Anda di halaman 1dari 20

KONSEP MIMPI MENURUT PERSPEKTIF

PEMIKIRAN ISLAM

MOHAMMAD SAIFUDDIN BIN TALIB

JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2010
KONSEP MIMPI MENURUT PERSPEKTIF
PEMIKIRAN ISLAM

MOHAMMAD SAIFUDDIN BIN TALIB

DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK


MEMENUHI IJAZAH SARJANA USULUDDIN
BAHAGIAN II
SECARA (BERKURSUS DAN DISERTASI)

JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2010
MOTTO

        

         

Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam


Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya ; dan
janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan ; sesungguhnya
syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Surah al-Baqarah (2): 208

ii
ABSTRAK

MOHAMMAD SAIFUDDIN BIN TALIB : “Konsep Mimpi Menurut


Perspektif Pemikiran Islam”. Disertasi Jabatan Akidah dan Pemikiran,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
2010. Penyelidikan ini adalah mengenai persoalan mimpi yang menjadi
agenda perbincangan yang popular di kalangan masyarakat. Pengalaman
lumrah bagi setiap umat manusia sejajar dengan kewujudan mereka di
muka bumi. Disertasi ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah
kefahaman dan kepercayaan masyarakat terhadap mimpi yang dialami.
Selain dari itu, penyelidikan ini juga bertujuan untuk meneliti serta
mengenal pasti setakat mana pengaruh mimpi dalam kehidupan
masyarakat dari pelbagai peringkat, status dan kedudukan sehingga
menimbulkan rentetan polimik pemikiran terhadap masyarakat khususnya
masyarakat Islam. Penulisan ini dibahagikan kepada empat bab utama
yang dapat disimpulkan seperti berikut. Bab pertama merupakan sinopsis
tajuk yang dibincangkan merangkumi pengenalan mimpi dan
perkembangannya dalam pemikiran secara tradisi mahupun moden.
Perbincangan ini penting kerana berkait rapat dengan konsep mimpi
bersumberkan Islam yang dikaji. Bab kedua pula mengandungi perbahasan
mengenai pengertian mimpi dari segi bahasa dan istilah, persamaan dan
perbezaan menurut kaca mata sarjana dari pelbagai disiplin ilmu. Bab yang
ketiga menghuraikan mimpi berdasarkan pandangan al-Qur’ān dan al-
Sunnah dari pelbagai dimensi mencakupi perkaitan dengan alam ghaib,
jenis-jenis, kaedah-kaedah, sangkutannya dengan hukum syarak melalui
pandangan ulama pro / kontra, kesahan mimpi, kebolehpercayaannya,
sebagai sumber wahyu, berita gembira atau pengalaman tidur yang biasa
bagi manusia. Bab ini diakhiri dengan pentakwilan mimpi. Bab yang
keempat dan terakhir memperkatakan tentang maklumat penting yang
ditemui dalam kajian disertasi, cadangan dan harapan penulis disertasi
mengenai mimpi kepada golongan khalayak khususnya umat Islam.
Akhirnya dipaparkan kesimpulan tentang mimpi melalui lensa teropong
Islam.

iii
ABSTRACT

MOHAMMAD SAIFUDDIN BIN TALIB ; Concept Of Dream According


To The Perspective Of Islamic Thought. Dissertation Submitted to
Department of Aqidah and Islamic Thought, Academy Of Islamic Studies,
University Of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia 2010. This research is to
unveil the question of dream which is on the agenda of discussion and a
popular issue among the public at large. It is a common experience to each
and every human being throughout the world in accordance to their existence
on earth. This dissertation aims to escertain the extent of peoples’ belief about
dream they experienced. Apart from that, the research has the objective of
viewing and identifying how far the influence of dream in the livelihood of
the public at all level, the status and position which ultimately creating social
polemic particularly the belief of Muslim community. The writing is divided
into four main chapters which can be aim be simplified as follows. Chapter
one is a synopsis of title in discussion including introduction to dream as well
as its development traditionally and during this modern world. This
discussion is vital as it is interrelated with the concept of dream through
Islamic perspective which is under study. Chapter two consists of the debate
on the meaning of dream according to linguistic and terminology, similarities
and differences from the viewpoint of different schools of thought to every
individual. Chapter three explains the issue of dream based on al-Qur’ān, al-
Sunnah from all angle connected to mystical world, types of dream, method
and its relations to Islamic law, conflicting views of scholars, validity and
reliability as devine revelation sources, glad tidings or a matter of normal
sleeping experience. This chapter is concluded with expositions of dream.
Chapter four and the final part elaborated on the important information
available during the research, suggestions and opinion pertaining to dream
by the public especially the Muslims, the expectation of the writer and
dream’s conclusion from Islamic point of view.

iv
‫ﺍﻟﺘﻤﻬﻴﺪ‬

‫ﳏﻤﺪ ﺳﻴﻒ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺑﻦ ﻃﺎﻟﺐ ‪ ,‬ﻣﺒﺪﺃ ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ ﰱ ﻧﻈﺮﺓ ﺍﻟﻔﻜﺮﺓ ﺍﻷﺳﻼﻣﻴﺔ ﺭﺳﺎﻟﺔ ﻣﺎ ﺟﺴﺘﺮ‬
‫ﻛﻠﻴﺔ ﺃﺻﻮﻝ ﺍﻟﺪﻳﻦ ‪ ,‬ﺍﻛﺎﺩﻣﻴﺎ ﺍﻟﺪﺭﺍﺳﺎﺕ ﺍﻷﺳﻼﻣﻴﺔ ‪,‬ﺟﺎﻣﻌﺔ ﻣﻼﻳﺎ ‪,‬ﻛﻮﺍﻻ ﳌﻔﻮﺭ‪ ,‬ﻣﺎﻟﻴﺰﻳﺎ‬
‫‪ ۲۰۰۸‬ﻡ‪ .‬ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺒﺤﺚ ﻣﺎ ﻳﺘﻌﻠﻖ ﲟﺴﺌﻠﺔ ﺍﻟﺮﺅﻳﺔ ﺍﻟﱵ ﲡﻌﻞ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﱪﺍﻣﺞ ﺍﳌﺸﻬﻮﺭﺓ ﰲ ﺩﺍﺧﻞ‬
‫ﺍ‪‬ﺘﻤﻊ‪ .‬ﺍﳋﱪﺓ ﺍﻟﻼﺯﻣﺔ ﻟﻜﻞ ﺍﻧﺴﺎﻥ ﺗﻨﺎﺳﺐ ﻟﻮﺟﻮﺩﻫﻢ ﻋﻠﻰ ﻫﺬﻩ ﺍﻷﺭﺽ ‪ .‬ﻫﺬﻩ ﺍﳌﺴﺌﻠﺔ‬
‫‪‬ﺪﻑ ﺍﱃ ﺍﺩﺭﺍﻙ ﻟﺪﻯ ﻓﻬﻢ ﺍ‪‬ﺘﻤﻊ ﻭﺍﻋﺘﻘﺎﺩﻫﻢ ﺑﺎﻟﺮﺅﻳﺎ ‪.‬ﻭﻏﲑﺫﻟﻚ‪ ,‬ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺒﺤﺚ ﻳﻬﺪﻑ ﺍﱃ‬
‫ﺗﺄﻣﻞ ﻭﻣﻌﺮﻓﺔ ﻣﺪﻯ ﺗﺄ ﺛﲑﻫﺎ ﰱ ﺣﻴﺎﺓ ﺍ‪‬ﺘﻤﻊ ﻣﻦ ﻧﻮﺍﺣﻴﻬﺎ ﺍﳌﺨﺘﻠﻔﺔ ﺍﻟﱵ ﺗﺆﺩﻯ ﺍﱃ ﺍﺧﺘﻼﻑ‬
‫ﺭﺅﻳﺎ ﺍ‪‬ﺘﻤﻊ ﺧﺼﻮﺻﺎ ﰱ ﻓﻜﺮﺓ ﺍ‪‬ﺘﻤﻊ ﺍﻷﺳﻼﻣﻲ‪ .‬ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺒﺤﺚ ﻳﻨﻘﺴﻢ ﺍﱃ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺃﺑﻮﺍﺏ‬
‫ﺍﻟﺮﺋﻴﺴﺔ ﺍﻟﱴ ﲣﻠﺺ ﻛﺎﻟﻶ ﰐ‪ .‬ﺍﻟﺒﺎﺏ ﺍﻷﻭﻝ ﻳﻜﻮﻥ ﳐﻠﺼﺎ ﻣﻦ ﺍﳌﻮﺿﻮﻉ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺒﺤﺚ ﻓﻴﻪ‬
‫ﻣﺸﺘﻤﻼ ﻣﻘﺪﻣﺔ ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ ﻭﳕﻮﻫﺎ ﰱ ﻓﻜﺮ ﺍﻟﻄﺮﻕ ﺍﻟﺘﻘﻠﻴﺪﻳﺔ ﻭﺍﳊﺪﻳﺜﺔ‪ .‬ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺒﺤﺚ ﻣﻬﻢ ﻷﻧﻪ‬
‫ﻳﺘﻌﻠﻖ ﺑﺎﳌﺒﺪﺃ ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ ﻣﺼﺪﺭﻫﺎ ﺍﻷﺳﻼﻡ ﺍﳌﺒﺤﻮﺙ‪ .‬ﺍﻟﺒﺎﺏ ﺍﻟﺜﺎﱏ ﳛﺘﻮﻯ ﺍﻟﺒﺤﺚ ﻋﻦ ﺗﻌﺮﻳﻒ‬
‫ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ ﻣﻦ ﺣﻴﺚ ﺍﻟﻠﻐﺔ ﻭﺍﻷﺻﻄﻼﺣﺎﺕ‪ ,‬ﺍﳌﺴﺎﻭﺍﺕ ﻭﺍﳌﺨﺘﻠﻔﺎﺕ ﰱ ﻧﻈﺮﺓ ﺍﳋﱪﺃ ﻣﻦ ﳐﺘﻠﻒ‬
‫ﻧﻈﻢ ﺍﻟﻌﻠﻮﻡ‪ .‬ﺍﻟﺒﺎﺏ ﺍﻟﺜﺎﻟﺚ ﲢﻠﻴﻞ ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ ﻣﺒﲎ ﻋﻠﻰ ﻧﻈﺮ ﺍﻟﻘﺮﺃﻥ ﻭﺍﻟﺴﻨﺔ ﻣﻦ ﺟﻮﺍﻧﺐ ﳐﺘﻠﻔﺔ‬
‫ﺗﺸﺘﻤﻞ ﺑﺎﻟﻌﺎﱂ ﺍﻟﻐﻴﺐ‪ ,‬ﺍﻧﻮﺍﻋﻬﺎ ﻭﻗﻮﺍﻋﺪﻫﺎ ﺍﳌﺘﻌﻠﻘﺔ ﺑﺎﻷﺣﻜﺎﻡ ﺍﻟﺸﺮﺍﺋﻊ ﻋﱪ ﺃﺭﺃ ﺍﻟﻌﻠﻤﺄ‬
‫ﺍﳌﺆﻳﺪﻳﻦ ﻭﺍﳌﻌﺮﺿﲔ ‪ .‬ﺻﺪﻕ ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ ﻭﺛﻘﺘﻬﺎ ﻛﺄ‪‬ﺎ ﻣﺼﺪﺭ ﺍﻟﻮﺣﻰ‪ .‬ﻭﻛﺎﻧﺖ ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ ﺑﺸﲑﺍ‬
‫ﻭﺧﱪﺓ ﺍﻟﻨﻮﻡ ﻋﺎﺩﺓ ﳊﻴﺎﺓ ﺍﻻﻧﺴﺎﻥ ‪ .‬ﺍﺧﺘﺘﻢ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺒﺤﺚ ﺑﺎﻟﺘﺄﻭﻳﻞ ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ‪ .‬ﺍﻟﺒﺎﺏ ﺍﻟﺮﺍﺑﻊ‬
‫ﻭﺍﻷﺧﺮ ﻳﺘﺤﺪﺙ ﻋﻦ ﺍﳌﻌﻠﻮﻣﺎﺕ ﺍﳍﺎﻣﺔ ﺍﻟﱴ ﺗﻮﺟﺪ ﰱ ﺩﺭﺍﺳﺔ ﺍﻟﺒﺤﺚ ﻣﻦ ﺍﻗﺘﺮﺍﺣﺎﺕ ﻭﺭﺟﺄ‬
‫ﺍﻟﺒﺎﺣﺚ ﻋﻦ ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ ﻋﻨﺪ ﺍ‪‬ﺘﻤﻊ ﺧﺼﻮﺻﺎ ﺍﻣﺔ ﺍﳌﺴﻠﻤﲔ‪ .‬ﻭﺃﺧﲑﺍ ﺗﻌﺮﺽ ﺧﻼﺻﺔ ﻋﻦ ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ‬
‫ﺑﻮﺍﺳﻄﺔ ﻧﻈﺮﺓ ﺍﻻﺳﻼﻡ ﻭﺍﳌﺴﻠﻤﲔ‪.‬‬
PENGHARGAAN

(‫)ﺑﺴﻢ ﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﯿﻢ‬

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat

dan salam kepada Nabi Junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, para

sahabat dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang tercinta. Alhamdulillah

lautan kesyukuran yang tidak terhingga dihamparkan ke pangkuan Ilahi kerana

dengan taufik, hidayah dan inayah-Nya maka disertasi ini dapat juga diselesaikan

walaupun terpaksa melalui proses perjalanan masa yang agak panjang. Namun

penulis tetap sedar, tanpa kerjasama, bantuan dan gandingan semua pihak, tidak

mungkin disertasi ini meniti ke penghujungnya. Menyedari hakikat itu, penulis

mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua

pihak yang telah sudi memberikan pelbagai dimensi sumbangan.

Pertama sekali penghargaan khusus buat insan tersayang bergelar isteri, Rozaini

binti Haji Osman yang tidak pernah jemu memberi sumbangsaran menitipkan

semangat, dorongan dan sokongan kepada penulis sehingga berjaya menyiapkan

disertasi ini. Sokonganmu menjadi sumber inspirasi. Doamu menyuntik barakah.

Namun tidak pernah terlintas untuk menodai kepercayaan dan pengorbanan yang

ternyata modal berharga. Segala teguran dan pandangan menjadi halwa telinga

lalu mengolah kemantapan pemikiran penulis. Insya Allah kejayaan menjadi

galang gantinya sebagai bukti keazaman diri penulis. Jasamu akan terpahat di

ingatan selagi hayat dikandung badan.

v
Seterusnya sekalung terima kasih kepada penyelia disertasi ini, Yang

Berbahagia Prof.Madya Dr.Wan Zailan Kamaruddin bin Ali yang telah banyak

melapangkan masa memberikan buah fikiran ke arah pencetusan idea untuk

membimbing penulis. Dorongan semangat dan cambahan minda dari pihak tuan

menyuntik inspirasi kepada penulis untuk menamatkan penulisan disertasi ini.

Tidak dilupakan ibunda tercinta yang tidak putus berdoa untuk kejayaan

anaknya. Pengorbananmu sepanjang rentatan hidupku menjadikan daku seorang

insan bergelar muallim meneruskan usaha murabbi. Memberikan peluang untuk

menyebarkan ilmu membangkitkan nafsi untuk membentuk kelompok madani.

Maaf sekiranya ada tanggung jawab anakanda terhadap bonda yang terabai

sepanjang anakanda menjalankan disertasi ini lantaran kekangan masa yang

mengikat.

Kepada anak-anak tersayang, keprihatinan kalian terhadap impian

ayahanda selama ini amat dihargai. Semoga menyuntik inspirasi di sisi kalian

untuk menimba ilmu duniawi dan ukhrawi. Setinggi bintang di langit seluas langit

terbentang. Pembesaran anakanda sekelian di depan mata ayahanda, mengajarku

erti tanggungjawab betapa besarnya amanah dipikul. Kadang kala mengundang

gusar tidak terpikul beban digalas. Namun harapanku pada kalian, moga menjadi

insan cemerlang bertatah terbilang. Semoga usaha ayahanda nan sedikit ini

menyuntik semangat di benak hati agar mengisi ilmu mentarbiahkan sahsiah.

vi
Akhir kalam penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang turut membantu secara langsung dan tidak langsung. Terutamanya

rakan-rakan seperjuangan, barisan penulis bahan ilmiah rujukan, pemudahcara

dan semua pihak yang memberikan kerjasama sehingga merealisasikan penulisan

disertasi ini dengan jayanya.

Ikhlas dari penulis,

MOHAMMAD SAIFUDDIN BIN TALIB 20 Jun 2008


No.96, Jalan 3/2, Taman Kristal, Fasa Dua, 16 Jamadil akhir 1429
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

vii
JADUAL TRANSLITERASI

Ejaan yang digunakan di dalam tesis ini berdasarkan sistem ejaan baru Bahasa
Malaysia. Manakala perkataan-perkataan Arab dieja berdasarkan sistem
transliterasi seperti berikut :

Konsonen

viii
Vokal

Di samping huruf-huruf di atas, sistem vokal arab ada vokal pendek, vokal
panjang dan diftong. Selain itu, untuk perkataan Arab yang bertanwin, tiga simbol
digunakan. Penulisan ini juga menggunakan tanda-tanda ini untuk menepati
pembacaan dan penulisan terhadap huruf-huruf konsonan Arab, sebagaimana di
bawah:

ix
SENARAI SINGKATAN KATA

a.s : A’layh al- Salam


Abd. : Abdul
ABIM : Angkatan Belia Islam Malaysia
Bhs : Bahasa
c : Cetakan
DBP : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr : Doktor
Ed : Edisi
et-al : Terdapat editor lain selainnya bagi sesebuah buku atau mengambil
tempat beberapa nama penulis buku selain dari penulis pertama buku
berkenaan.
h. : Halaman
Hj : Haji
Ibid : Ibiden; rujukan pada tempat, kitab, fasal atau halaman yang sama.
KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
Op. Cit : Opera Citato; rujukan pada tempat, kutipan yang telah disebutkan.
peny. : Penyunting
Prof. : Profesor
r.a : Radiyallahhu `Anha.
r.a : Radiyallahu `Anhu
S.A.W. : Sallallahu `A`laihi Wassalam
S.W.T : Subhanahu Wa Taa`la
Sdn. Bhd : Sendirian Berhad
terj. : Terjemahan
UKM : Universiti kebangsaan Malaysia
UM : Universiti Malaya

x
NUKILAN TAQWA

Ya Allah.....
Lautkan aku dengan syukur
Tenggelam dihempas gelora qanā`ah
Lemaskan daku di pantai redha
Simbahkan daku dengan ombak barakah
Tambahkan daku sekelumit ilmu-Mu
Sejajar amanat-Mu kepada kekasih-Mu
Melalui seruan Iqra’ di teduhan Hira’
Kuatkan semangat dan keazamanku Rabbi
Terus menggali mutiara-Mu kalam nan suci

Ya Rasul......
Jejakmu sedaya ku ikuti
Pesananmu memenuhi minda
Uswahmu menjadi idola
Amanat sunnahmu menjadi pedoman
Jejak ilmu menyusur ke China
Tuntut ilmu satu kewajipan
Enjutan buaian bernoktah liang lahat
Membakar semangat menggali khazanah
Agar menjadi panduan buat umat
Menjadi amal kehidupan sebentar
Sekuman bakti di maya-Mu Rabbi

Guru-guruku......
Terima kasih daku ungkapkan
Ilmu dan panduan ibarat hujan
Menyimbah bumi dilanda kemarau
Lalu menumbuh pepohonan rendang
Menjadi suluhan di waktu gelap
Agar terang lagi bersuluh
Tangan diangkat doa dipohon
Khidmat jasamu bertatah pahala
Moga mendulang semadian syurga

Kaum keluargaku.......
Ibuku berkat doamu meningkatkan insani
Mencerna insan balutan potensi
Engkau menjadi mithali di mataku
Moga hidupmu lingkungan ilahi

xi
Adik beradikku sokongan kalian sentiasa padu
Ibarat tali bersimpul mati
Menebalkan lagi jati diriku
Aurakan fitrah perkasa diri
Bendungan ilmu benteng syafaat

Anak-anak permata hati


Moga semangatku sumber inspirasi
Timba ilmu tingkat kualiti
Di bumi Allah bergelar pencari
Menagih ilmu memantap khuluqi
Agar terdampar gulungan karami

Isteriku kekasih hati


Sokongan dikibar melayarkan misi
Susuri pengkalan paradigma madani
Lalu bersandar santaian kualiti

Kawan-kawanku......
Idea dan pendapat melakar ilham
Kerjasama disangga meringan beban
Tersungkur daku hamparan harapan
Segala sumbangan susuran keikhlasan
Mengolah jihad dambaan Tuhan
Agar umat kepungan rahmat
Mengait taqwa julaian iman
Tanda Islam resepi hayat.

xii
DAFTAR ISI

Kandungan Halaman

Motto ii

Abstrak iii

Penghargaan v

Jadual Transliterasi viii

Senarai Singkatan Nama x

Dedikasi xi

Daftar Isi xiii

xiii
Tajuk: KONSEP MIMPI MENURUT PERSPEKTIF PEMIKIRAN

ISLAM

BAB PERTAMA

HALAMAN
1.1 Pendahuluan 1

1.2 Sinopsis 7

1.3 Pengertian Tajuk 9

1.3.1 Perumusan Tajuk Permasalahan 13

1.4 Tujuan Penyelidikan 14

1.5 Metodologi Penyelidikan 16

1.5.1 Metod Penentu Subjek 19

1.5.2 Metod Pengumpulan Data 19

1.5.3 Metod Observasi 22

1.5.4 Metod Histories 22

1.5.5 Metod Analisa 23

(i) Metod Deduktif 24

(ii) Metod Induktif 24

(iii) Metod Komparatif 24

1.6 Sumber-Sumber Data 25

1.7 Sistematika Penulisan 25

1.8 Penutup 27

xiv
BAB DUA

KONSEP MIMPI

2.1 Mimpi Dari Segi Bahasa 28

2.2 Mimpi Dari Segi Istilah 34

2.2.1 Istilah Mimpi @ al-Manām / al-Ru’ya / 41

al-H͎ulm Dalam al-Qur’ān

2.2.2 Istilah Mimpi @ al-Manām / al-Ru’ya / 44

al-H͎ulm Dalam al-H͎adith

2.3 Istilah-Istilah Yang Berkaitan Dengan Mimpi 46

(Sinonim)

2.4 Istilah-Istilah Yang Berkaitan Dengan Mimpi 50

(Antonim)

xv
BAB TIGA

PERBAHASAN KONSEP MIMPI MENURUT PERSPEKTIF


PEMIKIRAN ISLAM

3.1. Mimpi Menurut Pandangan al-Qur’ān al-Karim 54

3.2. Mimpi Menurut Pandangan al-H͎adith dan al-Sunnah. 57

3.3. Hakikat Mimpi Dan Hubungannya Dengan Alam Ghaib. 64

3.4. Bentuk-Bentuk Dan Kaedah-Kaedah Mimpi. 70

3.5. Jenis-Jenis Mimpi ( Pandangan al-Qur’ān dan al-H͎adith )

Khusus Mimpi Para Nabi, Para Rasul, Wali-Wali Allah

dan Orang Kebanyakan. 72

3.6. Mimpi dan Hubungannya Dengan Hukum Syarak Pandangan

Ulama-Ulama Muktabar : Epistimologi Sebagai Sumber Ilmu,

Pro dan Kontra, Sumber Maklumat dan Sejauh Mana Mimpi

Boleh Diterima Pakai. 80

3.6.1 Pendirian Islam Terhadap Ilham, al-Kasysyāf dan Mimpi. 82

3.7. Mimpi Hanyalah Semata-Mata Berita Yang Menggembirakan

Atau Berita-Berita Amaran. 90

3.8. Mimpi dan Pentakwilan Mimpi.


91

xvi
BAB EMPAT

PENUTUP

4.1. Kedudukan dan Status Mimpi 102

4.2. Maklumat Penting Tentang Kajian Disertasi Penulis. 104

4.3. Cadangan dan Saranan Untuk Generasi Umat Islam Kini

Mengenai Persoalan Mimpi. 108

4.4. Harapan Penulis Sebagai Menjawab Segala Persoalan

Masyarakat Tentang Mimpi. 111

4.5. Rumusan dan Kesimpulan Tentang Mimpi Dari Perspektif

Pemikiran Islam. 115

BIBLIOGRAFI

Rujukan utama 125

Rujukan Bahasa Arab 125

Rujukan Buku-buku Bahasa Melayu / Indonesia 126

Kamus dan Ensiklopedia 128

Jurnal, Majalah, Akhbar dan Laman Web 130

xvii
PENDAHULUAN

Anda mungkin juga menyukai