Anda di halaman 1dari 6

Preojek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

AGAMAWAN MENDEPANI ALAF BARU

Muqaddimah

Ramai yang masih terkeliru mengenai peranan sebenar mahasiswa dan


agamawan.Begitu banyak pandangan, kritikan, nasihat, teguran, tohmahan, kutukan serta
bermacam lagi yang dilontarkan kepada mahasiswa. Apa pun asas terpenting yang perlu
dipikul adalah amanah terhadap Allah S.W.T. Firman Allah Taala :
‫انا عرضنا االمانة إلى السموت و االزض و الجبال فأبين ان يحملنها و اشفقن منها و حملها االنسان انه كان‬
‫جهولا‬ ‫ظلوما‬
Maksudnya : sesungguhnya kami telah bentangkan amanah ini kepada langit, bumi, bukit
bukau namun semuanya enggan dan menolak kerana bimbang tidak dapat
melaksanakannya , kemudian ianya diterima oleh manusia sesungguhnya manusia
adalah zalim lagi jahil. (Al Ahzab:72)

Tiada satu pengecualian kepada mana-mana makhluk yang bergelar manusia di


atas muka bumi Allah ini memikul amanah. Menurut Qurtubi, Ibn Kathir serta Fakhrul Razi
dan Al-Mawardi amanah membawa maksud menegakkan agama serta mentadbir seluruh
dunia dengan berlandaskan agama.

Fenomena Masyarakat Masa Kini

Meneliti dan menganalisis realiti semasa umat, tanpa diragukan sememangnya


terdapat unsur-unsur yang merupakan masalah , cabaran dan ancaman. Ini termasuklah
hal-hal yang melibatkan soal pemikiran, sosial, ekonomi, pendidikan dan politik hatta yang
menbabitkan aqidah ummat.

1. Sosial
a) Latar belakang:- Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan komposisi kaum
yang berbeza.Kebanyakannya menganuti 3 agama terbesar : Islam, buddha dan hindu.
Taburan penduduk tidak sekata [ melayu - luar bandar, cina- bandar,india - ladang ]
b) Pemasaalahan :
i) Keruntuhan akhlak:
- sumbang mahram : sebanyak 423 kes direkodkan pada 1996 dan 1997

1
Preojek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

- kes rogol antara ahli keluarga sebanyak 200 kes pada 1996 [ sumber Jab.
Kebajikkan Masyarakat ]
- 350 000 remaja melayu terlibat dengan dadahdan 17 000 penagih dadah baru
dikesan pada 1998.
- seramai 21 000 orang pengidap HIV direkodkanpada Mei 1996
ii) pegangan agama yang lemah:
-hanya 10% daripada 13 juta muslim yang solat lima waktu
-3000 orang telah memohon untuk murtad di Wilayah Persekutuan sehingga Julai
1997.
iii) Pengaruh luaran
- sebanyak 82% rancangan TV berunsur tahyul, 80.7% adegan ganas dan 72.8%
adegan seks.
- Pengaruh internet tanpa batasan
- Penyebaran pengaruh negatif melalui media cetak yang berleluasa
c) Sistem Pendidikan:
Kepincangan dan kelemahan sistem pendidikan yang semakin ketara dalam sistem
liberal-sekular Barat telah mewujudkan banyak permasaalahan yang memberi kesan
kepada masyarakat antaranya :

- kepincangan akta pendidikan yang gagal menyeimbangkan pendidikan rohani


dan jasmani.
- Pendidikan yag telah dikorporatkan.
- Akta-akta seperti AUKU yang mengongkong kebebasan mahasiswa.

2. Ekonomi
-Sistem pengurusan ekonomi dan kewangan sekular dan dikuasai golongan kuffar.
-Projek-projek gergasi yang membazir [ Bakun, formula one, mahligai PM, KLCC dsb ]
-sistem penswastaan yang merugikan negara dan masyarakat.
-masalah kemiskinan yang masih ketara akibat kegagalan pengurusan hasil negara yang
tidak efektif.

3. Politik
- negara telah diperniagakan - melepaskan bebanan yang banyak kepada swasta
- pelbagai krisis berlaku [ krisis kuasa raja 1992, krisis kewangan 1997/99, krisis Anwar
1998- sekarang

2
Preojek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

- perpecahan dalam parti Pemerintah [ UMNO ] kurang stabil.


- Tempoh pemerintahan yang terlalu lama menjadi kurang efektif
- Demokrasi 'ala Malaysia' yang menindas kebebasan rakyat
- Pilihanraya dan SPR yangn diragui akibat ketidakcekapan dan ketidaktelusan
- Pakatan politik parti Alternatif yang mendapat sokongan sebahagian besar rakyat
Malaysia.

Realiti Agamawan Masa Kini

1. Menerima tekanan
- Dunia masa kini jelas menunjukkan bahawa para agamawan akan sentiasa menhadapi
tekanan-tekanan
daripada pelbagai aspek antaranya :
- tekanan dalaman ( diri sendiri - sifat malas )
- tekanan dari keluarga
- tekanan ekonomi ( material )
- tekanan persekitaran ( masyarakat )

2. Kurang Ilmu
- Realiti agamawan masa kini turut memperlihatkan masyarakat memperlekehkan mereka
kerana
ketidakmampuan dalam urusan agama dan mengupas isu-isu terkini sebagai contoh; isu
ekonomi, isu
perundangan dan politik. Isu-isu ini masih belum melihatkan penglibatan ulama secara
meluas bagi
meyakinkan masyarakat terhadap kemampuan agamawan , bahkan lebih malang lagi
masih ramai
agamawan yang gagal untuk mengupas dengan baik isu-isu yang melibatkan agama
secara langsung
contohnya ; murtad, hukum hudud dan sebagainya.

3. Kurang keyakinan diri


- Realiti agamawan masa kini dapat dilihat ialah kurang keyakinan diri dalam
melaksanakan pelbagai tugas.

3
Preojek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

- Penyakit rendah diri (inferiority complex) masih melanda pemikiran golongan agamawan
. Perasaan yang
merasakan tamadun dan kemajuan barat adalah lebih hebat dan lebih praktikal dari
tamadun Islam masih
lagi terdapat di kalangan agamawan masa kini.

Peranan Golongan Agamawan

1. Politik
- mengembalikan kesedaran masyarakat menghayati Islam sebagai cara hidup
- menuntuni masyarakat dalam perubahan, pembangunan dan pentadbiran ummah
- memasyarakatkan pendekatan dakwah dan tarbiah serta menginstitusikan kefahaman
adabul ikhtilaf (adab-
adab berbeza pandangan )
- menekankan proses keilmuan sebagai asas pembinaan tamadun ummah

2. Ekonomi
- menjadi tenaga penggerak untuk membangunkan ekonomi
- memberikan keyakinan kepada masyarakat terhadap ekonomi Islam
- meminggirkan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam samada dari segipengurusan ,
pentadbiran ,
pembangunan dan sebagainya

3. Sosial
- bijak menyesuaikan diri dalam tahap masyarakat yang pelbagai
- mempelbagaikan aktiviti-aktiviti sosial yang berlandaskan Islam
- mempelopori persatuan-persatuan kemasyarakatan
- mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu turasi dan muasoroh
- beusaha menyebarkan ilmu kepada khalayak yyang lebih luasdengan menguasai
media-media semasa
- mempelbagaikan metodologi dakwah

Persediaan Menghadapi Cabaran

4
Preojek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

1. Peningkatan Ilmu
Ilmu mestilah menjadi asas kepada semangat juang para mahasiswa, tanpa ilmu
semangat yang berkobar-kobar mungkin sahaja boleh dipadamkan dengan ugutan ,
ancaman tawaran wang dan harta benda dan sebagainya. Prinsip pegangan mereka juga
begitu mudah berubah mengikut peluang yang lebih menyenangkan. Ilmu bersama
kejelasan matlamat Islam akan menjadi tunjang kekuatan terkuat dan syarat asas kepada
seluruh gerakan dakwah Islamiyah.

2. Kematangan Pemikiran dan Pengalaman


Kematangan dalam menentukan tindakan yang paling tepat lagi berkesan akan dapat
menghasilkan keberkesanan gerakan dakwah dalam mempelopori sesuatu perubahan .
Agamawan perlu menjadi pemerhati yang celik, pengamat yang teliti, pembaca yang tertib,
perancang yang berstrategi serta pendesak yang berkesan. Untuk itu dialog dan
perbincangan dengan pera ulama, cendiakawan, pimpinan negara dan alternatif, ahli
profesional dan masyarakat perlu diperbanyakkan . Natijahnya dengan kefahaman itu
agamawan akan mampu membuat keputusan yang berjejak di atas alam realiti
berdasarkan pemikiran pelbagai lapisan masyarakat.

3. Kesatuan Pemikiran dan Tindakan Gerakan


Perpaduan di kalangan agamawan perlu digemblengkan. Kefahaman yang jelas antara
satu sama lainmerupakan prasyarat kepada keberkesanan gerakan dakwah. Justeru
kefahaman akan tuntutan Islam sesama sendiri perlulah di selesaikan terlebih dahulu
kerana ia akan mampu menyelesaikan cabangan-cabangan masalah lain.

Penutup

Dari apa yamg telah dipaparkan menunjukkan betapa golongan agamawan itu amat
penting dalam merubah suasana masyarakat seterusnya mampu menentukan halatuju
politik negara. Ramai orang beranggapan , kalau kita ingin melihat rupa gaya pemimpin
masa hadapan lihatlah mereka yang menjadi pemimpin-pemimpin di universiti ketika saat
itu. Kalau lembab dan lemah pemimpin universiti sekarang maka begitulah keadaan
pemimpinnya masa hadapan. Kalau penakut dan pengampu pemimpin mahasiswa
sekarang maka begitulah keadaannya di kemudian hari. Namun sebaliknya jka pemimpin
itu bersifat cintakan kebenaran hakiki , berani demi keadilan , berpandangan jauh ,

5
Preojek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

sentiasa kritis dan analitis maka InshaAllah pemimpin di abad mendatang akan jauh lebih
berkarisma dan terkehadan sifatnya.
Akhir kata kita mengharapkan semua mahasiswa azhari dan golongan agamawan
akan sentiasa bersifat terbuka untuk meneroka idea-idea baru yang membina untuk
menuju abad yang mendatang , seterusnya mampu berjuang demi menegakkan daulah
Islamiyah di Malaysia. Wallahu A'lam

Rujukan: Tafsir Al-Quran


Kertas Kerja Konvensyen Gerakan Islam ( Zaharudin Abd. Rahman)
Kertas Kerja Konvensyen Mahasiswa Negara (Zaharudin Abd. Rahman)
Menangani Cabaran (Mustafa Kamil Ayub)

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©

Anda mungkin juga menyukai