Anda di halaman 1dari 4

TEMPAT MAKAN SEDAP DI GERIK, PERAK

Daerah Gerik suatu tika dahulu sangat digeruni oleh orang ramai kerana dikatakan ia
sebagai salah sebuah kawasan santau. Namun, kebenarannya tidak dapat dibuktikan oleh
mana – mana pihak.

Bandar Gerik juga merupakan pintu atau laluan pertama untuk memasuki wilayah selatan
Thailand. Malah, bandar ini terletak tidak jauh dari Kuala Kangsar dengan jarak 100
kilometer sahaja.

Kini, bandar Gerik semakin dikenali ramai, lebih – lebih lagi bagi mereka yang ingin ke
negeri Kelantan atau ke selatan Thailand kerana mereka akan melalui bandar Gerik. Di
bandar Gerik juga terdapat pelbagai kedai makan yang sedap serta menarik untuk dinikmati.

Bagi yang melalui bandar Gerik untuk ke destinasi seterusnya, sebaiknya berehat sebentar
sambil menjamu selera di kedai makan yang terdapat di sini. Harga makanan yang terdapat
di sini masih rendah dan begitu menjimatkan.

Castella Café
Pernah kah anda terfikir untuk menikmati hidangan di dalam sungai ? Jika anda inginkan
sesuatu yang luar biasa, sila lah datang ke Castella Café di Gerik, Perak. Meja makan yang
disediakan terletak di atas rakit buluh dalam air sungai yang mengalir.

Bagi anda yang ingin mencuba hidangan di sini, adalah disarankan supaya membuat
tempahan lebih awal dengan pemilik café yang dikenali sebagai Tok Janggut Puthih. Ini
kerana hidangan yang disajikan merupakan menu masakan tradisi masyarakat Melayu Hulu
Perak dan ada sesetengah hidangan memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk
menyediakannya.

Terdapat sesetengah hidangan dihidangkan dalam bekas buluh bagi hidangan yang
berkuah. Tempahan awal juga adalah perlu bagi mengelakkan kekecewaan dari merasai
hidangan mereka yang boleh dinikmati dalam suasana berkelah di tepian sungai.

Hidangan di Castella Café kebanyakannya menggunakan ikan sungai yang segar seperti
ikan sebarau, tilapia, kelaba, tenggalan dan sebagainya. Pelbagai menu menarik boleh anda
cuba di sini dengan nama hidangannya juga begitu unik. Antara menu yang boleh anda
cuba adalah Gulai Ikan Baung atau Sebarau, Sambal Ikan Lawa, Kijang Masak Sakai, Ikan
Kelah Bakar, Ikan Masak Sakai, Nasi Daun Benban @ Nasi Buluh dan banyak lagi.

Lokasi : Castella Cafe di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik


Waktu Operasi : 12.00 tengahari hingga 5.00 petang setiap hari (kecuali Selasa tutup)

Long Burger Gerik


Bagi anda yang ingin mencuba hidangan ringan untuk makan malam bolehlah datang ke
Gerai Kabin ini. Ia menghidangkan pelbagai makanan ringkas seperti kebab, burger, oblong
serta hotdog yang cukup mengliurkan. Gerai ini terletak tengah bandar Gerik turut dikenali
dengan nama burger panjang atau Long Burger Gerik (LBG).

Hidangan di sini disajikan bersama sos yang dicipta sendiri oleh pengusaha gerai. Ia
merupakan gabung sos cili, sos lada hitam serta mayonis bersama sos keju yang memiliki
rasa lemak dan masam.

Terdapat tiga jenis pilihan istimewa burger yang boleh anda cuba seperti Smart Burger,
Marvellous Burger serta Platinum Burger. Ketiga – tiga jenis burger ini menggunakan
ramuan yang berbeza sebagai pelengkap hidangan.
Selain burger, gerai ini turut menyediakan teh ais buih serta nescafe tiga lapisan yang
menampilkan ciri – ciri yang begitu luar biasa serta istimewa. Kelihatan buih teh ais yang
terhasil meleleh serta menutupi hampir seluruh gelas, manakala nescafe tiga lapisannya
pula memberi rasa yang begitu sempurna dengan rasa lemak serta agak pekat.

Lokasi: Gerai Kabin, Bandar Gerik, Perak


Waktu Operasi: 4.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari (kecuali Jumaat tutup)

Sisca Café

Café ini terletak di kawasan kampung daerah Gerik, Perak. Biarpun ia hanyalah sebuah café
‘kampung’, namun ia menyajikan hidangan moden serta ala hipster dengan harga yang
sangat berpatutan. Malah, harga makanan di sini kebanyakan di bawah RM 10 sahaja untuk
setiap hidangan.

Pelbagai menu yang pastinya dapat memenuhi selera anda, malah terdapat menu viral turut
disediakan buat para pelanggan. Antara menu yang sering mendapat permintaan pelanggan
adalah seperti Boat Noodle, Chicken Porridge, Chicken Chop, Spaghetti, Meatball Black
Pepper dan Cheezy Chicken. Bagi yang menggemari hidangan Thai, anda boleh mencuba
kerabu Maggi serta Nasi Pad Pade yang sememangnya enak. Terdapat juga pelbagai jenis
dimsum yang boleh anda nikmati.

Selain hidangan utama, pelanggan juga boleh mencuba pelbagai jenis minuman seperti
Iced Milk Coco, Iced Milk Green Tea, Ice Milk Tea serta banyak lagi. Di samping itu juga
terdapat Iced Pot Choc Chip, Iced Pot Peanut, Iced Pot Tutty Fruity serta Iced Pot Mint
Choc Chip.

Lokasi : No 6 Jalan Tohshahbandar 5, Gerik 33300


Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari

Restoran Dapur Rumbia


Restoran Dapur Rumbia ini terletak berhampiran pekan Gerik kira – kira 1 kilometer sahaja
jaraknya. Ia berada di sebelah kiri jalan dan berhampiran dengan Pejabat Taman Negeri
Royal Belum serta berhadapan Taman Tok Purba Lahamat.

Ia menyediakan pelbagai menu ala Thai serta makanan Barat. Selain ala carte, restoran ini
juga mempunyai pakej hidangan dengan harga yang sangat berpatutan.

Oleh kerana setiap hidangan yang disajikan sungguh enak serta menyelerakan, maka tidak
hairanlah ia sering menjadi tempat menjamu selera pilihan ramai. Harga yang sangat
berpatutan menjadikan ia menjadi tumpuan ramai.

Alamat : Jalan Suda Bahagia, Taman Purba Lahabat, 33300 Gerik, Perak
Waktu Operasi : 12.00 tengahari hingga 2.00 pagi setiap hari

Restoran Tanduk Rusa

Restoran Tanduk Rusa yang terletak di Jalan Haji Meor Yahya ini menyajikan pelbagai
hidangan kegemaran ramai. Malah, restoran ini juga menyediakan hidangan masakan
kampung yang sukar ditemui di bandar – bandar besar.

Hidangan viral yang menjadi pujaan ramai di restoran ini adalah siput sedut masak lemak,
ikan baung cili padi padu, ikan tenggalan masak tempoyak, ikan bakar sebarau, ikan
sembilang dan bermacam lagi. Kebanyakan ikan sungai yang digunakan sebagai hidangan
adalah ikan segar yang diperolehi dari kawasan sekitar.

Bagi anda yang sedang kehausan di kala matahari terik, apa kata cuba cendol yang tersedia
di sini. Selain dapat menghilangkan kehausan, anda juga pasti merasa tenang dapat
menikmati kedinginan cendol di sini.

Alamat : Jalan Haji Meor Yahya, Kampung Bendang Kerajaan, 33300 Gerik, Perak
Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 5.00 petang

Nasi Lemak Ayam Godam


Sebaik sahaja anda melewati Bangunan Bazar MARA Gerik, pastinya anda terkesima
dengan aroma yang bertiupan, cukup menyelerakan. Aroma ayam goreng berempah dari
Restoran Nasi Lemak Ayam Godam pastinya memukau dan membuka selera.

Anda yang sedang tercari – cari restoran untuk menjamu selera di sekitar Gerik, pastikan
singgah di restoran ini dan rasai keenakan hidangan nasi lemak ayam yang disajikan.
Restoran ini hanya menghidangkan nasi lemak ayam berempah sahaja seperti mana nama
restorannya. Jadi, jangan pula anda memesan hidangan lain ya !

Anda juga boleh mencuba air sirap laici serta lemon asam boi tanpa gula yang begitu
menyegarkan. Pastinya ia boleh menghilangkan kehausan anda terutamanya di musim
panas.

Lokasi : Bangunan Bazar MARA Gerik, Perak.


Waktu Operasi : 2.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari (kecuali Jumaat tutup)

Kedai Makan Nasi Sup Semarak Rasa


Kedai makan Nasi Sup Semarak Rasa ini terletak berhampiran kuarters JKR Gerik. Ia
menyediakan ruang makan yang begitu santai buat para pelanggannya.

Menu yang tersedia di restoran ini disajikan dalam bentuk set atau pakej yang begitu murah
harganya. Antara menu yang terdapat di sini adalah pelbagai pilihan sup seperti sup ayam,
sup daging, sup perut serta sup urat keting. Selain sup, terdapat juga set hidangan ikan
goreng bawal serta kari bawal.
Setiap set hidangan disajikan bersama ulam – ulaman serta sambal belacan dan juga telur
dadar sekiranya memesan set hidangan sup. Biarpun hidangan disajikan dalam bentuk set
atau pakej, namun harganya sangat berpatutan untuk semua pelanggan.

Lokasi: 33300 Gerik, Perak


Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari (kecuali Sabtu
tutup)

Gerai Mee Rebus Che Nah


Gerai Mee Rebus Che Nah yang terletak di bandar Gerik ini merupakan port yang wajib
anda singgah jika berada di Gerik Perak. Ia menyajikan dua sajian istimewa buat para
pelanggannya iaitu mee rebus serta laksa telur sarang.

Selain dua sajian istimewa ini, menu lain yang terdapat di sini adalah masakan panas
seperti nasi goreng, mee goreng, mee bandung, bihun sup dan banyak lagi. Nasi goreng
yang paling best adalah nasi goreng ikan rebus yang cukup menyelerakan.

Selain makanan bermasak, kedai ini turut menyediakan pelbagai jenis minuman. Air yang
paling sedap sekali di sini adalah air jagung special yang pastinya memukau tekak anda.
Harga makanan di sini pula adalah sangat berpatutan selari dengan keenakan hidangan
yang disajikan.

Lokasi : Taman Puncak Nilam, 33300 Gerik, Perak


Waktu Oerpasi : 9.30 pagi hingga 7.00 petang setiap hari (kecuali Jumaat tutup)

Roti Bakaq Teloq Meleleh

Hidangan ringan tetapi mengenyangkan. Inilah yang anda boleh nikmati di gerai roti bakaq
teloq meleleh yang terletak di hadapan Hospital Gerik atau bersebelahan Bank Simpanan
Nasional Gerik.

Gerai ini hanya beroperasi mulai jam 6.00 petang setiap hari kecuali Jumaat. Menu yang
terdapat di sini semuanya menarik, enak serta menyelerakan.

Menunya terdiri dari campuran sosej, telur, daging kisar, keju, sos dan juga mayonis yang
dimakan bersama roti bakar yang garing. Harga pula adalah serendah RM 3.00 sahaja dan
setiap bahan tambahan hanya dikenakan RM 1.00 untuk satu item.

Bagi penggemar roti bakar, boleh datang merasai sendiri keenakan menu tersebut di sini.

Lokasi : Berhadapan Hospital Gerik atau bersebelahan BSN Gerik


Waktu Operasi : 6.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari (kecuali Jumaat tutup)

Restoran Bongor

Restoran Bongor di Gerik ini menyediakan sarapan pagi dan juga hidangan makan
tengahari. Pada sebelah pagi, anda boleh merasai sendiri keenakan roti canai yang garing
di luar tetapi lembut di dalam di sini. Lebih enak menikmati roti canai bersama teh Tarik
dangdut yang ternyata awesome.

Bagi hidangan tengahari pula, pelbagai lauk pauk kampung tradisional disediakan. Terdapat
masak lemak ikan bersama belimbing, kari daging, gulai Nangka, ikan masak cuka, bawal
goreng, sambal udang dan bermacam lagi.

Restoran ini sering dikunjungi penduduk tempatan malah mendapat kunjungan ramai tetamu
dari luar juga. Harga makanan di sini juga sangat berpatutan dan agak murah berbanding di
tempat lain.

Lokasi : No. 29 ,Jalan Tun Saban, Gerik 33300

Biarpun Gerik ini hanyalah sebuah pekan kecil, namun ia sering mendapat kunjungan dari
luar kerana ia merupakan salah satu laluan untuk ke Pantai Timur. Malah, Gerik juga
merupakan salah satu pintu masuk untuk ke Selatan Thailand yang menjadi pilihan ramai.

Penduduk tempatan yang masih mendiami sekitar Gerik terdiri dari generasi emas dan
kebanyakan generasi baru sudah banyak meninggalkan daerah kecil ini. Biarpun pekan
Gerik ini bukanlah destinasi yang digemari oleh generasi baru, namun ia tetap memiliki
keunikan serta warisan yang masih dikekalkan sehingga hari ini.

Anda mungkin juga menyukai