Anda di halaman 1dari 15

WACANA ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

AJARAN SESAT:
ISU DAN CABARAN

Profesor Madya Dr. Hadenan Towpek


UiTM Cawangan Sarawak
Pengenalan
• Ajaran sesat sudahpun muncul sejak zaman Rasulullah SAW, zaman
sahabat R.A. hingga berterusan hingga ke zaman moden ini.
• Pendek kata, ajaran sesat didapati muncul mengiringi kehidupan
manusia apabila manusia mula meninggalkan ajaran yang sebenar.
• Justeru itu, Islam mengambil tindakan yang tegas untuk membanteras
kes ajaran sesat ini daripada merebak dalam setiap sendi kehidupan
umat Islam.
Takrifan Ajaran Sesat
“Ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan
Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran
Islam atau berdasar ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan
amalan yang dibawa itu bertentangan daripada ajaran Islam yang
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah (iaitu hadis sahih) serta juga
bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.”
(JAKIM)
Jenis-jenis Ajaran Sesat
1. Melalui Pengajaran berkaitan akidah, syariat dan akhlak
2. Melalui Kumpulan Tarikat yang ada tokok tambah
3. Melalui Kepercayaan, Amalan Tradisi dan Pemujaan yang
mendakwa ada unsur mistik/wali
ISU 1: Ajaran sesat masih berkembang dan tersebar

• Timbulnya ajaran dan amalan sesat dalam masyarakat Islam di


Malaysia bukanlah suatu yang baharu, bahkan ia mulai bergerak
secara senyap-senyap semasa Islam mula bertapak di Tanah Melayu
pada abad ke 15 Masihi, melalui amalan animisma, dinamisme dan
ajaran Hindu-Budha, serta pengaruh yang ketara daripada Syiah
melampau seperti Saba’iyyah, Kaysaniyyah, dan Syiah Ismailiyyah
Batiniyyah juga aliran teosofi.
ISU 2: Mendahului Akal Daripada Ulama

• Terdapat di kalangan masayarakat awam yang berjaya ditipu oleh


dorongan iblis dengan mendahulukan akal fikirannya daripada fatwa
alim ulama.
• Mereka menganggap dirinya sahajalah yang benar dan betul dan apa
yang difatwakan oleh ulama sebagai kolot dan tidak benar.
• Apa yang mereka fikirkan benar, akan terus dirasakan benar sekalipun
ia bercanggahan dengan pendapat ulama dan agama.
ISU 3: Berburuk Sangka Kepada Ulama

• Terdapat segolongan masyarakat awam yang terpedaya dengan


hasutan tipu daya iblis yang sentiasa menghukum dan mencari
kesalahan alim ulama.
• Mereka menganggap alim ulama itu tidak boleh berbuat dosa;
sedangkan alim ulama itu juga adalah seorang manusia yang tidak
bebas daripada melakukan kesilapan.
• Apa yang membezakan alim ulama dengan masyarakat umum adalah
apabila alim ulama tergelincir melakukan dosa, mereka akan cepat-
cepat tersedar dan memohon ampun kepada Allah SWT.
ISU 4: Jahil Tentang Ajaran Agama

• Kekuatan tipu daya iblis terhadap seseorang bergantung terhadap


tahap kejahilan seseorang.
• Bertambah kejahilan sseorang itu, bertambah mudahlah iblis
memperdayakannya. Akan tetapi seseorang yang tinggi ilmunya juga
tidak terlepas daripada tipu daya iblis.
• Oleh itu, kita seharusnya berbanyak menuntut ilmu supaya kita tidak
mudah diperdayakan oleh tipu daya iblis.
ISU 5: Mempercayai Ramalan Bomoh

• Bomoh adalah satu jalan penyelesaian yang singkat dan sesat apabila
ditimpa musibah. Berjumpa bomoh, pawang, tukang tilik mahupun
ahli nujum hukumnya haram di sisi Islam.
• Golongan ini merujuk kepada mereka yang menggunakan mentera
selain daripada ayat al-Quran dalam rawatan seperti jampi serapah
yang tidak diketahui maksudnya.
• Percaya kepada tilikan mereka termasuk dala perkara syirik dan
hukumnya dosa besar.
CABARAN 1: Penyebaran Ajaran Sesat Yg Berleluasa

• Dengan dunia tanpa sempadan, ledakan maklumat, keupayaan yang


rendah dalam menapis sumber yang sahih, sudah pasti ia digunakan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha penyebaran
ajaran sesat yang berleluasa. Hal ini berlaku apabila sumber ajaran
sesat ini berakar umbi dari luar negara.
• Namun dengan kepesatan teknologi maklumat, mereka boleh
menerobos masuk ke rumah setiap orang Islam setiap masa tanpa
disedari.
CABARAN 2: Golongan ilmuan Islam Yang Semakin
Berkurangan
• Ramai yang menuntut ilmu tetapi tidak ramai yang dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi.
• Lantaran itu ia membawa kepada penguasaan ilmu yang kurang
mantap; bahkan sebagai suatu petanda bahawa ilmu agama warisan
Nabi akan diangkat dan lenyap dari muka bumi.
• Dengan lenyapnya ulama, pasti ilmu akan turut hilang sedikit demi
sedikit sehingga sunah mati, bidaah muncul dan kejahilan berleluasa.
Maka di sinilah celah-celah ajaran sesat mula masuk dan menyerang
generasi muda.
CABARAN 3: Menimbulkan keraguan dalam ajaran
Islam
• Suatu perkara yang digunakan oleh musuh Islam dalam menyerang
Islam tidak lagi melalui jalan peperangan.
• Mereka memilih pendekatan baharu dengan menggunakan pendekatan
pemikiran termasuklah menimbulkan rasa keraguan dalam ajaran
Islam.
• Ini termasuklah menanamkan rasa benci atau merendah-rendah
martabat sumber ilmu bagi orang Islam iaitu dari kalangan para ulama.
CABARAN 4: Membuka pintu-pintu perpecahan dalam
Masyarakat
• Kehadiran ajaran sesat mewujudkan perbalahan, kehidupan berpuak-
puak sehingga membawa kepada perpecahan bangsa dan agama.
• Akibatnya terbit perasaan benci-membenci antara satu sama lain.
Propaganda yang sering dimainkan oleh kumpulan ini ialah
mengecam, mencaci seterusnya memfitnah tokoh pemimpin dan para
ulama. Secara tidak langsung mereka mempertikaikan kewibawaan
ulama sehingga menimbulkan kesangsian masyarakat terhadap
institusi agama.
Penutup: Cadangan dan Rumusan
1. Kembali kepada ajaran Islam murni, yang berdasarkan sumber-
sumber yang disepakati
2. Pihak pemerintah perlu memainkan peranan dalam pengurusan
akidah secara kolektif
3. Masyarakat umum pula perlulah menanam minat untuk terus belajar
sebagai asas dalam pelaksanaan amalan keagamaan
4. Mewujudkan jalinan kerjasama pintar dan strategik khususnya di
kalangan akademia, ulama dan pendakwah, institusi Islam dan
pihak-pihak lain.
Sekian.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai