Anda di halaman 1dari 5

1.

Pendahuluan

Pada masa kini kita dapat lihat pelbagai isu yang melibatkan ancaman terhadap aqidah
Islam dan merosakkan iman seseorang. Pelbagai bentuk seperti ajaran sesat, perbomohan,
amalan khurafat dan tahyul serta aliran pemikiran yang menyeleweng. Kesemua ini jika tidak
dibendung dan ditangani segera, ia boleh menggugat kesucian aqidah Islam, malah boleh
mencabar kedudukan istimewa agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.

Dalam penulisan ini, penulis akan kaitkan dengan isu yang berkaitan dengan ajaran sesat.
Isu ajaran sesat bukanlah satu perkara yang asing dalam kamus kehidupan umat Islam kerana
ia datang seiringan dengan kehidupan manusia. Ajaran sesat telah tersebar luas di kalangan
masyarakat Islam di Malaysia sejak dahulu lagi. Berbagai-bagai cara penyebaran ajaran sesat
telah dikenalpasti, antaranya melalui lisan, penulisan dan yang terkini melalui internet. Kaedah
penulisan kitab merupakan kaedah yang paling berkesan di dalam menyebarkan ajaran sesat
kerana penggunaannya lebih meluas, mudah diulang cetak dan boleh dibaca berulang-ulang
kali dari generasi ke generasi.

Penulis akan bawakan satu kelompok ajaran sesat di Malaysia dalam penulisan ini, iaitu
ajaran Millah Abraham yang jelas pemikiran atau ajaran yang dibawa oleh mereka dapat
membatal dan merosakkan iman seseorang. Ajaran ini mula dikesan berkembang di Malaysia
pada tahun 2013 setelah aduan diterima oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan dan
Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kumpulan ini membawa ajaran dan
amalan yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Pengetian Ajaran Sesat

Takrif ajaran sesat yang diguna pakai oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
pada masa ini adalah “sebarang ajaraan atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang
bukan Islam yang mndakwa bahawa ajaran ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam
atau berdasarakan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu
bertentangan daripada ajaran Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta juga
bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah”.1

Istilah "ajaran sesat" adalah satu istilah yang bersifat relatif kerana terdapat banyak takrifan
dan definisi yang telah diberikan oleh pelbagai pihak. Menurut Kamus Dewan, ajaran
ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan mazhab.
Manakala " sesat" pula ditakrifkan sebagai tidak mengikuti jalan yang betuI, tersalah (tersilap)
jalan, terkeliru (perbuatan, kepercayaan dan lain-lain) dan menyimpang daripada jalan yang
benar.2

Latar belakang ajaran Millah Abraham

Hari ini ancaman fahaman dan ajaran yang sesat dan menyeleweng ini semakin
meruncing di dalam masyarakat kita. Ia datang dalam pelbagai bentuk. Sepertimana yang
telah dirakam di dalam al-Qur’an betapa ruginya orang yang membuat atau mencari satu
aliran baru yang bercanggah dengan agama Islam.

Firman-Nya:

٨٥ َ‫َو َمن يَ ۡبتَغِ غ َۡي َر ٱ ۡ ِۡل ۡس َٰلَ ِم د ِٗينا فَلَن ي ُۡق َب َل ِم ۡنهُ َوه َُو فِي ٱ ۡۡل ٓ ِخ َرةِ ِمنَ ٱ ۡل َٰ َخس ِِرين‬

Maksudnya:

Barangsiapa yang mencari agama selain Islam, maka sesekali tidak akan diterima (agama
ini) dan di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi.

Satu aliran yang baru dari negara jiran Indonesia telah masuk ke negara ini dan semakin
tersebar di sekitar wilayah persekutuan dan Selangor yang dikenali sebagai ajaran Millah
Abraham@Ibrahim. Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan fatwa bahawa fahaman dan
ajaran tersebut adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam, dan telah
menyenaraikan ciri-ciri ajaran tersebut secara ringkas.3

1
Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia, Mohd Aizam Bin Mas’od. JAKIM 2013. Hlm 56
2
Kamus Dewan. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka
3
Jabatan Mufti Selangor, dikeluarkan pada 17 september 2015, Jil. 68. No.19. seksyen 47 Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha
Mulia Sultan.
Secara ringkas ajaran ini mula dikesan berkembang di Malaysia pada tahun 2013. Ajaran
Millah Abraham mempunyai persamaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) atau
Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa dan diwartakan sebagai menyeleweng pada
31 Mac 2011 yang lalu. Kumpulan ini didapati berasal dari Bogor, Indonesia yang diketuai
oleh Ahmad Musadeq yang pernah membawa aliran sesat Al-Qiyadah yang telah didirikan
oleh beliau pada tahun 2007. Beliau juga sering hadir ke Malaysia bagi tujuan penyebaran
ajaran tersebut.4 Kumpulan ini membuat dakwaan bahawa hanya ajaran yang dibawakan
mereka yang sebenar-benarnya Islam berbanding Islam yang diamalkan majoriti muslim di
seluruh dunia.

AJARAN DAN AMALAN MILLAH ABRAHAM

Kumpulan ini telah membawa ajaran dan amalan yang bercanggah dengan aqidah Ahli

Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan syariat Islam antaranya seperti berikut :

i. Membawa Ajaran Dan Kerajaan Baru (Millah Abraham@Ibrahim)


ii. Mendakwa Ada Rasul Selepas Nabi Muhammad S.A.W.
iii. Mensyirikkan Golongan yang Tidak Mengikuti Millah Abraham @ Ibrahim
iv. Menggabungkan tiga (3) ajaran agama Iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
v. Menyalah Ertikan Maksud Kiamat.
vi. Memahami al-Quran Mengikut Tafsiran Sendiri.
vii. Meninggalkan Solat Lima Waktu dan Solat Jumaat.
viii. Taksub Dan Memutuskan Hubungan Keluarga Dan Suami Isteri.
ix. Perjanjian (Bai’ah) Oleh Anggota Millah Abraham.

Penulis akan menghuraikan beberapa perkara berdasarkan ajaran dan amalan telah disebut

di atas. Antaranya ialah:

i. Memahami al-Quran Mengikut Tafsiran Sendiri.


Terdapat beberapa kaedah atau metode dan pendekatan yang digunakan dalam menafsirkan
ayat-ayat al-Quran oleh ajaran Millah Abraham ini. Antaranya yang telah dinyatakan sendiri oleh

4
Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan http://www.muftiwp.gov.my
Mahful M Hawary dalam bukunya yang bertajuk Teologi Abraham Membangun Kesatuan Iman
Yahudi, Kristen dan Islam merupakan antara buku yang digunakan oleh ajaran ini. Di dalam buku
ini telah dinyatakan bahawa metode yang digunakan adalah menganalisis ayat-ayat al-Kitab
(Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru) dan al-Quran, pendekatan yang digunakan adalah
pendekatan hermeneutik dengan menggunakan metode Tafsir al-ayat bi al ayat; scriptura interpres
scriptura (ayat menjelaskan ayat, Alkitab ditafsirkan oleh AlKitab sendiri), dan terkadang
menggunakan ayat al-Quran untuk memperkuatkan penjelasan ayat Alkitab itu sendiri ataupun
sebaliknya.

Ajaran ini juga menafsirkan al-Quran secara kontekstual dengan tafsiran sendiri contohnya
berkaitan tafsiran hari kiamat. Berdasarkan firman-Nya:

Kumpulan ini mengatakan bahawa hari kiamat yang dibahaskan di dalam ayat tersebut
bukanlah perkhabaran tentang hari kiamat, tetapi adalah gejala sosial yang berlaku didalam
masyarakat yang terjadi menjelang tegaknya kerajaan Tuhan iaitu Millah Abraham. Sekiranya hal-
hal diatas ibu-ibu penyusu akan melupakan anaknya yang disusukan, perempuan yang
menggugurkan kandungannya dan manusia mabuk padahal sebenarnya mereka mabuk tetapi tidak
mabuk yang dimaksudkan mabuk kehidupan didunia sehingga segala perbuatannya merusak
peradabannya sedang terjadi, maka menurut kumpulan ini kebangkitan tradisi Tuhan sudah dekat
dan Tuhan sedang memilih kembali sebuah umat untuk menegakkan deen dan memimpin umat
sekarang.

Perkara membatal dan merosakkan Iman

Terdapat beberapa ciri-ciri yang terdapat dalam ajaran sesat yang mnyebabkan terbatal dan
rosaknya iman seseorang. Antaranya:

a) Sumber al-Quran dan al-Hadith


i. Mempercayai wahyu masih lagi turun.
ii. Mengubah ayat dan maksud al-Quran dengan sengaja
iii. Al-Quran mempunyai makna batin berbeza dengan makna zahir.
b) Kenabian
i. Guru atau mereka yang membuat pengakuan

PENUTUP

Iman diumpamakan oleh al-Quran sebagai tanah yang subur. Sedangkan kekufuran dan
kesyirikan adalah tanah yang gersang. Di atas tanah yang subur inilah lahirnya tamadun yang
kukuh dan teguh bagi mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat dengan syarat ia dibina atas
keimanan, ketakwaan dan amal soleh.

Ajaran ini juga boleh mengancam keselamatan negara kerana telah merosakkan institusi
keluarga dengan berlakunya perceraian dan boleh menggugat perpaduan umat Islam di negara ini.
Kesimpulannya, sekiranya sudah jelas dan nyata kesalahan atau kesesatan sesebuah kumpulan
ajaran sesat dari segi aqidah, Syariat dan akhlak Islam, maka umat Islam wajar menolak ajaran
kumpulan sedemikian.

Anda mungkin juga menyukai