Anda di halaman 1dari 1

& '

Home ! Makan

Makan

37 Tempat Makan Menarik Di


Johor Bahru | Sajian Paling
Best Di JB
By Mai Singgah - January 30, 2020

" # $ %

Bila disebut Johor Darul Takzim


semestinya akan terpacul dimulut
perkataan JDT bukan? Terutamanya
bagi peminat bola sepak tempatan.
JDT sudah lama terpahat di hati
rakyat Johor mahupun rakyat
diseluruh Malaysia sebagai satu
pasukan yang mantap dan licik
dalam arena bola sepak.

Namun begitu, selain dari kehebatan


pasukan biola sepak Johor darul
takzim juga terkenal sebagai sebuah
negeri yang maju dan kian pesat
membangun dari segi ekonomi,
pembangunan dan juga sebgai pusat
pelancongan yang top di Malaysia.

Dengan keindahan gugusan pulau


yang terjaga rapi kelestariannya,
pantai-pantai yang bersih lagi
membiru serta kaya dengan
keunikan budaya dan adat tempatan
sudah pasti Johor menjadi salah
satu lokasi perlancongan idaman
para anak watan mahupun
pelacong- dari luar negara.

Selain itu juga, bagi penggemar


makanan, Johor Darul Takzim sudah
pasti tersenarai sebagai lokasi
makanan menarik yang wajib untuk
dilewati dan diterokai. Jika anda
sedang mecari lokasi makanan yang
unik, asli dan traditional disekitar
JB? Teruskan membaca senarai 37
tempat makan menarik di Johor
Bahru yang terbaik untuk dicuba
bersama rakan-rakan, keluarga
mahupun insan istimewa.

Kandungan [tunjuk]

37. Bigdaddy’s Family


Cafe & BarberShop

Sumber: Big Daddy’s Cafe

Bigdaddy’s Family Cafe &


BarberShop menawarkan pelbagai
jenis hidangan yang mengiurkan dan
mengenyangkan.

Kedai ini memang sesuai sekali


untuk anda singgah sekiranya perut
menggerodak kelaparan, ini kerana
anda boleh memilih daripada 10
jenis dulang hidangan yang lebih
dari cukup untuk dinikmati oleh 3 –
5 orang. Antaranya adalah dulang
western, dulang nasi goreng
seafood, dulang nasi kambing bakar,
dulang shell out dan banyak lagi.

Sumber: JBorn Cafe & Bistro – Kg Melayu

Selain itu, mereka turut


menawarkan menu menarik yang
lain seperti ikan patin tempoyak,
sotong bakar, masakan ikan siakap,
ikan talapia, ikan keli dan banyak
lagi. Setelah puas menikmati semua
makanan berat ni, anda boleh
mencuci mulut dengan cendol.

Alamat

Waktu Operasi

Alamat: No 28 Jln Padi Emas 6/1


Bandar Baru uda Johor Bahru

36. Foodtrip

Sumber: Poonkerz

Kelaparan yang tak terhingga


selepas puas makan angin di sekitar
Johor Bahru? Anda pasti tak akan
kecewa bila menjamu selera di
Foodtrip, saiz hidangannya cukup
mengenyangkan!

Sumber: Foodtrip

Foodtrip menyajikan pelbagai jenis


makanan western yang
menyelerakan seperti cheezy
waterfall, grilled chicken, double-
smashed lamb, nutella pretzel,
spaghetti dan banyak lagi. Antara
minuman yang menarik untuk
dicuba adalah Nutella milkshake, red
velvet milkshake dan lain-lain lagi.

Alamat

Waktu Operasi

Alamat: 30, Jalan Adda Utama,


Taman Adda Height, 81100 Johor
Bahru, Johor

35. Shells N Fins

Sumber: Mohd Huzaifah

Shells N Fins adalah sebuah kedai


makan seafood yang cukup selesa di
mana anda dapat bersantap di
dalam kedinginan aircond sambil
mendengar alunan muzik yang
santai. Perhiasan di kedai ini juga
sangat menyejukkan pandangan
mata iaitu mural lautan.

Baca: 49 Tempat Makan


Menarik Di Melaka

Dah sampai di sini nanti, jangan


buang masa lagi, cepat-cepat order
antara hidangan terhangat mereka
seperti kupang dan kepah masak
sambal, kerang blackpepper dan
juga lala masak cili padi.

Sumber: Shells N Fins

Selain hidangan ini, mereka turut


menyediakan banyak lagi menu lain
seperti sotong sambal petai,
masakan ketam nipah atau ketam
bunga dan udang masak butter.
Sebagai pencuci mulut, Shells N Fins
menawarkan koktel ais krim, ais
krim goreng dan juga triple sundae.

Alamat

Waktu Operasi

Alamat: Lot 9, Jalan Padi Emas 1/8


(Trigon) Uda Business Centre,
Bandar Baru Uda, Johor Bahru

34. The Pinggan Cafe


Johor Bahru

Sumber: SC

The Pinggan Cafe Johor Bahru


adalah sebuah kafe yang cukup
selesa untuk dilawati bersama
keluarga.

Kalau anda nak tahu, kafe ini bukan


sahaja lengkap dengan surau tapi
juga bilik permainan untuk kanak-
kanak. Selain itu, kafe ini juga luas
dan lapang untuk keselesaan
pelanggan yang datang bersama
keluarga.

Kafe ini bukan sahaja selesa dan


serba lengkap dengan pelbagai
fasiliti, tapi juga menyediakan
pelbagai hidangan menarik yang
dihasilkan dengan penuh kepakaran.
Antara masakan yang menjadi
pilihan ramai pelanggan adalah
seperti cheezy crispy chicken chop,
nasi goreng kampung kambing,
volcanic burger, mee bandung, grill
chicken hamburger dan nachos
cheese.

Sumber: The Pinggan Cafe Johor Bahru

Nak lebih sebab untuk singgah ke


sini? Anda boleh datang ke kedai
pada hari jadi untuk menikmati
diskaun sebanyak 10% daripada
harga biasa. Hanya tunjukkan IC
sebagai bukti. Dahlah sedap, kedai
makannya pun selesa, dapat harga
diskaun lagi, memang rugi kalau tak
singgah makan di sini.

Alamat

Waktu Operasi

Alamat: 9 Jalan Tampoi Susur 1,


Johor Bahru 81200

33. JBorn Cafe & Bistro


– Kg Melayu

Sumber: Syaiful Isa

Menawarkan lebih daripada 40 jenis


menu, antara pilihan yang akan
dibentangkan di depan mata anda
setibanya di café ini nanti adalah
makanan seperti lasagna beef, tom
yam Thai, monster beef burger, beef
nachos, pulut mangga, nasi ayam,
nasi kambing, mee bandung, lamb
chop, cheezy fried chicken chop dan
macam-macam lagi. Apa yang anda
teringin nak makan? Masakan Thai?
Melayu? Western? Semuanya ada di
sini.

Bagaimana dengan kualiti layanan


pelanggan di kedai ni? Cukup pantas
walaupun sering dipenuhi orang
ramai. Suasananya sebagai restoran
terbuka juga menambahkan lagi
keselesaan dan rasa santai.

Sumber: J BORN

Untuk penegtahuan anda, terdapat


3 cawangan Jborn Café & Bistro di
sekitar Johor Bahru ni iaitu di
Kempas, Kampung Melayu dan juga
Taman Adda Heights.

Alamat

Waktu Operasi

Alamat: 150, Jalan Tebrau Lama,


Kampung Melayu Majidee, 81100
Johor Bahru, Johor

32. Onn Kitchen

Sumber: Onn Kitchen

Jika inginkan kelainan dalam menu


makanan harian maka Onn Kitchen
adalah jawapan paling yang tepat.
Selain dari makanan tradisional
seperti roti canai, lempeng sambal
ikan bilis, lontong kering Onn
Kitchen turut menyajikan para
pelanggan dengan masakan ala-ala
western untuk hidangan petang dan
malam.

Bagi yang sudah biasa berkunjung


ke Onn Kitchen nasi lemak sambal
paru adalah anatara menu yang
wajib dimakan dan rata-ratanya
memuji masakan ini. Cukup lemak,
pedas yang terasa dan sambal paru
yang padu keenakannya. Memang
layak untuk diberi 5 bintang lah!

Bukan itu sahaja, Onn Kitchen


sudah tidak asing lagi dalam
kalangan orang-orang JB kerana
keunikan reka bentuk bangunannya
dan kelazatan makanan yang
disajikan. Selain itu, jika anda
berkunjung ke sini pastinya akan
tertarik dengan hiasan dan perabot
kedai makan ini yang
kebanyakannya mempunyai stail
ala-ala hipster.

Susunan tempat makan dan juga


perabot turut mesra pelanggan dan
sangat sesuai untuk dikunjungi oleh
seisi keluarga yang inginkan
suasana santai.

Alamat

Alamat: No 29-A, Jln Tarom,


Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru

31. Restoran Sayam

Sumber: restoran sayam jb

Berita gembira buat semua


penggemar masakan pedas original
dari Thailand. Anda tak perlu susah-
susah ke seberang semata-mata
untuk merasai keenakan masakan
Thai lagi.

Anda hanya perlu search dan waze


sahaja Restoran Sayam, Johor
Bharu. Kami pasti dan yakin
Restoran Sayam adalah port yang
terbaik buat anda semua dan sekali
rasa pasti berkunjung lagi.

Sekiranya anda berkunjung ke sini,


semua jenis masakan Thai dapat
dijumpai. Order saja dan anda pasti
takkan menyesal. Dan dalam
banyak-banyak menu masakan Thai
di restoran ini menu Siakap Stim
Lemon adalah menu yang paling top
dan laku keras.

Sudah pasti jika Siakap Stim Lemon


ini digandingkan dengan Tomyam
Chiangmai anda pasti teringat-ingat
dan akan berkunjung lagi di masa
akan datang.

Buat anda si penggemar masakan


Thai jangan lupa untuk berkunjung
ke Onn Kitchen. Pastikan restoran
Onn Kitchen dimasukkan ke dalam
senarai tempat makan yang wajib
dicuba ketika berkunjung ke Johor
Bharu.

Alamat

Alamat: No 19, Jln Stulang Laut,


Taman Stulang, 80300 Johor Bahru

30. Kacang Pool Haji

Sumber: Restoran Kacang Pool Haji

Jika anda berada atau merancang


untuk ke Johor Bahru, Kacang Pool
Haji adalah salah satu tempat
makan di Johor Bahru yang wajib
anda singgah dan rasai keunikan
makanannya sendiri.

Kenapa unik? Kerana masakan yang


terdapat di Restoran kacang Pool
Haji tidak mungkin anda jumpai di
kedai atau restoran lain. Ianya
terletak di Medan Selera Larkin dan
beroperasi dari 7pagi sehinggalah 1
pagi.

Baca: 11 Pulau Di Johor


Yang Menarik

Bagi peminat kacang pool tegar,


kami nasihatkan anda untuk
berkunjung lebih awal kerana
kemungkinan besar menu yang anda
idamkan sudah habis atau kedai ini
sudah tutup jika anda berkunjung
selepas itu.

Bagi anda yang tidak pernah


berkunjung ke sini lagi sudah pasti
tertanya-tanya kenapa Kacang Pool
Haji menjadi sebutan dan menjadi

Anda mungkin juga menyukai