegaskan tiada gunanya pembangunan negara jika kita dengan sesuka
hati memusnahkan alam sekitar tanpa memikirkan risikonya pada masa akan datang.

Pengarang dengan sinis mempersoalkan tiada ertinya kemajuan/perubahan jika kita


menggunakan teknologi moden untuk memusnahkan alam sekitar dengan rakus.

Rangkap 2
Pengarang menjelaskan bahawa kitalah sepatutnya sebagai masyarakat era teknologi
yang menjadi pemaju negara berdaulat pada masa hadapan. Hakikatnya kejayaan dan
pencapaian cemerlang kita telah mencipta nama dan mengharumkan nama negara di
pesada dunia adalah kerana kita masih sayang akan bumi dan sumber alamnya.

Rangkap 3
Penyair menyeru kepada masyarakat supaya dapat membentuk tali silaturahim/
ukhwah atas nama anjakan paradigma dalam mencapai wawasan negara yang akan
mengharumkan nama negara sepanjang peradaban. Oleh itu kita patut berterima kasih

7
kepada semua anugerah alam/ sumber dan unsur alam yang pelbagai dan menarik
serta unik itu yang telah mensejahterakan rakyat di negara ini.
Rangkap 4
Setelah segala usaha kita berjaya mencapai kecemerlangan dengan mendapat
pengiktirafan tertinggi dunia dalam pencapaian yang diperoleh daripada universiti
terulung negara. Penyair juga mengingatkan supaya kita seharusnya tidak lupa atau
berwaspada akan kelestarian dan keseimbangan alam supaya dipelihara untuk
mengelakkan daripada berlakunya bencana alam yang boleh membawa malapetaka,
kehilangan nyawa dan harta benda serta kemusnahan berskala besar sebagaimana
yang pernah berlaku di serata dunia.

Rangkap 5
Penyair menyeru supaya kita/ahli masyarakat dapat membudayakan sikap melestarikan
alamnya supaya kekal keindahan dan keunikannya. Harapan supaya masyarakat
Malaysia dan antara bangsa dapat mengagumi keunikan dan keindahan tersebut.

Tema
Menghargai dan memelihara keunikan dan keseimbangan alam sekitar agar terus
lestari dan dapat dinikmati oleh seluruh manusia di dunia seiring dengan peradaban
dan kemajuan zaman.

Persoalan
1. Alam sekitar :
Para intelektual, ahli korporat, golongan profesional dan ilmuan seharusnya
memainkan peranan penting dengan menghargai dan terus memelihara
keseimbangan alam sekitar seiring dengan perkembangan zaman dalam
melakukan anjakan paradigma negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang
memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan
negara. Contoh:-
Mari kita jabat tangan transformasi
Membingkis salam segar atas nama bestari
Di landskap indah universiti berkualiti
Kerana di sini lahirnya graduan berjaya
Di menara gading yang tersohor dan ternama.
2. Jati diri dan moral

7
Kita perlu menanamkan rasa bertanggungjawab yang tinggi untuk terus
memelihara alam sekitar dan sumber alam supaya terus lestari dan boleh
dinikmati bukan sahaja oleh anak watan malah oleh penduduk dunia yang lain.
Contoh:-
Setelah berdiri di podium ternama menggenggam jaya
Segulung ijazah dari universiti ternama
Jangan kita lupa bahawa alam sentiasa mengajar kita
Sentiasa waspada tidak leka dengan gegar gempita
Pekik tsunami kejam pernah menyampai gelombang
Laung gunung berapi pernah mengutus salam
Raung gempa bumi pernah menghantar pesan walang
Dari marsum luka episod tragis sebuah perjalanan.

3. Wawasan Negara
Kita seharusnya menggunakan teknologi terkini secara berhemah dan perlu
mengambil kira kelangsungan hayat sumber alam walaupun dalam memacu pesat
pembangunan negara.
Contoh:-
Bahawa transformasi; apalah maknanya pembangunan
Jika alam binasa kerana tangan-tangan kejam
Apalah maknanya kemajuan
Jika alam tumbang kerana jentera-jentera hitam
Apalah maknanya perubahan
Jika segalanya penuh dengan sisa-sisa kemusnahan

4. Khazanah warisan negara harus dipelihara


Kita perlu maklum bahawa ketidakseimbangan alam akibat kerakusan manusia
akan mengakibat bencana alam yang boleh/telah/akan mengakibatkan
kemusnahan bentuk muka bumi, sumber alam, spesies, kemalangan/kehilangan
nyawa, harta benda/pembangunan / kemajuan yang diciptakan/ yang dibangunkan
oleh manusia
sebelumnya. Contoh:
Ayuhai; kitalah teknokrat pemaju
Hari muka bumi berdaulat
Pada mencium puspita dari bunga persada
Kita masih sayang akan alam dan sumbernya.

5. Tekad yang padu ke arah perkongsian bersama keunikan khazanah alam dan
kemajuan negara secara lokal dan global.

7
Contoh:-
Bahawa marilah, mari kita semat azam memugar
impian Ayuhai; kita cipta sebuah alam lestari
Cantik di mata anggun di atma, nantinya
Untuk semua pencinta pesona

Maksud Rangkap 1 Kembali ke Rumah Nurani


(Husna Nazri)
Penyajak mengajak kita semua berusaha mencari cahaya Illahi agar kita mempunyai
hati yang murni dalam diri. Hati yang lahir berlandaskan akal fikiran dan budi pekerti
serta bersifat kemanusiaan. Walaupun sentiasa digoda oleh nafsu namun kita tetap
tidak dipengaruhi. Mempunyai hati yang murni bukan sahaja menyenangkan orang
disekeliling kita malah membantu kita mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan.

Rangkap 2

7
Sikap dan tatasusila dalam diri merupakan faktor yang dapat membentuk hati yang
murni. Kita perlulah berpegang kepada adab dan juga cara hidup warisan nenek
moyang. Walaupun kita sering diddedahkan dengan keseronokan yang boleh
melekakan namun kita tidak akan terpengaruh kerana hati yang murni dapat
membentuk iman yang kuat dalam diri. Dengan iman yang kukuh maka kita akan
berjaya mendepani dugaan dan cabaran.

Rangkap 3
Penyajak meminta kita membentuk diri dan hati berasaskan tradisi warisan bangsa.
Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat harmoni yang penuh dengan perasaan
kasih dan sayang di dunia yang sementara ini.

Tema
Bertemakan hati yang murni akan dapat membentuk peribadi seseorang membawanya
ke jalan yang benar.

Persoalan

1. Akal fikiran dan budi pekerti yang tinggi menjadi tanda orang yang berhati mulia.

2. Hati yang murni dapat menghindarkan diri kita daripada terpengaruh dengan
nafsu yang boleh membawa kepada keburukan.

3. Warisan tradisi nenek moyang kita perlu dipertahankan daripada dipengaruhi


oleh pengaruh dari luar.

4. Kedamaian dan keharmonian dalam negara dapat diwujudkan seandainya


setiap masyarakat mempunyai hati yang murni.

7
CERPEN
7
00000000000
(Shahnon Ahmad)

Sinopsis

Mengisahkan dua orang sahabat artis iaitu Aku, seorang pelukis dan Daiman Kreko,
seorang sasterawan yang cuba menterjemahkan hasil seni mereka terhadap seorang
lagi artis lain iaitu Dol, seorang penyanyi rock daripada kumpulan Mad Dog. Dol
dijadikan model dalam permainan mereka. Aku cuba menggambarkan Dol dalam
bentuk lukisan, manakala Daiman Kreko pula cuba menggambarkan Dol dalam bentuk
penulisan. Mereka bertiga memainkan peranan masing-masing mengikut kepakaran
yang dimiliki, namun Dol didapati oleh Aku dan Daiman Kreko tidak memiliki apa-apa

7
nilai yang hendak dibanggakan. Dol hanya menjadi kegilaan kepada peminat-
peminatnya yang kagum dengan penampilan dan gaya yang dibawa oleh Dol.
Sungguhpun Dol memiliki peminat yang begitu ramai dan dipuja terutamanya daripada
golongan muda-mudi, namun Aku dan Daiman Kreko tidak menemukan apa-apa
kelebihan yang ada pada Dol, melainkan kepalsuan nilai yang dibuat-buat.

Tema

Cerpen ini bertemakan jati diri manusia yang lemah. Hal ini dapat dilihat melalui
analogi pengarang terhadap perwatakan watak Dol yang digilai oleh jutaan peminat
kerana imejnya sebagai penyanyi rock yang berpenampilan Barat padahal langsung
tidak membawa apa-apa nilai kepada masyarakat. Di sini berlakunya pertembungan
nilai antara golongan cerdik pandai dengan golongan remaja terhadap penilaian ke atas
seseorang artis.

Persoalan

i. Pengagungan dan pemujaan budaya barat.


Contoh: Mengikut tinjauan kumpulan wartawan pop, memang rambut dan
subang sebelah itulah antara ciri yang memaknakan peribadi Dol sebagai
penyanyi dalam kumpulan Mad Dognya.

ii. Manusia yang berpelakuan seperti binatang.


Contoh: Dan apabila Dol mendendangkan lagu rocknya dengan muzik yang
ganas dan keras, dengan alat yang serba heavy dan disulami lagi dengan
loncatan kukang di rimbanya, rambut itu terlonjak, terkial dan terlibas kiri dan
kanan dengan hebatnya, macam dikepak puting beliung.

iii. Manusia dipuja/ digilai / diminati kerana menampilkan imej rock.

7
Hal ini boleh dilihat melalui pemerian pengarang melalui contoh gaya rambut,
kain lilit kepala, pemakaian subang, pengenaan rantai leher, pemakaian baju
singlet yang busuk dan koyak, seluar sutera ketat yang koyak dan bertampal
serta pengenaan kasut bot tebal pembalak.

Contoh 1: Rambut
Peminat dan pemuja Dol memang banyak, terdiri daripada anak-anak muda
belasan tahun dan mereka sukakan Dol, tetapi kerana rambutnya yang
gondrong itulah. Tak lebih daripada itu.

Contoh 2: Kain lilit kepala


Terlupa aku sebutkan tentang garisan dan warna pada kepala Dol yang terlilit
secebis kain warna merah garang.

Contoh 3: Subang
Di muka Dol pula, yang kedua menarik perhatianku selain rambutnya yang
gerbang macam sarang tupai kena jolok itu ialah subang di
telinganya. Contoh 4: Rantai leher
Di leher memang memayahkan garisan dan warnaku, kerana begitu banyak
rantai dan begitu banyak pula warna yang membalut lehernya itu. Yang seutas
itu panjang sampai tertampan pusat Dol.

Contoh 5: Baju
Sehelai singlet tak berlengan yang sudah banyak robek-robeknya. Ada dua tiga
lubang yang sudah ditampung dengan kain jenis lain dan warna lain pula.

Contoh 6: Seluar
Seluar yang dipakai adalah jenis sutera warna-warni yang ketat dan sendat
bagaikan sarung nangka jenis lonjong bervirus kuman buah. Di punggungnya
terkoyak sana sini dan di kedua-dua lututnya pula seluar itu sudah pun robek-
robek penuh umbai-umbai.

Contoh 7: Kasut
Kasutnya memang jenis kasut but tebal yang sering digunakan kuli-kuli hutan
belantara, menebang banir sepemeluk dua pemeluk.

iv. Manusia yang tidak ada nilai hidup malah hidup dalam kekosongan.
Contoh: Dol sebenarnya sedang bertelanjang. Dia tidak ada makna apa-apa pun
baik yang tersurat, baik yang tersirat, walaupun peminatnya yang berjuta-

7
juta jumlahnya kerana peminat itu pun berada dalam kosong, kosong, kosong,
kosong, dan 00000000000 juga.

v. Pertentangan nilai antara golongan bijak pandai dengan golongan remaja


dalam menilai seseorang artis / penyanyi.
Contoh: Sebagai penyanyi rock, Dol begitu digilai oleh remaja, namun bagi Aku
dan Kreko, Dol tidak memiliki apa-apa kelebihan untuk dibanggakan.

RINDU SEORANG RAFIK


(Nisah Haron)

Sinopsis

“Aku” diselubungi rasa lega dan sedikit terkesima apabila mengetahui misteri Rosa
menyepikan diri selama tiga bulan hanya disebabkan Pedra Branca. Selama itulah,
perasaan ‘Aku’, seorang wartawan dari Malaysia agak berkecamuk dan diburu
pertanyaan demi pertanyaan sejak sahabat karibnya Rosa, seorang warganegara
Singapura yang gagal dihubungi melalui panggilan telefon, surat mahupun e-mel sejak
berlaku percanggahan pendapat antara mereka tentang Pedra Branca atau Pulau Batu
Putih yang menjadi pertikaian antara negara mereka berdua.

Bagi “Aku”, Rosa merupakan sahabat sejati, seorang rafik bagi dirinya. Sejak
penyepian Rosa, “Aku” terasa sangat kehilangan kerana Rosalah yang menceriakan
dan menjadikan kehidupannya amat bermakna. “Aku” sanggup mengambil peluang di
sebalik tugasan mendapatkan skop berita tentang Pulau Batu Putih di Singapura
dengan mencari Rosa di apartmennya, namun semuanya hampa. “Aku” teringat akan
pertemuan pertama mereka apabila mereka masing-masing mempertahankan
pandangan peribadi yang berbeza tentang dramatari ‘Kunang-kunang Gunung Ledang’
yang telah ditonton oleh mereka. “Aku” dapat merasakan dia telah melukai perasaan
Rosa kerana sikap “Aku” yang gemar berterus terang. “Aku” tahu bahawa di sebalik

7
ketegasan Rosa, terselit sifat dirinya yang amat sensitif. Hati “Aku” makin merindui
rafiknya itu.

“Aku” ditugaskan ke The Hague, Belanda mengikuti delegasi dari Wisma Putra. Pada
17 Disember, kes tuntutan bertindih Malaysia dan Indonesia ke atas pulau-pulau
Sipadan dan Ligitan akan diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di
sana. Pada hari tersebut, ICJ memberikan hak kedaulatan Sipadan dan Ligitan kepada
Malaysia. “Aku” yang membuat liputan berita tersebut berbaur rasa antara gembira dan
duka kerana baginya, apalah erti sebuah kegembiraan apabila tiada rafiknya di sisi
untuk berkongsi kegembiraan itu.

“Aku” pulang ke hotel empat bintangnya, terus menghidupkan laptop dan memeriksa
kotak e-mel. Rupa-rupanya ada e-mel daripada Rosa yang dinanti-nantikan beritanya
sekian lama. Segala-galanya terjawab apabila Rosa menjelaskan penyepiannya selama
ini. Sejak perbincangan hangat mereka tentang Pedra Branca, Rosa menyedari bahawa
dia menaruh perasaan cinta kepada “Aku” dan tidak tahu cara untuk terus menjadi rafik
kepada “Aku” seperti dahulu. “Aku” sendiri terkeliru akan perasaannya kini terhadap
Rosa. Yang pasti, “Aku” menjadi rindu pada seorang rafik!

Tema

Ikatan persahabatan yang utuh sehingga menimbulkan kerinduan apabila sahabat karib
menyepikan diri.
Contohnya.
“Aku” terasa kehilangan Rosa yang dianggap sebagai rafik atau sahabat sejati sejak
Rosa menyepikan diri selama tiga bulan tanpa membalas e-mel, surat dan panggilan
telafon daripada “Aku” sejak terjadinya percanggahan pendapat antara mereka tentang
Pedra Branca atau Pulau Batu Putih.

Persoalan

1. Persoalan semangat patriotisme yang menebal dalam diri.

7
Rosa begitu bersemangat mempertahankan negaranya dengan mengatakan
bahawa Pedra Branca atau Pulau Batu Putih milik Singapura sehingga sanggup
bertikam lidah dengan sahabatnya, “Aku” dari Malaysia.

2. Persoalan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.


“Aku” sebagai wartawan menerima tugasan daripada Ketua Pengarang tanpa
banyak soal untuk mendapatkan skop berita tentang kedudukan terkini Pulau Batu
Putih.
3. Persoalan perbezaan latar belakang dan personaliti tidak menghalang jalinan
persahabatan.
Walaupun “Aku” seorang wartawan dan berzodiak Aries manakala Rosa terlibat
dalam seni tari dan berzodiak Cancer yang masing-masing mencerminkan ciri-ciri
peribadi yang berbeza, namun tidak menghalang hubungan persahabatan yang
akrab antara mereka.

4. Persoalan pertikaian tuntutan hak dua buah negara diselesaikan secara adil.
Tuntutan hak terhadap Sipadan dan Ligitan yang menjadi pertikaian antara
Malaysia dengan Indonesia diputuskan oleh 17 orang hakim Mahkamah Keadilan
Antarabangsa di Belanda dengan keputusan undian 16-1 yang memihak kepada
Malaysia.

5. Sikap tidak berputus asa untuk mendapatkan kepastian.


Selama tiga bulan Rosa menyepikan diri, “Aku” tidak pernah berputus asa
mengutuskan e-mel, surat dan panggilan telefon, malah pergi mencari Rosa di
apartmentnya di Singapura bagi mengetahui sebab-sebab ketiadaan khabar berita
daripada Rosa.

6. Konflik melanda diri akibat perasaan yang berkecamuk.


Rosa menyepikan diri daripada “Aku” kerana dia menaruh perasaan melebihi
perasaan seorang sahabat karib atau rafik dan dia tidak tahu cara untuk
berhadapan dengan “Aku” sejak perbalahan antara mereka tentang Pedra Branca.

7
RES JUDICATA
(Aidil Khalid)

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan seorang peguam yang memfailkan writ saman ke atas Syarikat
Kereta Api dan Tren Negara (KTN). Menurut peguam ini, KTN perlu disaman kerana
syarikat ini gagal menepati kontrak antara penyedia perkhidmatan dengan
pelanggannya. Tindakannya itu mencetuskan reaksi daripada pelbagai pihak. Bagi
orang biasa, tindakannya itu adalah di luar jangkaan mereka kerana saman yang
dikenakan berjumlah jutaan ringgit. Golongan profesional pula memberikan komen
yang lebih terperinci berdasarkan analisis mereka terhadap isu. Walau bagaimanapun,
peguam ini akan mendapat penghakiman yang sewajarnya daripada Tuan Hakim
apabila kesnya diadili di mahkamah.

TEMA
Tema cerpen ini adalah usaha seorang peguam untuk mendapatkan keadilan yang
difikirkan sesuai untuk dirinya dan masyarakat. Sebagai contoh, seorang peguam telah
menyaman KTN kerana koc syarikat pengangkutan tersebut yang dinaikinya telah
terlambat tiba daripada yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan dia terlepas
penerbangan dan seterusnya terlepas peluang menghadiri mesyuarat berkaitan sebuah
kontrak bernilai 27 juta ringgit di Indonesia.

PERSOALAN

1. Kepentingan menepati masa.


Contohnya, KTN disaman kerana koc miliknya gagal sampai ke destinasi pada
masa yang ditetapkan.

2. Ketidakefisienan dalam perkhidmatan.


Contohnya, KTN dianggap tidak efisien apabila keluh kesah daripada pelbagai
pihak tentang perkhidmatan mereka tidak diendahkan dan tiada penambahbaikan
dalam perkhidmatan yang disediakan.

3. Mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti.

7
Contohnya, Peguam menyaman KTN kerana mendakwa dia kerugian 27 juta
ringgit akibat kehilangan kontrak tersebut sedangkan dia belum pun mendapat
kontrak tersebut.

4. Kebebasan untuk mendapatkan keadilan.


Contohnya, Peguam mengemukakan writ saman dan seterusnya mendapatkan
keadilan di mahkamah sekiranya dirinya dirasakan teraniaya atau menjadi mangsa
dalam sesuatu hal dengan syarat mengikut peraturan-peraturan yang disediakan.

NAMUN ITULAH HAKIKATNYA


(Nazel Hashim Mohamad)

Sinopsis

8
Cerpen ini mengisahkan tentang masyarakat kampung yang menggelar Pak Mid
sebagai orang gila kerana membersihkan satu bahagian tanahnya semata-mata untuk
menanam pokok-pokok hutan. Perkara ini merupakan perkara yang luar daripada
kebiasaan orang kampung. Biasanya orang-orang kampung akan membersihkan tanah
untuk ditanam dengan pokok buah-buahan. Namun begitu, sebahagian lagi tanahnya
masih lagi diusahakan dengan penanaman padi dan pohon-pohon ulaman.

Setelah beberapa tahun kemudian, kawasan tanaman pokok hutannya tambah subur
dan dibiarkan semak. Kebanyakan ibu bapa juga sering menakutkan anak-anak yang
suka bermain di situ. Dia tetap melayan orang kampung dengan baik dan melakukan
usaha-usahanya dengan penuh tekun dan berdisiplin. Apabila kerajaan menjalankan
pembangunan, kampung itu juga tidak ketinggalan. Tanah-tanah orang kampung yang
diambil oleh kerajaan dibayar pampasan yang sepatutnya. Tuk Nyan terkejut apabila
tanah Pak Mid dibayar dengan harga yang lebih mahal kerana pokok-pokok jati yang
ditanam oleh Pak Mid ada nilai pasaran. Bahagian tanah hutan buatan Pak Mid yang
tidak diambil oleh kerajaan pula, dijadikan tempat untuk kami belajar tentang alam
semula jadi.

Pak Mid menggunakan wang pampasan yang diperoleh daripada kerajaan untuk
mendirikan rumah yang lebih sempurna dan melengkapkannya dengan pelbagai
kemudahan asas. Di samping itu, Pak Mid juga menyumbang untuk melengkapkan
surau di kampung itu. Anak-anaknya juga sudah dianggap berjaya dalan pelajaran
masing-masing. Aku pula sedang belajar dalam bidang zoologi, satu bidang yang asing
bagi orang-orang kampungku tetapi aku disokong oleh ayahku. Tuk Nyan yang
mengamalkan cara hidup lama nampaknya jauh ketinggalan daripada orang yang
memilih untuk hidup moden.

Pak Mid telah dipandang tinggi oleh orang kampung. Mereka melantiknya sebagai
ketua kampung dan dicalonkan sebagai imam masjid kampung itu. Pak Mid menerima
pelantikan tersebut dengan hati yang terbuka dan bertekad untuk menjalankan amanah
yang diberikan kepadanya dengan penuh tanggungjawab. Tuk Nyan pula tidak
disisihkan sebaliknya dia dilantik sebagai bilal masjid. Ayah penulis pula dilantik
sebagai setiausaha lembaga masjid. Anak-anak muda kampung diberi peranan
menganggotai lembaga masjid.

8
Tema
Tema cerpen ini ialah kegigihan seorang tua merealisasikan hasrat tanpa
mempedulikan cabaran yang mendatang, contohnya, Pak Mid gigih membersihkan
tanah miliknya yang dianggap tidak subur untuk ditanam dengan pokok hutan yang
bernilai tinggi. Usahanya yang tidak difahami oleh orang kampung menyebabkan dia
dianggap orang gila namun Pak Mid tidak mempedulikan perkara tersebut. Usahanya
terbukti berjaya apabila tanah miliknya dibayar dengan pampasan yang lumayan oleh
pihak kerajaan.

Persoalan
1. Kegigihan mengusahakan tanah, contohnya, Pak Mid gigih mengusahakan tanah
dengan tulang empat keratnya tanpa bantuan alat-alat moden atau sebarang
jentera.
2. Persepsi orang lain apabila melihat sesuatu yang lain daripada kebiasaan,
contohnya, orang kampung menganggap Pak Mid sebagai gila apabila menanam
pokok hutan dan bukan pokok buah-buahan di tanahnya.
3. Sikap tidak ambil peduli terhadap kata-kata orang lain, contohnya, Pak Mid tidak
ambil peduli akan kata-kata dan pendapat orang kampung walaupun kata-kata
mereka seperti sindiran tajam.

4. Kepercayaan karut dalam masyarakat, contohnya, ada ibu bapa yang menyatakan
di dalam hutan terdapat orang bunian yang boleh menyembunyikan orang.

5. Kesusahan hidup di kampung yang terpencil, contohnya, untuk ke jalan bertar,


penduduk kampung perlu melalui batas sawah sejauh tiga kilometer dan berjalan
kaki empat kilometer lagi untuk ke sekolah, sumber air datang dari sungai, telaga
dan air hujan yang ditakung manakala sumber cahaya pada waktu malam
datangnya daripada pelita dan lampu gasolin.

6. Pembangunan di kawasan kampung, contohnya, kerajaan menghantar


pegawainya untuk membina pelbagai pembangunan di kawasan kampung.

7. Cinta akan alam semula jadi, contohnya, Pak Mid menjaga sungai dan pokok-
pokok yang sedia ada di tebing sungai tersebut dengan baik.

8
AIR MATA DALANG
(Rahimidin Zahari)

Sinopsis

Pak Yasok ialah penggiat seni wayang kulit. Selama bertahun-tahun Pak Yasok
mencari rezeki sebagai dalang wayang kulit untuk membesarkan anak-anaknya iaitu
Sauki, Sulida dan Naemah. Ketiga-tiga anaknya telah berjaya menjawat jawatan
penting. Sauki, sebgai ustaz di institusi kerajaan, Sulida menjadi jurutera syarikat
minyak di Miri, Sarawak dan Naemah menjadi doktor di Hospital Kulim, Kedah. Faezah,
isteri Sauki, melarang Pak Yasok meneruskan kerjayanya sebagai dalang dan
menganggapnya bertentangan dengan agama Islam. Pak Yasok marah dan berasa
kecewa dengan teguran itu. Semenjak itu, Faezah tidak balik ke rumah Pak Yasok lagi.
Nora, seorang penuntut universiti datang ke rumah Pak Yasok kerana ingin belajar
menjadi dalang wayang kulit. Dalam masa tiga bulan, Nora berjaya menguasai ilmu

8
pendalangan Pak Yasok. Akhirnya Pak Yasok mengadakan majlis untuk menyerahkan
panggung wayangnya kepada Nora. Semua anak cucunya diminta hadir dalam majlis
tersebut.

Tema

Pengekalan warisan tradisi iaitu kesenian wayang kulit. Pak Yasok berjaya menurunkan
ilmu pendalangannya untuk memastikan warisan seni wayang kulit berterusan
walaupun mendapat tentangan daripada menantunya.

Persoalan

1. Kecintaan terhadap seni warisan wayang kulit.


Contoh: Pak Yasok telah melibatkan dirinya dengan wayang kulit sejak
usianya muda.

2. Punca pendapatan sebagai Tok Dalang.


Contoh: Pak Yasok dapat menyara keluarga dan membesarkan anak-anaknya
hasil pendapatan daripada persembahan wayang kulit.

3. Pergolakan dalam keluarga.


Contoh: Faezah tidak memahami dan menyokong pekerjaan Pak Yasok sebagai
dalang wayang kulit yang akhirnya menimbulkan perselisihan faham antara
mereka.

4. Tanggungjawab anak kepada ibu bapa.


Contoh: Sauki dan anak-anaknya tetap pulang menziarahi Pak Yasok walaupun
tanpa isterinya.

5. Menyedari kesilapan yang telah dilakukan.


Contoh: Faezah akhirnya sedar akan kesilapan dirinya dan pulang ke rumah Pak
Yasok.

8
PROFESOR SUFI
(A. Rahmad)

Sinopsis

Seorang Profesor universiti membuat keputusan untuk pergi ke bandar Barus yang kini
dikenali sebagai Kota Sibolga. Walaupun bandar Barus tidak sesibuk New York, Kota
Paris atau London tetapi baginya Barus adalah sebuah bandar istimewa, bandar
kosmopolitan dari segi fikiran dan kejiwaan. Barus atau Kota Sibolga yang juga terkenal
sebagai dataran sufi kerana terdapat ramai tokoh-tokoh sufi besar di sana. Hakikat
itulah yang menjadi penyebab utama meruntun hati Profesor untuk ke sana. Dia ingin
memastikan adakah Barus merupakan tempat terbaik untuk dia menuntut ilmu tasawuf
dan mendekatkan diri dengan Tuhan, belajar tentang kebesaran Tuhan melalui daya
fikir dan kesan keinsafan kepada dirinya.

Sampai di Barus, dia terus mendaftar masuk di Hotel Wisata Indah. Kemudian
mengambil teksi untuk melihat keindahan bandar Barus. Dia sangat berharap Pak Supir
dapat membantu dia mencari tempat pengajian tasawuf yang terbaik di bandar itu.
Tetapi dia kecewa kerana Pak Supir tidak dapat membantunya malah tidak

8
mengenali langsung nama-nama ulama besar yang disebutnya. Selepas makan tengah
hari bersama Pak Supir, Profesor kembali ke hotel penginapannya. Di lobi hotel,
Profesor bertemu dengan seorang anak muda yang sedang asyik membaca sebuah
buku yang tebal dan mencatatkan sesuatu. Dia dapat merasakan aura keistimewaan
anak muda itu.

Setelah bertegur sapa, anak muda itu juga datang dari Malaysia. Dalam perbualan
panjang itu, ada ketikanya Profesor memandang rendah tentang tujuan anak muda
yang belajar pondok itu datang ke Barus untuk menuntut ilmu, tidak sepertinya datang
untuk membuat kajian. Profesor telah mencadangkan anak muda itu supaya membaca
buku-buku tulisannya berkaitan ilmu sufi kerana bidang tersebut telah dianggap seperti
secawan teh baginya. Anak muda itu dengan tenang mempertahankan prinsipnya
bahawa berguru itu lebih baik dan ilmu yang sedikit itu perlu diamalkan. Tidak berguna
ilmu yang banyak jika tidak diamalkan. Kesan daripada perbualan dengan anak muda
sekolah pondok itu, Profesor membuat refleksi diri, menghitung-hitung jumlah
pengetahuannya yang banyak tentang ilmu tasawuf. Profesor mendapati dirinya
hanyalah seorang manusia yang bergelar ahli ilmu tasawuf tetapi bukan ahli tasawuf.
Timbul perasaan kesal dihatinya kerana dia datang beribu-ribu kilometer jauhnya untuk
mengkaji sedangkan anak muda yang tidak berwibawa itu juga datang beribu-ribu
kilometer jauhnya tetapi hanya untuk beramal.

Tema
Cerpen ini membawa tema berkaitan konsep dan interpretasi tentang ilmu. Seorang
Profesor berpendidikan tinggi berjaya menguasai konsep ilmu tasawuf kerana banyak
melakukan kajian ilmiah tetapi tidak mengamalkannya. Manakala seorang pemuda
yang hanya berpendidikan sekolah pondok berpegang kepada prinsip ilmu yang sedikit
perlu diamalkan sebab amalan itu lebih baik daripada banyak ilmu tetapi tidak
mengamalkannya.

Persoalan
1. Tanggungjawab dalam mencari ilmu.

8
Contoh: Anak muda yang bersekolah pondok sanggup pergi ke bandar Barus
(Kota Sibolga) semata-mata kerana ingin mencari ilmu.

2. Mengamalkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian.


Contoh: Profesor yang banyak ilmu tetapi tidak mengamalkannya berbanding
seorang anak muda sekolah pondok yang menganggap dirinya kekurangan ilmu
tetapi sentiasa mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya.

3. Persepsi negatif terhadap orang lain.


Profesor menganggap pelajar pondok itu lebih rendah ilmunya daripada dirinya
yang berjawatan seorang profesor.

GULAI SEMBILANG UNTUK ABAH


(Fauziah Mohd Ismail)

Sinopsis

Mengisahkan abah aku yang mempunyai empat orang anak, tiga orang lelaki dan
seorang perempuan. Pada suatu malam, kami sekeluarga berkumpul untuk menikmati
makan malam yang enak iaitu gulai sembilang, sambal udang campur petai, sayur
keladi, gulai ayam kampung dan ikan terubuk cecah air asam. Abah makan sampai tiga
kali tambah. Pada malam itu juga Along dan Acik yang selama ini telah bersengketa
telah berdamai semula. Selepas tiga bulan, emak meninggal dunia yang menyebabkan
kami sekeluarga sepi.

Sebagai anak perempuan aku cuba menggembirakan abah dan ingin selalu berada
dekat dengannya. Aku telah memohon untuk bekerja hospital yang berhampiran
dengan kampung dan telah menolak cinta Dr. Lokeman yang merupakan anak orang
kaya dan tinggal kota. Keputusan itu menyebabkan teman-temanku menganggap aku
menolak tuah.

Pada hujung minggu, Along menelefon aku untuk memberitahu bahawa abah telah
menyuruhnya mencari ikan sembilang dan meminta semua anaknya pulang ke

8
kampung.Tetapi hanya aku dan Acik serta isterinya yang sarat mengandung pulang
kerana Along sibuk bekerja, manakala Angah pula berada di Miri. Malam itu, kami
masak gulai ikan sembilang untuk abah.Setelah makan kami berbual-bual di anjung
rumah. Abah bercerita kisah mudanya sebagai seorang guru, walaupun tiada seorang
pun anaknya yang menjadi pendidik. Abah tidak pernah menyesal kerana pelajaran dan
ilmu agama sudah diberikan oleh abah. Sebelum masuk ke bilik untuk tidur abah
menyatakan sedikit rasa terkilannya kerana tidak semua anaknya dapat berkumpul
pada malam itu. Namun begitu, abah masih memuji keenakan gulai sembilangku dan
menyatakan gulai itu menambahkan rindunya pada emak. Hatiku berdebar-debar
apabila melihat abah memandangku sebelum dia masuk tidur.

Pada keesokan paginya, sewaktu aku mengejutkan abah untuk solat subuh bersama-
sama, aku mendapati abah telah meninggalkan kami selama-lamanya. Pagi itu, Along
dan Angah pulang dengan penuh penyesalan kerana gagal memenuhi permintaan
terakhir abah tercinta.

Tema

Tema cerpen ini ialah kekeluargaan. Pengorbanan seorang anak untuk kebahagiaan
ayahnya. Sebagai contoh, aku berusaha untuk membahagiakan abahnya walaupun ibu
sudah meninggal dunia seperti memasakkan gulai ikan sembilang kegemaran abahnya.

Persoalan

1. Kasih sayang suami terhadap isterinya.


Contoh: Abah terlalu rindu pada emak setelah emak meninggal dunia.

2. Perselisihan faham antara adik-beradik.


Contoh: Walaupun bertahun Along dan Acik tidak bertegur sapa, akhirnya mereka
berbaik semasa keluarga kami berkumpul dan makan bersama-sama.

3. Kesibukan anak-anak dalam kerjaya masing-masing.

8
Contoh: Along dan Angah tidak dapat menunaikan permintaan abah supaya
berkumpul di kampung kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

4. Keistimewaan masakan seorang ibu.


Contoh: Kami sekeluarga berselera makan hidangan yang disediakan oleh
ibu,walaupun hanya menggunakan bahan-bahan makanan dari kampung.

KAMI AKAN MATI, LIN


(Saroja Theavy Balakrishnan)

Sinopsis

Cerpen mengisahkan kehidupan batu karang (hidupan laut) yang sedang terancam dan
akan mengalami kepupusan. Karangan laut mengimbau kehidupan mereka yang
harmonis suatu ketika dahulu, (berabad dahulu) hidup dalam keseronokan dan
kegemilangan. Karangan laut mencurahkan perasaan kecewa dan sedih kerana
ancaman pencemaran laut kepada sahabatnya, Lin. Karangan laut juga mengadu dia
kini telah kehilangan kekasih pujaan hati dan cintanya kini telah punah. Kini karangan
laut hidup kesepian.

Tema
Kemusnahan karangan laut (batu karang) akibat pencemaran alam.
Batu karang meluahkan perasaannya kepada sahabatnya, Lin akan kemusnahan
kehidupan mereka sedikit demi sedikit akibat kerakusan sikap manusia mencemarkan
laut. Kapal-kapal besar silih berganti hadir di kawasan kejiranan batu karang dengan
memuntahkan cecair hijau perang.

Persoalan
1. Putus punca rezeki.
Penduduk miskin di pulau-pulau nusantara putus punca rezeki kerana
kemusnahan karangan laut.

8
2. Kekerdilan yang membawa impak besar.
Karangan laut yang kerdil menjadi habitat kepada lebih satu juta spesies hidupan
laut yang lain serta keindahan mereka dapat menjamu mata ribuan manusia.

3. Kealpaan manusia
Manusia mudah alpa dengan sumbangan karangan laut terhadap sumber mata
pencarian manusia. Manusia sewenang-wenangnya mencemarkan laut sehingga
menyebabkan jutaan spesies hidupan laut yang lain menjadikan kawasan batu
karang sebagai habitat musnah.

4. Kerakusan manusia
Sikap rakus manusia yang mencari keuntungan dan kekayaan. Manusia membina
kilang-kilang berhampiran sungai yang kemudiannya mengalirkan bahan buangan
ke sungai lalu bahan-bahan ini mengalir ke laut dan mencemarkan laut.

9
PERSPEKTIF
(NF Abdul Manaf)

Sinopsis

Menceritakan Sharifah yang baru kematian suami iaitu Said. Semasa abang Said hidup
pandangan ataupun perpsektif terhadap kehidupannya mula berubah semenjak dia
menerima sepucuk surat layang. Tiga bulan yang lepas dia merupakan isteri kepada
seorang pemimpin yang terkenal kehidupannya penuh dengan kemewahan dan cara
dengan protokol. Sebelum ini dia beranggapan bahawa dia dan suaminya disayangi
oleh semua lapisan masyarakat namun begitu anggapannya ternyata kurang tepat
setelah menerima surat layang dan terbukti apabila kematian suaminya iaitu tiada
seorang kenalannya yang datang untuk menguruskan jenazah suaminya kecuali ahli
masjid. Barulah dia sedar bahawa suaminya hanya dihormati kerana mempunyai
kuasa, pangkat dan wang ringgit. Hanya Pak Dol dan Mak Limah sahaja yang
menangisi kematian abang Said kerana dia pernah membiayai pembedahan Mak
Limah semasa sakit jantung.

Sharifah teringat kembali tentang isi kandungan surat layang yang banyak memberi
kesedaran kepadanya. Penulis surat tersebut memintanya menyelami kesusahan dan
cara hidup golongan bawahan yang kurang terbela dan mendapat perhatian daripada
pihak atasan. Penulis itu juga menegur sikap suaminya yang tidak melaksanakan
tanggungjawab sebagai pemimpin untuk membela nasib masyarakat setelah terpilih.
Sharifah mula bertekad untuk mengubah cara hidup dan berusaha menjaga imej
suaminya. Walaupun suaminya meninggal dunia sebelum melihat perubahan dirinya.
Namun dia tetap bertekad mengubah perpsektifnya dalam kehidupan walaupun sudah
agak terlambat.

9
Tema

Cerpen bertemakan perbezaan kehidupan masyarakat atasan dengan masyarakat


bawahan. Iaitu pemimpin yang tidak pernah menyelami kesusahan dan juga cara hidup
golongan bawahan dan rakyat biasa seperti yang berlaku pada abang Said dan
Sharifah yang dipilih oleh rakyat tetapi tidak pernah membela nasib mereka.

Persoalan

1. Kehidupan dan cara yang mewah golongan atasan.


Contoh: Abang Said dan Sharifah menjalani kehidupan dan cara hidup yang
mewah tanpa mempedulikan golongan bawahan.

2. Keinsafan akan kesusahan hidup golongan bawahan atau golongan miskin.


Contoh: Sharifah kini insaf akan kehidupan golongan bawahan atau miskin
setelah menerima sepucuk surat.

3. Sikap pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan amanah.


Contoh: Said tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpian walaupun
dia telah dipilih dan diberi amanah oleh rakyat untuk membela nasib mereka.

4. Sikap mengenang budi orang yang telah berjasa kepada kita.


Contoh: Mak Limah dan Pak Dol menangisi kematian Said kerana Said pernah
menolong membiayai pembedahan Mak Limah suatu masa dahulu.

BUKIT EMAS
(Mufidah Hanum Yusuf)

Sinopsis

9
Kehadiran Sahat yang merupakan anak jati Kampung Kuah tidak disenangi oleh
Penghulu Sudin terutama semasa majlis randau diadakan. Penghulu Sudin akan
mengadakan majlis randau ketika ketiadaan Sahat di Kampung Kuah. Sikap Sahat
yang akan bertanya pelbagai perkara yang di luar kemampuan Penghulu Sudin untuk
menjawab menyebabkan Penghulu Sudin merasakan hilang kewibawaannya di
hadapan penduduk kampung.

Kedatangan Encik Firdaus selaku wakil rakyat yang baharu di majlis randau di
Kampung Kuah menyebabkan Penghulu Sudin berasa gelisah. Beliau sangat
mengharapkan ketidakhadiran Sahat semasa majlis tersebut yang dirasakan olehnya
akan merencatkan agendanya. Berita yang disampaikan oleh wakil rakyat semasa
ucapannya di majlis randau untuk memajukan kawasan Bukit Emas dengan menjadikan
kawasan kuari memeranjatkan seluruh penduduk kampung. Penerimaan dingin oleh
penduduk kampung menimbulkan perasaan tanda tanya kepada Encik Firdaus yang
difahamkan bahawa seluruh penduduk kampung Kuah telah bersetuju untuk
memajukan kawasan kampung tersebut.

Kemunculan Sahat dalam majlis randau dan penjelasan beliau tentang hal sebenar
penduduk kampung yang tidak mengetahui berkaitan penjualan batu-batan serta
pembangunan di Bukit Emas yang akan mengakibatkan kemusnahan tanaman buahan-
buahan penduduk kampung. Selain itu, Sahak menjelaskan berkaitan kepentingan
mengekalkan pokok buah-buahan bermutu terutama buah durian yang menjadi punca
rezeki penduduk kampung tersebut yang telah berjaya menarik pelancong berkunjung
ke Kampung Kuah seterusnya menjadikan kampung tersebut terkenal di seluruh
negara. Penjelasan berkaitan potensi buah-buahan di kampung Kuah telah
menyebabkan wakil rakyat memutuskan untuk membatalkan projek kuari di kampung
tersebut bahkan meminta penduduk kampung sentiasa berusaha untuk mengekalkan
mutu pokok buah-buahan di situ.

Keputusan wakil rakyat membatalkan projek kuari ekoran daripada penjelasan Sahat
menyebabkan Penghulu Sudin merasa amat marah terhadap Sahat kerana telah
menyebabkan impiannya terkubur. Seluruh penduduk kampung berasa gembira
dengan keputusan wakil rakyat tersebut. Pengikut setia Penghulu Sudin berasa

9
menyesal atas

9
segala perbuatan jahat yang telah dilakukan oleh mereka terhadap penduduk kampung
terutama terhadap Sahat. Namun Penghulu Sudin masih lagi dengan sifat angkuh dan
tamak serta tidak berasa insaf atas perbuatannya walaupun beliau jatuh sakit akibat
diserang sakit jantung.

Tema

Kepentingan mempertahankan alam semula jadi daripada arus pembangunan.

Sahat mempertahankan pokok buah-buahan Kampung Kuah daripada dimusnahkan


untuk dijadikan tapak kuari. Sahat menerangkan kepada wakil rakyat potensi buah-
buahan di Kampung Kuah yang bermutu tinggi hingga Kampung Kuah terkenal dalam
kalangan pelancong serta seluruh negara kerana mempunyai buah-buah yang bermutu
terutama buah durian. Selain itu, pokok buah-buahan inilah yang menjadi sumber
rezeki penduduk kampung Kuah.

Persoalan

1. Persoalan bersemangat tinggi dalam usaha memajukan bidang pertanian.


Walaupun Sahak berkelulusan sarjana namun kerana minat yang mendalam dia
berusaha untuk memajukan bidang pertanian di Kampung Kuah dan berazam untuk
memperkenalkan hasil buah-buahan terutama buah durian hingga ke peringkat
antarabangsa.

2. Persoalan pemimpin yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab.


Penghulu Sudin tidak pernah berterus terang dan berbincang dengan penduduk
kampung berkaitan untuk menjual tanah kuning dan batu-batan Bukit Emas
seterusnya memusnahkan pokok buah-buahan yang menjadi punca rezeki
penduduk kampung.

3. Persoalan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.

9
Penghulu Sudin mengambil kesempatan ke atas penduduk Kampung Kuah kerana
kebanyakan penduduk lurus bendul malah ada yang tidak pernah ke sekolah
bahkan yang mampu bersekolah hanya di peringkat minimum sahaja.

4. Persoalan berani menegakkan keadilan.


Sahat berani menjelaskan kepada Encik Firdaus selaku wakil rakyat Kampung Kuah
tentang perkara sebenar yang berlaku kepada penduduk semasa majlis randau.

5. Persoalan mengamalkan amalan rasuah.


Penghulu Sudin memberi duit kepada Tahot untuk memastikan Sahat tidak hadir
semasa kehadiran mengejut pegawai daerah ke Kampung Kuah dua bulan yang
lalu.

6. Persoalan menabur fitnah untuk kepentingan diri sendiri.


Empat puluh tahun yang lalu Penghulu Sudin melemparkan fitnah terhadap ayah
Sahat sehingga nama Pak Jaya digugurkan sebagai calon penghulu.

7. Persoalan penyesalan atas tindakan jahat yang pernah dilakukan.


Pengikut setia Penghulu Sudin iaitu Tahot, Ayub dan Kasim memohon maaf dan
menyesal atas perbuatan mereka selama ini yang memusuhi Sahat dan
menakutkan penduduk kampung atas arahan penghulu Sudin. Mereka sanggup
menerima hukuman daripada Sahat dan penduduk kampung atas perbuatan yang
pernah mereka lakukan.

DRAMA 9
ANNA
(Kemala)

SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Zaki melanjutkan
pelajaran ke luar Negara dan berkenalan dengan Anna yang berketurunan Melayu dan
Inggeris. Persahabatan mereka walaupun tidak direstui oleh ayah Anna, tetapi mereka
tetap berkahwin dan pulang ke Malaysia.

Apabila pulang, Zaki mendapati ibunya sakit dan tumpuan Zaki lebih kepada kebajikan
ibunya menyebabkan Anna menjadi cemburu dan tidak dapat menerima hakikat Zaki
lebih menyayangi mentuanya berbanding dirinya. Usia perkahwinan yang baru

9
mencecah 4 tahun serta kegagalan Zaki membimbing Anna dalam ilmu keagamaan
dan budaya Melayu memburukkan lagi keadaan rumah tangga mereka.
Akhirnya Anna mengambil keputusan untuk kembali ke London kerana terpengaruh
dengan pandangan ayahnya mengenai budaya dan sikap orang Melayu.

PEMIKIRAN
Perbezaan dua budaya antara Barat dan Timur dalam mengintepretasikan kasih
sayang.

PERSOALAN
1. Kegagalan memahami budaya sesuatu bangsa.
● Ana gagal untuk memahami budaya suami dan keluarganya walaupun

telah empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Zaki.

2. Sikap mengagungkan budaya sendiri dan memperlekehkan budaya orang lain.


● Ana terlalu mengagungkan budayakan kerana dia merasakan

budayanya yang terbaik.

3. Ketabahan menghadapi dugaan hidup


● Mak Munah bekerja keras dan sanggup menggadaikan tanahnya

demi pelajaran anaknya di Universiti Cambridge di London.

4. Pengorbanan dan tanggungjawab seorang anak untuk membalas jasa orang tua.
● Zaki sanggup berkorban wang, masa dan kasih sayang demi membalas

jasa ibunya.

5. Kasih sayang seorang anak terhadap ibu


● Zaki menjaga ibunya yang uzur, separuh lumpuh dan hampir buta

dengan penuh kasih sayang sehingga sanggup berpisah dengan


isterinya.

9
6. Simpati terhadap nasib orang lain

9
● Dr. Chan bersimpati terhadap ibu Zaki yang hampir buta. Beliau menawarkan

diri untuk merawat ibu Zaki kerana Dr. Chan dan Zaki merupakan kawan
sejak di bangku sekolah.

MAT PIAH DAN MR. BLACKWAY


(Mahizan Husain)

Sinopsis
Mat Piah bekas pesakit mental, seorang penarik beca di Georgetown dan miskin. Suatu
hari Mat Piah bertemu dengan seorang pelancong yang pandai berbahasa Melayu
James Rolland Blackway yang mengaku teman baik Francis Light. Blackway meminta
Mat Piah membawanya mengelilingi Pulau Pinang. Semasa membawa Blackway
mengelilingi pulau itu, berlaku perdebatan antara mereka mengenai pembukaan Pulau
Pinang dan penipuan Francis Linght terhadap Sultan Abdullah semasa proses
pembukaan Pulau Pinang sehingga nama Francis Light disebut sebagai pembuka
Pulau Pinang.

Pemikiran

9
Penipuan yang dilakukan oleh Barat untuk mendapatkan Pulau Pinang dari kuasa
Sultan Abdullah.

Persoalan
1. Persoalan mengenai pertentangan pendapat antara masyarakat pribumi
dengan pandangan Barat.
Contohnya bagaimana Blackway melihat Mat Piah sebagai penarik beca yang
tidak berilmu.
2. Persoalan tentang patriotisme.
Contohnya Mat Piah menunjukkan semangat cinta akan Negara dengan
menghafal tarikh pembukaan Pulau Pinang dan dia ingin tahu latar belakang
sejarah Pulau Pinang sebenarnya daripada Blackway.
3. Persoalan tentang sejarah tanah air.
Contohnya sejarah pembukaan Pulau Pinang yang diceritakan oleh Blackway.
4. Persoalan tentang interaksi antara pelbagai bangsa.
Contohnya Mat Piah dapat berkomunikasi dengan Blackway yang berketurunan
orang putih. Blackway pula boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

PUISI
TRADISIONAL 9
RESAM HIDUP MANUSIA
(Pantun Dua Kerat)

Maksud
Rangkap 1
Kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai karenah dan corak.

Rangkap 2
Setiap individu mempunyai hati dan perasaan yang berbeza-beza.

Rangkap 3
Ranjau kehidupan yang diwarisi dahulu amat berbeza dengan dugaan dan cabaran
kehidupan masa kini.

Rangkap 4
Jika kita berbudi kepada seseorang, lama kelamaan akan dibalas juga dengan
kebaikan.

Rangkap 5

10
Sudah menjadi lumrah kehidupan, jika kita berbudi bahasa , kita akan dihormati dan
dipandang mulia.

Rangkap 6
Sesuatu maklumat yang diterima harus diterima dengan penuh tanggungjawab agar
tingkah laku terpelihara.

Rangkap 7
Perbuatan yang melibatkan pertuturan yang kurang sopan akan mengakibatkan
bencana kepada seseorang.

Tema

Bertemakan adat resam kehidupan manusia.

Persoalan

1. Setiap orang mempunyai cita rasa yang


berlainan. Contoh:- lain dulang lain kakinya,
lain orang lain hatinya.

2. Kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai corak


kehidupan. Contoh:- banyak udang banyak garam,
banyak orang banyak ragam.

3. Perubahan corak kehidupan yang


berbeza . Contoh:- lain ulu lain parang,
lain dahulu lain sekarang.

4. Perbuatan yang dilakukan, jika tidak benar, tidak akan menjadi perbualan
orang. Contoh:- tak tumbuh tak melata,
tak sungguh orang tak kata.

5. Tidak bersopan dalam bertutur terhadap seseorang akan membawa bencana


kepada orang itu.
Contoh:- sebab pulut santan binasa,
sebab mulut badan binasa.

10
KASIH JUALAN
(Pantun Empat Kerat)

Maksud
Rangkap 1
Penyajak memanggil pelanggan dan memberitahu terdapat keluaran baru dalam
urusan jualannya.

Rangkap 2
Sikap pelanggan yang sekadar ingin melihat-lihat namun belum berhajat untuk membeli.

Rangkap 3
Penyajak menyifatkan dirinya masih belum berani dan bersedia untuk berkecimpung
dalam urusan perniagaan.

Rangkap 4
Penyajak seakan dicabar kelelakiannya kerana takut untuk menceburkan diri dalam
bidang perniagaan.

Rangkap 5
Penyajak dikatakan seorang yang kedekut kerana tidak terbeli makanan yang baik.

Rangkap 6
Penyajak menyatakan makanan yang baik tidak terbeli kerana sayang akan duitnya yang
akan habis.

10
Rangkap 7
Walaupun penyajak takut wangnya habis dia dikatakan masih tidak ada sikap tawar
menawar dalam urusan jual beli.

Rangkap 8
Penyajak bukannya seorang yang kedekut ataupun lemah tetapi hatinya masih belum
berkenan.

Rangkap 9
Kasih dan sayang bukanlah barang yang boleh dijual beli.

Tema
Bertemakan peradaban manusia dalam dunia perniagaan.

Persoalan
1. Peniaga yang mempromosi produk baru di gerai
jualan. Contoh:- Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar ;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baharu keluar.

2. Sikap sesetengah pelanggan yang lebih gemar memerhati daripada


membeli. Contoh:- Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan membeli.

3. Sikap cabar mencabar dalam menceburi sesuatu


bidang. Contoh:- Kuda tengkot menang berlumba,
Lompat bertangkup keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sifat lelaki.

10
NILAI INSAN
(Pantun Enam Kerat)

Maksud
Rangkap 1
Tanggungjawab dalam sesebuah keluarga, anak yang taat kepada ibu bapanya, emak
yang mendidik anak-anak dan bapa yang menanggung keluarga.

Rangkap 2
Pekerja yang taat menjalani tugas, penyelia yang adil dan saksama serta belas ikhsan
seorang majikan.

Rangkap 3
Semangat kejiranan yang mesra serta mempunyai ketua kampong yang bertimbang
rasa serta masyarakat kampung sentiasa bersatu padu.

Rangkap 4
Nilai rakyat yang mempunyai etika diri, mempunyai pemimpin yang berwawasan serta
raja yang berbudaya agama.

Tema
Bertemakan nilai-nilai kemanusiaan dalam kehidupan .

Persoalan
1. Kehidupan dalam sesebuah keluarga yang mempunyai tanggungjawab masing-
masing.
Contoh:- nilai anak kerana ketaatan
nilai emak kerana asuhan
nilai bapa kerana tanggungan.

2. Nilai kemanusiaan dalam sesebuah organisasi.


Contoh:- nilai pekerja jalani tugas
nilai penyelia adil saksama

10
nilai majikan penuh keihsanan.

3. Semangat sesebuah kampung yang hidup berjiran dan sentiasa bantu membantu.
Contoh :- nilai penghuni mesra berjiran
nilai ketua bertimbang rasa
nilai sekampung tolong-menolong

4. Pentadbiran sesebuah negara yang berbudaya, beragama dan berkepimpinan.


Contoh:- nilai rakyat beretika diri
nilai pemimpin ada wawasan
nilai raja berbudaya agama

Seloka Boros dan Jimat

Maksud
Rangkap 1

Penyair memberi gambaran mengenai orang berharta.

Rangkap 2

Semua harta akan habis jika digunakan secara boros.

10
Rangkap 3

Begitu juga halnya dengan makanan.

Rangkap 4

Sikap berjimat cermat perlu diamalkan untuk mengelakkan harta habis.

Rangkap 5

Perumpamaan Melayu menyatakan bahawa bukan mudah untuk menjadi kaya. Kita
mudah mendapat sahabat apabila berharta tetapi tinggal keseorangan apabila miskin.

Tema
Kepentingan sikap berjimat cermat.

Persoalan
1. Sikap boros perlu dielakkan.
Contoh: Tetapi jika ditabur habur, diborosi,
Semuanya segera juga akan habis pergi,
2. Sahabat sejati hanya diperoleh ketika kita susah.
Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.

3. Pengurusan harta
Contoh: Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak mahu harta benda terkubur.

10
SELOKA KEHILANGAN ADAT
MELAYU

Maksud
Rangkap 1
Adat dan resam yang kian dilupai.

Rangkap 2
Adat yang dilupakan akan menyebabkan nilai budi pekerti yang mulia tidak lagi
diamalkan oleh masyarakat.

Rangkap 3
Peniruan adat resam yang bercampur-baur mengakibatkan peradaban dan tatasusila
tercemar.

Rangkap 4
Adat Melayu yang menghilang tanpa dapat dikesan.
Rangkap 5
Adat Melayu yang terus menghilang dan dilupakan.

10
Tema
Bertemakan adat resam Melayu yang kian menghilang dan dilupakan.

Persoalan

1. Kehilangan adat menyebabkan nilai budi pekerti mulia lenyap tidak


terbela. Contoh:- Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa,
Ghaib sepi tiada bersisa….
Semakin mengerang senantiasa,
Laksana dipagut tedung yang bisa.
.
2. Adat resam yang telah dicampurbaurkan mengakibatkan adab tatasusila Melayu
semakin dilupakan.
Contoh:- Amboi! Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa,
Umpama gajah menjadi rusa;
Oleh ragi campuran bangsa,
Adat tertib habis binasa!

3. Adat resam Melayu yang terus menghilang dan dilupakan oleh


masyarakat. Contoh:-Sayang! Sayang!
Merajuk ke manakah adat Melayu?
Laksana debu dipuput bayu!

10
SELOKA TAK BERIKHTIAR SENDIRI

Maksud Bahagian I
Rangkap 1

Penyair menyatakan bahawa ramai orang mempunyai cita-cita tinggi tetapi tidak mahu
berusaha. Hanya mengharapkan bantuan orang lain

Rangkap 2

Kebanyakan orang hanya meminta bantuan atau hanya berdoa dan menyusahkan ibu
bapa.

Rangkap 3

Penyair menyindir golongan yang suka mengharapkan bantuan dan hanya


berdoa semata-mata tanpa mahu berikhtiar.

Bahagian
II Rangkap
4

Orang yang berjaya tanpa usaha sendiri tidak akan merasai cabaran dalam pekerjaan.

Rangkap 5

Orang yang berjaya tanpa usaha sendiri juga akan dipandang rendah oleh orang lain
dan menjatuhkan maruah dirinya.

Rangkap 6
Orang yang tidak menggunakan kebijaksanaannya tidak akan mendapat kejayaan
cemerlang sebaliknya merugikan diri sendiri.

10
Tema
Kepentingan berikhtiar untuk berjaya.

Persoalan
1. Kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa berusaha
sendiri. Contoh: Sendiri rempuh belukar tebal yang
kelam!
Malulah kalau hanya tahu menyusah,
Kalau selalu meminta kepada ibu dan
ayah,

2. Hilang harga diri.


Contoh: Akan hilanglah harga dirinya,
Akan jatuhlah darjat manusianya!

3. Berdoa tanpa usaha.


Contoh: Bahkan, walaupun kepada Allah,
Suka menadah dan tertadah-tadah,
Suka menjadikan diri peminta sedekah,
Tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri.

4. Kejayaan tanpa usaha tidak member makna.


Contoh: Orang yang suka meminta-minta, walau
berjaya, Walaupun meminta kepada Tuhan
Maha Kaya, Tetapi tiada beramal ikhtiar sendiri,
Tidak berusaha memakai tenaga diri-
Orang yang asyik dipeluk gelombang manja,
Yang tak tahu menelan pahit maung bekerja-

GURINDAM DUA BELAS


(Raja Ali Haji)

Maksud

Rangkap
11
Fasal kedua:

Rangkap
11
Hendaklah kita menjaga pandangan mata agar tidak melihat perkara yang tidak elok.

Rangkap 2
Hendaklah kita menjaga pendengaran agar tidak mendengar berita yang tidak baik.

Rangkap 3
Hendaklah kita menggunakan kedua-dua belah tangan dengan sebaik-baiknya
daripada melakukan kesalahan sama ada yang kecil atau yang besar.

Rangkap 4
Seseorang yang terlalu kenyang akan menghilangkan kewarasan berfikir lalu boleh
mencetuskan perbuatan yang tidak sopan.

Rangkap 5
Hendaklah kita menggunakan kedua-dua belah kaki dengan mengunjungi tempat-
tempat yang mendatangkan manfaat.

Fasal ketiga:
Rangkap 1
Pemimpin yang kejam akan menyebabkan rakyat menderita.

Rangkap 2
Orang yang dengki akan didampingi syaitan yang mengacumnya / menghasutnya
supaya melakukan kejahatan demi kejahatan.

Rangkap 3
Hendaklah kita berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata umpatan dan
pujian kepada seseorang kerana kedua-duanya boleh mendatangkan keburukan iaitu
pujian yang tidak ikhlas.

Rangkap
11
Hendaklah kita mengawal perasaan marah kerana kemarahan menyebabkan kita
kehilangan kewarasan berfikir.

Rangkap 5
Orang yang berbohong akan dibenci oleh orang lain.

Fasal kelima:
Rangkap 1
Hendaklah kita mencari rakan yang boleh menjadi pengubat hati kala kesusahan.

Rangkap 2
Hendaklah kita mendapatkan guru / orang yang benar-benar mahir dalam sesuatu
bidang jika kita ingin menuntut ilmu agar dia dapat mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan diri kita.

Rangkap 3
Hendaklah kita memilih rakan yang setia iaitu sanggup bersama-sama kita kala senang
mahupun susah.

Rangkap 4
Hendaklah kita memilih pekerja yang baik dan pandai berbudi.

Tema
Nasihat dan petunjuk ke arah hidup yang diredai oleh Tuhan.

Persoalan

1. Kepentingan memilih rakan yang baik

11
Contoh: Hendaklah kita mencari rakan yang boleh menjadi pengubat
hati kala kesusahan.

2. Kepentingan mengawal emosi


Contoh: Hendaklah kita mengawal perasaan marah kerana kemarahan
menyebabkan kita kehilangan kewarasan berfikir.

3. Berpada-pada ketika menjamu selera


Contoh: Seseorang yang terlalu kenyang akan menghilangkan kewarasan
berfikir lalu boleh mencetuskan perbuatan yang tidak sopan.

BEBERAPA PETUA HIDUP

Maksud
Rangkap 1
Orang yang malas selalu hidup dalam kesusahan, manakala orang yang rajin pula
mempunyai ramai kenalan.

11
Rangkap 2
Sesiapa yang tidak menepati janji, dia akan dihina orang.

Rangkap 3
Jika seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik akan menyebabkan nama
keluarganya turut tercemar.

Rangkap 4
Di dunia ini terdapat pelbagai perbuatan yang mendatangkan dosa, justeru kita
hendaklah menjauhkan diri daripada melakukannya.

Rangkap 5
Hukuman bagi setiap kesalahan yang dilakukan tanpa mengira bangsa.

Rangkap 6
Kaum wanita mesti menjaga maruah dirinya.

Rangkap 7
Jika seseorang tidak berharta saudara-mara akan menjauhkan diri.

Rangkap 8
Tanpa kesihatan yang baik, wang yang banyak tidak menjamin kebahagian hidup.

Rangkap 9
Jika terlalu mengikut perasaan boleh membawa kepada perkara yang memudaratkan.

Rangkap 10
Kekuatan iman menentukan baik atau buruknya kelakuan seseorang.

Tema

11
Panduan dalam kehidupan manusia.
Huraian: Manusia perlu mengelakkan perkara negatif dalam kehidupan mereka
untuk memperoleh kesejahteraan hidup.

Persoalan
1. Menjaga kehormatan wanita
Contoh: Orang perempuan manusia juga,
Kehormatan dirinya wajib dijaga.

2. Perlu menjauhi maksiat


Contoh: Segala maksiat ada di dunia,
Ikhtiarkan diri menjauhi dia.

3. Orang berdosa dipandang hina.


Contoh: Hukuman bagi orang berdosa,
Dengan tiada memandang bangsa.

4. Manusia memandang kekayaan.


Contoh: Kalau tiada emas di pinggang,
Sanak saudara menjadi renggang.

SYAIR SERATUS SITI


(Penyelenggara: Junaini Kasdan)

Maksud
Rangkap 1
Sultan Mansur berasa amat gembira apabila melihat negerinya sudah dihias cantik.
Kemudian, baginda mengarahkan semua menteri agar datang ke istana untuk
berjumpa dengan baginda.

Rangkap 2

11
Semua menteri datang menghadap Sultan Mansur dengan segera. Dengan penuh
sopan, mamanda / pembesar negeri bertanyakan tujuan baginda memanggil mereka.

Rangkap 3
Sultan Mansur menyatakan bahawa mamanda telah dianggap sebagai pengganti
ayahanda dan bonda baginda. Oleh itu, baginda ingin menyuarakan hal yang telah
lama difikirkannya.

Rangkap 4
Sultan Mansur menyatakan bahawa baginda sudah lama menjadi raja tetapi baginda
belum pernah beristeri. Oleh itu, baginda mahu berkahwin. Baginda mahu setiap
mamanda menyerahkan anak mereka untuk dikahwini oleh baginda.

Rangkap 5
Selain itu, Sultan Mansur menitahkan agar seluruh rakyat menghantar anak perempuan
masing-masing ke istana untuk dipilih oleh raja untuk dijadikan isteri. Baginda sanggup
memberikan kemewahan kepada keluarga bakal isteri-isterinya.

Rangkap 6
Sultan Mansur menitahkan mamanda mencari 100 orang gadis tanpa mengira keturunan
asalkan beriman untuk dijadikan teman hidup baginda.
Rangkap 7
Sultan Mansur menitahkan mamanda supaya memilih gadis yang berbudi pekerti.

Rangkap 8
Sultan Mansur tidak mahu mengahwini perempuan yang pernah berkahwin tetapi telah
bercerai / janda. Baginda tidak mahu walaupun janda memiliki rupa yang menarik
kerana janda memiliki akal panjang lantaran mereka pernah menjalani hidup berumah
tangga.

Rangkap 9

11
Sultan Mansur bimbang jika janda tidak mengasihi baginda sepenuhnya lantaran masih
mengingati bekas suaminya.

Rangkap 10
Sultan Mansur menitahkan mamanda mencari 200 orang gadis yang kurang cantik
untuk dijadikan pelayan di istana baginda.

Rangkap 11
Deraman Syah ialah seorang menteri yang sudah tua dan berpengalaman. Apabila dia
mendengar kata-kata Sultan Mansur, dia memberitahu baginda bahawa dia hanya
memiliki seorang anak gadis.

Rangkap 12
Deraman Syah menyatakan bahawa mungkin Sultan Mansur tidak menyukai anak
gadisnya kerana anak gadisnya masih kanak-kanak dan sangat gemuk.

Rangkap 13
Deraman Syah menyatakan bahawa gadis di dalam negeri boleh didapatkan dan
dibawa ke istana. Lagipun, tiada sesiapa yang berani melanggar titah Sultan Mansur.

Tema
Keinginan raja untuk mendapatkan isteri.

Persoalan
1. Ketaatan kepada raja
Contoh: Semua menteri menghadap Sultan Mansur dengan segera
apabila dititahkan oleh baginda.

2. Kesunyian hidup tanpa pasangan

11
Contoh: Sultan Mansur ingin beristeri kerana kesunyian dan tidak pernah
beristeri.

3. Kesopanan terhadap raja


Contoh: Dengan penuh sopan, mamanda / pembesar negeri bertanyakan
tujuan baginda memanggil mereka.

SYAIR BIDASARI

Maksud

Rangkap 1
Raja menitahkan pengikutnya berhenti rehat kerana mereka telah keletihan.

Rangkap 2
Baginda menitahkan ketiga-tiga orang menterinya untuk mencari air minuman.

Rangkap 3

11
Raja berasa sangat dahaga dan meminta ketiga-tiga orang menterinya mencari air
walaupun sedikit sama ada air sungai atau perigi.

Rangkap 4

Ketika ketiga-tiga menteri cuba memenuhi perintah Raja, mereka menemui Taman
Bidasari.

Rangkap 5
Ketiga-tiga menteri kehairanan melihat taman tersebut kerana sepanjang pengetahuan
mereka tiada taman di kawasan itu sebelum ini.

Rangkap 6
Mereka bertanya sesame sendiri mengenai tuan taman yang cantik itu. Mereka
mengandaikan bahawa tempat itu merupakan rumah makhluk halus.

Rangkap 7
Salah seorang daripada menteri telah menemui satu pintu pagar tetapi berkunci dan
susah untuk dibuka.

Rangkap 8
Menteri yang termuda kembali menemui raja dan memberitahu bahawa mereka tidak
berjaya menemukan air.

Tema
Ketaatan pegawai menjalankan tugasan yang berikan oleh pemimpin.

Persoalan

12
1. Kesediaan memenuhi kehendak pemimpin.
Contoh: Berapa dicari air nan tiada (R8
B4)

2. Kepatuhan kepada perintah raja


Contoh: Pergilah berjalan menteri ketiga (R3 B3)

3. Kesungguhan dalam melaksanakan tugas


Contoh: Hendak dibuka terlalu sukar (R7 B4)

4. Bertanggungjawab menjaga keselamatan


Contoh: Dikunci dengan besi yang tegar (R7 B3)

5. Menghormati orang yang lebih tinggi darjatnya


Contoh: Berdatang sembah kepada baginda (R7 B2)

6. Kepentingan air dalam kehidupan


Contoh: Rasaku ini sangatlah dahaga
Barang sedikit carikanlah juga

PROSATRA
1

DISIONAL
RADEN PUSPA KENCHANA

Sinopsis

Prosa tradisional ini mengisahkan sebuah negeri yang bernama Chempaka Jajar,
diperintah oleh seorang raja bernama Seri Inu ataupun lebih dikenali sebagai Sang
Nata. Baginda telah membina sebuah taman yang indah, dipagari dengan kota batu
dan di dalamnya terdiri daripada beberapa buah istana. Baginda telah menyimpan
puteri-puteri yang ditawan oleh baginda disitu untuk bertenun kain. Terdapat seorang
puteri yang bernama Raden Puspa Kenchana ataupun digelar sebagai Ken Tambohan
yang sangat disayangi oleh Sang Nata dan Permaisuri. Pada suatu malam Ken
Tambohan telah bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan badannya disinari cahaya
bulan itu manakala di pinggangnya terbelit seekor naga. Mimpi tersebut menyebabkan
Ken Tambohan sentiasa memikirkan maksud mimpinya itu.

Sang Nata mempunyai seorang putera yang bernama Raden Inu Kertapati. Pada suatu
malam Raden Inu Kartapati telah bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan tiba-tiba
datang seekor raksasa lalu melarikan bulan itu. Keadaan ini menyebabkan dia tertanya-

12
tanya tentang maksud mimpinya itu. Pada waktu tersebut Raden Inu Kertapati sudah
berumur 17 tahun dan menurut ayahanda dan bondanya sudah sampai waktunya dia
beristeri. Seorang menteri telah mencadangkan agar dia dikahwinkan dengan Puteri
Ratu Banjar Kulon yang sangat cantik dan setaraf dengannya.

Semasa Raden Inu pergi berburu di dalam kawasan taman dan tempat terbinanya
istana Ken Tambohan, dia cuba menyumpit seekor burung serindit namum burung
tersebut telah terbang masuk ke tempat Ken Tambohan bertenun. Baginda
mengarahkan Wira Wani untuk mendapatkan burung tersebut. Dilihatnya burung itu
berada disisi Ken Tambohan. Setelah diberitahu oleh Wira Wani, dengan segera Raden
Inu pergi melihat dan apabila terpandang Ken Tambohan baginda begitu tertarik dan
terpikat dengannya. Wira Wani menyedari bahawa Raden Inu sudah jatuh cinta kepada
Ken Tambohan dan dia meminta agar baginda pulang kerana bimbang akan dimurkai
oleh ayahanda baginda. Namun baginda tidak mahu pulang dan masuk ke tempat Ken
Tambohan. Setelah dipujuk dan dirayu oleh Raden Inu maka Ken Tambohan telah
menerima baginda untuk berkahwin dengannya.

Perkahwinan Raden Inu dengan Ken Tambohan telah diketahui oleh Sang Nata dan
permaisuri. Permaisuri amat murka dan tidak suka Raden Inu berkahwin Ken
Tambohan kerana dia merupakan seorang puteri tawanan. Permaisuri ingin mencari
jalan untuk membalas dendam kepada Ken Tambohan. Setelah beberapa hari
berkahwin Raden Inu telah pulang ke istana untuk berjumpa dengan ayahanda dan
bondanya. Permaisuri meminta agar Raden Inu pergi berburu kijang dan pelandok
untuk dibawa kepadanya. Setelah Raden Inu pergi permaisuri mengarahkan dayang
agar memanggil Ken Tambohan mengadapnya. Ken Tambohan telah dimarahi dan
ditampar oleh permaisuri. Permaisuri telah memanggil Pelebaya (Tukang Bunuh) dan
mengarahkannya untuk membunuh Ken Tambohan. Pelebaya meminta Ken Tambohan
mengikutnya pergi ke dalam hutan dengan alasan ingin membawanya berjumpa Reden
Inu setelah berada di dalam hutan barulah Pelebaya memberitahu bahawa dia
diarahkan oleh permaisuri untuk membunuh Ken Tambohan. Sebelum dibunuh Ken
Tambohan meminta Pelebaya meletakkan mayatnya di atas rakit dan ditaburkan bunga
cempaka dan bunga ansana. Kemudian rakit tersebut dihanyutkan ke sungai setelah
Ken Tambohan dibunuh, Pelebaya telah melaksanakan pesanannya.

12
Raden Inu yang tidak mendapat hasil dalam perburuannya telah berhenti ditepi sebuah
sungai dan turun mandi bersama dengan pengikutnya. Semasa mandi mereka telah
terpandang sebuah rakit yang sangat cantik. Raden Inu begitu terkejut apabila
mendapati mayat Ken Tambohan di atas rakit tersebut. Akibat terlalu sedih dengan
kematian isterinya Raden Inu telah membunuh diri dengan menikam dadanya.

Wira Karta telah pulang ke istana dengan membawa berita kemangkatan Raden Inu
dan sebab baginda membunuh diri. Sang Nata dan Permaisuri begitu terkejut dan
sangat sedih dengan berita tersebut. Sang Nata dan permaisuri telah berangkat ke
tempat Raden Inu membunuh diri. Semasa dalam perjalanan para menteri telah
bercerita kepada Sang Nata perbuatan permaisuri yang membawa kepada
pembunuhan Ken Tambohan dan kematian Raden Inu. Mayat Raden Inu dan Ken
Tambohan telah dibawa balik ke istana dan diletakkan di dalam candi. Pelebaya telah
dikenakan hukuman bunuh manakala permaisuri pula diarahkan berada diluar istana
untuk menjaga anjing perburuan.

Sang Nata sangat sedih dan bermohon kepada Dewata Mulia Raya untuk
menghidupkan kembali Raden Inu dan Ken Tambohan. Betara Kala dari kayangan
telah diarahkan untuk ke istana Sang Nata untuk menghidupkan mereka berdua.
Setelah berjumpa Sang Nata, Betara Kala telah menggunakan kembang ganda pura
dan kembang wijaya untuk menghidupkan Raden Inu dan Ken Tambohan. Sang Nata
begitu gembira setelah mereka berdua dihidupkan. Baginda telah mengampunkan dosa
permaisuri dan menabalkan Raden Inu dan Ken Tambohan sebagai ratu dan suri
negeri Kuripan.

Tema

Bertemakan percintaan antara sesama manusia. Contohnya Raden Inu sangat


mencintai Ken Tambohan tiada tolak bandingnya iaitu Raden Inu telah membunuh diri
setelah melihat mayat Ken Tambohan di atas rakit semasa dia berburu kijang dan
pelandok di dalam hutan.

12
Persoalan

1. Melakukan kezaliman kepada orang lain tanpa mengira hubungan. Contohnya


Permaisuri telah mengarahkan Pelebaya membunuh menantunya iaitu Ken
Tambohan di dalam hutan.

2. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pasangan. Contohnya Raden Inu
sangat setia kepada Ken Tambohan sehinggakan sanggup mencabut nyawanya
sendiri setelah melihat mayat Ken Tambohan di atas rakit.

3. Setiap perbuatan akan menerima balasannya. Contohnya Sang Nata telah


menjatuhkan hukuman mati kepada Pelebaya dan mengarahkan Permaisurinya
menjaga anjing di luar kota kerana terlibat dalam rancangan yang mebawa kepada
kematian Ken Tambohan dan Raden Inu.
HANG TUAH DIUTUS KE SIAM

Sinopsis

Laksamana bersama-sama Maharaja Setia diutuskan ke benua Siam untuk


menyampaikan surat Raja Melaka yang berkehendakkan enam ekor gajah (empat ekor
gajah jantan dan dua ekor gajah betina). Raja Melaka ingin menguasai negeri baru,
Patani lalu mengarahkan Laksamana agar cuba mengalahkan Patani. Namun begitu,
apabila sampai di Patani, Laksamana melihat Patani sukar ditakluki kerana
kedudukannya yang strategik.

Laksamana dan Maharaja Setia tiba di benua Siam. Mereka di bawa berjumpa Oya
Bagelang. Kedua-dua utusan Melaka itu diberitahu Oya Bagelang agar menghadap
Phra Chau mengikut adat Siam dengan cara berjumpa seorang diri dan merangkak
sambil menyembah. Walau bagaimanapun, dengan muslihat yang dibuat oleh
Laksamana, akhirnya beliau dibenarkan menghadap Phra Chau menggunakan adat
Melayu Melaka iaitu berjalan dan berkeris sewaktu menghadap raja Siam. Kepetahan
Laksamana bertutur dalam bahasa Siam menarik perhatian Phra Chau lalu dikurniakan
sepersalinan cara Siam.

12
Beberapa hari kemudian, Phra Chau memerintahkan supaya Chin Chu (pendekar
Jepun dari Kamboja) berlawan pedang dengan Laksamana. Chin Chu yang angkuh
ditewaskan oleh Laksamana. Pendekar bertujuh amat marah lalu mengamuk dan cuba
membunuh Phra Chau tetapi dapat ditewaskan oleh Laksamana. Seramai lima orang
pendekar Jepun itu dibunuh manakala dua orang lagi melarikan diri ke kuala benua
Siam menuju ke Kamboja. Phra Chau berasa gembira dengan perkhabaran
pembunuhan pendekar-pendekar Jepun itu lalu Laksamana dikurniakan sepersalinan.
Semasa makan bersama-sama, Laksamana mencadangkan agar Phra Chau
mengadakan jamuan untuk rakyat baginda dengan menjamu gendana (sejenis siput)
daripada Berunai yang dibawa oleh Laksamana. Gendana itu diserahkan ke Kampung
Bagelang.

Laksamana dan Maharaja Setia kembali semula ke Melaka. Dalam perjalanan pulang,
mereka dihalang pasukan panglima Jepun dari Kamboja yang ingin membalas dendam
atas kematian lima orang pendekar Jepun yang dibunuh Laksamana. Kehebatan
Laksamana berlawan dan menggunakan mantera sakti menyebabkan kesemua
pahlawan Jepun dapat dikalahkan.

Laksamana dan Maharaja Setia selamat tiba di Melaka. Utusan Siam dipersembahkan
kepada Raja Melaka. Raja Melaka memilih dua ekor gajah besar yang diberi nama Pudi
Ma’nikam dan Permata Sailan. Selang beberapa ketika, Raja Melaka mengarahkan
Laksamana menguruskan pertabalan Raden Bajau sebagai raja di Bukit Seguntang.
Isteri-isteri Raja Melaka melahirkan tiga orang anak yang diberi nama Puteri Gunung
Ledang, Sultan Mahmud dan Sultan Muhammad.

Tema

Bertemakan jalinan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara yang
lain. Hal ini dapat dilihat apabila Laksamana Hang Tuah dititahkan oleh Raja Melaka
untuk diutus ke Benua Siam bagi membeli 6 ekor gajah. Di Benua Siam, Laksamana
disukai oleh Raja Phra Chau kerana pandai bertutur dalam bahasa Siam dan bijak
berlawan menewaskan musuh sehinggakan cadangan Laksamana agar Raja Siam

12
menjamu rakyatnya dengan gendana dipersetujui oleh Raja Siam. Laksamana juga
telah dianugerahkan dua kali persalinan atas khidmat bakti kepada Benua Siam dan
turut menghadiahkan 10 ekor gajah, iaitu 6 ekor kepada Raja Melaka dan 4 ekor
kepada Laksamana.

Persoalan

1. Perihal kesetiaan rakyat kepada raja


Contoh: Laksamana Hang Tuah akur akan perintah Raja Melaka
untuk diutuskan ke Benua Siam bagi memenuhi hasrat raja
yang menginginkan gajah.

2. Perihal kepahlawanan pendekar Melayu yang gagah dan berani


Contoh: Laksamana Hang Tuah telah berjaya mengalahkan 8
pendekar Jepun dari Kamboja, termasuklah Chin Chu.

3. Kemurahan hati raja terhadap rakyat jelata


Contoh: Raja Phra Chau telah menjamu rakyatnya dengan gendana
yang dibawa oleh Laksamana dari Berunai.

4. Perihal menghormati tetamu yang datang berkunjung


Contoh: Raja Phra Chau menerima kunjungan Laksamana dengan adat
mengarak surat dan membenarkan Hang tuah masuk
mengadap menggunakan adat Melayu iaitu berjalan dan
berkeris.

5. Kepentingan menjaga dan mengekalkan adat orang Melayu


Contoh: Laksamana berjaya memujuk Raja Phra Chau supaya menerima
adat kunjung hormat mengikut adat Melayu tanpa perlu
merangkak, sebaliknya berjalan ketika menghadap Raja Siam.

12
HIKAYAT PARANG PUTING

Sinopsis

Hikayat Parang Puting mengisahkan seorang budak miskin yang mendapat tiga barang
berharga iaitu cincin hikmat, tongkat sakti dan parang puting. Budak miskin tinggal
bersama-sama ibunya dan sering bermain-main dengan seekor helang, tikus dan juga
membela anak ular naga. Anak ular naga yang hidup di sungai sering menjadi
perhatian orang kampung. Datuk Syahbandar meminta budak miskin datang ke
rumahnya untuk melihat sendiri anak ular naga. Syahbandar kehairanan melihat budak
miskin boleh bermain dengan anak ular naga. Masyarakat kampung terkejut apabila
melihat budak miskin naik di belakang ular naga seperti naik gajah. Sebelum pulang,
datuk syahbandar telah memberi bekalan makanan seperti beras dan padi serta baju
kepada budak miskin . Masyarakat kampung yang melihat keistimewaan budak miskin
itu juga telah memberi berbagai-bagai jenis makanan dan buah-buahan seperti keladi,
ubi, pisang dan sebagainya.

Perkhabaran tentang budak miskin dengan ular naga sampai ke telinga raja. Melalui
datuk Syahbandar, raja telah meminta budak miskin bersama-sama ular naga dan
binatang lain datang menghadap baginda ke istana. Budak miskin ke istana dengan
naik di atas belakang ular naga dan diikuti oleh helang yang terbang di atas kepala

12
serta tikus yang mengekori di belakang ular naga. Budak miskin juga ditemani oleh
datuk Syahbandar. Raja dan menteri merasa takjub apabila melihat anak ular naga.
Sebelum budak miskin pulang ke rumah, baginda telah mengurniakan kain, baju dan
beras serta dua orang hamba sahaya.

Anak ular naga yang dibela telah menjadi besar. Oleh sebab badannya yang besar,
anak ular naga telah melarikan diri ke tasik hijau pada waktu malam, kerana jika anak
naga berendam di dalam sungai kampung itu akan menyebabkan musibah besar
kepada budak miskin dan orang kampung. Kehilangan budak miskin menyebabkan ibu
budak miskin meminta dua hamba sahaya mencari anaknya tetapi tidak berjumpa. Hal
ini menyebabkan ibu budak miskin menangis dan meminta bantuan datuk syahbandar.
Datuk Syahbandar mencadangkan kepada ibu budak miskin supaya mengadakan
kenduri untuk mendoakan anaknya.

Pada keesokan harinya, apabila budak miskin melihat ular naga sudah tiada di
rumahnya, dia telah pergi mencari anak ular naga tersebut bersama-sama tikus dan
helang dengan mengikut kesan tapak anak naga berjalan sehinggalah mereka
berjumpanya. Anak naga menyuruh budak miskin supaya meminta nendanya
memberikan cincin yang berada di dalam mulut nendanya sebagai balasan kerana
telah menjaganya. Setelah nenda anak ular naga muncul dari tasik hijau ia telah
meminta budak miskin datang menghampirinya dan bertanyakan permintaan budak
miskin itu. Setelah melihat wajah budak miskin, nenek anak ular naga berasa belas
kasihan dan menyerahkan cincin yang mempunyai banyak kesaktian. Budak miskin dan
ular naga berpelukan sebelum berpisah. Budak miskin meneruskan perjalanan untuk
pulang ke rumah tetapi telah sesat dan masuk ke hutan besar.

Peristiwa nenda ular naga memberi cincin saktinya telah menyebabkan ibu anak ular
naga marah dan meminta hulubalangnya mencari budak miskin untuk menukarkan
tongkat dengan cincin tanpa mencederakan budak itu. Hulubalang naga telah berjumpa
dengan budak miskin yang berada di bawah pokok. Setelah berkenalan, hulubalang
ular naga tertarik hati melihat budak miskin dan menceritakan hasratnya untuk
mendapatkan cincin arahan daripada bonda anak ular naga. Hulubalang telah
menyatakan khasiat tongkat yang banyak kegunaannya. Setelah mendengar kesaktian

12
itu, budak miskin telah bercita-cita untuk mendapatkan tongkat itu. Hulubalang naga
berasa panas dan ingin berendam di kolam yang berhampiran dengan tempat itu.
Apabila hulubalang naga telah berendam di dalam kolam, budak miskin telah mengetuk
tiga kali tongkat tersebut menyebabkan hulubalang tidak bergerak.

Budak miskin meneruskan perjalanannya sehingga berjumpa dengan parang puting


yang boleh menebang pokok sendiri. Apabila dilihat oleh budak miskin, parang puting
telah terbang balik ke rumah tuannya. Budak miskin telah mengekori parang puting
sehingga sampai di rumah seorang tua. Orang tua itu telah menjemput budak miskin
naik ke rumahnya. Pada malam itu, budak miskin telah mengetuk tongkatnya
menyebabkan terhidang makanan malam. Budak miskin menjemput orang tua itu
makan bersama-sama mereka. Setelah melihat kejadian itu, orang tua telah meminta
budak miskin menukarkan tongkatnya dengan parang puting. Pada keesokannya budak
miskin telah meneruskan perjalanan pulangnya ke rumah bersama-sama helang dan
tikus dengan membawa parang puting tersebut. Setelah sampai di rumah, ibunya
sangat gembira dan meminta anaknya berjumpa dengan datuk Syahbandar iaitu bapa
angkatnya. Setelah berjumpa datuk Syahbandar, budak miskin menyatakan bahawa dia
tidak mengetahui tempat ular naga berada sehinggalah dia pulang pada hari ini setelah
ditanya oleh bapa angkatnya. Semasa pulang ke rumah setelah berjumpa ayah
angkatnya, budak miskin telah meminta ibunya merahsiakan cincin geliga yang banyak
kesaktiannya daripada masyarakat kampung. Akhirnya budak miskin hidup bahagia
bersama-sama helang, tikus dan ibunya.

Tema

Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara akan membawa kebaikan kepada diri
sendiri dan keluarga. Budak miskin membela anak ular naga sehingga besar.
Hubungan istimewa antara anak ular naga dan budak miskin membawa tuah kepada
keluarganya. Orang ramai memberikan pelbagai hadiah seperti padi, beras, buah-
buahan dan baju kepada budak miskin termasuklah datuk syahbandar dan raja.

12
Persoalan

1. Taat kepada pemerintah


Contoh: Budak miskin akur kepada perintah Datuk Syahbandar supaya
datang ke rumahya dengan membawa anak naga teman
permainannya.

2. Sayang akan binatang


Contoh: Budak miskin memelihara dan menyayangi helang, tikus dan anak
ular naga.

3. Tanggungjawab ibu terhadap anak


Contoh: Bonda budak miskin menyediakan makanan untuk budak miskin.

4. Kasih sayang dalam keluarga


Contoh: Nenda anak ular naga amat menyayangi cucunya/bonda budak
miskin sentiasa mendoakan agar anaknya dijumpai.

13

Anda mungkin juga menyukai