Anda di halaman 1dari 2

Penjajahan Pemikiran : Penyebab Kemunduran Ummat

1. Pemikiran : Keupayaan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada manusia


untuk memahami kehidupannya.
2. Pemikiran : Berupaya mengubah martabat (nasib) manusia di dalam kehidupan.

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan
dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan
perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan
kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan
apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan
melindungi mereka selain daripadaNya.” (TQS ar-Ra’du (13):11)

• Peningkatan martabat manusia yang diakibatkan pemikiran ada yang sohih


(benar) dan ada yang bathil(salah).
• Bergantung kepada asas pemikiran :
Asas pemikiran ada 2:
i. Bersumberkan wahyu (Sohih)
ii. Bersumberkan kecerdikan manusia.(Bathil)

3. Generasi Islam awal dahulu dibangkitkan dengan pemikiran Islam  berlanjutan


hingga awal abad ke-20 M (3 Mac 1924)  seterusnya dilanda kemunduran
hingga sekarang.

4. Penyebab kemunduran ummat Islam : Ada dua, yang mana kedua-duanya adalah
berkaitan dengan pemikiran:-
i. Penyebab dalaman iaitu apabila ummat Islam mengabaikan pemikiran Islam.
Di antaranya, Bahasa Arab diabaikan, kewajipan belajar Islam diubah
daripada fardhu ain kepada fardhu kifayah, skop pembelajaran Islam
disempitkan hanya berkaitan aqidah, ibadah dan akhlak (aspek pengurusan
kehidupan seperti politik/pemerintahan, ekonomi, sosial, pendidikan, dan
hukuman[uqubat] diabaikan) dll.

ii. Penyebab luaran iaitu apabila musuh-musuh Islam iaitu kafir Barat telah
melancarkan serangan pemikiran ke atas kaum muslimin. Kafir Barat yang
bermodalkan pemikiran Kapitalisme (Ideologi Kapitalisme) telah
‘menyerang’ kaum muslimin dan Negara mereka (ie Daulah Islamiyyah).
Pemikiran-pemikiran kufur mereka ini adalah seperti Sekular, Liberal,
Nasionalisme, Qaumiyyah, Demokrasi dll.

 Kaum muslimin yang kelangkaan pemikiran Islam yang utuh telah menerima kufur ini
 akibatnya kemunduran mula melanda kaum muslimin yang awalnya adalah terpecah
belahnya negeri-negeri kaum muslimin yang dahulunya bersatu di bawah satu negara
kepada lebih daripada 50 buah negara bangsa. Seterusnya negeri-negeri ini telah dijajah
oleh kafir Barat. Nilai-nilai hidup kafir Barat ditanam di negeri kaum muslimin.
Akibatnya, budaya hidup Barat telah mengambil alih budaya hidup Islam. Sekular,
Nasionalisme, Liberalisme, Qaumiyyah Demokrasi, Hendonisme disanjung tinggi.
Akhirnya kaum muslimin hanya tinggal Islam pada nama dan simbol sahaja, sedangkan
pemikiran, perasaan dan undang-undang yang mengikat mereka adalah jelas bukan
daripada Islam.

Dengan pengaruh Ideologi Kapitalisme yang kufur inilah negara-negara Barat


seperti Amerika dan sekutu-sekutunya meneruskan penjajahan mereka ke atas negeri-
negeri kaum muslimin.

Penyelesaian

i. D
ominasi pemikiran kufur Kapitalisme ini mesti dihapuskan dari akar umbinya dari
kaum muslimin.
ii. M
embebaskan negeri-negeri kaum muslimin dari penjajahan Kafir Barat menerusi
Ideologi Kapitalisme ini.
iii. M
esti diwujudkan semula institusi yang akan menyatukan semula negeri-negeri
kaum muslimin ini, iaitu : DAULAH ISLAMIYYAH/KHILAFAH

Anda mungkin juga menyukai