Anda di halaman 1dari 6

ULASAN BUKU CTU 551 (ISLAM AND ASIAN CIVILIZATION)

ULASAN BUKU/ BOOK REVIEW


Perang Dunia Pertama oleh Azira Haji Abdullah:
Pustaka Kalam Bestari, 2014, 64 hlm.

Diulas oleh Salmiah Ahmad

Buku ini mempunyai sepuluh bab yang secara umumnya mengambarkan situasi-situasi
yang dialami didalam sepuluh peperangan daripada pelbagai peperangan yang pernah
berlaku di dunia ini secara amnya. Bagaimanapun, penulis memberi penekanan terhadap
Perang Dunia Pertama dalam mengupas perbagai sudut mengenainya sesuai dengan
tajuknya. Dalam memberi gambaran yang lebih mendalam mengenai situasi ketika itu,
penulis menyediakan gambar, maklumat dan data ilmiah melalui persembahan dan gaya
bahasa yang cukup mudah difahami oleh setiap lapisan pembaca dan menarik untuk dibaca.
Selain itu, penulis cuba menghuraikan punca atau faktor yang menyebabkan setiap
peperangan yang terjadi.

Dalam bab pertama, penulis mengajak pembaca megenali ciri-ciri Perang Dingin
yang bermula selepas Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan
Kesatuan Soviet dan sekutunya. Peperangan ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana
perang ini tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung diantara kuasa-
kuasa besar. Perang Dingin dianggap berlaku sekitar akhir perikatan antara Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Pada dekat 1970-an, Perang Dingin telah
memberi laluan kepada pengenduran ketegangan dan perhubungan antarabangsa menjadi
semakin rumit di mana dunia tidak boleh dipecahkan kepada dua blok berasingan yang
nyata. Hubungan AS-Soviet telah kembali renggang pada akhir 1970-an dan awal 1980-an
namun pulih kembali apabila blok Kesatuan Soviet menunjukkan tanda-tanda kejatuhan
pada tahun 1980-an. Penulis juga menceritakan mengenai Perlumbaan Senjata di antara
Kesatuan Soviet dan Nato serta beberapa kuasa Eropah yang berlaku dalam pelbagai
bidang teknologi dan ketenteraan telah menghasilkan banyak penemuan saintifik. Hal ini
secara tidak langsung memajukan tamadun manusia didalam bidang sains dan teknologi
yang menyumbang kepada penciptaan teknologi di dalam pelbagai bidang.

Dalam bab kedua, penulis menghuraikan secara lanjut mengenai Perang Yom
Kippur ataupun Perang Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadan, berlaku
dari 6 Oktober (Hari Yom Kippur) yang terjadi antara Israel dengan
1 pakatan Mesir dan Syria.
Penulis menjelaskan gambaran keseluruhan perang tersebut secara jelas dan mudah
difahami. Perang ini terjadi kerana Mesir dan Syria cuba mendapatkan kembali kawasan di
bawah penjajahan Israel iaitu Dataran Tinggi Golan di utara serta Semenanjung Sinai di
ULASAN BUKU CTU 551 (ISLAM AND ASIAN CIVILIZATION)

selatan sehingga ke Terusan Suez yang ditawan dalam Perang Enam Hari yang berlaku
pada bulan Jun 1967. Didalam bab penulis berjaya menzahirkan hasrat Mesir dalam
mempertahankan tamadun Islam dari dihapuskan oleh yahudi iaitu Israel dalam bentuk
penjajahan. Penulis juga menyimpulkan bahawa kuasa-kuasa besar juga memainkan
peranan yang utama dalam keputusan kedua-dua perang, dengan dasar Kesatuan Soviet
merupakan salah satu pubca kelemahan tentera Mesir dalam mempertahankan tanah air
mereka. Amerika Syarikat tidak terbatas membekalkan Israel dengan senjata-senjata
serangan yang terkini, sedangkan Rusia hanya membekalkan Mesir dengan senjata
pertahanan dengan keberatan.

Dalam bab ketiga bertajuk Perang Korea, penulis menceritakan latar belakang
perang korea yang bermula dengan perang saudara dari tahun 1950 hingga 1953. Perang
Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan ideologi-ideologi Komunisme oleh
Soviet Union, China dan Korea Utara dan ideologi demokrasi yang dibawa oleh Amerika
Syarikat yang mahu Korea Selatan terus bertahan dan bertapak. China memberikan
sokongan kuat kepada Korea Utara. Kesatuan Soviet juga memberikan sokongan material
dan juga juruterbang pesawat Mig-15 yang bertembung dengan juruterbang Amerika
Syarikat. Korea Selatan menerima sokongan dan bantuan daripada Bangsa-Bangsa Bersatu
yang diterajui oleh Amerika Syarikat. Penulis menyatakan bahawa beberapa pihak
memanggil konflik ini ‘Perang Yang Dilupakan’ kerana konflik ini terlaksana pada skala
besar tetapi tidak diberi perhatian berbanding dengan Perang Dunia Pertama dan juga
Perang Vietnam.

Dalam bab keempat mengenai Perang Saudara China, penulis menulis secara
ringkas mengenai Perang Saudara China yang berterusan sejak April 1927 hingga Mei 1950
yang merupakan perang saudara yang terletus di China antara pihak Kuomintang dan Parti
Komunis China. Penulis menjelaskan perang ini melambangkan konflik ideologi antara pihak
Kuomintang yang didukung oleh kuasa Barat dan Parti Komunis China yang didukung oleh
pihak Soviet-Komunis. Perang saudara berterusan sekejap-sekejap sehingga Perang
ChinJepu Kedua menyusul dan mengganggunya, lalu menghasilkan penentangan China
terhadap Jepun yang teratur dan sementara. Kempen Jepun akhirnya ditumpaskan pada
Ogos 1945 oleh Amerika Syarikat. Perbalahan ini tamat pada tahun 1950 iaitu setelah 23
tahun. Bagaimanapun tiada gencatan senjata secara rasmi sehingga hari ini.

Didalam Perang China-Jepun Kedua pada bab yang kelima, Penulis merumuskan
2
bahawa pencerobohan adalah satu strategi yang dilakukan oleh Tentera Diraja Jepun
sebagai sebuah rancangan besar untuk menguasai China. Perang ini terjadi pada 7 Julai
1937 sehingga 9 September 1945. Penulis menyediakan fakta-fakta perang sebagai
ULASAN BUKU CTU 551 (ISLAM AND ASIAN CIVILIZATION)

sokongan didalam tajuk ini. Antaranya, pelbagai nama dan frasa digunakan oleh Jepun dan
China terhadap perang ini berdasarkan kepercayaan mereka. Jepun sering membayar atau
mencipta hubungan khusus dengan kuasa-kuasa wilayah supaya dapat menjejaskan usaha-
usaha kerajaan pusat Nasionalis untuk menyatukan China. Penulis menjelaskan bahawa,
Jepun mencari berbagai pengkhianat China untuk berkerjasama dan membantu mereka
mengetuai sebilangan kerajaan ‘autonomi’ yang menyokong Jepun. Penulis juga mengupas
latar belakang terjadinya perang ini yang terjadi kerana pemberontakan dalaman,
kelemahan sistem pemerintahan, kebangkitan nasionalisme China dan penglibatan kuasa-
kuasa luar.

Didalam bab yang keenam, penulis menulis mengenai Perang Dunia Pertama yang
merupakan tajuk utama didalam buku ini. Perang dunia pertama bermula di Balkan, bermula
pada 28 April 1914 dan berlarutan sehingga 11 November 1918. Peperangan bermula
setelah Archduke Franz Ferdinand dan isterinya yang berasal dari Austria-Hungary dibunuh
di Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntut oleh Serbia, sebuah negara
Balkan yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara
Jerman, Austria-Hungary memutuskan untuk menghukum Serbia. Austria menyerang Serbia
pada 28 Julai 1914. Rusia membuat persediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh
Jerman. Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman menyerangnya. Untuk sampai ke
Paris secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara berkecuali.
Britain kemudiannya menyerang Jerman. Pada permulaannya Jerman memenangi
peperangan tersebut. Kemudian, dikalahkan oleh Tentera-tentera bersekutu iaitu negara-
negara yang menentang Jerman dan sekutunya. Akhirnya pada 1918 tentera Jerman telah
mengalami keletihan sehingga Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan
senjata pda 11 November 1918. Peperangan itu telah menyebabkan kemusnahan besar
kepada negara-negara yang terlibat sehingga digelar ‘peperangan untuk mengakhiri semua
peperangan’. Seterusnya penulis menceritakan mengenai punca yang menyebabkan
berlakunya Perang Dunia Pertama yang disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Beliau
juga menceritakan mengenai Kubu Parit, Peperangan Pengepungan Siege Warfare, Pa
Orang Maori dan beberapa taktik dan strategi perang yang telah digunakan didalam Perang
Dunia Pertama. Penulis menyimpulkan bahawa Perang Dunia Pertama membawa begitu
banyak kemusnahan dan banyak nyawa yang telah terkorban akibat dari peperangan ini.

Dalam bab ketujuh, penulis menceritakan mengenai Perang Semenanjung yang


merupakan satu persaingan di antara Perancis dengan 3 kuasa-kuasa bersekutu dari
Sepanyol, United Kingdom, dan Portugal untuk mengawal Semenanjung Iberia semasa
Perang Napoleon. Perang bermula apabila tentera Perancis menyerang Portugal pada
tahun 1808 dan berlanjutan sehingga Campuran Keenam mengalahkan Napoleon I dari
ULASAN BUKU CTU 551 (ISLAM AND ASIAN CIVILIZATION)

Perancis pada tahun 1814.

Dalam Perang 1812 didalam bab yang kelapan, penulis menceritakan mengenai
sejarah bermulanya perang tersebut yang bermula pada tahun 1812 sehingga 1815 yang
berlaku diantara Amerika Syarikat dan Empayar Britain. Terdapat beberapa sebab yang
menyebabkan Amerika Syarikat mengisytiharkan perang. Pertama, beberapa siri halangan
perdagangan yang diperkenalkan oleh Britain bagi menghalang perdagangan Amerika
dengan Perancis, sebuah negara yang sedang berperang dengan Britain pada masa itu.
Kedua, pengambilan paksa ke atas penduduk Amerika Syarikat untuk berkhidmat di dalam
Tentera Laut Diraja. Ketiga, sokongan ketenteraan Britain kepada Indian Amerika yang
melakukan penentangan bersenjata terhadap perluasan perbatasan Amerika ke barat daya.
Alasan-alasaan ini menjadikan motivasi utama bagi penduduk Amerika yang perlu
berpegang teguh maruah negara dalam menentang apa yang dianggap oleh mereka
sebagai penghinaan dari Britain seperti hubungan Cheasapeake.

Di dalam bab yang kesembilan, penulis menceritakan tentang Perang Burma-


Inggeris Pertama yang berlaku dari tahun 1823 hingga 1826. Perang ini merupakan perang
pertama daripada tiga perang yang terjadi antara Burma dengan Empayar British pada abad
ke-19. Akibatnya kekuatan dan kedaulatan Burma perlahan-lahan terhakis sehingga
akhirnya ditakluk oleh British. Perang Burma-Inggeris Pertama berlaku disebabkan oleh
Raja Badyidau yang ingin menakluki kawasan Arakan di Burma, yang terletak bersebelahan
dengan India British. Raja Badyidau memaksa penduduk Arakan supaya bekerja di bawah
beliau secara percuma. Berikutan keengganan rakyat Arakan tersebut menyebabkan Raja
Badyidau mengambil langkah drastik tersebut. Dasar pihak Inggeris yang tidak mahu
campur tangan urusan pihak luar memudahkan penduduk Arakan memasuki sempadan
India. Kesan daripada peristiwa tersebut mengakibatkan Burma mencurigai pihak Inggeris
kerana tidak menangkap penduduk Arakan tersebut. Burma menuduh Inggeris melindungi
penduduk Arakan dari pihak Burma. Tuduhan yang dilemparkan oleh Burma itu tidak boleh
diterima oleh Inggeris sehingga tercetusnya Perang Burma-Inggeris Pertama.

Didalam bab yang terakhir iatu bab yang kesepuluh, penulis menceritakan tentang
Perang Kemerdekaan Texas yang berlaku pada 2 Oktober 1835 sehingga 21 April 1836
diantara Mexico dan Texas yang merupakan sebahagian daripada negeri Mexico iaitu
Coahuilay Tejas. Permusuhan antara kerajaan Mexico dan para peneroka Amerika di Texas
bermula dengan Siete Leyas pada tahun 1835, apabila Presiden Mexico dan Jeneral
4
Antonio Lopez de Santa Anna membubarkan Perlembagaan Mexico 1824 dan
mengisytiharkan perlembagaan anti-persekutuan yang baru bagi menggantikannya.
Kekacauan kemudiannya meletus di seluruh Mexico, dan perang bermula di Texas pada 2
ULASAN BUKU CTU 551 (ISLAM AND ASIAN CIVILIZATION)

Oktober 1835 dengan Pertempuran Gonzales. Perang tamat di Pertempuran San Jacinto di
mana Jeneral Sam Houston mengetuai Tentera Texas bagi mencapai kemenangan dalam
masa 18 minit ke atas sepasukan tentera Mexico di bawah arahan Santa Anna, yang
kemudiannya ditawan dalam pertempuran ini. Kesudahannya, peperangan ini menghasilkan
penubuhan Republik Texas.

Perang Dalam Sejarah Dunia ini diimbau kembali bertujuan memberi ruang kepada
kita supaya berfikir tentang betapa pentingnya sebuah keamanan dan keharmonian hidup.
Peperangan masih berleluasa dalam perkembangan tamadun manusia walaupun banyak
kesan negatif dari segi ekologi dan kehidupan manusia dapat dilihat. Salah satu kesan
peperangan adalah dari segi kemusnahan harta benda manusia. Peperangan akan
mengakibatkan orang awam yang tidak berdosa kehilangan tempat tinggal.

Peperangan juga menyebabkan kehilangan khazanah dunia dan meruntuhkan


sesebuah tamadun. Letupan-letupan bom telah mengakibatkan banyak unsur warisan
budaya dunia seperti bangunan bersejarah dan seni bina hilang begitu sahaja. Pencemaran
juga merupakan satu lagi kesan akibat peperangan. Kini, bom-bom nuklear mengakibatkan
kesan pencemaran radioaktif juga akan mengakibatkan masalah kepada zuriat manusia
seperti kecacatan pada generasi yang seterusnya.

Kesimpulan dari buku ini ialah pembangunan manusia harus berfokus kepada
peningkatan taraf hidup dan bukan ke arah penciptaan senjata-senjata yang boleh
memudaratkan sesebuah negara dan penduduk dunia amnya. Kesedaran tentang kesan
peperangan perlu diwujudkan agar manusia cinta akan keamanan. Persidangan di peringkat
antarabangsa pula perlu lebih peka kepada usaha menangani peperangan agar
pembangunan ekonomi dan kemajuan manusia dapat dimantapkan.

Buku Perang Dunia pertama ini telah digarap dengan baik secara ringkas oleh
penulisnya. Buku ini dijangka dapat memberi maklumat yang berguna secara ringkas
kepada pelajar-pelajar, penyelidik dan individu-individu yang berminat untuk mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai sebahagian dari peperangan yang pernah berlaku di dunia ini.

RUJUKAN:
ULASAN BUKU CTU 551 (ISLAM AND ASIAN CIVILIZATION)

Azira Haji Abdullah. 2014. Perang Dunia Pertama. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Kalam
Bestari

Anda mungkin juga menyukai