Anda di halaman 1dari 12

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan

yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR. No. 74, Taman Seri Merapoh, 27210 Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Darul Makmur. 26 Januari 2013 Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Sahabatku, Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari. Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya. Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya. Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota. Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga. Sahabatmu, .............................

KARANGAN LAPORAN

Laporan: Laporan Bulan Merdeka 2011 Laporan Bulan Merdeka 2011 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 1 hingga 30 Ogos 2011, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Bulan Merdeka. Tujuan bulan ini diadakan adalah untuk menanamkan rasa kecintaan murid-murid kepada negara. Pada minggu pertama, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan aktiviti mewarnakan bendera Jalur Gemilang. Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua telah menyertai aktiviti ini. Bendera yang siap diwarnakan dipasang atau digantung di beberapa tempat seperti di pagar sekolah. Sekolah Kebangsaan Seri Tualang kelihatan lebih ceria dengan dihiasi bendera-bendera Jalur Gemilang ini. Pada minggu kedua, pementasan drama telah diadakan. Drama ini bertajuk Warga Merdeka. Drama ini dicipta dan diarahkan oleh Cikgu Hamidi Wahid. Drama ini telah melahirkan perasaan cinta pelajar kepada negara. Pada minggu ketiga, satu pameran tentang tokoh-tokoh telah diadakan di perpustakaan sekolah. Antara wajah perjuang negara yang dipamerkan ialah Tunku Abdul Rahman, Dato Hussien Onn, Dr. Burhanudin bin Helmi dan lain-lain lagi. Pada minggu keempat, Larian Merdeka telah diadakan. Larian ini sejauh 3 kilometer. Muridmurid berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan kalimat keramat 'Merdeka!'. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Tualang berasa sangat gembira kerana dapat menjayakan Bulan Merdeka. Sesungguhnya Bulan Merdeka yang diadakan telah dapat melahirkan atau menambahkan rasa cinta murid-murid kepada negara. Laporan disediakan oleh, 2 September 2011

..................................... (NUR ANIS NATASYA BINTI ALWI) SETIAUSAHA PERSATUAN BAHASA MELAYU SK SERI TUALANG.

Surat Kiriman Rasmi: Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan Rujukan

Tulis sepucuk surat kepada pihak sekolah untuk memohon peminjaman buku latihan dan rujukan. Berikan alasan-alasan kamu memohon pinjaman tersebut.

HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI No.7, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, PAHANG. DARUL MAKMUR ____________________________________________________________________________

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, PAHANG. 28 FEBRUARI 2010

Tuan,

Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan Rujukan

Berhubung perkara di atas, saya Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi, murid Tahun 5 Amanah, ingin memohon agar diberikan kemudahan peminjaman buku latihan dan rujukan yang saya dapati banyak terdapat di bilik-bilik panitia mata pelajaran di Sekolah Kebangsaan Seri Tualang.

2.

Ini kerana hampir 2 bulan lagi saya akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Saya

berharap dengan peminjaman buku-buku itu nanti akan dapat membantu saya semasa mengulangkan kaji pelajaran.

3.

Bersama-sama ini saya senaraikan buku-buku latihan dan rujukan yang diperlukan:

I. II. III. IV. V.

Buku latihan dan rujukan Bahasa Melayu Tahun 5. Buku latihan dan rujukan Bahasa Inggeris Tahun 5. Buku latihan dan rujukan Matematik Tahun 5. Buku latihan dan rujukan Sains Tahun 5. Buku latihan dan rujukan Pendidikan Agama Islam Tahun 5.

5.

Saya berharap agar pihak tuan mempertimbangkan pemohonan saya ini. Kerjasama dan

keperihatinan tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

................................................ (Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi)

Rencana: Banjir Tulis sebuah karangan tentang Banjir. Panjang jawapan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka Karangan : Pendahuluan - bencana alam -sering melanda pada akhir tahun di Pantai Timur. -berlaku akibat hujan lebat tanpa henti (tengkujuh) Perenggan ke-2 - kerap melanda di kawasan rendah dan tepi sungai. - banyak harta benda musnah - haiwan ternakan dan tanaman mati - kerugian besar Perenggan ke-3 - mengancam nyawa - aliran air deras dan dalam - lemas Perenggan ke-4 - pelbagai benda merbahaya dihanyutkan air - ada yang nahas terkena atau terperangkap benda merbahaya - airnya tercemar dan boleh menyebarkan penyakit Penutup - berhati-hati - berpindah segera sebelum air naik

Banjir Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh pada setiap akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim itu menyebabkan banjir di kawasan tersebut. Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar. Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain dengan air banjir yang alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang. Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak dimasak. Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.

Aku Sebuah Radio

Nama aku Suria. Aku ialah sebuah radio. Aku dibuat daripada plastik dan besi. Aku mempunyai beberapa butang yang boleh dilaras untuk mendengar siaran radio di seluruh negara. Di samping itu, aku juga berfungsi sebagai alat pemain cakera padat. Aku diproses di sebuah kilang elektronik. Setelah semua komponen aku lengkap diisi, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dibungkus dan dihantar ke kedai menjual peralatan elektrik.Sampai sahaja di kedai menjual peralatan elektrik, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di rak kaca yang disediakan. Aku berharga RM115. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, seorang wanita datang untuk membeli sebuah radio untuk anaknya. Dia tertarik akan rupa bentuk aku. Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku. Kemudian, aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku dihadiahkan kepada anaknya yang bernama Amri. Amri gembira kerana dapat memiliki aku. Amri menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti. Aku dibuka dengan suara yang kuat sehingga membingitkan telinga abangnya, Ifran yang sedang belajar. Pada suatu hari, kesabaran Ifran tidak dapat disekat lagi. Ifran sangat marah karana Amri membuat bising dengan membuka suara aku dengan kuat. Dia menegur perbuatan Amri itu tetapi tidak diendahkan. Semasa mereka sedang bergaduh, Ifran dengan tidak sengaja telah menolak aku ke lantai. Aku terhempas ke lantai lalu pecah. Banyak komponen-komponen di dalam badanku tercabut. Akhirnya, aku tidak dapat digunakan lagi. Aku berasa sangat sedih.Aku telah dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah radio.

Aku Sebuah Kereta

Nama aku Perwira. Aku ialah sebuah kereta buatan Malaysia. Aku dibuat daripada besi, plastik, getah dan kaca. Aku mempunyai badan, stereng, kerusi dan roda. Stereng, brek dan pemacu aku berfungsi sebagai alat mengawal kenderaan. Aku dibuat di sebuah kilang kenderaan di Shah Alam. Setelah semua komponen badanku lengkap dipasang, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dihantar ke pusat pameran jualan kereta. Sampai sahaja di pusat pameran menjual kereta, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di ruang yang disediakan. Badanku berwarna merah dan berharga RM55,000. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, datang seorang wanita yang hendak membeli sebuah kereta untuk kegunaannya sendiri. Dia tertarik akan warna aku. Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku. Kemudian, aku dipandu pulang ke rumahnya. Dia menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti. Saban hari aku digunakan oleh tuanku untuk pergi bekerja dan menghantar anaknya ke sekolah. Pada waktu malam pula, aku digunakan oleh anak lelakinya untuk bersiar-siar dengan kawan-kawannya. Pada ketika inilah aku berasa sangat tidak selesa kerana diperlakukan secara kasar oleh anaknnya. Pada suatu malam, anak lelakinya menggunakan aku untuk menghadiri jamuan hari jadi kawannya. Aku dipandu dengan laju melebihi had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu 130 km sejam. Aku gagal dikawal lalu terbabas dan terlanggar sebatang pokok. Badanku remuk teruk dan anak tuanku terkorban. Akhirnya, aku tidak dapat digunakan lagi. Aku dihantar ke kedai menjual besi buruk. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah kereta.

Biografi: Penoreh Getah Pada cuti semester yang lalu, anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pakcik anda itu dalam bentuk karangan.

Rangka Karangan :

Pendahuluan - rumahnya tidak jauh dari kebun getah -setiap hari dia pergi menoreh -pergi dengan berbasikal

Perenggan ke-2 - memakai topi berlampu - dapat menoreh walaupun suasana masih gelap - menoreh dengan pisau getah tajam

Perenggan ke-3 - selesai menoreh pukul 10 - sentiasa pastikan kebunnya terjaga

Perenggan ke-4 - menjual hasil seminggu sekali - mengutip getah skrap dan dikumpulkan - getah dijual Penutup - dapat menanggung keluarga - menanam tanaman lain dan ternakan sebagai sampingan - bangga dengan sikapnya yang rajin

Pakcik saya seorang penoreh getah. Kebun getahnya terletak tidak berapa jauh dari rumahnya. Setiap pagi, sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akan segera ke kebun getahnya dengan menunggang sebuah basikal.

Sebelum menoreh, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu suluh kerana keadaan waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa diasah tajam supaya kerjanya dapat dilakukan dengar lancar serta lebih banyak susu getah dapat dihasilkan.

Kerja-kerja menoreh itu selesai kira-kira pukul 10.00 pagi. Sebelum pulang ke rumah, pakcik saya akan memastikan kebunnya berkeadaan baik. Jika perlu, dia akan menebas dan sebagainya dahulu sebelum pulang ke rumah.

Kira-kira seminggu menoreh, pakcik saya akan menjual hasil kebunnya. Dia akan membawa guni atau baldi untuk mengutip getah skrap yang berlonggok di pangkal pokok-pokok getah, sebelum dikumpulkan di satu tempat sementara menunggu lori pembeli getah tiba.

Hasil daripada jualan getahnya itu, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaan keluarganya. Selain menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur dan menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya sungguh bangga melihat kerajinan pakcik saya mencari nafkahnya seisi keluarga.

UPSR contoh Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah Berjaya menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan ( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan -soalan kepada Encik Karim ) Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?

En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaiman hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan merestui kami sekeluarga.

Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?

En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.

Murid : Di mana mereka bersekolah ?

En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah menengah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat

pangkat satu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.

Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?

En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu .

Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual. En. Karim : Terima kasih kembali. ( Berjabat tangan dengan murid )

Anda mungkin juga menyukai