Anda di halaman 1dari 6

KAKAKKU SAYANG

Buku berjudul Kakakku Sayang ini dikarang oleh Hakimi Muhammad.


Buku ini mengandungi 73 muka surat.
Pustaka Ilham menerbitkan buku ini pada tahun 2006.
Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan bar kod 002548 .
Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang Kamal yang malas menolong kakaknya
Asrina. Kerja-kerja rumah biasanya dilakukan oleh kakaknya. Suatu hari kakaknya jatuh
sakit dan dimasukkan ke hospital. Kamal yang tinggal di rumah tidak tahu membuat
sebarang kerja. Dia menyesal kerana tidak belajar dari kakaknya melakukan tugasan di
rumah.
Tikus Bandar dan Tikus Kampung

TAJUK : TIKUS BANDAR DAN TIKUS KAMPUNG

ISBN : 978-967-317-853-7

PENGARANG : Azwani Abdul Ghani

PENERBIT : Koh Wai & Young Publications Sdn. Bhd.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2006

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM

SINOPSIS :
Tikus bandar menziarahi sepupunya di kampung.
A Mouse Town sekali melawat saudara yang tinggal di negara ini. Untuk makan tengah hari
Tetikus Negara berkhidmat batang gandum, akar, dan acorns, dengan sedikit air sejuk untuk
minum. Tetikus Town makan sangat berhati-hati, mengamalkan makan sedikit ini dan sedikit itu,
dan dengan cara beliau membuat ia sangat jelas bahawa dia memakan makanan yang mudah
sahaja untuk menjadi sopan.
Selepas makan rakan-rakan berbual panjang, atau sebaliknya Tetikus Town bercakap tentang
hidupnya di bandar manakala Mouse Negara mendengar. Mereka kemudian pergi ke tempat
tidur di sarang yang selesa di pagar pohon dan tidur di tenang dan keselesaan sehingga pagi.
Dalam tidur Tetikus Negara bermimpi dia adalah seorang Tetikus Town semua kemewahan dan
keseronokan hidup bandar yang rakannya menyifatkan untuknya. Jadi hari berikutnya apabila
Tetikus Town meminta Mouse Negara untuk pulang ke rumah dengan dia ke bandar, dia dengan
senang hati berkata ya.

Apabila mereka sampai ke rumah di mana Mouse Town tinggal, mereka mendapati di atas meja
di ruang makan sampah sarap daripada jamuan yang sangat halus. Terdapat kuih dan jeli,
pastri, keju lazat, sesungguhnya, makanan yang paling menarik bahawa Mouse boleh
bayangkan. Tetapi hanya sebagai Mouse Negara adalah kira-kira untuk menggigit sedikit jelita
pastri, dia mendengar meong kucing dengan kuat dan calar di pintu. Dalam takut Tikus yang
bergegas ke tempat persembunyian, di mana mereka meletakkan agak masih untuk masa yang
lama, tidak berani untuk bernafas. Apabila akhirnya mereka meneroka kembali ke perayaan,
pintu dibuka tiba-tiba dan dalam datang hamba-hamba untuk membersihkan meja, diikuti oleh
Dog House.
Tetikus Negara berhenti di tempat persembunyiannya Mouse Town hanya cukup lama untuk
mengambil beg permaidani beliau dan payung.

"Anda mungkin mempunyai kemewahan dan dainties bahawa saya tidak," katanya sambil
bergegas pergi, "tetapi saya lebih suka makanan biasa saya dan kehidupan yang mudah di
negara ini dengan aman dan selamat yang pergi bersamanya."

MORAL :
Poverty with security is better than plenty in the midst of fear and uncertainty.

PERKATAAN BARU :
1- dikurniakan - dianugerahkan

2- bersyukur - berterima kasih

3- berlapikkan - beralaskan

4- cencorot tanah - tikus mondok

5- mahkota - alat kebesaran raja


Sang Gagak Rimba ke Kota

TAJUK :
SANG GAGAK RIMBA KE KOTA

ISBN :
983-3184-43-X

PENGARANG :
Zulkifli Esmon

PENERBIT : ANEKA PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN. BHD

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : -

JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM

SINOPSIS :
Dalam sebuah rimba, tinggal satu keluarga gagak. Anak-anak gagak seramai tiga ekor sudah jemu dengan kehidupan
di dalam rimba. Mereka meminta izin daripa ibu dan bapa mereka untuk berhijrah ke kota. Dengan berat hati, ibu bapa
mereka membenarkan mereka pergi dengan syarat, mereka bertiga harus kembali semula ke rimba jika keadaan di
kota tidak sesuai dengan diri mereka.
Mereka bertiga melalui perjalanan yang jauh dan meletihkan. Sepanjang perjalanan, mereka berhenti rehat beberapa
kali untuk menghilangkan penat. Akhirnya mereka tiba di kota yang menjadi idaman mereka.

Keadaan di kota amat berbeza dengan keadaan di rimba. Di kota, mereka terpaksa makan sisa-sisa makanan yang ada
di dalam tong sampah. Adakalanya mereka terpaksa berebut dengan burung-burung gagak yang lain.

Akhirnya, mereka bertiga mengambil keputusan untuk pulang ke rimba semula.

PERKATAAN BARU :
1- rimba - hutan belantara

2- didesak - dipaksa melakukan sesuatu

3- enggan - tidak mahu

4- sisa-sisa makanan - apa-apa yang tertinggal selepas dimakan.

5- dikepung - dikelilingi oleh pihak lawan

PENGAJARAN CERITA :
- kita hendaklah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa dan orang yang lebih tua daripada kita

- kehidupan di tempat lain tidak semstinya lebih baik daripada kehidupan di tempat sendiri

- jangan mudah terpengaruh dengan khabar angin yang didengar tentang sesuatu perkara

apabila kita sudah sedar dengan kesilapan yang dilakukan, cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan

TAJUK : JAMBUL BELATUK MAHKOTA DIRAJA

ISBN : 978-983-165-730-0

PENGARANG : Rubiah Jusoh

PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN. BHD.

BIL. MUKA SURAT : 16

TAHUN TERBIT : 2009


JENIS BUKU : Fiksyen

BAHASA : BM

SINOPSIS :
Suatu masa dahulu, Negeri Kayangan diperintah oleh seorang raja yang adil
bernama Sultan Badrul Syah. Baginda memiliki dua orang putera. Putera sulung
bernama Putera Bahrin Syah dan adiknya, Putera Nazir Syah.

Kedua-dua putera ini memiliki sfat yang berbeza. Putera sulung lebih matang dan
bijaksana berbanding adiknnya. Rakyat dan para pembesar lebih suka kepada Putera
Bahrin Syah. Putera Nazir Syah pula seorang yang tamakkan kuasa dan tidak sabar
untuk menjadi sultan di negeri itu. Baginda juga seorang yang sombong dan tamak.

Putera Nazir Syah bercadang untuk mencuri mahkota sultan milik ayahandanya.
Suatu malam, Putera Nazir Syah berjaya mencuri mahkota itu sewaktu ayahandanya
sedang beradu. Putera Nazir Syah segera menyarungkan mahkota itu ke kepalanya
dan mengumumkan pelantikan dirinya sebagai sultan baru negeri itu.

Tindakan itu membuatkan beberapa orang pembesar istana terpinga-pinga.


Bagaimana Putera Nazir Syah boleh menjadi sultan sedangkan ayahandanya belum
mangkat? Sultan Badrul Syah yang terjaga dan mendengar segala kata-kata putera
bongsunya menjadi sangat murka.

Baginda pun menyumpah putera bongsunya menjadi seekr burung belatuk. Mahkota
sultan yang masih berada di atas kepala putera bongsunya turut bertukar menjadi
jambul merah. Burung belatuk itu dihalau ke bumi.

MORAL :
Jangan bersikap tamak kerana akhirnya kita yang rugi.

Anda mungkin juga menyukai