Anda di halaman 1dari 9

kertas 2

Bahagian A
Soalan 1 : Morfologi

Contoh Kata Majmuk dan Ayat

Kata Majmuk Ayat

Pada masa ini, harga komputer riba lebih murah berbanding dengan
komputer riba
harga komputer riba pada tahun 1980-an.

Ibu bapa wajar memantau penggunaan telefon pintar oleh anak-


telefon pintar anak agar mereka tidak memuat turun aplikasi negatif yang akan
memudaratkan mereka.

Semua pengguna jalan raya perlu menggunakan lintasan belang


jalan raya
yang disediakan untuk melintas jalan dengan selamat.

Kebanyakan pekerja warganegara Indonesia bekerja dalam bidang


warganegara
pembinaan bangunan.

Sikap bertolak ansur antara satu sama lain dapat memupuk


bertolak ansur
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.

Ibu bapa perlulah menjalankan peranan mereka dalam memastikan


ibu bapa
anak-anak mereka mendapat pendidikan yang baik.

Contoh Kata Majmuk : kenal pasti; ambil alih; tandatangan; matahari; kakitangan;
setiausaha; campur aduk; guru besar; pejabat pos; alat tulis; bandar raya;
jawatankuasa; antarabangsa; suruhanjaya; sukarela; olahraga; sukacita; tengah
hari; perdana menteri; isi padu

Soalan 2 : Sintaksis
Ayat Songsang

Kami amat membenci perangai buruknya.


Amat membenci kami perangai buruknya.

Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tidak ada sambutan.


Akan ditangguhkan sekiranya pertunjukan itu tidak ada sambutan.

Guru lelaki itu dakwa bahawa muridnya sangat rajin.


Bahawa muridnya sangat rajin dakwa guru lelaki itu.

kertas 2 1
Kubong mampu meluncur merentasi hutan tropika secara senyap melebihi jarak
satu kilometer.
Secara senyap melebihi jarak satu kilometer kubong mampu meluncur
merentasi hutan tropika.

Beberapa kawasan di Malaysia menjadi habitat kubong.


Menjadi habitat kubong beberapa kawasan di Malaysia.

Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap saling menghormati.


Terkenal dengan sikap saling menghormati rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia dapat hidup dalam suasana yang harmoni walaupun berlainan
agama dan bangsa.
Walaupun berlainan agama dan bangsa, rakyat Malaysia dapat hidup
dalam suasana yang harmoni.

Rakyat sanggup berkorban demi kepentingan negara.


Demi kepentingan negara, rakyat sanggup berkorban.

Pelbagai proses ekologi berlaku secara semula jadi untuk memastikan udara
dan air bersih.
Berlaku secara semula jadi untuk memastikan udara dan air bersih
pelbagai proses ekologi.

Malaysia bertekad untuk menjamin pemuliharaan alam sekitar secara lestari.


Untuk menjamin pemuliharaan alam sekitar secara lestari Malaysia
bertekad.

Setiap pelawat yang berkunjung ke tempat tersebut dikenakan bayaran masuk.


Dikenakan bayaran masuk setiap pelawat yang berkunjung ke tempat
tersebut.

Soalan 3 : Penyuntingan
Kesalahan Bahasa

Kesalahan Pembetulan

di waktu pada waktu

dihargai oleh kami kami hargai

lain-lain pihak pihak-pihak lain

di dalam kalangan dalam kalangan

bahan makanan akses akses bahan makanan

kertas 2 2
Kesalahan Pembetulan

sejak dari sejak / dari

1990an 1990-an

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

1. Jangan tambah butiran dan fakta yang tiada dalam petikan asal

2. Jangan kurangkan atau buang butiran dan fakta dalam petikan asal

3. Kekalkan nama khas seperti watak, tempat, peralatan dan istilah

4. Kekalkan laras bahasa istana

5. Partikel ‘pun’ dan ‘lah’ mesti digunakan

6. Jangan gunakan perkataan lama seperti ‘arakian’, ‘hatta’, ‘syahidan’, ‘alkisah’,


‘sebermula’ atau ‘maka’.

7. Kekalkan bentuk asal ayat

bahasa klasik bahasa standard

karar tenang / tenteram

memaku mong-mongan memukul canang atau gong kecil

endah mempunyai minat terhadap sesuatu

tanpa kedep tembung laku tingkah laku yang kurang ajar

dijadikan penggawa agung dilantik sebagai ketua kampung

bahana bunyi bising

rebah terjerumus lalu mati jatuh tersumur kemudian meninggal dunia

penjurit besar lagi kepetangan askar upahan yang handal dan cerdik

cuba bermain dengan penjurit itu menguji kepandaian penjurit tersebut

dukacitalah sekalian empunya semua pemilik harta berasa sedih

teririk terpijak

alkisah menurut cerita

arakian selepas itu

hatta lalu / kemudian

kendatipun walaupun

sebermula permulaan sesuatu kisah

syahadan seterusnya

kertas 2 3
bahasa klasik bahasa standard

kalakian ketika itu

afwah tuah

melampar tidak tersusun

Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya


diceritakan pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya
demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu
Melaka dan Laksamana ! Mati engkau olehku ! Tanpa kedep tembung laku.
Syahadan negeri Melaka pun kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian,
bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.

Ibunya menceritakan semua hal-ehwal dari mula kedatangannya hingga


selesai kepada anaknya. Setelah mendengar cerita ibunya, Kertala Sari sangat
marah, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana ! Saya akan bunuh kamu tanpa
kedep tembung laku. Saya akan memusnahkan negeri Melaka. Jika saya tidak
berbuat demikian, saya bukan anak penjurit yang berani dan bijak.
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana
pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka
Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di
tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu
gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang
itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang
kakinya pada tubuh Laksamana.
Laksamana memakai pakaian penjurit. Laksamana berjalan pada malam itu
dalam keadaan kelam-kabut dan hujan rintik-rintik. Kertala Sari masuk ke
dalam kota. Laksamana tidur di tengah pasar itu. Bunyi tapak kaki Kertala Sari
didengar oleh Laksamana terlalu kuat bunyinya. Laksamana tahu bahawa
Kertala Sari telah datang. Kertala Sari berjalan ke tengah pasar. Kakinya
tertendang tubuh Laksamana.

Soalan 5 : Peribahasa

bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat

bagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih

bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan

bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara

bagai mencencang air membuat pekerjaan dengan sia-sia

kertas 2 4
bagai murai tercabut ekor seseorang yang becok mulutnya

orang yang tidak dapat merasai nikmat atau


bagai si kudung mendapat cincin
menggunakan kemudahan yang diperoleh

seperti anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantung

seperti anjing dengan bayang- orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang
bayang ada

seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya

seperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti

seperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisah

seperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalan

seseorang yang mengambil kesempatan daripada


seperti gergaji dua mata
pertelingkahan antara dua pihak

seperti harimau menyembunyikan


menyembunyikan kelebihan yang ada pada diri
kukunya

seperti kera kena belacan tidak suka duduk diam

seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang


seperti kerbau dicucuk hidung
lain tanpa usul periksa

seperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh

membuang garam ke laut membuat kerja yang sia-sia

bercakap memandang-mandang,
berhati-hati apabail bercakap dengan orang lain
silap lidah jiwa hilang
bercakap siang pandang-pandang,
perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu
bercakap malam dengar-dengar

bersihkan halaman sendiri dahulu, membetulkan kesilapan sendiri dahulu sebelum


baru bersihkan halaman orang betulkan kesalahan orang

biar mati anak jangan mati adat pegangan adat yang kuat

apabila melakukan sesuatu perkerjaan yang susah, kita


genggam bara api biar sampai jadi
hendaklah bersabar dan menyempurnakan kerja itu
arang
sehingga berjaya

hancur badan dikandung tanah, budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun
budi baik dikenang juga orang itu sudah meninggal dunia

jangan bawa resmi jagung,


jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan
semakin berisi semakin tegak

kali panjang sejengkal, jangan


jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan
lautan hendak diduga

air beriak tanda tak dalam banyak bercakap tanda tiada ilmu

kertas 2 5
alang-alang berminyak biar licin setiap pekerjaan perlu dilakukan dengan sempurna

sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar


ayam di kepuk mati kelaparan, itik
(beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup
di air mati kehausan
miskin di negara yang kaya dan makmur

baik membawa resmi padi daripada


tidak sombong; rendah diri
resmi lalang
belayar sambil memapan, merapat
sesekali membuat perkerjaan dua tiga maksud tercapai
sambil belayar

betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh


berat mata memandang berat lagi
seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang
bahu memikul
menanggungnya
berjagung-jagung dahulu sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga
sementara padi masak perkara-perkara yang berfaedah

biat jatuh terletak, jangan jatuh lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum
terhempas diberhentikan dengan tidak terhormat

diam-diam ubi berisi, diam-diam orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada
besi berkarat orang diam tetapi tidak berilmu

diibaratkan sebagai condong memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam


ditumpil, lemah dianduh kesusahan

bagai menghitung bulu kambing pekerjaan yang sia-sia

peribahasa sama makna

carik-carik bulu ayam, lama-lama


air dicencang tidak akan putus
bercantum juga

seperti api dalam sekam seperti gunting dalam lipatan

bagai pinang dibelah dua seperti cincin dengan permata

seperti telur di hujung tanduk seperti abu di atas tunggul

seperti mencurahkan air ke daun keladi seperti hujan jatuh ke pasir

bagaimana acuan begitulah kuihnya bagaimana contoh begitulah gubahannya

menangguk air di keruh menahan lukah di pergentingan

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat


di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
sagunya

seperti kaca terhempas ke batu bagai kaca retak seribu

kertas 2 6
seperti duduk di dalam duri seperti cacing kepanasan
sudah jatuh ditimpa tangga antan patah lesuh hilang

banyak udang banyak garam, banyak orang


lain padang lain belalang
banyak ragam

umpama minyak setitik, di laut sekalipun kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi
timbul juga pulau

di mana bumi dipijak, di situ langit masuk kandang kambing mengembek, masuk
dijunjung kandang kerbau menguak

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

seekor kerbau membawa lumpur, habis


kerana nila setitik rosak susu sebelanga
semua terpalit

bagai isi dengan kuku bagai dakwat dengan kertas

genggam bara api biar sampai menjadi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
arang pangkal lengan

makan gaji kolar putih

keras kepala hati batu

Bahagian B
Soalan 6 : Petikan Umum

Soalan 7 : Petikan Sastera

Soalan 8 : Novel
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menarik
perhatian anda berserta alasan peristiwa itu menarik dan pengajaran yang anda
peroleh berdasarkan peristiwa tersebut.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul
Latip Talib.
Satu daripada peristiwa yang menarik perhatian saya ialah peristiwa Pak Saidi
menghantar Adnan bersekolah di sekolah Inggeris. Hal ini demikian kerana
peristiwa ini menggambarkan kesungguhan Pak Saidi yang hendak melihat
anaknya menjadi seorang manusia yang berguna kepada bangsa dan negara.
Pengajaran yang saya peroleh daripada peristiwa ini ialah ibu bapa mestilah
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik demi kebaikan anak-anak.
Peristiwa kedua yang menarik perhatian saya ialah peristiwa Adnan dan Mamat
mengikuti latihan fizikal dan mental sebagai persediaan menjadi tentera.
Alasannya, peristiwa ini memperlihatkan kesungguhan Adnan dan Mamat
menjalani latihan supaya dipilih menjadi tentera. Pengajaran yang saya peroleh

kertas 2 7
daripada peristiwa tersebut ialah kita hendaklah bersikap positif dan optimistik
terhadap tugasan yang diamanahkan untuk mencapai kecemerlangan.
Kesimpulannya, novel Leftenan Adnan Wira bangsa mempunyai banyak perhatian
yang menarik serta pengajaran dan harus dibaca oleh setiap individu.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan pengajaran yang dapat
diperoleh daripada novel tersebut.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip Talib.
Satu daripada pengajaran yang saya peroleh melalui novel ini ialah kita hendaklah
mengenang jasa para pahlawan yang berjuang demi mempertahankan
kedaulatan tanah air. Sebagai contoh, Pak Saidi menceritakan kisah pahlawan
Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan kepada isteri, anak-anaknya dan
penduduk kampung. Sikap sedemikian telah menyuntik semangat patriotik dalam
diri Leftenan Adnan dan penduduk Kampung Sungai Ramal. Selain itu, kita mesti
membuat perancangan yang teliti sebelum menjalankan sesuatu projek.
Contohnya, Jeneral Yamashita telah membuat perancangan yang teliti sebelum
menyerang Tanah Melayu. Tentera-tenteranya telah dilatih di hutan Burma bagi
menyesuaikan diri mereka dengan iklim kawasan tropika. Sebagai hasilnya, misinya
untuk menakluki Tanah Melayu dalam tempoh tujuh pulu hari telah tercapai.
Kesimpulannya, novel Leftenan Adnan Wira bangsa mempunyai banyak pengajaran
dan harus dibaca oleh setiap individu.

Bahagian C

Soalan 9 : Rumusan

Format
Fokus - dua atau lebih
Fokus pertama dijumpai akan dijadikan F1. Digunakan pada pendahuluan

📎 cara; langkah; ciri; sifat; simptom; kebaikan; faedah; keburukan; kesan;


akibat; sebab; punca

F1 F2
6 2
5 3 Jumlah keseluruhan : 8 isi
4 4 isi yang dipilih mesti merangkumi semua bahan

kertas 2 8
3 5
2 6

Tema : 1 sahaja
digunakan pada kesimpulan

Contoh :
Rumusan membincangkan Fokus 1 dan Fokus 2.
Satu daripada Fokus 1 ialah Isi 1. Selain itu, Isi 2. Di samping itu, Isi 3.
Fokus 2 adalah Isi 1 Bahan 1. Seterusnya, Isi 2 Bahan 2. Tambahan pula, Isi 3
Bahan 2. Dalam pada itu, Isi 4 Bahan 3 juga merupakan Fokus 2. Akhir sekali,
Isi 5 Bahan 3.
Kesimpulannya, [ tema + cadangan + harapan ]

Rumusan membincangkan ciri-ciri batik dan punca batik kian pupus.

Satu daripada ciri-ciri batik ialah sifat kainnya yang sejuk dan selesa dipakai.
Selain itu, terdapat keunikan corak yang pelbagai pada batik Terengganu seperti
corak berdiri, corak jalur dan corak melintang. Seterusnya, bentuk motif batik
yang dihasilkan terdiri daripada motif organik dan motif geometrik.

Punca batik kian pupus adalah kerana kurangnya pendedahan kepada


generasi muda untuk mewarisi kemahiran membuat batik. Seterusnya, batik
Malaysia tidak diketengah di persada dunia. Tambahan pula, reka batik telah
ketinggalan zaman. Dalam pada itu, pengaruh budaya luar juga merupakan
punca batik kian pupus. Akhir sekali, batik kian pupus kerana nilai komersial
yang rendah.

Kesimpulannya, batik harus dilestarikan agar generasi akan datang dapat


mewarisinya.

kertas 2 9

Anda mungkin juga menyukai