Anda di halaman 1dari 18

PENYELEWENGAN AQIDAH - ISU, MASALAH DAN CARA PENYELESAIANNYA

1. MUQADDIMAH 2. AJARAN-AJARAN SESAT YANG DIKENALPASTI 2.1 AJARAN SYIAH 2.2 AJARAN QADIANI 2.3 AJARAN BAHA'I 2.4 AJARAN ANTI HADIS 2.5 AJARAN AL ARQAM 2.6 AJARAN-AJARAN TAREKAT DAN TASAUF YANG SESAT 3. AJARAN-AJARAN SESAT YANG SAMAR DAN DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT ISLAM TANPA DISEDARI 4. MASALAH-MASALAH AJARAN SESAT 4.1 Sebab-Sebab Berlaku 4.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENYELEWENGAN AQIDAH BERLAKU SECARA BERTERUSAN 5. CARA PENYELESAIANNYA 6. PENUTUP

1. MUQADDIMAH Beragama dan beraqidah adalah satu naluri semulajadi manusia sama ada secara betul atau salah. Sebenarnya tiada manusia yang tidak beraqidah walaupun pada zahirnya dia mengingkari Tuhan. Ugama atau aqidah adalah sesuatu yang anih di dalam dunia ini dan sukar untuk di mengerti. Kerananya manusia sanggup bermusuhan, berperang dan mati. Walaupun sesuatu aqidah itu buruk dan hina pada pandangan sesuatu golongan tertentu tetapi bagi orang-orang yang menganutinya, itulah yang paling indah dan mulia di dalam hidupnya. Mungkin kita kehairanan apabila melihat kalangan orang-orang Hindu merenjiskan air kencing lembu di sudut-sudut rumahnya kerana mengharapkan keberkatan daripadanya. Lebih hairan lagi, mereka sanggup menyucuk diri mereka dengan besi-besi tajam kononnya untuk menghapuskan dosa mereka. Kita kehairanan juga melihat orang-orang yang memutuskan hubungan langsung dengan dunia - tiada erti wanita dan harta dalam

kehidupannya. Bagi mereka, untuk mendampingi Tuhan, semestinya manusia memutuskan hubungan dengan segala sesuatu yang dianggap mata benda dunia. Demikianlah dapat dilihat pada orangorang Kristian dan Buddha. Paling malang ialah manusia yang mendakwa tidak beragama tetapi kerana tuntutan nalurinya pada ketika-ketika tertentu mereka bertafakur di hadapan kubur orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai manusia agung dan telah berjasa kepada mereka. Orangorang yang yang secara tidak disedari oleh mereka telah dianggap sebagai jelmaan "roh-roh ghaib' atau kuasa ketuhanan. Pada ketika-ketika yang lain pula mereka mengelilingi patung-patung tertentu sebagai menghargai dan menghormati sumbangannya terhadap mereka. Kemudian setelah lama berbuat begitu mereka tumbangkannya kerana orang yang dipuja oleh mereka selama ini rupanya adalah syaitan berupa manusia yang menjahanamkan hidup mereka melalui sistem hidup ciptaannya. Hanya agama yang betul dapat mengimbangkan kehidupan manusia kerana ia merupakan himpunan peraturan daripada Tuhan di setiap peringkat kehidupan manusia dan di semua bidang yang dilalui mereka semasa berada di dunia. Menurut Al-Quran, sebab-sebab kepada penyelewengan aqidah itu dan terbabasnya manusia dari landasan agama yang sebenar ada tiga : (i) Kelemahan diri atau tiadanya aqidah yang sebenar pada manusia itu (ii) Godaan syaitan (iii) Tipu daya manusia dan dunia Penyelewengan aqidah bukan hanya telah berlaku dikalangan Ahli Kitab tetapi juga telah berlaku dikalangan umat Muhammad s.a.w dan akan terus berlaku selagi adanya ketiga-tiga faktor yang disebutkan tadi. Apa yang berbeza ialah ajaran-ajaran nabi-nabi yang lain selain Nabi Muhammad s.a.w telah berubah sebegitu rupa kerana pemyelewengan-penyelewengan itu sehingga tidak dapat diketahui lagi manakah ajaran asal yang pernah diajar oleh nabi-nabi mereka dan mana pula yang palsu. Untuk mengetahui sebahagian daripada penyelewengan aqidah dan ajaran sesat yang didakwa sebagai ajaran Islam yang sebenar, sama ada secara sengaja diadakan atau tidak sengaja, di sini akan kita kemukakan kelahirannya, sebab-sebab kemunculan dan cara-cara mengatasinya supaya agama Islam yang suci ini tetap dengan kesucian dan ketulenannya dan dengan itu terbuktilah apa yang

difirmankan oleh Allah s.w.t berkenaan dengan agamaNya yang bermaksud : "Mereka mahu memadamkan cahaya Allah (agama Allah) sedangkan Allah mahu menyempurnakan cahayaNya walaupun tidak disenangi oleh orang-orang kafir." (Surah Saf : ayat 8) atas 2. AJARAN-AJARAN SESAT YANG DIKENALPASTI Di antara ajaran sesat yang telah dikenalpasti dan diakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai sesat dan diketahui sedang beroperasi di dunia Islam amnya dan di tanah air kita khususnya ialah seperti berikut : 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Syiah Qadiani Baha'i Anti-Hadis Al-Arqam Ajaran-ajaran tarekat dan tasauf yang sesat dan lain-lain lagi

Di sini kita akan bincangkan dengan serba ringkas kesesatan dan penyelewengan aqidah yang berlaku pada golongan-golongan yang tersebut di atas. atas 2.1 AJARAN SYIAH Sengaja penulis mendahulukan Syiah dari yang lain-lain kerana segala kesesatan yang terdapat pada golongan sesat yang lain terdapat di dalamnya. Padanya terdapat ajaran anti-hadis, padanya juga terdapat fahaman yang menganggap sahabat adalah kafir seperti golongan Khawarij. Terdapat juga di dalamnya kepercayaan terhadap imam dan ikutan mereka secara 'ghulu' seperti yang terdapat dalam ajaran-ajaran tarekat dan tasauf yang sesat. 2.1.1 Dapat dikemukakan secara ringkas aqidah mereka yang jelas

bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam yang suci antara lain : (i) Aqidah Tahrif Al-Quran (ii) Aqidah Al Imamah (iii) Aqidah Raj'ah (iv) Aqidah Takfir As Sahabah (v) Aqidah Al Bada' (vi) Aqidah Tabarra atau Tabarri 2.1.2 Dari segi amalan pula, antara lain yang bercanggah dengan ajaran Islam ialah : (i) Mut'ah (ii) Pemujaan terhadap kubur-kubur (iii) Penerimaan " Khumus " dari pengikut-pengikutnya dan lain-lain lagi. Semua ajaran-ajaran yang salah di zaman lampau mempunyai pertalian dengannya atau berpunca daripadanya seperti Khawarij dan Mu'tazilah. Selain dari mempunyai buku rujukan yang terlalu banyak tersebar di kalangan mereka, Syiah juga mempunyai jumlah pengikut yang besar selain dari Ahli Sunnah di dunia hari ini dan sekarang mereka mempunyai sebuah negara yang merdeka. Di antara rujukan-rujukan utama mereka ialah Al Kafi, Al Istibshar, Tahzibu Al Ankam, Man La Yahdhuruhu Al Faqih, Al Ihtijaj dan lain-lain lagi. atas 2.2 AJARAN QADIANI Ajaran Qadiani muncul di akhir kurun ke 19 Masihi di India selepas mantapnya penjajahan Inggeris di sana dan sebenarnya ajaran Qadiani adalah ajaran yang disokong dan dibantu oleh penjajah Inggeris untuk memecahbelahkan umat Islam dan memadamkan api jihad yang bersemarak di kalangan umat Islam untuk menentang penjajah. 2.2.1 Di antara kesesatan dan penyelewengan aqidah golongan Qadiani ini ialah : (i) Pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. (ii) Dia adalah Isa Al Masih yang dijanjikan. (iii) Beliau lebih utama daripada sebilangan besar nabi dan tidak mustahil dia paling afdal daripada sekalian nabi. (iv) Tidak ada perbezaan di antara sahabat-sahabat Nabi s.a.w dengan

pengikut-pengikut Mirza Ghulam Ahmad selain daripada para sahabat itu adalah orang-orang pilihan generasi awal atau kebangkitan pertama dan murid-murid Mirza Ghulam Ahmad adalah orang-orang pilihan di zaman generasi kemudian atau kebangkitan kedua. (v) Mereka menolak aqidah "Khatmin An Nubuwwah" iaitu Nabi Muhammad s.a.w penyudah sekalian nabi. (vi) Mengerjakan haji ke Qadyan (vii) Orang yang menziarahi Kubah Putih Nabi Isa (Mirza Ghulam Ahmad) yang dijanjikan menyamai orang yang mendapat keberkatan apabila menziarahi Kubah Hijau di Madinah. (viii) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa Maryam telah berzina dengan Yusuf An Najjar sehingga melahirkan Nabi Isa a.s. Anggapan bahawa Nabi Isa a.s. tidak mempunyai bapa itu adalah salah menurut beliau. (ix) Tanah suci bagi mereka ada tiga iaitu : (1) Mekah (2) Madinah (3) Qadyan (x) Menta'wilkan ayat-ayat Al-Quran sesuai dengan ajaran yang diadaadakan oleh mereka. atas 2.3 AJARAN BAHA'I Ajaran Baha'i lahir pada tahun 1844 M berpunca daripada ajaran Baabiyyah yang diasaskan oleh Mirza Ali Muhammad dan ajaran Bahaiyyah pula diasaskan oleh Mirza Husain Ali yang digelar dengan 'Al Baha' . Sebenarnya kedua-dua ajaran ini mempunyai hubungan yang rapat dengan perancangan Yahudi antarabangsa untuk memusnahkan imej aqidah Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sa.w. 2.3.1 Di antara ajaran Bahaiyyah yang menyeleweng ialah : (i) Allah s.w.t tidak mempunyai sifat, nama dan juga af'al. Mana-mana nama sifat dan af'al yang disandarkan kepada Allah s.w.t tidak lebih dari simbol-simbol untuk orang-orang pilihan dari kalangan manusia sama ada di zaman dahulu atau di zaman kemudian. Mereka merupakan fenomena perintah Allah s.w.t , tempat turunnya wahyu, menurut fahaman mereka. Yang terakhir dan paling sempurna di antara mereka ialah Mirza Husain Ali Al Maazandaraani yang telah menggelarkan dirinya "Bahaullah".

(ii) Bahaullah dianggap sebagai fenomena dari Allah s.w.t yang paling sempurna dan telah dijanjikan. Kedatangannya merupakan saat teragung dan kebangkitannya merupakan qiamat. Kerasulannya merupakan bangkit dan penentangan terhadapnya merupakan neraka. (iii) Bahaiyyah dipercayai sebagai agama yang paling tinggi dan mulia dari antara agama-agama lain kerana pernyataan 'wujud Allah' pada Al Baha' adalah dalam bentuk yang paling tinggi dan agung berbanding dengan pernyataannya pada nabi-nabi yang lalu. (iv) Mereka tidak mempercayai Al-Quran sebagai mukjizat. (v) Hujah mereka tentang mukjizat Bahaullah ini ialah semenjak awal lagi ia menghadapi berbagai-bagai ujian dan bencana yang besar. Walaupun dia bukan seorang ahli ilmu dan tidak pernah mendapat pelajaran di pusat-pusat ilmu namun begitu dia telah memenuhkan alam ini dengan 'lauh-lauh' sucinya sama ada dalam bahasa Farsi atau dalam bahasa Arab. 2.3.2 Di antara amalannya yang menyeleweng daripada Islam ialah : (i) Sembahyang difardukan ke atas setiap orang yang baligh sebanyak 9 rakaat sahaja setiap hari pada 3 waktu iaitu : (a) Pagi (b) Gelincir matahari (c) Petang Dengan mengadap ke arah bandar 'Akka (ii) Sembahyang dimaafkan kepada orang yang dalam perjalanan atau lemah, sama ada sakit atau tua sebagaimana dimaafkan juga kepada orang mengandung atau menyusu. (iii) Tidak ada sembahyang jemaah pada mereka kecuali pada sembahyang mayat. (iv) Puasa di sisi mereka adalah wajib selama sebulan mengikut kiraan mereka iaitu sebanyak 19 hari. Dimaafkan dari berpuasa orang-orang yang telah disebutkan tadi. (v) Haji di sisi mereka ialah pergi ke rumah di mana dilahirkan pengasas mereka iaitu Mirza Ali Muhammad Di Syiraz atau ke rumah yang menjadi persinggahan Husain Ali al Maazandaraani yang digelarkan dengan "bahaullah" di Iraq. (vi) Tidak ada waktu tertentu untuk menunaikan haji

(vii) Perkahwinan dibolehkan hanya dengan seorang perempuan sahaja dan tidak ada perceraian di kalangan mereka. (viii) Pusaka menurut ajaran Baha'i adalah sama banyak di antara anak lelaki dan anak perempuan begitu juga sekalian hak-hak yang lain. (ix) Umur baligh disisi mereka bagi lelaki dan perempuan ialah 15 tahun. - (Dr Muhammad Yusuf An Nagraami - Al-Harakat Al Munahidhah Li Al Islam ms 50-53) 2.3.3 Di antara daayah dan propaganda yang selalu memikat orangorang yang tidak mengetahui hakikat ajaran Bahaiyyah ini ialah kononnya mereka memperjuangkan 5 konsep utama iaitu : (i) Kesatuan Ugama (ii) Kesatuan Tanahair (iii) Kesatuan Bahasa (iv) Kedamaian Sejagat (v) Persamaan di antara lelaki dan wanita Sebenarnya mereka tidak pernah membuktikan apa yang dipropagandakan ini bahkan sebaiknya telah melanggar dari merobohkan sendiri konsep-konsep yang mereka ciptakan untuk propaganda itu. - ( Ustaz Ehsan Ilahi Dzahier - Al-Bahaiyyah Naqduri Wa Tahlil ms 95 & 96) 2.3.4 Buku - buku rujukan Baha'i antaranya ialah Al Aqdas , Al Iqari , Israqat , Al Wahu Al Muluk dan Al Bisyaraat - semuanya karangan Husain Ali Al Maazandaraani , Al Hujaju Al Bahiyyah dan Ad Duraru Al Bahiyyah - kedua - duanya karangan Jalbaijaani dan lain - lain lagi . atas 2.4 AJARAN ANTI HADIS Boleh dikatakan semangat anti-hadis ini terdapat di dalam setiap ajaran salah yang pernah dikenali oleh sejarah Islam sama ada pengingkaran itu secara sedar dari sengaja atau secara tidak sedar dan tidak sengaja. Lihatlah kepada ajaran Syiah, Baha'i, Qadiani, Mu'tazilah, Khawarij, ajaran-ajaran tarekat yang salah dan lain-lain lagi pasti kita temui semangat ini pada mereka. Namun begitu yang kita maksudkan di sini ialah golongan anti-hadis yang secara terang-terangan tidak menerima Al Hadis sebagai sumber

kedua utamanya di dalam Islam sama ada berkaitan dengan persoalan aqidah atau persoalan hukum hakam. Begitu juga yang berkaitan dengan sosio budaya. Golongan ini menganggap taat kepada Rasul s.a.w itu bermakna taat kepada Allah s.w.t. Tidak ada ketaatan kepada Rasul s.a.w secara berasingan bahkan pada hakikatnya Rasul tidak lebih daripada seorang posmen. Di Mesir muncul fahaman yang dikemukakan oleh Mahmood Abu Rayyah dan Rasyad Khalifah. Di Pakistan pula lahir orang-orang seperti Caudri Ghulam Ahmad Parwez dan Doktor Ghulam Jailani Barq menjulang bendera Anti Hadis. Tidak terkebelakang juga di tanahair kita adanya orang seperti Kassim Ahmad. Rata-rata pemimpin-pemimpin golongan Anti Hadis ini terdiri daripada orang yang tidak mendapat pendidikan Al Quran dan as - Sunnah secara formal bahkan kebanyakan dari mereka masih tidak dapat membaca Al Quran dengan baik. Akhir-akhir ini gejala anti hadis ini lebih ketara dengan adanya daayahdaayah daripada golongan Syiah yang sentiasa mencuba untuk menimbulkan keraguan umat Islam terhadap kitab-kitab Al Hadis yang telah diakui umat seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain lagi. Di antara faktor yang mendorong mereka menolak hadis-hadis atau mengikut dakwaan mereka hadis-hadis atau mengikut dakwaan mereka "hadis-hadis yang bercanggah dengan Al-Quran", ialah kerana hadis hadis itu: (i) Bercanggah dengan akal (ii) Diriwayatkan oleh orang yang ketika peristiwa yang diriwayatkan olehnya belum memeluk agama Islam atau belum lagi wujud. (iii) Sekian banyak hadis seperti yang didakwakan oleh ulama-ulama hadis tidak mungkin diingat dan dihafal oleh manusia. (iv) Hadis-hadis yang pada zahirnya menyatakan keserupaan Allah s.w.t dengan makhluknya. (v) Hadis-hadis itu tidak dikumpulkan secara bertulis seperti Al-Quran di zaman Nabi s.a.w lagi (mengikut dakwaan mereka) (vi) Hadis-hadis yang menyifatkan keadaan Nabi s.a.w yang tidak layak dengan kedudukan dan sifat Baginda s.a.w yang dimaklumi.

(vii) Dan lain-lain lagi Antara buku-buku rujukan golongan ini ialah : 1. Adwaun 'Ala As Sunnatil Muhammadiyyah karangan Mahmood Abu Rayyah 2. Tahzibul Akhlaq, Nurul Afaq, Tafsirul Quraan - ketiga-tiganya karangan Sir Sayyid Ahmad Khan dan lain-lain lagi. atas 2.5 AJARAN AL ARQAM Ajaran Al Arqam adalah di antara ajaran sesat yang malangnya berasal daripada tanahair kita. Kesesatannya telah pun diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpinnya. 2.5.1 Antara kesesatan dan penyelewengan mereka yang boleh disebutkan ialah: (i) Mempercayai Syeikh Suhaimi sebagai Imam Mahdi (ii) Mempercayai pemimpinnya sebagai pembawa bendera Imam Mahdi. (iii) Memutarbelitkan pengertian hadis dan atsar sesuai dengan kepentingan dan selera mereka. (iv) Mendakwa berdailog dengan Nabi s.a.w semasa jaga dan Nabi s.a.w memanggil pemimpinnya dengan 'Tuan' (v) Amalan Aurad Muhammadiyyah. atas 2.6 AJARAN-AJARAN TAREKAT DAN TASAUF YANG SESAT Kesesatan ajaran tasauf dan tarekat tidak khusus kepada sesebuah negeri malah ia telah tersebar di serata tempat dan ke segenap pelusuk dunia Islam. Di mana-mana boleh ditemui orang-orang yang mempercayai Syeikh mereka mempunyai kuasa ghaib. Mereka sujud kepadanya dan bila Syeikh mereka mati mereka berkeliling di kuburnya, dikucup dan dibasuh kuburnya itu lalu diambil air basuhan itu sebagai sesuatu yang membawa berkat kepada kehidupan mereka. Kepercayaan bahawa

bila seseorang telah sampai ke suatu maqam yang tertinggi maka tidak dia terikat dengan ikatan syariat dan terlepaslah dia daripada segala fardhu sembahyang, puasa dan sebagainya bahkan sampai ke peringkat ia telah bersatu dengan Allah s.w.t. atas 3. AJARAN-AJARAN SESAT YANG SAMAR DAN DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT ISLAM TANPA DISEDARI Sebenarnya di dalam masyarakat Islam di zaman mutaakhir ini, kesesatan dalam bentuk ini lebih meluas dan oleh kerana ia tidak dilabelkan sebagai ajaran sesat maka kebanyakan orang Islam melakukannya tanpa segan dan silu walaupun Al Quran dengan jelas dan terang menegaskan bahawa fahaman-fahaman dan amalanamalan seperti ini adalah sesat dan tersasul dari jalan yang sebenarnya. Untuk mengenalpasti sesuatu ajaran itu sebagai sesat atau terpesong daripada ajaran Islam yang sebenarnya semestinya kita merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah. Tindakan ini adalah perlu lantaran ajaran-ajaran yang diketahui dan diakui sebagai ajaran sesat itu pada hakikatnya merupakan penghujung jalan bagi kesesatan-kesesatan yang samar dan dianggap tidak sesat oleh kebanyakan umat Islam. Dengan kata lain, ia merupakan akibat atau natijah daripada penyelewengan pemahaman dan tindakan umat Islam terhadap ajaran Al Quran dan As Sunnah. 3.1 Terlebih dahulu elok kiranya kita mengemukakan sebab-sebab yang membawa kepada kesesatan dan penyelewengan aqidah. Antara lain yang dapat dipastikan daripada Al Quran adalah sebagai berikut : (i) Taqlid buta (Surah AL-Araf : ayat 28) (ii) Tidak mempunyai konsep yang betul tentang sifat-sifat Allah s.w.t (Surah Hud ; ayat 61 & 62) (iii) Lupa kepada ayat-ayat Allah (Surah Thaha : ayat 126) (iv) Memilih pimpinan syaitan dengan meninggalkan pimpinan Tuhan. (Surah Al Araf : ayat 30) (v) Keadaan diri tidak terkawal dengan aqidah yang betul (Surah Al Maidah :ayat 105) (vi) Tidak menyedari bahawa kesesatan itu merugikan diri sendiri (Surah Yunus : ayat 108) (vii) Mengikut prasangka, andaian dan panduan akal yang tidak berpandukan ilmu yang sebenar (Surah Yunus : ayat 36)

(viii) Tidak menggunakan akal dan pancaindera yang diberikan oleh Allah s.w.t di dalam mencari kebenaran. Surah Al-A'raf: ayat 79, Surah Bani Israel: ayat 72) (ix) Degil dan keras kepada terhadap kebenaran (Surah Yunus: 75 - 77) (x) Derhaka kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dengan membuat pilihan sendiri tentang urusannya setelah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w untuknya suatu ketetapan. (Surah Al Ahzab : ayat 136) (xi) Menurut hawa nafsu walaupun mengetahui tentang ayat-ayat Tuhan. (Surah Al Qasas : ayat 50) (xii) Tidak mengikut petunjuk daripada Tuhan (Surah Thaha : ayat 123) (xiii) Terpedaya oleh godaan syaitan (Surah Yaasin : ayat 62) (xiv) Orang-orang yang sesat dan banyak dosa (Surah As Syu'ra) (xv) Melampaui batas dan tetap ragu walaupun sudah datang keterangan-keterangan yang nyata (Surah Al Mukmin : ayat 134) (xvi) Menjadikan orang-orang yang sesat sebagai penolong dan pembantu (Surah Al Kahfi : ayat 51) 3.2 Di sini akan kita kemukakan beberapa contoh daripada Al Quran yang dengan jelas menyebutkan amalan yang dilakukan oleh ramai umat Islam hari ini sebagai sesat dan orang yang melakukannya sebagai tidak berada di atas petunjuk iaitu amalan : (i) Perancang Keluarga Allah s.w.t berfirman bermaksud : " Sesungguhnya telah rugi orang yang membunuh anak-anak mereka dengan kebodohan tanpa sebarang ilmu dan menghalang rezeki yang mahu Allah berikan kepada mereka sebagai mengada-ngadakan dusta atas nama Allah. Sesungguhnya mereka sesat dan mereka tidak mendapat petunjuk." (Surah Al An'am : ayat 140) Ayat ini jelas menyangkal amalan perancang keluarga dengan menghukumnya sebagai amalan bodoh dan tidak berlandaskan alasanalasan ilmiah sementara orang yang terlibat dengannya pula dikatakan sesat. Walaupun para ulamak mengharuskan perancang keluarga itu dalam keadaan-keadaan tertentu tetapi ia pada dasarnya adalah terlarang (untuk keterangan lanjut, lihat Maulana Maududi - Zabti Wiladat ms 94).

(ii) Berhakimkan Thaghut Berhubung dengan berhakimkan thaghut Allah s.w.t berfirman bermaksud : Tidakkah kamu perhatikan kepada orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya. Mereka hendak berhakim kepada thaghut pada hal mereka telah diperintahkan supaya mengingkari thaghut itu dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya. (Surah An Nissa' ayat 60)

Di dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa berhakimkan kepada thaghut itu adalah suatu kesesatan dan itulah yang dikehendaki oleh syaitan supaya manusia sesat sejauh-jauhnya. Ayat ini diturunkan sehubungan dengan peristiwa seorang munafiq yang berkelahi dengan seorang Yahudi berhubung dengan sesuatu hak mereka. Yahudi itu berhakimkan Rasulullah s.a.w. Kerana ia tahu Rasulullah s.a.w akan berlaku adil dalam hukumannya. Sebaliknya si munafiq itu tidak mahu berhakimkan Rasulullah s.a.w tetapi berhakimkan Ka'ab bin Al Asyraf seorang Yahudi. Akhirnya kedua-duanya mengadap Rasulullah s.a.w dan Baginda s.a.w memenangkan Yahudi tersebut di dalam kes yang dikemukakan oleh mereka kepada Baginda s.a.w. Si Munafiq itu tidak mahu menerima keputusan Rasulullah s.a.w dan mengajak lawan bicaranya si Yahudi itu bertemu Sayyidina Umar. Setelah mereka berjumpa Sayyidina, Yahudi itu berkata kepada Sayyidina Umar " Bahawasanya Rasulullah telah memutuskan saya memenangi kes ini". Sayyidina Umar pun bertanya si munafiq itu, "Benarkah begitu?". Munafiq itu pun menjawab "Ya". Umar pun berkata, "Tunggu sekejap, saya ada hajat". Lalu beliau pun masuk ke dalam rumahnya dan mengambil pedang langsung keluar dan memenggal leher munafiq itu seraya berkata , "Beginilah aku hukumkan terhadap orang yang menolak hukuman Rasulullah s.a.w. Yang dimaksudkan dengan thaghut di dalam ayat ini berdasarkan peristiwa ini ialah Ka'ab bin Al Asyraf. Lihat Ibnu Katsir - Tafsir Quranul Azim Jilid - muka surat 569, Al Baidhawi Anwaru, At Tanzil Wa Asraru, At Talwil muka surat 16, Ar Fakhru Razi - At Tafsiru Al Kabir jilid 10 muka surat 153 - 155, Sayyid Qutb - Fi Zilalil Quraan Jilid 2 muka surat 694 dan Az Zamakhsyari - Al Kasysyaf jilid 1 muka surat 525. (iii) Perkara-perkara yang melekakan manusia daripada mengingati

Allah dan daripada mengikuti jalan Allah juga dikatakan sesuatu yang menyesatkan seperti hiburan yang melalaikan , cerita-cerita yang mengkhayalkan dan karut marut, lagu-lagu dan muzik-muzik yang menjauhkan manusia daripada mengingati Allah s.w.t, semuanya melekakan yang disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya yang bermaksud: " Dan diantara manusia itu ada orang yang mempergunakan perkara yang melalaikan untuk menyesatkan (manusia) di jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan." (Surah Luqman: ayat 6)

Ayat ini diturunkan sehubungan dengan rancangan Nadhr bin Al Harits yang dipersetujui oleh Ahli Majlis Mesyuarat orang-orang kafir Quraisy dalam rangka mereka menghalang usaha-usaha da'wah Nabi s.a.w dimana ia mencadangkan supaya dibawakan dari Iraq bahan-bahan cerita, penyanyi-penyanyi dan penari-penari yang boleh melalaikan masyarakat dan menghalang mereka daripada mengikuti Rasulullah s.a.w. (Ibnu Katsir - Tafsir Quraan `Azim) jilid 3 muka surat 486, AlBaidhawi - Anwaru Tanzil Wa Asratru At Ta'wil muka surat 543, Sayyid Qutb Fi Zilalil Quraan jilid 5 muka surat 2784 - 2785, Al Maududi Tafhimu Al-Quraan jilid 4 muka surat 8 - 10, Az Zamaksyari - Al Kasysyaf jilid 3 muka surat 490). Perkara-perkara yang melalaikan ini sedang diamalkan oleh umat Islam secara meluas tanpa disedari oleh mereka bahawa amalanamalan mereka itu menurut Al-Quran adalah amalan-amalan yang sesat. atas 4. MASALAH-MASALAH AJARAN SESAT 4.1 Sebab-Sebab Berlaku Asy Syahrastaani dalam Al Milal Wa An Nihal jilid 1 muka surat 7 menyebutkan faktor paling utama bagi kelahiran ajaran sesat ialah kekeliruan dan salah faham terhadap sesuatu konsep agama yang betul. Iblis telah sesat kerana terkeliru. Dia merasakan dia lebih baik daripada Adam kerana kejadiannya daripada api sedangkan kejadian

Adam daripada tanah. Tabiat api menjulang ke atas dan tabiat tanah jatuh ke bawah. Boleh dikatakan kebanyakan ajaran yang salah itu berpunca dari kekeliruan dan salah faham. Muktazilah kerana terlalu mahu mensucikan Allah s.w.t mereka telah menghubungkan perbuatan yang baik sahaja kepada Allah sementara yang buruk itu adalah perbuatan makhluk sendiri sedangkan dengan mengatakan begitu bermakna telah menyediakan sekian banyak Tuhan pula selain Allah s.w.t. Selain dari yang disebutkan Asy Syahrastaani itu boleh juga disenaraikan di antara sebab berlakunya penyelewengan aqidah dan ajaran sesat adalah seperti di bawah ini. i) Kerana mengikut hawa nafsu dan mempunyai kepentingan duniawi yang hampir. Kerana itulah Allah s.w.t berfirman tentang orang yang mengikut hawa nafsu itu sebagai orang yang mempertuhankannya dalam firmanNya yang bermaksud:

"Tidakkah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapalah yang dapat memberikannya petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran". (Surah al Jaatsiyah: ayat 23) (ii) Bermaksud untuk memecahbelahkan ummah dan melenyapkan kesatupaduannya. (iii) Pakatan luar sama ada daripada agama-agama bukan Islam ataupun daripada kuasa-kuasa politik luar untuk memecahbelahkan umat Islam. Ini jelas dapat dilihat pada ajaran-ajaran sesat seperti Baha'i dan Syiah yang didalangi oleh Yahudi dan juga ajaran Qadiani yang menjadi agen penjajah Inggeris. (iv) Kecetekan ilmu tetapi mempunyai angan-angan supaya diterima sebagai pemimpin atau ketua. Kecetekan ilmu juga selalu menjadi faktor kelahiran ajaran sesat yang dapat kita lihat pada ajaran-ajaran sesat tempatan seperti golongan Anti-Hadis, Tajalli, Al Arqam dan lainlain lagi. (v) Faktor-faktor fizikal dan mental misalnya gila atau sakit jiwa.

Ini juga terbukti pada orang-orang yang membawa ajaran-ajaran sesat dan diketahui sejarah bahawa mereka mengidap sakit jiwa ataupun kelemahan fizikal. Sebagai contoh boleh dikemukakan Mirza Ghulam Ahmad (Qadiani). Dia adalah seorang yang mengidap penyakit histeria dan serangan-serangan saraf yang luar biasa. Selalu juga ia pengsan dan jatuh tersungkur ketika mana datangnya serangan-serangan penyakit itu. Selain daripada dakwaannya yang jelas menunjukkan keparahan penyakit jiwanya lantaran beliau mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Beliau juga sebagai Isa Al Masih dan beliau juga sebagai Ahmad yang dijanjikan oleh Tuhan di dalam kitab Injil. (vi) Kesan buruk dari amalan-amalan agama yang tidak seimbang . Perkara ini selalunya terjadi kepada golongan-golongan yang mengikut ajaran-ajaran tarekat yang tertentu tanpa bimbingan daripada guru yang murshid dan berpandukan kitab muktabar di dalam bidangnya di samping memberi penekanan kepada sudut-sudut tertentu secara berlebihan dan bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w. (vii) Mempunyai kecenderungan untuk membebaskan diri daripada mana-mana mazhab atau aliran pemikiran yang diakui oleh ulamaulama yang muktabar dalam keadaan tidak mempunyai kelayakan untuk berbuat begitu. Kecenderungan ini ketara pada golongan anti-hadis atau golongan anti-madzhab yang merasakan dirinya sudah mempunyai cukup kemampuan untuk " istinbath " dan beristidlal dengan Al-Quraanul karim dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w tanpa panduan dan bimbingan ulama-ulama yang terdahulu yang pakar dan diakui semua tentang keilmuannya. (viii) Modernisma dan materialisma dalam agama. atas 4. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENYELEWENGAN AQIDAH BERLAKU SECARA BERTERUSAN Di antara sebab yang boleh disebutkan bagi berterusannya ajaranajaran sesat itu ialah:(i) Tidak adanya pengajaran agama Islam dengan baik di dalam

sesebuah masyarakat Islam itu yang boleh memecah kebuntuan dan salah faham masyarakat terhadap sesuatu ajaran agama. (ii) Tidak terdapatnya peruntukan undang-undang yang dapat membendung ajaran-ajaran sesat itu sampai ke akar umbinya. Peruntukan undang-undang yang dapat menterjemahkan maksud kata-kata Sayyidina Utsman bahawa: "Sesungguhnya Allah mencegah manusia dengan kuasa (Syaitan) apa yang tidak dapat dicegah dengan Al-Quran" (iii) Berleluasanya maksiat dan kemungkaran yang menyebabkan manusia berada dalam kegelapan hidup dan akhirnya mendorongnya menganut fahaman-fahaman atau ajaran-ajaran sesat. (iv) Tersebar dengan meluas buku-buku, risalah-risalah ataupun lainlain , bahan media massa yang menguatkan ajaran-ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar tetapi atas nama Islam . (v) Tidak adanya kesungguhan dan kepekaan pendakwah-pendakwah dan guru-guru Islam di dalam menangani persoalan-persoalan penyelewengan aqidah khususnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam amnya. (vi) Ajaran Islam yang menyeluruh yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia tidak diperkenalkan dan diberi perhatian yang serius bahkan hanya diberikan penekanan kepada sudut-sudut dan bidang-bidang tertentu sahaja seperti persoalan ibadat semata-mata atau akhlak semata-mata. atas 5. CARA PENYELESAIANNYA Di antara cara penyelesaian yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut: (i) Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah (ii) Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan menghalang ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri.

(iii) Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benarbenar peka di dalam persoalan penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini. (iv) Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping mempraktikkannya. (v) Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka. (vi) Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau sekurang-kurangnya cuba dan berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan dengan memperbanyakkan pula tempat-tempat maksiat dan membiarkan kemungkaran terus bermaharajalela. (vii) Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang benar-benar bersih dan tulin kepada masyarakat. (viii) Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang berlaku di dalam masyarakat kemudian bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia berakar umbi. (ix) Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada Allah s.w.t sebagai penolong dan pembela dalam usaha membasmi penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat. atas 6. PENUTUP Sebagai kesimpulannya dapat kita tegaskan bahawa orang yang mempunyai aqidah yang betul sama sekali tidak akan terpesong dan dapat diperdayakan oleh syaitan. Hakikat ini adalah berdasarkan janji Allah s.w.t di dalam Al Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada bagimu (Syaitan) sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)" Surah Al Hij ; ayat 42) Allah juga telah berjanji bahawa orang yang mengikut petunjukNya semasa berada di dunia, tidak akan sesat dan juga tidak akan sengsara di dalam firmanNya yang bermaksud : " Turunlah kamu berdua dari syurga ini bersama-sama dalam keadaan

setengah dari kamu menjadi musuh bagi yang lain kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang menurut petunjukKu itu, nescaya ia tidak akan sesat dan tidak akan sengsara " Surah Thaha ; ayat 123) atas