Anda di halaman 1dari 3

10 restoran terkenal Alor Setar;

1. Restoran Kuewteow Iman.

Terletak di persisir jalan Sultanah Sambungan, berhampiran dengan simpat empat lampu isyarat dan
berdepan dengan deretan rumah kedai Bank Islam. Sesiapa yang pernah mencuba Kuewteow Kerang dan
Char KuewTeow di sini, pasti akan kembali. Berkonsep santai "open air" di tepi kaki lima jalan, boleh
dikatankan pelanggan tidak pernah surut dari restoran yang mula beroperasi sekitar jam 5 petang hingga
ke awal pagi. Sentiasa penuh!

2. Restoran Nasi Lemak Royale (Hijau Kuning).


Berlokasi di Lebuhraya Sultan Abdul Hamid, berhampiran Kompleks Hijau Kuning. Menurut "mitos" yang
tidak dapat disahkan, nasi lemak Royale di sini mula popular sejak Kompleks Hijau Kuning dibina dan
restoran ini menjadi tumpuan peminat bola sepak Kedah. Majoriti anak-anak Kedah di perantauan akan
menjadikan Nasi Lemak Royale sebagai salah satu "tempat lepak wajib" mereka sebelum kembali ke ibu
negara. Namun yang pasti, siapa yang "pekena" Nasi Lemak Royale, pasti meleleh peluh!

3. Restoran Nasi Kandar Yasmeen.


Terletak di Lebuhraya Darulaman, berdepan Hospital lama Sultanah Bahiyah, berhampiran kuil dan
Stadium Darul Aman. Selain Nasi Lemak Royale, Nasi Kandar Yasmeen adalah antara restoran yang
dikatakan terkena "tempias" dari penangan bola sepak di negeri ini ekoran kedudukan yang hampir
dengan stadium.

Sebelum atau selepas perlawanan bola sepak, jangan haraplah boleh duduk makan di restoran ini kerana
sememangnya selalu penuh. Siapa yang lewat, "tapau" sajalah jawabnya. Tidak perlu diperkenalkan lagi,
nasi kandar di restoran ini memang "menyengat" walaupun hanya berlaukkan ayam goreng berempah.
Pasti terangkat!

4. Restoran Arabian Delight.


Restoran Arabian Delight ini terletak di Jalan Jelatek of Jalan Langgar, berdepan dengan Masjid Al-Bukhary
dan Sekolah Rendah Sultanah Asma. Restoran ini sangat sesuai bagi mereka yang minat pada makanan
Arab. Namun begitu, dinasihatkan supaya menempah lebih awal sekiranya berhajat membawa keluarga
besar kerana ia sering penuh! Menawarkan menu ala-ala Arab, kelembutan tekstur nasi mendi yang
dihidang begitu terasa. Boleh cuba makan dalam dulang jika mahu.

5. Restoran Sri Pumpong.


Terletak di Lebuhraya Darulaman, selepas Kedah Medical Centre (KMC) dan berdepan dengan Kelab Golf
DiRaja Kedah (KRGC). Untuk menikmati makan tengahari, dicadangkan supaya cuba makan di restoran ini.
Menghidangkan pelbagai jenis lauk pauk, mereka yang "lidah sambal belacan" sememangnya akan suka
makan di sini. Juga dinasihatkan supaya bergerak awal ke restoran ini kerana ia selalu penuh di waktu
puncak sekitar jam 12.30 tengahari hingga jam 2.30 petang. Sedap!

6. Restoran Pokok Pisang.


Lokasi di Jalan Gangsa (sambungan), selepas Taman Jubli Emas, menghala ke Pantai Johor, berhampiran
dengan Kompleks Mahkamah, Pejabat Tanah Kota Setar dan Stadium Suka Menanti. Selain dari Restoran
Seri Pumpong, mereka yang gemarkan masakan kampung dan menikmati makan tengahari sambil disapa
angin "sepoi-sepoi bahasa" bendang, bolehlah pilih restoran ini. Terkenal dengan menu Bawal Goreng
Panas, restoran ini menjadi tumpuan ramai khususnya kakitangan awam kerajaan.

7. Restoran Medina Thai Palace/Le' Medina Pastry Patisseri


Kedua restoran ini terletak bersebelahan di Jalan Stadium, berhadapan dengan Pustaka Union, dari arah
Stadium Darul Aman menghala ke Bulatan Telok Wan Jah. Restoran Medina Thai Palace adalah sangat
sesuai bagi mereka yang inginkan "privacy" dan suasana restoran eksklusif yang menghidangkan masakan
Thai. Ia juga mempunyai dua buah bilik kecil yang sesuai untuk majlis kecil bersama keluarga.

Le' Medina Pastry Patisserie yang terletak di sebelahnya pula merupakan sebuah restoran konsep yang
menghidangkan masakan ala Barat (western). Namun begitu, menu Mi Rebus Tulang Rusuk di restoran ini
adalah antara yang terbaik yang pernah kami rasa!

8. Restoran Mee Sham Roti Doll


Terletak di Jalan Gunung Keriang, dari pusat bandaraya Alor Setar ke Guung Keriang, sebelah kiri selepas
Petronas Pantai Johor. Kebiasaan, restoran ini menjadi pilihan ramai untuk sarapan pagi. Menu paling top
di restoran ini adalah tidak lain tidak bukan, roti doll. Bukan hanya kelihatan menarik di gambar, roti doll
di restoran ini sungguh menyelerakan. Mesti cuba!

9. Restoran Din Laksa Teluk Kechai


Lokasi restoran ini adalah di Jalan Kuala Kedah, dari Simpang Kuala menuju ke Kuala Kedah, selepas lampu
isyarat Taman Sophia, sebelum Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah. Bagi mereka yang berkunjung
ke negeri ini, antara makanan "wajib" yang perlu dinikmati di Kedah adalah Laksa Teluk Kechai.
Difahamkan bahawa Din Laksa asalkan beroperasi sebelum zaman merdeka lagi dan ia begitu terkenal
dengan sambal kelapa yang menjadi kelainan menu Laksa Teluk Kechai yang tulen. Pelanggan Din Laksa
Teluk Kechai boleh makan di situ, atau "tapau" bawa balik. Namun ia bergantung kepada stok laksa kerana
cepat habis!

10. Restoran Mee Kamal


Restoran Mi Kamal terletak di Jalan Anak Bukit, dari pusat bandar ke Kepala Batas, selepas lampu isyarat
simpang ke Pantai Johor, sebelum Istana Anak Bukit. Restoran ini selalu menjadi pilihan untuk menikmati
makan petang selain menjadi tempat persinggahan mereka yang sedang menunggu untuk menaiki kapal
terbang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH). Pilihan terbaik di restoran ini adalah hidangan
me goreng yang menyelerakan dan mi rebus yang pekat likat kuahnya. Peminat pasembor juga boleh cuba
nikmati hidangan ala mamak itu di sini.

11. Restoran AF Mee Kuah Tulang


Namun sekiranya berhajat mencari kelainan, anda boleh ke pekan Kuala Sungai melalui Jalan Putra
menuju ke Sanglang. Terletak di pinggir bandaraya Alor Setar, menu hidangan mi kuah di restoran ini
sememangnya lain dari yang lain. Difahamkan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk
mencuba mi kuah tulang di sini dan mereka amat berpuas hati! Jika tidak percaya, sila ke restoran ini dan
rasa sendiri keenakan resipi mi kuah tulang yang mampu buat anda termimpi-mimpi.

12. Restoran Nasi Lemak Hj Ali


Terletak di Jalan Seberang Perak berdekatan dengan Tanjung Chali, Sungai Kedah dan lampu isyarat
persimpangan Jalan Pegawai, Restoran Nasi Lemak Hj Ali juga merupakan antara restoran paling popular
di sekitar bandaraya Alor Setar. Mula beroperasi sejak 1958, tidak menghairankan jika ramai yang sanggup
beratur panjang untuk menikmati nasi lemak "ala kandar" ini. Sedap baq anggg..! - Kedahnews.com

Anda mungkin juga menyukai