Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim.Segala puji bagi allah kami panjatkan kesyukuran di atas kehendaknya kami mampu menghabiskan kerja khusus yang telah diberikan ini. Diberi tajuk Ajaran Sesat di Malaysia telah kami selesaikan berpandukan media massa dan media cetak

Hasil titik peluh kami berdua akhirnya membuahkan hasil setelah hampir 15 hari bertungkus lumus membanting tulang dan segala keringat yang mengalir dari liang roma kulit kami untuk menghabiskan kerja ini.

Kami bersyukur atas tunjuk ajar Ustazah Nurul Ashiqin bte Jaafar. Segala pertolonganmu amat dihargai. Sekian terima kasih..

PENDAHULUAN

Timbulnya ajaran dan amalan sesat di dalam masyarakat islam di Malaysia bukanla suatu perkara yang baharu dan diketahui umum tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat ditakrifkan sesat sepenuhnya disebabkan telah bercampur aduk diantara yang benar dan salah. Yang paling sukar dan rumit ialah apabila ajaran tersebut dikatakan benar oleh sesetengah pihak dan pihak lain mentakrifkan ajaran iti sesat. Hal ini mengelirukan kita yakni masyarakat yang kecetekan ilmu. Namun perselisihan pendapat ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :-

i-Orang memperkatakan ajaran tersebut membunyai niat dan tujuan sendiri ii-Mereka yang menilai ajaran tersebut tidak betul-betul menyelidik ajaran tersebut iii-Aliran atau ajaran dari kumpulann berkenaan mempunyai cara-cara pengajaran berperingkat tertentu seperti peringkat awal menunjukan kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan bahkan bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah iv-Ajaran ajaran berkenaan kebanyakannya tidak disebarkan secara terbuka. Oleh hal demikian, ianya tidak dapat dibincang dan di nilai oleh umum secara terus atau terperinci

Akidah islam adalah nerpusat kepada kepercayaan kepada allah, Malaikat,Rasulrasul,Kitab,Qada dan Qadar dan percaya akan hari kiamat. Sehingga kini terdapat beberapa pergerakan ajaran-ajaran yang tersebar secara senyap dan ada diantaranya mendapat sokongan tokoh-tokoh agama tempatan. Ajaran sesat bukanla suatu perkara yang baharu di Negara ini malahan ia adalah campuran dari pengaruh sebelum islam ,reka cipta kuno dan tidak berlandaskan syariat islam

TAKRIF AJARAN SESAT

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkannya sedangkan hakikatnya ia bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah

Menurut tafsir pimpinan Ar-Rahman, orang yang sesat ialah orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya

SEJARAH AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Timbulnya ajaran-ajaran sesat di Malaysia bukanlah satu perkara baru. Ia mula bergerak secara senyap semasa Islam mula bertapak di Semenanjung pada abad ke-15 iaitu melalui konsep animism, dinamisme dan ajaran Hindu-Buddha

Menurut sejarah, ajaran sesat yang paling lama di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Sementara di Kelantan , wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud disebarkan dalam tahun 1950-an dan ajaran Martabat Tujuh

Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih bukan sahaja di Kelantan tetapi di neger-negeri lain. Hari demi hari ajaran sessat telah bertambah dan akhir tahun 1999 jumlahnya dilaporkan menjangkau lebih daripada 100 ajaran.

Sehingga kini setiap negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan secara senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama tempatan

SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT

Terdapat banyak sebab munculnya ajaran sesat di Malaysia. Antaranya ialah terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta dan sebagainya. Selain itu, terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

Sehubungan dengan perkara di atas, antara sebab utama ialah usaha menjauhkan umat Islam dari al-Quran dan sunah seperti perkara yang khurafat, amalan bomoh dan tradisi yang songsang. Akhir sekali ialah kekuatan iman seseorang muslim yang lemah boleh mempengaruhi fikirannya lalu memlih ajaran yang salah sebagai panduan hidupnya.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Antara ciri-ciri ajaran sesat yang terdapat di Malaysia ialah mencemarkan kesucian alQuran dan hadis seperti mengubah, mempertikai atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap al-Quran dan hadis. Selain itu, mereka akan mengubah prinsip-prinsip asas Islam ke agama bar atau mendakwa semua agama adalah sama. Mereka juga akan mendewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan. Pemimpinnya juga akan mendakwa boleh melakukan perkara pelik seperti memnggil roh orang yang sudah mati. Perkara ibadat dalam Islam akan diubah bentuknya seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat

Kesan buruk mengamalkan ajaran sesat


Kesan terhadap individu : Terdapat beberapa kesan akibat mengamalkan ajaran sesat kepada diri anataranya ialah akodah seseorang akan rosak. Ini kerana orang muslim yang mempercayainya atau beramal dengan ajaran tersebut (sesat) boleh merosakkan akidah mereka. Oleh itu mereka wajib bertaubat dan kembali menyembah allah swt yang maha esa. Selain itu, masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan mendapat manfaat selain bertentangan dengan ajaran agama islam seperti memuja dan melakuakan amalan-amalan syirik dan khurafat. Kehidupan seseorang muslim itu juga tidak akan stabil kerana penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai individu yakni pelajar,suami,isteri,ibu mahupun bapa.

Kesan terhadap masyarakat :Antara kesan ajaran sesat terhadap masayarakat antaranya ialah keruntuhan intitusi kekeluargaan . Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan berlainan ajaran maka menimbulkan rasa curiga antara mereka lalu berlaku perpecahan. Selain itu, perpaduan sesame masyarakat akan tergugat. Sikap fanatic penganut ajaran sesat terhadap pemimpin mereka akan menyebabkan mereka tidak menghormati hidup masayarakat lain. Berlaku juga keganasan sesame masyarakat kerana kepatuhan kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk tujuan keganasan.

Kesan terhadap Negara : Antara kesan buruk terhadap Negara ialah Negara akan mundur .Ini kerana, penglibatan dalam ajaran sesat akan menjadikan seseorang itu tidak proaktif dan banyak membuang masa.hal ini akan menjejaskan ekonomi Negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti rakyatnya. Selain itu, Negara akan menjadi tidak stabil. Penglibatan keatas ajaran sesat akan merosakkan keharmonian dan perpaduan masyarakat. Ini akan mengugat kestabilan politik dan ekonomi Negara oleh itu, Negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan menorah keringat serta perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan Negara tersebut.
7

Langkah-langkah menangani ajaran sesat:

Terdapat banyak langkah dan cara untuk menangani masalah ajaran sesat ini antaranya ialah setiap individu haruslah melengkapkan diri dengan kefahaman ajaran islam yang tulen.Dengan ini pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman mengenai ajaran islam melalui proses pembelajaran. Selain itu, penyebaran ajaran islam terhadap masayarakat. Ajaran islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat melalui pelbagai kaedah seperti media massa, media cetak, media elektronik,ceramah, forum dan seminar. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung pergerakan malah ajaran sesat itu sendiri dari tersebar luas dan terus menular dalam masyarakat. Cara lain ialah dengan mengadakan program pemulihan akidah. Para penganut ajaran sesat amat memerlukan program pemulihan akidah ini oleh itu kerajaan harusla memainkan peranan. Selain itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk menghapuskan tempat ajaran sesat supaya penganut ajaran sesat tiada tempat untuk menyebarkan ajaran mereka. Cara lain ialah sentiasa memberi nasihat mengenai ajaran sesat . oleh itu ,orang yang terlibat akan lebih menyedari keburukan mengikuti ajaran sesat

Kesimpulan
Melalui kajian ini kami menemui beberapa kesimpulan yang berkaitan. Antaranya ialah Kita perlu berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunah. Segala ajaran dari Al-Quran dan AsSunnah haruslah didalami supaya kita tidak mudah untuk dipengaruhi oleh ajaran sesat. Yang kedua, Umat islam perlu meningkatkan keimanan dan taqwa bagi menghadapi cabaran yang akan datang. Yang ketiga, kita seharusnya menghindarkan diri daripada terjebak dengan ajaran sesat . Selain itu, kita juga haruslah membantu pihak berkuasa untuk membenteras ajaran sesat di Negara ini. Yang keempat, kita perlu minta bantuan pihak autoriti agama bagi menentukan sahihnya sesuatu amalan atau pegangan. Pendapat seseorang bukanlah sesuatu yang muktamad atau benar. Yang terakhir, semua pihak haruslah bekerjasama membendung fahaman atau ajaran yang menyeleweng dengan ajaran islam. Hal ini penting supaya isu ini dapat ditangani dengan baik dan berhikmah.

Rujukan
Buku 1. Hj Mohamed bin Mat Daud &Mohd Farhan bin Mohamed 2012. Perpustakaan Negara Malaysia,Data Pengkatalogan-Dalam_Penerbitan (judul 2) Naluri creative m/s 143

Laman sesawang 1. http://coltoras1959.blogspot.com/2012/11/tajuk-334-ajaran-sesat-di-malaysia.html 2. http://fitrahcorner.blogspot.com 3. http://khalic.com/mengenali-ajaran-sesat-di-malaysia

10

Senarai ajaran sesat di Malaysia


1. Nasrul Haq 2. Budi suci 3. Al-Watan 4. Budi Suci Sejati 5. Jawa Faradin 6. Silat Sunda Pukulan Ghaib 7. Tusuk Hikmat 8. Ilmu kebatinan 9. Potong Maya 10. Naluri 11. Kaula 12. Haqqullah Syahadah Rampai 13. Wali suci 14. Kalimat sakti 15. Silat pukulan Jarak Jauh 16. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat 17. Zikir Syaban Islam Haq 18. Asal Wujud Garis Laksamana 19. Al-Mazat 20. Maharisi Mahish Yuqi 21. Rampai 22. Ilmu kebatinan 23. Abdul Manan Bin Harun-Tolak Hadis 24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T Qahar 25. Kumpulan ikhwan/al-Mas 26. Kuasa Ghaib (Tahan Diri) 27. Mohd Nordin Putih 28. Nasrun S.T.Qahar 29. Roslan Katimun @ Wali Sembilan 30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya 31. Wali Sembilan 32. Khatijah Binti Ali @ Puan Tijah 33. Syed Mutalib Bin Syed Mohd Nordin 34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjiri 35. Al-arqam 36. Golongan Anti Hadis
11

37. Ahmad Al-Walidie (Pak Su) 38. Syiah 39. Ajaran Hj GHazali Othman Hulu Kelang 40. Ajaran Hj Kadar Ahmad 41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana 42. Ajaran Ilmu Hakikat @Jahar Dumin Hulu Langat 43. Tarikat Mufaridiah 44. Ajaran Hassan Anak Rimau 45. Tarikat Aurad Ismailiah 46. Ajaran Martabat Tujuh 47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol 48. Ajaran Sulaiman (BahteraNabi Nuh) 49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit 50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani 51. Ajaran Mohd Nor Seman 52. Ajaran Ayah Pin 53. Al-Muunah 54. Ajaran Azhar Wahab 55. Ajaran Haji Banuar 56. Ajaran Sesat Lia Eden

12

Anda mungkin juga menyukai