Anda di halaman 1dari 2

Carian...

muzium negeri

Ini adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain
mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya
dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.

Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan
senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.

Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah
tradisional, dan taman botani serta taman ulam.

Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional,
perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi.

Tips
Kaunter tiket terletak di Jeti Shahbandar, berhadapan Pejabat Pos Utama. Harga tiket ialah RM 5
seorang.

Pengangkutan

Kereta
Mereka yang ingin memandu sendiri ke Muzium, harus mengambil laluan ke Kampung Losong yang
terkenal dengan pembuatan keropok lekor. Muzium itu dapat dilihat di atas Bukit Losong.

Bas
Hanya 15 minit perjalanan menggunakan bas dari stesen bas MBKT ke Muzium atau Losong.

Teksi
Dari Stesen Teksi Kuala Terengganu, perjalanan hanya 10 minit untuk ke muzium.

Talian Untuk Dihubungi


Pejabat Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Tingkat 5, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan
Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu. Tel : +609-622 1433 / 1893 Faks : +609-622 1791

Penginapan
Terdapat pelbagai pilihan penginapan di sekitar Kuala Terengganu.

Paparan : 951

Talian Untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893

Penginapan

Anda mungkin juga menyukai