Anda di halaman 1dari 14

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

INSTITUTE OF MEDICAL SCIENCE AND TECHNOLOGY

ISU-ISU KOTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA


TAJUK: CIRI-CIRI AJARAN SESAT & CARA MENGATASINYA
DI MALAYSIA

AHLI KUMPULAN:
NAMA NOMBOR MATRIK
NUR AFIQAH BINTI ZULKIFLI 1221312145
NUR WAFA SORFINA BINTI AHMAD SHUKRI 12213121084

PENSYARAH:
PUAN AZRINA BT JONIT

TARIKH HANTAR:
4 NOVEMBER 2022

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA
SURAT

BAB 1: PENGENALAN 3

BAB 2.: CIRI-CIRI AJARAN SESAT 4

2.1 AJARAN SESAT DI MALAYSIA 5

2.1.1 AJARAN TASLIM 5

2.2.2 AJARAN AYAH PIN 6

BAB 3: CARA MENGATASI AJARAN SESAT DI MALAYSIA 7

3.1 ADUAN DAN APLIKASI SECARA ATAS TALIAN 7


3.2 PEMULIHAN AKIDAH 9

3.3 PENAPISAN MEDIA CETAKKAN 11

BAB 4: KESIMPULAN 13

BAB 5: RUJUKAN 14

2
PENGENALAN

1. Pengenalan
Islam adalah agama syumul yang merangkumi segenap aspek kehidupan

manusia yang tidak hanya terhad kepada akidah, ibadah, dan akhlak, tetapi ianya juga

merangkupi segala aspek muamalat. Oleh itu, kesyumulan agama Islam itu sendiri

dapat dilihat melalui kesempurnaan ajaran yang terkandung di dalamnya. Umum

mengetahui bahawa Islam adalah sebuah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T

kepada Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyusun dan mengatur kehidupan umat

manusia dalam kesemua aspek bagi memastikan umat manusia dapat menghayati

kehidupan yang mulia iaitu kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang

samada di peringkat individu dan bermasyarakat, di dunia dan seterusnya di alam

akhirat. Di samping itu, agama Islam juga merupakan agama fitrah dan lurus yang

bersesuaian dengan naluri manusia yang ingin menyembah dan berdoa kepada Allah

S.W.T. Hal ini kerana, apabila manusia berada dalam kesusahan dan penderitaan,

sudah menjadi fitrah manusia akan segera mencari tuhan untuk memohon

perlindungan dan bantuan.

Namun demikian, kadang kala akal dan hati manusia mudah ditundukkan oleh

hawa nafsu dan hasutan syaitan sehingga menyesatkan mereka yang tidak

menpunyai pendirian diri yang mantap, sekaligus menjerumuskan umat manusia

kedalam kancah penyelewengan akidah dan penerimaan ajaran sesat. Dalam konteks

ini, ajaran sesat telah di definisikan sebagai sebuah ajaran atau amalan oleh orang-

orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa mereka berada

pada landasan Islam yang benar tetapi sebaliknya mereka telah terjerumus kedalam

kancah kesesatan yang nyata bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

3
Hal ini demikian, merupakan salah satu cabaran yang bertapak dalam

perkembangan agama Islam sejak daripada zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah

kini. Sejak dahulu hingga kini, terdapat segelintir manusia yang pada namanya Islam

tetapi aqidah mereka terpesong daripada pegangan agama fitrah ini. Golongan

sebegini secara nyatanya terjebak kerana kejahilan diri mereka sendiri yang

cenderung mencari agama dengan jalan yang mudah bagi memenuhi kehendak dan

fahaman sendiri dari segi harta, kedudukan dan sebagainya sehingga mencemarkan

kesucian agama Islam melalui fahaman-fahaman atau amalan-amalan yang

bertentangan daripada syariat Islam sebenar.

2.0 Ciri-Ciri Ajaran Sesat

Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga kini,

terdapat kira-kira sebanyak 125 jenis kumpulan ajaran sesat telah bertapak secara

haram di tanah air Malaysia ini. Bagaimana pun dengan kerjasama Polis diRaja

Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Keselamatan Negeri

(MKN), orang awam dan beberapa agensi kerajaan yang lain, maka Jabatan Agama

Islam Negeri-Negeri berjaya mengawal perkembangan ajaran sesat tersebut dari

terus berleluasa.

Sesuatu fahaman atau ajaran itu dikatakan sesat apabila ia memenuhi salah

satu dari sepuluh ciri-ciri yang diputuskan oleh pakar agama atau Jawatankuasa

Fatwa seperti berikut:

• Mengingkari rukun iman dan rukun Islam

• Meyakini atau mengikuti akidah yang tidak sesuai dengan syarak

• Meyakini turunnya wahyu setelah al-Quran

4
• Mengingkari kandungan atau kebenaran al-Quran

• Melakukan pentafsiran al-Quran tanpa kaedah yang tepat

• Mengingkari kedudukan hadith Nabi sebagai sumber ajaran Islam

• Memperlekeh atau merendahkan para-Nabi dan Rasul

• Mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir

• Mengubah asas-asas ibadah yang telah ditetapkan syarak

• Mengkafirkan sesama muslim tanpa dalil syarie

2.1 Ajaran Sesat di Malaysia

2.1.1 Ajaran Taslim

Di Malaysia, ajaran sesat Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad

Matahari merupakan ajaran sesat yang dipercayai telah bertapak paling lama di dalam

komuniti sehingga abad ke-17 bermula di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau

Pinang. Menurut Jabatan Fatwa Negeri Pulau Pinang, ajaran Taslim atau ajaran Tuan

Haji Ahmad Matahari telah diklasifikasikan sebagai penyelewengan daripada ajaran

Islam yang sebenar. Hal ini kerana, anatara ciri-ciri ajaran ini yang terang-terangan

bertentangan dengan ajaran Islam adalah, beliau menggagap dirinya (Haji Ahmad

Matahari atau Haji Muhammad Syafie) sebagai pengganti Rasulullah s.a.w setelah

baginda wafat, menggangap Kitab Al-Quran adalah karangan manusia dan mushaf

yang sebenar dan asli hanya dimiliki oleh Rasul di Pulau Pinang, sembahyang

dilakukan secara niat dan tidak perlu kepada perbuatan dan bacaan (fe’li dan qauli)

dan beliau mentafsir ayat-ayat Al-Quran mengikut nafsunya sendiri.

5
2.1.2 Ajaran Ayah Pin

Ajaran ini telah diasaskan oleh Arifin bin Muhamad atau lebih dikenali sebagai gelaran

Ayah Pin dalam kalangan pengikutnya. Ajaran ini pada asalnya, berpusat di Kampung

Batu 13, Hulu Besut, Terengganu. Ayah Pin telah mendakwa bahawa dirinya adalah

wakil Tuhan bagi segala agama yang wujud di dunia ini. Manakala pengikut-

pengikutnya pula menganggap bahawa Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima

wahyu dari langit dan kerajaan langit dibawah kekuasaanya. Antara ciri-ciri ajaran

sesat yang dibawa oleh beliau antaranya adalah seperti Ayah Pin mempunyai kuasa

menyembuh segala penyakit dan sebutan namanya boleh menakutkan binatang buas,

menolak kepentingan mengucap dua kalimah syahadah di akhir kematian anak Adam,

dan mengada-adakan hukum syarak seperti nikah batin. Kesemua ajaran,pegangan

dan fahaman yang dibawa oleh Ayah Pin adalah bertentangan dengan akidah dan

syariah Islamiah sehingga boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam.

6
3.0 CARA MENGATASI AJARAN SESAT DI MALAYSIA

3.1 ADUAN DAN APLIKASI SECARA ATAS TALIAN

Dalam konteks era pascamoden, dunia kini dicanangkan oleh teknologi

maklumat dan komunikasi yang beralaf siber oleh kerana kewujudan generasi kini

yang semakin celik IT. Kelebihan ini telah digunapakai sepenuhnya oleh negara kita,

Malaysia dalam mengatasi ajaran sesat yang kian berleluasa dikalangan umat Islam.

Oleh itu, sebuah badan pelaksanaan urusan berkaitan hal-ehwal Islam di peringkat

negeri Selangor yang dikenali sebagai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah

menubuhkan beberapa buah bahagian kecil dibawahnya dengan skop tugasan

tertentu bagi memastikan gerak kerja yang lebih sistematik dan produktif. Di dalam

konteks ini, sebuah bahagian yang diberi nama Bahagian Pengurusan

Penguatkuasaan Undang-Undang ditugaskan untuk mencegah kemungkaran melalui

pengurusan penguatkuasaan yang mendaulatkan prinsip hak dan bathil dalam

perkara-perkara yang melibatkan aqidah, syariah akhlak.

Inisiatif yang diambil oleh bahagian ini adalah dengan mewujudkan talian bebas

tol dan pelancaran aplikasi Mobile Hotline pada tahun 2016 bagi membuka ruang

kepada masyarakat Islam di Malaysia membuat sebarang rujukan atau aduan

mengenai sebarang aktiviti yang disyaki terlibat dengan fahaman yang bercanggah

dengan ajaran asal agama Islam. Usaha JAIS dalam membina sebuah aplikasi Mobile

Hotline yang boleh dimuat turun di semua jenis telefon pintar telah memudahkan

masyarakat Islam di Malaysia untuk mendapatkan sebarang hebahan maklumat

secara sahih. Hal ini demikian menyebabkan segala persoalan dan kemusykilan yang

bermain diminda masyarakat terjawab tanpa pencanggahan dari nilai-nilai serta teras

ajaran Islam itu sendiri sama ada melalui tasawwuf, pengubatan, perbomohan,

7
dakwaan palsu dan perbandingan agama yang kini sering dilakukan secara langsung

dan di dalam media massa.

Malahan, sekiranya ada diantara masyarakat Islam di Malaysia yang ingin

membuat aduan mengenai ajaran sesat disekitar kawasan tempat tinggal mereka

namun dikhuatiri dirinya akan ditimpa masalah kelak, mereka boleh memilih untuk

membuat aduan secara atas talian bebas tol 1-800-88-224 kepada JAIS. Di dalam

konteks ini, identiti pengadu akan dirahsiakan dari pengetahuan awam. Sebarang

aduan yang diterima secara atas talian pula akan mengerahkan bahagian ini untuk

membuat siasatan, membuat kertas kerja bagi urusan pendakwaan, menyediakan

program-program berbentuk kefahaman Islam dan pelaksanaan sesi kaunseling

keatas pesalah laku ajaran sesat ini. Walaubagaimanapun, setiap aduan yang

diterima oleh bahagian ini akan diasingkan terlebih dahulu mengikut kategori tertentu

sebelum melalui prosedur ketat yang selanjutnya. Antara kategori-kategorinya ialah :

a) Tatacara penerima aduan

b) Tatacara pelaksanaan Tindakan aduan

c) Prosedur pengurusan rekod daftar aduan isu-isu teras agama

d) Prosedur pengumpulan data dan penyediaan statistic

e) Prosedur penyimpanan dan pelupusan rekod aduan

8
3.2 PEMULIHAN AKIDAH

Selepas zaman kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, hukuman bunuh akan

terus dilaksanakan atas kesalahan Nabi palsu tanpa diminta keatas pesalah untuk

bertaubat atau dipulihkan akidahnya. Walaubagaimanapun, hal ini bersesuaian

dengan darar yang berlaku dimana pesalah pada zaman itu bukan sahaja mengaku

diri sebagai Nabi malah mereka ini juga turut menentang Islam secara terang-

terangan sehingga memecah-belahkan umat Islam dan pelbagai lagi kemusnahan.

Berbeza pula pada zaman kini, dimana di Malaysia pesalah laku yang mengaku

dirinya Nabi dan membawa ajaran sesat kepada masyarakat setempat akan

dipenjarakan selama beberapa tahun dan didenda. Di dalam konteks ini, sepertimana

yang diperintahkan oleh mahkamah syariah Malaysia, pesalah akan diletakkan

dibawah kendalian Jabatan Penjara Malaysia untuk menjalini hukuman penjara

terlebih dahulu sebelum menjalani proses pemulihan. Persoalannya, apakah bentuk

pemulihan yang pesalah bakal lalui sepanjang tempoh pemenjaraannya? Adakah

pesalah benar-benar insaf dan bertaubat atas kesalahannya? Bagaimana pula jika

pesalah masih meneruskan aktiviti penyebaran ajaran sesatnya selepas dibebaskan?

Sama juga dengan sekiranya penyebar ajaran sesat ini menjalani proses

kaunseling biasa yang disediakan oleh pihak penjara dan menjalani kehidupan

hariannya seperti banduan lain, maka sukar bagi kita untuk memastikan akidahnya

telah diperbetulkan sepanjang tempoh itu. Bersangkutan dengan hal ini, akidah

seorang umat Islam itu sendiri akan menjadi tunggak utama dalam menentukan

perjalan hidupnya kerana akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan manusia

untuk membezakan diantara hak dan yang batil. Justeru itu, adalah lebih baik jika

proses pemulihan akidah dijalankan terus didalam penjara sama ada dengan

menugaskan pegawai agama untuk mengendalikan pesalah atau mengasingkannya

9
terus dari pesalah lain dan menempatkannya di blok khas untuk pesalah akidah. Di

dalam konteks ini, kerjasama antara pihak mahkamah syariah, Jabatan Penjara

Malaysia dan institusi seperti Jabatan Agama Islam diperlukan bagi menyelaraskan

perkara ini. Begitu juga dengan pengikut ajaran sesat itu sendiri, mereka juga

sewajarnya melalui proses yang sama dengan pesalah penyebar ajaran sesat iaitu

didakwa di mahkamah jika didapati bersalah, dijatuhi hukuman penjara dan diwajibkan

keatas mereka untuk melalui proses pemulihan akidah.

Berasaskan undang-undang seksyen 53 dan seksyen 54, Enakmen Jenayah

Syariah Selangor No. 9, 1995, sebuah pusat bimbingan Islam (PBI) telah ditubuhkan

sebagai sebuah tempat khas yang dipertanggungjawabkan untuk memurnikan serta

memulihkan akidah pesalah yang dikendalikan dibawah naungan Majlis Agama Islam

negeri. Hingga ke hari ini, hanya negeri Selangor sahaja yang berjaya menubuhkan

PBI ini dan menamakannya sebagai Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman manakala

tidak dinegeri lain. Walaubagaimanapun, diantara 15 orang pesalah yang dihantar ke

pusat ini, didapati bahawa tiada langsung diantara mereka merupakan pesalah ajaran

sesat. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk PBI yang diusulkan ini

digunakan sebaik mungkin di semua negeri sebagai pusat bimbingan dan kaunseling

bagi mereka yang memerlukan pemulihan akidah terutamanya dikalangan penyebar

dan pengikut ajaran sesat.

10
3.3 PENAPISAN MEDIA CETAKKAN

Media merupakan sebuah medium penting dalam menyampaikan sesebuah

informasi dan maklumat kepada masyarakat setempat dimana ianya mampu

membawa kepada perkembangan umat Islam ke hadapan. Tidak dinafikan bahawa

kewujudan media membuka laluan kepada kepesatan kemajuan Islam kerana

kemampuan media itu sendiri untuk mengeksploitasikan ajaran Islam keseluruh

negeri dan pelosok dunia. Dalam konteks ini, peranan media mampu mempengaruhi

polar pemikiran dan tingkah laku seseorang khususnya terhadap golongan remaja

dan kanak-kanak kerana kecenderungan mereka dalam penggunaan media. Hal ini

demikian kerana, kesan media dapat mempengaruhi seseorang individu dalam jangka

masa yang singkat dan mempengaruhi penggunanya dengan cepat. Namun begitu,

media juga mampu memberi kesan jangka masa panjang sehingga memberi

perubahan kepada individu pada waktu yang lama.

Menyedari akan hakikat itu, Malaysia telah mewujudkan Unit Penapisan Media

yang berperanan dalam membuat semakan dan penapisan bahan-bahan penerbitan

yang berunsurkan Islam terhadap media cetakan seperti majalah, buku, akhbar,

manuskrip dan sebagainya. Justeru itu, segala jenis media cetakan yang dibawa dari

luar untuk masuk ke dalam Malaysia akan dikaji dan dibuat penelitian terlebih dahulu

oleh unit ini sebelum dikeluarkan di pasaran bagi mengelakkan berlakunya sebarang

penyelewangan akidah, syariah dan akhlak diantara masyarakat Islam Malaysia.

Hasilnya, dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, unit ini telah berjaya

mengenal pasti kira-kira 2000 contoh media cetakan yang mempunyai unsur-unsur

penyelewengan akidah dan ajaran sesat. Oleh yang demikian, sebahagian usaha

yang dilakukan oleh kerajaan ini membuahkan hasil apabila media cetakan yang dijual

di pasaran masih berlandaskan ajaran asal agama Islam. Namun begitu, masyarakat

11
Islam masih diingatkan supaya berhati-hati dalam membeli dan membaca media

cetakan yang berunsurkan agama.

Dari masa ke masa, Unit Penapisan Media negara kita sehingga ke hari ini

seringkali melakukan pemantuan dan tinjauan lapangan bagi mengesan sekiranya

masih terdapat bahan cetakan yang diwartakan haram masih berada di pasaran

ataupun tidak. Di dalam konteks ini, bagi mengurangkan risiko berlakunya ajaran

sesat dikalangan masyarakat, unit ini turut akan menyemak dan mengesahkan teks

Al-Quran atau bahan terbitan al-Quran yang diedarkan atau digunakan adalah

disahkan betul berdasarkan Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986. Hal ini demikian

kerana, akta yang digunakan ini menggariskan beberapa panduan penting yang

dikeluarkan oleh JAKIM sebagai Langkah kawalan terhadap segala kegiatan

komersial ayat-ayat Al-Quran. Malahan, Unit Penapisan Media Cetakan ini juga diberi

kuasa untuk bertindak sekiranya terdapat kesalahan penerbitan agama yang

bertentangan dengan Hukum Syarak dibawah Seksyen 13 (1) a&b dan (2) Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah.

12
4. KESIMPULAN

Menyedari hakikat diatas, tidak dinafikan bahawa tugas menangani ajaran

sesat dan penyelewengan akidah dari landasan asal agama Islam amatlah berat dan

mencabar kerana ianya memerlukan pendekatan yang teliti dalam memastikan

sesuatu ajaran sesat itu dapat dicegah sepenuhnya. Justeru itu, masyarakat Islam di

Malaysia dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam menuntut ilmu agama agar

tidak terpesong dari landasannya. Menuntutlah dari sumber yang sahih. Di dalam

konteks ini, masyarakat Islam sewajarnya memahami dan mempunyai pandangan

yang pelbagai dalam memahami konsep serta definisi ajaran sesat. Hal ini kerana,

golongan masyarakatlah golongan pertama yang dapat menghidu atau mengetahui

sama ada wujud ataupun tidak sebarang aktiviti berkaitan ajaran sesat ini.

Selain itu, para pendakwah juga mestilah memastikan sesebuah ilmu yang

disampaikan kepada masyarakat itu bersandarkan sumber hukum syarak iaitu Al-

Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas yang sahih berpandukan akidah Ahli Sunnah Wal-

Jama’ah. Hal ini demikian kerana, kerjasama dari semua pihak termasuklah orang

awam, pihak kuasa agama, agensi persekutuan dan ahli politik amatlah diperlukan

supaya kita dapat sama-sama meletakkan agenda pembasmian ajaran sesat sebagai

sebuah keutamaan pada masa kini. Perkara ini bertepatan dengan konsep amar

makruf nahi mungkar yang ditekankan didalam Islam iaitu untuk menuntut sumbangan

dari semua pihak dan perlu dilihat serta dibendung secara menyeluruh. Oleh hal yang

demikian, kriteria-kriteria ajaran sesat merupakan tonggak asas yang perlu

disebarkan kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana dikhuatiri bahawa golongan

yang kurang arif dengan agama akan mudah cenderung untuk melakukan amalan

agama yang dianggap pintas, mudah dan sesuai dengan corak hidup mereka tanpa

mengetahui ianya mampu membawa kepada kesesatan.

13
5. RUJUKAN

1. Mohd Yazid, N.S., Shuhari, M.H. and Abdul Wahid, N. (2020) “[roles of

Selangor Islamic Religious Department to handle extremist issues in selangor]

peranan jabatan agama islam selangor (jais) Dalam Menangani Isu

Ekstremisme di Selangor,” Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 21(1),

pp. 214–226. Available at: https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21.1.473.

2. Siti Zubaidah, I. (2010) Menangani Ajaran sesat di kalangan umat islam:

Perspektif Undang-Undang Dan Pentadbiran, Jurnal Syariah. Available at:

https://core.ac.uk/display/297579177 (Accessed: November 2, 2022).

3. Mustafa@Busu, Z. and Junoh, N. (1970) Prosedur Dan Bidangkuasa

Bahagian Penyelidikan jabatan agama islam negeri johor (Jainj): Analisa

Kaedah Menangani Kes-Kes Ajaran SESAT / Zanirah Mustafa@Busu Dan

Noraini Junoh, UiTM Institutional Repository. Academy of Contemporary

Islamic Studies (ACIS). Available at: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54447/

(Accessed: November 2, 2022).

4. Laman Web Rasmi Jabatan mufti Negeri Perak darul ridzuan. (n.d.).

Retrieved November 4, 2022, from

http://mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/koleksi_umum/warta_kerajaan

/ayahpin.pdf

5. Jakim : E-SMAF V1. E. (n.d.). Retrieved November 4, 2022, from http://e-

smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/16073

6. Mohamed, Z. (2017, December 19). Ajaran sesat.pdf. Academia.edu.

Retrieved November 4, 2022, from

https://www.academia.edu/35466963/ajaran_sesat_pdf

14

Anda mungkin juga menyukai