Anda di halaman 1dari 47

Dapat bercuti di tepian pantai Desaru memang best.

Desaru
merupakan pantai yang terletak di tenggara Semenanjung Malaysia.

Sambil bercuti, mesti nak juga rasa makanan sedap – sedap kan?
Anda boleh layari artikel ini sehingga habis dan semestinya mendapat
idea hendak makan di mana nanti. Semuanya sedap – sedap makanan
di Desaru ini.

#1. MK Swat Jalal


Siapa kata di Desaru tiada makanan yang sedap – sedap macam ayam
briani, kari kambing ? MK Swat Jalal sebuah restoran yang
menyajikan makanan Pakistan terdiri dari roti puri, nan tandoori, kari
kambing, capati, kebab dan banyak lagi.
Imej via noorleen

Yang paling best adalah purinya kerana ianya berbeza dari puri di restoran lain. Tambahan
pula ia begitu enak dimakan bersama kari kambing.
Imej via mujantoplitz

Terletak hanya kira – kira 4 kilometer dari Lotus Desaru Resort ini
sering menjadi tumpuan ramai termasuklah pelancong. 

Alamat: Bandar Penawar, 82200 Kota Tinggi, Johor (berhampiran


Marrybrown)
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam
setiap hari

#2. Restoran Terapung Bujang


Firefly
Restoran ini terletak di atas sebuah platform yang membolehkan ianya
terapung. Suasana di restoran ini juga sangat menarik, tambahan pula
di waktu malam anda boleh melihat kelip – kelip di sekitar
restoran. Menu menarik di sini adalah masakan panas dan juga ala
Thai.

Imej via tripadvisor

Antara menu istimewa yang boleh anda rasai adalah siput gonggong
dan juga belangkas. Pilihan masakan adalah terserah kepada
pelanggan. Kedua – dua menu ini antara makanan eksotik yang
semakin sukar kita temui lagi.
Imej via tripadvisor

Mungkin kerana semakin sukar mendapat bekalan stok, sebab itulah


ia jarang – jarang diperolehi.

Alamat: Bandar Penawar, 82200 Kota Tinggi, Johor


Waktu operasi: Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00
tengah malam setiap hari

#3. Lotus Seafood Restaurant


Restoran ini dinamakan sempena kehadiran pepohon rhu yang indah
di sekeliling restoran dan memberikan pemandangan indah di pantai
Desaru. Di sini anda boleh menikmati hidangan makanan laut segar
yang memang terbaik.

Imej via tripadvisor

Menu yang disajikan di sini berasaskan makanan laut yang dimasak


mengikut pilihan pelanggan dan terdapat juga menu masakan Cina,
ala Thai dan juga tempatan. Anda mesti cuba tomyam yang
disediakan kerana menggunakan makanan laut segar memberi 1001
keunikan rasa.
Imej via tripadvisor

Alamat: Lotus Desaru Beach Resort, Jalan Desaru, 81930 Johor


Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam
setiap hari

#4. Teratai Coffee House


Teratai Coffee House sentiasa menanti kehadiran para pelanggan yang
menginap di resort untuk menjamu selera di sini. Seawal jam 8.00
pagi anda boleh mula bersarapan di sini dengan menu – menu yang
pelbagai seperti nasi lemak, roti bakar, kuih muih dan banyaka lagi.
Imej via foursquare

Pelanggan juga boleh menikmati hidangan buffet untuk tengahari atau


ala carte yang semestinya dapat memenuhi selera anda. Terdapat
menu tempatan dan antarabangsa disajikan di sini.  Sambil menjamu
selera, anda juga dapat menjamu mata dengan pemandangan laut yang
indah di luar restoran.
Imej via foursquare

Alamat: Lotus Desaru Beach Resort, Jalan Desaru, 81930 Johor


Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam
setiap hari

#5. Nakon Thai Boat Noodle


Hot Pot BBQ
Siapa sangka di Desaru ini juga terdapat boat noodle yang begitu
popular di ibu kota. Dengan harga semangkuk iaitu RM 1.90,
semestinya ia sangat digemari ramai. Agak banyak menu yang
terdapat di sini antaranya nasi goreng, mee sup, nasi ayam, pulut
mangga, bubur manis dan banyak lagi.
Imej via facebook

Semangkuk memang tidak cukup rasanya, paling kurang pun 5 hingga


6 mangkuk, namun terpulang pada selera anda. Pastikan anda
mencuba lemon grass chicken wing dan tomyam glass mood sup yang
memang terbaik rasanya.
Imej via facebook

Alamat : Tunamaya Beach & Spa Resort, Desaru Coast, 81930


Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam
setiap hari

 #6. Zaffiz Kitchen


Zaffiz Kitchen ini sering menjadi tumpuan ramai tidak mengira masa.
Sebaik sahaja dibuka pada jam 7.00, berpusu – pusu pelanggan datang
singgah menjamu selera.  Bermacam menu sudah tersedia di awal
pagi seperti nasi lemak, bihun goreng, roti bakar, bubur nasi special,
mee rebus dan kuih – muih.

Imej via facebook

Menjelang tengahari pula ada menu masakan panas sehinggalah ke


malam hari. Selain itu, sup gearbox yang disediakan memang terbaik.
Tomyam seafood nya memang menarik hati. Bagi yang inginkan
kelainan menu, anda boleh memesan masakan barat yang tiada
tandingannya. 
Imej via mohammedjuanda

Alamat : 51, 1, Jalan Cengal 1, Taman Desaru Utama, 82200 Bandar


Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam
setiap hari kecuali Jumaat cuti

#7. Ideals Cafe


Cafe ini begitu sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Nak tahu
kenapa ? Sebab  Ideals Cafe menyediakan pelbagai menu yang terdiri
dari masakan Melayu, masakan barat, masakan panas, menu kanak –
kanak dan juga menu sampingan lain.
Imej via facebook

Anda boleh menikmati secawan kopi panas yang begitu menyegarkan


di sini. Makanan yang sering menjadi permintaan ramai adalah
tomyam dan juga makanan barat seperti sizzling grill lamb, aglio olio
pasta, chicken chop, nugget dan banyak lagi. 
Imej via facebook

Alamat: 31, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar


Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12 tengah
malam setiap hari kecuali Rabu tutup

#8. D Bangkok Village


Restoran D Bangkok Village ini terletak di deretan rumah kedai di
Jalan Cengal 1 Bandar Penawar. Bagi anda yang bercuti di Desaru,
apa kata cuba menikmati hidangan makan malam di sini.

Imej via lwinlee

Terdapat masakan panas, tomyam, sup tulang, nasi lemak dan juga
makanan barat yang terdiri dari chicken chop dan lamb chop. Ikan
siakap tiga rasa dan sup tulang yang memang meletop.
Imej via facebook

Alamat : 147, Jalan Cengal 1, 82200 Bandar Penawar, Johor


Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 2.00 petang hingga 12.30 malam
setiap hari

#9. Dee Pondok Desaru


Mungkin anda tidak tahu nak makan apa sebaik sahaja tiba di Dee
Pondok Desaru ini. Mulai jam 12.00 tengahari anda sudah boleh
menjamu selera di sini.
Imej via facebook

Nak tahu apa menu yang menarik ? Dah tentulah asam pedas meletop
samada asam pedas kepala ikan, ikan pari, ikan kerisi atau ikan
kembung yang didatangkan secara set bersama air sirap / teh o ais,
nasi putih, sambal belacan dan telur dadar atau telur masin.

Imej via facebook

Kalau tak nak asam pedas, apa kata cuba pula set ayam penyet / keli /
tilapia atau puyuh penyet yang didatangkan bersama air sirap / teh o
ais juga. Makan malam juga ada set siakap yang memang best.
Masakan panas lain juga begitu mendapat sambutan di sini.
Alamat : 90, 81600 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00
tengah malam setiap hari

#10. Papa Tomyam


Masakan ala Thai menjadi menu hidangan utama di sini. Terutamanya
adalah tomyam yang dicampurkan dengan segala bahan – bahan segar
memberikan rasa yang begitu menakjubkan.

Imej via MmMm
Selain tomyam, ikan kukus, ikan tiga rasa, sup tulang,
sup geabox antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan.
Maka tidak hairanlah begitu ramai menjamu selera di sini kerana
keenakannya begitu terserlah.

Imej via sitihafizah

Sebagai penyegar tekak anda, apa kata cuba pula air soda herbs yang
begitu menyegarkan.

Alamat : Taman Mutiara Desaru, 81939 Johor


Waktu Operasi : Dibuka mulai jam  5.30 petang hingga 12.30 tengah
malam setiap hari
#11. CJ Site Tomyam
CJ Site Tomyam ini terletak berhampiran jalan besar dan jalan
menuju ke Batu Layar. Ia juga tidak jauh dari Desaru Coast Water
Adventure Park, Lotus Desaru Resort dan juga ELS Club.

Imej via facebook

Restoran ini paling awal dibuka mulai jam 4.00 petang. Pada ketika
ini bolehlah anda berkunjung untuk menjamu selera dan ianya ditutup
pada jam 1.30 pagi.
Imej via facebook

Seperti mana restoran lain, restoran ini turut menyajikan makanan ala
Thai dan juga masakan panas lain. Kebanyakannya akan memesan
tomyam, ikan masam manis, sayur goreng dan juga ketam berlada.
Masakan panas lain seperti nasi goreng, mee goreng, mee Kungfu dan
sebagainya juga menjadi pilihan ramai.

Alamat : No 15 24/2 Jalan Dato’ Jaafar, Taman Mutiara Desaru,


Bandar Penawar, 81900 Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 1.30 pagi
setiap hari
#12. Nelayan Seafood
Restaurant
Nelayan Seafoof Restaurant ini merupakan cawangan restoran yang
beroperasi di Tunamaya Beach Resort and Spa Resort. Ia
menyediakan hidangan berasaskan makanan laut segar yang
diperolehi terus dari para nelayan.
Imej via facebook

Suasana restoran ini cukup mendamaikan dengan iringan muzik


semasa anda menjamu selera. Anda boleh memilih pelbagai jenis
masakan berasaskan makanan laut yang terdiri dari ketam, udang,
sotong, siput, kerang dan sebagainya.
Imej via facebook

Anda juga boleh mencuba menu lobster yang begitu mengliurkan.


Biarpun harga makanan di sini agak mahal, namun saiz hidangannya
agak besar, tambahan pula semua bahannya adalah segar. Ketam lada
hitam dan ayam panggang lembut paling mendapat sambutan di sini.

Alamat: Tunamaya Beach & Spa Resort, Pantai Desaru, 81930


Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam
setiap hari

#13. Desaru Vibes Lounge


Ke mana hendak dituju, mungkin juga buntu. Jika anda hendak tahu,
Desaru Vibes Lounge ini sangat terkenal di kalangan masyarakat
setempat. Ia turut menyediakan masakan tempatan, namun lebih
popular dengan masakan Barat. Bagaimana dengan rasanya ?
Memang superb lah.
Imej via facebook

Macam – macam ada di sini, ada burger, lamb grill, chicken chop,
wedges, nugget, meatball, fries, mushroom soup dan banyak lagi.
Kalau anda nak tahu, restoran ini sudah mula dikunjungi pelanggan
sejak jam 5.00 petang lagi.
Imej via facebook

Alamat : No. 19 Jalan Dato Jaafar 24/1 , Taman Mutiara Desaru,


81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi
setiap hari

#14. Deen Burger Bakar


Kalau anda dah bosan dengan burger – burger segera di tempat lain,
apa kata cuba pula burger di Deen Burger Bakar ini. Memang berbeza
cara penyediaan burger di sini kerana ia menggunakan metod
membakar tidak seperti burger lain.

Imej via facebook

Burger bakar yang disediakan memberi aroma yang lebih menarik


serta dagingnya yang lembut dan berperisa membuatkan ramai yang
terpesona. Tambahan keju cair menambah lagi keenakan burger yang
disediakan. Boleh meleleh air liur dibuatnya.
Imej via facebook

Alamat :  No 29, Jalan Dato Jaafar 24, Taman Mutiara Desaru,
Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka bermula jam 5.00 petang hingga 12.30
tengah malam setiap hari

#15. Sedap Sedap Selera


Manja
Sebaik sahaja bangun tidur, pastinya anda terasa lapar. Hendak cari
makan tapi tak tahu di mana, apa kata anda cuba menjamu selera di
Sedap – Sedap Selera Manja.

Imej via facebook

Memang rugi kalau tak cuba makanan di sini, bukannya apa, rasanya
dah lah sedap harga pula sangat berpatutan. Singgah makan nasi
lemak dahulu sebagai sarapan pagi. Kalau tiba lewat sedikit, lauk
pauk untuk tengahari pastinya sudah tersusun di rak makanan.

Imej via facebook

Nasi ayam penyet dengan sambalnya yang pedas memang menjadi


tarikan. Anda juga boleh memesan masakan panas untuk santapan
anda. Terdapat pelbagai menu masakan panas seperti sotong goreng
tepung, telur bungkus, tomyam, ikan siakap tiga rasa dan banyak lagi.

Alamat : Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor


Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam
setiap hari

#16. Lembah Restaurant


Di Lembah Restaurant, anda akan menikmati pengalaman bersantap
yang hebat sambil menghadap padang golf dan landskap yang
menakjubkan. Terdapat pelbagai pilihan makanan untuk anda pilih
dari Malaysia ke India Utara dan masakan Fijian.
Imej via facebook

Anda boleh mencuba sup dan pembuka selera antarabangsa, Caesar


salad crack romaine, daging ayam belanda, sup
tomato,crouton bawang putih, parmesan, cesta caesar, pencuci mulut
kek coklat lava dan banyak lagi.
Imej via gramho

Alamat : 2 Jalan Danau, 81930 Johor


Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 8.00 malam
setiap hari

#17. Restoran Rosmerah


Restoran Rosmerah ini merupakan sebuah restoran mamak atau india
muslim. Ia dibuka 24 jam sehari menjadikan restoran ini sering
dikunjungi ramai pelanggan tidak mengira masa.

Imej via foursquare
Menu utama di sini adalah yang berasaskan roti canai, samada roti
canai biasa, roti telur, roti sardin, roti planta dan sebagainya. Roti
nan cheese dengan ayam tandorinya pun antara menu wajib cuba.
Imej via foursquare

Selain itu, nasi kandar dan nasi brianinya memang menggamit hati.
Tambah pula kuah karinya memang padu rasanya. Selain itu juga
terdapat masakan panas ala Thai disediakan dan dimasak oleh tukang
masak dari Thailand demi menjamin rasa yang berkualiti.

Alamat :147, Jalan Cengal 1, Taman Desaru Utama, 82200 Bandar


Penawar
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

#18. Restoran Aneka Desaru


Pernah kah anda merasai keenakan bubur berlauk ? Jika selama ini
kita hanya mendengar nasi berlauk, namun di restoran ini terdapat
bubur berlauk dengan bahan seperti kacang goreng, ayam goreng
cincang, sambal bilis dan telur masin.
Imej via facebook

Selain itu, masakan panas memang terdapat di sini. Makanan barat


juga sangat mengungguli permintaan, antaranya spaghetti, burger,
chicken chop, lamb grill dan banyak lagi. Ramai yang makan di sini
berpuas hati dengan hidangan yang disediakan kerana menggunakan
bahan – bahan segar dan terjamin kualiti.
Imej via facebook

Alamat : 97, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar


Penawar
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang setiap hari
#19. Restoran Ehsan Jaya
Satu lagi restoran yang anda mesti cuba biarpun ianya hanyalah
sebuah restoran mamak. Memang menu di restoran mamak sama
sahaja, namun keenakan rasanya sudah pasti berbeza.

Imej via foursquare
Menyediakan menu asli masyarakat India menjadi pilihan ramai,
terutamanya roti nan dan ayam tandorinya yang lembut dan sedap.
Roti canai bersama kuah dal juga begitu padu rasanya.

Imej via foursquare
Kebersihan sekitar restoran juga sangat dijaga membuatkan ramai
pengunjung selesa makan di sini. Maggi goreng yang dimasak panas –
panas membuatkan ramai yang jatuh hati.

Alamat :1, Jalan Cengal 2, Taman Desaru Utama, 82200 Bandar


Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka selama 24 jam sehari

#20. D’Laksamana Seafood 


Jika datang ke restoran seafood, pastilah hidangan berasaskan
makanan laut menjadi pilihan. Ikan, sotong, kerang, ketam, udang dan
banyak lagi sumber laut terdapat di sini yang dijadikan sebagai
santapan.
Imej via facebook
Kali ini apa kata anda cuba ketam goreng butter, udang goreng,
kerapu stim, siakap tiga rasa, kerang bakar dan banyak lagi. Jika ingin
selera yang berbeza, anda juga boleh mencuba nasi goreng paprik,
nasi goreng kupang, nasi goreng sambal udang dan bermacam lagi
yang  menarik.

Imej via facebook

Alamat : No 6 Jalan Dato ‘ Jaafar 24/2 Taman Mutiara Desaru Bandar


Penawar, 81930 Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.30 tengahari hingga 1.00 pagi
setiap hari

Anda mungkin juga menyukai