Anda di halaman 1dari 21

Isu Dan Cabaran Semasa

Umat Islam Masa Kini


Di Malaysia
Isu Dan Cabaran Semasa
Umat Islam Masa Kini
Di Malaysia
► Isu Dan Cabaran Semasa
► Strategi Menangani Cabaran
► Isu Dan Cabaran Semasa
► Isu Dan Cabaran Semasa
- Umat Islam di Malaysia dan serata dunia menghadapi pelbagai isu
dan cabaran yang membelenggu mereka yang menguji keimanan,
kepercayaan dan pegangan mereka terhadap Islam.
- Di antaranya ialah isu kelemahan umat Islam yang meliputi
kemunduran dalam pelbagai lapangan hidup, kemiskinan, kedaifan,
perpecahan, pertelagahan sesama sendiri dan pelbagai lagi.
- Keadaan-keadaan ini seolah-olahnya bercanggah dengan jaminan
Allah SWT bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik dan
menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam berbagai aspek
kehidupan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah ali Imran
ayat 110.
- Sambungan...

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada
Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu
beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka.
(Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang
fasik.
- Antara punca kelemahan umat Islam ini adalah sebagaimana yang
pernah dinyatakan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi berkenaan umat Islam
iaitu :
1) umat yang lupa diri, padahal mereka adalah umat yang terbaik,
2) umat yang tenggelam di belakang timbunan kemajuan material,
3) umat yang daya fikirnya jumud, selalu mengikut dan tidak berdaya,
4) umat yang kekuatan ekonominya tidak berfungsi,
5) umat yang kuantitinya belum berguna walaupun jumlahnya besar,
6) umat yang kekuatan jiwanya tidak berdaya akibat mengutamakan
kekuatan jasmani daripada rohani,
7) umat yang sistem pendidikan dan media massanya tidak
menyokong pembinaan sahsiah umat Islam.
- Muhammad Qutb telah mendedahkan punca sebenar kelemahan
umat Islam kini pada hakikatnya merupakan satu hukuman Ilahi
yang dijatuhkan Allah SWT kepada umat Islam akibat kelalaian dan
kecuaian mereka sendiri.
- Umat Islam ketinggalan dan lemah kerana mereka meminggirkan
Islam dari realiti kehidupan semasa.
- Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Taha, ayat
124 yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka
sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan
himpunkan dia pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta”.
- Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa umat Islam
di Malaysia pada zaman mutakhir ini menghadapi berbagai-
bagai jenis cabaran yang dapat diklasifikasikan kepada dua
bentuk iaitu :
1) cabaran yang datang dari kalangan umat Islam sendiri.
2) cabaran yang datang dari luar, terutamanya dari Barat.
Cabaran yang datang dari kalangan umat Islam sendiri.
1) Kejahilan dan kurang penghayatan umat Islam terhadap
Islam, terutamanya akidah Islam.
- Umat Islam mudah terperangkap dengan ajaran sesat.
- Bahagian Hal Ehwal Islam (1994), mengenal pasti enam ciri tersebut:
i) menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah dan sebagainya,
ii) mempercayai wahyu masih lagi turun,
iii) mempercayai ada lagi nabi dan rasul yang lain selepas Nabi Muhammad
SAW,
iv) mempercayai guru sebagai Imam Mahdi atau nabi;
v) mempercayai orang mati boleh memberikan pertolongan apabila
diseru namanya, dan
vi) memansuhkan kewajipan-kewajipan tertentu dalam syariat Islam
seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Sambungan...
2) Salah faham di kalangan umat Islam terhadap ajaran Islam
yang sebenar.
- Salah faham terhadap Islam bermaksud kefahaman yang menyeleweng dari
hakikat ketuhanan, alam semesta, kehidupan dan juga kemanusiaan.
- Akibat kelemahan intelektual Islam sendiri yang salah memahami ajaran Islam
sebagaimana dikehendaki Allah SWT dan Rasul-Nya.
- Ada dalam kalangan umat Islam rasa rendah diri terhadap ideologi-ideologi
dunia, kemudiannya membuat persamaan antara Islam dengan ideologi-
ideologi tersebut. Maka lahirlah istilah “sosialisme Islam”, “liberalisme Islam”,
“kapitalisme Islam”, “demokrasi Islam”, “humanisme Islam” dan istilah-istilah
lain yang sama sekali asing bagi Islam.
- Maka umat Islam pun memahami bahawa Islam adalah sepadan dengan
ideologi-ideologi ciptaan manusia itu.
Cabaran yang datang dari luar, terutamanya dari Barat.
1) Penyebaran fahaman sekularisme
- Di antara jenis penyelewengan akidah yang berlaku secara meluas pada zaman
moden ini ialah membebaskan diri daripada ikatan keagamaan dan merasakan
agama Islam itu terlalu suci dan tidak boleh dicampuradukkan dengan urusan
keduniaan seperti urusan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain lagi.
- Apabila agama tidak lagi diperlukan dalam memenuhi cita-cita hidupnya, maka
agama akan mula disisihkan sedikit demi sedikit daripada ruang pemikiran dan
realiti kehidupannya.
- Hakikatnya penyelewengan bentuk ini juga telah berlaku pada agama-agama
samawi terdahulu sebelum Islam iaitu Yahudi dan Kristian.
- Gejala seumpama inilah yang telah diistilahkan sebagai sekularisme. Prof. Syed
Muhamad Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam and Secularism.
Sambungan...

- Sekularisme merupakan suatu fahaman yang bersifat anti-agama


dan anti-Tuhan.
- proses sekularisasi itu merupakan proses pembebasan manusia
daripada kongkongan agama dan kawalan metafizik.
- peradaban Barat moden yang melanda umat Islam itu membawa
semangat, fahaman, idea dan world view yang amat tidak serasi
dengan world view dan matlamat peradaban Islam.
- Ini kerana dalam konteks peradaban Barat moden, ia merupakan
sebuah peradaban yang mengenepikan Tuhan dan memberikan
penghormatan yang tinggi kepada kebendaan.
Sambungan...

- kesannya dirasai dalam segenap bidang kehidupan manusia


termasuk pendidikan, ilmu pengetahuan, ekonomi, kewangan,
ketenteraan, kesenian, sosial, sains, kebudayaan dan media massa.
- pendidikan terpisah jauh daripada roh Islam, sedangkan pengasas
dan pelopor semua ilmu tersebut adalah ilmuwan Islam apabila
mahasiswa Islam terpaksa merujuk fakta atau teori Barat yang
kadangkala bertentangan dengan Islam.
2) Penyebaran Doktrin Barat
- Cita-cita Barat adalah untuk menjadikan semua orang di dunia ini
hidup serupa dalam satu budaya.
- Mereka ingin melahirkan anak Muslim celupan Barat yang berwatak
sekular dan jauh daripada akhlak Islam.
- Nilai dan pandangan hidup terhadap agama, kehidupan, manusia,
sejarah, keyakinan atau kepercayaan terhadap kekuatan Islam
dipesongkan supaya sentiasa mengagung kemampuan Barat.
- Dari sini, lahirlah berbagai-bagai ideologi moden seperti
sekularisme, kapitalisme, nasionalisme dan sosialisme mengambil
tempat Islam sehingga menjadi anutan dan pegangan umat Islam
kini dalam seluruh lapangan hidup.
3) Pengaruh Teknologi Maklumat Tanpa Sempadan

- Limpahan bahan-bahan media asing yang mempromosikan


pengaruh-pengaruh budaya Barat yang akhirnya mendominasi
setiap aspek kehidupan seorang Muslim.
- Kehebatan teknologi maklumat, komputer, teknologi telekomunikasi
dan satelit mendominasi ruang lingkup kehidupan manusia.
- Terdedah secara berterusan apa juga bentuk penyiaran asing tanpa
sebarang tapisan secara berkesan.
4) Pengaruh Hiburan

- Hiburan semakin mewarnai kehidupan masyarakat, terutama


remaja.
- Generasi muda mudah diresapi gejala-gejala kurang sihat yang
ditiru bukan daripada ajaran agama, tetapi daripada budaya Barat.
- Mereka lebih menyenangi budaya pop, rock dan rap dan lebih
mengenali penghibur-penghibur mereka daripada para sahabat
Rasulullah SAW dan tokoh ulama Islam.
- Apabila gejala ini berlaku, generasi muda akan mudah terputus
daripada akar budaya ketimuran dan agama mereka sendiri.
5) Pengaruh Fesyen atau gaya Barat

- Generasi muda hari ini hilang keyakinan pada diri sendiri yang
tercermin dalam perlakuan mereka yang terikut-ikut dengan fesyen
dan ragam watak-watak yang dipuja-puja baik dari segi corak
pakaian, fesyen rambut dan aksesori yang dipakai.
- Dari segi personaliti pula, golongan muda ini boleh dianggap sebagai
tidak memiliki peribadi sebenar kerana sebahagian daripada diri
mereka adalah imitasi dan imej orang lain
Strategi

Menangani Cabaran
► Strategi Menangani Cabaran
- Penyelesaian yang ampuh wajar dicari dan dijejaki sebagai benteng
pertahanan yang kukuh bagi menangkis segala serangan dan
cabaran tersebut.
- Antara penyelesaian yang dicadangkan ialah :
1) Peranan institusi dakwah Islam dinilai semula objektif dan
matlamatnya, pendekatan atau teknik dakwahnya, media atau
peralatan dakwahnya dan sasarannya untuk memastikan
keberkesanannya dan kejayaan peranannya. Bilangan pendakwah
perlu ditambah dan mereka diberikan latihan sewajarnya supaya
mereka dapat menghadapi masyarakat dengan penuh hikmah dan
bijaksana dalam memberikan bimbingan dan pendidikan agama.
► Sambungan...

2) Memperkasakan bidang pendidikan dan nilai-nilai agama.


Menjadikan pendidikan Islam sebagai satu proses pendidikan
berterusan yang wajib dihadiri oleh masyarakat Islam, terutamanya
golongan lepasan sekolah dan graduan universiti.

3) Peranan setiap individu Muslim supaya senantiasa mengamalkan


ajaran Islam dalam semua aktiviti kehidupan dan sentiasa merujuk
kepada ahli-ahli agama di dalam setiap perkara berkaitan agama dan
kehidupan yang tidak diketahui.
► SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai