Anda di halaman 1dari 14

ULASAN BUKU

SUMBANGAN PERADABAN ISLAM KEPADA DUNIA OLEH PROF. DR. RAGHIB


AS-SIRJANI
PUSTAKA AL-KAUTSAR

KUMPULAN:
(CTU554B)

DIESDIAKAN OLEH:

1. MUHAMMAD HAFIZI BIN MOHD MAZHANAFI 2020977321


2. FATIN NUR ALIAH BINTI HAFFIAH 2020986265
3. MEGAWATI YUNE BINTI YUSOF 2020964611
4. AINOOR LINA BINTI AMRAN 2020985735
5. IZUREEN BINTI TAJUDIN 2020977083
6. MUHAMMAD ASYRAF BIN SALIHIN 2020973987

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. SHADLI SABARUDIN
1.0 PENDAHULUAN
Buku ini mempunyai lima bab yang secara umumya menggambarkan sumbangan peradaban
Islam kepada dunia. Di bab pertama, penulis menjelaskan bahawa keadatangan peradaban Islam
telah memainkan peranan penting dalam merubah gaya hidup dan amalan peradaban dunia
berteraskan konsep ketamadunan Islam. Kehidupan yang berpaksikan keegoan, kepercayaan
karut dan nilai kemanusiaan yang rendah telah berubah kepada arah kehidupan dengan
peradaban yang tinggi, peningkatan keilmuan dan ketinggian darjat manusia. Kedatangan
peradaban Islam umumnya telah memberikan kesan dari segi spiritual, ekonomi, seni bina dan
intelektual kepada peradaban dunia.

Selain itu, Islam juga menekankan soal akhlak dan nilai budi pekerti seseorang dengan
membahagikan kepada beberapa bahagian dari sudut padangan hak manusia, hak kebebasan,
sudut pandang keluarga, sudut pandangan masyarakat, dan dari sudut pandangan kaum
muslimin. Aspek ini semua diambil kira dan perlu dijadikan panduan bagi membantu untuk
mengukuhkan akhlak dan nilai dalam diri untuk membentuk peradaban yang berjaya.
Seterusnya, Islam juga telah mengubah kehidupan manusia dengan penekanan terhadap ilmu
pengetahuan menerusi wahyu pertama yang diutuskan kepada Rasulullah S.A.W yang menyeru
Rasulullah S.A.W supaya membaca. Ini dapat dibuktikan lagi dari Kitab Al-Hiil yang ditulis oleh
tokoh-tokoh Islam yang menjelaskan tentang perbezaan ilmu dalam bentuknya secara langsung.
Perkara ini menunjukkan bahawa agama Islam tidak menentang malah menekankan lagi tentang
kepentingan ilmu dalam diri manusia.

Di samping itu, peranan umat Islam dalam ilmu sains sentiasa di sanjung tinggi bermula
dari ilmu kedoktoran, diikuti dengan fizik, seni bina, geografi dan ilmu astronomi. Ramai tokoh-
tokoh Islam telah lahir dan banyak memberikan sumbangan besar dalam bidang pengetahuan
seperti Ibn Sina, Ibnu Haitsam, Ibnu Kardzabah, dan Ihya Ulumuddin. Tidak ketinggalan juga,
peranan Islam dari sisi akidah, pemikiran dan juga sastra yang telah menjadi sumabangan yang
besar terhadap peradaban dunia. Sebagai contohnya, perkembangan Ilmu Filsafat, Ilmu Kalam,
Ilmu Tasawwuf dan juga penemuan ilmu baru seperti Ilmu Sosial dan Ilmu Khusus Syariat yang
menjadi panduan terhadap peradaban Islam pada hari ini.
2.0 Bab Pertama: Peradaban Islam Di Antara Peradaban Masa Silam

2.1 Peradaban Dunia Saat Islam Datang

Di dalam bab pertama yang bertajuk, Peradaban Islam Di Antara Peradaban Masa Silam,
penulis menekankan tentang peradaban dunia saat Islam datang. Sebelum Islam datang, berbagai
jenis peradaban telah disaksikan dunia. Di dalam buku ini, penulis telah menghuraikan watak
dan karakter peradaban-peradaban seperti Yunani, India, Persia, Romawi, Arab sebelum Islam
dan Teori umum tentang alam semesta sebelum Islam. Penulis menyimpulkan bahawa bumi
sebelum kedatangan Islam sangat membutuhkan sentuhan cahaya Isla. Abu Hasan An-Nadawi
mengatakan tiada umat yang mampu memberi warna dan mampu berdiri di atas dasar-dasar
akhlak dan kemuliaan sebelum diutusnya Rasulullah. Keadaan waktu sebelum Islam datang
banyak kerosakkan dari setiap sisi kehidupan, politik, ekonomi, masyarakat dan agama. Penulis
juga menyatakan bahawa manusia zaman sebelum peradaban Islam menyembah batu-batu,
matahari, bulan dan api.

2.2 Dasar-dasar Petunjuk Peradaban Islam

Seterusnya, penulis juga menjelaskan tentang dasar dasar petunjuk peradaban Islam yang
dapat menghilangkan kegelapan malam yang menyelimuti umat manusia sebelum kedatangan
Islam. Kedatangan Islam telah menyinari seluruh alam semesta kehidupan yang menyentuh
pemikiran, politik, syariat, masyarakat dan ekonomi dunia kearah yang lebih baik. Petunjuk-
petunjuk yang dirujuk terdapat tiga iaitu yang pertama ialah Al-Quran dan Sunnah, yang kedua
iaitu penduduk Islam dan yang ketiga iaitu pembuka kepada pihak lain. Dasar petunjuk dapat
memberi manfaat kepada peradaban yang dapat membuka akal seseorang Muslim.

2.3 Karakteristik Peradaban Islam

Bukan itu sahaja, penulis juga menyatakan karakteristik peradaban Islam di dalam Bab 1
ini. Setiap peradaban mempunyai ciri dan karakteristik tersendiri yang berbeda di antara satu
sama lain. Contohnya, penulis menyatakan tentang peradaban Yunani yang terkenal dengan
penggunaan akal dan pelbagai lagi peradaban. Karakteristik peradaban Islam mempunyai
keunggulan tersendiri yang terbahagi kepada empat pembahasan iaitu universalitas, tauhid,
seimbang dan moderat dan yang terakhir iaitu akhlak. Penulis juga menyatakan bahawa Allah
telah memberikan kemuliaan kepada setiap manusia secara sama rata. Kemuliaan yang Allah
cipta adalah dikhususkan Allah kepada setiap manusia secara berbeza.

Secara konklusi untuk bab pertama, peradaban Islam adalah selaras dengan karakter abadi
dan terus menerus dari dasar dasar Islam yang lurus. Jika kondisi keadaan peradaban Islam
berubah, peradaban Islam mampu untuk mengadaptasi sesuai dengan perubahan sesuatu situasi
tanpa membuang dasar dasar yang penting di dalam peradaban Islam secara asas dan umum.

3.0 Bab Kedua: Peranan Umat Islam Dari Sisi

Permulaan bab kedua dibuka oleh penulis dengan memberikan maksud akhlak dan nilai
budi pekerti dari pebagai perspektif. Penulis merasakan generasi masa kini mempunyai nilai atau
akhlak yang rendah yang mana tidak seharusnya berlaku. Ini adalah benar kerana sekarang ini
berita penuh dengan masalah keruntuhan akhlak dari kalangan anak muda dan masalah ini
semakin merundum dari hari ke hari. Penulis telah membahagikan bab ini kepada beberapa
bahagian yang boleh dijadikan panduan untuk membentuk satu peradaban yang penuh dengan
nilai akhlak yang tinggi.

3.1 Dari Sudut Pandang Hak-hak

Bahagian pertama adalah dari sudut pandang hak-hak. Hak merupakan satu garisan
penting untuk memastikan keharmonian seperti yang dituntut oeh Islam. Oleh disebabkan itu,
Islam sangat menekankan soal hak dan terdapat hukuman bagi yang melanggarnya. Sudut
pandangan hak-hak telah dibahagikan kepada 8 perspektif iaitu hak manusia, hak wanita, hak
pembantu atau pekerja, hak orang sakit dan memerlukan perhatian khusus, hak anak yatim, orang
miskin dan janda, hak minoriti, hak haiwan dan hak alam sekitar dan sekelilingnya.

Hak manusia merangkumi larangan membunuh diri, membunuh dan mencuri. Semua
manusia adalah sama disisi-Nya, yang membezakan adalah amal seseorang serta perlu berbahagi
rezeki agar semuanya dapat menikmati. Hak wanita dan lelaki adalah sama, tidak sedikit pun
kurang dari segi apa pun. Wanita diangkat tinggi disisi Islam dan Rasullah juga menyuruh
memelihara wanita kerana mereka merupakan makhluk yang lemah. Sebelum menyoal kenapa
wanita ini perlu dihormati, penulis mengatakan lihat dulu keadaan wanita pada zaman Jahiliyah
dan sekarang juga wanita masih dizalimi. Seterusnya, perkerja seharusnya dilayan dengan baik.
Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi pembantunya. Jangan diberi kerja sehingga
membebankan dan upahnya perlu setimpal dengan apa yang dikerjakan. Selain itu, Rasullah
menyegerakan apabila mendengar khabar orang sakit dan sentiasa mendoakan, menghiburkan
dan memberi keutamaan kepada orang sakit. Orang sakit juga perlu menyembuhkan diri kerana
kesihatan tubuh badan merupakan tanggungjawab dan amanah Allah. Dalam pada itu anak yatim
juga perlu dikasihi, orang miskin perlu dibantu dari segi kewangan untuk meringankan beban
mereka dan janda mesti dihormati dan dibantu jika mereka memerlukan. Tambahan pula,
minoriti merujuk kepada orang bukan Islam yang tinggal dalam kelompok orang bukan Islam.
Tidak dibenarkan untuk berlaku zalim terhadap mereka biarpun mereka berbeza agama kerana
mereka juga adalah manusia biasa dan mempunyai hak untuk hidup. Yang terakhir, haiwan
adalah sebahagian daripada ekosistem, begitu juga alam sekitar Jadi sangat penting untuk
menjaga hak haiwan seperti tidak berlaku zalim atau mendera, memberikan makan dan minum,
dan menyembelih dengan cara yang betul, juga menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

3.2 Dari Sudut Pandang Kebebasan

Bahagian yang kedua adalah dari sudut pandang kebebasan. Hak kebebasan adalah asas
dan perlu diketahui jadi mereka yang rasa ditindas atau tidak bebas, boleh bertindak mengikut
keadaan. Kebebasan juga dibahagi kepada beberapa pandangan iaitu kebebasan berkeyakinan,
kebebasan berfikir, kebebasan berpendapat, kebebasan jiwa dan kebebasan kepemilikan.
Kebebasan berkeyakinan adalah kebebasan untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa
paksaan atau rasa takut akan disakiti, ditindas. Kebebasan berfikir pula dimana Islam mengajar
manusia untuk selalu berfikir berpandukan al-Quran and as-Sunnah. Seterusnya, hak kebebasan
untuk memberikan pendapat adalah penting untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar.
Disamping itu, kebebasan jiwa ini merujuk kepada hamba. Pada zaman Rasullah, banyak yang
dijadikan hamba dan Islam pada dasarnya menganggap semua orang bebas dan merdeka.
Akhirnya, kebebasan kepemilikan pada asalnya merangkumi kapitalisme dan komunisme yang
mana kapitalisme ini memberikan kebebasan tanpa had kepada individu untuk mengumpulkan
kekayaan sehinggakan riba, tipu muslihat dalam perniagaan dibenarkan, asalkan memberi
keuntungan kerana itu merupakan matlamat kapitalisme. Komunisme ini pula adalah segala
sumber dan bentuk ekonomi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan, jadi rakyat tidak mempunyai
kebebasan untuk memilih dan untuk memiliki kekayaan. Kedua dua dasar ekonomi ini
memberikan kesan yang buruk. Maka, dasar ekonomi Islam muncul untuk menyeimbangkan
kedua dua dasar ini.

3.3 Dari Sudut Pandang Keluarga

Bahagian ketiga adalah dari sudut pandang keluarga dimana kemakmuran sesuatu
masyarakat itu bergantung dan bermula dari keluarga. Setiap satu perlu memainkan peranan
mereka dalam keluarga. Suami isteri merupakan asas kepada suatu keluarga. Perkahwin
merupakan satu sunnah. Perlu ada sikap sayang dan saling membantu bagi memastikan sebuah
keluarga yang harmoni. Selain itu, hak anak anak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam membentuk akhlak dan peribadi anak anak. Hak anak anak; larangan menggugurkan
selepas 4 bulan, menyusukan, mengazan selepas bayi itu lahir, bercukur, aqiqah, memberikan
pendidikan dan memberikan kasih sayang. Di samping itu. Anak juga perlu berbakti dan berbuat
baik kepada kedua ibu bapa kerana mereka telah menjaga sejak kecil dengan susah payah.
Jangan melukakan hati mereka walaupun dengan perkataan "Ah". Akhir sekali, pentingnya untuk
menjaga hubungan silaturrahim antara saudara mara. Bergurau senda, bertanya khabar,
membantu apabila dalam kesusahan, menziarahi adalah cara untuk merapatkan hubungan antara
saudara mara.

3.4 Dari Sudut Pandang Masyarakat

Bahagian keempat, dari sudut pandang masyarakat. Masyarakat adalah satu komuniti
yang besar dan perlu saling membantu. Masing masing mempunyai peranan tersendiri dan saling
bergantung untuk memastikan hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Persaudaraan adalah
aspek paling penting dalam masyarakat harmoni. Sikap saling membantu, peduli, dan melindungi
yang dizalimi adalah cara untuk memelihara persaudaraan. Larangan untuk memecahkan
belahkan masyarakt seperti bermusuhan, gossip, fitnah. Seterusnya, sikap tolong menolong boleh
ditafsirkan dalam bentuk sedekah, membayar zakat dan menutup aib orang lain sekalipun.
Tambahan pula, menegakkan keadilan adalah mesti dan dituntut dan keadilan itu tidak mengira
sesiapa pun, mahupun ahli keluarga, orang kaya, pemimpin dan diri sendiri. Keadilan itu tidak
boleh berdasarkan kebencian dan kasih sayang. Ia mestilah berasaskan jiwa. Akhirnya, kasih
sayang sangat dititik beratkan sehingga kalimah Rahman dan Rahim diulang banyak kali di
dalam al-Quran. Mengasihi tanpa mengira kaum, bangsa, agama, manusia dan haiwan sekalipun.
3.5 Kaum Muslimim dan Hubungan Antara Negara

Bahagian terakhir adalah dari sudut kaum muslimin dan hubungan antara negara.
Peradaban Islam tidak hanya terhad di dalam satu negara dan di dalam satu kelompok
masyarakat sahaja. Penting juga untuk mempunyai hubungan baik dengan bangsa dari negara
lain. Perdamaian adalah dasar Islam; Islam sangat menyukai perdamaian. Maka jika boleh
berdamai, berdamailah sesama bangsa dari negara lain. Jika mereka berdamai tetapi ada tipu
muslihat, berdamailah dan minta pertolongan dari-Nya. Begitu tinggi Islam mementingkan
perdamaian. Selain itu, perjanjian dengan non-muslim perlu dibuat sekiranya mereka ingin
berdamai dan penting untuk berlaku adil di dalam perjanjian tersebut. Penting juga untuk tidak
melanggar perjanjian yang telah dibuat. Islam sangat suka akan perdamaian. Sehubungan dengan
itu sebab dan tujuan perang dalam Islam adalah penting kerana peperangan adalah langkah
terakhir dalam Islam dan peperangan itu hanya boleh dilakukan atas sebab tertentu. Adab
berperang dalam Islam juga mustahak kerana tidak boleh melampaui batas dalam berperang dan
perlu bersikap adil.

Kesimpulannya bab ini benar benar membantu untuk mengukuhkan akhlak dan nilai
dalam diri untuk membentuk peradaban yang berjaya. Penulis membahagikan bab ini kepada
bahagian untuk memudahkan para pembaca memahami dan bahasa yang digunakan juga mudah
dan penuh dengan kelembutan. Aspek aspek yang dibincangkan juga menepati matlamat
membina akhlak dan penulis juga memberikan penyelesaian dan cara yang boleh dilakukan oleh
setiap individu berdasarkan peranan masing-masing. Akhirnya, penggunaan ayat al-Quran dan
Hadis menguatkan lagi isi-isi dalam bab ini.

4.0 Bab Ketiga: Asas Keilmuan

4.1 Islam dan Pandangan Baru Tentang Ilmu

Seterusnya, untuk bab ketiga yang bertajuk asas keilmuan, penulis telah menceritakan
dan menekankan bagaimana Islam telah mengubah kehidupan manusia dengan penekanan
terhadap ilmu. Penyebaran dan ajaran agama Islam telah melahirkan banyak pandangan baru
tentang ilmu. Seperti yang kita ketahui, sebelum penyebaran agama Islam di seluruh dunia,
terdapat pelbagai tamadun lain yang telah mempraktikkan dan mengembangkan ilmu
pengetahuan di seluruh dunia. Antara tamadun-tamadun awal yang telah meninggalkan pelbagai
sejarah mengenai ilmu adalah seperti tamadun Rom, Persia, Cina, India, Mesir dan sebagainya.
Penulis juga ada menekankan di mana tiada penentangan antara ilmu dan agama. Perkara ini
telah dibuktikan lagi dengan wahyu pertama yang diutuskan kepada Rasulullah S.A.W melalui
perantaraan Malaikat Jibril di mana wahyu pertama ini telah menekankan tentang ilmu kerana
wahyu pertama yang diutuskan ini menyeru Rasulullah S.A.W supaya membaca. Perkara ini
menunjukkan bahawa agama Islam tidak menentang malah menekankan lagi tentang
kepentingan ilmu dalam diri manusia. Bukan sekadar itu, agama Islam juga menekankan bahawa
ilmu ini adalah untuk setiap lapisan masyarakat. Hal ini telah membezakan kepentingan ilmu
pengetahuan yang ditekankan oleh agama Islam dengan tamadun-tamadun lain sebelum
kedatangan agama Islam di mana seperti tamadun Persia, Rom dan Yunani di mana terdapat
jurang pemisah yang luas di antara para ilmuan dengan masyarakat biasa pada era tamadun-
tamadun ini.

4.2 Islam dan Reformasi Pemikiran Ulama

Di dalam bab ini juga, penulis telah menceritakan tentang Islam dan reformasi pemikiran
ulama. Seperti yang kita dapat saksikan dari sejarah, agama Islam telah mengembangkan lagi
pemahaman manusia terhadap ilmu pengetahuan dengan perbezaan dan kemajuan ilmu daripada
tamadun-tamadun sebelumnya. Ilmu pengetahuan dari sudut Islam perlu menggunakan kaedah
eskperimen bagi menentukan lagi kesahihan sesuatu keputusan bagi mencipta dan melahirkan
satu ilmu baru. Dari sudut aplikasi kaedah eksperimen ini, kaum Muslimin berjaya membuahkan
hasil di mana semua ilmu baharu yang tercipta amat terperinci dan jelas untuk difahami. Melalui
ini juga, para ilmuan kaum Muslimin mampu mencipta spesifikasi ilmu di mana ia merujuk
kepada ilmu yang moden. Perkara ini dapat dibuktikan lagi dari Kitab Al-Hiil yang ditulis oleh
tokoh-tokoh Islam yang bernama Muhammad, Ahmad dan Hasan. Kitab ini menjelaskan tentang
perbezaan ilmu dalam bentuknya secara langsung. Agama Islam juga telah membawa dasar baru
iaitu amanah ilmiah di mana setiap kaum Muslimin perlu menekankan dan terus menuntut ilmu.

4.3 Asas-asas Pengajaran

Di samping itu, dalam bab ini juga, penulis telah menceritakan tentang asas-asas
pengajaran ilmu pengetahuan. Dengan menekankan kepentingan ilmu pengetahuan, manusia
telah mencipta pusat-pusat yang menekankan asas-asas pengajaran ilmu pengetahuan seperti
institusi-institusi pengajian, madrasah-madrasah dan masjid. Di negara Arab, rakyat-rakyat nya
mula belajar di Kuttab. Kuttab merupakan pusat pengajian paling tua dalam kalangan Muslimin
di mana Kuttab ini telah berada di negara Arab sebelum kedatangan agama Islam lagi. Dalam erti
kata lain, Kuttab ini merupakan sekolah atau pusat pembelajaran pada zaman dahulu. Sekolah
merupakan satu pusat atau institusi di mana pelajar-pelajar diberi bimbingan dan pendidikan oleh
guru-guru. Manakala masjid pula sering dijadikan pusat untuk berdakwah serta menyebarkan
ilmu-ilmu keagamaan bagi memantapkan lagi pemahaman serta akidah umat Islam. Sejak zaman
Rasulullah S.A.W lagi masjid telah dijadikan pusat untuk mengeratkan silaturahim dan
mengembangkan lagi ilmu sesama saudara-saudara Islam yang lain. Sehingga zaman ini, masjid
masih dijadikan tempat penyebaran dakwah serta ceramah-ceramah untuk dijadikan panduan
kepada umat Islam.

4.4 Perpustakaan dalam Peradaban Islam

Selain sekolah dan masjid, manusia juga telah mencipta satu pusat untuk mengumpulkan
segala bahan-bahan ilmiah serta buku-buku rujukan iaitu perpustakaan. Perpustakaan merupakan
satu pusat penyimpanan serta perkongsian ilmu. Perpustakaan sangat terkenal dalam peradaban
Islam di mana perpustakaan juga boleh didapati di istana khalifah, sekolah-sekolah, universiti-
universiti dan di ibu kota pemerintah. Antara perpustakaan yang terkenal ketika peradaban Islam
ialah perpustakaan akademi, perpustakaan khusus, perpustakaan umum, perpustakaan sekolah
dan perpustakaan masjid dan universiti. Perpustakaan ketika peradaban Islam terdahulu amat
terkenal dan telah menjadi titik penolak kemajuan ilmu dunia sehingga kini. Antara bukti
perpustakaan ilmiah Islam telah menjadi pengaruh besar dalam kemajuan peradaban manusia
ialah perpustakaan Baitul Hikmah di Baghdad. Baitul Hikmah merupakan satu perpustakaan
yang amat terkenal dan memainkan peranan yang amat penting dalam penyebaran ilmu di
seluruh dunia. Baitul Hikmah ketika zaman dahulu menjadi perpustakaan atau pusat ilmiah yang
diminati oleh semua masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana Baitul Hikmah ini merupakan
perpustakaan, pusat penterjemahan, markas kajian dan karangan, menara astronomi dan sekolah.
Kelengkapan fasiliti-fasiliti di Baitul Hikmah ini telah menjadikan ia bukan sekadar
perpustakaan, malah satu pusat untuk belajar dan mengembangkan lagi ilmu pengetahuan bagi
seluruh lapisan masyarakat.

5.0 Bab Keempat: Peranan Umat Islam Dalam Ilmu Sains


Dalam bab keempat, pengarang menceritakan tentang peranan umat Islam dalam ilmu
sains yang sentiasa berganti bermula dari ilmu kedoktoran, diikuti dengan fizik, seni bina,
geografi dan ilmu astronomi. Ilmu pembedahan telah diuraikan oleh buku Az- Zahrawi melalui
penjelesan yang termaktub di dalam buku- buku yang mengambil kira tentang bidang
pembedahan selama 5 abad. Selain itu, pengarang juga mencatat bahawa Ibnu Sina merupakan
penyumbang terbesar kerana beliau berjaya menemukan pelbagai penyakit seperti radang otak,
lumpuh, cacar air dan penyakit campak. Oleh yang demikian, Ibnu Sina amat dipandang tinggi
oleh masyarakat ketika itu kerana kedudukannya yang tinggi dalam bidang kedoktoran.

Seterusnya, dalam ilmu fizik pula merupakan salah satu ilmu yang berkembang seiring
dengan pergantian umat dan peradaban. Sebuah buku yang digelar buku Al- Manazhir ataupun
Optic memberikan penjelasan berkaitan dengan pandangan mata. Melalui tafsiran Ibnu Haitsam,
buku beliau telahpun menjadi rujukan dalam bidang ilmu fizik sehingga abad ke- 17 masihi.
Bukan itu sahaja, Ibnu Haitsam juga merupakan orang pertama yang mencipta teori tentang
pantulan dan kecondongan ilmu dalam cahaya dan jurus mencipta pencapaian yang terbaik
melalui satu eksperimen tentang kotak hitam. Melalui kajian beliau, telah terciptanya kamera
atau disebut sebagai Camera Obscura. Bukan itu sahaja, melalui ilmu geografi pula merupakan
ilmu yang lahir sebelum agama Islam. Hendaklah diketahui bahawa kebanyakan bangsa Arab
banyak memulakan ilmu Yunani mereka melalui Ptolomaeus. Ilmu geografi dapat digambarkan
dalam tiga peringkat iaitu:

1) Hendaklah menjelaskan kesalahan yang lampau.

2) Menjelaskan perbezaan untuk pengetahuan dan negara.

3) Tambahan pertemuan baharu.

Kebanyakan bangsa Yunani meyakini bahawa bumi berbentuk bulat dan pipih melingkar
melalui gambaran di atas. Namun demikian, ketika munculnya peradaban Islam, tafsiran tentang
bentuk bumi bulat menguatkan lagi teori mereka. Ibnu Kardzabah mengatakan bahawa bumi
berputar ibarat bola seperti muhhah atau dikenali sebagai kuning telur.  

Ilmu yang terakhir yang disebut dalam buku ini ialah ilmu Astronomi. Ilmu Astronomi
merupakan ilmu falak yang sangat berkait rapat dengan erat dan agama Muslim. Melalui ilmu
inilah, waktu- waktu solat semua dapat ditentukan melalui perubahan musim dan geografi.
Bukan itu sahaja, arah kiblat seperti Gerakan bulan juga mampu menentukan bulan Ramadhan
bermula, haji dan lain- lain. Ilmuan yang digelar sebagai Samarkand merupakan seorang yang
rajin, adil, alim dan hebat yang banyak mengetahui ilmu Astronomi. Beliau juga mencatat
bahawa mengenai tujuh perubahan iklim yang sangat bernilai, indah dan kedudukannya.

Mengikut Ihya Ulumuddin, hendaklah diketahui bahawa mempelajari ilmu merupakan


dapat menyelamatkan diri dari hal yang boleh mencelakakan diri sendiri. Mempelajari ilmu-
ilmu lain merupakan satu fardhu kifayah. Mempelajari ilmu dapat mendekatkan diti dengan ilmu
akhirat. Pandangan Islam terhadap ilmu boleh sendiri banyak mengajak umatnya untuk
mencintai dan memperhatikan ilmu supaya dapat memuliakan para ulama dan boleh mengangkat
kedudukan mereka.

6.0 Bab Kelima: Peranan Kaum Muslimim Dari Sisi Akidah, Pemikiran, dan Sastra

6.1 Peranan Kaum Muslimin dari Sisi Akidah

Pada bab kelima pula, kaum Muslimin memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan akidah dan keyakinan. Hal yang demikian kerana Kaum Muslimin mempunyi
kefahaman dari sudut ubudiyah dan Keesaan Allah. Peranan kita dalam memperbaiki keyakinan
umat terbahagi kepada dua; yang pertama Keyakinan- Keyakinan Umat Terdahulu yang
menceritakan tentang zaman sebelum kedatangan Islam. Pada Ketika itu, umat diselimuti dengan
rasa yang bercampur aduk, keliru dan sangat terbatas terhadap kewujudan Allah S.W.T.
Cendekiawan besar juga turut menolak dan ingkar serta tidak mengakui adanya Tuhan.
Kemudian, datanglah aliran menyembah berhala pada abad keenam masihi yang mana mereka
mencipta patung-patung, ada juga yang menjadikan gunung, haiwan seperti lembu, emas, perak,
sungai dan banyak lagi untuk disembah. Hal ini mennjadikan umat terdahulu semakin jahil dan
jauh dari kebenaran. Manakala yang kedua pula ialah Tauhid dan Perbaikan Akidah. Pada Ketika
diutuskan Rasulullah S.A.W, maka terbentuklah akidah dalam diri umat manusia dan mereka
mula mempercayai tentang adanya Allah yang menciptakan, mengaturkan, menentukan dan
Maha Agung. Islam juga memberikan hujjah sempurna yang membuktikan bahawa tiada illah
selain Dia. Tidak diragukan lagi apabila datangnya akidah dalam diri manusia dan masyarakat
telah berlakunya dasar-dasar masyarakat yang bersih, menyamakan keadilan, memberikan
keutamaan, menyurutkan kejahatan dan menaungi ketenangan. Kerana itu akidah dinilai sebagai
sesuatu pencapaian yang tinggi yang menyumbang kepada peradaban Islam.
6.2 Perkembangan Ilmu

Perkembangan ilmu berlaku atas beberapa faktor tertentu dan ia berlaku mengikut
kesesuaian akidah serta kebudayaan mereka. Lalu mereka menambah ilmu pengetahuan secara
melimpah ruah sehingga dapat dirasai pengaruhnya hingga ke hari ini. Antara keunggulan ilmu
tersebut ialah yang petama; Ilmu Filsafat. Ianya perkataan asal dari Bahasa Yunani yang terdiri
dari dua patah perkataan iaitu philien yaNg berarti cinta dan Sophia yang bererti hikmah atau
dengan kata lain orang yang mencintai hikmah. Muslim mendefinisikan filsafat dengan suatu
pencarian hakikat dengan seluruh kemampuan manusia. Yang kedua ialah Ilmu Kalam. Ilmu ini
meliputi keahlian akal sebagaimana didefinisikan Ibnu Khaldun, Ilmu yang mengandungi hujah
tentang akidah dan keimanan serta menentang ahli bid’ah dan sesat. Manalakala yang ketiga
ialah Ilmu Tasawwuf. Ilmu ini ditetapkan sebagai ruang lingkup pemikiran dan falsafah Islam.
Seterusnya Filsafat Khusus. Ini adalah ilmu falsafah bagi mereka yang kagum dengan falsafah
Yunani. Mereka bersembunyi untuk mempelajarinya, menerangkannya, menguraikannya dan
menulisnya sebagaimana yang digariskan dalam filsafat tersebut. Antara contoh ahli fisafah
kaum Muslimin yang merupakan penerang dunia dan peradaban Barat adalah Al-Kindi, Al-
Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ibnu Bajah dan Ibnu Thufail.

6.3 Penemuan Ilmu Baru

Antara penemuan ilmu baru adalah; yang pertama Ilmu Sosial. Ini adalah kajian tentang
sifat-sifat serta perbandingan kumpulan masyarakat yang pelbagai dan para ilmuan berpendapat
bahawa sifat ini mencerminkan keseluruhan manusia. Antara yang dipelajari dalam ilmu sosial
ialah penerapan sosial, interaksi, pertolongan, keindahan dan banyak lagi. Ibnu Khaldun
membuat persamaan titik perpindahan dalam tulisan sejarah manusia, yang merupakan dasar-
dasar ilmu sosial masyarakat. Beliau juga telah meletakkan undang-undang baru yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan. Manakala yang kedua ialah Ilmu Khusus Syariat yang terdiri
kepada beberapa ilmu penting seperti Ilmu Ushul Hadits; Ilmu yang berkaitan dengan Sunnah
Nabawiyah yang merupakan sumber kedua dari sumber syariat Islam setelah Al-Quran.
Kemudian Ilmu Jarh wa Ta’dil; merupakan wasilah paling pentig untuk mengetahui kesahihan
khabar dari yang tak sahih. Seterusnya, Ilmu Ushul Fikih; antara ilmu yang baru dalam suatu
agama dan merupakan ilmu paling agung dalam syariat. Dan yang terakhir dalam penemuan ilmu
baru adalah Ilmu Khusus Bahasa. Bahasa Arab adalah Bahasa Quran’ dan syair Islam, peradaban
dan lambang kekuatan. Bahasa Arab juga mempunyai pengaruh besar dalam membentuk umat,
membangun keperibadian Muslim dan merupakan kepentingan menyeluruh dalam keistimewaan
peradaban Islam disbanding peradaban lainnya. Di antara ilmu Bahasa yang paling penting ialah
Ilmu Nahwu dan Ilmu Arudh (Ilmu Sastra Arab Klasik).

7.0 PENUTUP
Kesimpulan dari buku ini ialah sumbangan peradaban Islam dalam pembentukan peradaban
dunia memang tidak dapat dinafikan dan dapat dilihat di mana sahaja tanpa ada sempadan
geografi. Jelaslah bahawa kedatangan Islam di peradaban dunia telah memberi kesan yang amat
besar dan meluas dalam gaya hidup masyarakat sehingga telah berjaya merealisasikan ajaran dan
tuntutan Islam dalam kalangan mereka secara efektif sekaligus dapat mengangkat martabat Islam
kepada tahap yang tinggi dan bermaruah. Kedatangan Islam telah membawa perubahan
menyeluruh kepada sistem kehidupan masyarakat di peradaban dunia seperti akidah atau agama,
sosial, politik, pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Jelas sekali bahawa Islam merupakan peradaban unggul yang dapat menyelesaikan segala
permasalahan kehidupan manusia di dunia ini. Tambahan lagi, sumbangan peradaban Islam
khususnya dalam sains kemanusiaan dan sosial seperti psikologi, sosiologi dan sebagainya
memberi impak yang besar terhadap peradaban dunia. Tokoh-tokoh Islam pada zaman
keemasannya dahulu telah mencapai satu tahap yang sungguh mengkagumkan dunia. Mereka
telah meninggalkan warisan yang amat berharga kepada tamadun dan generasi kini. Kelebihan
mereka bukan sahaja mahir sesuatu bidang malah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Ibn
Rusyd contohnya bukan sahaja menguasai ilmu perubatan atau disiplin sains, malah beliau juga
menguasai falsafah yang tidak ada kaitannya dengan sains. Demikian juga halnya dengan Ibn
Khaldun yang terkenal sebagai ahli falsafah sejarah dan ahli sosiologi, tetapi beliau juga
merupakan seorang ahli kimia yang tersohor. Lebih utama lagi mereka juga merupakan ulama
yang menguasai ilmu-ilmu fardhu ain seperti ilmu kalam, fiqh dan tasawuf.
RUJUKAN

1) Sirjānī, R., Sonif, Irham, M., & Supar, M, 2012, Sumbangan peradaban Islam pada dunia.
Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.

2) Fitri, A., Riana, A., & Fedryansyah, M, 2015, PERLINDUNGAN HAK-HAK ANAK DALAM
UPAYA PENINGKATAN KESEJAHTERAAN ANAK. Prosiding Penelitian Dan Pengabdian Kepada
Masyarakat, 2(1). https://doi.org/10.24198/jppm.v2i1.13235

3) Hassan Langgulung, 1986, Pengenalan Tamadun Islam dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
4) Imam Al- Ghazali, 2008, Ihya Ulumuddin, Jakarta Timur: AkbarMedia.
Dr. Muhammad Hussain Mahasnah, 2016, Sejarah Peradaban Islam, Jakarta Timur: Pustaka Al-
Kautsar.
5) Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zain, 1985, Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan
Teknologi. Kuala Lumpur: Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai