Anda di halaman 1dari 231

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Permasalahan sosial di kalangan remaja di Malaysia mencatatkan

peningkatan saban tahun. Penglibatan remaja dalam kepelbagai

permasalahan sosial dibuktikan melalui trend kajian ilmiah yang

memberikan fokus kepada jenis–jenis masalah dan punca remaja terbabit

dengan permasalahan tersebut. Azlina (2010) telah membuat meta analisis

terhadap tema-tema penyelidikan mendapati tumpuan kebanyakan para

pengkaji adalah terhadap gejala sosial dan kesannya, tingkah laku dan

masalah disiplin pelajar, sumbang mahram dan seks luar nikah yang

melibatkan remaja.

Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) menunjukkan bilangan

pelajar di peringkat sekolah menengah adalah 2,301,328 manakala bagi

bilangan murid sekolah rendah berjumlah 2,814,681 orang. Tumpuan

terhadap permasalahan sosial yang melibatkan remaja di peringkat sekolah

mula diberikan apabila terdapat kes-kes pelanggaran disiplin yang

membabitkan golongan ini antaranya gejala ponteng sekolah Mat Kilau Idris

(1997), Asma Nabihah (2004), How Lee Chan (2007) dan Abd. Jamil, Suria

(2012). Ini bertepatan dengan statistik kementerian iaitu bilangan ponteng di

kalangan pelajar sebanyak 18754 (0.35%) kes pada 2011 dan 17,343

(0.33%) kes pada 2012 dan 67,053 (1.4%) kes pada tahun 2017

menjadikannya masalah disiplin utama di kalangan pelajar.

1
Bermula dengan ponteng sekolah, pelajar-pelajar selalunya terlibat dengan

kes-kes pelanggaran disiplin lain seperti kes berunsur jenayah, kelucahan,

kurang sopan, laku musnah, kekemasan diri, kenakalan, tidak pentingkan

masa, buli dan rokok (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Ini selari

dengan dapatan kajian oleh Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim,

Noremy Md. Akhir, Mohd. Suhaimi Mahamad, Noorhasliza Mohd Nordin

(2012) terhadap gejala hamil luar nikah yang melibatkan responden berumur

di antara 13 hingga 17 tahun. Gejala “mat rempit” melibatkan remaja dalam

lingkungan 17 hingga 26 tahun (Muhammad Fuad, 2009,2010), Mohd

Mursyid (2010)), Faktor salah laku sosial sehingga menempatkan remaja ke

Sekolah Menengah Tunas Bakti (Zainuddin Sharif, Norazmah Mohd Roslan

(2011), sumbang mahram (Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Suzana Mohd

Hoesni & Zaizul Abdul Rahman, 2012).

Kebimbangan terhadap menularnya gejala sosial di kalangan remaja

terutamanya yang masih bergelar pelajar ini amat berasas. Fatimah Ali

dalam kajiannya terhadap masalah sosial pelajar dan hubungannya dengan

kemerosotan pembelajaran (2007), menjelaskan antara faktor utama

penglibatan remaja dalam masalah sosial adalah diri remaja itu sendiri, ibu

bapa dan rakan sebaya. Ini disokong beberapa kajian lain yang meletakkan

keluarga dan juga sekolah sebagai punca utama (Arieff dan Wardah, 2006,

Mohd Zahir, 2008). Kelemahan institusi keluarga itu sendiri akibat daripada

pelbagai masalah yang lain seperti faktor ekonomi, perceraian, keluarga

tunggal, penglibatan dalam kes jenayah, konflik keluarga (Coleman dan

2
Cressey, 1993) menyebabkan berlakunya masalah sosial yang membabitkan

remaja.

1.1.1 Hubungan Ibu Bapa Dan Remaja

Penglibatan ibu bapa dalam sektor pekerjaan, menyebabkan kefungsian

keluarga semakin berkurangan terutama dalam aspek didikan anak-anak

(Arieff e.t all, 2006). Bahkan akibat kesibukan bekerja ibu bapa tidak dapat

memahami kehendak remaja sebaliknya meletakkan peraturan-peraturan

tertentu yang perlu dipatuhi oleh remaja (Mohd Fahmi & Syed Mohamad

Syafiq, 2008). Mohd. Amin H. A. Shariff, (2003), dalam kajian beliau

menegaskan sikap sebilangan besar golongan bapa di Malaysia yang kurang

mengambil bahagian untuk menjalankan tugas keibubapaan dan meletakkan

tanggungjawab mendidik anak-anak di bahu isteri. Keadaan ini mewujudkan

“the gap generation” atau jurang di antara remaja dan ibu bapa terutama

dalam perbincangan yang melibatkan masalah-masalah remaja (Han Xio,

2011).

Abdullah Sulong dan Siti Fairuz (2012), mendapati terdapat beberapa faktor

mempengaruhi pembentukan keluarga bahagia iaitu faktor suami isteri,

faktor keilmuan, faktor kaum kerabat dan faktor ekonomi. Di antara

keempat-empat faktor ini, faktor keilmuan merupakan asas kebahagiaan

sesebuah keluarga. Ini selari dengan dapatan Azizi Yahya (2008) dalam

kajiannya menekankan kekuatan ilmu sebagai cara mengatasi masalah

dalam keluarga kerana dengan ilmu seseorang dapat membezakan antara

yang baik dengan yang buruk, yang canggih dengan yang primitif, penawar

3
atau propaganda, bermanfaat atau berbahaya. Tanpa ilmu yang mencukupi,

ibu bapa akan gagal melayari rumah tangga malahan akan menyebabkan

anak-anak terutama remaja terjebak ke dalam masalah sosial yang akan

merugikan agama, bangsa dan negara. Hal ini dikukuhkan lagi melalui

kajian Rohaya & Ruhani (2011), pekerjaan dan pendapatan ibu bapa yang

lebih baik membantu melahirkan ketenangan dalam keluarga di mana ibu

bapa mempunyai masa yang lebih bersama keluarga dan menggalakkan

interaksi bersama.

1.1.2 Hubungan Ibu Bapa Dengan Sekolah

Kebanyakan kajian yang dilaksanakan melihat sumbangan ibu bapa

terhadap pencapaian akademik anak-anak. Abd. Razak Zakaria & Norani

Mohd Salleh (2011) komponen konteks keluarga mempunyai hubungan

yang positif dan signifikan dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan

anak-anak ketika di sekolah menengah. Hasil yang sama diperoleh melalui

kajian Zulkifli Abd Hamid et al., (2011). Manakala melalui kajian-kajian

yang dilakukan, kemahiran gaya keibubapaan boleh dianggap sebagai modal

sosial yang penting bagi pembangunan manusia dan penyelesaian krisis

sosial berkaitannya. Ibu bapa yang mengamalkan tingkah laku keibubapaan

yang menekankan kawalan autonomi dengan sokongan dan penyertaan

dalam aktiviti anak-anak berupaya membentuk fungsi keluarga yang

memberangsangkan (Wang et al., 1999; Othman & Normalina, 2010;

Dwairy et al, 2006: Nik Hairi Omar et al., 2012).

4
Hubungan antara institusi keluarga dengan sekolah sememangnya wujud

meskipun corak hubungan antara ibu bapa dan sekolah kebanyakannya

hanya melibatkan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) (Azizi Yahaya&

Nalini, 2006). Penglibatan ibu bapa dalam sekolah dan aktiviti PIBG adalah

penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran (Mckeown, 1974).

Alimuddin (2006) pula menekankan kejayaan sesebuah sekolah terhasil

daripada jaringan kerjasama ibu bapa dan sekolah. Kenyataan ini selari

dengan Abdul Rafie (2007) yang menyatakan bahawa sekolah perlu

mempunyai jaringan hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa

untuk kejayaan sistem pendidikan negara.

Namun hubungan ini dihalang oleh beberapa faktor antaranya masalah

ekonomi dan kerjaya ibu bapa yang menyebabkan ibu bapa mengabaikan

hubungan dengan pihak sekolah. Norzalinda (2004) dalam kajiannya

mendapati kebanyakan ibu bapa sibuk dan lebih mengutamakan pekerjaan

harian daripada tanggungjawab memahami pendidikan anak-anak. Moong

Sow Kuan (2010) mendapati ibu bapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti

adalah disebabkan oleh pengaruh kesibukan dengan kerja seharian.

1.1.3 Langkah Pembendungan Masalah Sosial Di Kalangan Remaja.

Melihat kepada permasalahan sosial yang membabitkan remaja semakin

meruncing, pelbagai langkah bagi mengatasi masalah ini telah dilaksanakan.

Antaranya masalah ponteng sekolah yang menjadi nadi kepada penglibatan

remaja dalam masalah-masalah lain telah mendapat perhatian di pihak

kementerian. Justeru, kempen membenteras ponteng telah dilaksanakan di

5
peringkat sekolah. Kementerian Pendidikan, (2012) antaranya menggariskan

beberapa aktiviti yang harus dilaksanakan di peringkat sekolah seperti sesi

kaunseling, budaya guru penyayang, dan sekolah penyayang. Tambahan

kepada persekitaran sekolah yang kondusif yang turut memberi kesan bagi

meningkatkan motivasi belajar (Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2006).

Sementara itu, perkembangan teknologi juga perlu diberi perhatian sebagai

punca kepada permasalahan sosial. Berdasarkan statistik Majlis Teknologi

Maklumat Kebangsaan (NITC) jumlah pengguna Internet di Malaysia tahun

2010 mencecah 16.9 juta orang (Johari Hassan & Raja Shahrina, 2012).

Antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook

dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010) dan

laman carian internet. Manakala bagi penggunaan telefon pintar, statistik

menunjukkan bahawa 20.5 peratus daripada 92.5 peratus adalah para remaja

yang menggunakan perkhidmatan telefon bimbit (Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia, 2006:11). Oleh kerana taraf ekonomi rendah, remaja

bertindak mencari pendapatan melalui kerja-kerja sampingan bagi

memenuhi kehendak diri seperti membeli telefon bimbit dan mengikuti

perkembangan fesyen semasa namun dikhuatiri penglibatan mereka akan

menyebabkan hilangnya minat untuk terus menimba ilmu dalam di kalangan

remaja (Noraziah Ali, Rahimah Yusuf, Hasnah Ali, 2008).

Melalui kajian yang dilaksanakan kerajaan Johor bagi mengatasi masalah-

masalah sosial dan juvana di kalangan remaja, terdapat beberapa cadangan

penambahbaikan yang dikemukakan iaitu memperkenalkan program

6
“Rumahku Syurgaku”, program pusat perniagaan komuniti, pembangunan

keluarga dan agama dan pusat kaunseling (Hamidah Abd Rahman, Hamdan

Abd. Kadir, 2008). Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga

menggariskan beberapa langkah bagi membendung permasalahan yang

melibatkan keluarga seperti sesi kaunseling, khidmat nasihat ekonomi,

pendidikan sosial, pendidikan kerohanian dan latihan kemahiran (JKM,

2011). Namun kaedah yang dilaksanakan tidak komprehensif untuk

menangani masalah sosial kerana tidak menekankan pendekatan dua hala.

1.2 Latar Belakang Kajian

FAST (selepas ini digantikan dengan perkataan FAST) merupakan sebuah

program yang telah diimplimentasi di beberapa buah negara. Program ini

melibatkan beberapa buah keluarga (multi family group) yang membentuk

satu pasukan yang dinamik untuk menjadi faktor pelindung kepada anak-

anak melalui pemerkasaan peranan ibu bapa. Program ini akan dilaksanakan

dengan melibatkan kumpulan sasaran secara langsung selama sekurang-

kurangnya sembilan minggu secara sistematik.

Melalui program ini, ibu bapa, remaja, kaunselor, dan fasilitator akan

bergabung di dalam setiap aktiviti selama 2 jam setiap seminggu

(Mcdonald, L & Frey H.E, 1999). Program ini memberi tumpuan kepada

hubungan di antara ahli keluarga terutama dari aspek komunikasi. Ini kerana

konflik antara keluarga dan remaja boleh wujud apabila dua generasi

memandang kehidupan dari sudut yang berbeza (Asmah Bee, 1992). Ibu

bapa penjaga dan remaja akan diberikan ruang untuk berkomunikasi dengan

7
selesa sama ada secara verbal atau menggunakan bahasa tubuh. Menurut

Crespi, Sabatelli (2002) tidak banyak hubungan komunikasi di antara

remaja dan keluarga, manakala Khadijah et.al., (2012) mendapati remaja

tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa berbanding rakan sebaya.

Oleh itu, ibu bapa perlu dilatih bagai mana cara komunikasi yang diterima

oleh remaja.

Program FAST dibangunkan sejak 1988 dan terbahagi kepada beberapa

model untuk diaplikasikan. Model remaja FAST antara yang mendapat

perhatian di mana melalui program ini pembinaan perhubungan antara ibu

bapa dan remaja dibantu oleh ahli-ahli FAST. Pemilihan peserta dilakukan

oleh guru berdasarkan rekod disiplin pelajar di mana pelajar yang terlibat

didapati mempunyai masalah tingkah laku ataupun berpotensi terjebak ke

dalam masalah sosial di masa hadapan. Pihak sekolah juga membantu dari

aspek penyediaan tempat program yang kondusif serta khidmat nasihat

kaunselor sepanjang program ini berlangsung. Penglibatan pihak sekolah

secara tidak langsung memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menangani

masalah sosial anak-anak mereka.

Peserta program akan dikenal pasti dan dihubungi bagi menerangkan tujuan

pelaksanaan program. Penyertaan mereka adalah secara sukarela di mana

ibu bapa juga boleh menarik diri sekiranya berasa tidak selesa atau

terganggu ketika program ini dijalankan. Sasaran utama program ini adalah

menghapuskan pengasingan sosial dan menggalakkan ibu bapa lebih tegas

dalam menguruskan hal ehwal kekeluargaan. Sekiranya ibu bapa menarik

8
diri dan kurang daripada lapan keluarga menyertai, program ini harus

dibubarkan dan diganti dengan kumpulan yang baru.

Penyertaan keluarga dalam program FAST dilihat sebagai nafas baru kepada

pembinaan institusi kekeluargaan yang harmoni di Malaysia. Ini dibuktikan

melalui pengisian program ini yang menekankan peranan ibu bapa sebagai

ketua keluarga yang memainkan peranan menyeluruh. Ibu bapa harus

mendidik anak-anak akan kefungsian keluarga dan menekankan bahawa

tanggungjawab ibu bapa bukanlah sebagai pengasuh (yang menyediakan

keperluan asas seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) tetapi

turut bertanggungjawab mensosialisasikan anak-anak serta memberikan

pendidikan secara formal dan tidak formal (Mustapha, 2004). Petterson

(1989) dan Dishion et.al., dalam Zahirah (2008) menjelaskan kajian-kajian

yang telah dibuat menunjukkan remaja bermasalah datang daripada keluarga

bermasalah.

Ini selari dengan dapatan kajian oleh Muhammad Sharif dan Suria (2011)

terhadap gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah mendapati status

sosio ekonomi ibu bapa responden yang rendah berkemungkinan

menyebabkan ibu bapa lebih mementingkan keperluan asas berbanding

peralatan persekolahan. Malahan anak-anak juga pernah bersungut tentang

kesibukan ibu bapa dan menunjukkan rasa tidak puas hati (Han, 2011).

Keadaan remaja yang datang dari keluarga ibu tunggal pula mengalami

cabaran yang berbeza. Kemiskinan, kemurungan, masalah disiplin anak-

anak, pertambahan kos hidup dan masalah ekonomi antara isu yang terpaksa

ditanggung oleh ibu tunggal (Diyana Doris & Noraini, 2009). Mereka juga

9
tertekan dengan keperluan mencari pekerjaan dan tanggungjawab

keibubapaan seperti mendidik dan membimbing anak-anak (Wolf, 1986,

Hamidah & Hamdan, 2008).

Ikatan dan kawalan ibu bapa yang lemah sehingga menyebabkan remaja

terbabit dengan masalah tingkah laku delinkuen dan pengabaian kasih

sayang ibu bapa terhadap anak-anak boleh menjejaskan ikatan antara

mereka (Zakiyah & Ismail, 2004). Dalam konteks ini, ibu bapa bukan

sekadar berkomunikasi dan menunjukkan kasih sayang dengan anak-anak

malahan perlu lebih bersikap terbuka dan hormat menghormati antara satu

sama lain. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan kejayaan anak-anak, namun

tidak begitu berminat untuk membimbing anak-anak kerana mereka tidak

tahu bagai mana caranya membantu anak-anak mereka meningkatkan

prestasi dalam pelajaran (Epstein, 2008; Christenson, 2004; Christenson &

Sheridan, 2001).

Sebab itulah kebanyakkan ibu bapa di Malaysia hanya terlibat dengan

perkembangan anak di awal persekolahan sahaja (Mohd Fami, Mohamed

Sharif & Roslee, 2008). Malahan wujud persepsi hubungan di antara ibu

bapa dan pihak sekolah hanya terbentuk melalui Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG), dan pelanggaran disiplin anak-anak sedangkan pembangunan

modal insan bukan hanya terletak kepada pihak sekolah malahan perlu

dipikul ibu bapa (Khairulaniza, 2007). Zakaria Stapa, Ahmad Munawar

Ismail dan Noranizah Yusuf (2012), Suerlin Diah Utami (2013) menyatakan

bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan

10
pendidikan anak-anak dan membentuk asas-asas perlembangan diri

seseorang anak. Oleh yang demikian, diharapkan program FAST yang

dibentuk bagi mengatasi jurang hubungan antara ibu bapa dan sekolah serta

mengurangkan masalah disiplin. Pelajar menjadi pemangkin kepada

perubahan bentuk hubungan ibu bapa dan remaja.

Kejayaan program ini dapat dilihat apabila program FAST menjadi pilihan

lebih beberapa buah negara di seluruh dunia sejak ia diperkenalkan.

Program FAST juga dikenal pasti sebagai evidence-based family skills

programme oleh di United Kingdom (2009; 2010; 2011), United States

(2007; 2009; 2010 dan United Nation (2010). Hasil pogram FAST

menunjukkan peningkatan terhadap tingkah laku pelajar di sekolah dan di

rumah melalui pemerkasaan peranan ibu bapa, (McDonald and Fitzroy,

2010). Bertepatan dengan sasaran utama FAST untuk mengukuhkan

hubungan di antara keluarga, ibu bapa dan anak, meningkatkan pencapaian

anak di sekolah, mengurangkan tekanan dalam keluarga dan rangkaian

sosial, meningkatkan komunikasi dan hubungan antara keluarga dan sekolah

manakala tumpuan peserta FAST adalah di kalangan keluarga

berpendapatan rendah (with rural, low-income native American children

(Kratochwill et al., 2004); low-income African Amercian families in New

Orleans (Layzer et al., 2001); and low-income Mexican American families

(McDonald et al., 2006) dan Strategies for high retention rates of low-

income families in FAST (McDonald,et al., 2012).

11
1.3 Penyataan Masalah

Permasalahan sosial di kalangan pelajar dan remaja telah meningkat saban

hari manakala keluarga pula dikenal pasti antara penyumbang utama kepada

permasalahan ini. Kebanyakan ibu bapa tidak memberi tumpuan apabila

anak meningkat remaja kerana mereka beranggapan bahawa anak-anak

mereka mampu menguruskan pelajaran sendirian dan hanya perlukan

perhatian yang paling minimum daripada ibu bapa (Van Voorhis, 2003;

Unger, Leod, & Tressell, 2000). Kajian terdahulu menunjukkan hubungan

yang signifikan di antara kualiti hubungan kekeluargaan dengan tingkah

laku anak-anak di mana apabila berlakunya konflik seperti perceraian ibu

bapa (kes paling tinggi), anak luar nikah, keganasan rumah tangga,

keganasan dan penganiayaan individu dan penderaan kanak-kanak, dan

konflik kewangan menyebabkan anak-anak terasa diabaikan. Ini akan

menyebabkan terbentuknya tingkah laku negatif berbanding positif

(Zuraimey Ahmad (2008).

Seterusnya anak-anak yang terdedah dengan konflik dan sering

menyaksikan pertengkaran juga akan mengalami gangguan emosi dan

tingkah laku yang menyebabkan mereka mempunyai masalah rendah

penghargaan kendiri (Krug, Wittchen, Lieb, Beesdo Baum & Knappe, 2016)

lebih mudah terjebak dengan tingkah laku antisosial (Rusell, 2011) dan

cubaan bunuh diri (Sadykova et. al, 2017). Manakala ketidakstabilan emosi

akan membawa kepada tingkah laku devian dan delinkuen menyebabkan

mereka melakukan pelbagai tingkah laku devian bagi melepaskan tekanan

(Azizi Yahaya et al., 2007).

12
Menurut kajian Othman dan Norazmah (2010), corak disiplin ibu bapa yang

lebih berbentuk hukuman mempunyai hubungan yang signifikan dengan

tingkah laku delinkuen remaja di sekolah. Ia bertepatan dengan kajian oleh

Candis (2003), Abd Rahim Rashid, Sufean Hussin dan Che Hasyim Hassan

(2006) dan Abdul Munir Ismail, Saharizah Mohamad Salleh & Misnan

Jemal (2016) yang menghuraikan bahawa ibu bapa merupakan “role model”

kepada anak-anak, Segala apa yang dilakukan akan menjadi ikutan, tingkah

laku baik atau tingkah laku tidak baik. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak

yang berjaya dalam akademik adalah ibu bapa yang sentiasa memberi

nasihat dan mengambil tahu hal ehwal anak-anak, kerana merekalah orang

yang paling hampir dengan anak-anak.

Kebanyakan remaja memilih untuk menghabiskan masa di sekolah, namun

sekiranya suasana sekolah tidak kondusif remaja cenderung untuk memilih

ponteng sekolah dan melakukan pelbagai masalah disiplin. Selalunya remaja

akan mengulangi masalah disiplin sekiranya salah laku mereka tidak

disampaikan kepada ibu bapa mereka. Masalah ini agak sukar untuk diatasi

apabila penglibatan ibu bapa di sekolah pada peringkat sekolah rendah tidak

menyeluruh dan hanya mementingkan pencapaian akademik (Arnold, Zeljo

& Doctoroff 2008).

Melalui kajian yang melibatkan sumbangan ibu bapa terhadap pencapaian

akademik anak-anak, Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh (2011)

antaranya mendapati komponen konteks keluarga iaitu komunikasi dan gaya

keibubapaan mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan

13
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah

menengah. Hasil yang sama diperoleh melalui kajian Zulkifli Abd Hamid et

al., (2011). Kemahiran gaya keibubapaan boleh dianggap sebagai modal

sosial yang penting bagi pembangunan manusia dan penyelesaian krisis

sosial berkaitannya. Ibu bapa yang dapat mengamalkan tingkah laku

keibubapaan yang menekankan kawalan autonomi dengan sokongan dan

penyertaan dalam aktiviti anak-anak berupaya membentuk fungsi keluarga

yang memberangsangkan (Wang et al., 1999; Othman & Normalina, 2010;

Dwairy et al, 2006: Nik Hairi Omar et al., 2012; Norhaida, 2015). Walaupun

dalam kajian sebelumnya faktor ibu bapa dan keluarga antara faktor utama

yang menyumbang kepada masalah sosial remaja, namun tiada kajian

dilaksanakan bagi mendalami sejauh mana penglibatan ibu bapa dengan

pihak sekolah dapat meningkatkan sahsiah remaja. Ibu bapa perlu sedar

anak-anak terbentuk mengikut acuan dalam sesebuah keluarga dan mereka

sebagai model utama di dalam sesebuah keluarga lazimnya menjadi ikutan

kepada anak-anak dalam membentuk jati diri masing-masing (Lam &

Muhammad, 1991; Ali Hafizar Mohamad Rawi et.al, 2017).

Sebagai langkah mengatasi program FAST telah dipilih dan diimplimentasi

ke atas beberapa buah keluarga dengan bantuan pihak sekolah. Meskipun

program ini telah dilaksanakan tetapi tahap keberkesanannya terhadap

pemerkasaan peranan ibu bapa masih belum diperinci. Begitu juga

penggunaan teori yang dipilih juga tidak dinyatakan kefungsiannya dengan

teliti di dalam program ini. Menyedari kekangan yang wujud pengkaji

memilih untuk melaksanakan kajian ini bagi mengisi kelompangan ilmu.

14
Oleh itu kajian Penerokaan Keberkesanan Program Family and School

Together Terhadap Pemerksaaan Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani

Masalah Sosial Remaja ini dilaksanakan bagi meneroka elemen

pemerkasaan peranan ibu bapa dari aspek komunikasi, keterbukaan kasih

sayang dan hormat-menghormati semasa program FAST dan memahami

serta memperihalkan adaptasi program FAST dalam kehidupan harian.

1.4 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk melihat bagai mana program FAST

dapat memperbaiki peranan ibu bapa yang berbeza latar belakang

berhadapan dengan permasalahan sosial remaja manakala objektif khusus

kajian ini adalah untuk;

i. Menerokai elemen pemerkasaan peranan ibu bapa dari aspek

komunikasi, kasih sayang, keterbukaan dan hormat-menghormati

semasa program FAST

ii. Memahami dan memperihalkan adaptasi program FAST dalam

kehidupan harian

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan iaitu;

i. Bagaimanakah program FAST membantu memperkasakan peranan

ibu-bapa terhadap remaja?

ii. Bagaimana ibu bapa mengadaptasi aktiviti–aktiviti yang

dilaksanakan semasa program FAST dalam kehidupan seharian.

15
1.6 Definisi Operasional

Definisi operasional menerangkan secara mendalam maksud tajuk yang

dipilih dalam konteks kajian yang dilaksanakan.

1.6.1 Penerokaan

Penerokaan bermaksud mendalami dan memahami dan memerihal bagai

mana sesuatu perkara itu berfungsi atau terjadi, menyelidiki untuk

mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi (Zulkifli Yaakob

dan Mohd. Jamel Ismail, 2009). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

2011 Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani,

mengharungi dan menghadapi. Bagi konteks kajian ini, penerokaan merujuk

kepada memahami, mendalami, meneliti keberkesanan program FAST

sebelum memerihalkan kesan tersebut ke atas pemerkasaan peranan ibu

bapa.

1.6.2 Keberkesanan

Keberkesanan merujuk kepada perihal kesan, berkesannya (sesuatu

tindakan/ perubahan) dapat dilihat daripada hasil sesudahnya (Kamus

Dewan edisi keempat). The Concise Oxford Dictionary of Current English

(1995) memperihalkan keberkesanan bermaksud penghasilan kesan, akibat

atau kesimpulan yang dihajati dari perspektif penyelidik dan pentadbir

keberkesanan merujuk kepada kegunaan sepenuhnya sumber untuk

meningkatkan jumlah dan mutu hasil yang dikeluarkan. Dalam konteks

kajian ini keberkesanan yang dikaji adalah peningkatan kuasa peranan ibu

16
bapa setelah mengikuti program yang dirancang serta meneroka fungsi

program FAST dan meningkatkan hubungan ibu bapa dan remaja sepanjang

program ini dilaksanakan.

1.6.3 FAST

FAST adalah program intervensi yang melibatkan pelbagai kumpulan

keluarga dan fasilitator (multi family group intervention programs) (FAST:

Programme evaluation report and executive summary, 2017) yang dibina

untuk membentuk faktor pelindung kepada anak-anak melalui pemerkasaan

peranan ibu bapa. Program ini akan dilaksanakan dengan melibatkan

kumpulan sasaran secara langsung selama sekurang-kurangnya sembilan

minggu secara sistematik. Melalui program ini, ibu bapa, remaja, kaunselor,

dan fasilitator akan bergabung di dalam setiap aktiviti selama dua jam setiap

seminggu. Hasil dari program ini akan dinilai dari sudut pemerkasaan ibu

bapa dalam kajian yang dilaksanakan (Family and School Together, UK,

2010).

1.6.4 Pemerkasaan

Merujuk kepada perbuatan, usaha atau tindakan yang dilakukan bagi

menambahkan kuasa/ penghromatan. Melalui kajian ini pemerkasaan

memberi fokus kepada peranan ibu bapa bermaksud perihal (perbuatan,

usaha atau tindakan) dalam mengubah pandangan remaja terhadap kuasa ibu

bapa di mana tugas ibu bapa bukan hanya menyediakan keperluan, juga

sebagai pelindung, dan pendengar yang baik dalam keluarga (FAST, 2005,

2010, 2011).

17
1.6.5 Peranan

Peranan ibu bapa pula didefinisikan sebagai dua tugas iaitu tindakan dan

pekerjaan yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu. Dalam kajian ini pula

peranan ibu bapa akan dilihat melalui;

1.6.5.1 Komunikasi

Di mana dalam konteks kajian ini komunikasi didefinisikan sebagai

penyampaian, pemberitahuan, penukaran pemikiran, pengetahuan, dan lain-

lain. Ini kerana komunikasi adalah satu proses pemindahan makna/

maklumat/ mesej dari penyampai (sumber) kepada penerima yang

mengakibatkan wujudnya persefahaman, keseronokan, perubahan cara

berfikir, sikap, tingkah laku, tindakan, pembelajaran, dorongan dan

perhubungan yang mesra. Melalui kajian ini, komunikasi yang dikaji adalah

bentuk atau corak komunikasi keluarga di mana komunikasi adalah satu

perkara fundamental dalam pembentukan hubungan kekeluargaan bagi

sesebuah rumah tangga (Bochner, 1976; Koesten & Anderson, 2004) dalam

Zuraidah (2011). Kajian akan melihat bentuk komunikasi di antara ibu bapa

dan remaja selepas menyertai program FAST yang memberi nilai tambah

kepada keakraban antara ibu bapa dan remaja.

1.6.5.2 Keterbukaan

Keterbukaan bermaksud perihal terbuka (hati), bersikap terus terang, perihal

atau sikap sedia melayani atau menunjukkan minat kepada apa sahaja

pengaruh, unsur, ransangan dan lain-lain (Kamus Dewan edisi keempat,

2005). Sikap ibu bapa dalam menerima dan memberi maklum balas

18
terhadap pendidikan anak-anak. Kesediaan ibu bapa memberi ruang kepada

anak-anak untuk berkongsi idea dan memberi pendapat (Abdul Razak &

Noraini, 2011) serta saling menerima pandangan. Keterbukaan ibu bapa

untuk berkongsi tanggunjawab dan masalah bersama remaja dengan

menjadikan remaja sebahagian dari ahli keluarga. Dengan ini remaja akan

memahami masalah yang berlaku dalam keluarga dan melahirkan perasaan

simpati atau belas kepada ibu bapa.

1.6.5.3 Kasih Sayang

Kasih sayang adalah (memberi, membiarkan, mengizinkan, tidak menegah)

membuat (supaya menjadikan) perasaan belas kasihan (Kamus Dewan edisi

keempat, 2005). Ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak

tanpa memikirkan umur anak mereka. Ibu bapa memberi perhatian kepada

anak walaupun anak telah bergelar remaja. Perhatian terhadap peristiwa

yang dilalui seharian dapat menambahkan kasih sayang anak-anak kepada

ibu bapa. Ibu bapa juga boleh berkongsi rasa bersama dengan anak-anak

agar hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak bertambah akrab.

1.6.5.4 Hormat Menghormati

Hormat menunjukkan individu mempunyai pandangan yang tinggi terhadap

seseorang dengan memberi layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim.

Menghormati pula melahirkan, menaruh hormat, menerima dan mematuhi

segala yang diarahkan atau diberikan (Kamus Dewan, 2005). Kajian ini juga

akan menumpukan dapatan hormat-menghormati di antara ibu bapa dan

remaja dan sebaliknya. Perasaan hormat-menghormati akan meletakkan ibu

19
bapa sebagai faktor pelindung keluarga yang harus dipercayai dan disegani.

Menerima dan patuh kepada arahan yang diberikan ibu bapa bagi

mengelakkan remaja terjebak dalam masalah sosial yang lain.

1.6.6 Menangani Masalah Sosial

Menangani masalah sosial dalam kajian membawa maksud segala aktiviti

yang dilaksanakan sepanjang program ini dapat membantu memperkasakan

ibu bapa bagi mengawasi remaja daripada terjebak ke dalam masalah sosial.

Menurut (Merton, 1976) masalah sosial terjadi apabila terdapat perbezaan

antara apa yang ideal dalam masyarakat berbanding pencapaian sebenar dan

sesuatu yang sebilangan orang percaya keadaan tersebut satu masalah maka

perbezaan ini dianggap sebagai masalah sosial (Blumer 1971). Antara

masalah sosial yang akan diteliti adalah corak hubungan antara remaja dan

ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat, serta sikap dan tingkah laku remaja.

1.6.7 Remaja

Rogers (1951) mendefinisikan remaja sebagai “adolescence” bermaksud

membesar menjadi matang. Manakala Azizi Yahya (2005), remaja

dikatakan berusia 11-21 tahun, merupakan transisi antara zaman kanak-

kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi,

sosial dan ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke

peringkat matang. Remaja dalam kajian ini adalah remaja yang menyertai

program FAST (selepas ini disebut remaja FAST) dalam lingkungan umur

16 tahun, bersekolah atau tidak bersekolah dan tinggal bersama keluarga.

20
1.7 Kepentingan Kajian

Matlamat kerajaan dalam usaha mewujudkan modal insan berminda kelas

pertama ke arah mencapai wawasan 2020 tidak boleh dipandang ringan.

Namun masalah sosial yang melanda remaja hari ini ibarat “duri dalam

daging” yang boleh memusnahkan hasrat murni kerajaan bagi mencapai

matlamat yang telah digariskan. Permasalahan sosial hari ini bukanlan

berpunca dari remaja sahaja sebaliknya ia mempunyai perkaitan antara satu

sama lain.

Kajian mengenai keberkesanan FAST ini merupakan kajian yang penting

dalam meningkatkan peranan masyarakat sekeliling sebagai cara untuk

mengurangkan permasalahan sosial di kalangan remaja. Hasil dapatan

kajian ini diharap dapat memberi panduan dari segi pemantapan peranan ibu

bapa, penglibatan sekolah, masyarakat dan remaja dalam usaha menangani

masalah sosial di kalangan remaja.

1.7.1 Kepentingan Terhadap Pemerkasaan Peranan Ibu Bapa

Kajian ini menekankan pemerkasaan peranan ibu bapa yang menjadi

tunjang kepada pembentukan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Institusi kekeluargaan yang mantap adalah apabila ibu bapa menjalankan

peranan yang diamanahkan dengan baik serta melahirkan generasi yang

mempunyai sahsiah dan pemikiran yang tinggi. Oleh itu tumpuan akan

diberikan kepada setiap unsur pemerkasaan peranan yang dikaji iaitu

komunikasi, keterbukaan, kasih sayang, hormat menghormati. Kajian ini

akan juga akan melihat pemerkasaan peranan ibu bapa dari aspek

21
penerimaan remaja terhadap kefungsian keluarga dan bagai mana ia

membantu mengurangkan permasalahan sosial di kalangan remaja. Justeru

kajian ini boleh menjadi sumber rujukan kepada ibu bapa, sekolah dan

penyelidik mengenai peranan ibu bapa yang efektif yang seharusnya

diamalkan dalam menjalankan tugas sebagai ketua keluarga.

1.7.2 Penekanan Penglibatan Sekolah Dalam Program Intervensi

Awal

Kajian ini juga secara terperinci akan menjelaskan peranan yang boleh

dimainkan oleh pihak sekolah, bukan sekadar menerima pelajar, sebaliknya

berfungsi sebagai agen sosialisasi yang mampu membentuk generasi

cemerlang. Hasil dapatan kajian terhadap keberkesanan penglibatan sekolah

dari pengalaman peserta kajian akan membuka pandangan pihak sekolah

untuk membenarkan pelbagai program yang memberi nilai tambah kepada

kemenjadian murid dan melahirkan pelajar cemerlang sahsiah dan

akademik. Kajian ini juga diharapkan menjadi satu medium baru yang akan

digunapakai oleh pihak kementerian pendidikan, Persatuan Ibu Bapa dan

Guru, ibu bapa dan pihak NGO untuk berkolaborasi bagi menangani isu-isu

disiplin yang boleh merugikan keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

22
1.7.3 Kepentingan Kajian Terhadap Teori Yang Dipilih

Kebanyakan ahli sosiologi mengaitkan tingkah laku antisosial, delinkuensi

sebagai bersifat ekologi dan dipengaruhi oleh perkembangan. Dalam model

ekologi, konteks sosial iaitu masyarakat, komuniti dan kejiranan

digambarkan sebagai peramal kepada tingkah laku antisosial dan

delinkuensi. Keluarga, sekolah, pengaruh rakan sebaya dan karakteristik

seorang remaja ialah penyumbang kepada masalah sosial tersebut (Mc

Whirter, J.J, B.T, E.H & R, J, 2004).

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengupas berdasarkan sumbangan teori

Ekologi (Bronfernbernner 1979), iaitu setiap lapisan sistem yang berperanan

dalam program FAST. Bagaimana sistem ini berfungsi akan dihuraikan dan

disimpulkan melalui dapatan kajian. Kajian ini menyediakan bukti empirikal

terhadap kesesuaian teori dalam menjelaskan peranan agen setiap lapisan

dan yang boleh memberi sumbangan untuk menghasilkan dapatan yang

kritis bagi mengisi kekosongan ilmu yang bernilai untuk kajian pada masa

hadapan.

1.8 Skop Kajian

Kajian akan memberi tumpuan kepada peserta program FAST sahaja untuk

menerokai keberkesanan program terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa.

Dalam kajian ini hanya tiga daripada lima lapisan dalam teori ekologikal

Bronfenbernner (1979,1993,1994) yang terlibat dalam program FAST diberi

perhatian secara mendalam. Lapisan yang terlibat adalah mikrosistem,

eksosistem dan mesosistem. Manakala lapisan makrosistem dan

23
kronosistem diperhati keberkesananya sebagai lapisan yang menyokong

kejayaan program.

1.9 Limitasi dan Skop Kajian

Limitasi kajian ini membolehkan pengkaji fokus kepada skop perbincangan

kajian dan menghadkan perluasan kajian. Kajian ini mempunyai limitasi dan

skop seperti berikut;

i. Seramai lima buah keluarga dan wakil komuniti FAST (seorang

wakil remaja, seorang guru, wakil kerajaan dan seorang wakil

Persatuan ibu bapa) telah dipilih untuk menjadi peserta kajian.

Pengkaji akan mengutarakan persoalan sehingga jawapan yang

diberikan mencapai tahap tepu. Walaupun kajian mendalam

dilakukan tetapi generalisasi kepada peserta yang lain adalah terhad

kerana jumlah peserta yang kecil

ii. Pemilihan peserta kajian hanya terhad kepada peserta program

FAST, yang telah mengikuti program ini selama 9 minggu dan

bergraduasi sahaja, serta ahli komuniti yang sama-sama berada

sepanjang program ini berjalan.

iii. Tumpuan kajian hanyalah terhadap keberkesanan program ini

kepada peserta dan pemerkasaan peranan ibu bapa dari aspek

komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan hormat menghormati.

Walaupun program FAST mempengaruhi hubungan penglibatan ibu

bapa dan sekolah, kajian hanya tertumpu kepada keberkesanan

program dari sudut pemerkasaan peranan ibu bapa dalam menangani

masalah sosial remaja sahaja.

24
iv. Kajian hanya tertumpu kepada masalah sosial disiplin pelajar sahaja

dan tidak melihat kepada permasalahan sosial yang lain.

v. Kajian ini merupakan kajian kes di mana ia memberi fokus kepada

penghuraian secara holistik dan memberikan penjelasan kepada

sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994)

1.10 Penutup

Bagi mengatasi masalah sosial yang melanda remaja hari ini, ibu bapa

haruslah memainkan peranan sebenar dalam membentuk jati diri remaja.

Kelonggaran sistem keluarga dan peranan yang dimainkan ibu bapa

menyebabkan remaja akan hilang arah tujuan. Penglibatan remaja dalam

permasalahan sosial akan memberi kesan kepada sekolah yang bertindak

sebagai agen sosialisasi. Penyakit sosial remaja akan berjangkit dan

mempengaruhi remaja lain menyebabkan masyarakat akan memandang

serong kepada remaja. Tanggapan ini pula menyebabkan penyakit sosial

menular ke dalam masyarakat dan merugikan negara.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan kajian ke atas program FAST ini

dapat meneroka keberkesanan program terhadap pemerkasaan peranan ibu

bapa dalam usaha mengatasi penglibatan remaja dalam permasalahan sosial.

Melalui program ini, ibu bapa dan remaja bersama-sama pihak-pihak yang

terlibat bergabung idea dan tenaga bagi merapatkan jurang di antara

keluarga dan remaja. Tumpuan diberikan terhadap perubahan aspek

komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan hormat menghormati yang kian

25
menipis di kalangan peserta. Sehubungan dengan itu, kajian Penerokaan

keberkesanan FAST dan pemerkasaan peranan ibu bapa dalam menangani

masalah sosial remaja akan dilaksanakan bagi mengisi kelompangan yang

ada.

BAB II

26
KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada penulisan dan kajian-

kajian lepas yang telah dijalankan sama ada di dalam negara atau luar

negara berhubung dengan semua aspek yang bersesuaian dengan tajuk

kajian serta menepati tujuan permasalahan kajian. Tinjauan kajian lepas

dalam kajian ini akan tertumpu kepada beberapa bahagian iaitu

perbincangan mengenai masalah sosial remaja, kefungsian keluarga dan

perbincangan mengenai program FAST yang menyentuh latar belakang

pelaksanaan program ini, pengisian FAST, peranan yang dimainkan,

kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dan sasaran program FAST di

Malaysia.

Seterusnya tumpuan turut diberikan kepada kerangka konseptual kajian

diikuti perbincangan Teori Ekologikal Bronfenbernner (1979, 1993, 1994)

dan implikasi teori terhadap kajian.

2.2 Masalah Sosial Remaja

Kajian terhadap masalah sosial di kalangan remaja yang kebanyakannya

memegang status pelajar ini tetap diberi perhatian dari masa ke semasa.

Terdapat penggunaan istilah dan terma yang berbeza tetapi mempunyai

tumpuan dan maksud yang hampir sama iaitu masalah sosial, gejala sosial

dan pelanggaran disiplin. Azlina Abdullah dalam kajiannya terhadap tema

dan isu penyelidikan mengenai gejala sosial pada dekad pertama abad ke 21

27
(2010), mendapati kajian-kajian terhadap masalah-masalah sosial menjadi

tema utama yang pilihan pengkaji.

Dari aspek sosiologi, masalah sosial merujuk kepada penelitian

permasalahan sosial melalui kajian dan analisis pelbagai gejala dalam

kehidupan masyarakat (Haris, 2004). Masalah sosial juga sering dikaitkan

dengan keadaan tertentu seperti kemiskinan, kebuluran, jenayah dan

fenomena sosiobudaya yang menghalang masyarakat mencapai potensi

maksima mereka (Eitzen, 1984: Zulfikri Abd. Wahab et.al, 2014) di mana

masyarakat atau individu yang melanggar pelakuan normal akan

klasifikasikan (lebel) sebagai devian. Manakala proses lebelling ini

dilakukan dengan giat oleh unit masyarakat yang mempunyai kuasa

(kerajaan tempatan, kerajaan negeri atau mana-mana pihak berkuasa) kerana

mereka berusaha dengan giatnya untuk mencapai utopia iaitu keadaan

masyarakat yang ideal dan sempurna (Eitzin dan Zinn, 2000; Haris 2004).

Permasalahan sosial juga dikaitkan dengan proses pembangunan yang

mendadak, yang menyebabkan berlakunya krisis nilai dan keterasingan

sosial dalam sesetengah masyarakat terutamanya golongan muda (Azlina,

2010). Ini disebabkan oleh kegagalan masyarakat untuk bersaing dengan

pembangunan yang menyebabkan status pencapaian ekonomi secara

relatifnya rendah, menyebabkan anggota masyarakat tidak berupaya untuk

memenuhi tuntutan umum masyarakat seperti status, kejayaan, pekerjaan

yang baik dan pemilikan consumer (Rokiah, 2000; Katiman Rostam, et.al

2010; Siti Masayu Rosliah, Abdul Rashid dan Narimah Samat, 2018).

28
Banyak kajian-kajian tentang masalah sosial di kalangan remaja telah

dijalankan di Malaysia, menunjukkan perlunya pendekatan sebagai jalan

penyelesaian untuk memperbaiki situasi ini. Zool Hilmi Hj. Suhaimi (1998)

mengkaji tentang Gejala Sosial Remaja dan Penyelesaiannya, Vani

Appalasami (2001), Masalah Sosial di Kalangan Remaja, Azizah Lebai

Nordin (2002) Masalah Disiplin di Kalangan Remaja, Pathiban a/l Sinapan

(2002), Vandalisme manakala Gangstarisme dan Salah Laku Sosial Pelajar

(Fatimah Ali, 2007; Gan Swee Eng, 2013; Siti Fauziyani dan Bushrah

2017), Delinkuen Pelajar dan Cadangan Penyelesaiannya (Buerah Tunggak

et.al 2015), Kajian Kes dilema kanak-kanak (Aminah Ayob, 2018). Melalui

kajian-kajian ini dapat dirumuskan penglibatan remaja dalam masalah sosial

berpunca daripada kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak-anak sejak

dari kecil. Kekurangan pengawasan oleh ibu bapa terutamanya terhadap

remaja memudahkan berlakunya pelbagai bentuk salah laku (West,1982;

Wilson; 1987; Abd. Hadi 2004). Menurut Abd. Rahim (2006) dan Ahmad

Marzuki et.al (2017), penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial

berpunca daripada beberapa faktor, antaranya faktor dalaman diri remaja itu

sendiri dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi

keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya.

Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan pengaruh persekitaran di

sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja

(Zainuddin dan Norzmah, 2011). Situasi ini bukanlah sesuatu yang

mengejutkan kerana data-data yang dikeluarkan berkaitan dengan masalah

sosial semakin hari semakin meningkat. Laporan statistik yang dikeluarkan

29
Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes dicatatkan pada tahun

2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012 iaitu melibatkan peningkatan

sebanyak 4,116 kes. (Kosmo: 2 Oktober 2014, Berita Harian: 4 Mei 2014).

Kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di negara ini

semakin menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah

membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam

tempoh setahun. (Kosmo: 2 Oktober 2014)

Lebih membimbangkan apabila empat bulan pertama 2010 kanak-kanak,

pelajar dan remaja yang tidak bersekolah berumur di antara 7 hingga 18

tahun telah terbabit dalam 18 kes bunuh, 198 kes rogol, 2 kes rompakan

kumpulan bersenjata api, 185 kes rompak berkumpulan tanpa senjata, 91

kes rompakan dan 141 kes mendatangkan kecederaan (Berita Harian, 2010).

Keadaan bertambah buruk apabila penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti

jenayah juga meningkat sebanyak 57 peratus apabila 1,632 kes dicatatkan

pada tahun lalu berbanding dengan 1,042 kes pada tahun 2012 (Kosmo: 2

Oktober 2014, Berita Harian: 4 Mei 2014). Bahkan Nur Adliza Mohd Fuad,

et al. (2017) dalam kajian mereka mendapati sekolah menengah berprestasi

tinggi juga turut mempunyai pelbagai masalah disiplin dan devian dalam

kalangan pelajar-pelajarnya. Hasil kajian ini menunjukkan penglibatan

pelajar tersebut dengan tingkah laku delinkuen kerana tiadanya pengawasan

dari ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan atau kerjaya masing-masing

tanpa menyedari mereka mengabaikan keperluan emosi anak-anak sehingga

menyebabkan anak-anak terlibat dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak

yang teruk (Siti Fauziyani Md Salleh, 2017).

30
Sementara itu, Statistik kes pembuangan bayi yang dikeluarkan oleh Polis

Di Raja Malaysia (PDRM) daripada 2005 hingga 2010 menunjukkan 396

kes yang dicatatkan. Sebanyak 67 kes yang telah dilaporkan pada 2005, 83

kes (2006), 65 kes (2007), 103 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010).

Bilangan ini meningkat sehingga 4,992 pada tahun 2017. Sebilangan besar

individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga

25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33

dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal

dikesan peringkat umur mereka (Harian Metro 2010, M. Star Online 2018).

Justeru pelbagai langkah perlu diambil bagi membendung perkara ini terus

berleluasa.

2.3 Kefungsian Keluarga

Kebelakangan ini, kajian-kajian masalah sosial di kalangan remaja menjadi

pilihan bagi kebanyakan para pengkaji. Kebanyakan hasil kajian yang

dilakukan menunjukkan aspek kekeluargaan di antara punca utama yang

sering diperoleh di mana hilangnya kefungsian keluarga semasa remaja

berhadapan dengan zaman peralihan dari kanak-kanak ke dunia remaja.

Perbincangan, aktiviti, penglibatan dan pengawalan terhadap anak-anak

secara keseluruhannya merupakan elemen utama dalam hubungan ibu bapa

dan anak (Voydanoof dan Donelly, 1998).

Dapatan Ruchkin et all., (2000) terhadap kajian ke atas anak-anak delinkuen

mendapati faktor kefungsian keluarga sangat mempengaruhi tingkah laku

31
anak-anak berbanding dengan kemahiran keibubapaan (gaya asuhan ibu

bapa kepada anak). Kekurangan dari segi perkongsian perasaan, komunikasi

dalam keluarga dan meluangkan masa yang bermanfaat bersama anak

(Mohamad Khairi Haji Othman, et.al, 2016) merupakan antara isu yang

berkait rapat dengan penglibatan anak-anak dengan kes-kes juvana.

Menurut Olson dan Gorell, 2003 dalam Amran Hassan, Fatimah Yusooff,

dan Khadijah Alavi (2014), kefungsian keluarga ialah dari segi kesepaduan

yang merujuk kepada perasaan dan emosi kasih sayang dalam sesebuah

keluarga. Kemahiran keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa

memainkan peranan penting untuk mencapai kesejahteraan sesebuah

keluarga. Kesejahteraan dalam kalangan ibu bapa dan anak berkait rapat

dengan didikan, asuhan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada

anak-anak terhadap sesuatu perkara (Rozumah dan Rahimah, 2008;

Voydanof dan Donelly, 1998; Asmawati Desa et.al 92015).

HanXiao (2011), dalam kajiannya ke atas gejala sosial di kalangan remaja

melayu mendapati penglibatan ibu bapa dalam bidang pekerjaan

menyebabkan cara hidup kini telah berubah. Di dalam sebuah keluarga

bukan hanya bapa yang bekerja malah ibu dan ahli keluarga yang dewasa

turut terlibat dengan sektor pekerjaan. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa

mengabaikan perkembangan anak-anak mereka lebih-lebih lagi di peringkat

remaja yang memerlukan perhatian lebih. Tambahan pula di Malaysia, tugas

mendidik anak-anak kebanyakannya di letakkan di bahu ibu berbanding

dengan bapa (Mohd. Amin H.A Shariff, 2003; Samina Nawab dan Sana

Iqbal, 2013; Noorazwana Musida dan Agnis Sombuling, 2017).

32
Melalui dapatan kajian tentang gaya keibubapaan bagi ibu bapa miskin

(Ahmad dan Abdul Mutalib, 2015; Talib,2003; Talib, Mohamad dan

Mamat, 2011; Johari Talib, 2017) mendapati anak-anak di didik dengan

keras, ibu bapa menerapkan nilai kawalan dengan menghukum kanak-

kanak, ibu bapa menganggap tindakan mereka betul dan mempunyai hasrat

supaya anak mereka tidak terlibat dengan salah laku.

Kajian ini disokong oleh kajian Wan Norasiah Wan Ismail (2003) yang

menekankan pengabaian kasih sayang dan kurangnya komunikasi yang

berkesan antara ibu bapa dan remaja adalah punca utama gejala sosial.

Anak-anak remaja dianggap matang untuk berfikir dan dilepaskan untuk

bertindak mengikut kehendak hati tanpa pengawasan keluarga. Ditambah

pula kesibukan ibu bapa bekerja dari pagi sampai ke petang menyebabkan

masa untuk bersama anak-anak amat terhad. malah ada juga ibu yang

membesarkan anak tanpa kehadiran bapa sama ada keluarga biasa mahupun

keluarga tunggal. Ini menyebabkan anak-anak hilang rasa hormat kepada

ibu apabila mereka melangkah ke alam dewasa kerana mereka hanya

bergantung pada ibu sejak dari kecil. Goode, William J, (1964); Mustari, M.

I., (2004) Buerah Tunggak, (2015), menyatakan anak-anak yang kurang

berhubung dengan teladan bapa yang baik tanpa mengira jantina akan

menunjukkan perbezaan dari segi tingkah laku dan keperibadian yang

bercanggah dengan peranan jantina yang ditentukan oleh masyarakat.

Dapatan sama oleh Hianxiao (2011); Amran Hasan et.al (2014), di mana

33
remaja yang terlibat dalam masalah sosial seperti penkid, mak nyah

merupakan remaja yang tidak memperoleh kasih sayang seorang bapa.

Penglibatan remaja dalam masalah sosial turut memberi kesan ke atas

pencapaian mereka dalam pembelajaran. Mereka bukan sahaja melakukan

kesalahan-kesalahan disiplin di sekolah tetapi sering kali gagal dalam

pembelajaran di sekolah. Kajian Muhammad Sharif dan Suria, 2011; Saleh

dan Saidi, 2015; Hashim, 2016) mengenal pasti punca-punca masalah

ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah berlaku di kalangan pelajar yang

datang dari keluarga yang mempunyai taraf sosio ekonomi rendah

menyebabkan berlakunya tekanan dalam kehidupan apatah lagi apabila

pendapatan ibu bapa yang kecil hanya membolehkan mereka menumpukan

kepada keperluan asas berbanding dengan kehendak anak-anak.

Kajian Azizi et. al (2007); Salmah Omar dan Malisah Latip, (2016)

mendapati sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut

dengan gaya penampilan artis yang mereka minati seperti memakai pakaian

berjenama dan mengikut stail rambut, jika tiada wang yang mencukupi

ditambah dengan ibu bapa yang tidak dapat memenuhi keperluan dan

keinginan mereka, mereka rela ponteng sekolah dan bekerja untuk

mendapatkan wang. Begitu juga jika mereka berminat dalam satu-satu mata

pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-

pelajar ini akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah.

34
Kajian oleh pensyarah dan pelajar peringkat kedoktoran Pusat Pengajian

Sosiologi dan Pembangunan Manusia (UKM), yang membabitkan kanak-

kanak dari rumah kebajikan seluruh negara mendapati lima aspek personaliti

yang menjadi punca penglibatan kanak-kanak berusia antara 7-12 tahun ke

kancah jenayah. Personaliti tersebut dipengaruhi konflik dalaman yang

membabitkan institusi kekeluargaan dan pendidikan. Kajian mendapati

kebanyakan pelaku jenayah juvana mempunyai personaliti tidak matang

yang diwarisi daripada ibu bapa kerana didikan keluarga yang kurang

sempurna (Berita Harian, 6.9.2005;).

Houtenville dan Conway (2008); Asmawati Desa, (2015) menyatakan

apabila ibu bapa mengawasi anak-anak, mereka akan menyiapkan kerja

rumah yang diberi mengikut jadual yang ditetapkan, pencapaian mereka

perolehi dalam mata pelajaran tertentu juga meningkat dan ramai ibu bapa

mengetahui apa yang anak-anak remaja mereka pelajari dalam kelas. Kajian

ini disokong oleh Zulkifli, Jamilah, Aminah, Ismi Arif (2011) yang

mendapati bahawa penglibatan ibu bapa iaitu perbincangan, penjagaan dan

komunikasi mempunyai perkaitan yang positif dengan pencapaian

akademik.

Selain daripada kes ponteng sekolah, ada remaja turut terlibat dengan kes-

kes yang lebih berat. Remaja yang terlibat dalam salah laku anti sosial boleh

membawa kepada kejadian keganasan di sekolah (Fortin, 2003). Antaranya

kes buli (Siti Zahirah Salim 2008), (Noor Fauziah Yaakob, 2004) dan ada

juga di kalangan remaja ini terlibat dengan gejala lepak (Abdul Malek,

35
2006) yang mana gejala lepak ada hubung kait dengan ketidak perihatinan

atau kurang pengawasan ibu bapa sehingga anak-anak remaja mereka boleh

keluar melepak. Faktor tiada aktiviti di rumah (50%) ibu bapa tidak ambil

peduli untuk menghalang anak-anak keluar dari rumah (47.3%), keadaan di

rumah yang tiada “privacy” (33.3%), dan keadaan rumah yang sempit

dikatakan punca kepada remaja untuk melepak.

Mohd Zahir Zainuddin (2009), mengkaji senario gejala sosial di Malaysia

menjelaskan punca berlakunya gejala sosial ialah globalisasi dan

modenisasi. Kegagalan menghadapi dua asakan ini menyebabkan keluarga

dan masyarakat tertinggal dalam banyak bidang. Kajian terhadap remaja

yang menghuni rumah pemulihan akhlak di seluruh negara sama ada lelaki

dan perempuan, menyenaraikan jenis-jenis gejala sosial di antaranya ialah

merokok, menonton video lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah,

minum arak, pil khayal, berjudi, menyimpan gambar lucah, menonton filem

lucah, hubungan jenis luar nikah, peras ugut, pecah rumah, hisap dadah,

rogol, samun, rasuah, maksiat, bercerai, dan jenayah bunuh. Malahan

penghuni lelaki turut terlibat dengan seks rambang, bohjan dan

homoseksual, dan penghuni perempuan terlibat dengan bohsia, lesbian,

pelacur, gugur anak dan buang anak (Amaludin dan Khadijah, 2006).

Dalam kajian lain oleh Khadijah, et.al (2012), terhadap mengkaji gejala

hamil luar nikah di kalangan remaja mendapati remaja yang terlibat

berumur di antara 13 hingga 18 tahun dan faktor utama adalah kegagalan

ibu bapa memantau dan melibatkan diri dalam pendidikan serta kegagalan

36
mengekalkan kestabilan keluarga dalam tempoh masa yang panjang

(Rumberger,1991). Ini selari dengan dapatan Hashim Bedu et.al (2008);

Haja Mydin Abdul Kuthoos et.al (2016) yang menekankan tiadanya

pemantauan ibu bapa sehinggakan remaja yang hamil luar nikah sehingga

terpaksa membuang bayinya kerana terdesak, rasa malu, takut rahsia

mereka terbongkar daripada pengetahuan keluarga dan masyarakat serta

takut diambil tindakan undang-undang menyebabkan mereka

menggugurkan atau membuang bayi yang dilahirkan.

Senario gejala sosial terus bercambah dengan masalah remaja “merempit”

yang menjadi trend terkini di mana-mana jua. Bagi mengatasi masalah ini

sekumpulan pengkaji Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

telah melihat dengan teliti faktor–faktor yang mendorong remaja merempit.

54% daripada remaja merempit yang berumur 16 hingga 25 tahun ini

tinggal bersama ibu bapa, 10.4% tinggal bersama ibu atau bapa, selebihnya

0.6% tinggal bersama ibu tiri (Mohd Zahir Zahiruddin, 2009). Fenomena

“mat rempit” membawa kepada jenayah lain seperti ragut, dadah, berzina,

rogol dan sebagainya. Laporan Mingguan Malaysia pada April 2009,

seorang gadis berusia 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 15 orang mat

rempit setelah dipelawa keluar bersiar-siar oleh salah seorang suspek.

Mangsa yang sudah tidak bersekolah dirogol di kawasan kelapa sawit Felda

Chini, Pahang (Mingguan Malaysia 19 April 2009).

Sementara itu, Roslina Bakar (1999) dalam kajian komunikasi keluarga dan

salah laku remaja mendapati komunikasi sebagai satu faktor yang

37
menghalang kepada salah laku di kalangan remaja. Komunikasi terbuka di

antara ibu atau bapa menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan salah

laku yang kurang berat. Ini menunjukkan remaja yang mempunyai salah

laku lebih banyak menghadapi konflik dengan ibu bapa dan mempunyai

sokongan identiti keluarga yang rendah.

Ini disokong oleh Aziyah Abu Bakar et.al (2011; 2015), yang melihat

kepada hubungan komunikasi keluarga dalam menangani konflik dalam

kalangan remaja mendapati remaja menggunakan strategi konflik apabila

berlaku persengketaan antara remaja dan ibu bapa. Strategi yang dipilih

adalah strategi mengelak. Menurut Dumlao dan Botta (2002) strategi

mengelak bertujuan untuk menamatkan perbalahan antara ibu bapa dan

remaja kerana tidak mahu berbincang mengenai sesuatu idea atau

pandangan ibu bapa tentang masa depan dan dengan kata lain strategi

mengelak yang tinggi menunjukkan adanya tanda protes terhadap ibu bapa.

Dapatan yang diperoleh dalam kajian Che Hasniza Che Noh dan Fatimah

Yusoof (2011), terhadap corak komunikasi keluarga dalam kalangan

keluarga melayu di Terengganu mendapati keluarga yang mengamalkan

orientasi perbualan lebih bersikap terbuka dan kerap berkomunikasi dengan

anak-anak, mewujudkan perbincangan dan memutuskan perbincangan

melalui pendapat dan pandangan ahli keluarga, anak-anak digalakkan

meluahkan idea dan menyatakan emosi dan menjadikan komunikasi

sebagai rutin harian yang menyeronokkan. Manakala keluarga yang

mengamalkan komunikasi konformiti di mana anak-anak tidak digalakkan

38
membantah, merahsiakan perkara tertentu dari anak-anak dan membuat

keputusan sendiri akan berada dalam keadaan tertekan. Kepincangan

keluarga yang berfungsi sebagai pelindung, pembimbing dan pemimpin

kepada remaja menyebabkan permasalahan sosial ini semakin kerap

berlaku. Dalam setiap kajian yang dijalankan oleh para pengkaji antaranya

Siti Zahirah (2008), Aminuddin Hassan et.al (2009), Zulkifli Ahmad et.al

(2011), Hashim Bedu et. al (2008), Mohd Zahir Zainuddin (2009) dan

Sirajudin Sapuan (2012) menekankan selain daripada faktor keluarga itu

sendiri faktor persekitaran, rakan sebaya, media massa dan masyarakat

turut memberi kesan kepada tingkah laku sosial remaja. Justeru dapatan-

dapatan kajian ini menunjukan pentingnya kajian penerokaan

keberkesanan Program Family and School Together (FAST) terhadap

pemerkasaan peranan ibu bapa dalam menangani masalah sosial remaja

untuk dilaksanakan.

2.4 Program Family and School Together

Program Family and School Together (FAST) yang diperkenalkan sejak

tahun 1980an merupakan program yang menarik kerana ianya

menghimpunkan beberapa pihak yang berada dalam persekitaran remaja.

Program FAST bertujuan menggalakkan dan memperkasakan ibu bapa

untuk menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak dan memberi

perhatian sewajarnya kepada mereka. Program ini mempunyai beberapa

peringkat dan tempoh pelaksanaanya. Ianya bermula daripada peringkat

umur seawal 0 hingga 3 tahun (bayi), 3-5 tahun (pra-sekolah), 5-8 tahun

(tahun asas), 10-14 tahun (menengah rendah) dan 14-18 tahun (menengah

39
atas). Kajian ini memberikan tumpuan kepada program Remaja FAST

dalam lingkungan 14 hingga 18 tahun (menengah atas).

2.4.1 Isi Kandungan Program

Isi kandungan Program FAST merangkumi aktiviti-aktiviti yang

dilaksanakan bagi memperkasakan peranan ibu bapa dan peserta. Ini dapat

dijelaskan seperti berikut;

2.4.1.1 Komponen Program

Keluarga dari pelbagai latar belakang mestilah berkesinambungan dengan

struktur sosial yang sedia ada (wakil sekolah/ guru/ kaunselor, wakil ibu

bapa/ PIBG/ ibu bapa remaja contoh, wakil remaja contoh, wakil belia yang

terdiri daripada penuntut universiti dan remaja) dan bersedia untuk turut

serta mengambil bahagian dalam program ini. Mereka juga haruslah positif

dan fokus ketika menjalankan aktiviti (contohnya menyertai kelab

sukarelawan, dan program lawatan ke rumah). Ianya bukanlah paksaan,

tiada pencapaian tertentu dan menggunakan pendekatan rekrut.

2.4.1.2 Pengambilan Ahli

Remaja mestilah mengajak ibu bapa mereka supaya turut serta. Sebaik-

baiknya ibu bapa memberi kebenaran jelas kepada ahli pasukan untuk

menghantar maklumat, berhubung melalui telefon ataupun melawat ke

rumah. Keluarga perlu menghormati kesanggupan dan kesedaran di

kalangan remaja yang memerlukan sokongan untuk berubah. Mereka juga

akan didedahkan kepentingan bertemu dengan keluarga ramaja yang lain

40
sebagai salah satu pendekatan program. Remaja yang terlibat juga akan

membantu menggalakkan penyertaan ibu bapa rakan-rakan sekiranya

pemilihan dilakukan oleh ahli melalui lawatan ke rumah.

2.4.2 Aktiviti Yang Dilaksanakan

Program yang berlangsung selama lapan hingga sepuluh minggu ini

mempunyai aktiviti rutin yang perlu dijalankan setiap minggu iaitu;

2.4.2.1 One on One Time

Aktiviti ini merupakan aktiviti bersemuka secara berpasangan (peserta

program) antara ibu dan ibu, remaja dan remaja dan akhir sekali ibu bapa

dan remaja. Fasilitator hanya memantau peserta melaksanakan aktiviti dan

akan bertindak sekiranya timbul perselisihan di antara mereka.

i. Ibu Bapa Dan Remaja (15 Minit -Berterusan)

Cabaran iaitu untuk membina kemahiran komunikasi secara berpasangan

dengan pengulangan yang kerap, mengelakkan sifat malu, berdiam diri

ataupun konflik pasangan. Program ini memerlukan kumpulan remaja

memilih tajuk bersesuaian untuk dibincangkan bersama. Peraturan

komunikasi yang jelas diberikan kepada remaja dan ibu bapa semasa

aktiviti ini berlangsung. Sekiranya terdapat gangguan dan bantahan dari ibu

bapa ketika remaja sedang memberikan pendapat mereka, ahli kumpulan

pemerhati akan menegur ibu bapa secara berhemah. Ibu bapa akan

41
memberikan pujian terhadap laporan guru tentang sikap positif remaja.

sekiranya timbul konflik ketika aktiviti ini berjalan, ianya akan diselesaikan

dengan campurtangan ahli kumpulan FAST.

ii. Ibu Bapa Dan Ibu Bapa (Masa 0-15 Minit)

Cabaran iaitu untuk membina kemahiran berkomunikasi berpasangan

dengan pengulangan yang lebih kerap. Untuk mengelakkan suasana

berdiam diri dan perbualan yang diganggu ia diawasi oleh ahli kumpulan

FAST. Perbualan mestilah jelas di mana peraturan komunikasi diberikan

kepada kedua-dua peserta. Bagi memastika aktiviti ini berjalan lancar,

sokongan setiap ahli kumpulan sangat diperlukan.

2.4.2.2 Masa Bersama Keluarga 0-15 Minit Tidak Berterusan

(Terpulang Kepada Urus Setia Program)

Cabaran iaitu untuk menyokong kehadiran keluarga-keluarga yang

mengambil bahagian dan menyokong pembinaan silaturrahim merentasi

keluarga dalam satu kitaran hayat bersama remaja seusia. Bagi memastikan

kejayaannya, aktiviti ini perlu diulang lebih kerap dan elakkan berlakunya

sebarang konflik keluarga atau huru-hara. Pilihan pengisian aktiviti bagi

masa bersama keluarga adalah;

i. Mengadakan Sapaan Keluarga Ketika Aktiviti “Meja

Keluarga”.

Cabaran aktiviti: setiap minggu secara bergilir-gilir wakil keluarga akan

berkongsi pengalaman pahit dan manis yang telah mereka lalui dalam

42
tempoh seminggu sebelum program. Kesudahan cerita akan disambut

dengan tepukan atau nasihat daripada keluarga lain sebagai tanda sokongan.

ii. Nyanyian Atau Persembahan Ketika Aktiviti “Meja Keluarga”

Nyanyian lagu tema program atau lagu yang menjadi pilihan keluarga yang

boleh menaikkan semangat kekeluargaan. Selain dari itu peserta juga boleh

membuat sebarang persembahan kebudayaan atau mempamerkan

kemahiran yang mereka ada.

iii. Hadiah Mingguan (Laundry Basket)

Setiap minggu satu keluarga akan dipilih berdasarkan prestasi yang

ditujukkan selepas aktiviti dilaksanakan pada sesi tersebut. Hadiah

mingguan merangkumi barangan yang diletakkan di dalam bakul cucian

mengikut kesesuaian dan bilangan ahli keluarga. Sekiranya ada enam orang

ahli di dalam sebuah keluarga, setiap seorang akan menerima satu daripada

hadiah tersebut.

2.4.2.3 Masa Untuk Kumpulan Kecil (masa 45 hingga 60 Minit –

Bersambung)

Selepas menyelesaikan aktiviti keluarga, peserta akan digerakkan ke dalam

kumpulan kecil untuk melaksanakan aktiviti kumpulan. Kumpulan kecil

merupakan aktiviti berfokus yang wajib dilalui oleh peserta setiap minggu.

Aktiviti yang dilaksanakan dalam kumpulan ini akan memandu peserta

untuk aktiviti seterusnya.

43
i. Kumpulan Kecil Merentasi Generasi

untuk menyokong pembinaan perhubungan yang positif antara lapisan

generasi. Kumpulan sokongan sosial yang berlainan akan dikekalkan

sepanjang masa dan mengelakkan kebergantungan peserta terhadap

fasilitator. Pembinaan dan penjelasan terhadap nilai dan norma tingkah

laku, mengikut giliran, berkongsi secara spontan, dan saling membina

perhubungan (melalui percakapan ataupun melakukan sesuatu).

ii. Kumpulan Rakan Sebaya (Masa 45 hingga 60 Minit -

Berterusan)

Cabaran iaitu untuk menyokong pembinaan hubungan yang positif antara

ibu bapa, belia dan remaja. Merupakan aktiviti berterusan di mana Ibu bapa

mengetuai perjumpaan bulanan FAST (FASTwork). Ibu bapa yang telah

tamat program FAST akan menyokong dengan mengetuai perjumpaan

keluarga (FASTwork) setiap bulan bagi mencapai matlamat yang

ditetapkan. Kumpulan ini akan mempamerkan peningkatan dalam setiap

sesi FASTwork dengan sokongan dan kekuatan ahli keluarga yang lain.

2.4.3 Sasaran Program FAST

Sasaran program FAST untuk merapatkan jurang kekeluargaan melalui

aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Melalui program ini, ibu bapa, remaja

dan fasilitator bersama-sama mengembleng idea dan tenaga untuk

membantu antara satu sama lain bagi melahirkan remaja yang positif dan

berketerampilan. Antara sasaran program ini adalah untuk memperkasakan

peranan ibu bapa sebagai pelindung kepada remaja. Ibu bapa diberi peluang

dan dorongan untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dari

44
beberapa aspek seperti aspek komunikasi dengan remaja. Ini kerana

komunikasi merupakan asas utama dalam hubungan antara individu dan

keluarga. Selaras dengan komunikasi dalam keluarga bermakna

perhubungan dua hala (memberi dan menerima) secara lisan dan bukan

lisan. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak geri, air muka, pandangan

mata, dan cara memandang. Keluarga yang sihat akan menerima dan cuba

memahami mesej yang disampaikan sama ada kabur atau jelas, antara satu

sama lain. Berbeza dengan keluarga yang tidak berfungsi, mesej yang

disampaikan jarang diterima secara betul, bahkan tidak diambil kisah atau

dipedulikan (Lily Mastura dan Ramlah Hamzah, 2007).

Melalui komunikasi berkesan, keterbukaan ibu bapa dan remaja dalam

memahami dan menyelesaikan masalah akan dapat dilaksanakan dari awal.

Menurut Brock dan Bernard, (1992) mereka telah menggariskan ciri-ciri

optimum situasi berkomunikasi dalam keluarga. Mereka menyatakan

bahawa cara komunikasi yang terbaik dalam keluarga mestilah melibatkan

rasa ingin mendengar dan berkongsi. Mesej yang disampaikan juga harus

jelas dan sesuai. Apabila terdapat pencanggahan pendapat, keluarga itu

akan menerima persetujuan untuk berbincang. Keluarga sihat menjurus ke

arah penyelesaian masalah dengan cara yang positif iaitu memfokuskan

bagai mana masalah yang dihadapi dapat diselesaikan bukan dengan cara

mencari siapa yang bersalah (Asiah, Irkhaniza, Mohamed Sharif, 2008).

Setelah wujud keterbukaan dalam menangani masalah, ahli keluarga akan

lebih menunjukkan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Satu

cara untuk meningkatkan rasa hormat terhadap orang tua ialah melalui

45
didikan Ibu bapa. Setiap ahli keluarga perlu, mengucapkan terima kasih,

bercakap dengan nada yang lembut dan mengucapkan syukur atas apa yang

diperoleh. Terapkan slogan “keluargaku syurgaku” di kalangan ahli

keluarga untuk meningkatkan rasa hormat antara satu sama lain (Azizi

Yahya, 2008).

Menurut Rohner, Ronald dan Veneziano, (2001); McElwain, Pittman &

AdlerBaeder, (2016), ibu bapa merupakan individu yang paling hampir

dengan anak-anak dan mereka yang mencorakkan perkembangan peribadi

anak-anak dari peringkat kelahiran sehingga ke peringkat dewasa.

Manakala Atan Long (1993), keperluan mendapat kasih sayang mempunyai

hubungan yang rapat dengan keperluan berdampingan dan penerimaan oleh

kumpulan. Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang akibat daripada

penceraian ibu bapa, konflik keluarga, persekitaran keluarga yang tidak

menyokong akan berhadapan dengan masalah dan gagal dalam

pembelajaran. Tanpa kasih sayang yang sempurna, remaja akan mencari

jalan keluar untuk melepaskan emosi mereka melalui kegiatan-kegiatan

yang tidak berfaedah dan tidak bermoral seperti melepak, aktiviti jenayah,

penagihan dan pengedaran dadah, berpeleseran, pelacuran dan sebagainya

(Rohayaty, 2003; Nor Jumawaton, Mariani, Zainal, Hanina, 2017)

2.4.4 Rumusan Program FAST

Program FAST berlangsung selama 8-10 minggu di mana dalam setiap sesi

perjumpaan 2 jam masa diperuntukkan. Aktiviti yang dirancang di dalam

program ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa

46
dan remaja serta persekitarannya. Penglibatan kumpulan sokongan seperti

pihak sekolah, wakil remaja, wakil ibu bapa, wakil badan-badan kerajaan

dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan latar belakang remaja sangat

perlu dalam usaha memastikan program ini berjalan lancar. Tiada paksaan

dikenakan kepada keluarga yang terlibat. Mereka dibenarkan meninggalkan

program sekiranya merasakan ianya tidak mendatangkan manafaat kepada

mereka. Melalui program ini, remaja akan dibantu oleh wakil remaja

manakala ibu bapa akan dibantu oleh fasilitator dalam usaha memperbaiki

corak perhubungan di antara mereka. Ahli kumpulan sokongan berperanan

mengawal situasi aktiviti daripada sebarang konflik. Setiap aktiviti yang

dijalankan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa dan remaja

terhadap peranan mereka di dalam keluarga. Mereka diberi peluang untuk

meluahkan rasa tidak puas hati, memahami tanggungjawab dan berkongsi

rasa antara satu sama lain.

Manakala remaja pula perlu memahami peranan dan tanggungjawab ibu

bapa dengan cara menghormati mereka. Aktiviti yang berterusan dalam

tempoh dua jam setiap minggu ini mampu mengubah persekitaran keluarga

dan seterusnya meningkatkan sahsiah remaja terhadap peranan dan

tanggungjawab sebagai anak, pelajar dan ahli masyarakat. Program ini turut

tidak mengabaikan ahli keluarga lain yang turut serta. Contohnya anak-

anak di dalam keluarga yang turut hadir akan diawasi setiap masa oleh ahli

kumpulan FAST. Melalui cara ini, ibu bapa dan remaja tidak akan

diganggu dan memperoleh masa berkualiti bersama. Bagi mengeratkan

silaturrahim, mereka akan menyediakan makanan untuk setiap ahli

47
keluarga yang datang, secara bergilir-gilir. Setiap keluarga juga turut

mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan seperti membina salasilah

keluarga dan aktiviti-aktiviti kesenian. Justeru, program FAST yang

menekankan jalinan kerjasama dengan persekitaran keluarga dinilai sebagai

program yang mampu mengubah suasana ataupun membina semula

persekitaran keluarga dalam membentuk sahsiah remaja yang lebih baik.

2.4.5 Kajian-Kajian Terhadap Program FAST

Program FAST yang telah dibangunkan sejak 1988 di Madison, Wisconsin

(McDonald et.al ,1991; Mcdonald et. al, 1997). Lynn McDonald

merupakan pengasas program FAST yang telah banyak melakukan kajian

ke atas keberkesanan program FAST di beberapa buah negara semenjak

tarikh tersebut. (Abt. Associates, 2001; Kratocwill et. al, 2003: Kratochwill

et al., 2002; Moberg et al, 2002), (McDonald dan Sayger,1998: McDonald

dan Moberg,2001). Program FAST dikenal pasti sebagai “evidence-based

model” (McDonald, 2002) dan secara sistematik diulang dan dilaksanakan

lebih 45 buah sekolah, 45 buah negeri dan lima buah negara (McDonald

dan Frey, 1999). Salah satu daripada kajian keberkesanan FAST ialah

“Impact of A Family and School Based Prevention Program on Protective

Factors for High Risk Youth” (Lynn McDonald, Thomas V Syger 1998).

Konseptual kajian di bawah program FAST ini ialah pembinaan faktor

pelindung sepanjang lingkungan kawasan ekologi sosial kanak-kanak

berisiko (Bronfenbernner 1979, Gabrino1980). Dengan adanya pembinaan

faktor pelindung ini, risiko anak-anak untuk terdedah kepada penderaan,

keganasan, masalah-masalah sosial dan keciciran dalam alam persekolahan

48
turut berkurangan (FAST evaluation report 2016, 2017). Melalui program

FAST, ibu bapa dianggap sebagai pintu utama dalam usaha mencegah

remaja dari terbabit dengan gejala sosial. Ini berasaskan tanggapan setiap

ibu bapa menyayangi anak-anak mereka. Oleh itu, ikatan antara ibu bapa

dan remaja dilihat sebagai pengaruh penting di dalam sistem ekologi

mereka. Antara faktor pelindung yang ditekankan dalam kajian ini ialah

ikatan anak dan ibu, sokongan ibu bapa remaja lain (ikatan antara ibu

bapa), kesepaduan keluarga, hubungan ibu bapa dengan kumpulan

sokongan, hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah, hubungan antara ibu

bapa dan agensi terlibat dan mengembalikan kuasa/ sikap positif ibu bapa.

Sementara itu matlamat yang disasarkan ialah meningkatkan fungsi

keluarga dengan menekankan kepada kekuatan hubungan antara ibu bapa

dan anak-anak dengan mengembalikan kuasa ibu bapa sebagai pelindung

utama anak-anak. Mencegah penderaan di kalangan remaja dan ahli

keluarga melalui penerangan terhadap kesan penderaan kepada emosi

remaja yang sedang membesar dengan menghubungkan keluarga dengan

perkhidmatan rawatan dan penilaian. Serta untuk mengurangkan tekanan

yang dihadapi ibu bapa dan remaja ketika berhadapan dengan situasi harian

dengan membangunkan sistem sokongan di kalangan ibu bapa remaja

berisiko dan ahli-ahli kumpulan FAST.

Penerokaan yang teliti dalam kajian ini ialah, penilaian pelaksanaan

program FAST, penerokaan kesepaduan dan keakraban ahli keluarga dari

aspek komunikasi, kasih sayang, keterbukaan dan hormat menghormati.

Hasil kajian menunjukkan peranan program FAST bukan untuk mencari

49
penemuan terbaru sebaliknya menggunakan pendekatan klinikal untuk

remaja bermasalah, yang telah dikenal pasti oleh guru-guru mereka agar

dapat keluar daripada permasalahan tersebut.

Antara kajian lain yang telah dijalankan melalui program ini ialah Fast and

the Arms Race: The interaction of group aggressions and the “Family and

School Together Program in the aggressive and delinquent Behaviors of

Inner-City Elementary School Students” (Keith Warren, D. Paul Moberg

and Lynn McDonald: 2006), “After School multifamily Groups: A

Randomized Controlled Trial Involving Low-income, Urban, Latino

Children” (Lyn McDonal.etl:2006).

2.5 Hubung Jalin Antara Sekolah Dan Ibu Bapa

Fungsi sekolah amat besar dan mempengaruhi kehidupan individu kerana

kanak-kanak menghabiskan masa yang panjang dalam dunia persekolahan.

Namun begitu, tahap penglibatan ibu bapa yang rendah terhadap aktiviti

sekolah sering kali dijadikan ukuran bagi remaja yang berhadapan dengan

masalah disiplin. Mengikut Shaverand dan Walls (1998); Epstein (2001);

Mohd. Sahid, M. F., & Mustaffa, M. S. (2008), penglibatan ibu bapa bukan

sahaja hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam

pendidikan anak-anak di rumah. Hubungan antara ibu bapa dan pelajar

adalah elemen utama dalam kemajuan pelajar.

Arnold, Zeljo dan Doctoroff (2008) pula menjelaskan terdapat peningkatan

dalam pencapaian pelajaran sekiranya ibu bapa terlibat secara berterusan

50
(Halimah & Eow, 2012; Christenson, Rounds dan Gorney 1992; Izzoet al.

1999; Keith dan Lichtman 1994; Miedel dan Reynolds 1999; Shaverand

dan Walls 1998). Namun, tumpuan kajian tentang penglibatan ibu bapa

masih lagi tertumpu kepada murid di tahap awal persekolahan (Arnold e.t

al, 2008).

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah hubungan ibu bapa

dan pihak sekolah. Ann Lynch (1992) dalam tulisannya The Importance of

Parental Involvement menegaskan, ibu bapa tidak sepatutnya menjadi

musuh pihak sekolah hanya kerana mereka ingin tahu atau mengambil

berat. Mengikut Abdullah Sani (2003), PIBG sewajarnya berperanan untuk

menjadikan sekolah sebagai asas penyelesaian masalah dan boleh

menyumbangkan tenaga dan dana dari semasa ke semasa demi kemajuan

sekolah (Halimah, Eow Yee Leng, Chuah Beng Ean, 2017).

Namun demikian sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-

anak sepenuhnya kepada guru dan pihak sekolah lantaran sibuk mengejar

kemewahan duniawi merupakan cabaran paling hebat yang perlu ditangani

(Khairulaniza, 2007). Alimuddin (2006), untuk membina hubungan ini,

pihak sekolah perlu mengorak langkah terlebih dahulu seperti menjemput

ibu bapa ke sekolah untuk memberi motivasi atau sokongan kepada guru-

guru dan murid-murid. Selain itu juga pihak sekolah boleh mewujudkan

perhubungan kerjasama dengan ibu bapa untuk membantu sekolah

membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah.

51
2.6 Kerangka konseptual kajian

Bagi memastikan kajian yang dilaksanakan tidak tersasar, pengkaji

membina kerangka konsep kajian berdasarkan kajian-kajian lepas. Menurut

Punch (2000) kerangka konseptual kajian adalah status konsep tentang

perkara yang dikaji dan perhubungan antara perkara-perkara yang dikaji.

Maxwell (2005) mentakrifkan kerangka konsep merupakan sistem, konsep,

tanggapan, ekspetasi, kepercayaan dan teori-teori yang mendokong dan

memaklumkan tentang kajian yang dijalankan.

Melalui kajian ini, kerangka konsep dibina berdasarkan kelompangan

dalam kajian-kajian yang lepas. Dalam kajian penerokaan keberkesanan

program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa, pengkaji

menerokai bagaimana program yang telah diimplimentasikan ke 40 buah

negara memperkasakan peranan ibu bapa yang dilihat antara punca

penglibatan remaja ke dalam masalah sosial. Barnes (1992), mohammad

shahid dan mahmood Nazar (2012), dalam kajiannya pula menyatakan

bahawa suasana atau persekitaran keluarga juga memainkan peranan yang

penting di mana jika tiada pengawalan dilakukan ke atas remaja akan

menyebabkan remaja berasa terasing, penolakan (rejection) dan

menyumbang kepada perlakuan agresif, salah laku dan kegagalan akademik

seseorang remaja.

Justeru program ini membantu merapatkan jurang antara remaja dan

keluarga melalui sokongan ahli-ahli FAST yang bertindak mewakili

subsistem dalam Teori Ekologi Manusia. Dalam kajian ini, tumpuan

52
diberikan kepada peserta sepanjang program untuk melihat reaksi dan

respon keluarga terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan. Melalui

pemerhatian mendalam pengkaji dapat menerokai bagaimanakah program

ini memberi kesan kepada keluarga dan remaja. Manakala Teori Ekologi

pula menampilkan hubungan antara persekitaran yang mempengaruhi

kehidupan remaja. Maka kerangka konsep yang dibina akan

memperlihatkan bagaimana teori dan persekitaran sepanjang program

mampu memperkasakan peranan ibu bapa dan secara langsung

mengembalikan kuasa ibu bapa supaya dapat menangani masalah sosial

remaja.

Kerangka konsep ini juga dibina bagi mengkaji hubungan antara Program

FAST, konteks keluarga, pemerkasaan peranan ibu bapa dan perubahan

sahsiah remaja. Kajian ini cuba menyingkap sejauh mana penglibatan ibu

bapa dalam program FAST mampu meningkatkan pemerkasaan peranan

ibu bapa melalui penyediaan konteks keluarga iaitu komunikasi,

keterbukaan, hormat menghormati dan kasih sayang. Perhubungan ini dapat

diperhatikan menerusi jalinan anak panah yang saling berhubung yang

menunjukkan kesan secara langsung dan tidak langsung setiap aspek yang

dikaji.

53
Rajah 2.1: Kerangka Konseptual Kajian.

2.7 Teori Sistem Ekologi Bronfrenbernner (1979,1993, 1994)

“Ekologi” berasal daripada Bahasa Greek iaitu oikos yang bermaksud

habitat atau rumah (Bronfenbrenner, 1979). Ekologi merujuk kepada

saling hubungan dan saling pergantungan antara organisma (i.e., manusia)

dan persekitarannya (Bronfenbrenner, 1979; Dale, Smith, Norlin dan

Chess, 2009). Manusia berfungsi di antara diri sendiri dan persekitaran

yang unik, ataupun ekosistem. Ekologi manusia pada dasarnya merupakan

disiplin yang mengkaji asas kewujudan manusia dan hubungan yang

manusia nikmati dengan dunia di sekelilingnya (Bronfrenbernner, 1979).

Saintis sosial menggunakan teori sistem ekologi manusia sebagai perantara

54
untuk menerangkan bentuk interaksi dan komunikasi antara manusia dan

persekitaran masing-masing (Arum, 2000; Bogenschnider, 1996;

Bookchin,2005; S. Grant Natalie, 2011). Pendekatan ini bukan sekadar

memahami pemboleh ubah persekitaran dan kaitannya dengan pemboleh

ubah tingkah laku, ia lebih kepada memahami perubahan tingkah laku,

pertelingkahan dan penerimaan daripada persekitaran semula jadi/ ruang

lingkup kehidupan (Thomas dan Endo, 1972; Natalie S. Grant, 2011).

Berdasarkan kepada perubahan manusia yang dikelilingi oleh persekitaran,

kajian akan dibuat lebih menyeluruh daripada hanya melihat kepada satu

persekitaran kajian sahaja.

Menurut Bogenschnider (1996), Teori Ekologi merupakan rangka kerja

umum yang kemudiannya digabungkan dengan teori pembangunan

manusia dan diaplikasikan dalam sistem masyarakat ataupun konteks sosial

(Natalie S. Grant 2011). Penjelasan Bronfenbrenner (1979,1993) tentang

Teori Ekologi adalah seperti berikut; Perkembangan kanak-kanak sebagai

hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.

Menurut kajian, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran

terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas

persekitaran. Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan

individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh

dipengaruhi oleh faktor persekitaran (Mariani Md. Nor, 2006). Menurut

Bronfenbrenner (1979,1993), persekitaran perkembangan individu terdiri

daripada lima sistem iaitu:

55
2.7.1 Mikrosistem

Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi

secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa di dalam

lingkungannya. Di dalam sistem ini pola aktiviti, peranan dan perhubungan

interpersonal yang dialami oleh seseorang dalam latar yang mempunyai ciri

fizikal dan material yang tertentu, yang kemudiannya membentuk identiti

sosial individu yang berada di dalamnya (Bronfenbrenner, 1979).

Contohnya dalam latar keluarga, peranan keibubapaan dan keakraban

hubungan kekeluargaan boleh menentukan identiti sosial seseorang ahli

keluarga. Memandangkan pola peranan dan hubungan tersebut berlaku

sangat kerap dan sangat dekat dengan kehidupan anak, ianya mampu

memberi kesan kepada pembentukan identiti sosial anak. Ibu bapa yang

menjalankan peranan keibubapaan dengan baik berupaya membentuk anak

yang mempunyai identiti sosial yang baik. Contoh: Keluarga, sekolah dan

rakan sebaya. Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam

kehidupan seseorang kanak-kanak dan remaja kerana sebagai individu

terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak dan remaja,

mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak dan

remaja.

2.7.2 Mesosistem

Merupakan perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu

mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.

Contohnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di

sekolah. Hubungan ibu bapa-guru, ibu bapa-rakan, guru-rakan, antara

56
rakan, hubungan antara pengalaman sekolah dengan pengalaman keluarga,

pengalaman sekolah dengan pengalaman rakan sebaya akan mempengaruhi

tingkah laku remaja. Dalam hal ini seorang pelajar yang merasa dirinya

dipinggirkan oleh keluarga mungkin akan menghadapi masalah

menjalinkan hubungan yang positif dengan gurunya.

2.7.3 Eksosistem

Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak

secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut

memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan

kanak-kanak tersebut. Contoh: Sekolah/ pasar raya. Kaedah pengurusan,

kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat

membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial

kanak-kanak tersebut. Dalam kajian “lepak” di kalangan remaja, Azizi,

Amir dan Sharafudiin (2010), antara punca remaja melepak adalah kerana

kemudahan yang disediakan di pusat membeli belah adalah selesa dan

banyak tempat-tempat hiburan.

2.7.4 Makrosistem

Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan

masyarakat. Contohnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina

dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi

peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Dalam konteks

57
hari ini, senario telah berubah di mana lebih ramai pelajar perempuan yang

mendaftarkan diri di institusi pengajian tinggi berbanding pelajar lelaki.

Begitu juga dominasi pekerjaan dalam sesuatu bidang seperti perguruan

yang memperlihatkan jumlah guru perempuan adalah jauh lebih ramai

daripada guru lelaki (Data emis, 2014).

2.7.5 Kronosistem

Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Contohnya kajian yang

dilakukan ke atas kanak-kanak yang lahir pada zaman kemelesetan

ekonomi dan yang lahir lapan tahun selepas zaman tersebut. Kanak-kanak

yang mengalami situasi kemelesetan ekonomi dilihat mempunyai pekerjaan

yang jauh lebih baik daripada kanak-kanak yang lahir pada zaman

selepasnya (Bronfenbrenner, 1979,1993). Begitu juga dengan generasi Y

dan generasi Z yang disimpulkan lebih tertarik kepada kepantasan, ledakan

teknologi dan mudah merasa bosan dalam melakukan aktiviti harian

(Norhidayu, Sinar Harian, 2012).

58
Rajah 2.2: Teori Sistem Ekologi Bronfrenbernner 1979

2.8 Implikasi Teori Terhadap Kajian

Dalam kajian menerokai Kesan Program FAST ke atas persekitaran

keluarga dan menangani masalah sosial remaja, Teori Ekologi

Bronfrenbrenner (1977,1979, 1986,1993,1994) menjadi asas kajian.

Bronfrenbrenner menguji kerumitan dalam kandungan, terutamanya

hubungan di antara pelbagai sistem yang memberi kesan kepada individu.

Dalam hal ini, beliau mendapati dan mengenal pasti “mikrosistem”

merupakan sistem yang mempunyai interaksi secara lansung dengan

individu. Apabila wujud tingkah laku sosial yang melibatkan dua atau lebih

individu yang saling merangsang antara satu sama lain dalam apa-apa

bentuk komunikasi ia dinamakan sebagai interaksi. (Bubolz dan Sontag,

1993) menjelaskan rangsangan yang wujud hasil interaksi pula boleh

mengubah tingkah laku individu yang terlibat. Melalui program FAST,

ibu bapa dan remaja akan dipandu melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Setiap aktiviti mempunyai kekuatan dari aspek komunikasi, keterbukaan,

kasih sayang dan hormat menghormati yang membolehkan peserta

berinteraksi antara satu sama lain.

Arnett (2003) mentakrifkan remaja sebagai tempoh melalui konflik dengan

ibu bapa, perubahan emosi yang cepat dan perilaku yang berisiko.

Perubahan fizikal, kognotif, emosi dan sosial menyebabkan remaja terlibat

dengan krisis dan mula cenderung untuk terlibat dengan perbuatan salah

59
laku jika krisis tersebut tidak ditangani dengan betul. Ini selari dengan

kajian Zirpollli, (2005) yeng menjelaskan zaman remaja merupakan transisi

kepada zaman kanak-kanak ke zaman dewasa dan zaman “storm and

stress” G. Stanley Hall (1904). Perubahan-perubahan tersebut berlaku

seiring dengan perubahan yang dialami dalam pergaulan dengan rakan

sebaya, perubahan dalam perhubungan dengan ahli keluarga, guru dan

masyarakat sekeliling. Remaja yang tidak berupaya mengadaptasi

perubahan diri mereka dengan keadaan sekeliling akan mengalami tekanan

(Rohani, 2012) dan menjejaskan perkembangan psikologi remaja dan

mendorong mereka terlibat dengan perbuatan salah laku (Fariza,2005)

Justeru program FAST bertindak sebagai pemangkin kepada hubungan

yang lebih baik antara ibu bapa dan keluarga, guru serta masyarakat.

Hubungan yang baik ini akan membantu ibu bapa memperkasakan

kefungsian keluarga secara menyeluruh bagi mewujudkan perasaaan

selamat dan merasakan diri mereka adalah ahli keluarga yang berfungsi dan

berhak mendapatkan kasih sayang serta penghormatan. Mengikut

Khairulaniza (2007), kejayaan misi membangunkan modal insan bukan

hanya terletak di bahu pihak sekolah mahupun kerajaan, tetapi harus

didokong oleh ibu bapa. Kerjasama ini telah wujud dalam kalangan ibu

bapa di dunia seperti Jepun, China dan India (Hussein, 2007).

Bronfrenbrenner juga mendapati “mesosistem” berfungsi apabila adanya

interaksi “mikrosistem” contohnya apabila ibu bapa dan sekolah

60
berkolaborasi atas urusan pendidikan anak-anak (juga sekiranya ibu bapa

mengendali dan memantau aktiviti dengan rakan sebaya).

Melalui kajian ini, hubungan luas antara remaja dengan lapisan dalam

program FAST ini memberi impak kepada pembentukan tingkah laku

remaja. Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2012),

mendapati murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang

menunjukkan teladan sebagai professional. Melalui program FAST, selain

guru, fasilitator dan model Wakil remaja yang terpilih merupakan individu

yang mempunyai personaliti yang menarik. Dijangkakan lingkungan

“mesosistem” dalam program FAST dapat membantu meningkatkan

keyakinan peserta dan membentuk aura positif dalam tingkah laku remaja.

Bronfenbrenner, 1979 menjelaskan tentang sistem luaran di mana ia adalah

konteks sosial. Individu tidak mempunyai peranan aktif; namun masih

mempengaruhi kehidupannya. Contohnya dalam latar keluarga, pekerjaan

ibu merupakan sistem luaran kepadanya. Anak tidak terlibat secara

langsung dengan pekerjaan ibu bapa. Namun begitu, polisi pekerjaan ibu,

beban tugas dan masa kerja ibu mempengaruhi kehidupan anak. Sistem

luaran juga boleh terdiri daripada struktur sosial yang meliputi sistem

mikro yang melibatkan individu yang mempengaruhi cara individu

berfungsi dalam sistem mikro. Dalam kajian ini persekitaran tempat

program dilaksanakan dan tempat tinggal remaja sebagai ekosistem dalam

kajian ini. Teori Ekologi memberi penekanan kepada faktor penting yang

memainkan peranan dalam rantaian kehidupan remaja dan ahli

61
keluarganya. Walau bagaimanapun teori ini membantu menerangkan

bagaimana kebudayaan mempengaruhi keseluruhan konteks sosial dan

memberikan rangka untuk campur tangan ke atas sensitiviti budaya dengan

mengambil kira faktor persekitaran dalam kalangan keluarga minoriti.

Begitu juga dengan program FAST yang mengadaptasi budaya tempatan

dalam program yang dilaksanakan bagi memberikan keyakinan kepada para

peserta untuk mengikutinya hingga selesai.

2.9 Rumusan

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah teliti, ternyata banyak masalah-

masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja hari ini dipengaruhi

oleh persekitaran mereka. Adanya jurang di antara ibu bapa, remaja dan

persekitaran menyebabkan remaja terus terbiar tanpa kawalan. Keadaan ini

amat merugikan negara, terutamanya jika remaja yang bakal mewarisi

pembangunan negara gagal menunjukkan keupayaan diri mereka menjadi

remaja yang berguna. Justeru, amat wajar program FAST diperkenalkan

sebagai pemangkin kepada keluarga dan remaja dalam membina semula

persekitaran dan sahsiah mereka. Melalui program FAST, remaja

didedahkan kepada aktiviti yang memberi nilai kepada jiwa mereka. Aspek

komunikasi diberi penekanan sama ada secara verbal ataupun non-verbal.

Remaja diberi masa untuk menyelami diri ibu bapa masing-masing dan

menyedari akan kepentingan diri mereka kepada ibu bapa. Namun

kelompangan dari segi sumbangan teori terhadap program ini masih belum

diisi sepenuhnya. Oleh itu, kajian ini akan meneroka peranan Teori Ekologi

62
dalam keberkesanan program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu

bapa dalam menangani masalah sosial remaja.

63
Rajah 2.3: Kerangka Teoritikal Kajian
1
1
BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada penulisan dan kajian-

kajian lepas yang telah dijalankan sama ada di dalam negara atau luar

negara berhubung dengan semua aspek yang bersesuaian dengan tajuk

kajian serta menepati tujuan permasalahan kajian. Tinjauan kajian lepas

dalam kajian ini akan tertumpu kepada beberapa bahagian iaitu

perbincangan mengenai masalah sosial remaja, kefungsian keluarga dan

perbincangan mengenai program FAST yang menyentuh latar belakang

pelaksanaan program ini, pengisian FAST, peranan yang dimainkan,

kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dan sasaran program FAST di

Malaysia.

Seterusnya tumpuan turut diberikan kepada kerangka konseptual kajian

diikuti perbincangan Teori Ekologikal Bronfenbernner (1979, 1993, 1994)

dan implikasi teori terhadap kajian.

2.2 Masalah Sosial Remaja

Kajian terhadap masalah sosial di kalangan remaja yang kebanyakannya

memegang status pelajar ini tetap diberi perhatian dari masa ke semasa.

Terdapat penggunaan istilah dan terma yang berbeza tetapi mempunyai

tumpuan dan maksud yang hampir sama iaitu masalah sosial, gejala sosial

dan pelanggaran disiplin. Azlina Abdullah


2 dalam kajiannya terhadap tema

24
BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang prosedur pelaksanaan kaedah kajian iaitu kaedah

kualitatif. Perbincangan meliputi soal reka bentuk dan kaedah kajian, prosedur

pengumpulan data serta pengurusan dan analisis data bagi menjawab soalan-soalan

kajian. Dalam bahagian ini juga pemilihan pendekatan kajian, prosedur

persampelan yang meliputi pemilihan peserta kajian, tempat dan tempoh turut

diperjelaskan. Pengkaji akan memberi fokus kepada teknik yang digunakan seperti

temu bual dengan peserta program FAST (remaja dan keluarga), wakil guru, wakil

remaja, kaunselor serta perbincangan mengenai teknik pemerhatian, dan aspek

triangulasi. Bagi melengkapkan kajian kualitatif, aspek kesahan dan

kebolehpercayaan turut dibincangkan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Pemilihan reka bentuk kaedah kualitatif dipilih adalah untuk membolehkan

pengkaji meneroka dan memahami kesan program FAST. Ini kerana reka bentuk

kualitatif adalah bersesuaian bagi kajian penerokaan (Crawford & Irving 2009).

Sesuatu kajian kes harus memberi penelitian kepada subjek yang mempunyai satu

kriteria atau ciri yang ingin dikaji (Burn, 1995). Ini bermakna bagi sesuatu kajian

kes, tumpuan pengkaji adalah mengkaji tentang individu atau peristiwa-peristiwa

dalam lingkungan budaya dan persekitaran mereka.


3
Reka bentuk yang dipilih bagi kajian ini sesuai untuk pengkaji meneroka dan

mendalami keberkesanan program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa

terhadap pembentukan sahsiah remaja yang menyertai FAST. Ia juga membantu

pengkaji untuk memahami secara mendalam aktiviti-aktiviti FAST yang

mempengaruhi aspek-aspek keperluan persekitaran keluarga yang dapat membantu

ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab sebenar. Melalui kajian kes, maklumat

yang amat teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk menjawab persoalan kajian.

Menurut Yin (1994), kajian kes juga memfokus kepada penerokaan yang memberi

huraian yang holistik atau menyeluruh serta memberikan penjelasan kepada sesuatu

peristiwa yang berlaku secara mendalam. Pandangan ini disokong oleh Patton

(1990) yang menegaskan bahawa pengkajian kajian kes memberi peluang kepada

pengkaji untuk menyelidik sesuatu isu secara mendalam bagi mendapatkan

kepastian berdasarkan gambaran sebenar. Mengikut Creswell (1998) pula, kajian

kes merupakan eksplorasi ke atas satu sistem yang mempunyai batasan satu kes

(atau beberapa kes) yang diselidik dalam satu jangka masa agak panjang dan bukan

sahaja melibatkan kutipan data secara terperinci dan mendalam malah data juga

boleh diperolehi dari sumber yang berbeza-beza.

Antaranya adalah temu bual, pemerhatian dan analis dokumen. Beliau menegaskan

penyelidikan yang merujuk kepada reka bentuk sebagai keseluruhan proses

penyelidikan, daripada proses pengkonseptualan masalah kepada proses penulisan

laporan. Penelitian terhadap kes yang menjadi fokus perbincangan adalah

bersesuaian dengan kaedah kajian kes yang mampu mewujudkan batasan dari segi
4
skop, masa, peserta kajian dan tempat yang memungkinkan sesebuah kajian dapat

dijalankan secara mendalam dan menyeluruh (Marohaini, 1998).

Ini disokong oleh Merriam (2001), di mana reka bentuk kajian kes digunakan untuk

mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang sesuatu situasi serta makna

situasi tersebut bagi mereka yang mengalaminya (Noraini Idris, 2010). Merriam

(2002) juga mentakrifkan kajian kes sebagai entiti tertentu seperti orang, tempat,

program, proses, masyarakat dalam sistem tertutup yang memiliki keunikan sifat

pada pandangan pengkaji. Oleh itu pengkaji dianggap sebagai instrumen utama

dalam mengumpul dan menganalisis data. Oleh yang demikian, kajian ini akan

melibatkan temu bual, pemerhatian dan analisis secara mendalam terhadap sumber

utama yang terdiri daripada peserta dan ahli komuniti yang menyertai program

FAST bagi menerokai pengalaman dan pandangan mereka terhadap kesan program

FAST ke atas pemerkasaan peranan ibu bapa.

Seterusnya, bagi kriteria pemilihan peserta kajian, ia dibuat berdasarkan skop kajian

iaitu peserta program FAST yang mengikuti program tersebut selama lapan hingga

sepuluh minggu dan menamatkan pengajian melalui majlis graduasi. Sementara itu,

skop masa dan tempat kajian adalah bersesuaian dengan pelaksanaan kajian

dijalankan iaitu persekitaran tempat tinggal keluarga dan remaja serta waktu yang

bersesuaian untuk mengendalikan proses pengkajian. Kajian kes ini juga

melibatkan pengumpulan data secara pemerhatian di kawasan persekitaran remaja

serta analisis dokumen bagi memantapkan proses pengumpulan data.

5
Menurut Bogdan & Biklen (2003), kajian yang melibatkan penggunaan data yang

pelbagai dan peserta kajian yang berbeza adalah dianggap kajian pelbagai kes

(multiple case) kerana pengkaji dapat membuat perbandingan dari segi persamaan

dan perbezaan data yang diperoleh. Data-data yang diperoleh membolehkan

pengkaji melakukan teknik triangulasi data atau semakan silang bagi memastikan

data yang pelbagai dapat memberi maklumat dan kefahaman yang tepat terhadap

kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu perkara yang diselidik. Tanggapan ini

bersamaan dengan Weirsma (1991), yang menjelaskan triangulasi merupakan

teknik kesahan silang (cross validation) kualitatif yang digunakan untuk menilai

atau mentaksir sama ada data yang diperoleh mencukupi melalui pemusatan

(convergence) maklumat ke arah dapatan umum yang dipersetujui bersama.

3.2.1 Rasional Pemilihan Kaedah Kes Secara Kualitatif

Reka bentuk kajian kes yang merupakan penerangan dan penganalisisan terperinci

sesuatu fenomena atau unit sosial seperti seorang individu, sebuah kumpulan,

sebuah institusi atau komuniti dianggap sesuai bagi kajian ini (Noraini Idris, 2010).

Menurut Denzin dan Lincoln (2004), penyelidikan kualitatif adalah mengkaji latar

belakang semula jadi berusaha menjelaskan, seterusnya menterjemahkan makna

yang cuba disampaikan dalam bentuk yang difahami. Minat pengkaji untuk

meneroka dan meneliti tentang keberkesanan program FAST berdasarkan Toeri

Ekologi Bronfenbrenner (1979,1993) yang membolehkan pengkaji menyelidik,

memerhati dan meneliti tentang situasi sebenar berasakan pengalaman, dan luahan

perasaan berhubung dengan persoalan yang dikaji amat bersesuaian dengan kajian

kualitatif.

6
Pemilihan pendekatan kajian yang digunakan ini adalah bersesuaian dengan

pandangan Van Maanen (1983); Miles dan Hubermann (1984) yang menjelaskan

bahawa pemilihan kaedah kes secara kualitatif juga berpunca daripada minat

pengkaji untuk meneroka, membuat penemuan dan interpretasi, bukan untuk

menguji hipotesis.

Keberkesanan program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa dalam

menangani masalah sosial remaja yang kompleks dan dinamik dapat digambarkan

dengan jelas dan menyeluruh melalui pendekatan yang bersifat kualitatif kerana

kaedah ini memungkinkan pengkaji memerhati dan meneliti proses atau peristiwa

yang wujud. Dalam konteks kajian ini, pendekatan kualitatif dapat memberi

tumpuan kepada program FAST yang mempunyai satu kriteria atau ciri yang ingin

dikaji. Rasionalnya pemilihan kajian kes secara kualitatif ini adalah kerana kajian

melibatkan pengalaman sebenar peserta dalam program FAST yang dikaji.

Oleh yang demikian, pendekatan kepada penyelidikan kajian kes kualitatif

digunakan untuk memahami secara terperinci mengenai fenomena yang berlaku

dan memahami pengalaman yang dilalui peserta kajian (Cresswell, 2003). Kaedah

kualitatif ini juga membenarkan pengkaji menyiasat isu yang dikenal pasti dengan

lebih mendalam dan terperinci agar isu yang dikaji dapat mengekalkan ciri-ciri

keasliannya (Patton 1990). Manakala bagi mendapatkan maklumat yang

jitu, pengkaji menggunakan prosedur persampelan bukan kebarangkalian.

Pengkaji berpeluang untuk meneroka dan memahami persoalan yang dikaji dengan

lebih mendalam dan ini amat bersesuaian dengan kaedah kajian kes kerana melalui

kaedah ini permasalahan yang timbul dapat diteliti dengan cara memerhati,
7
mendekatkan diri dan berinteraksi dengan para peserta. Melalui teknik tersebut,

kesan program FAST dapat dilihat dan dikaji dalam konteks tidak terasing kerana

pengkaji berusaha meneliti kesan sebenar ke atas pemerkasaan ibu bapa dan ke atas

remaja dengan menyelami aspek komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan

hormat menghormati melalui luahan pandangan dan perasaan peserta yang sebenar-

benarnya.

Oleh yang demikian, pendekatan kualitatif yang menumpukan kepada situasi

sebenar amat diperlukan memandangkan dalam penyelesaian terhadap

permasalahan yang berkaitan dengan pendidikan adalah melibatkan manusia yang

memerlukan penyelesaian yang realistik dan berasas (Merriam 1989). Melalui temu

bual yang mendalam pengkaji bukan sahaja memperoleh kepastian dan pengertian

tentang persoalan yang dikaji, malah pengkaji sebagai alat utama kajian dapat

menjelaskan dengan lebih teliti terhadap pandangan, idea, luahan perasaan dan

pelakuan peserta ketika proses temu bual dilakukan. Dalam hal ini, Lincoln dan

Guba (1985) menjelaskan bahawa manusia sebagai pengkaji dapat menilai sesuatu

perkara berdasarkan perasaan empati yang melihat sesuatu dari kaca mata peserta

kajian.

Sementara itu, melalui pemilihan kajian kes secara kualitatif yang dipilih pengkaji

juga berpeluang menjalankan pemerhatian di dalam ruang lingkup tempat tinggal

keluarga bagi memahami perlakuan yang jelas berhubung dengan persekitaran

keluarga semasa program FAST. Ini menunjukan kajian kualitatif merupakan bukti

daripada pelbagai sumber diperlukan dalam kajian kes untuk mewujudkan kesahan

konstruk dan kebolehpercayaan (Yin, 1994). Menurut Burn (1995), untuk


8
mendapatkan gambaran yang lengkap sesuatu kajian kes mesti mengumpulkan data

dari pelbagai sumber bagi membolehkan kefahaman yang mendalam terhadap

sesuatu penyelidikan.

Hal ini merupakan sebahagian daripada proses triangulasi yang dapat menghasilkan

dapatan berkaitan konsep yang dikaji dengan lebih tepat dan meyakinkan (Patton

1990; Yin 1994).

Namun kaedah yang paling releven adalah triangulasi kaedah (methodological

triangulation) seperti yang disarankan Denzin (1970). Triangulasi metodologi ini

dibahagikan kepada dua kategori, iaitu triangulasi dalam kaedah (methodological

triangulation) dan triangulasi antara kaedah (methodological between

triangulation). Triangulasi dalam kaedah berkait dengan perbuatan mereplika

penyelidikan untuk memastikan kebolehpercayaan dan pengesahan teori melalui

penglibatan sumber data yang pelbagai, manakala triangulasi antara kaedah

merujuk kepada penggunaan lebih daripada satu kaedah pengumpulan data

penyelidikan (Noraini Idris, 2010).

Sehubungan dengan itu, sepuluh orang peserta (lima orang ibu dan lima orang

remaja) daripada lima buah keluarga FAST yang berbeza, setiap seorang daripada

wakil komuniti FAST dipilih sebagai informan kajian utama membolehkan data

dikumpul dan dianalisis untuk melihat persamaan dan perbezaan dapatan yang

timbul daripada pelbagai kes tersebut. Ini bersamaan dengan Miles dan Huberman

(1994), yang menyatakan kaedah kajian ini membolehkan data yang dikumpul

dianalisis dengan cara melihat persamaan dan perbezaan dapatan yang timbul

daripada pelbagai kes. Secara umumnya, kaedah kualitatif dapat mendalami


9
pengalaman manusia termasuk meneliti kronologi pemikiran mereka dan

menganalisis peristiwa yang mengakibatkan satu tindakan sehingga terhasilnya satu

laporan yang jelas dan terperinci, dan ini dipersetujui oleh semua para penyelidik

kualitatif.

Kesimpulannya, dalam konteks kajian ini pemilihan kajian kes secara kualitatif

adalah berdasarkan beberapa kewajaran. Antaranya adalah kerana pemilihan kajian

kes telah terbukti melalui penggunaan penyelidikan yang lain dalam penyelidikan

penulisan. Selain itu, pendekatan kajian kes kualitatif juga dapat mengekalkan

aspek persekitaran yang sebenar semasa proses pengutipan data dan penganalisisan

data dilakukan, membolehkan pengkaji mengenal pasti dan menghurai kepentingan

dan keperluan program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa dalam

menangani masalah sosial remaja. Penggunaan manusia sebagai alat penyelidikan

utama dapat menghasilkan kajian yang bermakna melalui perincian luahan perasaan

dan pandangan berhubung keperluan program FAST dalam meneroka kehidupan

sesebuah keluarga.

Oleh yang demikian, kesesuaian kaedah ini memberi peluang kepada pengkaji

memahami persoalan kajian secara lebih mendalam dan terperinci. Sebagai satu

bentuk reka penyelidikan, kajian kes dapat menyediakan maklumat yang kaya dan

mendalam dengan menumpukan kepada sesuatu fenomena untuk meneroka

interaksi faktor-faktor yang signifikan tentang fenomena yang dibincangkan.

Dengan itu, kajian kes merupakan kajian yang sangat “versatile” dan fleksibel

dengan menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data (Othman 2007).

10
Rangka kajian dibentuk bertujuan untuk menjelaskan proses penyelidikan bermula

daripada pemilihan reka bentuk kajian, diikuti dengan prosedur persampelan,

prosedur pengumpulan data dan penganalisisan data. Penjelasan terperinci akan

dilakukan terhadap persampelan, kesahan dan kebolehpercayaan, instrumen kajian

serta integrasi teori dan literatur. Integrasi teori dan literatur serta kesahan dan

kebolehpercayaan adalah langkah yang diambil secara berterusan bagi memastikan

data yang diproses dapat memberi kefahaman yang tepat terhadap kajian yang

dilaksanakan. Keseluruhan reka bentuk kajian kes kualitatif bagi kes ini akan

dipaparkan melalui rangka kerja kajian di dalam rajah di bawah.

Rajah 3.1: Reka Bentuk Kajian Kualitatif

3.3 Prosedur Persampelan

Rangka kajian dibentuk bertujuan untuk menjelaskan proses penyelidikan bermula

daripada pemilihan reka bentuk kajian, diikuti dengan prosedur persampelan,

prosedur pengumpulan data dan penganalisisan data. Penjelasan terperinci akan

dilakukan terhadap persampelan, kesahan dan kebolehpercayaan, instrumen kajian

serta integrasi teori dan literatur. Integrasi teori dan literatur serta kesahan dan

kebolehpercayaan adalah langkah yang diambil secara berterusan bagi memastikan

data yang diproses dapat memberi kefahaman yang tepat terhadap kajian yang

dilaksanakan.

3.3.1 Kaedah Persampelan

Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang merupakan satu

proses pengambilan sampel daripada mana-mana individu dalam populasi yang


11
memenuhi kriteria peserta kajian. Pengkaji boleh memilih sampel dan tempat yang

dijangkakan boleh memberikan maklumat yang tepat (Cresswell, 2003; Gay &

Airasian 2003). Pemilihan peserta menggunakan teknik ini adalah berdasarkan

bahawa tiap-tiap peserta kajian akan memberikan maklumat yang sesuai bagi

meningkatkan kemungkinan pelbagai perspektif dan pandangan tentang perkara

yang sama dalam fenomena sosial yang dikaji (Othman, 2007) dan juga

berdasarkan peserta kajian yang dipilih boleh menyampaikan maklumat tentang

sesuatu fenomena secara holistik dan bermakna (Creswell 2008; Gay, Mills &

Airasian 2006).

Bahagian ini akan membincangkan tentang prosedur persampelan yang meliputi

pemilihan peserta kajian, lokasi kajian serta jangka masa kajian. Merriam (1998),

memberi pandangan terhadap pemilihan sampel iaitu pengkaji perlulah mengambil

kira aspek-aspek seperti di mana, bila, siapa dan apa yang perlu diperhatikan.

Menurutnya lagi pengkaji perlu mengambil kira perkara yang melibatkan orang,

lokasi, masa dan peristiwa. Lazimnya, individu yang terpilih sebagai responden

dalam persampelan bertujuan mempunyai segala maklumat, perspektif atau apa saja

bahan yang berkaitan dengan tujuan kajian pengkaji.

Bagi memenuhi keperluan pengumpulan data, pengkaji telah memilih lima belas

orang (lima ibu/ bapa dan lima remaja) daripada lima buah keluarga dan lima orang

wakil dari setiap komuniti yang terlibat program FAST. Pengkaji berpendapat lima

belas orang peserta dengan lima buah keluarga yang menyertai program FAST

merupakan jumlah yang wajar kerana bersesuaian dengan peruntukan masa yang

ada dan tidak menjejaskan mutu kajian. Merriam (1998) turut mencadangkan
12
supaya kaedah persampelan bertujuan digunakan jika jumlah sampelnya kecil

seperti kajian kes. Untuk itu pengkaji mendapatkan persetujuan peserta kajian

dalam lawatan awal dan membuat temu janji sebelum kajian dijalankan. Peserta

kajian diminta memilih sendiri masa dan tempat yang sesuai untuk ditemu bual.

3.3.2 Pemilihan Peserta Kajian

Bagi mendapatkan peserta kajian, pengkaji memberi fokus kepada peserta yang

mengikuti program FAST sehingga tamat dan bergraduasi. Pemilihan peserta kajian

tidak dilakukan berdasarkan masalah yang dihadapi oleh keluarga atau remaja,

tetapi berdasarkan penyertaan dan komitmen mereka di dalam program FAST. Ibu

atau bapa dan remaja FAST merupakan peserta kajian utama yang membekalkan

maklumat yang diperlukan yang terdiri daripada dua buah keluarga di bawah

tanggungan ibu tunggal dan tiga buah keluarga dari kalangan berpendapatan

rendah. Daripada jumlah itu peserta kajian terdiri daripada lima peserta wanita

merupakan ibu kepada remaja berserta empat orang remaja lelaki dan seorang

remaja perempuan. Pemilihan lima buah keluarga ini berdasarkan komitmen

mereka begitu tinggi selama lapan hingga sepuluh minggu dalam usaha

merealisasikan program FAST dan menjadi keluarga pertama yang menamatkan

program FAST di Malaysia. Ini memenuhi syarat program FAST di mana hanya

keluarga yang berjaya menamatkan program selama 8 minggu dan memiliki sijil

FAST sahaja layak menjadi ahli ‘fastwork’.

Sungguhpun demikian, setiap peserta yang dipilih merupakan peserta yang bersedia

dan rela untuk turut serta tanpa apa-apa paksaan. Menurut Merriam (1998),

pemilihan peserta kajian hendaklah berasaskan kriteria kemampuan peserta kajian


13
membekalkan maklumat yang diperlukan untuk kajian yang dijalankan. Untuk itu,

kaedah persampelan bertujuan digunakan dengan andaian peserta kajian yang

dipilih dapat memberikan maklumat kepada pengkaji berkenaan fokus kajian.

Pengkaji turut menemu bual lima orang yang berada dalam program ini bagi

mendapatkan maklumat tentang keberkesanan program terhadap peserta-peserta

kajian. Lima orang yang dipilih terdiri daripada lelaki dan perempuan merangkumi,

wakil guru, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan wakil remaja (rakan

sebaya), wakil mahasiswa (remaja contoh) daripada universiti dan wakil institusi.

Pemilihan ini telah dilakukan sendiri oleh peserta kajian.

Sehubungan dengan itu, pengkaji terlebih dahulu mendapatkan keizinan dari pihak-

pihak yang terlibat iaitu peserta sendiri, terutamanya keluarga dan remaja-remaja

yang terlibat. Oleh itu, bersesuaian dengan tempoh masa dan kehendak ujian,

pengkaji telah menemu bual lima belas orang peserta kajian yang terdiri wakil

daripada lima buah keluarga, dan lima orang yang mewakili komuniti FAST yang

mengikuti program FAST sehinggalah menamatkan program yang dianjurkan oleh

pihak Universiti Putra Malaysia.

Memandangkan masa kajian tidak melibatkan waktu persekolahan dan kumpulan

pelajar peperiksaan, maka pengkaji perlu mendapatkan kebenaran pihak universiti

bagi melaksanakan kajian ini dan kebenaran ibu bapa sebagai peserta kajian.

Namun kebenaran dari Kementerian Pelajaran masih diperlukan untuk megakses

data murid di sekolah.

14
Secara khususnya, pemilihan peserta adalah berdasarkan kriteria yang berikut iaitu

wujudnya;

i. Persetujuan peserta kajian secara sukarela untuk melibatkan diri dalam

kajian ini setelah pengkaji menyatakan tujuan kajian;

ii. Kesanggupan peserta kajian untuk ditemu bual mengikut keperluan kajian

dalam jangka masa tertentu;

iii. Kebenaran pihak universiti dan penglibatan mereka tidak mengganggu

tugas harian; dan

iv. Kepercayaan pengkaji bahawa peserta kajian boleh memberikan

penjelasan berkaitan tindak balas mereka terhadap soalan yang diajukan.

Bagi tujuan rujukan dalam transkripsi dan huraian keseluruhan kajian, peserta

kajian diberikan kod khusus demi memelihara identiti dan hak peribadi mereka.

Peserta kajian utama iaitu ibu dan remaja FAST dirujuk sebagai ibu remaja FAST 1

(IBU F1), ibu remaja FAST 2 (IBUF2), ibu remaja FAST 3 (IBUF3), ibu remaja

FAST 4 (IBUF4) dan ibu remaja FAST 5 (IBUF5). Manakala remaja FAST 1

(FASTr1), remaja FAST 2 (FASTr2), remaja FAST 3 (FASTr3), remaja FAST 4

(FASTr4) dan Remaja FAST 5 (FASTr5). Peserta kajian yang terdiri daripada

orang yang berada di sekitar remaja akan dirujuk sebagai wakil badan bukan

kerajaan (NGO), sebagai (FAST WNgo), wakil ibu bapa (FAST Wib), wakil

Kaunselor (FAST Wkauns), rakan sebaya (FAST Wprs), wakil mahasiswa (FAST

Wmsis) dan wakil fasilitator (FAST WFasi).

3.3.3 Latar Belakang Peserta Kajian

15
Peserta kajian yang menjadi sumber informan utama terdiri daripada lima buah

keluarga FAST yang telah mengikuti program yang dianjurkan oleh CARE U.P.M

selama lapan hingga 10 minggu. Latar belakang peserta kajian adalah seperti

berikut;

Peserta kajian yang pertama (IBUF1) merupakan seorang ibu tunggal yang

mempunyai sepasang anak berusia 16 dan 15 tahun. Beliau berusia dalam

lingkungan 50an dan telah kehilangan suami lebih 10 tahun serta tidak menamatkan

pendidikan menengah. Beliau telah menetap di perumahan Sri Cempaka lebih 10

tahun. Pendapatan bulanan adalah melalui tempahan kuih- muih tradisional. Beliau

telah mengikuti dan menamatkan program FAST dengan jayanya. Beliau

berhadapan dengan anak lelaki remaja yang lebih banyak mengikut rakan sebaya

sebelum menyertai program FAST.

Peserta kajian kedua IBUF2 merupakan seorang wanita yang telah bercerai dan

berkahwin lain. Berusia dalam lingkungan 30an. Bekerja di salah sebuah kilang

berhampiran dan memiliki sepasang anak berusia 16 dan 9 tahun. IBUF2 bekerja

mengikut shift manakala suaminya pula bekerja di sebelah siang. IBUF2

menamatkan pengajian sekolah menengah dan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM). Masalah yang dihadapi oleh keluarga ini adalah hubungan yang renggang di

antara ahli keluarga. Ini menyebabkan anak remaja sering menyendiri dan tidak

bergaul dengan rakan yang lain. IBUF2 berjaya menamatkan program ini sehingga

tamat dengan kehadiran sebanyak 70%.

Sementara itu IBUF3 merupakan ibu kepada lima orang cahaya mata di antara 17

hingga 6 tahun. Berusia 40an, tidak bekerja dan bergantung pada pendapatan suami.
16
Mereka juga menetap di perumahan Sri Cempaka ini lebih daripada 10 tahun dan

mendapat bantuan daripada pelbagai pihak. Namun demikian IBUF3 tidak

mempunyai latar belakang pendidikan menengah dan buta huruf. Beliau juga

mempunyai masalah kesihatan namun memberikan komitmen yang tinggi dalam

mengikuti program ini.

IBUF4 pula seorang ibu tunggal yang berusia dalam lingkungan 50an dan

mempunyai anak di antara 30 hingga 17 tahun. Beliau juga telah menetap di

kawasan perumahan yang sama lebih sepuluh tahun dan menyara hidup melalui

jualan kuih. IBUF4 tinggal bersama-sama anak dan cucunya dan ini menjadikan

keadaan mereka tidak begitu selesa akibat ruang yang terhad. Namun begitu

perbelanjaan isi rumah beliau turut ditampung oleh anak yang tinggal bersama.

IBUF4 juga Tidak menamatkan pendidikan menengah namun aktif dalam aktiviti

yang dianjurkan rukun tetangga. Beliau telah memberikan sepenuh komitmen dan

mengikuti program ini sehingga tamat.

Peserta terakhir mewakili ibu bapa adalah IBUF5 iaitu seorang suri rumah tangga

dalam lingkungan umur 40an. Mempunyai lima orang anak di antara 4 hingga 16

tahun. IBUF5 bergantung kepada suami yang bekerja sebagai pemandu lori. Beliau

menamatkan pendidikan menengah dan telah menetap lebih sepuluh tahun di

kawasan perumahan yang sama. Beliau juga berjaya mengikuti program ini

daripada awal sehingga tamatnya program.

Sementara itu bagi peserta remaja pula, peserta pertama dikenali sebagai FASTr1

merupakan remaja lelaki berusia 16 tahun. Anak kepada (IBUF1), dan mempunyai
17
seorang adik perempuan. FASTr1 merupakan remaja yang aktif namun mempunyai

masalah dari segi perhubungan dengan keluarga dan rakan sebaya. Pernah ponteng

sekolah dan sering gagal dalam peperiksaan ataupun ujian. FASTr1 Mengikuti

program FAST selama lapan hingga 10 minggu, FASTr1 memberikan komitmen

yang baik dalam program ini.

Sementara itu peserta remaja kedua ataupun remaja FASTr2 merupakan seorang

remaja lelaki berusia 16 tahun yang tidak mempunyai masalah berat dari segi

disiplin. Tetapi remaja ini pernah ponteng sekolah dan suka menyendiri. Remaja

FASTr2 mempunyai adik perempuan yang berusia 9 tahun ini sering mengambil

alih tanggungjawab ibu dalam menguruskan rumah apabila ibunya bekerja

mengikut shift. Namun peluang menyertai FAST dimanfaatkan sebaik mungkin

olehnya.

Peserta kajian seterusnya adalah remaja FASTr3, iaitu seorang pelajar lelaki berusia

16 tahun merupakan anak bongsu kepada 3 orang adik-beradik. FASTr3 juga

terlibat dengan masalah disiplin ponteng sekolah. Beliau mempunyai tahap

pencapaian yang lemah dalam pendidikan FASTr3 gemar menghabiskan masa

bersama-sama rakan sebaya. Tinggal bersama ibu, abang, kakak ipar dan anak

saudara merupakan cabaran bagi FASTr3.

Sementara itu, peserta kajian keempat FASTr4 merupakan seorang remaja lelaki

yang berhadapan dengan hukuman buang sekolah. Beliau merupakan anak sulung

kepada lima orang adik-beradik. FASTr4 banyak melakukan kesalahan disiplin

seperti ponteng sekolah dan merokok. FASTr4 juga tidak menunjukkan minat

untuk belajar dan berasa rendah diri dengan pencapaian dirinya. FASTr4
18
memberikan kerjasama yang padu dalam program FAST selama 8 hingga 10

minggu ini.

Peserta terakhir mewakili remaja adalah remaja FASTr5 yang merupakan satu-

satunya remaja perempuan yang terlibat dalam kajian ini. Remaja FASTr5 juga

berusia 16 tahun dan tidak mempunyai rekod disiplin namun begitu beliau

berhadapan dengan dengan masalah tidak mempunyai keyakinan diri. Ini

menyebabkan remaja FASTr5 jarang bergaul dengan rakan-rakan sebaya

dengannya dan banyak menghabiskan masa di rumah. FASTr5 walau

bagaimanapun memberi kerjasama sepenuhnya di dalam program ini. Latar

belakang peserta secara ringkasnya dirumuskan dalam jadual 3.2.

Peserta kajian Jantina Latar belakang pendidikan

Peserta kajian 1 Perempuan Ibu tunggal Sekolah rendah

Peserta kajian 2 Perempuan Bekerja Sekolah menengah

Peserta kajian 3 Perempuan Suri rumah Sekolah rendah

Peserta kajian 4 Perempuan Ibu tunggal Sekolah menengah

Peserta kajian 5 Perempuan Suri rumah Sekolah menengah

Peserta kajian 6 Lelaki Remaja Tingkatan 4

Peserta kajian 7 Lelaki Remaja Tingkatan 4

Peserta kajian 8 Lelaki Remaja Tingkatan 4

Peserta kajian 9 Lelaki Remaja Tingkatan 4

Peserta kajian 10 perempuan Remaja Tingkatan 4

Jadual 3.2 Latar Belakang Informan Primer

19
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat temu bual turut dilakukan bersama

lima orang wakil daripada kumpulan yang menjadi penggerak program FAST.

Antaranya wakil institusi kerajaan iaitu seorang pegawai daripada Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM). Penglibatan pegawai kerajaan bertujuan untuk

memberi pendedahan terhadap usaha awal yang diambil oleh pihak instiusi

pendidikan Universiti Putera Malaysia (UPM) dengan kerjasama pihak sekolah

sebelum pelajar terjebak dalam kes jenayah yang lebih serius. Ini kerana pihak

JKM hanya menangani kes-kes remaja yang melibatkan jenayah dan pelacuran

sahaja (Portal Rasmi JKM). Pegawai yang hadir juga berpengalaman menangani

remaja bermasalah sosial yang dirujuk kepada JKM sebelum ditempatkan di

sekolah pemulihan akhlak atau Sekolah Tunas Bakti.

Wakil mahasiswa pula terdiri daripada anggota fasilitator yang telah bersama-sama

program FAST daripada awal sehingga tamat. Seorang Fasilitator dipilih bagi

mewakili kumpulannya yang bertindak sebagai pemudahcara, pembimbing dan

pemerhati dalam setiap aktiviti. Seterusnya seorang guru yang mewakili pihak

sekolah dan bagi kajian ini kaunselor sekolah telah dipilih untuk mendapatkan

maklumat yang kaya bagi tujuan kajian ini. Ini kerana kaunselor turut terlibat dari

awal hingga tamatnya program.

Bagi meneroka keberkesanan program FAST, wakil ibu bapa yang bertindak

sebagai pemerhati turut diambil bagi memperihalkan keberkesanan program ini dari

kaca mata ibu bapa. Manakala wakil rakan sebaya adalah seorang remaja yang

boleh dijadikan contoh oleh kumpulan peserta. Untuk itu, seorang pengawas

sekolah yang mempunyai rekod cemerlang dalam bidang akademik dan bukan

akademik telah dipilih. Kesemua peserta yang dipilih memainkan peranan dan
20
mempunyai maklumat yang mampu memberikan dapatan yang holistik bagi

menjawab persoalan kajian ini. Latar belakang Informan adalah seperti dalam

jadual di bawah;

Peserta kajian Jantina Latar belakang pendidikan

Wakil institusi

(Jab.kebajikan

Masyarakat)

perempuan Professional Ijazah

Wakil Mahasiswa Lelaki Pelajar Sedang mengikuti pengajian

Wakil sekolah Perempuan Profesional Ijazah sarjana

Wakil ibu bapa Lelaki bekerja Ijazah

Wakil rakan sebaya perempuan Pengawas sekolah Sekolah

Menengah

Jadual 3.3 Latar Belakang Informan Sekunder

3.3.4 Lokasi Kajian

Kajian ini melibatkan keluarga FAST yang tinggal di kawasan perumahan Sri

Cempaka yang terletak di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Kajian turut

dilaksanakan di SMK Jalan 3 iaitu tempat program FAST dilaksanakan selama 10

minggu berturut-turut. Kedua-dua lokasi ini dipilih berdasarkan kepada kriteria

persekitaran di mana penyelidikan kualitatif lazimnya dilaksanakan dengan berlatar

belakangkan persekitaran semula jadi tanpa sebarang manipulasi ke atas pemboleh


21
ubah yang diselidiki (Noraini Idris,2010). Penentuan tempat kajian juga perlu

mengambil kira sifat dan keperluan kajian bagi memastikan tempat yang dipilih

tidak membataskan apa yang dikaji (Jorgensen 1989).

Kerjasama yang ditunjukkan keluarga mendorong pengkaji memilih tempat

berlangsungnya program dan kawasan tempat tinggal sebagai lokasi kajian. Proses

pembinaan hubungan dengan keluarga tidak mengalami sebarang masalah kerana

pengkaji telah memulakan lawatan semasa program FAST dilaksanakan.

Kebenaran untuk melaksanakan kajian berterusan sepanjang tempoh kajian

dijalankan turut membantu pengkaji. Dalam hal ini, pengkaji bersetuju dengan

pendapat yang dinyatakan Marohaini (2008) iaitu lokasi kajian harus dilakukan di

lokasi yang senang dimasuki, tidak kompleks dan memperoleh kebenaran.

3.3.5 Jangka Masa Kajian

Penentuan tempoh kajian telah ditetapkan pada permulaan kajian lagi. Dalam

konteks kajian ini, tempoh kajian ditetapkan bagi membolehkan pengkaji

menyesuaikan masa kajian. Tempoh kajian ini bermula daripada tarikh pemilihan

fasilitator dan peserta kajian sehingga ke majlis tamat program. Tempoh kajian ini

tidak akan dipanjangkan kerana pengumpulan data akan terganggu apabila remaja

yang terlibat sudah pun meninggalkan alam persekolahan. Jangka masa kajian

sepuluh bulan didapati perlu memandangkan pengumpulan data kualitatif banyak

melibatkan jalinan hubungan dan interaksi secara bersemuka dengan peserta kajian.

Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama lima bulan dan fasa kedua juga

selama lima bulan.

22
Fasa pertama merupakan kelangsungan program FAST tarikh kursus fasilitator

FAST sehinggalah program FAST tamat. Dalam fasa pertama pengkaji akan

melakukan pemerhatian, menemu bual peserta dengan mendalam di samping

membuat catatan serta rakaman visual dan audio visual. Fasa kedua merupakan fasa

melengkapkan data bagi input akhir yang meneroka keberkesanan program dalam

kehidupan seharian.

3.4 Kaedah Mengumpul Data

Kajian ini dilaksanakan melalui tiga kaedah pengumpulan data yang biasa

dilaksanakan dalam kajian kualitatif. Kaedah tersebut ialah i) pemerhatian, ii) temu

bual, dan iii) analisis dokumen (Weirsma 1995 & Gay 1996). Ketiga-tiga kaedah ini

dipilih berdasarkan pengumpulan data dapat melibatkan pengkaji secara lansung

sebagai “non-participant observation” untuk memahami situasi sebenar rutin harian

kehidupan peserta kajian dalam melaksanakan kehidupan seharian mereka.

Pengkaji memilih pendekatan pelbagai kaedah yang berasaskan logik replikasi

dapat menunjukkan kepada pengkaji pola berulang yang boleh membawa kepada

suatu kesimpulan yang mantap tentang fenomena yang diselidiki (Yin, 2003).

Berdasarkan Miles dan Huberman (1984) pengumpulan dan data kajian ini

dijalankan mengikut pertimbangan kriteria seperti; i) latar (setting) tempat kajian

dijalankan, ii) individu yang akan diperhatikan dan ditemu bual; iii) peristiwa

(events) iaitu perkara-perkara yang dilakukan oleh peserta yang diperhati dan

ditemu bual; dan iv) proses yang meliputi perkembangan peristiwa yang dilakukan

oleh peserta di tempat kajian. Oleh yang demikian, pengkaji telah membina rapport

melalui penyertaan dalam program FAST bersama peserta kajian dan tempat kajian

agar data yang diperoleh adalah data yang berguna dan baik untuk tujuan kajian ini.
23
3.4.1 Pemerhatian

Dalam penyelidikan kualitatif, dua kaedah lazim yang digunakan oleh penyelidik

untuk mendapatkan data ialah pemerhatian dan temu bual. Kaedah ini

membolehkan penyelidik memperoleh data secara telus dan serta-merta daripada

peserta, menjadikan data yang dikutip kaya dengan maklumat (Noraini Idris, 2010).

Fox (1998) menjelaskan, teknik pemerhatian selalunya digunakan oleh penyelidik

apabila penyelidik cuba menyelidiki norma, nilai dan maksud terkongsi subjek

yang sedang diselidiki. Pemerhatian yang dibuat bukan hanya terhad kepada proses

merekod data daripada persekitaran sebaliknya sebagai pemerhati (pengkaji) perlu

memerhati secara aktif, mendengar dan menyusun data supaya data yang dikutip

mempunyai makna kepada pengkaji.

Oleh itu kajian berbentuk pemerhatian naturalistic (Naturalistic Observation)

dilaksanakan bagi pengkaji mengamati tingkah laku peserta berdasarkan pemboleh

ubah yang telah dikenal pasti (Sidek, 2002). Bagi mencari jawapan kepada

keberkesanan program FAST ke atas tema utama pengkaji telah menggunakan

peluang untuk memerhati, mendengar, dan mengalami suasana sebenar ketika

program FAST berlangsung selama lapan hingga sepuluh minggu.

Ini sepertimana dapatan Rolfe (2001) dipetik dalam Mukherji (2009) bahawa,

pemerhatian adalah berguna ketika penyelidik hendak memahami atau

menerangkan perilaku harian atau untuk menyelidik sesuatu kesan ke atas perilaku

harian itu. Pengkaji juga memerhati pemerkasaan kuasa ibu bapa terhadap remaja

berhubung dengan kesan daripada program FAST yang mereka sertai. Pemerhatian
24
ini berterusan dalam kehidupan seharian yang dilalui para peserta dalam ruang

lingkup persekitaran keluarga mereka. Pemerhatian merupakan sebahagian daripada

strategi penjanaan data selain daripada temu bual dan analisis dokumen. Teknik

pemerhatian juga mudah dijalankan sekiranya wujud hubungan kerjasama antara

pengkaji dan peserta. Bagi mengukuhkan pemerhatian, pengkaji akan menggunakan

rakaman visual dan video sepanjang program dan sesi temu bual yang berlangsung

jika perlu.

Dari segi teknik pemerhatian, Slack (2001) membahagikannya kepada tiga jenis

iaitu pertama, sebagai peserta kajian (participant), dan bukan peserta kajian (non-

participant), kedua, secara sembunyi (covert) atau secara terang-terangan (overt)

dan ketiga, berstruktur dan tidak berstruktur. Berbeza dengan soal selidik dan temu

bual, memungut data melalui kaedah ini tidak bergantung pada peserta membuat

laporan kendiri, iaitu memberi tahu tentang sesuatu berkenaan dengan diri mereka

mengikut perspektif mereka sendiri. Pengkaji berpeluang mengutip data dengan

memerhati termasuk mendengar fenomena yang sedang berlaku dan mencatat nota

semasa pemerhatian. Pengkaji menulis nota lapangan iaitu rekod atau catatan

berkenaan perkara yang diperhatikan dan didengar termasuk pemikiran dan ideanya

berkenaan perkara yang diperhatikan (Lim, 2007).

Dalam konteks kajian ini sebagai “non-participant observation”, pengkaji

melakukan pemerhatian tidak turut serta supaya peserta tidak menyedari kehadiran

pengkaji dan menunjukkan tingkah laku sebenar. Kaedah ini membenarkan

pengkaji mengalami sendiri keadaan sebenar kes yang dikaji bagi mendapatkan

maklumat yang holistik dan komprehensif. Pengkaji juga memastikan kehadiran


25
tidak mengubah rutin harian peserta. Pemerhatian dilakukan menggunakan rakaman

visual, video dan catatan di dalam buku catatan yang disediakan oleh pengkaji.

Penyelidikan ini juga menggunakan kaedah pemerhatian tidak berstruktur di mana

pengkaji menggunakan pemerhatian bebas di mana semua aspek yang diperhatikan

dianggap sama penting. Menurut Punch (2001), pendekatan pemerhatian

menggunakan pendekatan kualitatif pula adalah berbeza, di mana cirinya yang

kurang berstruktur atau tidak berstruktur sama sekali membolehkan pelakunya

diperhati sebagai sesuatu yang berlaku secara semula jadi. Secara amnya, kaedah

pemerhatian bukan satu kaedah pengumpulan data yang mudah, ia lazimnya

mengambil masa yang lama. Namun demikian jika pengkaji bersabar, dapat

merancang dengan baik waktu pemerhatian dilakukan, serta teliti membuat catatan

dan peka terhadap apa yang diperhatikan kaedah pemerhatian boleh memberikan

data yang kaya dan penuh bermakna. Lebih-lebih lagi sekiranya digunakan bersama

data yang lain (melalui proses trangulasi).

Dalam kajian, pengkaji memerhati corak persekitaran keluarga FAST dan remaja

FAST dalam rutin harian. Pengkaji akan memerhati ke atas apa jua aktiviti yang

dilaksanakan dan mengambil catatan tentang peristiwa yang berkaitan bagi melihat

kesan program FAST ke atas pemerkasaan peranan ibu bapa. Untuk kajian ini,

pengkaji akan memberi penekanan kepada aspek-aspek yang akan diperhatikan.

Contohnya seperti berikut;

26
Jadual 3.4: Aspek dalam Pemerhatian (Sumber; Noraini Idris, 2010)

3.4.2 Temu Bual

Temu bual merupakan strategi keseluruhan pengumpulan ataupun boleh merupakan

salah satu teknik yang digunakan dalam kajian kualitatif (Othman 2007). Mathers

et.al (1998) dan Punch (2001) menghuraikan kaedah temu bual sebagai satu kaedah

yang membolehkan pengkaji mengakses persepsi responden, makna atau

pemahaman yang dibina oleh responden, takrifan responden tentang sesuatu situasi,

dan konstruk realiti dunia sebagaimana dilihat dan dialami oleh responden.

Manakala menurut Baryman dan Bell (2003), temu bual adalah kaedah yang paling

luas digunakan dalam kaedah kualitatif dan Yin (1998) menyatakan temu bual

merupakan satu keperluan dalam kajian kualitatif kerana ia melibatkan pandangan

mereka yang ditemu bual. Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini pengkaji

menggunakan temu bual mendalam sebagai sumber primer bagi mendapatkan data

yang kaya dan jitu. Penggunaan teknik temu bual juga mempunyai beberapa

kelebihan antaranya keanjalan penemubual menyelidik dan menentukan isu yang

hendak diteroka. Penemubual juga bebas mengemukakan soalan baharu yang tidak

dirancang semasa penyediaan instrument temu bual (Patton 2002).

i) Pembinaan Instrumen Temu bual

Temu bual berstruktur di mana pengkaji menggubal soalan terlebih dahulu. Walau

bagaimanapun urutan soalan, bagaimana soalan diajukan dan tindak balas yang

diberikan peserta boleh berubah-ubah. Penemubual juga boleh mengabaikan soalan

yang dirasakan tidak sesuai atau menambah soalan mengikut keperluan (Robinson,

2002). Kandungan temu bual dalam kajian ini adalah berkaitan dengan
27
keberkesanan program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa iaitu dalam

konteks komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan hormat menghormati. Konteks

temu bual adalah menyentuh secara lansung aktiviti-aktiviti yang dijalankan di

dalam program FAST dan apakah kesan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa

program sehingga selama sepuluh minggu berturut-turut ke atas persekitaran

remaja. Melalui temu bual pengkaji akan mendapatkan maklumat mengenai

persekitaran keluarga seperti hubungan antara ibu dan anak remaja, tanggungjawab

dan komitmen ibu dan remaja bagi mewujudkan persekitaran kondusif, dan

keberkesanan program FAST. Temu bual ini juga akan memberi maklumat kepada

pengkaji terhadap perubahan masalah sosial remaja semasa program dan selepas

program dilaksanakan.

Untuk mendapat maklumat tambahan tentang keberkesanan program FAST,

pengkaji akan menemu bual lima orang peserta yang berada di dalam aktiviti

FAST. Lima orang peserta yang dipilih ini akan membekalkan maklumat tambahan

dari pelbagai perspektif. Maklumat tentang persekitaran keluarga iaitu hubungan

antara ibu dan jiran tetangga, penyertaan keluarga, sumbangan keluarga dalam

komuniti dan perhubungan ibu dengan remaja. Temu bual ini juga akan mencungkil

pemerkasaan ibu bapa remaja dari kaca mata peserta yang dipilih di mana peserta

mengenali remaja sebelum bermulanya program FAST sehingga ke waktu temu

bual dijalankan.

Oleh yang demikian, bagi mendapatkan penjelasan yang mendalam, pengkaji telah

menggunakan proses temu bual secara mendalam dan berstruktur dan separa

struktur untuk mendapatkan pandangan, komen dan saranan bagi menambahkan

maklumat mengenai data kualitatif yang dikumpul. Namun begitu, pengkaji


28
memainkan peranan dengan mengawal perbualan dan perbincangan yang

berlangsung. Ini adalah untuk memastikan tiada individu yang menguasai

perbincangan sehingga menyebabkan individu lain hanya menjadi pemerhati.

Dalam proses ini, pengkaji akan memulakan perbualan dengan berkenalan bersama

peserta untuk menimbulkan suasana kemesraan agar tidak timbul jurang antara

pengkaji dan peserta. Hubungan yang baik antara pengkaji dan peserta

membolehkan pengkaji melakukan kajian dengan baik dan memperoleh maklumat

yang kaya. Pembinaan hubungan dalam penyelidikan kualitatif adalah amat perlu

untuk membentuk empati dan persefahaman di antara penyelidik dan peserta kajian

(Hitchcook & Hughes,1995).

Melalui proses temu bual berstruktur, soalan-soalan telah disusun dan dijadualkan.

Dengan menggunakan set soalan yang disediakan data asas yang minimum dapat

diperoleh dari setiap peserta kajian bagi membuat perbandingan antara mereka

(Aini, 1998). Bahkan peserta kajian turut diberi kelonggaran semasa memberi

jawapan dan soalan juga boleh diubah suai turutannya dan teknik menyoal yang

fleksibel (Sidek, 2002). Malahan peserta juga boleh mengabaikan soalan yang

dirasakan tidak sesuai atau menambah soalan mengikut keadaan (Robinson, 2002).

(Lihat Appendix A tentang data terperinci soalan temu bual). Proses temu bual akan

dirakam menggunakan pita rakaman setelah pengkaji mendapat kebenaran daripada

peserta kajian. Malahan pengkaji perlu berhati–hati ketika proses ini dilaksanakan

agar dapat memahami perbualan serta mengawal suasana perbualan bagi

memastikan maklumat tidak bias dan tidak terkeluar dari tajuk yang dibincangkan.

Temu bual akan dijalankan dengan cara yang sistematik, berfokus dan menyeluruh

29
agar ia tidak merugikan pengkaji dari aspek pengurusan masa dan pungutan data

serta kualiti data.

Walau bagaimanapun pengkaji juga memasukkan teknik temu bual tidak

berstruktur atau tidak formal. Ini kerana pengkaji menyedari perbualan juga boleh

berlaku secara tidak spontan. Temu bual tidak berstruktur menjurus kepada

keseluruhan idea yang dirasakan penting dan menarik minat pengkaji. Temu bual

jenis ini digunakan sebagai satu cara untuk memahami pengakuan manusia yang

kompleks tanpa mengelaskan pengakuan tersebut dalam kategori-kategori tertentu

secara priori kerana berkemungkinan akan menghadkan lapangan inkuiri (punch,

2001).

Oleh yang demikian temu bual tidak berstruktur akan berkembang dan berkisar

kepada satu idea am. Justeru pengkaji harus memerhatikan tindak balas yang

ditunjukkan oleh peserta kajian ketika ditemu bual. Menurut Patton (1987), temu

bual tidak berstruktur mempunyai kekuatan dari segi tindak balas peserta kajian

yang biasanya lebih responsif dan penyelidik dapat mewujudkan hubungan yang

bersahaja dengan peserta kajian. pengkaji akan membuat catatan sepanjang

perbualan ini berlangsung selain daripada mendengar, refleksi, menunjukkan

kepekaan terhadap persekitaran termasuk penggunaan bahasa tubuh.

3.4.3 Analisis Dokumen

Analisis dokumen merupakan pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan

daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej

komunikasi yang telah dicetak, disiar atau digambarkan. Dengan kata lain mesej
30
tersebut dapat didengar, diperoleh, dan dilihat dengan merujuk kandungan teks

pada perkataan, maksud, gambar, simbol, idea, tema atau apa-apa sahaja mesej

yang telah dikomunikasikan (Sabhita Marican, 2009: babbie, 2010:332). Antara

analisis yang sering digunakan dalam kaedah kualitatif ialah kaedah tinjauan

dokumen. Kaedah ini merupakan sumber data sedia ada yang dapat membantu

pengkaji menyokong maklumat yang peroleh melalui temu bual dan pemerhatian

(Merriam 1998; Burn 2000). Bukti dokumen juga didefinisikan sebagai artifak atau

sumber yang simbolik seperti tulisan dan tanda juga sebagai bahan yang tidak

simbolik seperti surat, transkrip dari televisyen, dokumen sejarah dan jurnal akaun

dan lain-lain lagi termasuklah hasil kerja seni (Merriam, 2001). Dokumen yang

dikemukakan merupakan bahan yang bersesuaian digunakan bagi menjawab

persoalan dan objektif kajian.

Dalam kajian penerokaan keberkesanan program FAST terhadap pemerkasaan

peranan ibu bapa dalam menangani masalah sosial remaja, pengkaji akan meneliti

dokumen yang ditulis oleh peserta ketika sesi bersemuka semasa program FAST

berlangsung, data kehadiran peserta dan gambar-gambar semasa program

dilaksanakan. pengkaji juga akan meneliti sebarang dokumen yang dapat

menyokong perubahan sikap remaja. Contohnya data pencapaian pelajar seperti

rekod kehadiran serta rekod disiplin dan keputusan ujian.

Kelebihan sesuatu dokumen antaranya mudah diperoleh, tidak perlu mengeluarkan

kos, berasaskan dari latar dan bahasanya, berfaedah untuk menentukan nilai, minat

dan iklim. Data–data dalam bentuk dokumen yang diperoleh juga perlu mendapat

kebenaran pentadbir antaranya rekod kehadiran pelajar dan rekod disiplin di


31
sekolah. Kesemua dokumen ini akan memberikan pengkaji maklumat-maklumat

yang diperlukan bagi menyokong kajian. Namun demikian, dokumen-dokumen ini

akan dinilai terlebih dahulu dari segi keasliannya serta kejituannya untuk

memastikan ia dari sumber sebenar. Guba dan Lincoln (1981) mencadangkan

beberapa soalan yang perlu dikemukakan untuk memastikan dokumen dari sumber

sebenar.

Justeru itu, pengkaji meneliti setiap dokumen yang dikemukakan dan mengajukan

beberapa soalan seperti dari mana ia diperoleh, bagaimana, adakah dokumen yang

lengkap dan asli, adakah maklumat yang terkandung di dalamnya tepat dan bilakah

ia di peroleh. Segala data yang pengkaji peroleh daripada analisis dokumen akan

pengkaji catatkan di dalam buku catatan dan bagi memudahkan pengkaji

mendapatkan maklumat berkenaan dokumen, sistem pengekodan dilakukan bagi

tujuan analisis dan interpretasi.

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian bagi kajian kes melibatkan teknik pengumpulan data seperti

protokol pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. pengkaji akan menjelaskan

protokol bagi ketiga-tiga jenis pengumpulan data bagi membantu pengkaji

mengumpul data dan mendapatkan tema-tema penting untuk menjelaskan persoalan

kajian.

3.5.1 Protokol Pemerhatian

Sebelum memulakan pemerhatian, pengkaji telah menyediakan senarai semak

berdasarkan soalan-soalan kajian, kajian-kajian lepas dan penilaian program FAST


32
telah dijadikan panduan untuk menilai keberkesanan program FAST terhadap

pemerkasaan peranan ibu bapa dalam konteks komunikasi, keterbukaan, kasih

sayang dan hormat menghormati. Pemerhatian berstruktur ini direkod secara

terperinci untuk memudahkan pengkaji menyemak tema-tema yang berkaitan.

Manakala pemerhatian tidak berstruktur membolehkan pengkaji membuat

pemerhatian bebas agar tidak meninggalkan aspek yang penting dalam kajian ini.

Denzin & Lincoln (2003) menjelaskan, pemerhatian melibatkan perlakuan

merakam fenomena yang biasanya menggunakan instrumen dan merakamkannya

untuk tujuan tertentu. Bersama-sama dengan pemerhatian, pengkaji menyediakan

nota lapangan dan protokol pemerhatian yang mempunyai dua lajur kiri dan kanan.

Lajur bahagian kiri akan digunakan untuk nota deskriptif manakala dibahagian

kanan akan dicatat nota reflektif.

Sebagai pemerhati, pengkaji akan mencatat dan merekod segala aktiviti, peristiwa

dan latar fizikal untuk catatan deskriptif manakala komen dan pandangan untuk

catatan reflektif. Menurut Bogdan dan Biklen (2003), segala catatan tentang

spekulasi, perasaan, masalah, idea, andaian atau prasangka boleh dicatatkan

diruangan nota reflektif di sebelah kanan nota lapangan pemerhatian. Justeru itu,

pengkaji akan membuat pemerhatian dan mencatatkan segala maklumat yang

dikehendaki. Begitu juga dengan catatan demografi yang melibatkan masa, tempat

dan tarikh di mana ia akan dicatat bagi membantu pengkaji meneliti latar belakang

kajian. Melalui persediaan yang rapi pengkaji akan memperoleh data yang kaya

bagi menjawab persoalan kajian.

3.5.2 Protokol Temu Bual


33
Teknik temu bual boleh diguna sebagai metod utama pengumpulan data, digabung

dengan metod lain atau hanya dijadikan pendekatan kajian (Robson 2011). Bagi

kajian yang mengguna reka bentuk kajian kes, temu bual adalah teknik yang baik

bagi mengumpul data (Yin 2009). Pengkaji juga menyediakan protokol temu bual

iaitu membina soalan temu bual, mengatur soalan temu bual dan menguji-rintis

soalan temu bual. Semasa proses penyediaan soalan temu bual berstruktur pengkaji

perlu memastikan soalan yang diberikan menjawab setiap soalan kajian. Pengkaji

juga harus menjangka jawapan yang akan diberikan peserta dan soalan susulan

yang boleh dikemukakan secara spontan. Menurut Robinson (2002), di mana soalan

temu bual yang dibina seharusnya tidak terlalu panjang, mengandungi dwi makna,

soalan berpandu, berat sebelah dan mengandungi istilah khas/ perkataan yang tidak

difahami responden. pengkaji akan memulakan temu bual ini dengan dua soalan

umum iaitu;

1) Boleh puan ceritakan latar belakang keluarga puan?

2) Apakah pendapat puan dengan program ini?

Soalan ini diberikan bagi mewujudkan rapport antara pengkaji dan peserta kajian.

Pengkaji kemudian akan mengatur soalan kajian bermula dengan soalan yang

mudah kepada soalan yang mencabar. Ini perlu bagi memastikan peserta berasa

selesa dan hilang rasa takut atau malu. Begitu juga dengan soalan penutup supaya

peserta menyedari bahawa temu bual telah sampai ke penghujung. Bagi

mengukuhkan dapatan, pengkaji akan mengadakan kajian rintis untuk mengenal

pasti soalan-soalan yang baik dan kurang baik serta memperbaiki soalan, jika perlu.

Temu bual ini akan mempamerkan pembinaan hubungan antara program FAST dan

peserta, persekitaran mereka serta sahsiah mereka.

34
3.5.3 Analisis Dokumen

Penggunaan dokumen dapat membantu pengkaji dalam memperoleh data kajian.

Secara amnya analisis dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data

penyelidikan daripada analisi kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap

mesej komunikasi yang telah disiar, dicetak atau digambarkan. Mesej tersebut dapat

didengar, diperoleh, dilihat dengan merujuk kepada kandungan teks pada perkataan,

maksud, gambar, simbol, idea, tema atau apa-apa mesej yang telah

dikomunikasikan (Sabitha Marican,2009:97; Babbie, 2010: 332) dalam Kamarul

Azmi (2012). Oleh itu, pengkaji meneliti dokumen yang berkaitan dengan program

seperti matlamat, impian, luahan hati peserta kajian di samping foto serta video

yang direkodkan sepanjang program. Pengkaji juga akan menyediakan senarai

bahan dokumen yang diperlukan terlebih dahulu. Bagi melancarkan proses analisis

dokumen, pengkaji akan bersama-sama peserta meneliti setiap dokumen yang

dikemukakan kerana pengkaji perlu mengambil kira kebenaran untuk mengambil

dokumen sama ada secara formal ataupun tidak formal. Ketika proses ini berjalan,

pengkaji juga akan mencatat dan menyalin data serta merekodkan perbualan dengan

peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk mengukuhkan

kajian.

3.6 Kajian Rintis

Sebelum kajian ini dijalankan, pengkaji telah menjalankan kajian rintis sebagai

latihan dan pengalaman awal untuk pengkaji melaksanakan kajian ini. Menurut Yin

(1989), kajian rintis di dalam kajian ini dapat membantu pengkaji untuk mengemas

kini perancangan bagi mengumpul data seperti menentukan analisis yang

diperlukan, prosedur yang harus diikuti dalam proses pengumpulan data. Tujuan
35
kajian rintis adalah bagi menguji kefahaman terhadap instrumen kajian yang

digunakan dan memastikan soalan-soalan yang dikemukakan difahami oleh

responden yang sebenar nanti. pengkaji akan meneliti kesesuaian soalan dari aspek

tatabahasa, aras bahasa, struktur ayat dan jawapan yang tepat.

Melalui kajian rintis, pengkaji dapat mengatasi kekurangan instrumen yang dikenal

pasti di peringkat awal. Malahan pengkaji juga dapat mengenal pasti dan menilai

kesesuaian soalan-soalan bagi mengumpul data. Bagi kajian penerokaan

keberkesanan program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa dalam

menangani masalah sosial remaja, kajian rintis dilaksanakan ke atas salah seorang

peserta yang mengikuti program FAST tetapi bukan peserta kajian pada akhir

program mingguan.

Kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti semasa kajian rintis telah diberi

perhatian dan diperbaiki antaranya penggunaan ayat, aras bahasa yang digunakan

perlu sesuai dengan keperluan kajian. pengkaji turut memerhati gerak-geri, bahasa,

nada suara, air muka, dan perasaan peserta terhadap soalan-soalan yang

dikemukakan. Sekiranya terdapat perubahan, pengkaji akan bertindak

mengubahnya. Temu bual dilaksanakan melalui rekod dan setelah temu bual, hasil

tersebut akan dipindahkan ke dalam bentuk teks transkripsi. Maklumat-maklumat

yang pengkaji peroleh daripada transkripsi dapat membantu pengkaji meneliti

kelemahan soalan dan subjek kajian yang akan digunakan. Melalui pemerhatian

rintis masalah yang timbul semasa proses pemerhatian akan dikenal pasti. Aliran

kajian rintis ini akan dijelaskan melalui carta aliran yang ditunjukkan dalam rajah

3.5.

36
Rajah 3.5 ; Carta Alir Proses Kajian Rintis.

Bermula dengan pemilihan reka bentuk kajian, pemilihan peserta kajian rintis,

pengumpulan data rintis, proses penyemakan dari panel pakar dan persetujuan dari

peserta kajian sehinggalah instrument kajian dilakukan. pengkaji seterusnya

melakukan pemurnian ke atas soalan semi berstruktur yang disediakan bagi

memastikan kajian sebenar yang akan dilaksanakan menjawab soalan-soalan kajian

dan memenuhi ciri-ciri kajian kes.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Bagi memastikan kajian mencapai matlamat yang ditetapkan, pengkaji harus

merancang dan melaksanakan proses pengumpulan data. Oleh sebab proses yang

rumit bagi pengumpulan data, ia memerlukan perancangan yang teliti. Prosedur

pengumpulan data melibatkan proses pemilihan peserta kajian, kebenaran bagi

melaksanakan kajian, latar tempat melaksanakan kajian, penyediaan soalan kajian

dan proses pengumpulan data. pengkaji terlebih dahulu mendapatkan kebenaran

menjalankan kajian daripada pihak yang berkenan seperti pihak universiti, dan

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ketika melaksanakan kajian kualitatif, pengkaji harus membina rapport bagi

memudahkan pelaksanaan kajian. Rapport antara pengkaji dan responden adalah

perlu untuk mengurangkan kebimbangan dan pembinaan kepercayaan

(Glesne,1999). Melalui hubungan baik yang dibina, responden akan merasa selamat

dan bebas memberikan tindak balas tanpa dipengaruhi oleh pengkaji. Selepas yakin

dengan hubungan yang terjalin pengkajiakan memulakan pengumpulan data

melalui pemerhatian sebelum temu bual dan analisis dokumen di jalankan. Segala
37
maklumat yang diperoleh perlu diuruskan satu persatu supaya ia dapat memberikan

maklumat yang kaya kepada pengkaji. Selepas proses pengumpulan data, pengkaji

akan menyusun data-data yang diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan

analisis dokumen. Proses pengumpulan data berlaku serentak dengan proses

penyusunan data agar pengkaji mendapat gambaran yang jelas terhadap persoalan

kajian. Justeru pengurusan harus dilaksanakan dengan lebih teliti dan berhati-hati

kerana kepelbagaian data dan jumlahnya yang banyak memerlukan pengkaji

menjalankan pengasingan mengikut tema secara berperingkat-peringkat. Antara

aspek lain dalam pengurusan data termasuklah membuat transkripsi, pengekodan,

dan merekodkan data, menganalisis data dan menulis laporan.

Pengkaji juga perlu mengemas kini data secara berperingkat-peringkat. Kerja-kerja

pengurusan data adalah meliputi penulisan transkripsi, pengekodan, pemprosesan

data serta membuat rumusan. pengkaji turut melabelkan rakaman dengan nama

subjek, tempat dan tarikh temu bual. Pelabelan akan memudahkan pengkaji

membuat rujukan dengan sistematik. Selain dari itu, pengkaji juga akan membuat

transkripsi bagi setiap sesi temu bual kerana suasana perbualan tersebut masih jelas.

Pita rakaman akan dimainkan berulang kali agar pengkajidapat memindahkan

setiap perkataan yang dinyatakan responden dengan tanpa mengubah kenyataan

tersebut.

3.8 Prosedur Penganalisisan Data

Analisis data merupakan suatu proses analisa yang dilakukan secara sistematik

terhadap data yang telah dikumpulkan. Proses analisis data melibatkan beberapa

peringkat untuk tujuan analisis iaitu transkripsi, organisasi data, pelaziman


38
(membiasakan diri dengan data), koding, tema, demonstrasi kepercayaan dan

kesahan dan laporan. Kerja-kerja membuat indeks bagi setiap transkrip dengan kod-

kod yang sesuai amat penting bagi memudahkan proses mendapatkan semula data.

Maklumat temu bual masih dalam bentuk perkataan, simbol, ayat-ayat penceritaan

daripada peserta kajian. Oleh yang demikian, analisis secara kualitatif, ayat-ayat

dan perkataan-perkataan akan ditukar kepada kod-kod petikan supaya mudah

difahami. Proses pengekodan dan mengkategorikan data yang diterima dilakukan

bagi mengenal pasti bentuk-bentuk tema yang bersesuaian. Bagi data kajian kes

berhubung dengan kesan program FAST ke atas persekitaran keluarga dan

pembentukan sahsiah remaja ini, pengkaji menggunakan pendekatan interpretif –

deskriptif iaitu pendekatan yang menjelaskan seberapa tepat yang boleh tentang

perkara yang hendak difahami oleh pengkajidan dihuraikan semula dalam bentuk

yang lebih jelas dan mudah difahami. Data boleh dianalisis secara manual ataupun

menggunakan perisian berbantukan komputer seperti NU*DIST, NVIVO, EXCITE,

ATLAS t.i, ataupun ETNOGRAPHS. Namun data-data ini perlu melalui proses

yang berikut.

3.8.1 Transkripsi

Data-data yang telah dikumpul melalui proses pengumpulan data akan melalui

proses penganalisisan data yang pertama iaitu transkripsi data. Data-data yang

dikumpul melalui rakaman audio mahupun video di antara pengkaji dan responden-

responden yang terlibat perlu diterjemahkan ke dalam bentuk transkripsi bagi

memastikan semua butiran yang ada di dalamnya dianalisis. Melalui proses

transkripsi, pengkaji dapat menterjemahkan kesemua perkara ataupun situasi yang

berlaku. Contohnya ketika temu bual dijalankan pengkaji dapat melihat perasaan
39
kesal, marah, mahupun gembira ditunjukkan oleh responden tanpa responden

menyatakannya. Penggunaan perkataan seperti ‘Ah, issh, eh, serta gerak, isyarat

badan yang ditunjukkan turut ditranskripsi bagi memperoleh maklumat yang tepat

dengan tujuan kajian dilaksanakan. Proses ini memerlukan ketelitian dan kesabaran

daripada pengkaji, malahan pengkaji juga dapat memahami dan menyelami setiap

data yang diperoleh dengan lebih mendalam.

Kesemua data yang diperoleh akan disimpan ke dalam file sama ada dalam bentuk

audio ataupun video. Namun pengkaji akan menyimpan data dalam bentuk biasa

(Microsoft words) dan RTF jika menggunakan perisian NVivo dan ATLAS.ti.

3.8.2 Organisasi Dan Mengekod Data

Data-data yang ada akan disusun mengikut keutamaan. Maykut & Morehouse

(1994), mencadangkan setiap data dilabel seperti tarikh ia direkodkan, punca data

diperoleh, setiap muka surat data yang berbentuk ayat dan perkataan dari transkripsi

temu bual dan nota lapangan. Pengkaji kemudian membentuk kod-kod yang

dihimpunkan mengikut kategori yang bersesuaian. Menurut Weirsma (1995),

proses menghimpunkan kod mengikut kategori tertentu boleh diumpamakan seperti

membuat susunan ke atas himpunan barang yang bersepah atau berselerak. Sebagai

contoh, bagi menjawab persoalan kajian 1, tema-tema yang ditemui telah dilabelkan

dengan kod-kod yang tertentu yang merupakan asas kepada pembinaan cerita yang

dikemukakan oleh pengkaji.

pengkaji mewarnakan kod-kod atau kategori yang dibentuk dengan menggunakan

warna yang berbeza. Tujuan kod dibentuk bagi memudahkan pengkaji membezakan

setiap kod ketika proses menentukan kesesuaiannya dengan data yang dikumpul.
40
Menurut Miles dan Huberman (1994), pengekodan bukanlah suatu data yang telah

siap dianalisis, tetapi ia terbit terus menerus sepanjang proses pengumpulan data.

Contoh label yang digunakan kepada bagi aspek Kesan Program FAST akan

ditunjukkan dalam jadual 3.5;

Tema; Kesan program FAST Kod: FAST/KF

1) komunikasi

- Fast Meningkatkan Keupayaan Komunikasi

- Menjadi pendengar yang baik

PPIB; T1/sT1/MKK

PPIB; St3/MP/Ppyb/ Wib2

2. Keterbukaan

ST2-

“……kita kena jaga perasaan mereka terutama ibu-ibu...” PPIB; T2/PSK/PMK

PPIB; T2/PSK/PMK/ Wngo/mp&p

3. Kasih sayang

ST1 –Memberi perhatian

mendalam

“…Sebelum ni tak ambil berat sangat...” PPIB; T3/PKS/MPM

(PPIB; T3/PKS/MPM/ FASTr2)

4. hormat menghormati
41
ST4-menghormati tanggung jawab & peranan ibu bapa

em..ayah kerja sorang, saya tahu susah untuk ayah PPIB; T4/St1/PHM

(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/FASTr5/mka)

Jadual 3.6: Label / Pengekodan Tema.

3.8.3 Pelaziman Data

Pelaziman data adalah proses membiasakan diri dengan data-data yang dikumpul

dengan melihat dan mendengar semula kepada rakaman-rakaman yang telah

dilakukan. Pengkaji kemudian membuat penelitian ke atas dokumen yang ada

dengan membacanya berulang-ulang serta membuat analisis data sebelum

bermulanya proses analisis data menggunakan komputer dilaksanakan. Pengkaji

perlu menjelaskan data-data yang akan menghuraikan kesan program FAST ke atas

persekitaran keluarga dan kesan program FAST ke atas pembentukan sahsiah

menggunakan carta dan jadual

3.8.4 Tema

Tema kajian akan pengkaji bina melalui panduan yang pengkaji peroleh dari kajian-

kajian lepas. Blumer (1979); Straus (1987); Maxwell, (1996), tema adalah definisi

yang telah pun dipersetujui oleh profesional ataupun daripada nilai-nilai penyelidik,

orientasi teoritikal dan pengalaman personal dengan perkara yang dikaji. Data-data

yang dikumpul oleh pengkaji akan dijelaskan melalui tema-tema yang muncul

melalui kaedah-kaedah pengumpulan data yang digunakan. Penggunaan ecomaping

akan membantu pengkaji menjelaskan hubungan di antara data-data bagi

persekitaran keluarga dan data pembentukan sahsiah remaja ataupun perkaitan di

antara kedua-duanya.
42
3.8.5 Merumuskan Data

Proses merumuskan data kualitatif merupakan proses penganalisaan yang

berterusan. Bermula dari data dikumpul sehingga ke proses laporan penyelidikan

disiapkan. Bermula dengan pengumpulan data pada awalnya lagi, interperetasi

tentatif telah memberi gambaran kepada pengkaji tentang perspektif kajian. Namun

demikian, ada di antara interpretasi awal ini digugurkan ataupun diubah suai

mengikut tujuan kajian kerana pengkaji menemui interpretasi baharu sepanjang

proses pengumpulan data. Pengkaji juga harus menyepadukan data-data yang

diperoleh bagi membolehkan perbincangan secara deskriptif naratif diolah dengan

menarik dan difahami setelah proses analisis dan interpretasi dilaksanakan. Kajian

ini memberi penekanan kepada pendekatan humanistik dan interpretif di mana

pengkaji akan menyelami pengalaman peserta kajian terhadap dunia sosial mereka.

Kajian ini melihat kepada aspek sosial secara terperinci iaitu kesan program FAST

ke atas pemerkasaan peranan ibu bapa dan kesan program FAST ke atas

pembentukan sahsiah remaja.

Dalam bidang pendidikan, penekanan terhadap pendekatan humanistik dan

interpretif muncul sebagai tindak balas kepada pendekatan terhadap persekolahan

yang terlalu saintifik dan terlalu teknologikal yang muncul pada bahagian awal

abad ini (Lincoln, 1992). Penyelidikan merupakan usaha memahami dunia ini

melalui cara individu membentuk makna subjektif daripada pengalaman mereka.

Oleh kerana realiti dibentuk oleh individu yang berinteraksi dengan dunia sosial

mereka, wujud pelbagai realiti yang memungkinkan kewujudan pelbagai

interpretasi. Penyelidikan kualitatif berminat untuk memahami makna yang


43
dibentuk oleh individu, iaitu bagaimana mereka memberi makna kepada dunia

mereka dan pengalaman yang mereka lalui, penekanan diberi terhadap makna dan

bukan kekerapan (Aini Hassan, 2007).

Seterusnya pengkaji membuat perbincangan dapatan kajian berasaskan kepada teori

yang dipilih. Menurut Bachrach (1989), tujuan teori adalah untuk menyusun dengan

rapi dan menyatakan dengan jelas penerangan tentang fenomena yang kompleks.

Teori merupakan satu keperluan bagi semua penyelidikan yang menggunakan reka

bentuk kajian kes. Teori mengandungi pemboleh ubah dan menjelaskan hubungan

antara pemboleh ubah yang diperlukan oleh penyelidik untuk menyuluh

penyelidikan yang dijalankan (Noraini, 2010). Di dalam kajian ini, teori ekologi

Bronfenbrenner (1970,1993,1994) menekankan tentang lapisan-lapisan persekitaran

dalam diri individu iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan

kronosistem.

Sekiranya kesemua ini berfungsi dengan baik maka kehidupan individu akan

bertambah baik. Melalui program FAST, sistem-sistem lapisan yang ada dalam

teori Bronfenbernner diuji kefungsiannya ke atas persekitaran keluarga dan

pembentukan sahsiah remaja. Oleh yang demikian, dengan penggunaan teori

pengkaji menggabungkan tema-tema yang muncul bagi menjelaskan fenomena

kajian yang berasaskan pengalaman peserta berhubung dengan persoalan kajian.

Melalui pandangan yang berasaskan teori, pengkaji menjelaskan kesan program

FAST ke atas persekitaran keluarga dan pembentukan sahsiah remaja

keseluruhannya dan keperluan manusia yang merujuk kepada kepentingan

persekitaran terhadap kualiti kehidupan. Rumusan kajian berasaskan teori ini adalah
44
bersesuaian dengan penyusunan idea, konsep, dan model secara sistematik yang

dapat mengurangkan kerumitan terhadap sesuatu fenomena dan memandu sesuatu

amalan (Garrison 2000). Proses yang bermula dari awal pengumpulan data

sehingga kesimpulan muktamad ditemui setelah pengkaji mendapati data yang ada

menemui kriteria-kriteria seperti ketepuan kategori (saturation of categories) iaitu

tiada lagi kategori baru yang dibentuk dan ketiadaan sumber yang relaven di mana

sumber yang ada sudah mencukupi dan sumber tambahan tidak diperlukan lagi

(Lincoln& Guba, 1985).

pengkaji akan membuat kesimpulan sebagai menerangkan fenomena kajian secara

keseluruhan. Carta alir Rajah 3.7 akan menunjukkan proses pengumpulan dan

penganalisisan data kajian kes yang menjelaskan peringkat-peringkat daripada

analisis data sehingga kepada peringkat akhir iaitu merumuskan data.

Rajah 3.7; Carta Alir Proses Pengumpulan dan Penganalisaan Data.

3.9 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Kesahan dan kebolehpercayaan berkait rapat dengan sejauh mana sesuatu

penyelidikan itu boleh diulang semula atau direplika. Sehubungan dengan itu,

verifikasi dilakukan untuk membuktikan proses penganalisaan data telah dibuat

berdasarkan prosedur yang khusus. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan

data kajian perlu dititikberatkan ia akan menentukan kesahihannya. Oleh itu

kesahan dan kebolehpercayaan akan dibincangkan dilihat dari perspektif paradigma

dari mana penyelidikan telah dijalankan (Noraini, 2010).

3.9.1 Kesahan
45
Kesahan terhadap kajian ini dilakukan sejak dari awal penyelidikan bagi

mengelakkan pengkaji berhadapan dengan masalah dan ancaman. Kesahan dalam

kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temubual, pemerhatian dan dokumen

seperti matlamat, impian, aku janji, luahan hati peserta, rekod kehadiran peserta,

dan foto di samping video yang direkodkan sebagai instrumentasi) tidak hanya

tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan. Miles dan

Huberman (1994) berpendapat tidak ada peraturan tertentu dalam pembinaan

kesahan dalam kajian kualitatif.

Kesahan juga merujuk kepada kejujuran pengkaji melaksanakan semua prosedur

kajian dengan jujur seperti kejujuran semasa melakukan aktiviti mengutip data,

menganalisis data dan menginterpretasi data (Miles & Huberman 1984; Lincoln &

Guba 1985). Dalam penyelidikan ini, pengkaji menggunakan kaedah triangulasi

melalui tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis

dokumen.

3.9.2 Kebolehpercayaan

Kriteria Teknik Peringkat Kajian Bukti

Kredibiliti

(Kesahan Dalaman) i. Keterlibatan Berpanjangan

ii. Pemerhatian Berterusan

iii. Triangulasi

iv. Semakan peserta i. Fasa 1: 10 minggu program FAST

- Pengumpulan data

Fasa 2: Pemerhatian/
46
temubual 3 bulan selepas program

-Pengumpulan data

Setelah tamat menganalisis data • Senarai tarikh pemerhatian program,

temu bual dan semakan dokumen

• 10 minggu berturut-turut

• Berbincang dengan peserta secara tidak formal

Keboleh pindahan

(Kesahan Luaran) • Deskripsi Terperinci

• Prosedur mengekod dan analisis • Pengumpulan drp 10 informan

• Analisis Data • Laporan analisis

Keboleh

harapan • Audit Inkuiri

• Menyatakan bias penyelidik • Analisis data dan laporan

• Reka bentuk kajian dan analisis • Semakan penyelia

• Laporan kajian

Confirmability • Jejak Audit

• Membuat Refleksi • Sepanjang masa kajian dilaksana kan

• Protokol kajian, data mentah,

• pengendalian data dengan Nvivo, mengekod dan mengkategori

Ketepatan data merujuk kepada setakat mana dapatan kajian boleh diulang semula.

Konsep kebolehpercayaan berkait dengan konsep kebolehsandaran (dependability)

dan ketekalan (consistency) sesuatu keputusan atau hasil daripada data yang

dikumpul (Othman, 2007). Berbeza dengan penyelidikan kuantitatif yang

melibatkan pemerolehan kesahan melalui data statistik, penyelidikan kualitatif

mendapat kesahan melalui empat cara iaitu triangulasi, peer review, pemfokusan
47
secara progresif dan peningkatan pemahaman (progressive focusing), dan audit

trail.

Jadual 3.8: Prosedur bagi Kesahan dan Kebolehpercayaan

3.9.2.1 Triangulasi Data

Triangulasi data merupakan teknik yang digunakan bagi memastikan kesahan dan

kebolehpercayaan kajian yang pengkaji laksanakan. Menurut Wiersma (1991),

triangulasi data merupakan teknik kesahan silang (cross validation) kualitatif yang

digunakan untuk menilai atau mentaksir sama ada data yang diperoleh mencukupi

melalui pemusatan (convergence) maklumat ke arah dapatan umum yang

dipersetujui bersama. Dalam kajian Kesan program FAST ke atas persekitaran

keluarga dan pembentukan sahsiah remaja ini, pengkaji menggunakan triangulasi

antara kaedah yang merujuk kepada penggunaan lebih daripada satu kaedah

pengumpulan data penyelidikan. Kaedah ini seperti yang ditunjukkan di dalam

rajah 3.5.

Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan pemerhatian) yang

digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk

equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis

instrumen). Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang

diperoleh melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan

menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong

mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian

(Mahoraini, 2001). Semakan ketiga-tiga data dilakukan oleh pengkaji untuk

48
memastikan data yang diperoleh adalah selari dan bertepatan bagi meningkatkan

kesahan.

Rajah 3.8; Rajah Triangulasi Antara Kaedah

3.9.2.2 Peer Review

Peer View ataupun penilaian rakan merupakan satu strategi dalam menguji

kebolehpercayaan kajian. Komen daripada individu yang boleh dipilih daripada

rakan atau kenalan, pakar industri atau sesiapa sahaja sama ada mahir ataupun tidak

mahir dalam bidang penyelidikan (Noraini, 2010). pengkaji melakukan samakan

bersama rakan secara perbincangan terbuka yang dilakukan dari masa ke semasa

bagi meningkatkan integriti data. Marohaini (2008) menyatakan, kaedah

penyemakan rakan bagi tujuan pengesahan kajian adalah sudah memadai.

Memandangkan rakan mempunyai informasi terhadap kajian ini, pengkaji

mendapatkan maklum balas dari rakan selepas beliau membuat semakan.

3.9.2.3 Pemfokusan Secara Progresif Dan Peningkatan Pemahaman.

Pemfokusan secara progresif ataupun progressive focusing adalah satu proses untuk

menjana pemahaman secara beransur-ansur. Teknik ini mengkehendaki pengkaji

mengurangkan skop temu bual dan pertanyaan yang diajukan kepada peserta

penyelidikan secara sistematik untuk membolehkan pengkaji memberi fokus

kepada isu-isu terkini mahupun isu-isu baru yang timbul semasa proses temu bual

dilaksanakan (Noraini, 2010).

3.9.2.4 Audit Trail


49
Bagi memantapkan lagi kredibiliti dapatan kajian data kualitatif, pengkaji

menggunakan audit trail. Menurut Cutcliffe dan McKenna (2004), audit trail

merangkumi aspek teori dan/ atau metodologi yang digunakan oleh penyelidik.

Sementara itu, Creswell 2008; Lincoln & Guba, 1995 menjelaskan audit trail adalah

laporan secara eksplisit terhadap pertalian bukti sepanjang proses kajian.

Maklumat-maklumat yang diperoleh akan dilaporkan secara berturutan untuk

mewujudkan adanya hubungan dan pertalian sepanjang proses kajian. Menurut

Lincoln dan Guba (1995), teknik jejak audit melibatkan aktiviti menjejak dokumen

seperti data mentah, nota analisis, catatan peribadi dan maklumat perkembangan

kajian sebagai bahan bukti. Bagi pelaksanaan kajian ini pengkaji melakukan jejak

audit melalui data-data yang dikumpulkan dan didokumentasikan secara penulisan

jurnal dan buku log bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan secara kronologi. Data

kemudian disimpan dengan mencatatkan tarikh, masa dan tempat. Contohnya

P1/Akt1/210912/ FASTr2/10-14 bermaksud merujuk kepada pemerhatian pertama

aktiviti pertama yang bertarikh 21/09/2012, dan petikan bermula daripada baris ke

10 hingga ke14.

3.10 Rumusan

Perbincangan tentang metodologi dalam kajian memberikan penjelasan terperinci

terhadap bentuk kajian kes yang dilaksanakan pengkaji. Kajian ini dilaksanakan

menggunakan kaedah seperti pemilihan peserta kajian, tempat dan tempoh kajian,

pengumpulan data, penganalisaan data, kesahan dan kebolehpercayaan. Kesemua

prosedur diikuti bagi ciri-ciri kajian kualitatif dan menjawab persoalan kajian.

Persoalan terhadap kesan FAST terhadap persekitaran keluarga dan pembentukan

sahsiah remaja berpandukan tema-tema yang ditemui sepanjang proses


50
pengumpulan data temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Pemilihan

peserta secara persempelan bertujuan pula membantu pengkaji memahami

penerokaan keberkesanan program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa

dalam menagani masalah sosial remaja.

Kesimpulannya, metodologi yang dipilih menggambarkan segala aktiviti yang telah

dilaksanakan sepanjang proses pengajian bagi mendapatkan hasil penyelidikan

yang memuaskan, jitu, padat dan tepat.

BAB IV

51
DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Pemilihan metodologi dalam kajian ilmiah amat penting bagi memastikan objektif

kajian dapat dijawab dengan baik. Kajian ini menggunakan metod kualitatif untuk

menjawab persoalan kajian. Bab ini akan memberi penjelasan tentang penggunaan

kaedah kualitatif dalam proses pengumpulan dan analisis data. Bab ini juga

menghuraikan proses analisis data termasuk bagaimana cara untuk mendapatkan

kesahan dan kebolehpercayaan data-data yang telah diinterpretasi.

4.2 Latar Belakang Peserta Kajian

Peserta kajian terdiri daripada peserta program FAST daripada lima buah keluarga

iaitu lima orang terdiri daripada ibu/ penjaga remaja FAST dan lima orang remaja

FAST, seorang wakil Kaunselor, seorang wakil remaja dan seorang wakil

mahasiswa, seorang wakil ibu bapa dan seorang wakil fasilitator. Kod-kod tertentu

digunakan bagi menjamin kerahsiaan maklumat responden supaya tidak diketahui

ahli sebenar. Manakala kod bagi responden adalah ibu FAST 1 (IBUF1), Ibu FAST

2 (IBUF2), Ibu FAST 3 (IBUF3), ibu FAST 4 (IBUF4) dan Ibu FAST 5 (IBUF5).

Manakala remaja FAST 1 (FASTr1) remaja FAST 2 (FASTr2), remaja FAST 3

(FASTr3), remaja FAST 4 (FASTr4) dan remaja FAST 5 (FASTr5). Peserta kajian

yang terdiri daripada orang yang berada di sekitar remaja akan dirujuk sebagai

wakil Ngo (FAST WNgo), wakil ibu bapa (FAST Wib), wakil kaunselor (FAST

Wkauns), rakan sebaya (FAST Wprs), wakil mahasiswa (FAST Wmsis) dan wakil

fasilitator (FASTWFasi). Pengenalan profil kesemua responden merangkumi

butiran seperti jantina, latar belakang pekerjaan dan latar belakang keluarga.

52
4.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian diperoleh melalui temu bual terhadap peserta program FAST,

sebagai sumber data utama dan dikukuhkan lagi bersama temu bual dengan

pelbagai sumber iaitu wakil Ngo, wakil ibu bapa, wakil sekolah, wakil rakan

sebaya, dan wakil mahasiswa. Pemerhatian dan analisis dokumen aktiviti FAST

yang merupakan strategi triangulasi pelbagai sumber bagi teknik pengumpulan data

kualitatif. Data-data ini kemudian dianalisis secara manual dan menggunaan

perisian dan Nvivo. Tema-tema dan isu-isu yang diperoleh dari sumbar data

kemudian dilaporkan dalam bentuk naratif dan petikan verbatim temu bual bagi

memperoleh gambaran yang lebih mandalam. Tema-tema ini akan dihuraikan pula

bagi menjawab dua persoalan kajian iaitu;

i. Mengenal pasti interaksi dengan persekitaran semasa program FAST dan

keberkesanannya dalam memperkasakan peranan ibu -bapa dan remaja

ii. Bagaimana ibu bapa/penjaga mengadaptasi aktiviti-aktiviti yang

dilaksanakan semasa program FAST dalam kehidupan seharian bagi

mengatasi masalah sosial remaja.

a. Dapatan Kajian Kepada Persoalan Kajian 1

Setelah proses temu bual mendalam dilaksanakan terhadap peserta FAST,

kaunselor, wakil remaja dan wakil mahasiswa didapati bahawa pemerkasaan

peranan ibu bapa meningkat daripada program pertama FAST sehingga tamatnya

program tersebut. Interaksi yang terjalin antara ibu bapa dan persekitaran

meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap empat aspek utama yang diterokai iaitu

aspek komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan hormat-menghormati yang


53
dipilih sebagai tema utama bagi kajian ini. Manakala sebanyak 20 sub tema telah

dikenal pasti bagi menjawab persoalan tema-tema tersebut yang akan dihuraikan

dalam bahgian seterusnya.

4.4 Tema Dan Sub Tema

Bahagian ini akan menghuraikan tema dan sub tema yang terbentuk melalui analisis

data. Terdapat empat tema utama yang akan menghuraikan pemerkasaan peranan

ibu bapa melalui program FAST iaitu i) Pemerkasaan aspek komunikasi, ii)

pemerkasaan sikap keterbukaan, iii) Pemerkasaan kasih sayang dan iv)

Pemerkasaan hormat-menghormati. Di bawah Tema utama terdapat sub tema dan

sub-sub tema yang menyokong tema utama bagi kajian ini. Antara tema dan sub

tema yang dikenal pasti adalah seperti berikut.

i. Tema 1: Pemerkasaan Aspek Komunikasi

Sub Tema 1 :Meningkatkan Keupayaan berkomunikasi

Sub Tema 2: meningkatkan Keupayaan Berinteraksi

Sub Tema 3: Penglibatan Secara Aktif

Sub Tema 4: Membantu Menyelesaikan Masalah Keluarga

ii. Tema 2: Pemerksaan Sikap Keterbukaan

Sub Tema 1: Pengetahuan Membuat Keputusan

Sub Tema 2: Menghormati Pandangan Dan Perasaan

Sub Tema 3: Memberi Peluang

Sub Tema 4: Memberi Sokongan

54
iii. Tema 3: Pemerkasaan Kasih sayang

Sub Tema 1: Keseronokan Aktiviti Bersama Keluarga

Sub Tema 2: Memberi Perhatian Mendalam

Sub Tema 3: Menjaga Perasaan

Sub Tema 4: Memberi Pujian

Sub Tema 5: Doa

Sub Tema 6: Menerima Kekurangan

Sub Tema 7: Penghargaan

Sub Tema 8: Bantu Hubungan Kekeluargaan

Tema 4: Pemerkasaan Sikap Hormat Menghormati

Sub Tema 1: Memahami Tanggungjawab Dan Peranan Ibu Bapa

Sub Tema 2: Memahami Tanggungjawab Dan Peranan Rakan

Sebaya

Sub Tema 3: Memahami Tanggungjawab Dan Peranan Masyarakat

Sub Tema 4: Memahami Tanggungjawab Dan Peranan Remaja

4.4.1 Tema 1: Pemerkasaan Aspek Komunikasi

Dapatan kajian menunjukkan kesemua peserta kajian mengakui program FAST

telah meningkatkan kemahiran komunikasi di kalangan ibu bapa dan remaja. Sub

tema yang muncul bagi pemerksaaan komunikasi adalah i) meningkatkan

keupayaan berkomunikasi ii) meningkatkan keupayaan berinteraksi iii) penglibatan

secara aktif iv) membantu menyelesaikan masalah

55
4.4.1.1 Sub Tema 1: Meningkatkan Keupayaan Berkomunikasi

Hasil temu bual dengan peserta kajian, temu bual dengan wakil FAST dan

pemerhatian, mendapati peranan program ini secara tidak langsung telah

meningkatkan kemahiran komunikasi antara ibu bapa, remaja dan peserta kajian.

Program ini dapat membantu ibu bapa memperbaiki bentuk komunikasi dengan

lebih berkesan. Ini dapat dilihat melalui i) keupayaan menggunakan nada suara dan

ii) keupayaan menggunakan bahasa iii) keupayaan menggunakan bahasa tubuh.

i. Keupayaan Menggunakan Nada Suara

Melalui temu bual dengan peserta kajian dan pemerhatian, didapati peserta program

mampu menggunakan nada suara yang sesuai semasa perbincangan. Mereka

mampu mengawal emosi sedih atau marah berbanding sebelum program ini

dilaksanakan.

“…Apa yang saya perhatikan, masalah utama mereka adalah komunikasi.


Bercakap tanpa perasaan. Tak ada nada” (PPIB; T1/sT1/MKK/Wkaus/kmns)

“……sebelum ni makcik tak pandai cakap sangat...hari-hari kalau bercakap tu nak


kena tegas..kuatlah juga suara kita ni…”(PPIB;/PK /St1/MKK/ IBUF3/Kmns)

“……kadang-kadang kalau kita tanya dia diaammm je. Manalah hati tak panas. Tu
yang terjerit-jerit...rasa puas hati kalau cakap macam tu. Ada juga terpikir jiran-
jiran dengar...malu...tapi bila ingatkan sakit hati tu...tak pikir dah. Lepas ikut FAST
ni...makcik kalau nak cakap dengan dia panggil dia.. suruh duduk dulu...lepas tu
barulah tanya elok-elok…” (PPIB;/PK /sT1/MKK/ IBUF1/Kmns)

Dapatan temu bual dan pemerhatian kumpulan remaja mengakui mereka tak dapat

mengawal nada suara terutama bila kehendak mereka tidak dipenuhi atau difahami.

“……kalau mak marah..saya pun balas…cakap kuat-kuat juga...”


(PPIB;/PK/ sT1/MKK/ FASTr1/Kmns)

56
“……em…saya memang panas baran, kalau saya cakap mesti tengking-tengking..
selalu gak la, adik-adik takut sengan saya..mak pun pernah menangis...”
(PPIB;/PK /sT1/MKK/ FASTr4/Kmns)

“…balik rumah kalau mak tanya kenapa lambat balik..memang geramla, saya
cakap kasar dengan mak..” PPIB:PK/sT1/Mkk?FASTr2/KMNs

ii. Keupayaan Menggunakan laras Bahasa

Dapatan kajian mendapati program FAST dapat meningkatkan keupayaan

penggunaan bahasa di kalangan peserta. Penggunaan bahasa yang jelas dapat

membantu peserta untuk menyampaikan mesej dengan baik. Penggunaan bahasa

dalam kehidupan seharaian amat berkait dengan latar belakang pendidikan dan

faktor persekitaran. Penggunaan bahasa kasar dikalangan remaja adalah disebabkan

oleh didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran (Md.Farid Alias,

2007). Ini dibuktikan melalui temubual berikut;

“……dah nak marah, apa je yang keluar. Kalau cakap elok-elok dia tak faham,
maki kan aje. Dia melawan…tu la, kita mak pun tak dapat nak kawal kan?..ni pulak
dia, orang muda…”(PPIB; PK/sT1/MKK/ IBUF1/Kmb).

“……ye la...sebelum ni tak pernah ada kursus dengan anak macam ni…kalau dia
cakap kasar…bodoh ke, bangang ke..makcik terus tanya dia.. ingat tak apa cikgu
FAST cakap? Dah kurang la cakap-cakap macam tu”
(PPIB; PK/sT1/MKK/ IBUF3/Kmb).

Dapatan ini selari dengan temu bual bersama Fasilitator di mana penyesuaian

penggunaan bahasa mengikut situasi dan suasana aktiviti di kalangan peserta

meningkat semasa mengikuti program FAST

“……mula-mula tu macam terkejut jugalah, ada anak yang bahasakan diri mereka
aku engkau...dengan ibu sendiri, dengan kita..tapi kalau ibu yang cakap macam tu
rasanya tak pelik sangat la”(PPIB; PK/sT1/MKK/ Wmsis4/Kmb).

“……tak tahu nak guna bahasa halus untuk minta simpati..contoh perkataan
tolong..kebanyakannya menggunakan bahasa untuk mengarah..kalau ibu-ibu

57
banyak sangat guna perkataan larangan , jangan buat itu..jangan buat ini.. ”
(PPIB; PK/sT1/MKK/ Wfasi/Kmb).

iii. Keupayaan Menggunakan Bahasa Tubuh (Body Langguage)

Penggunaan Bahasa badan/tubuh atau body language selalunya merupakan aspek

penting dalam melancarkan proses komunikasi. Kajian ini mendapati penggunaan

bahasa tubuh tidak difahami kepentingannya oleh remaja dan ibu bapa

mengakibatkan komunikasi antara keduanya sering kali tidak begitu berjaya. Ini

dapat diselami melalui temu bual berikut;

“……Pada awal sesi, remaja tidak fokus kepada perbincangan...kita dapat dilihat
melalui anak mata, memek muka, dan pergerakan kecil yang berterusan (ketuk
meja)..selalunya kalau macam tu menunjukkan mereka berada dalam keadaan
yang tidak selesa ataupun tidak bersedia untuk berbual…” (PPIB; PK/sT1/MKK/
WKauns/Kbb).

Peserta juga memberi pendapat tentang bahasa badan yang mereka fahami. Ini

dinyatakan melalui temu bual berikut;

“…sebelum program FAST tak kisah sangat anak pandang ke, tak ke, masa kita
bercakap..lepas program baru tahu kenapa anak tak dengar kita bercakap.
Rupanya sebab dia tak dengar pun kita cakap apa...tak beri perhatian”
(PPIB; PK/sT1/MKK/ IBUF1/Kbb).

“……tengok muka dia dah boleh tahu la dia ada masalah ke, seronok ke…boleh
tahu la..sebab kalau nak tunggu dia beritahu sendiri..memang lambat la”
(PPIB; PK/sT1/MKK/ IBUF5/Kbb).

Namun begitu, temu bual mendalam dengan remaja mendapati mereka tidak pasti

terhadap pentingnya bahasa tubuh dalam komunikasi;

“…sebelum ni memang la selalu buat muka..saya dengar je mak cakap..kalau


macam tak suka tu selalu memang buat muka la...”(PPIB; PK/sT1/MKK/
IBUF4/Kbb)

“……suka buat muka, selalu kalau mak cakap pun buat muka kat mak...seronok
kalau tengok mak marah...hahaha, saja suka-suka. Tak tau pulak ada kesan pada
mak ...selalu mak o.k je. (PPIB; PK/sT1/MKK/ FASTr3/Kbb)
58
“tak tahu pun penting..tak pernah ambil tahu..” (PPIB;PK/sT1/MKK/FASTr5
/Kbb)

Namun begitu perubahan remaja dalam mengekspresi penerimaan dan penolakan

semasa berkomunikasi menunjukkan perubahan yang ketara. Ini dinyatakan seperti

temu bual di bawah;

“……emmm, sekarang ni kalau dia marah dia akan diam... haaa...tak de la nak dia
nak mengamuk tak tentu pasal...makcik tak la takut sangat...bila dah nampak sejuk
barulah makcik tanya...” (PPIB; PK/sT1/MKK/IBUF4 /Kbb)

“……nampak dia bersungguh-sungguh la bila bercakap tu nak la tengok muka


kita...haaa, dengan tangan-tangan sekali berjalan...”
(PPIB; PK/sT1/MKK/FASTr5 /Kbb)

“…bila bercakap nak la memandang mata kita...tak la rasa bercakap sorang-


sorang (seorang)” (PPIB; PK/sT1/MKK/FASTr5 /Kbb)

4.4.1.2 Sub Tema 2: Meningkatkan Keupayaan Berinteraksi

Melalui pemerhatian mendalam, perubahan ketara di kalangan peserta adalah

keupayaan berinterkasi antara satu sama lain yang menjadi halangan sebelum

kehadiran ke program FAST. Sub Tema yang muncul dalam kajian ini adalah i)

Jaringan hubungan ii) perkongsian pengalman iii) menjadi pendengar yang baik.

Temu bual bersama peserta dapat memberi gambaran sebenar peranan yang

dimainkan oleh program FAST. Ini dinyatakan seperti temu bual di bawah;

i. Jaringan Hubungan

Hasil temu bual mendapati hubungan antara ahli FAST semakin akrab. Malah

hubungan mereka kini semakin luas, tidak terhad kepada ahli keluarga semata-mata

tetapi bersama jiran tetangga dan juga masyarakat setempat. Ini memberi tanggapan

59
baru kepada mereka dan dapat membantu mereka memahami perubahan-perubahan

sosial yang turut mempengaruhi anak-anak mereka.

“…sebelum ni, ada juga bertegur sapa, kalau jumpa tegur...bagi salam ...gitu
(macam itu) je la...tak ada la nak bercerita...bersembang...lain la kalau jumpa

“……bertambah-tambah kawan...selama-lama tinggal kat sini...ini lah saya rasa


perubahan yang besar(ketara)...saya tak rapat walaupun selalu terserempak, sebab
tak tau nak cerita apa…sekarang bukan hal anak-anak je, macam-macam hal kami
kongsi” (PPIB; PK/sT2/MKB/IBUF2 /JH)

“……em...pelanggan makcik bertambah-tambah. Kalau sebelum ni orang-orang


jauh, yang tinggal luar kawasan yang selalu oder kuih...tapi sekarang, ramai yang
sertai FAST tempah kuih daripada makcik, cikgu, wakil PIBG tu pun...makin ramai
yang kenal kuih makcik...rezeki kami anak beranak la ni” (PPIB;
PK/sT2/MKB/IBUF3 /JH)

Ini turut diakui oleh remaja dan fasilitator yang bersama-sama dalam program
FAST.

“…seronok, sebab kawan tu dah bertambah. Saya dengan abang dan kakak fasi
pun baik...kami selalu berhubung, kat FB ...ada sekali-sekala mesej, call”
(PPIB; PK/sT2/MKB/FASTr1 /JH)

“…adik-adik FAST ni cepat mesra, dan diaorang suka minta tips-tips cara nak
belajar daripada saya. Nampak perubahan banding dengan mula-mula
jumpa...kami jadi lebih akrab.” (PPIB; PK/sT2/MKB/Wmsis /Kbb)

ii. Perkongsian Pengalaman

Kesemua peserta kajian diperkenalkan antara satu sama lain bagi mewujudkan

hubungan akrab sebelum aktiviti dijalankan. Ibu bapa akan diletakan di dalam

kumpulan yang berlainan, kemudian dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.

Mereka mendengar pengalaman rakan dalam kumpulan masing –masing samada

permasalahan atau pengalaman yang mereka lalui. Kesemua peserta berbual-bual

dan bercerita tentang kehidupan seharaian sambil melihat masalah disiplin anak-

60
anak dan pengaruh persekitaran sebelum menamatkan program harian. Ini

dinyatakan melalui informan sekunder seperti berikut:

“…mula-mula kami yang bagi point, macam...adakah mak-mak tahu dengan siapa
anak –anak berkawan?” ...barulah mereka cuba menceritakan. Tapi pada saya
mereka lebih banyak menyorok perkara sebenar. Mungkin sebab ini pertama
kali…” (PPIB; PK/sT2/MKB/WKaun/Kmm)

“…ibu –ibu ini tidak tahu macam mana nak berkongsi dengan kita tentang
perasaan mereka pada anak-anak remaja. Kadang-kadang nampak macam
bimbang, kadang-kadang macam tak kisah. Ada yang nampak malu..” (PPIB;
PK/sT2/MKB/WNgo/Kmm)

“…...ohh...kalau masa kali pertama, semuanya senyap...sehinggakan kami sebagai


Fasilitator pulak terpaksa menceritakan pengalaman kami.... masuk kali ke tiga
barulah kami nampak mereka dah boleh bercerita tentang diri masing-masing,
pengalaman, tips-tips…”
(PPIB; PK/sT2/MKB/WFasi5/Kmm)

Dapatan ini juga disokong dengan temu bual bersama remaja FAST dan ibu FAST

yang mendapati keberanian untuk berkongsi cerita semakin bertambah setelah

melalui aktiviti FAST beberapa kali.

“…emmm, tak tau nak cerita...mula-mula malu ah...lepas tu dan okey. Saya rasa
perasaan saya dengan kawan-kawan sama je..kami nak bebas, tapi tak tau bebas tu
kesannya apa.” (PPIB; PK/sT2/MKB/FASTr3/Kmm)

“…manalah kita nak bercerita tentang keluarga pada orang lain kan... memang tak
pernah berkongsi dengan orang lain...dengan suami pun jarang...ye la dia balik
kerja kan penat...” (PPIB; PK/sT2/MKB/IBUF4/Kmm)

“…rasa lebih tenang bila dapat kongsi masalah dengan orang


lain...emmm…sebelum ni saya asyik salahkan keadaan,.. kadang bila anak
bercerita saya tak faham...ada masa saya buat tak tau je, ada masa saya bercakap
sorang-sorang je...anak tak dengar....”(PPIB; PK/sT2/MKB/IBUF5/Kmm)

61
iii. Menjadi Pendengar Yang Baik

Hasil temu bual turut mendapati pengetahuan menjadi pendengar yang baik di

kalangan peserta semakin meningkat setiap minggu. Ini membolehkan peserta

berkongsi masalah mahupun pengalaman yang dapat meningkatkan lagi hubungan

antara ibu, remaja dan keluarga. Ini dinyatakan oleh Fasilitator seperti berikut;

“…rata-rata peserta pada awalnya peserta tidak memberi tumpuan sangat pada
apa yang orang lain cakap.... tapi dia nak orang dengar cakap dia.... haaa, ini
yang kita nak betulkan... selepas 2 minggu nampak sangat mereka bagi tumpuan”
(PPIB;/PK /St3/MKK /Pyb/Wib)
“…kalau kita tak dengar cakap orang macam mana orang nak dengar cakap kita,
tu yang saya tekankan di kalangan peserta remaja, tapi mereka tetap bagi alasan...
lepas beberapa minggu, ada banyak perubahan…” (PPIB;/PK /St3/MKK/Pyb
WMsis2)

Dapatan ini selari dengan temu bual bersama peserta FAST antaranya seperti

berikut;

“…selalunya kalau makcik cakap mana dia nak dengar, kadang kita ni bercakap
panjang tengok-tengok dia tidur...gitulah selalunya...”
(PPIB;/PK /St3/MKK /Pyb /IBUF3)

“…Nak bercakap dengan anak-anak remaja ni susah.... benda senang pun kadang-
kadang jadi susah akibat dia tak mendengar cakap kita, sekarang dah banyak
berubah.... nak la dia tunggu kita habis cakap..” (PPIB;/PK /St3/MKK/Pyb/
IBUF1)

“… mak selalu cakap saya membebel..kalau nak cerita hal-hal sekolah je, mak
cakap “apa-apa je la”..mak tak dengar pun..lama-lama tak nak la cerita apa-apa
kat mak.” (PPIB;/PK /St3/MKK /Pyb/ FASTr3)

4.4.1.3 Sub Tema 3: Penglibatan secara aktif

Kajian mendapati penglibatan secara aktif dalam setiap aktiviti mampu

meningkatkan proses keupayaan berinteraksi antara peserta. Berdasarkan temu bual

mendalam didapati penglibatan secara aktif melalui aktiviti yang disediakan

62
menarik perhatian peserta. Melalui aktiviti- aktiviti tersebut peserta dapat

berinteraksi dengan lebih luas dan membentuk kemesraan antara satu sama lain.

Sub-sub tema yang mucul daripada penglibatan secara aktif adalah i) perbincangan

kumpulan dan ii) kerjasama.

i. Perbincangan Kumpulan

Hasil kajian mendapati perbincangan kumpulan telah digunakan untuk melibatkan

pelajar dan ibu bapa bekerjasama memberikan pandangan tentang sesuatu isu yang

diutarakan. Ini dinyatakan melalui temu bual bersama fasilitator dan pelajar seperti

berikut;

“….kalau kita bertanya kepada individu...masa terbuang macam tu je...sebab


mereka tak de idea.... Bila kita buat perbincangan kumpulan...beza...mereka akan
berlumba-lumba untuk memberitahu idea, pandangan mereka...”
(PPIB; PK/ St3/PSA/ Wfasi/pk)

“…kita dapat lihat melalui pemerhatian...perbincangan kumpulan ini memberi


peluang kepada setiap peserta menyampaikan pendapat. Tak ada seorang pun yang
boleh elakkan dari memberi pendapat...memang pada mulanya...sangat susah...”
(PPIB; PK/ St3/PSA/ Wkauns/pk)

“…sebelum ni...saya memang tak berani langsung nak cakap depan


orang...memang tak laa, tapi lepas program ni...dah tau la nak cakap ...kalau nak
wakil kumpulan tu dah berani la...” (PPIB; PK/ St3/PSA/ FASTr1/pk)

ii) Kerjasama

Kajian mendapati tingkat kerjasama di kalangan peserta bertambah semasa

menjalani program ini. Peserta kelihatan lebih bersemangat dan berusaha untuk

menjayakan program demi kepentingan bersama. Kerjasama yang wujud bukan

sahaja di kalangan peserta tetapi melibatkan pihak sekolah dan komuniti. Ini

dinyatakan dalam temu bual bersama fasilitator dan juga ibu bapa seperti berikut;

63
“……kelmarin mak dia demam...kami risau pulak kalau dia tak dapat
datang...makcik pergi melawat ke rumah dia dengan kawan-kawan…”PPIB; PK/
St3/PSA/ IBUF1/pk)

“…masa minggu ke tiga tu ada satu keluarga yang bukan dari flat kami
berhenti...kami pujuk ramai-ramai...bagitau dia kalau mak tak nak ikut tak apalah
......biar kamu je yang ikut…rugi kan kalau berhenti...banyak ilmu kita dapat”
(PPIB; PK/ St3/PSA/ IBUF2/pk)

“……pada saya...program ni bagus...sebab bukan cikgu sahaja yang terlibat tapi


banyak pihak...kalau komuniti bekerjasama macam ni...kita dapat bantu ramai
keluarga yang bermasalah” (PPIB; PK/ St3/PSA/ Wib/pk)

“....kami sama-sama ikut program ni..sebelum balik bantu fasi yang ada kemas
ruang yang kami gunakan..” (PPIB;PK/St3/PSA/fasi/pk)

4.4.1.4 Sub Tema 4 : Membantu Menyelesaikan Masalah Keluarga

Keberkesaan program FAST turut membantu peserta menyelesaikan masalah

keluarga yang mereka hadapi sebelumnya. Melalui program FAST, pemerkasaan

komunikasi dilihat sebagai faktor inisiatif bagi membantu menyelesaikan masalah

keluarga. Ini dapat dilihat melalui sub tema berikut 1) meningkatkan keyakinan 2)

memberi ransangan dan 3) keupayaan memberi teguran.

i. Meningkatkan Keyakinan

Aktiviti yang dirancang sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan ibu bapa

dan remaja bagi menyelesaikan masalah melalui perbincangan dengan rakan sebaya

dan fasilitator Ini dapat dibuktikan melalui temu bual bersama remaja dan ibu bapa

seperti berikut;

64
“emm, banyak yang berubah..saya dah boleh kawal anak. Sebelum ni tak
yakin..anak yang marah saya” (PPIB;T1PK/AKT/ IBUF4/mpp)

“…Alhamdulillah, bila berkongsi cerita tu kita dapat cara ngajar anak …biar anak
tahu yang kita ni mak ayah ada hak nak kawal dia”
(PPIB; T1/PK/AKT/ IBUF3/mpp)

Ini turut diakui oleh peserta remaja di mana perbincangan dengan rakan sebaya

banyak membantu menyelesaikan masalah antara mereka.

“…sekarang kalau mak cakap jangan keluar rumah...saya tak keluar rumah la...tak
lepak-lepak...kalau nak ke mana-mana saya mintak dengan mak...mak terus bagi...”
(PPIB;T1/PKS/AKT/ FATr1/mpp)

“…sebelum ni kalau saya kata nak kerja, mak terus marah-marah...terus suruh
belajarlah, saya lawan je...bila join program ni...saya terfikir kata-kata fasi yang
dia kata...kita boleh kerja...emm...belajar tu lah kerja kita”
(PPIB;T1/ PKS/AKT/ FASTr2/mpp)

ii. Memberi Rangsangan

Memberi rangsangan dalam konteks ini adalah dorongan, galakan, semangat dan

kemahuan. Rata-rata peserta menyatakan keseronokan yang mereka peroleh apabila

program FAST dapat membantu menyelesaikan masalah keluarga seperti dalam

temu bual berikut.

“…nampak ketara perubahan bila mereka selalu bagi semangat antara satu sama
lain, kalau awal-awal dulu kita yang kena bagi semangat tu…aa..sekarang tak
dah”
(PPIB;PK/St4/MMMK/fasi/mr)

“…sebelum ni, nak dengar mak puji punyalah susah..asyik marah, gaduh je..buat
la baik pun, kecewa juga la. Sekarang tak dah..kalau saya bawa balik
medal/hadiah lawan bola ke, lumba lari ke..mak puji la…seronok!”
(PPIB;PK/St4/MMMK/ FASTr1/mr)

“emm..tak kisah sangat, kalau tak lulus mak selalu protes..macam marah la tapi
tak tanya kenapa tak lulus…sekarang ni, mak akan cakap cuba lagi..semangat la
nak cuba buat yang terbaik” (PPIB;PK/St4/MMMK/ FASTr5/mr)
65
iii. Keupayaan Memberi Teguran

Pemerkasaan komunikasi dilihat turut memberi kesan kepada ahli-ahli

meningkatkan kemampuan berkomunikasi. Antaranya adalah keupayaan memberi

teguran. Salah satu halangan dalam menyelesaikan masalah keluarga adalah

kegagalan memberi teguran dengan cara yang berhemah. Kebanyakan ahli keluarga

mengakui mereka lebih banyak menggunakan pendekatan menyalahkan antara satu

sama lain. Ini menyebabkan masalah keluaraga berterusan. Temu bual berikut

menjelaskan kesan keupayaan memberi teguran dikalangan ahli.

“…marah…kadang suara pun kuat kan..ye lah, cakap perlahan tak puas..,
sekarang tak dah..darah tinggi pun dah stabil. Kita tegur elok..dia dengar pun
elok….”(PPIB;PK/St4/MMMK/ IBUF4/kmt)

“banyak betul berubah…kalau tegur tu berhemah la. Tak ada nak banding-banding
dengan orang lain…rasa lebih hormat..lebih sayang la..”
(PPIB;PK/St4/MMMK/ FASTr4/mr)

keupayaan menggunakan nada suara


2.
Meningkatkan
keupayaan menggunakan laras bahasa
keupayaan
komunikasi
keupayaan menggunakan bahasa badan/body language

2. Jaringan hubungan
Pemerkasaan komunikasi

Meningkatkan
keupayaan Perkongsian Pengalaman
Berinteraksi
Menjadi pendengar yang baik

perbincangan kumpulan
3. Penglibatan
secara aktif
kerjasama

meningkatkan keyakinan
4. membantu
Menyelesaikan memberi ransangan
masalah keluarga
keupayaan memberi teguran

66
Rajah 4.1: Tema Pemerkasaan Komunikasi

4.4.2 Tema 2: Pemerkasaan Sikap Keterbukaan

Kajian ini mendapati peserta menggunakan program FAST untuk meningkatkan

keterbukaan antara ahli keluarga. Keterbukaan yang dimaksudkan dalam kajian ini

adalah toleransi ahli keluarga terhadap sesuatu perkara. Sub Tema yang dikenal

pasti berdasarkan tema ini adalah i) pengetahuan membuat keputusan, ii)

menghormati pandangan dan perasaan, iii) memberi peluang dan iv) memberi

sokongan.

4.4.2.1 Sub Tema 1: Pengetahuan membuat keputusan

Hasil temu bual dan pemerhatian melalui program FAST, ternyata membantu

peserta dalam proses membuat keputusan. Terutama apabila berkait dengan

masalah remaja. Ini dinyatakan ibu-ibu FAST seperti berikut;

“……program ni banyak bantu makcik untuk buat keputusan... kalau sebelum ni


bila dia cakap mak nak beli handpone, mak nak kasut bola, mak nak tidur rumah
kawan...makcik tak tahu nak cakap apa...sebab kalau cakap dia tak akan dengar ”
(PPIB; T2/PSK/PMK/ IBUF1/pmk)

“……selalunya kalau makcik minta dia tolong hantar kuih...kat rumah


customer......sekarang kalau dia tak nak makcik cakap...mak potong duit belanja
abang...atau petang ni tak boleh main bola...haa, pandai pulak dia dengar cakap
mak cik...” (PPIB; T2/PSK/PMK/ IBUF2/pmk)

“sekarang kalau dia minta nak kemana-mana saya akan tanya lah...untuk
apa...dengan siapa?..dia pun pandaila mintak, bagi tau kita dia nak ke mana...tak
de la senyap je”(PPIB; St1/MP/PMK/ IBUF5/)

67
4.4.2.2 Sub Tema 2: Menghormati Pandangan dan Perasaan

Hasil kajian mendapati semua pihak yang turut serta dalam kajian ini berusaha

mendekatkan diri dengan ibu bapa dan remaja. Wakil sekolah, wakil ibu bapa,

wakil NGO, wakil pembimbing rakan sebaya dan wakil mahasiswa memberi

tumpuan kepada peserta kajian. Kumpulan Fasilitator ini menjelaskan pengetahuan

menjaga perasaan peserta kajian merupakan tunjang kepada pelaksanaan program

ini. Pengetahuan menghormati pandangan dan perasaan peserta ini dijelaskan oleh

Fasilitator seperti berikut;

“masa kali pertama mereka datang nampak mereka sedih, mungkin malu
juga...tapi bila kita hormat perasaan mereka...faham masalah ...mereka boleh
senyum...aaa lepas tu mereka dah tak kekok dengan kita...itu yang kita nak kan....”
(PPIB; T2/PSK/PMK/ Wib/mp&p)

“……saya faham perasaan mereka...ada ibu bapa ni cakap yang mereka malu nak
datang sekolah bila anak-anak mereka terlibat dengan masalah disiplin. Ya
lah...mereka rasa cikgu-cikgu memandang sinis pada masalah yang mereka
hadapi...dalam program ini mereka tak akan rasa macam tu...sebab kita hormati
perasaan mereka...kita bantu mereka kembalikan kuasa yang sepatutnya mereka
ada...” (PPIB; T2/PSK/PMK/ Wkaun/mp&p)

Hal yang demikian turut dirasakan oleh para peserta program ini yang diperoleh

hasil temu bual berikut;

“……sebelum ni..emm, tak pernah fikir pun apa perasaan anak kalau kita marah
dia,,kadang marah depan kawan-kawan dia” (PPIB; T2/PSK/PMK/ IBUF5/mp&p)

“… kawan-kawan bercerita...kita dengar, bila kita cerita… dia dengar…rasa


dihormati...”(PPIB; T2/PSK/PMK/ IBUF1/mp&p)

“…seronok bila cakap dengan mak...sebab mak tak de la nak marah-marah...tak


macam dulu. Sekarang selalu berborak dengan mak banding sebelum masuk
FAST...”(PPIB; T2/PSK/PMK/ FASTr1/mp&p)
68
4.4.2.3 Sub Tema 3: Memberi Peluang

Hasil dapatan menujukkan program ini memberi peluang kepada ibu bapa dan

remaja memperbetulkan tanggapan masing-masing setelah mengikuti program ini.

Ini dinyatakan remaja 3 dan 4 seperti berikut;

“…saya ada cakap kat mak, nanti bila cuti abang nak buat part time dekat kelab
golf, abang nak beli basikal …mak izinkan (happy). Kalau tak jangan harap”
(PPIB; T2/PSK/PMK/ FASTr1/MP)

“……kalau saya bagi cadangan, mak dengar la. Kalau mak tak setuju pun..mak
akan bagitau la kenapa mak tak setuju…” (PPIB; T2/PSK/PMK/ FASTr1/MP)

“……mak bagi peluang untuk saya berubah. Lepas masuk program ni…saya dah
banyak berubah...hati saya tenang sikit...saya nak berubah…” (PPIB;
T2/PSK/PMK/ FASTr4/MP)

4.4.2.4 Sub Tema 4: Memberi Sokongan

Peserta merasakan semasa program FAST dilaksanakan mereka mula memberi dan

menerima sokongan antara ahli keluarga dan ahli-ahli FAST.

“… selalu salahkan mak bapak tak pandai jaga anak...sekarang saya pulak yang
berkawan dengan budak-budak tu...kongsi kasih sayang...daripada dia buat benda-
benda tak elok...ye dak, lebih baik kita ambil dia berkawan dengan anak kita...”
(PPIB; T2/PSK/PMK/ Wib/MS)

“……Alhamdulillah...rezeki makcik bertambah-tambah, masa ikut program FAST


ni aje dah bertambah-tambah rezeki...kawan-kawan blok lain tempah kuih. Semua
puji kuih makcik (PPIB; T2/PSK/PMK/ IBUF2/MS)

69
pengetahuan membuat keputusan

Permerkasaan Sikap
Keterbukaan
menghormati pandangan dan perasaan

memberi peluang

memberi sokongan

Rajah 4.2: Tema Pemerkasaan Sikap Keterbukaan

4.4.3 Tema 3: Pemerkasaan Kasih Sayang

Kajian ini mendapati ibu bapa kurang mempamerkan kasih sayang kepada anak

remaja. Mereka menganggap anak remaja telah dewasa dan tak perlu diberi layanan

dan perhatian seperti kanak-kanak. Bagi remaja pula mereka tidak merasakan

wujudnya kasih sayang ibu bapa terhadap mereka. Melalui program FAST perasaan

kasih sayang dapat ditimbulkan. Sub Tema yang diperhalusi adalah 1) Keseronokan

aktiviti bersama keluarga, 2) Memberi perhatian mendalam, 3) Menjaga perasaan,

4) Memberi pujian, 5) doa, 6) Menerima kekurangan 7) Penghargaan dan 8)bantu

hubungan kekeluargaan.

4.4.3.1 Sub Tema 1: Keseronokan Aktiviti Bersama Keluarga

Hasil temu bual yang diperoleh daripada peserta kajian dan kumpulan fasilitator

mendapati aktiviti-aktiviti yang dirancang telah diikuti kesemua peserta termasuk

fasilitator, 2 jam setiap kali program dilaksanakan. Peranan aktiviti dirancang

digunakan untuk tujuan berikut;

70
i. Merapatkan Hubungan Antara Ibu Bapa, Remaja Dan Kumpulan

Fasilitator

Kesemua peserta kajian menyertai aktiviti yang dirancang sepanjang program.

Dapatan temu bual menunjukkan peserta mempunyai pengetahuan untuk mengulas

aktiviti yang mereka ikuti dengan baik. Peserta dapat berkongsi pengalaman,

pendapat dan mengemukakan cadangan tentang isu-isu remaja dan kehidupan

seharian sambil membuat penilaian terhadap sahsiah remaja dan persekitaran

sekeliling. Ini dinyatakan oleh Ibu FAST 1 dan 3 seperti berikut;

“…...semua aktiviti yang ada ni bagus. Makan sama-sama, berbincang, bercerita


sampai tak sedar 2 jam rupanya kat sini (PPIB;T3/PKS/AKT/ IBUF1/mh)

“….saya rasa bertuah sangat dapat ikut program ni, macam menang hadiah”
(PPIB; St4/JH/Phrg/FASTr4/Gnj)

“…makcik suka dengan program ni sebabnya aktiviti yang dibuat tu seronok. Ada
makan dengan keluarga, lepas tu ada aktiviti kraf, aktiviti bersama kawan sebaya,
aktiviti one to one...emm...sebelum balik ada aktiviti penutup…seronok datang sini
sampaikan tak sedar dah habis masa rupanya. ...tak sabar nak tunggu minggu
depan” (PPIB;T3/PKS/AKT/ IBUF2/mh)

Dapatan temu bual ibu bapa juga disokong oleh dapatan temu bual fasilitator yang

mendapati peserta mengingati turutan aktiviti yang dilaksanakan dan tempoh masa

yang ditetapkan tanpa bantuan fasiliitator. Melalui pemerhatian didapati peserta

seronok dan bersemangat sepanjang program kerana aktiviti yang dirancang

menarik dan teratur. Peserta juga merasa yakin akan keselamatan anak-anak lain

yang tidak menyertai aktiviti ini kerana berada di bawah pengawasan kumpulan

pembantu. Ini dinyatakan oleh fasilitator dalam temu bual seperti berikut;

71
“kelebihan program ni, ada fasilitator yang akan jaga anak-anak yang tidak
terlibat sepanjang program...minggu ketiga dan sehinggalah tamat... tak ada
masalah. Kami boleh habiskan program dalam masa yang ditetapkan”
(PPIB; T3/PKS/AKT/ Wfasi/mh)

“…saya perhatikan mereka semua gembira berada di sini..bagi kerjasama dalam


semua aktiviti” (PPIB;T3/PKS/AKT/ Wkauns/mh)

ii. Menarik Perhatian Peserta

Pemilihan aktiviti yang dilaksanakan dalam program FAST dapat menarik

perhatian peserta untuk mengikuti program ini secara berulang-ulang. Peserta

menunjukkan komunikasi kreatif melalui kreativiti, kemahiran dan muzik untuk

menzahirkan perasaan kegembiraan, kesedihan dan sebagainya. Ini dinyatakan oleh

ibu Fast 4 dan Ibu FAST 5 seperti berikut;

“…...makcik suka buat kraftangan...tapi tak de masa...tak de kawan nak buat. Bila
masuk FAST ni, makcik suka aktiviti bersama keluarga tu. Kami warnakan batik
sama-sama..seronok la”(PPIB;T3/PKS/AKT/ IBUF4/mpp)

“… saya suka menyanyi...kami menyanyi lagu FAST yang bahasa melayu...”


(PPIB; T3/PKS/AKT/ IBUF5/mpp)

“…banyak aktiviti, kami tak bosan laa...kalau macam program biasa...macam


ceramah je...selalu cepat bosan...sini ramai kawan...mak pun ada...seronok
la...”(PPIB;T3/PKS/AKT/ FASTr1/mpp)

4.4.3.2 Sub Tema 2: Memberi Perhatian Mendalam

Kajian mendapati, program ini membantu remaja dan ibu bapa untuk lebih

mengenali antara satu sama lain. Merasakan pentingnya hubungan baik antara

keluarga untuk melahirkan keluarga yang harmoni. Ini dinyatakan seperti temu bual

berikut;

72
“……saya dah lama tak salam dengan mak...rasanya salam masa raya je...tak
taulah kenapa...bukan malu...tapi tak tau la...kekok sangat...tapi masa mula-mula
program ni...sebelum balik tu kena salam...peluk...cium mak ..teringat masa kecik-
kecik (PPIB; T3/PKS/MPM/ FASTr4)

“…Sebelum ni tak ambil berat sangat.... kalau mak demam ke....mak ada masalah
ke memang tak ambil tahu.... sebab mak selalunya tak nak kita tahu.... sekarang tak
lagi la....” (PPIB; T3/PKS/MPM/ FASTr2)

“…selalu pikir macam dah besar tak yah nak manja-manja.... kena keluar dengan
kawan-kawan.... tengok mak pun macam okey je.... bila kat sini baru tau yang
sebenarnya mak sunyi, sedih, susah hati.... bila saya selalu keluar....”
(PPIB; T3/PKS/MPM/ FASTr3)

Selepas melalui program FAST timbul kesedaran terhadap sikap yang ditunjukkan

kepada ibu bapa sebelumnya.

“…memang saya selalu tolong mak, tapi sekarang saya tambah-tambah sayang
pada mak.... kami jadi lebih rapat.... saya ada kawan nak berborak”
(PPIB; T3/PKS/MPM/ FASTr5)

“…makcik terharu sangat....bila minta kita peluk anak....rasa macam baru


semalam lahirkan dia.... mana dia nak peluk-peluk ni.... salam pun hujung jari kita
je…” (PPIB; T3/PKS/MPM/ IBUF4)

“…melalui pemerhatian saya kebanyakan peserta pada awalnya tak mesra,


kekok…memang nampak kurangnya kasih sayang yang terjalin dalam sebuah
keluarga…tapi bila dah akhir program berbeza sangat. Nampak lah aura kasih
sayang tu…”(PPIB; T3/PKS/MPM/ WMsis)

4.4.3.3 Sub Tema 3: Menjaga Perasaan

Sub Tema menjaga perasaan juga merupakan salah satu hasil daripada Tema

pemerkasaan kasih sayang. Ini dapat dilihat melalui temu bual bersama Fasilitator

antaranya;

“ dah boleh berfikir nak jaga perasaan mak, kalau sebelum ni ada yang mengaku
hisap rokok untuk suka-suka..lepas program ni tak buat dah…”(PPIB;
T3/PKS/MPr/Wkauns)

73
“…mak ayah dah tak perlekahkan lagi apa yang anak ceritakan..mereka dah mula
dengar, tunjukkan empati..tunjukkan naluri ibu..bapa.” (PPIB; T3/PKS/MPr/Wib)

Para peserta turut mengakui wujudnya perasaan kasih sayang yang mendalam

kepada keluarga masing-masing. Ini dinyatakan melalui temu bual bersama remaja

seperti berikut;

“…selalunya dia mesti dengar cakap kita, kadang sampai bergaduh anak –
beranak, jarang nak sebelahkan dia…sekarang ni tak la..” (PPIB; T3/PKS/Mpr/
IBUF1)

“…apapun makcik terima dia..tak bandingkan dia dengan anak orang lain. Tapi
nasihat dialah, masa depan kita tak tau lagi…kena banyak usaha”
(PPIB; T3/PKS/Mpr/ IBUF3)

“tak mengungkit dah…,tapi bagitau dia..walaupun tak sekolah makcik doakan dia
berjaya..”(PPIB; T3/PKS/Mpr/ IBUF4)

4.4.3.4 Sub Tema 4: Memberi Pujian

Dapatan pemerhatian didapati peserta senang jika diberikan pujian sekiranya

melakukan kebaikan. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui raut wajah, mimik muka

yang menunjukkan perasaan gembira. Peserta didapati dapat menzahirkan rasa

gembira dan ini dapat membantu fasilitator mendekati peserta dengan lebih rapat.

Ini dibuktikan melalui temu bual berikut;

“…katalah hari ini bila kita minta mereka secara sukarela untuk memulakan
aktiviti.... salah seorang dari mereka terus bangun, terus kita berikan tepukan....”
(PPIB; T3/PKS/MPr/Wkauns)

“…kita galakkan ibu bapa memberi pujian.... bukan apa yang mereka buat di sini
tetapi di rumah atau di mana-mana.... jangan kedekut nak puji anak…(PPIB;
T3/PKS/MPr/Wngo)

74
“…sebelum ni, tak sangat la…kita kan mak, boleh la nak suruh anak-anak buat
kerja…tak hirau sangat kesan puji-puji tu.... tapi, sekarang dah faham dah…mula-
mula macam kekok juga, tapi sekejap je la… bila dah buat seronok pulak”
(PPIB; T3/PKS/MPr/IBUF5)

“…sekarang selalu piji dia kalau dia menolong, ucap terima kasih pun dah cukup.
Nampak dia bersemangat nak tolong kita…” (PPIB; T3/PKS/MPr/IBUF3)

4.4.3.5 Sub Tema 5: Doa

Walaupun program dibawa daripada negara luar namun adaptasi ke dalam

masyarakat dan budaya menjadikan program ini dekat dengan peserta. Ini dapat

dilihat melalui Sub Tema 4 di mana, doa sebagai pembuka dan penutup program

menambahkan lagi rasa yakin kepada peserta. Dapatan temu bual seperti berikut;

“……Alhamdulillah, InsyaAllah berkat. Kita mulakan dan akhiri aktiviti dengan


bacaan doa”(PPIB; T3/sT4/PKS/doa/IBUF2)

“…elok program ni masukkan unsur-unsur islamik...barulah keyakinan tu timbul


dalam diri peserta” (PPIB; T3/st4/PKS/doa/IBUF1)

“lepas habis program kita doakan supaya apa yang kita buat ni diberkati..usaha
kan, Allah s.w.t yang tentukan” (PPIB; T3/st4/PKS/doa/IBUF3)

4.4.3.6 Sub Tema 6: Menerima Kekurangan

Salah satu hasil daripada dapatan kajian ialah menerima kekurangan antara satu

sama lain yang tidak pernah dinyatakan sebelum program dilaksanakan. Ini diakui

oleh ibu bapa dan remaja itu sendiri melalui temu bual berikut;

“…dia dah cuba belajar tapi tak paham....lambat paham....makcik pun tak
sepatutnya marah-marah dia....” (PPIB; T3/st3/PKS/MKr/IBUF1)

75
“…makcik tak nak paksa dia belajar lagi.... makcik nak bagi galakkan.... betul juga
apa yang kita bincangkan ramai-ramai.... tak semestinya dia tak pandai belajar dia
tak boleh berjaya.... Tapi makcik akan selalu bagi dia galakkan lepas ni....”
(PPIB; T3/st3/PKS/MKr/IBUF2)

“…taka pa lah dia tak sekolah …makcik dah boleh terima. Harap lepas ni dia ada
hati nak sambung belajar…”. (PPIB; T3/st3/PKS/MKr/IBUF4)

4.4.3.7 Sub Tema 7: Penghargaan

Hasil kajian mendapati tingkat penghargaan wujud sepanjang masa ketika program

ini dilaksanakan dan ia meningkatkan persahabatan antara peserta-peserta kajian.

Ini dibuktikan melalui temu bual mendalam bersama ibu bapa dan remaja FAST.

“…baru kita tahu macam mana nak hargai orang sekeliling kita....keluarga, jiran
tetangga....memang tak pernah ada program macam ni sebelum ni”
(PPIB; T3/sT6/PKS/Phr/IBUF3/gnj

i. Elakkan Perbandingan

Melalui dapatan kajian mendalam, peserta juga lebih menunjukkan sifat ingin tahu

dan dengan kata lain lebih memahami rakan sepasukan. Peserta juga menyedari

kesan membuat perbandingan antara satu sama lain. Ini dinyatakan seperti temu

bual berikut;

“…saya selalu bandingkan diri, keluarga dengan kawan-kawan yang senang, rasa
rendah diri sangat. Tapi kat sini saya belajar supaya kita terima kekurangan tu
jadikan kekuatan kita....” (PPIB; T3/st3/PKS/Phr/FASTr5/epr)

“…mak kalau marah je mesti dia cakap, cubala tengok dia tu, ada je la dia
bandingkan....memang sakit hati. Rasa macam tak berguna sangat....sekarang saya
tahu kenapa mak buat macam tu..satu hari nanti saya nak banggakan
mak..”(PPIB; T3/st3/PKS/Phr/FASTr2/epr)

Sementara itu, perubahan turut diakui oleh ibu bapa FAST kesan elakkan

perbandingan ke atas anak-anak mereka.

76
“…selalu fikir kenapalah anak tak boleh ikut contoh orang yang berjaya… kalau
ikut kan senang. Bila dah tahu kesannya pada anak…rasa menyesal…”(PPIB;
T3/st3/PKS/Phr/FASTr1/epr)

“…mak dia kalau cakap pasal anak selalu juga banding-bandingkan dengan orang
lain, saya nasihat juga sebab dia rapat dengan anak. Bila datang sini, dia
sedarlah....yang dia buat tu salah. Ada juga dia minta maaf dengan anak…”
(PPIB; T3/st3/PKS/Phr/BAPAF5/epr)

“…selalu makcik bandingkan dia, sengaja cakap macam tu nak buat dia kecik
hati…sekarang baru tahu cara tu salah (PPIB; T3/st3/PKS/Phr/FASTr3/epr)

ii. Membina Matlamat Baru

Salah satu kesan yang dapat dicungkil melalui program ini adalah

membina matlamat baru yang dipupuk ke dalam jiwa dan semangat peserta supaya

dapat memilih peluang untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ini dapat

diselami melalui temu bual bersama peserta.

“…saya akan berusaha lebih untuk SPM tahun depan....semuanya untuk mak dan
untuk masa depan saya....emm....kalau tak bagus saya akan ambil bidang yang
sama minat....automotif, komputer...” (PPIB; T3/sT6/PKS/Phr/FASTr1/mmb)

“…emm, nak cuba yang terbaik dalam SPM....harap result saya tak teruk sangat....
saya nak sambung belajar. Nak mak happy” (PPIB;
T3/sT6/PKS/Phr/FASTr2/mmb)

“…Saya nak bekerja....nak bantu mak ayah....saya nak baiki diri.Doakan saya
berjaya”(PPIB; T3/sT6/PKS/Phr/FASTr4/mmb)

“Saya dah tetapkan matlamat saya....sebelum ni ada je cikgu minta kita tetapkan
matlamat....tapi saya macam tak kisah....tak de hala tuju..”
T3/sT6/PKS/Phr/FASTr5/mmb)

iii. Permuafakatan

Di samping itu wujud Permuafakatan di kalangan peserta kajian, terutama jika ingin

menyelesaikan isu yang muncul tiba-tiba semasa program sedang berjalan. Ibu bapa

akan diberi keutamaan untuk membuat keputusan barulah disokong oleh Fasilitator.
77
Ini turut dianggap sebagai penghargaan kepada kumpulan FAST. Ini dinyatakan

dalam temu bual berikut;

“…tiba-tiba masa program tu dia meracau-racau...waktu tu awal lagi... hampir


pukul 10...kami terkejut juga...nak berhenti ke...nak teruskan ke? atau nak minta
dia balik dulu. Kalau biar dia sekeluarga balik dulu...kita tak tau juga apa jadi
kan..kami tunggu sampai dia sedar” (PPIB; T3/sT6/PKS/Phr/IBUF1/Prmf)

“…selalunya sebelum datang ke program ni kami ada berbincang...katalah minggu


ni apa kita nak tahu dari anak kita...sama-samalah bagi pandangan...bagus
juga...sebab kalau di rumah kita tak tahu nak tanya macam mana...emm...kami nak
tahu sebenarnya yang mereka fikirkan...yang kami tak tahu” (PPIB;
T3/sT6/PKS/Phr/IBUF1/Prmf)

“…saya dah rapat dengan kakak-kakak fasi....macam kalau ada masa kami akan
berhubung....bukan masa program je la....suka sangat program ni, bertuah sebab
terpilih....” (PPIB; T3/sT6/PKS/Phr/FASTr5/gnj)

“…bertuah sangat makcik rasa dapat ikut FAST, macam mati hidup semula.
Hubungan makcik dengan anak-anak, dengan suami…kami saling hormat antara
satu sama lain, anak makcik pun dah makin hormatkan makcik, bersyukur sangat”
(PPIB; T3/st3/PKS/Phr/IBUF4/gnj)

4.4.3.8 Sub Tema 8: Bantu Hubungan Kekeluargaan

Pengukuhan kasih sayang menjadi lebih bermakna apabila program yang disertai

ini dapat membantu hubungan kekeluargaan. Melalui program FAST peserta

merasakan hubungan antara ahli keluarga semakin rapat berbanding sebelumnya.

Ini dinyatakan dalam temu bual berikut.

“…rasa bertuah sangat dapat ikut program ni....banyak dapat bantu hubungan
kekeluargaan” (PPIB; T3/sT8/PKS/Phr/IBUF1/bhk)

“…bertuah sangat makcik rasa dapat ikut FAST, macam mati hidup semula.
Hubungan makcik dengan anak-anak, dengan suami…ada rasa hormat antara satu
sama lain, anak makcik pun dah makin hormat, nak la dia dengar cakap makcik,
bersyukur sangat…” (PPIB; T3/st8/PKS/Phr/IBUF4/bhk)
78
“emmm..lepas join FAST ni..hubungan saya dengan mak, dengan kawan-kawan
jadi rapat, kami ambil berat antara satu sama lain..kalau boleh berterusan la, terus
rapat” (PPIB; T3/sT8/PKS/FASTr5/bhk)

merapatkan hubungan di antara peserta


Keseronokan aktiviti
bersama keluarga
menarik perhatian peserta
Pemerkasaan kasih sayang

memberi perhatian mendalam

menjaga perasaan
elakkan perbandingan
memberi pujian
membina matlamat
doa
ganjaran
penghargaan
permuafakatan
menerima kekurangan
Bantu Hubungan Kekeluargaan

Rajah 4.3: Tema Pemerkasaan Kasih Sayang

4.4.4 Tema 4: Pemerkasaan Sikap Hormat-Menghormati

Bagi tema meningkatkan rasa hormat-menghormati, dapatan kajian menunjukkan

kesemua peserta kajian menjadi lebih menjaga antara satu sama lain dalam usaha

memperkasakan peranan ibu bapa dan mengatasi masalah disiplin remaja. Sub tema

yang muncul di bawah hormat- menghormati ini adalah 1) tanggungjawab dan

peranan ibu bapa, 2) peranan rakan sebaya dan 3) peranan masyarakat. Setiap sub

tema dijelaskan seperti berikut;

79
4.4.4.1 Sub Tema 1: Memahami Tanggungjawab dan Peranan Ibu Bapa

Dapatan kajian mendapati peserta memahami tanggungjawab sebagai ibu bapa iaitu

menyediakan keperluan asas. Peserta juga terikat dengan amalan yang dilakukan

oleh ibu bapa mereka secara turun-temurun tanpa kemampuan untuk menyesuaikan

diri dengan realiti kehidupan sekarang. Ini dinyatakan oleh peserta terhadap

pemahaman mereka melalui temu bual seperti berikut;

i. Menyediakan Keperluan Asas

Peserta memahami tugas sebagai ibu atau bapa adalah menyediakan keperluan asas.

Menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian. Oleh sebab keadaan sumber

kewangan yang terhad, ibu bapa tidak memberi tumpuan kepada keperluan lain

kerana terikat dengan tanggungjawab tersebut.

“…saya bekerja mamandu lori.... lori ais batu. Ikut trip la.... kalau banyak trip,
banyak komisyen, dapatla duit lebih sikit untuk sara keluarga.... saya sorang
bekerja.... boleh la hidup sederhana..hal anak-anak selalunya isteri yang
uruskan...” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/BAPAr5/mka)

“…anak-anak tak de pulak meminta-minta, tak pernah la. Macam handpone? oh....
saya sendiri pakai yang murah.... yang penting makan pakai cukup....”
(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/IBUF2/mka)

“…makcik tak pandai nak bekerja, kemahiran pun tak de.... membaca pun tak
berapa pandai.... duk rumah je la.... harapkan pakcik jadi jaga kilang.... dia pun
tak berapa sihat.”(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/IBUF4/mka)

“…sejak arwah ayah dia meninggal makcik hidup dengan duit pencen.... kemudian
makcik berjual kuih.... nak tambah rezeki.... kadang anak minta juga itu-ini, tapi
dah tak ada…nak buat macamana”(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/IBUF1/mka)
.

Sikap memahami tanggung jawab ibu bapa dapat diterima oleh remaja setelah
melalui program FAST selama beberapa minggu. Ini dinyatakan seperti di dalam
temubual berikut;

80
“em..ayah kerja sorang, saya tahu susah untuk ayah…rasa insaf kalau asyik minta
itu ini..tak patut” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/FASTr5/mka)

“ramai lagi orang yang hidup susah..saya belajar bersyukur, sekarang saya suka
tolong mak..,kesian mak penat” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/FASTr3/mka)

“ayah tak sihat..saya tahu ayah tak mampu nak kerja kuat. Sebelum ni ada rasa
benci sebab hidup susah tapi sekarang rasa hormat pada ayah…kalau ayah sakit
saya akan gantikan ayah kerja,..” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/FASTr4/mka)

ii. Memberikan Kasih Sayang

Memberikan kasih sayang dalam kajian ini bermaksud ibu bapa mempunyai masa

secukupnya untuk memberi perhatian kepada anak-anak. Sekiranya ibu bapa tidak

dapat memenuhi keperluan rohani ini, anak-anak akan menjauhkan diri daripada

keluarga dan mencari rakan sebaya sebagai tempat untuk berkongsi masalah.

Takrifan dan pemahaman kasih sayang dijelaskan oleh peserta melalui temu bual di

bawah.

“…kasih sayang.... kita marah dia tu.... kita sayang la kan? Tapi anak-anak tak
boleh terima, tambah pula dia dah remajakan..sekarang ada masa saya akan
borak-borak dengan dia. Nampak dia seronok..” (PPIB;
T4/St1/PHM/TJ&P/IBUF3/mks)

“…sebelum ni dia (remaja) tak suka duduk kat rumah sebab sempit. Itu yang suka
tidur kat rumah kawan..sekarang tak dah, bila ada masa je siang-siang pun dia dah
duduk rumah…dengan adik-adik pun dah mesra”(PPIB;
T4/St1/PHM/TJ&P/IBUF4/ mks)

“…lebih rapat dengan anak sekarang.... boleh berborak-borak, boleh berbincang,


bagi pendapat.... banyak yang makcik tak tahu tentang anak rupanya,
alhamdulillah banyak perubahan” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/IBUF5/mks)

81
4.4.4.2 Sub Tema 2: Memahami Tanggungjawab dan Peranan Rakan

Sebaya

Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan remaja. Tidak

dinafikan memilih rakan sebaya yang baik dapat membantu remaja meneruskan

kehidupan tanpa sebarang masalah. Peserta kajian memilih rakan sebaya yang

mempunyai latar belakang yang sama kerana lebih memahami. Namun mempunyai

rakan sebaya yang berjaya menjadi impian mereka. Ini dibuktikan melalui

perbualan berikut;

“…... em.... baru saya rasa bila kita pilih kawan yang berjaya. Kita ada rasa nak
berjaya, sekarang kami kawan lah.”(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Prs/FASTr5)

“…saya kelas belakang, jaranglah nak kawan dengan murid kelas depan.
Persepsi....hahaha mungkin kot.... sekarang cubala....cari kawan-kawan yang
berjaya dari saya, ambik inspirasi”(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Prs/ FASTr1)
“ mula-mula rasa pelik la, sebab dah tak kawan dengan budak-budak yang suka
lepak. Sepanjang program FAST selalu lepak dengan FASI, dah tak rasa nak lepak
dengan budak-budak lain” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Prs/ FASTr2)

“…saya pilih kawan-kawan yang salah… masa ajak lepak sama-sama, tapi bila
saya dibuang sekolah…diorang dah tak nak kawan dengan saya...., malu, marah,
kecewa ....” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Prs/ FASTr4)

Ini turut diakui melalui hasil temu bual bersama fasilitator rakan sebaya dan

mahasiswa;

“…sebelum program ni mula, saya pun tak yakin dapat bantu diorang(peserta) tapi
sekarang kami dah rapat dan saya pun happy dapat tolong diorang” (PPIB;
T4/St1/PHM/TJ&P/Prs/ Wprs)

“…kita boleh bantu kawan jadi insan yang baik la sebenarnya. Eh....tak susahlah.
Saya ajak beberapa orang rakan untuk bantu diorang… banyak perubahan, so ok
la, harap lepas ni diorang tahu nak pilih kawan, tahu peranan kawan.”
(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Prs/ Wmsis5)

82
“…pada saya diorang rasa rendah diri, sebab terlibat dengan masalah disiplin.
Selalu kena marah dengan cikgu. Kat(dekat) sini kami borak-borak, bercerita. Saya
ada bagi pandangan dan pendapat. Macam mana nak selesaikan masalah.”
(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Prs/ Wprs)

“…mereka ada potensi. Emm....kalau bukan dalam bidang akademik, dalam


bidang sukan, kemahiran....tapi perlu pilih rakan yang betul.Kita bantu mereka
untuk bina hubungan dengan masayarakat bukan hanya dengan kawan-kawan.
Macam tu baru kita rasa diri dihargai. emmm....ada perasaan empati....ada
perasaan gembira sebab dapat bantu mereka…”(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Prs/
Wkauns)

4.4.4.3 Sub Tema 3: Memahami Tanggungjawab dan Peranan Masyarakat

Penyertaan masyarakat dalam aktiviti sebegini dapat membantu meningkatkan rasa

tanggungjawab antara peserta termasuklah kumpulan fasilitator. Menurut wakil

komuniti, mereka dapat rasakan betapa sukarnya ibu bapa yang berada dalam

kedudukan ekonomi yang rendah untuk hidup di bandar dengan anak-anak yang

semakin meningkat dewasa. Sudah pasti banyak cabaran yang harus mereka

tempuhi dan lebih malang sekiranya tiada sokongan masyarakat sekeliling. Ini

dinyatakan melalui dapatan temu bual di seterusnya;

“…pertama kali saya sertai aktiviti sebegini. Pada awalnya saya tidak tahu apa
peranan saya.... banyak yang kita boleh bantu .... selama ni kita hanya bersangka
buruk bila tengok remaja bermasalah.... selalunya kita salahkan keluarga....
ibubapa.”(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Msy/Wib2)

“…kita tidak pernah terlibat dengan program sebegini secara langsung… JKM
hanya menerima remaja yang benar-benar bermasalah dan selalunya terlibat
dengan kes-kes polis....pada saya ia permulaan yang baik bagi negara kita tapi
kami di JKM tidak ada staff yang ramai untuk turun padang…”
(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Msy/ Wfasi)

“…saya sendiri sebagai kaunselor merasakan yang program ini bagus. Pada
awalnya agak sukar tetapi susun atur aktivitinya yang menarik.... Di samping
penyediaan kemudahan seperti pengangkutan, tempat yang selesa.... ada penjaga
anak-anak yang tidak turut serta .... ha..ada makanan, itu penting....”
(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Msy/ Wkauns)
83
“…untuk pastikan program ini berjaya,kita perlukan sokongan pelbagai lapisan
masyarakat. Walaupn susah tetapi kami berjaya juga meyakinkan mereka (wakil
setiap lapisan) akan manafaat program ini”
(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/Msy/ WPProg)

4.4.4.4 Sub Tema 4: Memahami Tanggungjawab dan Peranan Remaja

Kejayaan program ini turut diukur melalui perubahan sikap remaja dari minggu ke

minggu. Melalui perbualan dan pemerhatian mendalam, pengkaji merasakan

perubahan dalam diri remaja adalah positif, mereka mengakui kesalahan yang

mereka lakukan dan berjanji untuk berubah. Ini dapat dibuktikan melalui temu bual

berikut.

“….... saya dapat lihat mereka mengakui kesalahan masing –masing…minggu


pertama begitu syahdu bagi kami bila remaja menyedari yang mereka
menyusahkan keluarga dengan sikap panas baran.... biadap, tak dengar cakap,
berlarutan juga dua ke tiga minggu.... seolah-oleh ini peluang untuk mereka minta
maaf kepada ibu bapa.” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/R/Wmsis)

“…saya masih terbayang bila salah seorang peserta menangis.... teresak-esak dan
peserta ini lelaki. Kebanyakkan mereka lelaki, katanya dia menipu ibunya....
merokok.... ponteng sekolah, hingga dia digantung sekolah.... saya nampak
keikhlasan dihatinya, andai kata kita mulakan ianya lebih awal….”
(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/r/ Wkauns)

Perubahan yang sama turut dirasai oleh remaja. Mereka lebih hormat kepada

anggota keluarga. Hormat yang dimaksudkan dalam konteks kajian ini adalah

meletakkan ibu bapa dikedudukan yang tinggi dengan berinteraksi dan memberikan

layanan yang sopan sesuai dengan kedudukannya. Temu bual berikut mengukuhkan

lagi dapatan kajian ini.

“…sebelum ni, bukan tak hormat… tapi macam tak kisah pun, orang lain pun buat
benda yang sama dengan saya. Sekarang saya sedar, tanggungjawab saya pada
mak sangat besar. Tambah pulak mak la ayah, mak la emak…saya perlu hormat
mak, sayang mak, dengar cakap mak” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/R/ FASTr1)

84
“…sebelum ni, saya selalu salahkan mak… ye la, ayah jarang-jarang balik rumah.
Jadi saya kata sebab mak… asyik kerja, O.T (overtime), saya yang kena jaga adik-
adik. Sekarang saya sedar…saya silap…” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/R/ FASTr2)

“…saya jalankan tugas macam biasa, jaga adik-adik… tapi yang penting saya tak
protes-protes lagi pada mak…saya lebih hormatkan mak. Saya nampak, mak tak
stress lagi.” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/R/ FASTr2)

“…kalau mak kata boleh, boleh la. Saya tak bantah-bantah dah, tapi yang
bestnya… bila saya tak bantah, mak akan bagi apa yang saya mintak…ada la
syaratnya, jadi saya dah faham.” (PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/R/ FASTr3)

“…Kalau mak cakap saya dengar, kalau mak marah...saya diam, tak de la
menjawab macam dulu, kalau rasa nak marah, tahan je la..”
(PPIB; T4/St1/PHM/TJ&P/R/ FASTr3)

Melalui temu bual yang dilaksanakan terhadap para peserta program FAST

pengkaji dapati perubahan sikap yang ditunjukkan oleh peserta sangat positif. Para

peserta gembira dengan perubahan yang mereka lalui selepas program tersebut.

Peserta remaja mengakui mereka berasa lebih dekat dengan ibu bapa dan ahli

keluarga berbanding sebelumnya.

a) menyediakan keperluan
asas
Memahami Tanggungjawab
Pemerkasaan Hormat menghormati

dan peranan ibu bapa


b) mempamerkan kasih sayang

Memahami tanggungjawab dan


peranan rakan sebaya

Memahami tanggungjawab dan


peranan masyarakat

Memahami tanggungjawab dan


peranan remaja

85
Rajah 4.4: Tema Pemerkasaan Hormat-Menghormati

4.4.5 Rumusan Dapatan Kajian Kepada Persoalan Kajian 1

Dapatan kajian mendalami empat tema utama bagi membincangkan aspek

keberkesanan program FAST. Tema- tema tersebut adalah pemerkasaan

komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan hormat-menghormati. Setiap tema

diperihalkan secara terperinci beserta sub-sub tema yang telah dikenal pasti bagi

menerangkan mengenai kesan program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu

bapa semasa dan selepas ia dilaksanakan. Dapatan kajian mengenai keberkesanan

program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa dirumuskan melalui pohon

tema yang seperti rajah 4.5

86
1. Meningkatkan keupayaan menggunakan nada suara
keupayaan komunikasi keupayaan menggunakan laras bahasa
keupayaan menggunakan bahasa badan/body language

Pemerkasaan komunikasi
2. Meningkatkan keupayaan
Berinteraksi Jaringan hubungan

Perkongsian pengalaman
5. Penglibatan secara
aktif menjadi pendengar yang baik
perbincangan kumpulan
kerjasama

meningkatkan keyakinan

memberi ransangan
membantu menyelesaikan masalah
keupayaan memberi teguram

pengetahuan membuat keputusan


Permerkasaan Sikap
Keterbukaan

menghormati pandangan dan perasaan

memberi peluang

memberi

PEMERKASAAN PERANAN IBU BAPA


pandangan

merapatkan hubungan antara ibu


keseronokan aktiviti bersama bapa, remaja dan fasilitator
keluarga
menarik perhatian peserta
Pemerkasaan kasih sayang

memberi perhatian mendalam

menjaga perasaan

memberi pujian
elakkan perbandingan
doa
membina matlamat
penghargaan
permuafakatan
menerima kekurangan
bantu hubungan kekluargaan

memahami
Tanggungjawab dan a) menyediakan keperluan asas
peranan ibu bapa
Pemerkasaan Hormat

b) mempamerkan kasih sayang


menghormati

memahami tanggungjawab
dan peranan rakan sebaya

memahami tanggungjawab dan peranan


masyarakat

memahami tanggungjawab dan peranan


remaja

Rajah 4:5 ; Rumusan Dapatan Kajian Kepada Persoalan kajian 1

87
b. Dapatan Kajian Kepada Persoalan Kajian 2

Melalui proses pemerhatian, temu bual secara mendalam bersama guru cemerlang,

wakil ibu bapa, wakil remaja, wakil NGO, wakil mahasiswa, dapatan kajian

menunjukkan program FAST turut memainkan peranan penting dalam kehidupan

seharian bagi membantu ibu bapa bagi menangani masalah disiplin remaja.

4.5 Tema Dan Sub Tema

Bahagian ini menghuraikan tema dan sub tema yang dikenal pasti bagi

menerangkan bagaimana ibu bapa dan remaja mengadaptasi program FAST dalam

kehidupan harian.

i. Memperbaiki hubungan

ii. Membantu susun atur kehidupan seharian

iii. Memberi ruang perubahan

iv. Memperbaiki akhlak

v. Meluaskan jaringan perhubungan

4.5.1 Tema 1: Memperbaiki Hubungan

Kajian ini mendapati kejayaan besar program FAST adalah memperbaiki hubungan

antara keluarga dan remaja. Keluarga terutamanya ibu bapa memperoleh kuasa

untuk mengawal remaja. Sub tema yang muncul dari aspek memperbaiki hubungan

adalah i) interaksi yang lebih baik ii) perubahan tingkah laku iii) meluangkan

masa bersama.

88
4.5.1.1 Sub Tema 1: Interaksi Yang Lebih Baik

Dapatan kajian mendapati setelah mengikuti program FAST, ibu bapa telah

memainkan peranan untuk mengawal interaksi yang lebih baik. Ini merupakan

faktor penyumbang secara keseluruhan terhadap usaha ibu bapa untuk menanggani

masalah disiplin remaja. Ini dinyatakan oleh ibu bapa seperti berikut;

“…kami mula bercakap antara satu sama lain, kalau ada yang tak puas hati ke,
yang tak faham ke, bagi tahu. ..Sekarang, kalau saya bertanya mereka akan jawab,
kalau saya bercakap mereka akan dengar, jauh lebih baik daripada sebelum
ni..kami makin mesra….”( KPF:T1/MMD/MH/IBUF1/Ilb)

“…sekarang kalau bercakap dengan dia ada je idea, kadang-kadang dia kenakan
saya. Beza sangat dengan dulu. Saya nampak macam dia tak suka saya. Ye la, saya
boleh faham dia tertekan, tapi saya pun bekerja… kadang-kadang siang malam,
buat O.T (overtime). Sekarang, ada masa je, saya akan bertanya tentang dia, saya
dengar dia bercerita”. (KPF: T1/MMD/MH/IBUF2/Ilb

4.5.1.2 Sub Tema 2: Perubahan Tingkah Laku

Di samping itu ibu bapa turut mengesan perubahan tingkah laku anak-anak mereka

selepas mengikuti program ini. Ini turut membantu ibu bapa mengawal masalah

disiplin remaja. Ini dinyatakan oleh mereka seperti temu bual berikut;

“Hubungan dengan adik-adik juga mesra, mak cik nampak dia boleh bergurau
dengan adik-adik, kalau kita minta tolong, dia akan buat..”.
(KPF: T1/MMD/MH/IBUF5/Ptl)

“…dia dah banyak berubah, dah tak panas baran lagi...selalu dengar cakap
makcik. ..dengan ayahnya pun dia bercakap elok. ..ada juga keluar rumah… tapi
dia minta izin dengan mak cik. Tu pun tak lama… sejam dua jam, tak de la suka
sangat tak balik rumah…” KPF: T1/St2/MMD/MH/IBUF4/Ptl

89
4.5.1.3 Sub Tema 3: Meluangkan Masa Bersama

Selain daripada interaksi yang lebih baik dan perubahan tingkah laku remaja yang

diserap melalui program FAST, peserta turut merasakan meluangkan masa bersama

adalah satu cara untuk memperbaiki hubungan antara mereka. Ini dinyatakan

seperti berikut;

“…makcik suka aktiviti bersama keluarga yang selalu kita buat masa dekat
program FAST. Sekarang ni, ada je aktiviti dengan anak-anak. Kalau tak menonton
t.v (televisyen) sama-sama, kami buatlah aktiviti lain. Makcik suka teka silang kata
tu… ada buku anak beli… buat sama-sama, kurang la dia nak keluar ”
(KPF: T1/St3MMD/MH/IBUF1/lmb)

“…makcik ikut kalau dia ada lawan bola (perlawanan)… kalau dekat-dekat sini.
Dia minat bola. Bila makcik ikut tu, dapatlah kenal kawan-kawan dia… makcik
bawakan makanan, nampak dia happy. Makcik akan terus sokong dia”
(KPF: T1/St3MMD/MH/IBUF3/lmb)

Dapatan kajian bagi tema memperbaiki hubungan ditunjukkan melalui rajah 4.6 di

bawah.
memperbaiki hubungan

interaksi yang lebih


baik

perubahan tingkah laku

meluangkan masa
bersama

Rajah 4.6 : Tema memperbaiki hubungan

90
4.5.2 Tema 2: Membantu Susun Atur Kehidupan Seharian

Program FAST sangat membantu ibu bapa menanggani masalah sosial remaja.

Program ini dilihat dapat membantu ibu bapa menyusun atur kehidupan seharian

bagi mengurangkan masalah disiplin remaja. Sub tema yang dikenal pasti adalah 1)

rancang matlamat hidup 2) mengisi masa senggang, 3) menjadi role model.

4.5.2.1 Sub Tema 1: Rancang Matlamat Hidup

Melalui program FAST, ada remaja menyatakan mereka mempunyai matlamat

hidup namun tidak dikongsikan bersama ibu bapa ada juga yang tidak mempunyai

matlamat hidup. Selepas program FAST, remaja tidak lagi menganggap matlamat

hidup mereka satu rahsia. Ini dinyatakan seperti melalui temu bual berikut:

“…saya kan pernah cerita, sebelum ni saya nak kerja masa cuti sekolah mak tak
bagi… lepas ikut program ni saya ada bagi tau mak...saya nak kerja dekat kelab
golf tu...nak tambah duit nak beli handpone...mak setuju...dengan syarat tak boleh
suka-suka ponteng sekolah la.” (KPF: T2/St1/MSAK/RMH/FASTr1)

“…saya pun bagitahu mak...lepas sekolah ni saya nak belajar automotif, saya
memang minat bidang ni… mak sokong je”
(KPF: T2/St1/MSAK/RMH/FASTr1)

“…Saya dah ada matlamat… memang saya tak boleh nak berjaya dalam
pelajaran… tapi saya nak kerja kuat, nak kumpul duit, tolong keluarga…, saya nak
jadi anak yang bertanggungjawab” (KPF: T2/St1MAK/RMH/FASTr4)

4.5.2.2 Sub Tema 2: Mengisi Masa Senggang

Setelah melalui program FAST, ibu bapa mendapati remaja memahami bagaimana

untuk mengisi masa senggang dengan lebih baik. Ini dinyatakan dalam temu bual

berikut.

“…sebelum ni, balik sekolah je hilang...jumpa maghrib… malam pun keluar. Tak
sempat nak bercakap… sekarang tak lagi. Kalau dia tak buat kerja sekolah dia
duduk main gitar. Dia minta kat makcik nak beli gitar...tak de la dia keluar rumah
selalu sangat”( KPF: T2/St2/MSAK/MMS/IBUF1)

91
“…selalu dia ada di rumah...kalau ada masa sikit dia akan bantu makcik siapkan
kuih tempahan customer. Ringan sikit kerja makcik… syukur sangat-sangat… kalau
dulu asyik bosan duduk rumah, sempit la… anak-anak saudara ramai. Sekarang
dia dah tak kisah...”(KPF: T2/St2/MSAK/MMS/IBUF3)

“…kami jarang dah lepak-lepak ni, kalau lepak pun tak lama la… setakat jumpa,
tanya khabar… dah tau kan mak masing-masing tak suka lepak-lepak... lagipun
orang pandang serong…”(KPF: T2/St2/MSAK/MMS/FASTr1)

“…jarang la lepak dah, saya selalu kat rumah je... tolong -tolong mak. Kalau tak
de buat apa-apa saya layan anak-anak saudara...rasa lebih baik duk rumah la…”
(KPF: T2/St2/MSAK/MMS/FASTr3)

4.5.2.3 Sub Tema 3: Kepimpinan Melalui Teladan

Dapatan kajian menunjukkan antara kesan program FAST dalam kehidupan

seharian adalah kepimpinan melalui tauladan. Kajian mendapati, ibu bapa menjadi

contoh kepada anak-anak dan perubahan ini memperkasakan lagi peranan ibu bapa.

Dapatan yang diperoleh melalui temu bual mendalam adalah seperti berikut;

“…ibu bapa adalah tauladan kepada anak-anak, saya dah tekan kan sepanjang
program, perubahan mesti dimulakan oleh ibu bapa…. Barulah anak-anak akan
ikut. Kalau suasana rumah ceria dan harmoni… anak-anak akan lebih selesa
berada di rumah. Kuncinya pula adalah komunikasi, interaksi. Kalau ibu bapa
ikut… inysaallah anak-anak akan patuh… taat kepada kedua ibu bapa”
(KPF: T2/St3/MSAK/KMT/WNgo)

“…saya sendiri berubah perlahan-lahan lah… lapan minggu bersama program


FAST, banyak yang saya belajar… antaranya, nak anak ikut cakap kita… kita kena
muhasab diri, tau kekurangan dan kelebihan diri. Alhamdulillah...perubahan
positif…” (KPF: T2/St3/MSAK/KMT/IBUF2)

“…Sebelum ni kalau tengok anak tu, rasa nak marah je...cakap pun keluarlah
perkataan yang tak elok. Tak sedar anak ikut yang tak elok tu… jadi makcik kena
ubah… cakap ibu kan satu doa” (KPF: T2/St3/MSAK/KMT/IBUF1)

“…mak banyak berubah, daripada tak bercakap, mak dah pandai bercakap macam
pengacara t.v dah… hahaha. saya suka dengan perubahan ni sebab …ada je yang

92
kami nak cerita bila ada masa bersama. selalu, sambil masak-masak kami
borak…tentang semua benda. enjoy!”(KPF: T2/St3/MSAK/MRMFASTr5)

“…sebelum ni, kalau balik kerja je, mak selalu marah-marah. Ada je yang tak
kena. Kadang-kadang saya sedih juga…. dah la duduk rumah, jaga adik-
adik…saya pulak jadi baran…Sekarang dah banyak berubah…mak pun dah tak
suka bebel-bebel…” (KPF: T2/St2/MSAK/KMT/FASTr2)
membantu susun atur kehidupan

rancang matlamat hidup

mengisi masa senggang

kepimpinan melalui
teladan

Rajah 4.7 : Tema Membantu Susun Atur Kehidupan

4.5.3 Tema 3: Memberi Ruang Perubahan

Berhubung dengan kesan program FAST dalam kehidupan seharian, hasil temu

bual mendapati program ini memberi ruang perubahan kepada peserta kajian.Sub

tema yang dikenal pasti untuk memperihalkan memberi ruang perubahan adalahi)

kepentingan ilmu pengetahuan dan ii) kepentingan etika. Ini dinyatakan oleh

peserta kajian seperti berikut;

4.5.3.1 Sub Tema 1: Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Hasil temu bual mendapati kesan program FAST adalah meningkatkan kesedaran

kepada remaja terhadap kepentingan ilmu pengetahuan. Ini di nyatakan oleh peserta

seperti berikut.

93
“…sebelum ni, saya tak kisah sangat hala tuju masa depan saya. Tapi bila ikut
program FAST saya tahu pentingnya untuk saya ada matlamat hidup. Sebelum ni
saya asyik fikirkan gagal dalam peperiksaan sebab saya tahu saya tak
pandai…sekarang saya sedar kalau nak berjaya saya kena terus menuntut ilmu”
(KPF: T3/St1/MRP/KIP/FASTr1)

“…saya akan cuba yang terbaik dalam SPM… andai kata keputusan exam saya
kurang bagus sekalipun…saya akan terus belajar”
(KPF: T3/St1/MRP/KIP/FASTr3)

“dia tak nak sekolah…mak cik tak paksa, tak berani nak tegur pun ada. Sekarang
ni makcik dah tahu kalau tak belajar tu susah. Tak apa lah kalau dia nak baiki
motor ke, asalkan dia belajar betul-betul” KPF: T3/St1/MRP/KIP/IBUF4)

4.5.3.2 Sub tema 2: Kepentingan Etika

Dapatan kajian mendapati peserta bersetuju bahawa program FAST memberi kesan

terhadap kepentingan etika dalam amalan hidupan seharian. Sub-sub tema yang

muncul di bawah kepentingan etika adalah i) adab ketika makan ii) adab berkawan.

i) Adab Ketika Makan

Makan merupakan satu kewajipan bagi setiap manusia. Dalam program FAST

makan merupakan acara wajib dilalui oleh setiap peserta kajian. Antara adab yang

perlu dijaga semasa makan adalah memastikan kebersihan makanan, kebersihan

tangan, membaca doa, mengucap bismillah dan makan dengan tertib, tidak

merungut, tidak mencaci makanan dan mengucapkan Alhamdulillah. Kepentingan

menjaga adab makan dinyatakan oleh peserta dalam temu bual berikut;

“…masa makan…hidangkan makanan, basuh tangan, doa, makan dengan


tertib… selalu kalau kat rumah suka makan sorang-sorang, lebih cepat.
Sebenarnya tak baik makan sorang-sorang, makan cepat-cepat. Kalau kita
makan elok-elok zat pun masuk elok dalam badan”
(KPF: T3/St2/MRP/KE/FASTr4/am)

94
“…emm... dulu selalu tak kisah la…kalau mak ajak sarapan, saya tidur…
waktu makan tengah hari balik sekolah tu, saya makan je sorang-
sorang…makan malam pun sama, sebab serabut la makan ramai-ramai, tapi
bila dah join FAST, baru rasa, waktu makan tu kita dapat kumpul sama-sama,
pastu makan dengan adab, tertib… sekarang jarang la makan sorang...”
(KPF: T3/St3/MRK/KE/FASTr3/am)

“…jadi contoh kepada adik-adik, kena sabar masa makan, jangan berebut,
bagi mak-ayah dan adik-adik ambil makan dulu…baca doa dan makan sama-
sama… selalu makan malam la, waktu cuti ke. Kalau makanan tu sikit, kita
kongsilah… semua orang mesti rasa… baru adil.” (KPF:
T3/St1/MRP/KE/FASTr5/am)

ii) Adab Berkawan

Salah satu adaptasi program FAST yang dibawa dalam kehidupan seharian adalah

adab berkawan. Melalui temu bual, peserta menyatakan kesedaran terhadap

pentingnya memilih kawan bagi masa depan yang lebih baik. Ini dinyatakan seperti

berikut;

“…sebelum ni tak kisahla nak kawan dengan siapa. Asal boleh lepak je kami
kawan la. … kalau cari kawan yang suka lepak… kita akan melepak, kan? Jadi
carila kawan yang selalu gi masjid…kita akan ikut gi masjid… aaa kira macam tu
la…”(KPF:T3/St2/MRP/KE/FASTr1/ab)

“…saya ramai kawan, ada yang suka ambil kesempatan…tahu mak saya berniaga,
kalau makan ke, suruh saya belanja… dulu saya tak kisah...sebab tak fikir kan.
Sekarang dah fikir la, mak susah payah cari duit kita sedap-sedap je belanja
orang…kenapa nak kawan dengan orang macam tu…”
(KPF:T3/St2/MRP/KE/FASTr3/ab)
memberi ruang perubahan

kepentingan ilmu
adab ketika
makan
kepentingan etika
adab berkawan

95
Rajah 4.7: Memberi Ruang Perubahan

4.5.4 Tema 4: Memperbaiki Akhlak

Berhubung dengan memperbaiki akhlak, program FAST secara tidak langsung

membantu ibu bapa memperbaiki akhlak remaja. Sub tema yang muncul adalah i)

mengawal emosi ii) meluahkan perasaan.

4.5.4.1 Sub Tema 1: Mengawal Emosi

Hasil temu bual mendapati, peserta bersetuju bahawa program ini memberi kesan

kepada mereka untuk mengawal emosi dengan lebih baik. Mempunyai emosi yang

stabil membuatkan peserta lebih bersedia ketika berdepan dengan masalah dan

cabaran. Ia juga membolehkan peserta memberi respon yang yang baik ketika

berkomunikasi. Ini dijelaskan oleh peserta seperti berikut.

“…kalau cakap dengan mak, mak asyik membebel… selalu tak dengar pun. Tak
masuk telinga. Rasa marah, sakit hati…sebab mak asyik nampak salah kita.
Memang tak puas hati. Bila bercakap dengan mak suara pun tinggi, kasar… sebab
nak bagitau mak saya marah…. kadang-kadang tutup pintu bilik, tidur”
(KPF: T4/St1/MAk/ME/FASTr1)

“…banyak saya belajar melalui program ni, kita boleh bersikap lebih baik dengan
ibu bapa, hormat mereka, taat…dengar cakap ibu bapa…barulah kita rasa tenang.
Saya rasa berubah tu sebab saya dengan mak dan adik sama-sama dalam program
ni…kami lalui masa bersama”
(KPF: T4/St1/MAk/ME/FASTr1/)

Saya tahu dosa, tapi saya tak tau macam mana nak kawal marah…, masa program
FAST saya belajar la, kalau nak marah sangat…kita lari jauh daripada
orang…kita ambil air sembahyang. Ada belajar kat sekolah tapi dah lupa la (ambil
air sembahyang) …”

“…sekarang dah boleh la sebab selalu kalau ada kelas kat surau bawah, mak
suruh pergi dengan kawan-kawan…kami belajar sama-sama...tak malu sangat”
(KPF: T4/St1/MAk/ME/FASTr4/)

96
4.5.4.2 Sub Tema 2: Meluahkan Perasaan

Masalah yang dihadapi oleh remaja amat berkait rapat dengan keperluan untuk

berkongsi masalah atau meluahkan perasaan. Kebanyakan ibu bapa gagal menjadi

pendengar yang baik menyebabkan anak mereka cenderung mencari rakan sebaya

yang dapat memahami kehendak mereka. Melalui program FAST peserta

dibimbing untuk mencari rakan yang betul untuk meluahkan perasaan.

“…ada masalah je cari orang yang kita percaya, itu yang saya ingat masa
program FAST. Sebelum ni cari kawan...kalau ada masalah dengan mak, tak puas
hati cari kawan… masalah tak selesai. Sekarang, ada masalah, best friend (kawan
baik) saya mak la...” (KPF: T4/St2/MAk/MP/FASTr1/)

“…bila ada masalah, saya ceritakan dengan mak...rasa lega. Sebelum ni malu nak
cerita takut mak ta faham ke, mak marah ke. Sekarang saya dah tak malu la”
(KPF: T4/St2/MAk/MP/FASTr5/)

“…kalau ada yang dia tak puas hati, dia cakaplah kat kita. Penat ke, masalah kat
sekolah ke, begaduh dengan kawan ke... dengar je la. Dah habis dia mengadu, kita
nasihatlah… makcik nasihatkan dia. Kenalah sabar, kuat semangat… bukan ke
kalau sabar semua masalah boleh selesai… lepas tu dia pun okeylah.”
(KPF: T4/St2/MAk/MP/IBUF3)
Memperbaiki Akhlak

Mengawal Emosi

Meluahkan Perasaan

97
Rajah 4.8 Tema: Memperbaiki Akhlak

4.5.5 Tema 5: Luaskan Jaringan Perhubungan

Berhubung dengan meluaskan jaringan perhubungan, peserta akui penyertaan

dalam program FAST membantu mereka memantau pergerakan remaja dengan

lebih mudah kerana mereka mengenali antara satu sama lain. Wujud kerjasama

antara mereka yang menjadikan lingkungan interaksi semakin luas. Sub tema yang

muncul dalam tingkatkan jaringan kawalan adalah i) Hubungan dengan guru, ii)

Hubungan dengan jiran tetangga, iii) Hubungan dengan masyarakat, iv) Hubungan

dengan rakan sebaya.

4.5.5.1 Sub Tema 1: Hubungan Dengan Guru

Peserta mengakui hubungan dengan guru bertambah baik selepas melalui program

FAST. Peserta mengakui dapat memahami tanggapan guru kepada remaja dan

boleh berbincang seperti dinyatakan dalam temu bual berikut;

“…saya faham kenapa cikgu marah, jadi saya tak melawan cakap atau buat
muka… sebelum ni cikgu selalu anggap kami ni kurang ajar la… kalau tak
melawan…cikgu okey je, macam puas hati... cikgu tak tahu program FAST...tapi
bila kami cerita dia cakap...bagus...bagus…”(KPF: T5/St1/TJK/HDG/FASTr1)

“…sebelum ni tak semua cikgu suka saya, sebab diorang kata saya berlagak. Saya
atlit sekolah. Saya kan tak pandai sangat, kalau macam salah je…cikgu-cikgu
selalu ungkit la. …tapi bila saya cerita, ada juga la yang datang tengok program
kami…”((KPF: T5/St1/TJK/HDG/FASTr2)

“…dia tu malas, kalau buat kerja sekolah lambat je… makcik hari-hari bebel.
Manalah tak kena marah dengan cikgu.. makcik sekarang tak segan dah… nak
tanya dengan cikgu, makcik pergi je..tebalkan muka pun taka pa lah.
Alhamdulillah… cikgu dia layan elok-elok. (KPF: T5/St1/TJK/HDG/IBUF3)

98
4.5.5.2 Sub Tema 2: Hubungan Dengan Jiran Tetangga

Menurut peserta kajian, program ini turut memberi kesedaran kepada mereka untuk

menghargai jiran tetangga. Meskipun bukan cara hidup masyarakat bandar,

hubungan jiran tetangga yang baik dapat membantu kawalan ke atas masalah

disiplin anak-anak. Ini dinyatakan dalam temu bual berikut;

“…kenal muka je, tegur-tegur macam tu…tapi tak pernah bertanya, berborak.
Yang sebelah-sebelah rumah tu kenal la kan..sekarang makcik dan ambik tahu lah,
yang hujung tu ha...yang rumah atas... Sambil tu ada la tanya...nampak tak anak
makcik. Jadi bila dah beberapa kali tanya tu mesralah”(KPF:
T5/St1/TJK/HDG/IBUF4)

“…sebelum ni saya selalu kerja shift. Memang jarang jumpa jiran. Mak kawan dia
tu pun saya angguk-angguk gitu je. Sekarang, kalau ada masa kami borak-borak.
Saya pun jenguk juga pusat PITRAH tu… ada lah empat lima orang jiran yang
saya kenal… (KPF: T5/St1/TJK/HDG/IBUF2)

4.5.5.3 Sub Tema 3: Hubungan Dengan Masyarakat

Di samping itu peserta juga menunjukkan penglibatan mereka dalam masyarakat

semakin aktif berbading sebelumnya. Penglibatan ini bertujuan untuk meluaskan

pergaulan dan menjadikan hubungan ini sebagai strategi untuk mengawal masalah

anak-anak remaja. Ini dinyatakan oleh ibu bapa seperti berikut;

“…sebelum ni, pakcik jarang sangat gi (pergi) tolong kenduri-kendara kat surau
ni. Tapi sekarang ada je, pakcik turun…jadi pakcik cakap kat kawan-kawan yang
kenal tu minta tegur kalau nampak anak pakcik...yang mana-mana pun tak kisah.
Kalau nampak buat salah ke, tak senonoh ke … tegur”(KPF:
T5/St1/TJK/HDG/BapaF4)

“…saya bawak lori ais, kejar shift. Tak sempat kenal jiran pun. Kadang main
angguk-angguk je. Kalau malam penat dah. Bukan tak nak ke surau kan. Tapi
kalau hujung minggu tu, lapang saya pergi juga. ..kalau kita kenal ramai orang,
ada apa-apa masalah kita haraplah mereka hulurkan bantuan”
(KPF: T5/St1/TJK/HDG/BAPAF5)

99
4.5.5.4 Sub Tema 4: Hubungan Dengan Rakan Sebaya

Melalui temu bual dan pemerhatian mendalam, ibu bapa menghormati rakan sebaya

anak-anak berbanding sebelum program FAST. Ini memberi tanggapan baik kepada

remaja. Ini dapat dibuktikan melalui temu bual berikut:

“…makcik kenal semua kawan-kawan dia, sebelum ni beberapa orang je lah.


Sekarang dia selalu ajak kawan datang rumah. Makcik pun tak marah, daripada
dia ke lain (tempat lain). Makcik bagi izin duduk dalam rumah. Makcik pun
ada...lagipun nampak dia senang hati.. “(KPF: T5/St1/TJK/HDG/IBUr1)

“…ambik tahu dengan siapa dia berkawan, ambik nombor telefon. Kalau dia balik
lambat ke, tertinggal bas ke nanti makcik boleh hubungi kawan-kawan dia.. Baik -
baik (berhemah) belaka la budak-budak ni ... hormat orang tua…”
(KPF: T5/St1/TJK/HDG/IBUF5)

“…anak saya tak ada kawan ramai. Sebab dia kena duduk rumah, jaga adik-adik
lepas balik sekolah…sebelum ni langsung saya tak tahu siapa kawan-kawn dia..
Tapi lepas program tu, saya kenal budak-budak sini yang mana kawan dengan
dia…”
(KPF: T5/St1/TJK/HDG/IBUF2)

hubungan dengan guru


luaskan jearingan
perhubungan

hubungan dengan jiran

hubungan dengan masyarakat

hubungan dengan rakan sebaya

Rajah 4.9 : Tema luaskan jaringan perhubungan

4.5.6 Rumusan Dapatan Kajian Kepada Persoalan Kajian 2

Dapatan kajian memperoleh lima tema utama bagi perbincangan aspek kesan

program FAST dalam kehidupan seharian peserta. Setiap tema telah diperihalkan
100
secara terperinci beserta sub-sub tema yang dikesan bagi menerangkan

keberkesanan program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa bagi

menangani permasalahan sosial remaja. Huraian dapatan kajian akan dibincangkan

dalam bab 5.

101
interaksi yang baik

meluangkan masa bersama


memperbaiki
hubungan
perubahan tingkah laku

mengisi masa senggang

membantu susun atur Rancang Matlamat Hidup


kehidupan

kepimpinan melalui teldan

Rumusan dapatan
persoalan kajian 2 kepentingan ilmu
memberi ruang perubahan

kepentingan etika

mengawal emosi
memperbaiki akhlak
meluahkan perasaan

hubungan dengan guru

luaskan jaringan hubungan dengan jiran tetangga


hubungan
hubungan dengan masyarakat

hubungan dengan rakan sebaya

Rajah 4.10 : Tema dan Sub tema dapatan kajian kepada persoalan kajian 2

102
BAB V

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan akan membincangkan dapatan kajian serta ulasan berasaskan

konseptual kajian, teori dan literatur mengenai fenomana kajian bagi menjelaskan

persoalan, tujuan dan konteks kajian. Ulasan ringkas kajian dinyatakan pada

permulaan perbincangan bagi memberi gambaran keseluruhan kajian dengan

mengemukakan tema-tema yang muncul untuk menjelaskan pokok kajian.

Perbincangan dalam bab ini akan menekankan aspek keberkesanan program FAST

terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa dalam menangani masalah sosial remaja.

Kandungan bab ini juga akan menghuraikan implikasi kajian dari aspek teoritikal,

amalan dalam bidang pendidikan dan implikasi terhadap peningkatan sahsiah

remaja. Pengkaji turut mencadangkan beberapa cadangan kajian lanjutan yang

boleh dilaksanakan oleh penyelidik seterusnya berhubung dengan program FAST

bagi pemerkasaan peranan ibu bapa dari pelbagai aspek. Akhir sekali kesimpulan

dan penutup mengakhiri perbincangan.

5.2 Ringkasan Kajian

Perbincangan dapatan kajian kualitatif ini ialah berfokus kepada dua aspek iaitu

meneroka bagaimana FAST memperkasakan peranan ibu bapa dan adaptasi

program FAST dalam kehidupan seharian remaja dan keluarga. Hasil dapatan

kajian diinterpretasikan melalui tema-tema yang terhasil semasa proses temu bual

103
secara mendalam, temu bual melalui pelbagai sumber, pemerhatian serta analisis

dokumen.

Seramai lima belas orang informan telah dipilih. Lima daripadanya terdiri daripada

ibu bapa dan penjaga remaja FAST dan lima orang remaja FAST. Seorang wakil

Kaunselor, seorang wakil remaja, seorang wakil mahasiswa, seorang wakil ibu bapa

dan seorang wakil fasilitator telah dipilih sebagai partisipan utama kajian. Hasil

kajian kualitatif ini telah mengenalpasti sebanyak empat tema utama yang muncul

dari aspek pemerkasaan peranan ibu bapa dan lima tema utama yang muncul dari

aspek kesan program dalam kehidupan seharian remaja.

Secara khususnya kajian ini bertujuan menghuraikan dua objektif kajian iaitu;

iii. Menerokai elemen pemerkasaan peranan ibu bapa dari aspek komunikasi,

kasih sayang, keterbukaan dan hormat-menghormati semasa program FAST

iv. Memahami dan memperihalkan adaptasi program FAST dalam kehidupan

harian

Perbincangan keseluruhan tentang keberkesanan program FAST terhadap

pemerkasan peranan ibu bapa dilihat berdasarkan empat tema yang muncul iaitu i)

pemerkasaan komunikasi, ii) pemerkasaan keterbukaan, iii) pemerkasaan kasih-

sayang, dan iv) pemerkasaan hormat-menghormati. Bagi aspek kesan program

FAST dalam kehidupan seharian remaja pula lima tema utama telah dikenalpasti

iaitu i) memperbaiki hubungan ii) membantu susun atur hidupan seharian iii)

Memberi ruang, iv) memperbaiki akhlakdan v) Meningkatkan jaringan.

104
5.3 Perbincangan Dan Dapatan Kajian

Perbincangan kajian mengupas dengan mendalam mengenai keberkesanan program

FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa sepanjang program FAST dan kesan

program FAST dalam kehidupan seharian remaja.

Ting Chew Peh (1979) menjelaskan hubungan dan interaksi merupakan peranan

yang perlu ada dalam diri individu dan setiap individu perlu memainkan

peranannya berdasarkan kecenderungan mereka. Manakala peranan setiap individu

itu bukanlah semata-mata ditentukan oleh pekerjaannya sahaja tetapi merangkumi

peranannya terhadap institusi sosial yang lain (Berry , 1974). Melalui peranan ini,

ia akan secara tidak langsung pembentukan masyarakat yang berbeza berdasarkan

peranan masing-masing. Justeru kajian ini mendapati peranan yang dimainkan oleh

setiap Ahli FAST telah membentuk satu kejayaan bagi meningkatkan peranan

individu untuk melahirkan generasi berkualiti.

Hasil perbincangan kajian ini juga mendapati ia memenuhi kepentingan ke dua-

dua aspek dalam mencapai hasrat yang sarankan oleh kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) iaitu memenuhi sarana ibu bapa dalam usaha menangani masalah

disiplin remaja. Dalam membincangkan keberkesanan program FAST, isu-isu yang

diperoleh melalui dapatan kajian adalah memperkasakan peranan ibu bapa dari segi

kemampuan komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan hormat-menghormati.

Kajian juga menunjukkan permasalahan sosial remaja amat berkait rapat dengan

kemampuan ibu bapa berdepan dengan remaja bagi mengatasi penglibatan mereka

dalam masalah sosial.

105
Kepentingan pemerkasaan komunikasi ini menyokong dapatan kajian oleh Cooper,

Robinson & Patall (2006) yang mendapati keluarga yang mengamalkan komunikasi

sihat di dalam rumah bukan sahaja dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan malahan

membantu anak- anak meningkatkan perkembangan diri dan emosi anak-anak dan

pencapaian anak-anak dalam pelajaran. Namun kebanyakan ibu bapa tidak dapat

berinteraksi secara baik dengan remaja. Kurangnya keupayaan komunikasi antara

ibu bapa dan remaja menyebabkan suasana hambar dan tidak dapat menarik

perhatian remaja untuk menjadikan ibu bapa sebagai teman perbualan (Abd.Razak

& Norani, 2011). Sehubungan dengan itu, komunikasi merupakan elemen utama

dalam program FAST yang menerajui hubungan antara ibu bapa dan remaja.

Peserta kajian telah menunjukkan keupayaan berkomunikasi yang baik merupakan

kunci kepada hubungan ibu bapa dan remaja. Amalan keterbukaan juga menjadi

faktor penting yang dapat membantu mengeratkan hubungan antara keluarga dan

remaja. Kesediaan dalam aspek komunikasi membawa kepada hubungan yang lebih

erat melalui perbualan antara ibu bapa dan remaja. Contohnya dalam perbualan

apabila bersikap terbuka keinginan ibu bapa menyelami perasaan remaja akan

bertambah. Kajian-kajian terdahulu mendapati orentasi perbualan antara ibu bapa

dan anak-anak menunjukkan mereka lebih bersikap terbuka, menyokong dan

memberi kerjasama yang tinggi dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang

diceburi anak-anak (Bexter et al., 2005; Dumlao et al., 2000; Koerner &

Fitzpatrick, 2004). Dalam program FAST, ibu bapa dan remaja menggunakan

orentasi perbualan dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bagi memahami

sebanyak mungkin antara satu sama lain (Kratochwill, McDonald, Levin, Scalia, &

Coover, G, 2009).

106
Dapatan kajian mendapati ibu bapa yang tidak mempedulikan anak dan menjaga

displin anak dengan baik menyebabkan anak terlibat dengan kes juvana seperti

mencuri, lari dari rumah dan bergaduh (Lefkowitz, Eron, Waldert & Huesman,

1977:57). Masalah yang sering berlaku pada remaja juga dikaitkan dengan

pengabaian tanggungjawab ibu-bapa dalam mengawasi aktiviti dan perlakuan anak-

anak (Loeber & Stoutmer,1986). Kualiti hidup yang dilalui oleh remaja pula boleh

mempengaruhi masalah juvana dan jenis kesalahan yang dilaku oleh remaja

(Hadad, Barocas & Hollenback, 1991:.23).

Kajian Hadad et al. (1991), Zakaria Setapa et.al (2012) dan Mohamad Khairi et.al

(2016) mempunyai dapatan yang selari iaitu perlakuan delinkuen mempunyai

hubungan dengan kekurangan tanggungjawab ibu bapa dalam mengawasi anak-

anak, kurang menghabiskan masa bersama anak-anak, tidak mengambil berat

tentang pelajaran, kawan-kawan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak

mereka di luar rumah. Kesilapan dalam corak komunikasi pula boleh melahirkan

masalah dalam keluarga dan seterusnya mencorakkan kecenderungan untuk

melakukan kelakuan yang tidak baik (Sanders & Dadds,1992:.46). Pertambahan

bilangan ibu tunggal atau bapa tunggal pada pandangan Coleman (1993) bukan

sahaja mencetuskan masalah keluarga tetapi boleh menimbulkan masalah juvana.

Ibu bapa terutamanya ibu tunggal ataupun bapa tunggal tidak mempunyai masa

yang cukup untuk bersama dengan anak-anak dalam aktiviti harian kerana mereka

memerlukan lebih masa bekerja untuk menyara keluarga.

Tindakan ibu bapa mengakibatkan wujudnya jurang kemesraan dan kasih sayang

antara mereka semakin terhakis. Anak-anak semakin menjauhkan diri mereka dan
107
mula memencilkan diri. Akibatnya, hubungan dalam keluarga semakin dingin dan

suram. Sebagai pilihan anak-anak menghabiskan banyak masa mereka di luar

rumah dan sering terdedah kepada pengaruh negatif rakan sebaya. Shamsadaal &

Abdullah (2006) menegaskan akibat perhatian yang semakin berkurangan daripada

ibu bapa dan ahli keluarga berbanding dengan zaman kanak-kanak, remaja berasa

terpinggir dan tidak dipedulikan. Justeru, pemerkasaan kasih sayang turut menjadi

elemen penting dalam program FAST. Ibu bapa dan remaja dibantu melalui aktiviti

yang dirancang untuk mempamerkan dan menzahirkan kasih sayang sesama ahli

keluarga.

Hasil kajian turut mendapati pemerkasaan elemen hormat- menghormati dalam

keluarga juga amat penting bagi menghasilkan hubungan yang harmoni dalam

keluarga. Menurut Amir Hassan (2001), hormat-menghormati merupakan salah satu

nilai murni yang perlu diamalkan tanpa mengira had umur, darjat, keturunan dan

agama. Apabila kita menghormati seseorang, maka sudah tentu kita akan dihormati.

Remaja menyatakan bahawa pandangan dan pendapat mereka sering kali tidak

mendapati perhatian orang dewasa. Keadaan ini menyebabkan mereka kecewa

lantas memilih untuk tidak berkongsi sebarang pandangan dan pengalaman bersama

orang dewasa, ibu ataupun ayah mereka. Ini menyebabkan mereka sering kali

dianggap tidak layak untuk menyatakan pandangan kepada orang dewasa. Fariza

(1988) dalam kajiannya terhadap corak tingkah laku keibubapaan dan

perkembangan sosiologi remaja mendapati sokongan ibu bapa mempunyai kaitan

positif dengan dengan perkembangan psikologi remaja. Responden yang terlibat

dalam kajiannya bersetuju dan merasa gembira apabila ibu bapa sentiasa

memberikan galakan di samping menerima idea dan pandangan anak-anak ketika


108
berbincang dalam sesuatu perkara. Selain daripada itu, ibu bapa yang peka akan

perasaan dan memahami kehendak anak-anak remaja juga dilihat memberi kesan

psikologi kepada anak-anak untuk menjadi insan yang berjaya. Sebaliknya tekanan

yang dialami remaja akan menjejaskan perkembangan psikologi remaja dan

mendorong mereka terlibat dengan perbuatan salah laku (Fariza,2005). Sehubungan

dengan itu, program FAST memberi peluang kepada ibu bapa untuk memahami sisi

pandang anak-anak mereka dan menghormati setiap pandangan tersebut supaya

anak-anak turut menghormati suara dan pandangan ibu bapa.

Program FAST juga dilihat sebagai pemangkin kepada ibu bapa bagi mengatasi

masalah sosial remaja. Melalui dapatan kajian, program FAST telah mempengaruhi

susun atur kehidupan remaja seterusnya menghindarkan remaja daripada terlibat

dengan masalah sosial. Moss dan Moss (1994), mendapati masalah tekanan remaja

berkait boleh terjadi akibat mengalami masalah dalam hubungan interpersonal

dengan orang yang berkaitan dengan kehidupan remaja. Antaranya, kerap kali

bertelagah dengan ibu bapa serta menghadapi masalah dalam hubungan

interpersonal dengan ibu dan bapa. Ibu bapa dianggap tidak memahami perubahan

yang sedang berlaku dalam diri mereka.

Menurut Kagan (1971), ibu bapa memberikan pengaruh yang paling besar terhadap

perkembangan psikologi anak-anak seawal lima tahun perkembangan kehidupan

tetapi dalam tempoh lima tahun selepas itu interaksi dengan rakan sebaya dan adik

beradik merupakan penyumbang yang paling kritikal ke arah pembentukan

personaliti seseorang remaja. Mereka juga menghadapi masalah dalam hubungan

interpersonal dengan adik-beradik sehingga menimbulkan konflik di antara mereka.


109
Begitu juga dengan pertengkaran antara ibu dengan bapa mewujudkan konflik

kerana ibu dan bapa sering bercanggah pendapat dengan mereka dan dianggap

terlalu mengongkong pergerakan. Oleh sebab itu, tekanan hidup yang berlaku

dalam kalangan remaja sering dikaitkan dengan perbuatan salah laku jenayah,

ponteng sekolah, buli, kesukaran mengekalkan hubungan dengan rakan-rakan,

kurang keyakinan diri, penghargaan kendiri yang rendah dan sebagainya (Fariza,

2005; Azizi et.al, 2006; Tajularipin et.al, 2009; & Bahari et.al,2009; Rohani, 2012).

Oleh yang demikian, dapatan kajian akan melihat keberkesanan program FAST

terhadap kedua-dua aspek iaitu pemerkasaan peranan ibu bapa dan mengatasi

masalah sosial remaja. Fokus kajian akan memfokuskan kepada tema-tema yang

muncul dari kedua-dua aspek. Perbincangan kepada keberkesanan program Fast

terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa menyentuh empat aspek utama iatu

komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan hormat-menghormati. Bagi aspek

keberkesanan program FAST bagi mengatasi masalah sosial remaja, perbincangan

akan memberi tumpuan kepada terhadap kehidupan remaja iaitu i) memperbaiki

hubungan; ii) membantu susun atur hidupan seharian; iii) Memberi ruang; iv)

Memperbaiki akhlak; dan v) Meningkatkan jaringan. Kedua-dua aspek akan dilihat

secara bersama dan keseluruhannya untuk membuktikan keberkesanan program

FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa dan menangani masalah sosial

remaja. Rajah 5.1 menjelaskan perbincangan dan dapatan berdasarkan aspek

pemerkasaan peranan ibu bapa dan adaptasi FAST dalam kehidupan seharian bagi

mengatasi masalah sosial remaja.

110
pemerksaan peranan ibu
komunikasi

keterbukaan

bapa
kasih sayang

hormat
menghormati

Mengatasi
Program masalah
sosial
FAST
remaja

Memperbaiki
hubungan
kesan FAST dalam kehidupan

Membantu susun atur


kehidupan
remaja

Memberi ruang

Memperbaiki akhlak

Meningkatkan
jaringan

Rajah 5.1: Rumusan Keseluruhan Dapatan Bagi Aspek Pemerkasaan Peranan


Ibu Bapa Dan Adaptasi Program FAST Dalam Kehidupan Remaja.

5.3.1: Soalan Kajian 1: Penerokaan Keberkesanan Peranan Ibu Bapa Semasa

Dan Selepas Program FAST

Bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada

analisis data di dalam bab 4. Huaraian dapatan kajian adalah bagi menjawab

persoalan kajian yang dikemukakan iaitu pertamanya meneroka keberkesanan

program FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa dari aspek yang telah

111
ditetapkan oleh penkaji iaitu komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan hormat

menghormati. Perbincangan akan mengupas tema dan sub tema yang diperloleh

daripada sumber primer dan sekunder.

5.3.1.1 Tema 1: Pemerkasaan Komunikasi Peserta Porgram FAST

Perbincangan ini mengulas tentang pemerkasaan komunikasi yang dipraktikkan

dalam konteks program FAST. Kajian ini mendapati program ini dirancang dengan

aktiviti-aktiviti bersesuaian bagi meningkatkan keupayaan komunikasi ibu bapa dan

remaja. Pemerkasaan komunikasi didapati semakin baik melalui temu bual dan

pemerhatian yang dilaksanakan. Kemahiran komunikasi antara ibu bapa dan remaja

memperlihatkan hubungan positif antara ibu bapa, remaja, dan wakil-wakil

pemerhati yang dilantik termasuk fasilitator. Pemerkasaan komunikasi yang dikaji

meliputi meningkatkan keupayaan i. berkomunikasi, ii. meningkatkan keupayaan

berinteraksi, iii. aktiviti yang dirancang dan iv. penglibatan secara aktif.

i. Sub Tema: Meningkatkan Keupayaan Berkomunikasi

Dapatan kajian menunjukkan keupayaan komunikasi di kalangan ahli lebih baik

daripada sebelumnya apabila melihat kepada kekerapan komunikasi. Kajian

mendapati remaja tidak lagi menganggap bercakap dengan ibu bapa hanya pada

masa perlu sahaja. Mereka juga mewujudkan interaksi di antara mereka ketika

berkomunikasi. Melalui program FAST, remaja dan ibu bapa mempamerkan

peningkatan keupayaan komunikasi dengan baik apabila mereka berinteraksi dalam

menyelesaikan masalah. Cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak memberi

implikasi berpanjangan kepada perkembangan emosi anak-anak mereka (Hybels &

Weaver 1998). Kejayaan ini memperlihatkan bahawa ibu bapa remaja bersedia
112
menjadi pendengar yang baik ketika remaja berkongsi maklumat dengan mereka.

situasi ini amat berbeza semasa diawal pelaksaan program di mana amat sukar

untuk melihat ibu bapa berinteraksi dengan anak remaja mereka. Terdapat beberapa

tanggapan dari apek komunikasi yang dapat dihuraikan dalam kajian ini iaitu

kepentingan maksud komunikasi antara ibu bapa dan remaja. Salah satu punca

kegagalan komunikasi adalah apabila remaja menganggap ibu bapa tidak memberi

peluang kepada mereka untuk menyampaikan pendapat, maklumat ataupun

keinginan. Peserta remaja menyimpulkan bahawa ibu bapa tidak mahu mendengar

kata-kata mereka kerana menganggap mereka terlalu muda, memerlukan sumber

kewangan untuk setiap aktiviti dan menyusahkan ibu bapa dengan apa yang ingin

mereka sampaikan. Dari sudut pandang ibu bapa pula, mereka menyatakan bahawa

kebanyakan proses komunikasi gagal kerana mereka menganggap remaja terlalu

mentah untuk memikirkan masalah yang lebih kompleks, tidak berfikiran panjang,

mementingkan diri dan sering menolak cadangan ataupun nasihat yang

dikemukakan ibu bapa.

Konflik antara keduanya menyebabkan remaja berasa sakit hati, tercabar dan

rendah diri lalu membawa tingkah laku negatif sebagi cara untuk menunjukkan

protes bersama rakan-rakan sebaya. Sikap ini berlanjutan sebagai dendam kecil

yang membawa kepada permasalahan sosial yang akhirnya mencemar persekitaran

sekolah dan berlanjutan apabila setiap remaja mengutarakan masalah yang sama

ketika berada dalam kelompok mereka. Komunikasi positif dan berkesan telah

dikenal pasti sebagai asas kepada sesebuah keluarga untuk berfungsi dengan baik

khususnya apabila anak-anak telah mula meningkat remaja di mana pada waktu

tersebut mereka mula berupaya untuk membina identiti dan membuat keputusan.
113
Sebagaimana kajian Barnes dan Olson (1985) menunjukkan apabila komunikasi di

antara ibu bapa dan anak remaja berlangsung dengan baik, hubungan keluarga

semakin rapat, wujud hubungan kasih sayang dan seterusnya memudahkan

sebarang penyelesaian masalah. Menurutnya lagi, komunikasi adalah satu proses

yang memudahkan pembinaan ikatan dan penyesuaian di kalangan keluarga.

Justeru Program FAST membimbing remaja dan ibu bapa untk menggunakan

komunikasi berkesan melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Remaja dan ibu

bapa dibantu bagaimana cara untuk menyampaikan keinginan masing-masing

dengan cara yang betul.

a. Sub-Sub Tema: Penggunaan Nada Suara.

Dapatan kajian ini menunjukkan perubahan penggunaan nada suara lebih jelas

selepas beberapa minggu program FAST dilaksanakan. Perubahan situasi daripada

tegang kepada santai, ataupun daripada santai kepada humour telah memberi corak

komunikasi yang baru dalam kalangan perserta. Rata-rata peserta remaja mengakui

penggunaan nada suara ketika bercakap bersama ibu bapa atau ahli keluarga

berbeza-beza bagi menyampaikan perasaan mereka ketika itu. Sekiranya tidak puas

hati mereka akan menggunakan nada suara tinggi tanpa memikirkan status atau

kedudukan mereka sebagai anak. Sebaliknya jika perlukan sesuatu mereka

menggunakan nada suara rendah bagi memenuhi permintaan mereka. Menurut

Berko, Wolvin & Wolvin (1992), apabila seseorang itu marah, nada suaranya akan

meninggi. Apabila wujudnya konflik remaja akan menggunakan “strategi

mengelak” yang pada mereka lebih berkesan daripada terpaksa melawan cakap ibu

114
bapa. Namun tanpa disedari jika berlarutan ia akan mewujudkan jurang komunikasi

yang besar dalam kalangan keluarga.

Dapatan kajian yang diperolehi Aziyah, (2015) selari dengan Dumlao dan Botta

(2000) yang menyatakan strategi mengelak yang tinggi oleh remaja adalah untuk

menamatkan perbalahan dengan ibu bapa kerana tidak mahu berbincang mengenai

isu, idea atau pandangan selanjutnya atau di masa depan. Namun strategi mengelak

tidak dapat menyelesaikan konflik sebaliknya membiarkan konflik berlarutan dan

menjejaskan hubungan kekeluargaan. Justeru ibu bapa perlu memainkan peranan

proaktif bagi menggalakkan komunikasi antara mereka. Pemilihan nada suara yang

jelas dan mudah difahami bersesuaian bagi menyampaikan maklumat, permintaan

lebih kerap digunakan dalam perbincangan dan perbualan antara remaja, ibu bapa,

keluarga serta fasilitator.

b. Sub-Sub Tema: Penggunaan Bahasa.

Romaine (1994) menganggap pemilihan bahasa sebagai “act of identify”, yang

mana pemilihan bahasa oleh seseorang dapat menunjukkan sama ada penutur

tersebut ingin melibatkan diri atau pihak lain dalam sesuatu komuniti pertuturan

(speech community) atau tidak. Sementara itu Lim (2008) dalam kajiannya

Language choices of Malaysian youth mendefinisikan pemilihan bahasa sebagai

pelbagai atau kod yang digunakan oleh individu tertentu untuk tujuan atau fungsi

tertentu dalam interaksi lisan. Ini dapat dilihat apabila peserta program FAST

menunjukkan bahasa yang digunakan juga bergantung kepada keinginan untuk

menyampaikan hasrat hati. Namun begitu, bahasa yang digunakan amat

dipengaruhi kelompok masyarakat yang berada di persekitaran mereka.

115
Termasuklah rakan sebaya, media sosial dan ibu bapa juga berperanan penting

dalam mempengaruhi penggunaan bahasa remaja.

Bagi ibu bapa penggunaan bahasa mereka amat dipengaruhi didikan yang mereka

terima daripada pengalaman terdahulu, lingkungan persekitaran sosial dan

pengaruh media elektronik. Melalui program ini, pemerkasaan penggunaan bahasa

dapat dilihat menjadi salah satu agenda dalam pemerkasaan komunikasi. Aktiviti

yang dilaksanakan secara tidak langsung membantu ibu bapa dan remaja

menggunakan bahasa yang boleh meningkatkan komunikasi. Ciri-ciri bahasa yang

dimaksudkan adalah i) Bahasa yang jelas dan mudah difahami, ii) Bahasa yang

mempunyai aura positif iii) Bahasa yang menarik dan mengandungi jenaka.

Menurut peserta FAST mereka lebih banyak menggunakan bahasa yang sesuai

dengan diri mereka apabila berkomunikasi dengan anak atau dengan ibu bapa.

Permasalahan sering timbul apabila bahasa yang digunakan tidak dapat diterima

oleh pihak lain dan ini akan mewujudkan situasi tegang dalam perhubungan.

Melalui aktiviti-aktiviti yang laksanakan seperti aktiviti one to one perserta dibantu

untuk tidak menggunakan sebarang perkataan yang mempunyai unsur negative

dalam perbualan seperti “tidak”, “jangan”, “tak perlu” yang menunjukkan

penolakan. Sebaliknya peserta dibimbing menggunakan alasan-alasan logik

mengapa sesuatu usul yang dibincangkan itu perlu ditolak. Sepanjang program ini

juga, fasilitator hanya sebagai pemerhati pada setiap perbualan, tidak menyampuk,

dan tidak membantah. Penggunaan kata ganti diri pertama daripada “aku” kepada

“saya”, “abang” dan “kakak” dilihat semakin selesa dituturkan.

116
c. Sub-sub Tema: Penggunaan Bahasa Tubuh

Penggunaan bahasa tubuh atau komunikasi tanpa lisan ialah segala perilaku atau

signal selain daripada perkataan atau tulisan yang wujud semasa proses komunikasi

sedang berlangsung. Zulkiple abd Ghani, (2001) menjelaskan melalui komunikasi

bahasa tubuh segala mesej tidak dikodkan dengan perkataan tetapi disampaikan

melalui pergerakan badan (body language) dan tangan (gesture), nada suara, riak

air muka, cara berpakaian dan penggunaan ruang dan waktu. Melalui program ini

para peserta didapati tidak begitu pasti dengan penggunaan bahasa tubuh apabila

mereka inginkan sesuatu atau bertindak ke atas sesuatu.

Peserta tidak menyedari tindakan bahasa tubuh memberikan impak besar kepada

penerima mesej yang hendak disampaikan. Walaupun dalam banyak situasi bahasa

tubuh yang digunakan menyebabkan perbalahan antara ahli keluarga dan juga rakan

sebaya. Menurut Samsudin (2003) antara yang tergolong dalam komunikasi bukan

lisan adalah seperti, nada suara, corak air muka, isyarat tangan dan isyarat- isyarat

lain yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud. Hasil kajian mendapati

ibu bapa dan guru menyatakan remaja lebih gemar menggunakan bahasa tubuh

berbanding lisan. Ini kerana bahasa tubuh lebih memberi impak kepada penerima.

Kesannya suasana di dalam rumah tidak harmoni apabila berlaku pergaduhan

dengan adik beradik akibat penggunaan bahasa tubuh yang lebih kepada ejekkan.

Antaranya Ghiradelli (1672, dalam Key, 1975) yang menjelaskan tentang fungsi

hidung dalam hubungan komunikasi di mana menggerakkan hidung (dua bukaan

(lubang) pada hidung) untuk mengusik, mengejek atau mempermainkan orang lain

dan juga untuk menunjukkan sesuatu yang jijik juga merupakan satu lagi cara yang
117
menyumbang kepada komunikasi bukan lisan. Namun demikian peserta

menyatakan ibu bapa jarang memberi respon dalam bentuk bahasa tubuh

menyebabkan remaja keliru dengan keputusan yang diperoleh. Ini menyebabkan

remaja selalunya membuat keputusan sendiri dalam banyak hal sehingga dilebelkan

sebagai melanggar peraturan atau tidak patuh atau dalam istilah adab dan budaya

masyarakat melayu disebut sebagai melawan keputusan yang diberikan oleh ibu

bapa. Ini menyebabkan remaja sering dilabelkan sebagai kurang ajar. Justeru

program yang dirancang melalui program ini dapat meningkatkan keupayaan ibu

bapa dalam penggunaan bahasa tubuh. Contohnya memandang antara satu sama

lain ketika bercakap merupakan cara berkesan dalam proses komunikasi.

ii. Sub Tema: Meningkatkan Keupayaan Berinteraksi

Kebolehan komunikasi memberikan impak yang besar kepada individu. Perubahan

yang paling ketara dilihat adalah keupayaan berinteraksi di kalangan peserta. Rata -

rata peserta program merupakan keluarga yang tidak banyak berhubung dengan

jiran tetangga. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti antaranya pasif, alasan

tidak suka mengambil tahu hal orang lain, kurang berkeyakinan disebabkan

pencapaian akademik dan sosio ekonomi yang rendah. Serta malu disebabkan anak

terlibat dengan masalah disiplin di sekolah. Peningkatan keupayaan berinteraksi

dapat dihuraikan dalam konteks i) Jaringan hubungan dan ii) Perkongsian

pengalaman.

a. Sub-Sub Tema: Jaringan hubungan

Kejayaan komunikasi boleh diukur melalui pencapaian hubungan antara individu

dan masyarakat. Jaringan hubungan yang baik memberi lebih peluang kepada
118
individu untuk berada di luar kepompong budaya mereka sendiri. Dalam konteks

keluarga FAST, jaringan hubungan antara ibu bapa dan guru bertambah baik.

Program FAST telah menambahkan keyakinan ibu bapa untuk berhadapan dengan

guru meskipun anak-anak mengalami masalah disiplin. Ini memberikan impak

kepada pencapaian disiplin sekolah. Melalui temu bual mendalam bersama wakil

kaunselor, keterujaan terhadap kejayaan FAST yang dianggap sebagai program

intervensi kepada permasalahan sosial di sekolah. Dapatan ini membuktikan

keberkesanan program FAST berbanding dapatan kajian oleh Zainon & Ahmad

(2009) yang mengemukakan maklum balas bahawa ibu bapa kurang memberikan

komitmen untuk mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah mengenai

disiplin murid sedangkan masalah disiplin murid perlu diberi perhatian serius oleh

ibu bapa dan sekolah. Jika masalah ini dibiarkan, sampai bila pun masalah disiplin

ini tidak dapat diselesaikan (Sharifah Rinah, 2005).

Peningkatan komunikasi dalam program FAST turut meningkatkan interaksi antara

peserta dengan jiran tetangga dan masyarakat setempat. Menurut Greenberg et al.

(1994) selain keadaan persekitaran yang tidak terurus, pencemaran dan kesesakan,

jiran yang tidak peramah serta tidak gemar berinteraksi (individualistik) juga adalah

keadaan yang boleh menjejaskan kualiti sesebuah unit kejiranan. Kecenderungan

untuk berinteraksi, selain didorong oleh situasi yang wujud di kawasan perumahan,

juga dipengaruhi oleh status sosioekonomi penghuninya. Melalui temu bual dan

pemerhatian pengkaji dapat menyimpulkan perubahan interaksi sosial peserta

berkembang lebih baik daripada sebelumnya. Menurut Sheau (2006) hubungan

kejiranan yang mesra menghasilan tahap kepercayaan sesama mereka yang lebih

tinggi daripada kejiranan yang kurang mesra. Ini jelas menunjukkan hubungan
119
kejiranan adalah penting dalam membentuk perpaduan. Salmi (2006) pula

menunjukkan bahawa hubungan kejiranan yang baik ini mampu untuk

meningkatkan kestabilan dalam politik, mengurangkan kadar jenayah, menjana

pembangunan ekonomi serta dapat menjaga kebajikan sosial masyarakat. Berbalik

kepada impak program ke atas jaringan hubungan, peserta FAST menyataka

mereka berubah menjadi peduli kepada persekitaran terutama anak-anak remaja

berbanding sebelum menyertai FAST. Lebih meyakinkan apabila hubungan antara

keluarga FAST berterusan selepas program ini dilaksanakan dan ini terbukti

melalui gambar-gambar aktiviti seperti sambutan hari keluarga yang mereka adakan

bersama-sama.

b. Sub-Sub Tema: Berkongsi pengalaman

Peserta turut menyatakan rasa bersukur kerana penglibatan didalam program FAST

memberi kesan kepada tekanan yang mereka hadapi sekian lama. Pemerkasaan

komunikasi memberi kesan kepada peserta untuk berkongsi pengalaman yang

mereka hadapi dalam tempoh membesarkana anak-anak. Melalui perkongsian

pengalaman, teknik-teknik yang dilakukan semasa program FAST digunakan bagi

menjayakan proses interaksi.

Penggunaan kaedah berorentasikan perbualan, menjadikan peserta lebih tenang

untuk berkongsi pengalaman. Kewujudan perasaan yakin dan selamat terhadap

maklumat yang disampaikan ini memberikan interaksi yang positif terhadap

peserta. Sehubungan itu, sikap empati peserta dan fasilitator memainkan peranan

penting dalam menjalinkan hubungan melalui perkongsian pengalaman. Peserta

juga perlu mengawal emosi, tidak mudah tersinggung atau memalukan anak-anak
120
melalui perbandingan seperti tindakan lazim peserta terhadap anak remaja, supaya

menjadi teladan di masa hadapan. Menurut Epstein & Sheldon, (2002), amalan

keluarga memberi kesan yang besar terhadap kehadiran pelajar berbanding struktur

keluarga. Perkara membandingkan seorang individu dengan individu laina dalah

perkara yang tidak disenangi oleh remaja kerana setiap individu mempunyai

kebolehan tersendiri (Mohamed Sharif & Hazni, 2010).

c. Sub-Sub Tema: Menjadi Pendengar Yang Baik

Dalam konteks kajian ini, tumpuan diberikan terhadap pemerkasaan peranan ibu

bapa. Dapatan kajian mendapati menjadi pendengar yang baik merupakan satu

teknik yang boleh menjayakan peranan komunikasi. Peserta remaja menyatakan ibu

bapa mereka tidak menjadi pendengar yang baik apabila mereka bercerita.

Adakalanya ibu bapa sibuk dengan kerja mereka sendiri atau menunjukkan rasa

bosan dengan cerita yang disampaikan tanpa memberikan tindak balas. Ini

menyebabkan remaja berasa kecewa, marah, geram dan sedih lalu memilih rakan

sebaya untuk berkongsi cerita.

Lily Mastura dan Ramlah Hamzah (2010) dalam Asiat et.al (2008), menyatakan

bahawa komunikasi dalam keluarga bermakna perhubungan dua hala (memberi dan

menerima) secara lisan dan bukan lisan. Komunikasi bukan lisan melibatkan

gerak-geri, air muka, pandangan mata, dan cara memandang. Keluarga yang

sihat akan menerima dan cuba memahami mesej yang disampaikan sama ada kabur

atau jelas, antara satu sama lain. Berbeza dengan keluarga yang tidak berfungsi,

mesej yang disampaikan jarang diterima secara betul, bahkan tidak diambil kisah

atau dipedulikan.
121
Dapatan ini mengukuhkan lagi dapatan kajian FAST di mana pada awal

penglibatan dalam program ini, rata-rata keluarga tidak berfungsi sepenuhnya. Ibu

bapa atau penjaga hanya tertumpu kepada tanggungjawab fizikal iaitu menyediakan

keperluan keluarga dari segi fizikal dan material. Mereka mempunyai tanggapan

bahawa keadaaan sosio ekonomi adalah punca kepada kepincangan keluarga. Ibu

bapa tidak sedar bahawa peranan komunikasi mampu memberikan keharmonian

kepada keluarga. Pemerkasaan peranan ibu bapa dilakukan melalui aktiviti di mana

ibu bapa mendengar setiap perkataan yang keluar daripada mulut remaja dan

memproses data tersebut sebelum menerimanya. Ibu bapa dibimbing untuk

menjawab soalan-soalan remaja secara lebih berhemah daripada mengeluarkan

bantahan. Dalam proses ini, bentuk halangan komunikasi adalah dilarang sama

sekali seperti menyampuk, tidak endah dan sabar untuk menerima mesej sehingga

selesai.

Menurut Brock dan Bernard, (1992) mereka telah menggariskan ciri-ciri optimum

situasi berkomunikasi dalam keluarga. Mereka menyatakan bahawa cara

komunikasi yang terbaik dalam keluarga mestilah dan melibatkan rasa ingin

mendengar dan berkongsi. Mesej yang disampaikan juga harus jelas dan

sesuai. Apabila terdapat pencanggahan pendapat, keluarga itu akan menerima

persetujuan untuk berbincang. Keluarga sihat menjurus ke arah

penyelesaian masalah dengan cara yang positif iaitu memfokuskan

bagaimana masalah yang dihadapi dapat diselesaikan bukan dengan

cara mencari siapa yang bersalah.

122
iii. Sub Tema 3: Aktiviti yang Dirancang.

Keberkesanan program FAST bergantung kuat kepada kefungsian setiap program

yang dirancang. Di mana setiap program tersebut mempunyai matlamat yang sama

iaitu memperkasakan peranan ibu bapa dan remaja dan seterusnya memperbaiki

sahsiah remaja. Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini akan diulang dalam

tempoh lapan minggu dengan penuh kerativiti supaya ia tidak menimbulkan

perasaan bosan kepada peserta. Rata-rata peserta dalam program ini memberikan

maklum balas positif terhadap program-porgram yang dibentuk.

a. Sub-Sub Tema: Merapatkan Hubungan Antara Peserta Dan Kumpulan

Fasilitator.

Antara kekuatan program FAST adalah membina rapport (hubungan yang baik)

antara peserta. Tujuan pembinaan hubungan ini adalah untuk memastikan

keselesaan peserta sebelum melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang. Kekuatan

hubungan antara peserta bukan sahaja dilihat sepanjang program malahan

berlarutan sehingga ke dalam kehidupan seharian selepas program. Rata-rata

peserta program tinggal dalam kejiranan yang sama namun masalah yang dihadapi

mereka sebelum program FAST antaranya tidak bertegur sapa, memandang rendah

kepada jiran dan tidak yakin dengan keikhlasan jiran. Keadaan ini menyebabkan

tiada rasa keperluan untuk membantu antara satu sama lain. Ada di antara ibu bapa

yang sering kali meletakkan punca keterlibatan anak mereka adalah disebabkan

oleh pengaruh rakan sebaya semata-mata. Ini menimbulkan perasaan prejudis

terhadap rakan sebaya dan keluarga tersebut.

123
Hubungan yang lebih baik telah ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap rakan sebaya

anak mereka membuktikan kejayaan program ini. Penerimaan ini mengubah

tanggapan remaja itu sendiri bahawa tiada penerimaan terhadap mereka yang

datang daripada keluarga tidak berkemampuan. Lebih-lebih lagi apabila remaja

tersebut terlibat dengan masalah disiplin berat di sekolah. Namun penerimaan ibu

bapa terhadap rakan sebaya telah memberikan satu dimensi baru kepada anak-anak

di mana mereka lebih suka berkumpul bersama-sama rakan di rumah secara terbuka

di bawah pegawasan ahli keluarga dan ini mengelakkan berlakunya permasalahan

sosial yang lain. Melalui pencapaian hubungan antara peserta ini, kumpulan

fasilitator bertindak sebagai penasihat dan pemerhati dan bersedia berhadapan

dengan masalah antara ibu bapa dan remaja semasa aktiviti dilaksanakan.

Malahan khidmat nasihat turut diberi melalui kunjungan ke rumah mereka diberi

peluang untuk memperbaiki hubungan dengan lebih baik. Perhubungan berterusan

ini dapat mengembalikan keyakinan ibu bapa dan remaja dalam meperbaiki mutu

kehidupan mereka.

b. Sub-Sub Tema: Menarik Perhatian Peserta

Bagi merapatkan lagi komunikasi antara peserta, aktiviti-aktiviti yang dirancang

dalam program FAST juga mestilah mampu manarik perhatian peserta.

i. Aktiviti Pembukaan

Aktiviti pengenalan menjadi pembuka bagi program FAST setiap minggu. Melalui

aktiviti ini, peserta akan memperkenalkan diri mereka serta ahli keluarga yang

bersama-sama dengan mereka. Semasa aktiviti pembukaan ini, peserta bersama-


124
sama menikmati juadah yang dibawa oleh ahli keluarga. Fungsi makanan sebagai

pengikat silaturrahim amat berkesan dalam program ini, kerana selain daripada

menikmati juadah yang pelbagai, peserta dibentuk kepada aktiviti makan bersama

yang akhirnya menjadi amalan selepas program dilaksanakan.

Melalui temu bual bersama peserta remaja, mereka akui jarang menikmati hidangan

juadah bersama keluarga atas alasan lebih suka makan bersendirian. Hubungan

ceria yang terbentuk semasa aktiviti ini akan mempengaruhi perjalanan aktiviti

seterusnya. Dapatan ini selari dengan Fulkerson (2006) dalam kajiannya yang

mendapati bahawa kekerapan makan bersama keluarga turut memberi kesan

mengurangkan tingkah laku berisiko.

ii. Aktiviti Bersama Keluarga

Aktiviti bersama keluarga merupakan aktiviti yang melibatkan seluruh ahli

keluarga seperti aktiviti pembukaan. Melalui aktiviti ini, setiap ahli keluarga

berperanan menyelesaikan tugasan yang diberikan bersama. Kerjasama yang

ditunjukkan oleh setiap ahli mewujudkan suasana yang harmoni dalam hubungan

kekeluargaan. Susasana ini tidak dapat dirasai oleh ahli keluarga sebelum program

FAST kerana halangan-halangan yang mereka wujudkan sendiri seperti, tiada

keperluan, tiada masa, dan membosankan. Namun selepas pelaksanaan program ini,

ibu bapa mengatakan bahawa aktiviti ini banyak memupuk kerjasama antara ahli

keluarga yang lain. Mereka juga lebih banyak bersabar dan bertoleransi atas setiap

keputusan yang dibuat oleh ahli keluarga yang lain.

125
Ibu bapa perlu menentukan keutamaan dalam aktiviti hidup dan menetapkan masa

yang khusus untuk aktiviti bersama-sama keluarga. Perancangan bagi

menggunakan masa lapang perlu dibuat secara bersama tanpa mengongkong

matlamat dan keputusan. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu sedar bahawa ahli

keluarga mempunyai hak untuk menggunakan masa mengikut budi bicara masing-

masing. Bahkan ibu bapa bersedia untuk dihubungi anak-anak pada bila-bila masa.

Namun demikian, perhubungan antara ahli keluarga akan menjadi bertambah baik

dan erat sekiranya terdapat masa yang khusus bagi mereka melibatkan diri secara

bersama-sama dalam kegiatan rekreasi atau riadah. Kegiatan rekreasi yang

menyeronokkan dapat mengurangkan salah faham dan ketegangan yang mungkin

timbul antara ahli keluarga tersebut (Azizi Yahya, 2014).

iii. Aktiviti “one to one”

Di antara aktiviti yang memberikan impak besar keatas hubungan antara ibu bapa,

penjaga dengan remaja adalah aktiviti “one to one”. Aktiviti ini hanya memerlukan

insan yang paling berpengaruh dalam hidup remaja. Rata-rata peserta memilih ibu

sebagai insan yang paling berpengaruh dalam hidup mereka. Ada di antara mereka

yang hanya mempunyai ibu, (kematian bapa) dan ada remaja yang mengatakan

bahawa lebih selesa bersama-sama dengan ibu untuk meluahkan rasa berbanding

dengan bapa. Melalui aktiviti ini, remaja diberi peluang untuk meluahkan perasaan,

bercerita atau memberi pandangan kepada ibu mereka tanpa sebarang gangguan.

Pada awal program peserta kelihatan sangat kekok untuk berhadapan dengan ibu

mereka. Melalui kajian ini peserta remaja mengakui tidak pernah berbual-bual

dengan ibu secara serius mengenai matlamat hidup, cita-cita atau hubungan

126
bersama rakan. Namun demikian setelah melalui program FAST, mereka lebih

akrab meluahkan perasaan kepada ibu mereka.

Aktiviti ini juga menyebabkan peserta yang terdiri daripada ibu remaja merasakan

mereka telah diberi peluang untuk merapatkan jurang hubungan antara ibu dan

anak. Mereka mengakui meskipun berhubung setiap hari, namun komunikasi yang

tegang sering kali mengagalkan matlamat berkomunikasi antara mereka. Ini

menyebabkan jurang antara ibu dan anak semakin jauh dan menyebabkan anak

mereka terus melakukan kesalahan sosial. Melalui aktiviti ini juga remaja

didedahkan dengan sikap tanggungjawab untuk sama-sama mengambil tahu tadbir

urus keluarga. Ini kerana, rata-rata peserta mengatakan ibu bapa tidak melibatkan

mereka dalam urusan pentadibiran keluarga seperti perbelanjaan mengurus,

sebaliknya sering menyalahkan remaja apabila meminta wang saku lebih. Matlamat

aktiviti ini memenuhi keperluan hidup berkeluarga seperti yang dinyatakan Azizi

Yahaya (2014) di mana pembentukan perhubungan keluarga yang baik juga

perlulah tidak segan untuk membincang secara terbuka tentang sumber kewangan

dan cara penggunaan wang dalam keluarga. Setiap ahli keluarga mesti bekerja

dengan penuh dedikasi untuk menjamin kebahagiaan keluarga. Mereka tidak

seharusnya menganggap kerja tersebut sebagai kerja sambilan sahaja tetapi sebagai

tanggungjawab yang mesti dilakukan dengan penuh komitmen.

iv. Membantu Menyelesaikan Masalah.

Pemerkasaan peranan ibu bapa turut membantu para perserta menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Sebelum penyertaan ke dalam program FAST, peserta

terutama ibu bapa tidak mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah anak-anak

remaja melainkan menggunakan pendekatan sebagai ketua keluarga. Pendekatan


127
menggunakan komunikasi sehala mewujudkan ketegangan apabila ibu bapa lebih

gemar bertelagah dengan remaja. Para ibu bapa berpendapat kuasa dan kedudukan

mereka hanya perlu diikuti dan dipatuhi oleh remaja kerana hal yang sama mereka

warisi daripada ibu bapa mereka. Namun (Muhamad, 1999) menjelaskan ibu bapa

yang menyediakan segala keperluan anak-anak tidak mempunyai hubungan dengan

pencapaian anak-anak. Noller & Callan (1991) menjelaskan jurang yang wujud di

antara remaja dan ibu bapa adalah kerana mereka tidak kerap berkomunikasi di

antara satu sama lain dan keadaan ini mendorong kepada wujudnya konflik dan

hubungan yang renggang khususnya apabila ibu bapa kurang menilai pendapat

yang diberikan oleh anak-anak. Ibu bapa juga tidak menyedari akibat tindakan

mereka, remaja meletakkan rumah dan keluarga sebagai tempat kedua dalam

kehiudpan mereka di mana tempat pertama selalu diambil oleh rakan sebaya dan

sekolah. Malahan mengikut kajian Rozmi Ismail (2004) remaja yang mengalami

tekanan selalunya akan terlibat dengan masalah sosial seperti merokok, dadah,

lepak, lumba haram, vandalisme, memberontak, kecewa dan agresif.

Oleh itu, menerusi program ini peserta didedahkan dengan penggunaan elemen

perbincangan yang lebih harmonis bagi bertujuan menyelesaikan masalah. Remaja

aperlu patuh kepada ibu bapa sebagai punca kuasa dan dalam masa yang sama ibu

bapa memberi peluang dan ruang untuk remaja menyatakan pendapat. Situasi ini

melahirkan persekitaran yang konsudif kepada keluarga di mana hubungan

kekeluargaan dilihat bertambah akrab. Oleh itu, fungsi program FAST turut dilihat

memperkasakan peranan ibu bapa dari aspek menyelesaikan permasalahan di antara

ibu bapa dan remaja.

128
iv. Sub Tema 4: Penglibatan Secara Aktif

Bagi memastikan kejayaan pemerkasaan komunikasi, penglibatan secara aktif

setiap ahli dalam setiap aktiviti akan menjadi penanda aras. Penglibatan secara aktif

dapat memastikan hubungan yang lebih mesra antara peserta dan ini memudahkan

para peserta untuk melakukan perbincangan kumpulan dan bekerjasama.

a. Sub-Sub Tema: Perbincangan Kumpulan.

Perbincangan kumpulan merupakan salah satu aktiviti yang diterapkan sepanjang

program FAST dari awal hingga ke akhirnya. Ini bertujuan memastikan kesemua

peserta memberi idea dan pandangan terhadap isu/ permasalahan yang hendak

diselesaikan. Perbincangan bercorak kolaboratif telah diakui berkesan dalam bidang

pendidikan. Dapatan kajian Adler & Roman (1986) menunjukkan komunikasi

pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan berasaskan hubungan suasana

pembelajaran yang harmoni bersama pelajar.

Kajian ini juga mendapati perbincangan kumpulan, penerangan, lakonan dan

seumpama dengannya dapat meluaskan proses sosial pelajar. Bagi pelajar yang

tidak suka memberi perhatian, aktiviti kumpulan dilihat besesuaian kerana setiap

pelajar memainkan peranan masing-masing. Begitu juga dalam aktiviti kumpulan

FAST, setiap ahli memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan

perbincangan kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan melalui perbincangan

kumpulan, penglibatan ahli secara aktif telah menggalakkan peserta berinteraksi,

menjana semangat dan perpaduan serta memupuk nilai toleransi dalam kalangan

peserta tidak kira remaja mahupun ibu bapa.

129
b. Sub-Sub Tema: Kerjasama

Kebolehan peserta berkolaborasi mencetuskan semangat kerjasama yang tinggi

semasa dan selepas program dilaksanakan. Kerjasama yang erat bukan sahaja di

kalangan peserta ibu dan remaja sebaliknya melibatkan masyarakat setempat. Ini

dibuktikan melalui aktiviti kompang yang disertai peserta remaja, anjuran Persatuan

Ibu Tunggal (PITRAH) dan program gotong royong kawasan oleh persatuan

penduduk. Menurut peserta kajian, semangat untuk melakukan aktiviti bersama

lebih terserlah selepas mengikuti program FAST kerana mereka lebih mengenali

antara satu sama lain.

Kajian mendapati peserta remaja juga mengakui kerjasama yang baik di kalangan

ibu bapa terserlah apabila mereka terpilih ke peringkat akhir dalam program sukan

bola sepak anjuran persatuan penduduk, di mana kerjasama dan sokongan itu tidak

pernah terjalin sebelum penyertaan mereka ke dalam program FAST. Ibu bapa

bersama-sama turun padang menyediakan juadah dan memberi sokongan pada

terhadap penyertaan mereka. Kehadiran keluarga memberikan semangat kepada

mereka untuk berusaha memenangi perlawanan tersebut. Sebagai sebuah program

yang dirancang dapatan kajian menunjukkan penglibatan secara aktif telah

menjayakan lagi matlamat program ini.

5.3.1.2 Tema 2: Pemerkasaan Sikap Keterbukaan

Fokus kajian ini bukan setakat melihat kepada peranan komunikasi dalam

perhubungan antara ibu bapa dan remaja, kajian turut memberi perhatian kepada

elemen keterbukaan di kalangan ibu bapa dan bagaimana ia boleh memperkasakan

peranan ibu bapa tersebut. Sikap keterbukaan dalam kalangan masyarakat melayu
130
masih lagi janggal diamalkan. Abdul Razak & Noraini (2011) menjelaskan dalam

kalangan orang melayu terutama mereka yang tidak berpendidikan tinggi,

kebanyakan mereka masih bersifat tradisional di mana bapa ada kecenderungan

bersikap autoriti dan ibu sering menjadi orang tengah dalam komuniksai antara

bapa dengan anak.

i. Sub Tema: Pengetahuan Membuat Keputusan

Permasalahan sosial remaja selalunya berpunca daripada ibu bapa sering kali gagal

bertindak dalam bagi mengatasi tindak-tanduk negatif remaja. Melalui program

FAST ibu bapa diberi peluang untuk memperbaiki tindakan membuat keputusan.

Setiap keputusan yang diambil haruslah menimbangkan beberapa perkara antaranya

jika sudah mempunyai fakta yang cukup dan mempunyai hak untuk mengambil

keputusan, putuslah dengan segera. Jangan sewenang-wenangnya menunda

keputusan, tidak mencari alasan jika anda keliru, dan tidak membuat keputusan

tanpa adanya perbincangan dengan ahli keluarga (Azizi Yahaya, 2014).

Melalui fasa-fasa program FAST, peserta menyatakan bahawa mereka lebih

berkeyakinan jika perlu membuat keputusan. Ibu bapa mengatakan bahawa mereka

tidak lagi menjadikan alasan sebagai ketua keluarga untuk menentukan tindak

tanduk remaja. Keputusan yang diambil lebih terarah kepada perbincangan dari hati

ke hati. Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh remaja, agar mereka tidak

menyalah gunakan sikap keterbukaan yang diberikan oleh ibu bapa mereka.

131
ii. Sub Tema: Menghormati Pandangan Dan Perasaan

Melalui kajian yang dilaksanakan, pengkaji mendapati sikap menghormati

pandangan dan perasan di antara ahli keluarga wujud tetapi tidak jelas. Remaja

menyatakan bahawa sikap menghormati kepada ibu bapa hanyalah mengikut adab

budaya dan berlandaskan agama, bahawa mereka tidak boleh engkar kepada ibu

bapa kerana ianya akan mengundang dosa. Namun demikian, remaja mengatakan

pandangan dan perasaan mereka tidak menjadi elemen penting untuk dititik

beratkan ataupun dihormati dalam keluarga.

Ini berpunca daripada masalah dalaman keluarga itu sendiri. Kajian mendapati

kurangnya ilmu pengetahuan menyebabkan ibu bapa tidak mengendahkan perasaan

anak remaja. Mereka hanya berpegang bahawa anak-anak perlu mengikut

keputusan ibu bapa. Bagi ibu bapa perasaan anak-anak yang berubah-ubah dan

tidak tetap sering kali menimbulkan masalah kepada mereka. Ghafani (2007)

menyatakan bahawa akhlak anak bermula di rumah. Anak sejak kecil dan

sebahagian besar masanya berada dalam lingkungan keluarga. Ini menunjukkan

perkembangan mental, fizikal dan sosial adalah di bawah kawalan ibu bapa atau

tertakluk kepada skrip hidup yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Oleh

yang demikian jika anak remaja menjadi nakal atau liar maka kemungkinan besar

puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga itu sendiri. Malahan remaja

yang mempunyai perapatan kukuh dengan ibu bapa mereka kurang mencuba untuk

membentuk ikatan dengan rakan sebaya yang terlibat dengan salah laku (Calvert,

2002). Apabila remaja mempunyai hubungan kekeluargaan yang longgar, mereka

akan mengukuhkan hubungan yang lebih rapat dengan rakan sebaya (Sarnon.et.al,

2012). Menyedari kepentingan sikap keterbukaan dalam menerima kekurangan dan


132
kelebihan remaja dan keluarga, program FAST memberikan penekanan terhadap

isu ini. Selepas beberapa minggu mengikuti program, peserta remaja mengakui,

keterbukaan ibu bapa dalam menerima persepsi masyarakat terhadap mereka telah

memberi ruang baru dalam kehidupan.

Remaja tidak lagi takut diri mereka dimalukan atau tersisih sekiranya gagal

memenuhi kehendak ibu dan bapa. Sebaliknya pemerkasaan keterbukaan dari sudut

ibu bapa telah memberi makna besar dalam hubungan kekeluarga apabila remaja

mula menghormati pandangan dan perasan ibu bapa tanpa membantah, protes atau

secara terpaksa. Ia merapatkan lagi jalinan hubungan antara remaja dan ibu bapa

lebih-lebih lagi apabila remaja mula menetapkan matlamat hidup mereka.

a. Sub-Sub Tema: Memberi Peluang

Kemampuan remaja untuk bangkit daripada kesalahan-kesalahan turut menjadi

fokus dalam kajian ini. Remaja yang mengakui kesilapan mereka mempunyai

peluang cerah untuk berubah. Hasil dapatan kajian mendapati program FAST

mampu memperkasakan peranan ibu bapa dan meningkatkan sahsiah remaja

apabila ibu bapa memberi peluang kepada remaja untuk berubah menjadi lebih

baik. Hasil kajian mendapati ibu bapa mengakui permasalahan sosial yang

berlanjutan selalunya diakibatkan sikap penolakan untuk mengakui dan menerima

kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka. ibu bapa berasa tertekan dan lebih

memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan saudara-mara, jiran tetangga dan

masyarakat berbanding menyalahkan diri mereka atas permasalahan yang berlaku.

Dalam permasalahan ini, ibu bapa sekali lagi menggunakan kedudukan mereka

sebagai ketua keluarga dan menggunakan emosi yang tidak stabil bagi
133
menunjukkan kuasa tersebut. Akibatnya mereka akan menggunakan nada suara

yang tinggi, bahasa yang kasar dan dengan emosi yang tidak stabil terus-terusan

meletakkan kesalahan kepada anak mereka.

Ini selari dengan (Yahaya & Latif, 2005) di mana Ibu bapa yang mengamalkan

gaya asuhan yang bersifat kawalan yang tinggi tetapi kurang dari segi

tanggungjawab. Hal yang sama turut terjadi dalam dapatan kajian Sarnon et.all

(2014) kepada remaja hamil luar nikah di mana kebanyakan individu dalam

keluarga merasa sukar untuk menerima bahawa mereka juga merupakan

penyumbang kepada perkembangan masalah remaja hamil. Menerusi program

FAST, remaja bukan sahaja lebih positif malahan ibu bapa juga diberi bimbingan

bagaimana untuk menerima kesalahan yang dilakukan oleh anak remaja sebagai

kesalahan ibu bapa sendiri. Contohnya, punca anak keluar dari rumah adalah kerana

mereka tidak suka dengan keadaan dalam keluarga yang saling bertengkar ataupun

ibu bapa berleter setiap hari.

b. Sub-Sub Tema: Memberi Sokongan

Pemerkasaan sikap keterbukaan di dalam program FAST menunjukkan

keberkesananya apabila ibu bapa mula memberi sokongan terhadap matlamat hidup

remaja. Sokongan padu ini membuka minda remaja untuk menunpukan perhatian

kepada minat dan kemampuan mereka. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian-

kajian sebelumnya yang menunjukkan hubungan antara ibu bapa memberi kesan ke

atas pencapaian akademik anak-anak (Bhutto et al. 2011: Hoover-Dempsey dan

Sandler (1995): Saiti dan Mitrosili (2005).

134
Namun demikian, kajian ini juga mendapati sokongan ibu bapa turut memberi

kesan ke atas perubahan sahsiah anak-anak. Meskipun penguasaan remaja dalam

pendidikan formal terbatas, remaja mempunyai semangat untuk meneruskan cita-

cita dalam bidang yang mereka minati selepas tamat persekolahan. Sokongan padu

bukan sahaja diberikan oleh ahli keluarga, malah oleh jiran tetangga dan guru.

Remaja menyatakan sokongan yang diterima daripada keluarga rakan dan jiran

tetangga menyebabkan mereka merasakan diri mereka diterima dan dihargai.

Remaja juga menyatakan perasaan terharu apabila ibu bapa tidak meletakkan

kesalahan di atas bahu mereka malah menyokong setiap keputusan yang diambil

melalui perbincangan bersama.

5.3.1.3 Tema 3: Pemerkasaan Kasih Sayang

Program FAST merupakan satu program yang dinamik dan kondusif dan mampu

membantu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik. Ini dibuktikan melalui

kajian bahawa pemerkasaan peranan ibu bapa menerusi program ini menyentuh

semua aspek kehidupan ibu bapa dan remaja. Pelaksanaan program FAST ke atas

peserta telah menunjukkan perubahan dan pencapaian yang baik terhadap sub -sub

tema yang berikut.

i. Sub Tema: Perhatian Mendalam

Perhatian mendalam yang dimaksudkan dalam program ini adalah pemerkasaan

seluruh aspek dalam kehidupan remaja dan ibu bapa. Peserta diberi peluang untuk

menghayati elemen-elemen penting dalam kehidupan yang mereka abaikan.

Menerusi temu bual bersama ibu remaja, peserta mengakui tidak memberi tumpuan

yang serius, mempunyai sikap malas dan lemah dalam pengurusan rumah tangga.
135
Alasan kemiskinan menjadi faktor utama wujudnya sikap sedemikian. Kesan sikap

negative ibu bapa ke atas anak-anak dilihat melalui tindakan yang diambil terutama

oleh remaja yang tidak gemar untuk tinggal di rumah sendiri atas alasan

persekitaran yang tidak kondusif dan lebih suka menumpang di rumah rakan.

Peserta juga dilihat lebih peka terhadap kewujudan insan sekeliling. hubungan erat

antara ibu dan anak dizahirkan dengan lebih telus melalui perbuatan seperti

mencium tangan ibu bapa dan memeluk untuk memohon restu, serta menghargai

antara satu sama lain sepanjang program dilaksanakan dan selepas program FAST

berakhir.

ii. Sub Tema: Menjaga Perasaan

Peserta kajian turut menunjukkan perubahan tingkah laku yang lebih positif apabila

merasakan tindakan menjaga perasaan insan tersayang itu adalah penting. Melalui

kajian ini para peserta mengakui tindakan menyakiti hati antara satu sama lain

menyebabkan sikap negatif menular dalam diri mereka. Peserta remaja

menjelaskan, perbuatan yang boleh menimbulkan kemarahan ibu bapa

meninggalkan kepuasan dalam diri mereka. Tanpa mereka sedari sikap mereka

mewujudkan konflik dan ketegangan dalam keluarga. Ini kerana mereka

berpendapat ibu bapa tidak akan marah berpanjangan dan berdendam dengan

mereka.

Melalui kajian ini juga remaja juga merasakan ibu bapa tidak dapat membaca hati

mereka terutama apabila mereka dilanda perasaan kecewa menyebabkan mereka

sering beralih arah kepada rakan sebaya. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan

kajian oleh Nasrudin Subhi, Radhiah Abu Bakar, Norazura Ahmad, Suzana Mohd
136
Hoesni, Fauziah Ibrahim, Mohd Suhaimi Mohamad (2012), terhadap hubungan

seksual remaja di mana konflik keluarga menyebabkan remaja terasa diabaikan.

Remaja turut menyatakan bahawa tiada sokongan dan kasih sayang yang

secukupnya daripada ibu dan bapa serta tidak mempunyai hubungan yang mesra

dengan adik-beradik yang lain. Hal ini menyebabkan timbul perasaan

ketidakpercayaan di antara ahli keluarga menyebabkan remaja lebih memilih untuk

mempercayai rakan-rakan berbanding keluarga.

iii. Sub Tema: Memberi pujian-pujian

Penerokaan terhadap pemerkasaan kasih sayang turut mendapati amalan memberi

pujian amat signifikan dengan sikap positif dalam diri remaja. Namun begitu

remaja menyatakan elemen pujian jarang sekali diterima dalam keluarga. Ini

menunjukkan ibu bapa tidak menggunakan elemen pujian sebagai peneguhan ke

atas tindakan positif remaja. Melalui temu bual yang dijalankan ibu bapa

menyatakan perasaan untuk memuji anak wujud dalam diri mereka namun kaedah

untuk menyampaikan pujian tersebut tidak mereka ketahui. Ibu bapa menyatakan

kebimbangan, puji-pujian menyebabkan anak-anak tidak serius dalam

melaksanakan sesuatu aktiviti.

Walau bagaimanapun, selepas melalui beberapa fasa dalam program FAST, peserta

menunjukkan perubahan yang positif. Peserta ibu bapa memberikan pujian dan

ganjaran kepada anak-anak mereka. Penglibatan remaja dalam aktiviti sukan

sekolah, aktiviti ko- akademik, aktiviti di bawah jawatankuasa penduduk, surau

menjadi satu kebanggaan kepada ibu bapa dan ianya amat bertentangan sebelum

program dilaksanakan. Di mana rata-rata peserta menyatakan setiap aktiviti yang


137
mereka hendak laksanakan Walau bagaimanapun di sekolah mahupun di kawasan

perumahan mendapat tentangan daripada ibu bapa tanpa alasan yang kukuh.

Pemberian puji-pujian dan ganjaran ini meningkatkan persaan kasih sayang antara

anak-anak remaja dan ibu bapa. Ini selari dengan Kajian yang telah dilakukan

menunjukkan bahawa pemberian ganjaran merupakan pembentuk tingkah laku

yang sangat berkesan (Wolery, Baily & Sugai (1988) dalam Khalim (2008).

iv. Sub Tema: Doa

Program FAST merupakan sebuah program intervensi yang dibawa masuk daripada

negara barat. Pelaksanaan program yang dijalankan selama 2 jam seminggu dan

berlanjutan sehingga lapan minggu, serta melibatkan keluarga tidak pernah

dilaksanakan seumpamanya di Malaysia. Untuk melaksanakan program yang

diadaptasi ini, pendekatan yang bersesuaian dengan latar adab budaya masyarakat

setempat amat perlu. Kesemua peserta yang mengikuti program ini merupakan

keluarga Islam yang berada dalam paras pemilikan sosioekonomi rendah. Latar

belakang keluarga yang cetek ilmu pengetahuan menambahkan lagi jurang dalam

hubungan kekeluargaan. Namun demikian, sejajar dengan perkembangan ilmu,

pendekatan islamik amat menarik perhatian ibu bapa bagi menyertai program ini

sehingga ke akhirnya.

Pelaksanaan bacaan doa pada awal dan akhir program mewujudkan tanggapan

terhadap keberkatan program ini. Meskipun ada unsur-unsur hiburan, program ini

masih dilihat bersesuaian untuk sebuah keluarga islam. Kesan penggunaan doa

dapat dilihat secara berterusan dalam diri peserta remaja. Melalui temu bual

138
mendalam, peserta menyatakan rasa yakin dengan doa yang dibaca dan

memanjatkan rasa kesyukuran apabila amalan itu berterusan di rumah.

v. Sub Tema: Menerima Kekurangan

Pelaksaan program FAST turut memperkasakan elemen-elemen kasih sayang dalam

keluarga antaranya menerima kekurangan dengan hati yang terbuka. Melalui kajian

mendalam bersama peserta ibu bapa, terdapat halangan dalam diri mereka untuk

menerima kekurangan antara satu sama lain. Kekurangan dari segi pendapatan

keluarga, menimbulkan rasa rendah diri dan selalu membuat perbandingan dengan

keluarga lain. Masalah ini memberi impak yang besar kepada keharmonian

keluarga apabila ibu bapa terpaksa melakukan lebih dari satu pekerjaan, atau

bekerja lebih masa dalam sehari. Ini menyebabkan peruntukan masa bersma

keluarga semakin berkurangan dan akhirnya berlaku pengabaian kasih sayang yang

dianggap sebagai biasa dalam keluarga.

Dari sudut penerimaan peserta remaja, mereka menyedari bahawa tugas bapa itu

berat dan boleh menjejaskan kesihatan namun kekurangan yang dihadapi oleh

keluarga dilihat sebagai halangan besar untuk mereka maju ke hadapan. Ini

bermaksud mereka beranggapan kemiskinan yang mereka hadapi adalah punca

kepada kegagalan dalam pencapaian akademik dan rendah diri dalam pergaulan

sosial. Melalui progam FAST, peserta dibimbing untuk menerima kekurangan

setiap ahli, bermula dengan ketua keluarga sehinggalah kepada ahli yang lebih

muda. Peserta dibimbing supaya mengatasi kelebihan ahli keluarga dengan melihat

kepada potensi ahli keluarga yang lain. Wujudnya elemen saling bantu membantu

139
dan saling berpaut antara satu sama lain demi menjaga kelangsungan keluarga yang

harmoni.

vi. Sub Tema: Penghargaan

Sikap mengabaikan ahli keluarga antara punca ikatan kekeluargaan menjadi lemah.

Dari aspek penghargaan, pengkaji merumuskan beberapa sebab yang membawa

kepada emosi remaja menjadi lemah. Masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja

pada kebiasaannya adalah kesan kesinambungan daripada masalah yang timbul

semasa kanak-kanak (Block, et al., 1988; Caspi et al., 1995; Fergusson, et al, 1996;

Fergusson, et al., 1996a; Moffitt, 1993). Menurut Mahmood Nazar Muhammad

(1993), Remaja-remaja yang terlibat dengan melakukan tingkah laku devian dan

delinkuen ini juga mengalami konflik dalam keluarga mereka sendiri. Mereka gagal

melihat keluarga adalah satu persekitaran yang sihat dan boleh memberikan

kebahagiaan serta rasa seronok kepada mereka. Kekurangan komunikasi yang

berkesan dan kasih sayang dalam keluarga turut memainkan peranan dalam

pembentukan personaliti devian remaja.

Melalui penerokaan terhadap pemerksaan kasih sayang ini, pengkaji melihat sikap

membuat perbandingan terhadap pencapaian anak-anak merupakan senjata bagi ibu

bapa yang boleh melemahkan semangat remaja. Peserta mengakui, sedar akan

keburukan membuat perbandingan antara anak mereka dengan anak orang lain

tetapi mereka merasakan itu cara terbaik untuk melawan ego remaja. Kurangnya

ilmu pengetahuan menyebabkan ibu bapa menggunakan pendekatan yang negatif

tetapi mahukan hasil yang positif. Peserta ibu bapa juga suka memperlekehkan

140
matlamat hidup anak-anak mereka dan menganggap apa yang diimpikan itu

hanyalah angan-angan dan tidak boleh kesampaian.

Justeru program FAST berjaya menyedarkan keluarga bahawa penghargaan itu

merupakan salah satu bentuk kasih sayang yang tidak memerlukan peruntukan

wang ringgit yang mahal, tetapi mamadai dengan memberi pujian dan sokongan

kepada keluarga. Memberikan penghargaan terhadap remaja juga adalah salah satu

usaha untuk menunjukan kasih sayang. Remaja akan berasa bangga kerana

mendapat penghargaan terutamanya daripada ibu bapa. Remaja akan berasa bahawa

bakat atau kebolehan yang dipamerkan itu mendapat perhatian dan dihargai.

Penghargaan yang diberikan akan memberikan semangat dan inspirasi untuk remaja

melakukan yang terbaik (LPPKN, 2015)

5.3.1.4 Tema 4: Pemerkasaan Hormat-Menghormati

Pemerkasaan hormat-menghormati antara satu sama lain merupakan kunci kejayaan

program FAST. Mempunyai ikatan kekeluargaan yang lemah, konflik keluarga

yang berterusan menyebabkan institusi keluarga menjadi lumpuh. Anak-anak yang

lahir dalam keluarga begini selalunya akan terjebak dengan pelbagai permasalahan

sosial. Justeru pemerkasaan hormat-menghormati amat penting dalam diri peserta

bagi menjamin keberkesanan program FAST.

i. Sub Tema: Tanggungjawab Dan Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa bukan setakat menyediakan keperluan asas rumah tangga, tetapi perlu

bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk mentadbir rumah tangga. Peserta

menyatakan ilmu mentadbir keluarga adalah hasil warisan turun temurun, melalui
141
pengalaman sendiri dan adakalanya dipengaruhi ahli keluarga yang lain. Sedangkan

melalui temu bual mendalam mereka akui bahawa perubahan zaman menjadikan

apa yang mereka lalui tidak bersesuain dengan anak-anak ini. Meskipun peranan

bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak adalah lebih tnggi daripada ibu, namun

kesibukan mencari rezeki menyebabkan bapa tidak dapat meluangkan masa dengan

anak dan menyerahkan urusan mendidik anak-anak kepada ibu semata-mata.

Dapatan kajian ini amat selari dengan (Culp et al. 2000) yang menunjukkan

penglibatan bapa yang tinggi dalam asuhan meningkatkan perasaan penerimaan dan

hubungan yang positif antara bapa dengan anak berupaya mengurangkan tingkah

laku antisosial dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa juga digesa agar menambah

ilmu pengetahuan berkaitan pentadbiran keluarga dengan cara mempraktikkan

setiap ilmu yang diperoleh. Dengan itu, barulah mereka tahu kesesuaian tindakan

tersebut dan hasil yang diperoleh. Meskipun tanpa pendidikan formal, ibu bapa

masih boleh memperoleh ilmu melalui ceramah-ceramah agama dan pebincangan

rakan sebaya yang berterusan.

ii. Sub Tema: Tanggungjawab Dan Peranan Rakan Sebaya

Rakan sebaya merupakan individu yang amat mempengaruhi kehidupan remaja dan

biasanya akan memilih rakan sebaya yangmempunyai persamaan tingkah laku,

sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones &Coyle, 1998; Hogue & Steinberg,

1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown,

1990) Walau bagaimanapun membawa kesan yang negatif mahupun positif.

Dapatan ini bersamaan dengan kajian Hamdan Mis (1999) & Sharif & Hazni (2010)

menyatakan bahawa rakan sebaya sangat penting dalam membentuk tingkah laku
142
remaja yang positif. Melalui program FAST, remaja diberi kesedaran peri

pentingnya rakan sebaya dalam kehidupan mereka tanpa mereka sedar. Rata-rata

peserta mengakui pemilihan rakan sebaya adalah bergantung kepada permasalahan

yang mereka hadapi. Peserta mengatakan selalunya memilih rakan sebaya yang

mempunyai masalah yang sama kerana lebih memahami antara satu sama lain. Ini

kerana mereka merasakan diri mereka tidak akan diterima oleh kelompok rakan

sebaya yang lebih berjaya. Remaja juga dibimbing bagaimana untuk menjadi rakan

sebaya yang mendominasi rakan dengan cara yang positif. Walau bagaimanapun

pemerkasaan peranan ibu bapa akan menyebabkan kebergantungan remaja terhadap

rakan sebaya semakin lemah. Sebaliknya remaja akan cenderung memilih ibu bapa

sebagai tempat untuk berkongsi masalah. Penyertaan program FAST ternyata

memberi impak kepada kahidupan remaja.

iii. Sub Tema: Tanggungjawab Dan Peranan Masyarakat

Masyarakat adalah kelompok-kelompok sosial yang berada di sekeliling remaja.

Masyarakat mempunyai pengasuh secara tidak langsung ke dalam kehidupan

remaja. Melalui kajian mendalam yang dilaksanakan, pengkaji memerhati

kefungsian masyarakat semakin berkurangan disebabkan faktor penolakan

penglibatan orang luar dalam masalah kekeluargaan. Masyarakat yang mengambil

berat dianggap sebagai “menjaga tepi kain orang”. Tanggapan ini menyebabkan

menyarakat tidak mempunyai perasaan untuk membendung masalah sosial

walaupun di depan mata.

Antara sumbangan program FAST terhadap peranan masyarakat adalah membawa

program ini kepada mereka dan melibatkan mereka secara tidak langsung dengan
143
program yang dilaksanakan. Melalui program FAST, masyarakat setempat dilihat

amat memberikan sokongan kepada keluarga untuk tujuan yang positif. Mereka

merasakan impak program FAST secara tidak langsung mengurangkan masalah

sahsiah remaja yang ditakrifkan sebagai “kurang ajar”, biadab dan mengganggu

ketenteraman awam. Ini membuka mata banyak pihak bahawa, masyarakat itu

sendiri dahagakan persekitaran yang aman dan bersedia bersama-sama untuk

menjamin kesejahteraan hidup.

iv. Sub Tema: Tanggungjawab Dan Peranan Remaja

Sebagai fokus utama kajian, remaja diberikan pendedahan bahawa mereka bukan

sahaja penting kepada keluarga malah dilabelkan sebagai “asset” negara.

Penekanan terhadap kepentingan remaja sebagai penyambung generasi seterusnya

masih belum dilihat kepentingannya daripada kacamata mereka. Melalui program

FAST, remaja diberi peluang untuk menonjolkan bakat dan kemampuan masing-

masing setiap minggu. Remaja juga dibimbing supaya lebih yakin dengan

kelebihan yang ada pada diri sendiri dan menghargai kelebihan tersebut. Kajian

mendapati remaja program FAST banyak mengubah tanggapan mereka terhadap

ibu bapa dan rakan sebaya. Remaja merasakan tumpuan yang diberikan ibu bapa

kepada mereka menyebabkan mereka merasakan ianya satu penghormatan kepada

mereka. Malah keadaan ini meningkatkan rasa hormat mereka kepada ibu bapa.

Remaja menyatakan kesedaran terhadap bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa

dan mengakui mereka menjadi semakin bertanggungjawab terhadap keluarga.

Remaja FAST turut menyatakan hasrat mereka untuk membantu keluarga selepas

tamat persekolahan. Walau bagaimanapun menyambung pelajaran atau bekerja


144
tetapi dengan restu keluarga. Selain daripada itu, mereka turut mengakui program

FAST menyebabkan mereka melihat usaha ibu bapa untuk memahami perasaan

mereka sebagai remaja dan memberontak itu sebenarnya bukan sahaja merugikan

mereka malah manambah dosa kepada ibu bapa. Seterusnya mereka bukan

sahaja menghormati ibu bapa, adik- beradik dan ahli keluarga, malahan rasa hormat

kepada jiran tetangga, rakan sebaya dan guru juga bertambah. Mereka tidak lagi

menutup kekurangan diri melakukan perkara-perkara tidak berfaedah, sebaliknya

lebih menumpukan kepada memperbaiki hubungan bersama ahli keluarga.

Kesemua perubahan yang dialamai oleh remaja ini berpunca daripada pemerkasaan

peranan ibu bapa semasa program FAST. Ini bersesuaian dengan pendapat Sarjit

(2007) yang menegaskan bahawa golongan yang bertanggungjawab dalam

membawa kewujudan budaya jenayah sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah

adalah keluarga, iaitu ibu bapa.

5.3.1.5 Kesimpulan

Dapatan kepada perosalan kajian pertama menunjukkan keberkesanan program

FAST terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa. Kesemua peserta menunjukkan

peningkatan pemerkasaan dari aspek komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan

hormat-menghormati. Elemen-elemen ini amat penting bagi mengukuhkan ikatan

kekeluargaan. Ini amat bertepatan dengan fungsi program FAST sebagai intervensi

awal bagi mengelakkan remaja terjebak dengan gejala salah laku dan sosial.

Ibu bapa menyedari bahawa mereka adalah “role model” untuk remaja. Remaja

mempelajari secara berkesan melalui peniruan dan pemerhatian. Bersikap negatif

seperti panas baran, mendera, mementingkan diri dan memaki hamun memberi
145
kesan psikologi remaja. Adalah tidak mustahil jika remaja sendiri mempunyai sifat-

sifat sedemikian memandangkan pengaruh yang diterima daripada ibu bapa. Secara

keseluruhannya program FAST boleh menjadi program intervensi keluarga bagi

remaja yang bermasalah. Selain dari memperkasakan peranan ibu bapa, ia

merupakan program yang amat berkesan untuk menangani masalah sosial remaja.

5.3.2 Soalan Kajian 2: Meneroka Bagaimana Ibu Bapa/Penjaga

Mengadaptasi Aktiviti –Aktiviti Yang Dilaksanakan Semasa Program

FAST Dalam Kehidupan Seharian Bagi Mengatasi Masalah Sosial

Remaja.

Perbincangan terhadap keberkesanan program FAST ini memberi tumpuan kepada

adaptasi-adaptasi program FAST ke dalam kehidupan seharian yang secara tidak

langsung meningkatkan sahsiah remaja. Dapatan kajian ini menunjukkan program

FAST telah diadaptasi dan bertindak memperbaiki hubungan, membantu susun atur

kehidupan, memberi ruang perubahan, memperbaiki akhlak dan meluaskan jaringan

hubungan.

5.3.2.1 Tema: Memperbaiki Hubungan

Peranan ibu bapa bukan sekadar membantuk sebuah keluarga, sebaliknya ibu bapa

turut bertindak sebagai pentadbir keluarga. Pembinaan keluarga dengan asas yang

kukuh akan melahirkan negara bangsa yang berjaya. Masalah yang dihadapi pada

zaman ini adalah kepincangan keluarga itu sendiri yang melahirkan remaja

bermasalah menyebabkan berlaku pelbagai permasalahan sosial. Dapatan kajian

bagi pembentukan sahsiah remaja melalui tema memperbaiki hubungan merujuk

kepada hubungan dalam konteks remaja itu sendiri. Selepas mengikuti program
146
FAST, perubahan yang dapat dilihat adalah interaksi yang lebih baik antara remaja

dan orang di sekeliling mereka. Hubungan keluarga dari perspektif komunikasi

dilihat berdasarkan teori ekologi di mana setiap ahli merupakan unsur dalam satu

sistem yang saling berinteraksi di antara satu sama lain ke arah mengekalkan

keseimbangan sistem. Mikrosistem merupakan persekitaran yang terdekat di mana

remaja mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak

masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, jiran dan guru. Justeru itu,

setiap ahli adalah bergantung di antara satu sama lain. Perubahan tingkah laku

positif dilihat selepas program FAST menunjukkan interaksi berkesan

menghasilkan persekitaran yang kondusif. Remaja merasakan diri mereka lebih

selamat dan meletakkan kepercayaan kepada ahli keluarga berbanding sebelum

menyertai FAST. Antara tingkah laku positif yang dapat dilihat adalah kemampuan

berkomunikasi dengan baik. Penggunaan bahasa, kawalan suara, dan penyampaian

mesej yang jelas dalam perhubungan dua hala menjayakan lagi matlamat

komunkasi. Ini membantu remaja untuk bersikap lebih baik apabila setiap mesej

yang mereka cuba sampaikan diterima oleh ibu bapa.

Selain dari itu, peningkatan sahsiah dapat dilihat apabila remaja lebih banyak

meluangkan masa bersama keluarga. Ini bermaksud remaja lebih selesa memilih

keluarga untuk bersama-sama dalam jangka masa yang panjang seharian

berbanding rakan sebaya. Perubahan sebegini akan membantu remaja

meningkatkan pertahanan diri dari segi kawalan emosi dan tingkah laku dan jika

berkekalan sehingga ke alam dewasa, remaja akan berjaya dalam kehidupan

sebenar mereka. Sehubungan dengan itu, keberkesanan program FAST terhadap

memperbaiki hubungan di antara ibu bapa dan remaja telah terbukti. Ini amat
147
bersesuaian dengan matlamat program FAST itu sendiri untuk memperkayakan lagi

hubungan antara ahli keluarga.

5.3.2.2 Tema: Membantu Susun Atur Kehidupan Seharian

Dalam memperkasakan perana ibu bapa, program FAST juga dilihat dapat

membantu susun atur kehidupan seharian remaja. Konteks susun atur kehidupan

seharian yang diteroka adalah merancang matlamat untuk hidup, mengisi masa

senggang dan kepimpinan melalui teladan. Sebagaimana yang kita ketahui remaja

mengalami zaman konflik dalam mencari identiti diri. Melalui tempoh perubahan

yang sukar tanpa dorongan dan bimbingan sering kali menyebabkan remaja tersasar

dari landasan kehidupan dan terlibat dalam masalah-masalah sosial.

Sering kali kedengaran kata-kata “gagal untuk merancang bermaksud kita

merancang untuk gagal”. Namun demikian kata-kata tersebut tidak memberi

sebarang makna kepada remaja. Remaja perlukan bimbingan dan bimbingan paling

utama adalah daripada ibu bapa dan keluarga itu sendiri. Menurut teori ekologi,

lingkungan mesosistem akan mempengaruhi proses kematangan remaja. Dalam

konteks ini, pengaruh persekitaran iaitu sekolah atau jiran tetangga memberi kesan

kepada remaja. Sekiranya ibu bapa gagal memainkan peranan, remaja akan

memilih sumber lain sebagai “role model” mereka dan pemilihan role model ini

adalah berasaskan matlamat yang dibentuk oleh remaja.

Menerusi program FAST, pemerkasaan peranan ibu bapa telah menambahkan

kesedaran kepada bahawa mereka adalah pendorong bagi remaja untuk mencapai

matlamat. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, ibu bapa membimbing remaja


148
untuk menentukan apakah matlamat hidup mereka. menurut peserta kajian, mereka

tidak mempunyai matlamat tertentu kerana sering dibantah oleh ibu bapa. Namun

peserta kajian berpuas hati setelah melalui program FAST mereka dapat

menentukan matlamat hidup mereka. Setelah melalui proses analisa diri, peserta

semakin jelas bahawa matlamat mereka banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya.

Bagi mengekalkan tanggungjawab ibu bapa sebagai role model, pengetahuan

tentang remaja diperkayakan lagi melalui proram FAST. Ibu bapa dibimbing untuk

mengenali anak-anak mereka dari sudut pandang remaja itu sendiri. Kesemua

peserta ibu bapa menyatakan keterujaan kerana perkongsian ilmu telah banyak

membantu mengubah corak didikan mereka. Selain daripada pemerkasaan diri

sendiri, ibu bapa turut dibantu dalam pengurusan keluarga berkaitan dengan anak-

anak. Menurut peserta kajian lagi, sekiranya perkara yang sama dilakukan oleh ibu

bapa mereka, sudah pasti mereka berpeluang untuk menikmati kehidupan yang

lebih baik. Ini selari dengan dapatan Collins, Jordan & Colmen (2010) bahawa

keluarga yang tidak terurus biasanya kurang kemahiran dalam penyelesaian

masalah.

5.3.2.3 Tema: Memberi Ruang Perubahan

Keberkesanan program FAST dalam adaptasi kehidupan seharian turut memberi

ruang perubahan bagi memperkukuhkan peningkatan sahsiah remaja. Kajian ini

mendapati peserta menghargai kepentingan ilmu dan kepentingan adab dalam

kehidupan. Ilmu yang dimaksudkan bukanlah ilmu melalui pendidikan formal

semata-mata sebaliknya melalui perkongsian pengalaman dan bimbingan secara

tidak formal.
149
Peserta kajian mengakui wujud kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan

namun begitu kebanyakan peserta tidak yakin akan mencapai kejayaan cemerlang

dalam pendidikan formal. Melalui program FAST, peserta diberikan sokongan agar

sentiasa yakin dengan matlamat hidup yang mereka ingin capai. Melalui

pemerhatian berterusan, peserta program FAST berjaya dalam mencapai matlamat

masing-masing selepas tamat persekolahan. Ini menunjukkan program yang

dilaksanakan mempengaruhi peserta terhadap wujudnya ruang perubahan dalam

kehidupan mereka jika memilih untuk berjaya. Selain daripada kepentingan

ilmu, Program FAST turut menyedarkan peserta kepentingan adab dalam

kehidupan. Melalui temu bual mendalam, peserta mengakui tidak mementingkan

adab dalam amalan kehidupan seharian. Peserta juga menyatakan tidak memikirkan

kesan amalan beradab dalam kehidupan seharian. Selain adab makan makan,

peserta turut menyedari peri penting adab berkawan, adab hubungan lelaki dan

perempuan, adab berjiran dan adab menjaga maruah diri dan maruah keluarga.

Perubahan yang dialami peserta amat berkait rapat dengan penjagaan solat di mana

kesemua kesedaran ini dialami peserta bertambah setelah menyertai program

FAST.

5.3.2.4 Tema: Memperbaiki Akhlak

Kajian peningkatan sahsiah remaja selepas program FAST membuktikan program

FAST berjaya diadaptasi dalam kehidupan seharian remaja. Melalui temu bual

bersama peserta, program FAST turut memperbaiki akhlak remaja. Akhlak

merupakan sendi yang mengikat kukuh perhubungan dalam sesebuah masyarakat

sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan di

dalam sesebuah masyarakat (Baharom Mohamad, Ali Suradin, &Za’aba Helmi


150
(2008). Dalam kajian ini, pembinaan akhlak remaja berfokus kepada kawalan emosi

yang lebih baik dan kemampuan meluahkan perasaan di kalangan peserta.

Bagi menyempurnakan akhlak kawalan perlu diberi perhatian. Kawalan emosi amat

berkait rapat dengan kestabilan remaja. Remaja yang gagal mengawal emosi

selalunya akan bersikap biadab, tidak menghormati ibu bapa, guru malahan rakan

sebaya. Kawalan emosi yang lemah juga menyebabkan remaja boleh dipengaruhi

oleh unsur-unsur negatif dan mula melakukan terlibat dengan permasalahan sosial.

Melalui temu bual dan pemerhatian mendalam, peserta kajian mengakui emosi

mereka lebih stabil setelah menyertai program FAST.

Menyedari kelemahan remaja dalam menangani konflik ekoran daripada kelemahan

peranan yang dimainkan ibu bapa, remaja mengambil langkah untuk mengatasinya

secara bersama-sama dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Perubahan sikap remaja

menunjukkan peningkatan sahsiah yang lebih baik daripada sebelum penyertaan

program FAST. Dapatan ini menyokong kajian yang dilakukan oleh Ali dan Eni

Eryanti (2005) yang mendapati bahawa penghayatan amalan pelajar terhadap nilai-

nilai murni dalam kehidupan seharian pelajar adalah berada pada tahap sederhana.

Malahan remaja turut mengakui, selain daripada ibu bapa, guru turut membantu

dalam meningkatkan ketenangan emosi mereka. Sikap dan layanan positif daripada

guru menyebabkan remaja berasa dihargai. Kawalan emosi remaja juga lebih stabil

apabila remaja menemui saluran yang betul untuk meluahkan perasaan.

Kemampuan remaja memilih ibu bapa ataupun ahli keluarga untuk berkongsi

permasalahan menunjukkan sesebuah keluarga itu berada dalam keadaan stabil dan

bebas konflik.
151
Selain daripada itu, perapatan remaja dan keluarga membuktikan peranan ibu bapa

amat mempengaruhi tingkah laku remaja. Ibu bapa yang mengikuti perkembangan

anak-anak remaja akan sentiasa memantau anak-anak mereka tidak kira di mana

berasa. Pemantauan terhadap anak-anak bermaksud pengetahuan ibu bapa berkaitan

aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak di bawah jagaan mereka dan

disokong dengan hubungan komunikasi yang baik di antara dua pihak iaitu ibu bapa

dan anak-anak (Hayes, Hudson dan Matthew,2004). Sementara itu, pemantauan

juga didefinisikan sebagai pengetahuan ibu bapa terhadap keberadaan anak mereka,

apakah aktiviti yang dijalankan serta siapakah rakan-rakan anak mereka (Jacobson

& Crockett, 2000).

Walau bagaimanapun kajian oleh Kerr dan Statin (2000) memperluaskan lagi

konteks definisi tersebut dengan mengambil kira faktor keinginan anak-anak untuk

bercakap tentang aktiviti mereka dengan ibu bapa selain menekankan tahap

pengetahuan ibu bapa tentang di mana anak mereka berada, rakan-rakan dan

kegiatan-kegiatan yang dijalankan. Pengkaji ini menyarankan agar tahap

pengetahuan ini perlu dilihat dalam konteks proses dua arah iaitu setiap ibu bapa

dan pelajar mempunyai sumbangan yang unik dan memberi respon di antara satu

sama lain dan bukan hanya berorientasikan ibu bapa kepada anak sahaja (Norsimah,

Balan Rathakrishnan, &Mohd Mahadzir,2014). Kemampuan peserta program

memperbaiki akhlak selepas program FAST membuktikan keberkesanan program

tersebut.

152
5.3.2.5 Tema: Luaskan Jaringan Perhubungan

Perbincangan mengenai adaptasi program FAST dalam kehidupan seharian ini akan

memberi fokus kepada jaringan hubungan yang terbentuk semasa dan selepas

program FAST. Perhubungan yang baik antara remaja dengan persekitarannya

ternyata dapat mengurangkan kadar salah laku remaja. Ini terbukti sepanjang

pelaksanaan program FAST, peserta telah meningkatkan perhubungan dengan

persekitaran mereka. Dapatan ini membuktikan kesesuaian teori ekologi

Bronfenbernner dengan kajian yang dilaksanakan. Teori ekologi menekankan

hubungan kanak-kanak amat berkait rapat dengan persekitaran di sekeliling mereka

keluarga, guru, individu, rakan sebaya dan persekitaran.

Manakala ibu bapa akan bertindak sebagai agen sosialisasi kanak-kanak. Sepanjang

proses menuju alam kedewasaan, kanak-kanak akan membentuk emosi secara tidak

langsung melalui hubungannya dengan mikrosistem yang lain. Contohnya kesan

yang mempengaruhi persekitaran ibu bapa seperti masalah dengan majikan,

pekerjaan, masalah rumah tangga, akan membentuk corak perhubungan antara

kanak-kanak dengan individu, guru dan persekitaran yang lain. Melalui

program FAST, kajian membuktikan peserta remaja yang mempunyai sahsiah

rendah mengalami masalah dengan individu-individu yang berada dalam

lingkungan mikrosistemnya. Peserta yang tertekan akibat masalah ekonomi

keluarga, mempunyai hubungan negatif dengan lingkungan mikrosistemnya iaitu

ibu bapa, adik beradik, jiran tetangga secara tidak langsung menyebabkan remaja

ini mempunyai tanggapan negatif kepada guru yang berhasrat hendak

membimbingnya. Tambahan pula tempat tinggal yang disediakan pihak berkuasa

tempatan tidak memberi ruang yang selesa terhadap pembesaran remaja


153
menyebabkan mereka memilih untuk berada di luar rumah lebih berbanding di

dalam rumah.

Melalui program FAST penekanan diberikan kepada ibu bapa bagai mana

mengatasi permasalahan ini mengikut kadar kemampuan. Pembinaan hubungan

yang rapat antara ahli keluarga serta jiran tetangga sebagai langkah awal untuk

membina kembali keyakinan dan sahsiah diri remaja. Peranan ibu bapa dalam

mempamerkan kasih sayang di samping memperbaiki hubungan dengan remaja

melalui komunikasi terbuka, sentuhan, kemesraan dan sokongan dizahirkan melalui

program FAST selari dengan saranan kajian Arshat, Baharuddin & Kahar (2002),

iaitu ibu bapa perlu mempelajari bagai mana untuk menjadi pendengar yang aktif

dan juga mengesahkan keperluan dan permasalahan anak-anak mereka.

Azizi Yahya et.all (2010), Ikatan kawalan sosial yang lemah antara remaja dan

keluarga menyebabkan remaja akan memilih rakan sebaya yang mempunyai

persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones &Coyle,

1998; Hogue & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh

rakan sebaya (Brown, 1990). Kecenderungan ini terbukti apabila remaja FAST

memilih rakan yang mempunyai minat dan permasalahan yang sama dengan

mereka. Ini bertujuan memudahkan mereka untuk melakukan aktivit bersama-sama.

Kesannya remaja FAST terjebak dengan masalah disiplin di sekolah dan memiliki

sahsiah yang rendah. Sehubungan dengan itu, melalui program FAST remaja telah

dibimbing untuk mencari rakan sebaya yang boleh membantu mereka dalam

menangani masalah supaya masalah tersebut dapat diatasi. Remaja juga disarankan

154
mengelak daripada terlibat dengan permasalahan orang lain, sebaliknya mencari ibu

bapa, guru atau rakan yang boleh dipercayai bagi berkongsi masalah.

Melalui perkongsian masalah selalunya remaja berasa lebih selamat dan stabil

sekaligus dapat membantu remaja menjadi insan yang lebih baik. Sepanjang

berlangsungnya program FAST, remaja menggunakan peluang yang ada untuk

mewujudkan jalinan hubungan bersama wakil-wakil fasilitator dan wakil pelajar

dan ini mengubah persepsi remaja bahawa masyarakat sekeliling memandang

rendah terhadap kehidupan mereka. Malahan remaja menyedari program ini turut

menggilap bakat, minat dan cita-cita mereka. Hasil dapatan kajian ini turut

menemukan penglibatan jiran tetangga yang hanya melibatkan hubungan

kemasyarakatan seperti gotong- royong, kenduri-kendara dan ceramah agama

sebelum prorgram FAST.

Hubungan kejiranan yang terbatas dan tidak banyak sumbangan yang dapat

diberikan tidak kira sama ada dari aspek keselamatan mahupun kerohanian

menyebabkan fungsi kejiranan semakin hambar. Melalui program FAST, ibu bapa

penjaga digalakkan berhubung dengan jiran tetangga bagi mewujudkan lingkungan

yang berupaya menyekat salah laku remaja pada bila-bila masa sahaja. Salmi

(2006) dalam kajiannya mendapati hubungan kejiranan yang baik mampu untuk

meningkatkan kestabilan dalam politik, mengurangkan kadar jenayah, menjana

pembangunan ekonomi serta dapat menjaga kebajikan sosial masyarakat.

Kerjasama antara jiran akan mewujudkan masyarakat madani di mana penduduk

yang berinteraksi dengan jirannya boleh membentuk sebuah masyarakat sempurna

dan berkualiti, iaitu mereka mampu untuk duduk bersama dan berbincang. Ini
155
secara tidak langsung telah dapat membentuk modal sosial yang berkualiti (Sheau,

2006).

5.4 Rumusan Perbincangan Hasil Kajian

Sebagai sebuah program yang dirancang dapatan kajian menunjukkan pemerkasaan

Peranan ibu bapa dalam aspek komunikasi, keterbukaan, kasih sayang dan hormat-

menghormati telah berjaya dicapai melalui program FAST. Selaras dengan

komunikasi merupakan tunjang kepada sesuatu hubungan, aspek komunikasi amat

dititikberatkan dalam menjayakan hubungan dua hala. Komunikasi sama ada dalam

bentuk lisan ataupun bukan lisan haruslah sampai kepada penerima bagi

menjadikan maklumat dan perhubungan itu bermakna.

Melalui kajian ini, pemerkasaan komunikasi turut meningkatkan keyakinan diri

peserta untuk berinteraksi dengan lebih baik. Malahan kejayaan program FAST

memperkasakan komunikasi di kalangan peserta lebih bermakna apabila peserta

remaja menunjukkan peningkatan sahsiah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Pemerkasaan peranan ibu bapa dan menangani masalah sosial remaja dilihat

sebagai dua elemen penting yang telah dicapai melalui program FAST. Ibu bapa

yang efektif akan melihat anak sebagai satu amanah yang harus dipikul tanpa

sebarang tekanan dan permasalahan.

Namun untuk menjadi ibu bapa yang efektif, perlu ada ilmu pengetahuan terutama

untuk berhadapan dengan anak-anak yang sedang menuju ke alam dewasa. Justeru

program Family and School Together yang dikenali sebagai program FAST telah

156
dirangka untuk mengembalikan kuasa ibu bapa bagi menangani masalah sosial

anak-anak remaja.

Program FAST memberi tumpuan kepada hubungan antara ahli keluarga dan

hubungan di antara ibu bapa penjaga dengan remaja. Di samping memberi

pemberatan kepada elemen-elemen yang berada di sekeliling remaja. Manakala

keberkesanan pemerkasaan peranan ibu bapa dilihat lebih mendalam melalui

adaptasi program FAST dalam kehidupan seharian remaja. Pemerkasaan peranan

ibu bapa juga telah membuka ruang kepada ibu bapa untuk meluaskan jaringan

perhubungan dan membentuk keakraban di kalangan masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu, kajian ini mendapati program FAST bukan sahaja

memperkasakan peranan ibu bapa dari aspek komunikasi, keterbukaan, kasih

sayang dan hormat-menghormati malahan telah berjaya membantu ibu bapa

menangani masalah sosial remaja melalui adaptasi amalan seharian yang

melibatkan remaja semasa program FAST dan selepas program FAST.

5.5 Implikasi Kajian

Kajian ini memperlihatkan implikasi dari aspek teoritikal, implikasi terhadap

pemerkasaan peranan ibu bapa dan implikasi terhadap menangani masalah sosial

remaja. Perbincangan bagi setiap implikasi ini akan diterangkan seperti berikut;

5.5.1 Implikasi Teoritikal

Perbincangan implikasi terhadap teoritikal adalah menjurus kepada hubungan teori

dengan penyelidikan bagi menjelaskan fenomena kajian. Fokus perbincangan

adalah melihat kesan program terhadap pemerkasaan peranan ibu bapa dalam
157
menangani masalah sosial remaja. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini selaras

dengan teori ekologi Bronfenbernner (1979,1993,1994) yang menjelaskan bahawa

pengaruh persekitaran amat mempengaruhi kehidupan kanak-kanak. Perkembangan

kanak-kanak adalah hasil interaksi dengan persekitaran manakala kesan

persekitaran turut membentuk ciri kanak-kanak. Bersesuaian dengan teori ekologi

Bronfenbernner, persekitaran turut mempengaruhi dan membentuk ciri-ciri remaja.

Menyedari pengaruh persekitaran terhadap permasalahan sosial remaja, program

FAST telah dibentuk sejak tahun1980-an dan berkembang pesat dan lebih 45 buah

negara telah terlibat dengan pelaksanaan program ini. Bahkan program FAST turut

melibatkan individu yang paling hampir dengan remaja serta mendapat sokongan

daripada pelbagai pihak di atas keberkesanannya. Kajian ini mendapati, kesan

interaksi antara mikrosistem banyak memainkan peranan terhadap perkembangan

remaja. Ibu bapa adalah agen sosialisasi yang paling banyak mempengaruhi

kehidupan remaja namun permasalahan timbul apabila ibu bapa gagal berfungsi

sebagai kawalan sosial. Ia akan melemahkan sistem yang ada lingkungan ekologi.

Namun demikian sekiranya ibu bapa dan keluarga berfungsi dengan baik, seluruh

sistem akan berada dalam keadaan baik. Melalui penerokaan program FAST,

peranan wakil remaja, wakil ibu bapa, wakil sekolah, wakil agensi sepanjang

program telah membuktikan kemampuan aktiviti yang dirancang dalam

memperkasakan peranan ibu bapa.

Dalam konteks perbincangan pemerkasaan peranan ibu bapa, program FAST

ternyata mampu mengembalikan peranan ibu bapa melalui aktiviti-aktviti di

dalamnya.

158
Segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan telah membawa perubahan ketara

terhadap pemerkasaan komunikasi, sikap keterbukaan, kasih sayang dan hormat-

menghormati. Selari dengan teori Ekologi, pengaruh ibu bapa, rakan sebaya dan

guru melalui program FAST telah terbukti. Selain daripada itu, dapatan kajian juga

menemukan pengaruh lingkungan ekosistem dalam kehidupan remaja. Melalui

program ini, penglibatan wakil setiap institusi yang hampir dengan kehidupan

remaja memberi perubahan yang baik kepada remaja dan membantu program ini

mencapai objektifnya. Jelas aktiviti-aktiviti dan lingkungan program FAST selaras

dengan sistem di dalam teori Ekologi.

Pemerkasaan komunikasi pula merupakan kunci kepada kejayaan program FAST di

mana komunikasi dua hala antara peserta berjaya mengubah corak perhubungan

dalam keluarga. Melalui peningkatan kemampuan komunikasi, ibu bapa dilihat

lebih bersikap terbuka ketika berhadapan dengan remaja. Situasi ini menimbulkan

perasaan kasih sayang yang kian menghilang di kalangan ahli keluarga. Jalinan

kemesraan ini membuatkan remaja kembali menghormati sebagai ibu bapa mereka.

Selain daripada ibu bapa, impak program FAST turut dilihat membawa kepada

perhubungan positif di antara peserta program dengan lingkungan persekitaran iatu

jiran tetangga, pihak sekolah dan masyarakat.

Dalam konteks perbincangan keberkesanan program FAST terhadap peningkatan

sahsiah remaja, dapatan kajian menunjukkan adapatasi program FAST dalam

amalan seharian telah mengubah corak amalan kehidupan peserta. Berdasarkan

teori ekologi Bronfenbernner, saling kebergantungan antara satu ekosistem boleh

mewujudkan persekitaran yang harmoni. Pemerkasaan peranan ibu bapa akan


159
memberi kesan kepada emosi remaja. Kestabilan emosi ini membolehkan remaja

berhubung baik dengan persekitaran termasuk bersama rakan sebaya dan juga guru-

guru di sekolah. Suasana yang harmoni ini dapat menghalang remaja daripada terus

terlibat dalam permasalahan sosial.

5.5.2 Implikasi Terhadap Amalan Dalam Bidang Pendidikan

Dapatan kajian ini memberi implikasi dalam bidang pendidikan yang dilihat dari

aspek pehubungan antara ibu bapa dan guru. Berdasarkan penemuan hasil kajian,

guru dan ibu bapa mempunyai gandingan yang baik bagi mengatasi masalah sosial

remaja. Dapatan ini akan menjadi pemangkin kepada kerjasama berterusan antara

ibu bapa dan guru bagi mengatasi masalah disiplin pelajar. Dalam kajian Azizi

Yahya & Nalini (2006), kolaborasi antara ibu bapa dalam pendidikan menunjukkan

peningkatan terhadap pencapaian akademik pelajar. Namun demikian, ibu bapa

yang mempunyai anak bermasalah disiplin sering kali menolak sebarang

perjumpaan bersama guru. Ini selari dengan dapatan kajian Zainon & Ahmad

(2009) yang mendapati ibu bapa kurang memberikan komitmen untuk mengadakan

perbincangan dengan pihak sekolah mengenai disiplin murid. Mengikut Sharifah

Rinah (2005), jika masalah ini dibiarkan, sampai bila pun masalah disiplin ini tidak

dapat diselesaikan. Justeru, program FAST bukan sahaja dapat memperkasakan

peranan ibu bapa malah dapat membantu hubungan baik ibu bapa dan guru serta

mengurangkan permasalahan sosial di sekolah.

5.5.3 Implikasi Terhadap Masyarakat

Dapatan kajian ini menunjukkan program FAST bukan sekadar memberi implikasi

terhadap bidang pendidikan semata sebaliknya ia turut memberi implikasi kepada


160
Masyarakat. Dalam hal ini, program FAST merupakan medium terbaik bagi ibu

bapa dan guru bekerjasama bagi menangani masalah disiplin di sekolah. Selaras

dengan saranan kementerian pendidikan yang mewujudkan program sarana ibu

bapa, bagi menggalakkan penglibatan ibu bapa terhadap pembangunan akademik

dan sahsiah anak-anak. Melalui program FAST, penglibatan ibu bapa akan turut

disokong oleh wakil PIBG yang akan menjadi sebahagian daripada fasilitator

program, wakil NGO, wakil mahasiswa dan wakil guru. Kolaborasi antara banyak

pihak akan memantapkan lagi hubungan baik antara ibu bapa dan pihak sekolah

serta masyarakat.

5.5.4 Implikasi Terhadap Sahsiah Pelajar

Program FAST dirangka untuk merapatkan jurang perhubungan antara ibu bapa dan

remaja (Mc Donald et.all 2009). Melalui program FAST peningkatan sahsiah

pelajar akan terbentuk dengan sendirinya setelah melalui beberapa FASA, program

dan aktiviti yang dirangka. Penglibatan semua pihak di dalam program FAST akan

memberi impak yang lebih positif kepada remaja berbanding menghadiri sesi

kaunseling ataupun program motivasi bersama rakan-rakan.

5.5.5 Implikasi Terhadap Pengurusan Pendidikan

Guru berhadapan dengan beban tugas yang meningkat sepanjang tahun. Kekangan

masa untuk mengurus pengajaran dan pembelajaran (pdp) akan menyebabkan guru

berada dalam keadaan tidak selesa, penat dan tertekan. Masalah sedia ada jika

ditambah dengan masalah disiplin pelajar seperti ponteng sekolah, tidak

menyiapkan kerja, tidak memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran akan

membebankan para guru. Sokongan daripada pihak pentadbiran amat diperlukan


161
guru-guru. Dalam hal ini, pemilihan program FAST merupakan satu ganjaran buat

guru kerana dapat melahirkan pelajar yang berkualiti. Kerjasama antara pelbagai

pihak bagi mengatasi masalah sosial remaja disokong penglibatan sepenuhnya ibu

bapa dan keluarga dapat mengurangkan kadar permasalahan sosial di sekolah.

5.5.6 Kesimpulan

Bagi melahirkan remaja yang berkualiti semua pihak memainkan penanan. Ibu bapa

sebagai agen sosialisasi perlu mempunyai kuasa atau kawalan ke atas remaja.

Begitu juga dengan guru yang banyak berhadapan dengan karenah remaja.

Kerjasama kesemua agen-agen sosialaisasi yang berada dalam lingkungan

persekitaran remaja akan melahirkan aura positif dan seterusnya menyuntik dimensi

baru dalam kehiudupan remaja. Ini menunjukkan teori ekologi keluarga amat

bersesuaian dengan ekosistem yang terdapat di dalam program FAST. Malah

melalui program FAST, remaja lebih menghargai diri sendiri serta mengormati

sudut pandang orang lain.

5.6 Sumbangan Kajian

Kajian ini memberikan pemahamam bagaimana program Family and School

together (FAST) berfungsi memperkasakan peranan ibu bapa sekaligus membantu

mengatasi masalah disiplin sosial remaja. Nilai kajian ini adalah penemuan aspek

pemerkasaan peranan ibu bapa yang sangat membawa perubahan kepada para

peserta iaitu komunikasi, keterbukaan, kasih sayang, dan hormat-menghormati.

Komunikasi merupakan satu makanisme dalam hubungan sosial yang menjadi titik

tolak kepada kejayaan sesuatu perhubungan. Komunikasi berkesan apabila mesej

yang hendak disampaikan diterima dengan baik. Dalam kajian ini, pengkaji
162
mendapati corak komunikasi, bentuk komunikasi antara ibu bapa dan remaja

memberi impak besar kepada perubahan bentuk hubungan antara remaja dan ibu

bapa.

Penemuan kajian turut menjelaskan kepentingan sikap keterbukaan bagi menerima

dan menolak pandangan remaja secara berhemah, kasih sayang yang tidak berbelah

bahagi serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Lebih meyakinkan

apabila pemerkasaan peranan ibu bapa adalah hasil semua pihak yang mewakili

kepentingan masing-masing seperti wakil PIBG, NGO, wakil mahasiswa dan wakil

remaja. Ini membuktikan bahawa persekitaran ataupun individu yang berada dalam

lingkungan kehidupan remaja turut memainkan peranan penting. Aspek

pemerkasaan peranan ibu bapa membawa kepada peningkatan sikap positif dalam

diri remaja sekaligus mengurangkan penglibatan remaja dalam permsalahan sosial.

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan

Dalam kajian permasalahan sosial remaja, kajian-kajian yang dilaksanakan lebih

menjurus kepada jenis-jenis permasalahan sosial. Kajian juga banyak memberi

tumpuan punca penglibatan remaja ke dalam masalah sosial dengan memberi

tumpuan kepada amalan keibubapaan dan faktor –faktor penglibatan remaja

menggunakan kaedah kuantitatif. Oleh yang demikian terdapat beberapa cadangan

yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan kajian di masa hadapan. Antaranya adalah;

1. Program FAST sebagai kaedah intervensi kepada masalah sosial remaja

2. Penggunaan Teori Ekologi Keluarga

3. Penggunaan kaedah penyelidikan

163
5.7.1 Program FAST Sebagai Kaedah Intervensi Kepada Masalah Sosial

Remaja

Kajian ke atas permasalahan keluarga menunjukkan perlunya langkah pencegahan

bagi mengatasi masalah ini. Justeru pengkaji mencadangkan program FAST

disenaraikan sebagai salah satu program intervensi ke atas permasalahan ini.

Berikutan dapatan dalam kajian permasalahan sosial sebahagian besar mengaitkan

permasalahan sosial remaja adalah berpunca daripada faktor keluarga.

Memandangkan aktiviti-aktiviti di dalam program FAST bertujuan untuk

memperkasakan peranan ibu bapa, maka ia amat bersesuaian bagi mengisi

kelompangan program intervensi yang bersesuaian. Antara program intervensi

keluarga yang telah dibina dan digunakan termasuklah program Focus on Families

(Catalano, Gainey, Fleming, Haggerty, & Johnson, 1999) yang bertujuan untuk

mengurangkan penyalahgunaan dadah oleh ibu bapa dan mengurangkan permulaan

pengambilan dadah oleh anak-anak mereka. Manakala program Functional Family

Therapy (Sexton & Alexander, 1999) pula bertujuan untuk membangunkan

kekuatan dalaman ahli keluarga dan menyemai rasa mampu mengubah situasi

mereka. Terdapat juga School based intervention intervensi ini sering memberi

kesan yang baik terhadap tingkah laku tertentu. malahan, tingkah laku tersebut

hanya dapat bertahan dengan mengekalkan intervensi tersebut. Maka, untuk

memastikan perubahan tingkah laku itu berkesan, perlu juga ada perubahan dalam

persekitaran yang berbeza seperti aktiviti rumah, sekolah dan sosial (Lane et al.,

2001). Justeru kajian ke atas program ini boleh dijadikan landasan kajian kepada

pengkaji untuk memahami dan menyelami program ini dengan lebih mendalam.

164
5.7.2 Penggunaan Teori Mendasari Kajian

Berdasarkan model Ekologikal, ia menekankan kepentingan mikrosistem yang

berkaitan dengan komuniti dan kejiranan serta persekitaran lain yang

mempengaruhi ramalan dan pemahaman terhadap tingkah laku anti sosial

(Bronfenbrenner, 1989). Melalui kajian penerokaan yang telah dilaksanakan

pengkaji berjaya membuktikan lapisan-lapisan sistem di dalam teori ekologi

mempengaruhi kehidupan remaja. Namun bagi mengkaji keberkesanan program

FAST, para penyelidik boleh menggunakan pelbagai teori yang lain untuk melihat

kefungsian teori tersebut. Antaranya teori ekologi keluarga, teori tingkah laku sosial

dan teori sosial kognitif. Penggunaan teori yang berbeza dapat mengukuhkan lagi

keberkesanan program dengan lebih mendalam daripada pelbagai aspek.

5.7.3 Penggunaan Kaedah Mendasari Kajian

Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif. Justeru pengkaji

mencadangkan untuk kajian akan datang kaedah lain turut diguna pakai. Kajian

seterusnya boleh menggunakan kaedah gabungan (mix method) kualitatif dan

kuantitatif untuk memantapkan lagi metodologi kajian. Ini kerana kajian yang telah

dilakukan meneroka pemerkasaan peranan ibu bapa. Bersesuaian dengan kaedah

yang dipilih, sebaliknya penggunaan kaedah mix method dapat mengukur dengan

lebih jelas item-iten yang dapat menunjukkan peranan ibu bapa dalam institusi

keluarga.

5.8 Kesimpulan

Kajian ini merupakan kajian pelaksanaan program FAST terhadap permerkasaan

peranan ibu bapa bagi menangani masaalah sosial remaja. Bagi memastikan
165
kejayaan progam ini, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dan memberi

sokongan penuh atas setiap sesi program dilaksanakan. Kajian ini tidak hanya

melihat kesan FAST keatas ibu bapa sahaja sebaliknya perubahan ke atas sikap

remaja Walau bagaimanapun positif atau negatif. Selain daripada pemerkasaan

peranan ibu bapa, program ini turut memberi impak kepada permasalahan sosial

remaja yang tidak diberi perhatian sewajarnya sebelum penyertaan remaja dalam

program FAST.

Secara keseluruhannya, kehidupan remaja amat berkait rapat dengan kestabilan

institusi kekeluargaan dan hubungan baik dengan ibu bapa. Kegagalan ibu bapa

memainkan peranan menyebabkan remaja beralih arah kepada individu yang paling

hampir dengannya. Oleh yang demikian adalah penting untuk memelihara institusi

kekeluargaan demi memastikan permasalahan sosial dapat dibendung.

166
167

Anda mungkin juga menyukai