Anda di halaman 1dari 8

KESIMPULAN

Pemikiran pluralisme merupakan satu pemikiran yang mempunyai kebaikan dan


keburukan sendiri. Pluralisme ini tidak hanya berkaitan dengan etnik, bangsa, dan agama,
tetapi juga mengenai corak pemikiran, tingkah laku dan tahap pendidikan.Pluralisme adalah
fahaman sesat yang bertentangan dengan aqidah dari sudut agama Islam. Islam
mengajarkan keyakinan bahawa Islam sajalah agama yang benar dan yang diredhai Allah.
Siapapun yang mengakui kebenaran agama selain Islam, maka dia telah telas mengingkari
ayat- ayat al-Quran yang tegas dan jelas.Dalam Islam istilah saling menghormati antara
sesame umat beragama bukannya membenarkan semua agama yang ada seperti Islam.
Pemikiran pluralisme yang menganggap semua agama dapat menjamin keselamatan
kepada penganutnya, akan melemahkan aqidah dan keyakinan sesorang terhadap
agamanya sendiri dan membuka peluang kepada perpindahan agama ataupun kemurtadan.

Senario yang lebih mengkhuatirkan masa kini ialah terdapat sebahagian pendukung
fahaman ini adalah terdiri dari golongan Intelektual Muslim sendiri. Justeru itu, setiap hujah
yang digunakan atau digunakan khususnya dalam hal keagamaan mesti kembali dinilai
kepada al-Quran dan al-Sunnah dan golongan yang diberikan kuasa dalam hal ini.

Melalui teknologi maklumat, fahaman ini tersebar dengan meluas sekali. Amat
membimbangkan lagi apabila pelajar dan golongan muda terpengaruh kerana mereka tidak
didedahkan dengan bahaya pluralisme agama atau pendidikan agama. Dengan semua
penjelasan itu, kita dapat memahami bahawa kita dapat menilai logic dan penipuan pluralis
agama dalam menyebarkan idea mereka kepada masyarakat. Sebagai umat Islam kita
hendaklah berhati-hati dengan fahaman yang disampaikan oleh ekstremis pemikiran
pluralisme. Ini kerana secara tidak langsung ia akan banyak mengancam aqidah umat Islam
itu sendiri.

Dengan memahami ancaman dan bahaya fahaman pluralisme agama ini, umat Islam
di Malaysia perlu menolak sepenuhnya ideologi ini. Pluralisme akan merosakkan aqidah
serta menghancurkan Islam itu sendiri dari dalam, dalam konteks negara pula ia akan
membawa ketidakstabilan sosio-politik umat Islam dan mengancam kedudukan institusi-
institusi Islam.
Menginsafi keadaan ini setiap individu muslim bermula dari peringkat keluarga,
masyarakat mahupun para pimpinan negara perlu menitikberatkan pendidikan dan
pengukuhan aqidah secara serius dan menyeluruh. Pemerkasaan jati diri anak muda dan
belia Islam terutamanya perlu diberi perhatian khusus agar tidak mudah terpengaruh dengan
fahaman liberalisme dan pluralisme yang mengelirukan ini.

Segala dakyah, propaganda serta agenda untuk menyebarkan fahaman ini juga
perlu ditentang oleh umat Islam di Malaysia secara bersungguh bagi mempertahankan
identiti Islam di Malaysia mengikut fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
ISI DAN HURAIAN

IMPLIKASI FAHAMAN PLURALISME AGAMA

Pemikiran pluralisme memberi banyak kesan dan implikasi kepada masyarakat


khususnya di Malaysia. Antara kesan dan implikasinya ialah:

i. Memesongkan aqidah

Fahaman pluralisme akan memesongkan aqidah umat Islam kerana ia


mengubah perkara asas dalam Islam itu sendiri iaitu tauhid dan mengesakan
Allah SWT. Pluralisme akan menjadikan Islam bukan satu-satunya agama yang
benar dan manusia bebas untuk ‘menyembah’ Allah dengan apa sahaja cara
mereka mahu. Maka orang Islam yang beriman dengan pluralisme akan bebas
untuk murtad kerana semua agama adalah relatif dan tiada lagi kebenaran
mutlak pada Islam.

ii. Merosakkan syariat

Apabila semua agama dianggap sama rata maka tiada agama yang boleh
melaksanakan undang-undangnya ke atas awam. Dengan itu segala undang-
undang dan sistem Islam dalam aspek sosial, ekonomi, politik dan sebagainya
tidak lagi boleh dilaksanakan. Agama hanya akan jadi urusan peribadi yang tiada
kaitan dengan manusia lain. Dalam keadaan lain, hukum-hakam dan ibadah
dalam Islam juga akan dicampurkan dengan agama lain sewenang-wenangnya.

iii. Memecahbelahkan umat

Pluralisme agama jika diimani akan menyebabkan pepecahan yang lagi dahsyat
berlaku kepada umat ini. Pluralisme akan membuka ruang besar munculnya
ajaran-ajaran sesat baharu dan umat Islam akan berpecah kepada lebih banyak
kumpulan. Dengan perbezaan mazhab fiqh dan aqidah sedia ada pun sudah
menimbulkan banyak perselisihan di kalangan umat Islam, apatah lagi jika
munculnya aliran-aliran sesat baharu yang pelbagai.
iv. Mengancam institusi Islam

Golongan yang memperjuangkan pluralisme akan turut memperjuangkan


kesamarataan bidang kuasa mana-mana agama, tiada agama boleh mendapat
peruntukan lebih atau keistimewaan tertentu dalam sebuah negara. Akhirnya di
negara Islam institusi-institusi berkaitan Islam akan diminta dikurangkan
kuasanya atau dibubarkan terus. Contoh realiti yang telah berlaku di Malaysia
adalah munculnya seruan-seruan agar Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM)
disemak semula kedudukannya dalam perlembagaan agar dibubarkan.
CARA MENCEGAH PEMIKIRAN PLURALISME AGAMA

Golongan yang menjadikan aliran pemikiran pluralisme ini sebagai ikutan dan amalan dalam
kehidupan hendaklah ditangani dengan sebaiknya. Setiap usaha yang dilakukan hendaklah
dilakukan dengan objektif dan secara terbuka bagi menggalakkan golongan aliran pemikiran
ini terkesan dengan usaha yang dilakukan. Usaha untuk mencanggah provokasi dan
keterbukaan perlulah sentiasa mengikut dan berpandukan kepada ajaran yang telah dibawa
oleh agama islam.Walaubagaimapun, penyanggahan ini mestilah dilakukan dalam keadaan
yang bersederhana dan tidak memaksa kerana sesungguhnya Allah juga telah menyatakan
di dalam kitab suciNya bahawa tiada sebarang paksaan dalam beragama.
Dalam menangani pemikiran ini juga, sikap keterbukaan setiap individu Islam perlu sentiasa
lebih diperhalusi agar sifat keterbukaan yang diambil tidak meletakkan apa yang telah
digariskan oleh agama islam dipandang mudah. Hal ini adalah kerana, untuk menangani
golongan yang mengamalkan aliran pemikiran ini hendaklah dengan menggunakan cara
yang lebih halus bukan dengan meletakkan ketegasan sebagai keutamaan.Antara langkah
yang boleh diambil bagi mengatasi pemikiran pluralisme ini ialah :

i. Menghormati fahaman agama lain


Hormat-menghormati adalah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji dalam Islam.
Sifat saling hormat-menghormati antara satu sama lain harus ada pada setiap
muslim yang beriman kepada Allah SWT. Sikap hormat menghormati ini adalah
contoh-contoh sifat bekerjasama, saling menghargai antara satu sama lain dan
menghargai budi serta jasa orang lain. Ia bukan saja mendidik kita untuk menjadi
makhluk yang berakhlak mulia, bahkan apabla kita mengamalkan sikap
sebegini , kita akan dapata memahami fahaman agama lain selain Islam dan
tidak percaya individu lain yang lain yang cuba mewujudkan perbalahan.

ii. Menambah ilmu pengetahuan tentang agama

Ilmu yang dimiliki seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka. setiap
orang hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mempelajari, memahami dan
seterusnya menguasai manhaj ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama islam
khususnya secara komprehensif dan menyeluruh. Hal ini adalah bertujuan untuk
membolehkan setiap individu mampu untuk memikirkan dan mengetahui tentang
sesuatu perkara secara terperinci sebelum membuat keputusan danrumusan
berkaitan dengan pemikiran yang baru serta bersikap kritis dan objektif Malah,
mereka juga boleh juga memberikan sumbangan tenaga mereka untuk
membangunkan agama, bangsa dan negara. Dari segi agama, mereka boleh
menyampaikan ceramah sama ada melalui lisan atau bahan bacaan yang boleh
menyedarkan manusia tentang kehebatan agma Islam dan mendidik masyarakat
supaya mematuhi ajaran agama. Apabila kesedaran agama itu timbul,
masyarakat akan menjadi lebih berjaya membangunkan bangsa dan negara
mereka. Golongan muda juga harus diberikan pendedahan dan pendidikan
agama yang secukupnya daripada ibubapa dan guru agar mereka tidak mudah
terpedaya dengan dakyah pemikiran pluralisme ini.
iii. Memberi pendedahan kepada masyarakat
Dalam usaha untuk berdepan dengan golongan ini pelbagai usaha dan tindakan
boleh dilakukanbagi mendekati mereka dengan lebih halus dan rapat. Seperti
contoh penerapan unsur-unsur agama islam yang sempurna dapat disebarkan
melalu ipenerbitan buku-buku dan karya-karya yang membicarakan berkaitan
kebenaran islam yang mana agama ini sama sekali tidak pernah membebankan.
Selain itu, usaha untuk menghadapi golongan ini melalui media elektronik juga
perlu diambil kira.Hal ini kerana ketika ini dengan keadaan peredaran dunia yang
semakin menuju ke arah kegemilangan kecanggihan peralatan moden yang
mana secara zahirnya lebih kerap digunakan oleh setiap individu adalah lebih
memudahkan untuk setiap maklumat yang cuba disampaikan akan diterima dan
diketahui oleh seluruh masyarakat. Antara usaha yang dapat diambil adalah
dengan memperbanyakkan lagi rancangan-rancangan yang berkaitan dengan
kebenaran islam menurut pandangan dan perspektif sebenar, menyiarkan iklan-
iklan yang berunsurkan agama islam dan sebagainya. Dengan ini masyarakat
akan lebih terdedah dengan isu seperti ini dan dapat menambah ilmu mereka
untuk berfikir dengan lebih baik supaya tidak mudah terpedaya.
Rujukan

Lalola, E. (2015). PEMIKIRAN ISLAM SEMASA FINAL ASSIGNMENT GROUP.


Retrieved November 21, 2020, from
https://www.academia.edu/11319074/PEMIKIRAN_ISLAM_SEMASA_FINAL_ASSI
GNMENT_GROUP?auto=download

Abidin, A. (n.d.). PLURALISME DALAM KONTEKS NEGARA, POLITIK DAN


MASYARAKAT DI MALAYSIA. Retrieved November 21, 2020, from
https://www.academia.edu/19304403/PLURALISME_DALAM_KONTEKS_NEGAR
A_POLITIK_DAN_MASYARAKAT_DI_MALAYSIA

Omar, Mohd Nasir. (2013). Gerakan Pluralisme Agama Di Alam Melayu. Projek Penyelidikan
Gran Universiti Penyelidikan (UKM-GUP-2011-020)

Muhammad, F. N. (2011, May 22). BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 11 :


KESIMPULAN (AKHIR). Retrieved November 21, 2020, from
https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/05/23/bahaya-pluralisme-%E2%80%93-
bahagian-11-kesimpulan-akhir/

Anda mungkin juga menyukai