Anda di halaman 1dari 10

BAB 1 : ZAMAN KANAK-KANAK

Hari Isnin malam Selasa,10 Jun 1963 diikuti sayup-sayup suara azan Isyak, lahirlah
daku ke dunia ini di Kampung Rengas, Bachok,Kelantan.setelah 2 tahun Ayah dan
Mek berkahwin. Ketika itu Mek(Emak) berumur 18 dan ayah berumur 25.
Gembiranya hati kedua ibu bapaku kerana mendapat anak sulung. Kegembiraan
turut dirasai oleh nenekku, Mas bt Awanglah dan datuk tiriku Hj.Yaakob bin
Hj.Said.

Besarlahlah aku dalam keluarga dengan penuh kasih sayang, walaupun rumah
kami cuma beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh. Ibuku membesarkan ku
dengan susu badan dan pisang yang dihancurkan dan kadang-kadang nasi lembik
dicampur dengan pucuk-pucuk kayu. Pada masa itu kami tidak mampu untuk
membeli susu tepung atau makanan cereal.

Ketika daku berumur setahun, Mek dan ayah mengikut abangnya berhijrah ke
Kuala Krau Pahang membuka kebun getah. Aku belum ingat lagi peristiwa
tersebut, tetapi mengikut cerita Mek, aku dikendungnya semasa menanam padi
bukit dan dan ke hutan menebas untuk membuka kebun getah. Kami tidak lama
tinggal di Pahang kerana berlaku perselihan keluarga. Mek dan ayah mengambil
keputusan pulang semula ke kampung asal Mek di Kg. Rengas.

Peristiwa ini aku ingat kerana setibanya aku di kampung, aku sering diusik oleh
dua bupuku, Zaitun dengan loghat Pahang. Di kampung, kehidupannya cukup
menyeronokkan kerana dapat bermain dengan kawan sebaya, tidak seperti di
Pahang yang tinggal di dalam hutan. Aku sering mengikut ayah membajak
menggunakan kerbau. Ayah akan meletakkan penolak dan gerak bagi membajak
sawah dan yang paling menyeronokkan bila aku dapat naik gerak yang ditarik
kerbau atau lembu. Aku bertindak sebagai pemberat bagi menghancurkan tanah
1 http://zaini –al-rengasi.blogspot.com
selepas dibajak menggunakan penolak. Pernah berlaku satu peristiwa yang
melucukan iaitu cucu datukku naik gerak tetapi tiba-tiba kerbau mengangkat
ekornya dan saudaraku itu tidak sempat turun, lalu habis satu badannya diberak
oleh kerbau. Pecah perut kami ketawa.

Pada bulan Januari tahun 1967, satu peristiwa yang tidak dapat kami lupakan
apabila seluruh Kelantan dilanda banjir besar termasuklah kampung kami. Kira-
kira jam 8.00 malam kami pindah, akau dikendong oleh datuk tiriku(Tok Chek)
kerana pada waktu itu ayah tiada di kampung kerana dia pergi ke Kedah
mengambil upah menuai padi. Waktu kami pindah, air sudahpun sehingga paras
pinggang. Kami pindah ke kawasan yang lebih tinggi iaitu di rumah emak
supupuku, Mak Su Bidah. Masing-masing membawa barang makanan dan kayu
api untuk memasak. Pada masa itu bantuan kerajaan belum ada, jadi pandai-
pandailah kami nak hidup. Bantuan kerajaan kemudian sampai juga tetapi di
simpan oleh Penggawa di balai raya di rumahnya, tidak diagih-agihkan kepada
orang kampung. Penduduk kampung semua mendiamkan diri kerana takut
kepada penggawa, sesiapa yang menentangnya akan ditamparnya orang
tersebut, macam zaman Melaka lagilah masyarakat Melayu pada masa itu. Siapa
yang kuat dialah yang berkuasa.

Banjir tersebut telah menenggelamkan beberapa rumah dan dihanyut ke laut


dan terbentuklah muara. Muara tersebut telah dilawati oleh Perdana Menteri
Malaysia ketika itu iaitu Tun Abdul Razak dan diberi nama Kuala Banjir. Kuala
Banjir inilah kemudiannya menjadi tempat saya dan kawan-kawan berenang.
Pernah satu peristiwa, saya naik di atas batang kelapa dan ditolak oleh Mat ‘Ropi,
kawan saya ke kawasan air dalam. Malangnya batang kelapa tersebut berpusing
dan saya cuba berpaut tetapi gagal. Saya yang kurang pandai berenang kerana
selalu dimarahi oleh Mek, telah lemas, nasib baik Mat Ropi mengambil batang
kelapa lain dan dihulur kepada saya dan saya terselemat daripada lemas. Sampai
sekarang saya terhutang nyawa kepada Mat Ropi. Selepas peristiwa tersebut saya

2 http://zaini –al-rengasi.blogspot.com
belajar berenang secara curi-curi dan akhirnya pandailah saya berenang
walaupun tidak sehebat kawan-kawan yang lain.

Di kampungku belum ada elektrik dan air paip.Kami mandi di telaga yang
digali, kalau mandi pada waktu pagi, sejuk sampai ke tulang hitam. Baldi pula
diperbuat daripada upih nibong. Telaga buruk yang kami guna selalu dihuni oleh
ular air dan saya memang takut dengan ular, jadi terpaksalah Mek mencedok air
di perigi bagi memandikan saya untuk pergi ke sekolah.

Pada hari tidak bersekolah,pagi-pagi lagi, kalau musim buah, kami akan
mencari buah jembal dan buah mangga yang gugur pada waktu malam selepas
dikerumuni oleh keluang. Pernah satu peristiwa, kawan saya, Zalamin kerana
begitu teruja untuk mendapatkan buang mangga yang jatuh, terus pergi
mengambil buah mangga yang jatuh di dalam abu tetapi malangnya abu itu masih
ada api di bawahnya dan terbakarlah kakinya.

Hari raya puasa merupakan hari yang sungguh gembira bagi kami kerana pada
hari inilah ayah dan Mek akan membeli baju raya walaupun tidak secantik orang
lain yang berada. Mek akan memberi kami adik beradik 20 sen seorang sebagai
hadiah hari raya. Itulah saja yang dapat diberikan ayah dan ibu yang berkerja
sebagai penanam padi dan penanam tembakau. Selepas Solat Hari Raya, kami
akan ke rumah datuk sebelah ayah di Permatang Machang, Jelawat. Kami akan
menaiki kereta sewa sehigga pekan Jelawat dan dari Pekan Jelawat, kami akan
berjalan kaki sejauh 8 km, jika musim hujan, kami akan berjalan dalam lumpur
berselut. Walaupun letih berjalan, kami seronok kerana sepanjang perjalanan,
banyak pokok kemunting dan kami asyik memetik buah kemunting untuk dimakan
sepanjang perjalanan. Untuk sampai ke rumah datuk, ada sebatang anak sungai
yang titinya diperbuat daripada batang nibong. Ayah terpaksa mendokong kami
adik-beradik seorang demi seorang melintasi titian tersebut. Kalau bernasib baik,
kami dapat memetik buah kerian untuk dimakan, rasanya yang masam-masam
manis sunggah lazat bagi kami yang belum mengenal makanan ringan seperti

3 http://zaini –al-rengasi.blogspot.com
sekarang. Makanan ringan mula memasuki kedai runcit di kampong Kemudi pada
tahun 1973 dan jenama popular ialah Twisties yang berharga 30 sen sebungkus
tetapi saya tidak mempu membelinya.

Ketika umurku 6 tahun, Mek membawaku ke SK Badak untuk didaftar


memasuki darjah satu. Suatu suasana asing bagiku melihat ramai kanak-kanak
lain. Selepas siap urusan pendaftaran ,kami berjalan pulang tetapinya malangnya
dalam perjalanan pulang, aku dikejar oleh angsa tetapi nasib baik angsa tersebut
Berjaya dihalau oleh Mek.

Aku sebenarnya banyak masa bersama nenek(saya panggil Mak) dan datuk
tiri(saya panggil Tok Chek). Datuk kandungku, Daud meninggal semasa Mek
masih kecil kerana kanser usus, jadi Mak kahwin dengan Tok Chek atau nama
sebenarnya Hj.Yaakob b. Hj. Said. Beliau seorang guru agama dan sering mengajar
saya ilmu agama. Beliau juga suka bercerita kisah-kisah Nabi dan cerita-cerita
rakyat seperti cerita Sang Kancil. Mak pula sering sakit, dia mendapatkan rawatan
tradisional dan yang paling ku ingat ialah Main Puteri yang diiringi alat muzik
seperti gendang, serunai, rebab dan buah kecing. Biasanya selepas Main Puteri,
bomoh akan “menjamu hantu” yang terdiri daripada ayam panggang, kelapa
muda, pulut kuning dan pengeras, biasanya duit sebanyak 15 sen. Barang-barang
tersebut di letakkan di bawah pokok besar dan aku masih ingat ia diletak dibawah
pokok simpol. Begitulah kepercayaan masyarakat Melayu pada masa itu yang
masih bercampur aduk dengan amalan animisme yang boleh menjerumus
masyarakat Melayu dalam lembah syirik kepada Allah s.w.t. Masyarakat kampung
pada masa tersebut juga sering berlaga ayam. Ada satu peristiwa, polis telah
mengepung sekumpulan penduduk yang sedang berlaga ayam, Pak Su Nor yang
kelam- kabut apabila polis melepaskan tembakan ke udara telah melarikan diri
tetapi yang lucunya dia telah terlanggar polis dan pollis berjaya menangkapnya.
Namun mereka tidak serik dan Paksu Nor terus berjudi sehigga ke usia tua.

4 http://zaini –al-rengasi.blogspot.com
Selepas musim menuai, mereka akan berlaga lembu dan dalam acara tersebut
juga ada unsur-unsur judi di samping menganiaya binatang. Saya pernah melihat
acara tersebut, ramai penduduk kampong membawa lembu jantan untuk
dipertandingkan tetapi saya tidak ingat jenis hadiah yang diberi. Penduduk
kampong juga bermain laying-layang dan dipertandingkan, Bila diadakan
pertandingan, maka adalah kegiatan judi. Memang tahi judi, begitulah kerjanya,
selalu cari peluang untuk berjudi.

Pada waktu malam pula di adakan permainan wayang kulit, tiketnya 30 sen
seorang dan pertunjukan ini biasanya mengambil masa 7 malam bagi
menghabiskan cerita yang diambil daripada Kitab Mahabrata(kitab Hindu).
Antara watak-watak terkenalnya ialah Raja Sri Rama, Permaisuri Sita Dewi,
Laksamana, Hanuman Kera Putih, Hanuman Ikan , Bota dan Pak Dogol. Sementara
waatak lucunya ialah Wak Long, Wak Yah, Said dan Eting. Mengikut cerita
Wayang Kulit, Pak Dogol merupakan jelmaan dewa dan biasanya akan
diperasap(puja) menggunakan kemenyan sebelum permainan dimulakan, jika
tidak mengikut kepercayaan masyararakat, penonton akan terkena sakit.

Dalam permainan ini , Tok Dalang akan menggerakkan patung wayang kulit
tersebut di kain putih yang di terangi lampu minyak tanah. Kain putih berperanan
sebagai skrin. Permainan akan diiringi oleh muzik seperti gendang ibu, gendang
anak, serunai, buah kecing dan kayu yang diletakkan di bawah paha Tok Dalang
ketika aksi perang berlangsung. Permainan ini telang diharamkan oleh Kerajaan
Kelantan yang diperintah PAS pada tahun 1990 kerana boleh merosakkan akidah
umat Islam.

5 http://zaini –al-rengasi.blogspot.com
ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Badak, antara sekolah terawal di daerah


Bachok selain dari Sekolah Kebangsaan Kemudi( aliran Inggeris) dan Bachok
Primier Shool. Saya ke sekolah bersama-sama kawan sekampung dengan berjalan
kaki dan kalau keluar terlalu awal, kami akan membawa jamong iaitu daun kelapa
yang diikat dan dibakar hujungnya yang dijadikan penyuluh jalan.

Saya ditempatkan di 1B dan guru kelasnya Cikgu Muhamad( terkenal dengan


gelaran Cikgu Mad Tua kemudiaannya). Guru lain ialah Cikgu Azizah, Cikgu Musa
dan Mr.Nan iaitu cikgu import dari England. Beliau tidak pandai berbahasa
Melayu. Saya ada satu peristiwa lucu dengannya. Pada waktu pagi sebelum ke
sekolah, Mek member saya wang 10 sen sebagai wang saku, saya singgah
membeli di kedai runcit sebanayk 5 sen dan diberi tukar 5 sen tetapi dalam
bentuk 5 keping dan setiap keping berharga 1 sen. Pada waktu rehat, saya mahu
membeli ais krim dan saya membayarnya dengan 1 sen, penjual tidak mahu
memberi saya ais krim kerana wang tidak cukup kerana sebatang ais krim
berharga 5 sen, jadi saya pun menangis. Nasib baik Mr.Nan datang dan dan
menyeluk saku seluar saya dan mengeluarkan i 4 keping duit syiling 1 sen lagi, jadi
cukuplah 5 sen dan dapatlah saya membeli ais kerim. Saya sangat berterima kasih
kepada beliau tetapi kemudian beliau telah pulang ke England dan terputus
hubungan.

Ada satu peristiwa, Tarmizi(anak guru SK Badak) berkelahi dengan Che Seman,
saya cuba meleraikan mereka tetapi Tarmizi mengejar pula saya dan kebetulan
waktu rehatpun tamat. Apabila Cikgu Mad masuk, dia memanggil saya dan terus
dicubit perut saya sedangkan yang berkelahi Tarmizi dan Che Seman, saya jadi
6 http://zaini –al-rengasi.blogspot.com
mangsa fitnah kerana saya bukan anak guru, sedangkan Tarmizi anak guru tetapi
saya tidak berdendam kerana kita ini mentimun, dia tu durian.

Semasa darjah 2, saya bersekolah petang kerana tidak cukup kelas. Di antara
cikgu yang saya ingat ialah Cikgu Raja Ismail, Cikgu Razak(dah meninggal) dan
Cikgu Man(guru disiplin). Anak Cikgu Man suku bergaduh. Satu peristiwa,
mungkin Cikgu Man dah geram dengan sikap anak dia, dia menyuruh anaknya
bergadunh di padang dengan lawannya( saya dah lupa namanya) dan Cikgu Man
dengan loceng di tangan menjadi pengadil(referee). Begitulah cikgu masa dulu,
tiada yang nak saman di mahkamah.

Ada seorang kawan saya,Mat Sidi namanya, suka mengacau budak perempuan.
Walaupun dinasihat dan dirotan, tetapi sikapnya tidak berubah. Satu hari cikgu
menguncinya dalam stor dan cikgu membunyikan loceng seolah-olah kami semua
sudah pulang,guru pula menghidupkan motosikal masing-masing. Sebenarnya
cikgu sudah berpakat dengan semua pelajar, saja nak ugut dia. Maka meraunglah
Mat Sidi dalam stor kerana hari semakin gelap. Dia berjanji tidak akan nakal lagi
dan akhirnya dilepaskan oleh guru. Namun sikap nakalnya tidak berubah. Semasa
mahu menduduki Penilain Darjah Lima, emaknya membawa dia berjumpa orang
alim dan dibekalkan tangkal untuk dibawa masuk peperiksaan tetapi kalau tidak
membaca mana mana nak lulus dengan cemerlang, sekadar nak ke Tingkatan Satu
tu bolehlah.

Semasa saya di darjah 3, satu peristiwa sedih menimpa saya. Pada waktu rehat,
kami bermain bola di padang. Saya bertindak sebagai penyerang. Saya membawa
bola untuk menjaring gol dan pada masa itu datang pemain pertahanan yang
berbadan gempal, iaitu Wan Mustapa Wan Mahmood dan terus membentes saya.
Saya melambung ke udara dan terasa putus betis saya. Pada masa yang sama
loceng masuk kelas berbunyi dan saya ditinggalkan keseorangan di padang. Nasib
baik ada seorang pelajar memaklumkan kepada Cikgu Raja Ismail dan saya
7 http://zaini –al-rengasi.blogspot.com
dihantar pulang oleh Cikgu Man dengan motosikal Nortannya. Setiap kali
motosikal masuk luang, sakitnya betis saya bagai nak putus.

Ayah mengubati saya secara tradisonal dengan Ustaz Mad Jelawat. Ustas
memberitahu betis saya patah dan sebagai rawatannya betis saya dilumur
dengan telur dan halia, panas tak payah ceritalah. Setelah 3 minggu berubat
dengan Ustaz Mad tetapi masih tidak menampakkan perubahan, ayah dan Mek
membawa saya bertemu bomoh patah di Pangkal Gong, dekat Pulau Chondong.
Nama bomohnya Hj.Hassan. Sesampai di rumahnya, saya lihat ramai pesakit yang
mengalami sakit patah tulang berada di rumahnya, macam hospital. Beliau
mengurut betis saya dan dia mengatakan betis saya tidak patah, tetapi remuk. Dia
menjampi minyak kelapa dan saya disuruh meminumnya sesudu setiap waktu
solat.

Selesai diurut, saya dikendong Ayah ke jalan besar dan kami naik kereta sewa
pulang ke rumah. Saya mengikut arahan bomoh tersebut dan ajaibnya pada satu
malam selepas solat Isyak, saya meminum minyak tersebut dan tidak semena-
mena saya terdengar bunyi tulang bercantum dan saya nampak pergerakan
tulang bercantum tersebut. Peristiwa ini disaksikan oleh Mek dan ayah. Selepas
peristiwa tersebut, saya dapat berjalan dan dapat pergi ke sekolah setelah
sebulan tidak ke sekolah. Akibat lama tidak ke sekolah, pada peperiksaan akhir
tahun, saya cuma mendapat nombor 18 tetapi di kelas A.

Semasa darjah 4, saya kembali sekolah pagi. Kami berlumba-lumba belajar bagi
mendapat tempat terbaik dalam kelas. Saya dah mula membuat nota ringkas bagi
memudahkan mengingat mata pelajaran. Peperiksaan akhir tahun bermula dan
saya telah mendapat tempat ke – 6. Walaupun dipuji oleh teman-teman seperti
Mahizan( anak kepada bekas ADUN Perupok, Hj.Mohd Noor dan sekarang isteri
kepada ADO Ismail Saamah). Cikgu yang mengajar saya ialah Cikgu Halim

8 http://zaini –al-rengasi.blogspot.com
(anakanya Sulasmi junior saya semasa Tingkatan 6 dan sekarang menjadi Guru
Kanan Sains Sosial di SMK Kubang Telaga)

Semasa di sekolah rendah,sejak darjah satu lagi saya berjalan kaki ke sekolah
yang jaraknya 1.5 km dari rumah saya. Ayah menyuruh saya ke sekolah bersama
budak-budak kampong yang lebih tua dari saya seperti Amri, Zalamin, Zaitun, dan
lain-lain. Kalau pergi ke sekolah terlalu awal, kami akan memasang jamong(obor)
dari daun kelapa. Pernah satu peristiwa ada seorang pelajar telah pergi ke sekolah
terlalu awal kerana menyangka hari dah siang sedang waktu itu malam diterangi
bulan purnama. Apabila tiba di sekolah, bulan sudah menghilangkan dirinya dan
cuaca kembali gelap, maka menangislah budak perempuan itu di sekolah tetapi
nasib baik ada jaga, jaga dulu boleh dipercayai, tidak seperti sesetengah jaga
sekarang, harapkan pagar, pagar makan padi.

Apabila pulang dari sekolah, aku mengikut abang-abang mandi di lubuk di


kampung Badak. Malangnya perbuatan ku diketahui oleh Mek kerana dilaporkan
oleh budak perempuan kampungku. Teruklah aku dibelasah oleh Mek tetapi ini
mematahkan semangatku untuk belajar berenang. Beberapa hari kemudian aku
pergi lagi berenang di sana. Aku letakkan dua biji kelapa komeng yang diikat di
bawah perutku dan mulalah aku belajar berenang dan akhirnya pandailah sikit-
sikit aku berenang. Kebolehan berenang telah menyelamatkan nyawaku semasa
aku bersama kawan-kawan berperahu di pengkalan Tok Wan Mat(sekarang
tempat bas SMKK parking pada waktu malam di Badak). Aku berdiri di atas
pelepah nipah memerhati kawan-kawan bermain perahu tetapi malangnya aku
tergelincir dan terus tenggelam di dalam Sungai Kemasin yang dalamnya berpuluh
kaki, airnya biru dan banyak terdapat buaya tetapi belum pernah mengganggu
manusia, Cuma sekali sekala memunculkan dirinya di permukaan air dan
mengikut cerita orang yang pernah melihatnya, buaya yang pernah timbul
sebesar daun kelapa yang terhampar, entahlah kerana aku belum melihatnya
tetapi sejak aku membina rumah di tepi sungai, aku pernah mendengar suara
anaknya seperti yang ditayangkan dalam National Geografic. Aku yang jatuh ke
9 http://zaini –al-rengasi.blogspot.com
dalam sungai timbul semula dan berenang ke pangkal pokok nipah dan
memanjatnya, dan dengan kehendak Allah, selamatlah nyawaku pada hari
tersebut.

Semasa bersekolah rendah, aku dibawa menonton televisyen oleh emak


saudaraku, yang ku panggil Makyah(Zawiah @ Zainab) di rumah Penggawa
Ibrahim(Bapa Saudara kepada Dato’ Pahamin Rajab, Pengerusi Air Asia,
Dato’Nordin Razak(Bekas Ketua Pengarah DBKL). Cerita pertama yang ku tonton
ialah Megat Terawis. Kemudian keraplah aku ke rumahnya menonton televisyen ,
apatah lagi cucunya, Zaidan kawanku semasa mengaji al-Quran di surau Tok Ayah
Soh( Guru mengaji Quran yang mendapat pendidikan dari Tok Bachok). Antara
drama kegemaranku ialah Giant Robot, kemudian Ultraman dan diiikuti
Superman.

Aku masih ingat semasa perkahwinan anak Tok Penggawa Ibrahim, Jabatan
Penerangan telah menayang filem Nujum Pak Belalang di skrin besar daripada
kain putih.

Pada setiap hujung minggu iaitu hari Jumaat, Pantai Changgung di sebelah
kampong saya menjadi tumpuan penduduk untuk mencari hasil laut terutama
remis, selain ketam ragi. Kunjungan penduduk dari kawasan lain hanya tertumpu
pada musim remis dan kadang-kadang kerang.

10 http://zaini –al-rengasi.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai