Anda di halaman 1dari 46

Kemunculan Ilmu Kalam

Pada zaman Abbasiyah, telah banyak berlaku pembahasan di dalam


perkara-perkara akidah termasuk perkara-perkara yang tidak wujud
pada zaman Nabi s.a.w. atau zaman para sahabatnya. Berlaku
pembahasan tersebut dengan memberi penumpuan agar ia menjadi
satu ilmu baru yang diberi nama Ilmu Kalam. Ilmu ini muncul dan
berkembang atas sebab-sebab dalaman dan luaran.
Sebab-sebab dalaman
Berikut ini adalah sebab-sebab dalaman yang menjadi punca
munculnya ilmu Kalam:
1. Al-Quran di dalam seruannya kepada tauhid membentangkan
aliran-aliran penting dan agama-agama yang bertebaran pada zaman
Nabi s.a.w., lalu al-Quran menolak perkataan-perkataan mereka.
Secara tabi'I, para ulamak telah mengikut cara al-Quran di dalam
menolak mereka yang bertentangan, di mana apabila penentang
memperbaharui cara, maka kaum muslimin juga memperbaharui cara
menolaknya.
2. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah, hampir-hampir
keseluruhan umat Islam di dalam keimanan yang bersih dari sebarang
pertikaian dan perdebatan. Dan apabila kaum muslimin selesai
melakukan pembukaan negeri dan kedudukannya telahpun mantap,
mereka beralih tumpuan kepada pembahasan sehingga menyebabkan
berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka.
3. Perselisihan di dalam masalah politik menjadi sebab di dalam
perselisihan mereka mengenai soal-soal keagamaan. Jadilah parti-
parti politik tersebut sebagai satu aliran keagamaan yang mempunyai
pandangannya sendiri. Parti (kelompok) Imam Ali r.a. membentuk
golongan Syiah, dan manakala mereka yang tidak bersetuju dengan
Tahkim dari kalangan Syiah telam membentuk kelompok Khawarij.
Dan mereka yang membenci perselisihan yang berlaku di kalangan
umat Islam telah membentuk golongan Murji'ah.
Sebab-sebab luaran
Berikut ini adalah sebab-sebab luaran yang menjadi punca muncul
ilmu Kalam:
1. Ramai orang yang memeluk agama Islam selepas pembukaan
beberapa negeri adalah terdiri dari penganut agama lain seperti
yahudi, Nasrani, Ateis dan lain-lain. Kadangkala mereka menzahirkan
pemikiran-pemikiran agama lama mereka bersalutkan pakaian agama
mereka yang baru (Islam).
2. Kelompok-kelompok Islam yang pertama, khususnya Muktazilah,
perkara utama yang mereka tekankan ialah mempertahankan Islam
dan menolak hujah mereka yang menentangnya. Negeri-negeri Islam
terdedah dengan semua pemikiran-pemikiran ini dan setiap kelompok
berusaha untuk membenarkan pendapatnya dan menyalahkan
pendapat kelompok lain. Orang-orang Yahudi dan Nasrani telah
melengkapkan diri mereka dengan senjata ilmu Falsafah, lalu
Muktazilah telah mempelajarinya agar mereka dapat mempertahankan
Islam dengan senjata yang telah digunakan oleh pihak yang
menyerang.
3. Ahli-ahli Kalam memerlukan falsafah dan mantiq (ilmu logik),
hingga memaksa mereka untuk mempelajarinya supaya dapat
menolak kebatilan-kebatilan (keraguan-keraguan) yang ada di dalam
ilmu berkenaan.
Kemunculan aliran-aliran Islam
Masalah khilafah (pemerintahan) adalah masalah yang menyebabkan
telah berlaku perselisihan yang kuat antara kaum muslimin. Kesan
dari perselisihan ini ialah, terbentuknya beberapa kelompok besar di
dalam Islam, iaitu:
1. Syiah: Mereka ialah orang-orang yang berpendapat bahawa yang
lebih berhak terhadap pemerintahan selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w. ialah saiyidina Ali r.a.
2. Khawarij: Iaitu mereka yang tidak menyetujui majlis Tahkim.
Mereka keluar dari kelompok saiyidina Ali.
3. Murji'ah: Iaitu mereka yang membenci perselisihan dan menjauhi
dua kelompok di atas.
Setalah kaum muslimin selesai membuka negeri-negeri, lalu ramai
dari kalangan penganut agama lain yang memeluk Islam. Mereka ini
menzahirkan pemikiran-pemikiran baru yang diambil dari agama
lama mereka tetapi diberi rupabentuk Islam.
Iraq, khususnya di Basrah merupakan tempat segala agama dan aliran.
Maka terjadilah perselisihan apabila ada satu golongan yang
menafikan kemahuan (iradah) manusia. Kelompok ini diketuai oleh
Jahm bin Safwan. Dan antara pengikutnya ialah para pengikut aliran
Jabbariyah yang diketuai oleh Ma'bad al-Juhni. Aliran ini lahir
ditengah-tengah kecelaruan pemikiran dan asas yang dibentuk oleh
setiap kelompok untuk diri mereka.
Kemudian bangkitlah sekelompok orang yang ikhlas memberi
penjelasan mengenai akidah-akidah kaum muslimin berdasarkan jalan
yang ditempoh oleh al-Quran. Antara yang masyhur di kalangan
mereka ialah Hasan al-Basri.
Dan sebahagian dari kesan perselisihan antara Hasan al-Basri dengan
muridnya Washil bin Atho' ialah lahirnya satu kelompok baru yang
dikenali dengan Muaktazilah. Perselisihan tersebut ialah mengenai
hukum orang beriman yang mengerjakan dosa besar, kemudian mati
sebelum sempat bertaubat.
Pada akhir kurun ketiga dan awal kurun keempat, lahirlah imam Abu
Mansur al-Maturidi yang berusaha menolak golongan yang berakidah
batil. Mereka membentuk aliran al-Maturidiah.
Kemudian muncul pula Abul Hasan al-Asy'ari yang telah
mengumumkan keluar dari kelompok Mu'tazilah dan menjelaskan
asas-asas pegangan barunya yang bersesuaian dengan para ulamak
dari kalangan fuqahak dan ahli hadis. Dia dan pengikutnya dikenal
sebagai aliran Asya'irah.
Dan dari dua kelompok ini, terbentuklah kelompok Ahlus Sunnah wal
Jamaah.
Dan kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa kemunculan
kelompok-kelompok di dalam Islam adalah kembali kepada dua
perkara:
1. Perselisihan mengenai pemerintahan
2. Perselisihan di dalam masalah usul atau asas agama.

Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para
pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para
pengikut Abu Mansur al-Maturidi.
Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak
melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta
menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah
telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap
mereka.
Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan
Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah
terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam
agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-
Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai.
Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan
kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan
ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu
bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli
fikah dan ahli hadis.
Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah
ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka
menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah
akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran,
dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan
cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari
oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka
akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf).
Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang
menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat
perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang
dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis.
Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah
dan awal kurun keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan
ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus dan secara
umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian
mengambil alih tempat mereka untuk mempertahankan Islam.
Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi
yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu
ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu
mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah.
Pemimpin Asya'irah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan
di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut
fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri dari orang ramai
untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di
hadapan masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus
Sunnah serta menolak Muktazilah. Ajarannya ini telah diikuti oleh
para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam
mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah.
Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya'irah dan Maturidiah
kecuali di dalam beberapa perkara kecil. Seperti masalah:
- Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak.
- Pemahaman antara iman dan Islam.
- Makna qadha' dan qadar.
- Makna kasb (usaha).
- Wajib siksa secara syarak.
- Dan lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli
di dalam satu-satu mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang
yang ketara.
Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah
Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
1 . Mengenal Allah adalah secara syarak.
2 . Alam ini adalah baru.
3 . Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna
iman.
4 . Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
5 . Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak
berpermulaan/bukan makhluk).
6 . Tidak kewajiban ke atas Allah.
7 . Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa),
dan mengutus para rasul. Haru juga melihat Allah Taala.
8 . Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.
9 . Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang
berbentuk ikhtiar.
10 . Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk
ikhtiar.
11 . Tiada siapa yang maksum kecuali para nabi.
12 . Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
13 . Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
14 . Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.
15 . Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
16 . Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.

Muktazilah
Kemunculan Muktazilah adalah berasaskan kepada perselisihan yang
berlaku di antara Washil bin Atho' dengan gurunya Hasan al-Basri
mengenai hukum orang yang melakukan dosa besar. Golongan
Muktazilah dinisbahkan kepadanya.
Kisah perselisihan itu berlaku semasa majlis pengajian Hasan al-
Basri. Di mana seorang lelaki telah masuk dan berkata kepada Hasan
al-Basri: "Wahai imam agama, telah lahir pada zaman kita ini
segolongan orang yang mengkafirkan pembuat dosa besar, mereka
adalah Khawarij. Segolongan lagi ialah mereka yang mengmbalikan
hukum ke atasnya. Mereka berkata: "Tidak memberi mudarat
kemaksiatan jika mempunyai iman, sebagaimana tidak memberi
manfaat ketaatan jika dalam kekafiran. Mereka adalah golongan
Murji'ah."
Hasan al-Basri berfikir. Sebelum beliau menjawab, Washi bin Atho'
berkata: "Aku tidak berpendapat bahawa pembuat dosa besar itu
sebagai mukmin secara mutlak dan tidak kafir secara mutlak.
Malahan dia akan berada di suatu tempat di antara dua tempat."
Kemudian Washil meminggirkan diri ke suatu sudut di dalam masjid
berkenaan, dan mendirikan mazhabnya sendiri. Lalu Hasan al-Basri
berkata: "Washil telah mengasingkan (I'tizal) diri dari kami." Ini
menjadi sebab mereka diberi nama dengan Mu'tazilah.
Washil telah dilahirkan di Madinah pada tahun 80 Hijrah, dan
meninggal dunia pada tahun 131 Hijrah di Basrah.
Mazhabnya telah tersebar di Iraq, dan sebahagian dari khalifah Bani
Abbasiyah telah mengikut fahaman ini.
Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, mereka mempunyai dua
buah madrasah. Yang pertama di Basrah dan yang kedua di Baghdad.
Telah berlaku perdebatan dan perselisihan di antara dua madrasah ini
mengenai banyak masalah.
Cara pembahasan mereka
Mereka menggunakan akal fikiran untuk setiap perkara dan cuba
memperolehinya melalui jalan ini. Mereka mempunyai satu kelebihan
yang hebat di dalam mempertahankan Islam, kerana mereka telah
bangkit menentang orang-orang dari penganut akidah yang sesat dan
dari agama-agama lain dengan hujah dan bukti.
Namun, Muktazilah telah bersikap ekstrim di dalam sebahagian
pendapatnya dan pencelaan mereka terhadap ahli fikah dan ahli
hadis.Begitu juga sokongan khalifah-khalifah Abbasiyah terhadap
mereka, seperti al-Makmun yang secara kekerasan memaksa rakyat
agar menerima mazhab mereka serta menyiksa para ahli fikah dan
ahli hadis. Dengan ini rakyat telah menyifatkan mereka sebagai telah
terpesong dari ajaran agama. Sebagaimana yang telah diketahui
bahawa akal itu terpengaruh dengan suasana dan hawa. Syarak adalah
lampu yang menyinari jalan di hadapan akal.
Asas-asas mazhab Muktazilah
Antara asas-asas ajaran Muktazilah ialah:
1 . Wajib mengenal Allah dengan (berdasarkan) akal.
2 . Mengingkari sifat Ma'ani, dan berpendapat al-Quran itu adalah
makhluk.
3 . Menafikan melihat Allah (rukyah) kerana akan membawa kepada
menjisimkan dan memberi arah kepada Allah.
4 . Berpendapat bahawa baik dan buruk adalah berdasarkan kepada
akal.
5 . Allah mengkehendaki kebaikan dan tidak mengkehendaki
kejahatan. Allah wajib membuat yang baik dan terbaik untuk
makhlukNya.
6 . Hamba mencipta perbuatan-perbuatannya sendiri dengan
kekuasaan yang diberikan Allah kepadanya.
7 . Allah wajib melaksanakan janji baik dan janji ancaman. Allah
juga wajib mengutuskan rasul.
8 . Pembuat dosa besar akan berada di satu tempat di antara dua
tempat, dan tiada syafaat untuknya.
9 . Wajib melakukan amar makruf dan nahi munkar.

B. Tokoh-Tokoh Aliran MuTazilah
Wasil bin Atha.
Wasil bin Atha adalah orang pertama yang meletakkan kerangka
dasar ajaran Muktazilah. Adatiga ajaran pokok yang dicetuskannya,
yaitu paham al-manzilah bain al-manzilatain, paham Kadariyah (yang
diambilnya dari Mabad dan Gailan, dua tokoh aliran Kadariah), dan
paham peniadaan sifat-sifat Tuhan. Dua dari tiga ajaran itu kemudian
menjadi doktrin ajaran Muktazilah, yaitu al-manzilah bain al-
manzilatain dan peniadaan sifat-sifat Tuhan.
Abu Huzail al-Allaf.
Abu Huzail al-Allaf (w. 235 H), seorang pengikut aliran Wasil bin
Atha, mendirikan sekolah Mutazilah pertama di kotaBashrah. Lewat
sekolah ini, pemikiran Mutazilah dikaji dan dikembangkan. Sekolah
ini menekankan pengajaran tentang rasionalisme dalam aspek
pemikiran dan hukum Islam.
Aliran teologis ini pernah berjaya pada masa Khalifah Al-Makmun
(Dinasti Abbasiyah). Mutazilah sempat menjadi madzhab resmi
negara. Dukungan politik dari pihak rezim makin mengokohkan
dominasi mazhab teologi ini. Tetapi sayang, tragedi mihnah telah
mencoreng madzhab rasionalisme dalam Islam ini.
Abu Huzail al-Allaf adalah seorang filosof Islam. Ia mengetahui
banyak falsafah yunani dan itu memudahkannya untuk menyusun
ajaran-ajaran Muktazilah yang bercorak filsafat. Ia antara lain
membuat uraian mengenai pengertian nafy as-sifat. Ia menjelaskan
bahwa Tuhan Maha Mengetahui dengan pengetahuan-Nya dan
pengetahuan-Nya ini adalah Zat-Nya, bukan Sifat-Nya; Tuhan Maha
Kuasa dengan Kekuasaan-Nya dan Kekuasaan-Nya adalah Zat-Nya
dan seterusnya. Penjelasan dimaksudkan oleh Abu-Huzail untuk
menghindari adanya yang kadim selain Tuhan karena kalau dikatakan
ada sifat (dalam arti sesuatu yang melekat di luar zat Tuhan), berarti
sifat-Nya itu kadim. Ini akan membawa kepada kemusyrikan.
Ajarannya yang lain adalah bahwa Tuhan menganugerahkan akal
kepada manusia agar digunakan untuk membedakan yang baik dan
yang buruk, manusia wajib mengerjakan perbuatan yang baik dan
menjauhi perbuatan yang buruk. Dengan akal itu pula menusia dapat
sampai pada pengetahuan tentang adanya Tuhan dan tentang
kewajibannya berbuat baik kepada Tuhan. Selain itu ia melahirkan
dasar-dasar dari ajaran as-salh wa al-aslah.
Al-Jubbai.
Al-JubbaI adalah guru Abu Hasan al-Asyari, pendiri aliran
Asyariah. Pendapatnya yang masyhur adalah mengenai kalam Allah
SWT, sifat Allah SWT, kewajiban manusia, dan daya akal. Mengenai
sifat Allah SWT, ia menerangkan bahwa Tuhan tidak mempunyai
sifat; kalau dikatakan Tuhan berkuasa, berkehendak, dan mengetahui,
berarti Ia berkuasa, berkehendak, dan mengetahui melalui esensi-Nya,
bukan dengan sifat-Nya. Lalu tentang kewajiban manusia, ia
membaginya ke dalam dua kelompok, yakni kewajiban-kewajiban
yang diketahui manusia melalui akalnya (wjibah aqliah) dan
kewajiban-kewajiban yang diketahui melaui ajaran-ajaran yang
dibawa para rasul dan nabi (wjibah syariah).
An-Nazzam
An-Nazzam : pendapatnya yang terpenting adalah mengenai keadilan
Tuhan. Karena Tuhan itu Maha Adil, Ia tidak berkuasa untuk berlaku
zalim. Dalam hal ini berpendapat lebih jauh dari gurunya, al-Allaf.
Kalau Al-Allaf mangatakan bahwa Tuhan mustahil berbuat zalim
kepada hamba-Nya, maka an-Nazzam menegaskan bahwa hal itu
bukanlah hal yang mustahil, bahkan Tuhan tidak mempunyai
kemampuan untuk berbuat zalim. Ia berpendapat bahwa pebuatan
zalim hanya dikerjakan oleh orang yang bodoh dan tidak sempurna,
sedangkan Tuhan jauh dari keadaan yang demikian. Ia juga
mengeluarkan pendapat mengenai mukjizat al-Quran. Menurutnya,
mukjizat al-quran terletak pada kandungannya, bukan pada uslb
(gaya bahasa) dan balgah (retorika)-Nya. Ia juga memberi penjelasan
tentang kalam Allah SWT. Kalam adalah segalanya sesuatu yang
tersusun dari huruf-huruf dan dapat didengar. Karena itu, kalam
adalah sesuatu yang bersifat baru dan tidak kadim. [1]
Al- jahiz
Al- jahiz : dalam tulisan-tulisan al-jahiz Abu Usman bin Bahar
dijumpai paham naturalism atau kepercayaan akan hukum alam yang
oleh kaum muktazilah disebut Sunnah Allah. Ia antara lain
menjelaskan bahwa perbuatan-perbuatan manusia tidaklah
sepenuhnya diwujudkan oleh manusia itu sendiri, malainkan ada
pengaruh hukum alam.
Muammar bin Abbad
Muammar bin Abbad : Muammar bin Abbad adalah pendiri
muktazilah aliran Baghdad. pendapatnya tentang kepercayaan pada
hukum alam. Pendapatnya ini sama dengan pendapat al-jahiz. Ia
mengatakan bahwa Tuhan hanya menciptakan benda-benda materi.
Adapun al-arad atau accidents (sesuatu yang datang pada benda-
benda) itu adalah hasil dari hukum alam. Misalnya, jika sebuah batu
dilemparkan ke dalam air, maka gelombang yang dihasilkan oleh
lemparan batu itu adalah hasil atau kreasi dari batu itu, bukan hasil
ciptaan Tuhan.
Bisyr al-Mutamir
Bisyr al-Mutamir : Ajarannya yang penting menyangkut
pertanggungjawaban perbuatan manusia. Anak kecil baginya tidak
dimintai pertanggungjawaban atas perbuatannya di akhirat kelak
karena ia belum *mukalaf. Seorang yang berdosa besar kemudian
bertobat, lalu mengulangi lagi berbuat dosa besar, akan mendapat
siksa ganda, meskipun ia telah bertobat atas dosa besarnya yang
terdahulu.
Abu Musa al-Mudrar
Abu Musa al-Mudrar : al-Mudrar dianggap sebagai pemimpin
muktazilah yang sangat ekstrim, karena pendapatnya yang mudah
mengafirkan orang lain.Menurut Syahristani,ia menuduh kafir semua
orang yang mempercayai kekadiman Al-Quran. Ia juga menolak
pendapat bahwa di akhirat Allah SWT dapat dilihat dengan mata
kepala.
Hisyam bin Amr al-Fuwati
Hisyam bin Amr al-Fuwati : Al-Fuwati berpendapat bahwa apa yang
dinamakan surga dan neraka hanyalah ilusi, belum ada wujudnya
sekarang. Alas$an yang dikemukakan adalah tidak ada gunanya
menciptakan surga dan neraka sekarang karena belum waktunya
orang memasuki surga dan neraka.
C. Beberapa Versi Tentang Nama Mutazilah
Beberapa versi tentang pemberian nama Mutazilah kepada golongan
kedua ini berpusat pada peristiwa yang terjadi antara wasil bin ata
serta temannya, Amr bin Ubaid, dan hasan Al-Basri di basrah. Ketika
wasil mengikuti pelajaran yang diberikan oleh Hasan Al Basri di
masjid Basrah., datanglah seseorang yang bertanya mengenai
pendapat Hasan Al Basri tentang orang yang berdosa besar. Ketika
Hasan Al Basri masih berpikir, hasil mengemukakan pendapatnya
dengan mengatakan Saya berpendapat bahwa orang yang berbuat
dosa besar bukanlah mukmin dan bukan pula kafir, tetapi berada pada
posisi diantara keduanya, tidak mukmin dan tidak kafir. Kemudian
wasil menjauhkan diri dari Hasan Al Basri dan pergi ke tempat lain di
lingkungan mesjid. Di sana wasil mengulangi pendapatnya di hadapan
para pengikutnya. Dengan adanya peristiwa ini, Hasan Al Basri
berkata: Wasil menjauhkan diri dari kita (itazaala anna). Menurut
Asy-Syahrastani, kelompok yang memisahkan diri dari peristiwa
inilah yang disebut kaum Mutazilah.
Versi lain dikemukakan oleh Al-Baghdadi. Ia mengatakan bahwa
Wasil dan temannya, Amr bin Ubaid bin Bab, diusir oleh Hasan Al
Basri dari majelisnya karena adanya pertikaian diantara mereka
tentang masalah qadar dan orang yang berdosa besar. Keduanya
menjauhkan diri dari Hasan Al Basri dan berpendapat bahwa orang
yang berdosa besar itu tidak mukmin dan tidak pula kafir. Oleh
karena itu golongan ini dinamakan Mutazilah.
Versi lain dikemukakan Tasy Kubra Zadah yang menyatakan bahwa
Qatadah bin Damah pada suatu hari masuk mesjid Basrah dan
bergabung dengan majelis Amr bin Ubaid yang disangkanya adalah
majlis Hasan Al Basri. Setelah mengetahuinya bahwa majelis tersebut
bukan majelis Hasan Al Basri, ia berdiri dan meninggalkan tempat
sambil berkata, ini kaum Mutazilah. Sejak itulah kaum tersebut
dinamakan Mutazilah.
Al-Masudi memberikan keterangan tentang asal-usul kemunculan
Mutazilah tanpa menyangkut-pautkan dengan peristiwa antara Wasil
dan Hasan Al Basri. Mereka diberi nama Mutazilah, katanya, karena
berpendapat bahwa orang yang berdosa bukanlah mukmin dan bukan
pula kafir, tetapi menduduki tempat diantara kafir dan mukmin (al-
manjilah bain al-manjilatain). Dalam artian mereka member status
orang yang berbuat dosa besar itu jauh dari golongan mukmin dan
kafir.

Jabbariyah (Jahmiyah)
Makna `al-jabar' ialah menafikan perbuatan hamba dan menyandarkan
perbuatan itu kepada Allah Taala.
Pemikiran `al-jabar' bukanlah berasal dari pemikiran Arab. Ia telah
dikemukakan oleh al-Ja'd bin Dirham dari kalangan Yahudi,
kemudian telah di kemukakan pula dari al-Ja'd oleh Jahm bin Safwan.
Pemikiran ini tersebar pada awal pemerintahan Banai Umaiyah,
hingga akhirnya menjadi sebuah mazhab. Kelompok Jabbariyah ini
meinsbahkan diri mereka kepada Jahm bin Safwan, kerana beliau
dianggap sebagai pendakwah besar aliran ini. Oleh itu, mazhab ini
dinamakan juga dengan al-Jahmiyah.
Jahm adalah hamba kepada bani Rasib dari penduduk Khurasan yang
bermukim di Kufah. Pidatonya telah meninggalkan kesan yang besar
kepada para pengikutnya. Dan beliau telah muncul dengan
mazhabnya di Tirmiz. Beliau telah menjadi menteri kepada Haris bin
Suraij. Ketika beliau keluar memerangi Bani Umaiyah, dan tenteranya
kalah di atas tangan Salim bin Ahwaz al-Mazini seorang yang diutus
sebagai amil Bani Umaiyah di Khurasan. Manakala al-Jahm pula
telah ditawan dan dibunuh pada tahun 128 Hijrah.
Asas-asas mazhab Jabbariyah
Insan itu digagahi /terpaksa di dalam perbuatannya.Manusia tida
mempunyai kemampuan, kekuasaan dan ikhtiar. Allah Taala
menciptakan perbuatan-perbuatan sebagaimana diciptakannya pada
benda-benda mati (jamad).
Qadariyah
Iraq merupakan tempat berkumpulnya banyak anasir yang terdiri dari
beberapa umat yang menganut pelbagai agama. Basrah pula
merupakan lautan yang membawa ombak-ombak pemikiran dan
aliran.
Ma'bad bin Khalid al-Juni (salah seorang dari yang duduk di majlis
pengajian Hasan al-Basri) telah mendengar orang yang mengatakan
bahawa maksiat itu telah dilakukan kerana telah ditakdirkan. Lalu
beliau berdiri dan menolak pendapat mereka dengan menafikan
keadaan takdir itu menafikan ikhtiar. Beliau telah bersikap keterlaluan
di dalam mempertahankan pendapatnya sehingga masyhur kata-
katanya: "Tiada takdir, dan setiap perkara itu baru bermula. "
Ketika pemikiran Ma'bad sampai ke pengetahuan Ibnu Umar, beliau
berlepas diri daripadanya dan para pengikutnya.
Asas-asas mazhab Qadariyah
1 . Mengingkari takdir Allah Taala dengan maksud ilmuNya.
2 . Melampau di dalam menetapkan kemampuan manusia dengan
menganggap mereka bebas berkehendak (iradah). Di dalam perbuatan
manusia, Allah tidak mempunyai pengetahuan (ilmu) mengenainya
dan ia terlepas dari takdir (qadar). Mereka menganggap bahawa Allah
tidak mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu kecuali selepas ia
terjadi.
3 . Mereka berpendapat bahawa Allah tidak bersifat dengan suatu
sifat yang ada pada makhluknya. Kerana ini akan membawa kepada
penyerupaan (tasybih). Oleh itu mereka menafikan sifat-sifat Ma'ani
dari Allah Taala.
4 . Mereka berpendapat bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Ini
disebabkan pengingkaran mereka terhadap sifat Allah.
5 . Mengenal Allah wajib menurut akal, dan iman itu ialah mengenal
Allah.
6 . Mereka mengingkari melihat Allah (rukyah), kerana ini akan
membawa kepada penyerupaan (tasybih).
7 . Mereka mengemukakan pendapat tentang syurga dan neraka akan
musnah (fana'), selepas ahli syurga mengecap nikmat dan ali neraka
menerima azab siksa.

Para ulamak telah bangkit menentang pendapat Qadariyah atas dua
sebab, iaitu:
Sebab pertama: Masalah pemaksaan yang membawa kepada ta'thil
dan meninggalkan amal dan rukun kepada takdir.
Sebab kedua: Sikap melampau mereka di dalam mentakwilkan ayat-
ayat al-Quran yang menyebutkan dan menetapkan sifat-sifat Allah.
Takwilan-takwilan ini membawa bahaya kepada al-Quran dan
kefahaman makna-maknanya.
Ramai para ulamak yang mengkafirkan golongan Qadariyah.
Dakwah mereka ini telah dipimpin oleh dua orang tokoh, iaitu:
Pertama: Ma'bad bin Khalid al-Juhni di Iraq. Beliau telah terbunuh
ketika keluar berperang bersama Ibnu al-Asy'as dengan al-Hajjaj.
Kedua: Ghailan bin Marwan al-Dimasyqi di Damsyiq. Umar Abdul
Aziz telah memanggilnya dan berdebat dengannya sehingga beliau
bertaubat. Semasa Hisyam bin Abdul Malik memerintah, beliau telah
dibunuh.
Golongan Qadariyah dihukumkan kafir kerana keingkaran mereka
terhadap takdir.
Mazhab Qadariyah dan Jabbariyah telah lenyap. Keduanya tidak lagi
wujud secara berdiri sendiri. Dan kesannya dapat kita lihat pada
mazhab Muktazilah.
Sehingga kini masalah al-jabar (keterpaksaan) dan ikhtiar masih
diperselisihkan oleh para pengkaji.

Khawarij
Mereka adalah kelompok Islam yang paling kuat mempertahankan
iktikad mereka dan begitu bersemangat terhadap pendapat mereka.
Sikap taksub terhadap pemikiran ini mendorong mereka ke arah
perlakuan yang memberi mara bahaya dan bersikap keras hati
terhadap orang yang menentangnya.
Kemunculan aliran ini
Aliran ini muncul adalah disebabkan oleh perselisihan yang berlaku di
antara Ali dan Mu'awiyah r.a.
Ketika peperangan sedang berkecamuk di suatu tempat bernama
Shiffin, Mu'awiyah dan penyokongnya meminta diadakan majlis
tahkim dengan Kitab Allah kerana khuatir tenteranya akan mengalami
kekalahan. Para pengikut Ali berbeza pendapat terhadap tuntutan
Muawiyah, di mana pada akhirnya mereka menerima diadakan
Tahkim.
Ali r.a. talah memilih Abu Musa al-Asy'ari sebagai wakil dirinya dan
kelompoknya. Manakala Muawiyah telah melantik Amru bin al-Ash
sebagai wakil dirinya dan kelompoknya.
Kemudian bangkit sekumpulan tentera dari pengikut Ali. Mereka
berkata: "Tahkim ini adalah salah. Kerana ini membawa makna kita
syak mengapa kita berperang, di mana masing-masing berperang
berdasarkan keyakinan masing-masing tentang kebenaran. Mereka
berkata: "Tiada hukuman kecuali bagi Allah."
Mereka menuntut agar Ali berikrar terhadap kesalahan dirinya,
bahkan mereka mengaggap kafir dengan menerima tahkim. Ali tidak
menjawab tuntutan mereka. Lalu mereka bersepakat untuk keluar dari
Kufah ke suatu kampung bernama Harura'. Ketika itu kelompok ini
dinamakan dengan al-Haruriyah. Mereka diberi nama dengan
Khawarij kerana mereka keluar dari imam Ali dan para pengikutnya.
Asas-asas mazhab Khawarij
1 . Pemerintahan Abu Bakar, Umar dan Usman adalah sah pada
awalnya, namun ia wajib dipecat ketika Abu Bakar mengubah cara
pemerintahan dan mendahulukan kaum kerabatnya.
2 . Pemerintahan Ali dianggap sah sehingga berlakunya Tahkim.
Apabila dia dianggap sebagai salah, mereka mengkafirkannya, Abu
Musa al-Asy'ari dan Amru bin al-Ash.
3 . Pemerintahan wajib dengan pilihan orang yang merdeka dari
kalangan umat Islam, samada yang dipilih itu bangsa Quraisy ataupun
hamba Habsyi. Dia tidak berhak untuk menarik diri/tidak menghukum
atau menghukum/memerintah, Dia juga wajib tunduk dan patuh
secara sempurna terhadap perintah-perintah agama. Jika tidak dia
wajib dipecat.
4 . Amal itu adalah sebahagian dari keimanan, kerana mereka
berpendapat bahawa iman itu adalah pembenaran dan amal. Setiap
orang yang memaksiati (melakukan dosa) Allah Taala, maka dia
adalah kafir. Semua dosa adalah dosa besar.
5 . Wajib keluar (menyisihkan diri) dari imam/pemerintahan yang
zalim. Mereka tidak mengambil pendapat taqiyah sebagaimana Syiah.
Imam Ali r.a. memerangi golongan Khawarij dan mengalahkan
mereka. Begitu juga dengan para pemerintah Bani Umawiyah dan
Abbasiyah telah memerangi mereka, sehingga golongan ini pupus
pada kurun ketiga Hijrah. Sudah tidak wujud lagi golongan ini kecuali
golongan Ibadhiyah yang terdapat di Maghrib, iaitu kelompok
Khawarij yang paling sederhana. Mereka lebih mendekati dengan
ajaran Islam yang sebenar.
Syiah
Syiah adalah selompok Islam yang paling tua. Pada asalnya mereka
adalah golongan yang berpendapat keutamaan kaum keluarga Nabi
s.a.w. (ahlul bait) terhadap jawatan khalifah. Dan ahlul bait yang
paling berhak ialah Ali bin Abi Talib r.a.
Mazhab mereka ini zahir pada akhir zaman pemerintahan Usman bin
Affan r.a. I berkembang dan tersebar pada zaman pemerintahan Ali
r.a. Di mana, apabila Ali r.a. menduduki tempat yang tertinggi
(memeruntah) golongan Syiah mengambil kesempatan untuk
menyebarluaskan ajaran mereka di kalangan manusia.
Apabila tiba pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah telah berlaku
kezaliman ke atas penyokong-penyokong Ali. Umat Islam pula
melihat bagaimana Ali dan anak-anaknya terkorban sebagai syuhada'
dari kezaliman yang berlaku. Faktor kezaliman ini menyebabkan
mazhab Syiah semakin tersebar dan mempunyai ramai penyokong.
Asas-asas mazhab Syiah
Berikut ini adalah sebahagian dari asas-asas mazhab Syiah:
1 . Imamah (pemerintahan) bukan sebahagian dari mashlahat `amah
yang perlu diserahkan kepada umat untuk dirundingkan (mesyuarat).
Malahan, ia dianggap sebagai rukun dan teras kepada Islam. Nabi
tidak boleh melupakan atau melalaikannya. Sebaliknya baginda wajib
melantik imam untuk umat ini, dan imam yang dilantik itu adalah
maksum (terpelihara) dari dosa besar dan kecil.
2 . Rasulullah s.a.w. telah melantik Ali r.a. sebagai khalifah dengan
nash yang dinukilkan dan ditakwilkan oleh golongan Syiah dengan
nukilan yang tidak pernah diketahui bahawa ia adalah nukilan syariat
dan ahli hadis.???
Dari sinilah munculnya pemikiran wasiat dan menggelar Ali dengan
gelaran al-washi. Ia bermaksud bahawa Ali itu adalah imam dengan
nash bukan dengan pilihan ataupun syura. Dan Ali kemudian
berwasiat pula kepada keturunan selepasnya. Begitulah seterusnya
para imam Syiah adalah penerima wasiat dari imam sebelumnya.
3 . Ali r.a. merupakan makhluk yang paling afdal di dunia dan akhirat
selepas Rasulullah s.a.w. Oleh itu, barangsiapa yang memusuhi Ali
atau memeranginya, maka dia adalah musuh Allah melainkan jika dia
sempat bertaubat sebelum kematiannya dan mati dalam keadaan
mencintai Ali.
4 . Syiah ini tidak wujud dalam satu kedudukan sahaja, malahan
terdapat di kalangan mereka yang melampau dan taksub.
Golongan sederhana dari kalangan Syiah berpendapat
keutamaan/keafdalan Ali berbanding dengan para sahabat lainnya
tanpa mengkafirkan atau menfasikkan sesiapapun. Mereka
mengiktiraf kesahihan imam yang kurang utama disamping wujud
imam yang lebih utama. Mereka mengatakan bahawa, tidak ada beza
di antara Nabi s.a.w. dan Ali r.a. kecuali martabat kenabian sahaja.
Selain dari martabat itu, mereka memberikan kepada Ali r.a. segala
sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.
Golongan yang ekstrem dan melampau pula, tidak memadai dengan
hanya mengatakan keutamaan Ali di atas khulafa'ur Rasyidin dan
kemaksumannya, malahan mereka mengangkat Ali hingga ke
martabat kenabian. Sebahagian dari mereka ada yang
mempertuhankan Ali. Terdapat juga yang mendakwa bahawa Allah
Taala bersatu di dalam diri Ali (hulul). Ada sebahagiannya yang
berkata bahawa setiap ruh imam diresapi dengan sifat-sifat ketuhanan
(uluhiyah) yang dapat berpindah kepada imam-imam berikutnya.
Pada hakikatnya, fahaman mencintai Ali (tasyaiyu') merupakan
tempat berlindung:
- Orang-orang yang mahu menghancurkan Islam kerana sikap
permusuhan atau dendamnya.
- Orang-orang yang mahu memasukkan ajaran nenek moyang
mereka ke dalam Islam, yang terdiri dari kalangan bekas penganut
Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain.
- Orang-orang yang mahu memerdekakan negeri mereka dan keluar
dari pemerintahan Islam.
Setiap orang dari mereka ini menjadikan kecintaan kepada Ahlul Bait
sebagai tabir yang disebaliknya terdapat segala apa yang hawa nafsu
mereka mahukan.

Murji'ah
Kemunculan
Para pengikut Ali berpecah kerelaannya menerima Tahkim kepada
Khawarij dan Syiah. Di mana Khawarij mengkafirkan Ali, Usman dan
jurucakap Tahkim. Manakala Syiah pula sebahagiannya mengkafirkan
Abu Bakar, Umar, Usman dan pendokong-pendokong mereka. Dan
kedua-dua aliran ini pula sama-sama mengkafirkan bani Umaiyah dan
melaknat mereka. Bani Umaiyah pula mengatakan bahawa kaum
muslimin ialah mereka yang berada di bawah panji-panji mereka,
tunduk patuh samada suka ataupun benci.
Ini menjadi sebab sekumpulan dari kalangan para sahabat membenci
perselisihan yang berlaku. Lalu mereka mengambil jalan tengah
hingga benar-benar nyata fitnah berkenaan. Kerana inilah mereka
enggan mencampuri urusan orang-orang yang berselisih. Mereka
tidak membebankan diri mereka untuk membahaskan mengenai siapa
yang benar dari kalangan dua kelompok yang berselisih dan
berperang. Mereka mengembalikan hukum tentang keadaan mereka
kepada Allah s.w.t. Sebab itulah mereka digelar sebagai al-Murji'ah.
Asas-asas mazhab Murji'ah
Berikut ini adalah sebahagian dari asas-asas mazhab Murji'ah:
Mereka berpendapat bahawa kelompok-kelompok yang berselisih itu
masih beriman, sekalipun sebahagian mereka itu ada yang benar dan
sebahagian mereka ada yang salah. Kerana mereka tidak mampu
untuk menentukan yang mana benar dan yang mana bersalah, maka
dikembalikan hukum itu kepada Allah Taala. Golongan yang
berselisih ini beriman kerana mereka masih mengucap dua kalimah
Syahadah. Kemudian asas ini berkembang pada masa berikutnya:
a . Iman itu ialah dengan pembenaran (tasdiq) dan makrifah
(mengenal Allah). Amal pula tidak memberi kesan kepada iman
secara mutlak. Mereka mengatakan bahawa keimanan yang disertai
dengan kemaksiatan tidak memberi mudarat, sebagaimana tidak
memberi manfaat kekufuran yang disertai dengan ketaatan.
b . Kemudian sebahagian mereka ada yang bersikap melampau.
Mereka menganggap bahawa keimanan itu hanyalah dengan hati,
sekalipun seseorang itu mengumumkan kekufurannya dengan lisan,
menyembah berhala atau melazimi orang-orang Yahudi dan Nasrani;
dan dia mati dalam keadaan begitu, maka tetap dianggap sebagai
orang yang beriman.
Terdapat kefasikan dan kejahatan di dalam pandangan-pandangan
mazhab ini yang membuka pintu ke arah segala kerosakan.
pandangan-pandangan mazhab ini yang membuka pintu ke arah
segala kerosakan. Mereka menjadikannya sebagai perantara dosa-dosa
mereka.
Zaid bin Ali bin al-Husain berkata: "Aku bebas dari Murji'ah yang
sukakan kepada kefasikan pada keampunan Allah."
Memang banyak mazhab yang muncul secara bersih, kemudian para
pengikutnya menjadi pelampau yang mengikut hawa nafsu mereka.


GOLONGAN ANTI HADIS
Golongan Anti Hadis
Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui
Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. sebagai sumber kedua
syariat Islam selepas al-Quran.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. merupakan sumber kedua
syariat Islam selepas al-Quran.
Sumber pengambilan hukum yang terlah disepakati oleh para ulamak
ada empat, iaitu:
1 . Al-Quran
2 . Al-Sunnah atau Hadis
3 . Ijmak
4 . Qiyas.
Sejarah Golongan Anti Hadis
Golongan Anti Hadis Pada masa sahabat
Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar Hadis,
terdapat seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar Hadis,
memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab: "Engkau dan
sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau
mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau
zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan
Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu
menjawab: "Terimakasih, aku baru sedar." Dan dikemudian hari
orang itu menjadi seorang ahli fikah.
Perkara yang terjadi kepada Umayah bin Khalid pula. Dia sedaya
upaya cuba mencari penyelesaian seluruh masalah dengan hanya
merujuk kepada al-Quran sahaja. Akhirnya dia berkata kepada
Abdullah bin Umar bahawa di dalam al-Quran dia hanya berjumpa
dengan masalah sembahyang di rumah dan ketika perang sahaja.
Sedangkan masalah sembahyang musafir tidak dapat ditemui.
Abdullah bin Umar menjawab: "Wahai keponakanku, Allah telah
mengutuskan Muhamad s.a.w. dan kita tidak tahu apa-apa. Kita
kerjakan sahaja apa yang Nabi s.a.w. lakukan."
Ayub al-Sakhtiyani berkata: "Apabila engkau mengajar Hadis kepada
seseorang, kemudian dia berkata: "Tak perlu pakai Hadis, ajarkan
kami al-Quran sahaja", maka ketahuilah bahawa orang itu sesat dan
menyesatkan."
*********
Di atas, jelas bahawa bibit-bibit anti hadis sudah mulai wujud sejak
zaman sahabat lagi. Cuma ia tidak serius dan masih berbentuk
pandangan individu, tidak secara kelompok, jamaah atau gerakan.
Dan ia berlaku disebabkan salah faham terhadap kedudukan hadis
sebagai sumber syariah. Namun dengan cepat ia diperbetulkan.
Sejak masa berkenaan, pandangan mahukan al-Quran sahaja tanpa
hadis lenyap pada akhir kurun kedua hijrah. Ia tidak kedengaran lagi.
Kerana umat pada masa lalu sepakat menerima Hadis sebagai sumber
kedua hukum di dalam Islam. Baik Dari kelompok majoriti Ahlus
Sunnah maupun kelompok-kelompok kiri yang majoriti seperti Syiah,
Muktazilah dan Khawarij masing-masing menerima Hadis sebagai
sumber hukum. Walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan
bahawa kaum Muktazilah adalah termasuk di dalam golongan anti
hadis, tetapi pendapat ini tertolak samasekali. Pendapat berkenaan
bergantung kepada beberapa riwayat (cerita), sedangkan
kenyataannya Muktazilah menerima Hadis. Ini berlaku kerana
seorang yang bermazhab Muktazilah bernama al-Nazam telah
menolak Hadis. Ini pendapat ini tidak lebih dari pendapat peribadi
beliau, bukan pendapat Muktazilah. Buktinya, majoriti orang-orang
Muktazilah mengkafirkan beliau.
**********
Golongan Anti Hadis Pada Zaman Imam al-Syafi'i
Ada satu kisah tentang dialog antara Imam SyafiI dengan Golongan
Anti Hadis:
Golongan Anti Hadis bertanya kepada imam SyafiI: "Ada atau tidak,
dalil yang bersifat zhanni menghalalkan suatu masalah yang telah
diharamkan dengan dalil bersifat pasti?"
Imam SyafiI: "Ada."
Golongan Anti Hadis: "Apa dia?"
Imam SyafiI: "Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa
harta di sebelah saya ini? Bukankah dia ini haram dibunuh dan
hartanya haram dirampas?"
Golongan Anti Hadis: "Ya. haram dibunuh dan hartanya haram
dirampas"
Imam SyafiI: "Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang
mengatakan bahawa orang ini baru sahaja membunuh orang lain dan
merompak hartanya.. Apakah pendapat kamu mengenai orang ini?
Golongan Anti Hadis: "Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas
untuk dikembalikan kepada warisnya."
Imam SyafiI: "Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi
berbohong atau terkeliru?"
Golongan Anti Hadis: Ya, ada kemungkinan."
Imam SyafiI: "Jika begitu, kamu telah membolehkan membunuh
(qisas) dan merampas harta dengan dalil zhanni, sedangkan
membunuh dan merampas harta itu telah diharamkan menggunakan
dalil yang pasti."
Golongan Anti Hadis: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima
persaksian."
**********
Golongan Anti Hadis Abad Modern
Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad), muncul semula
pemikiran anti hadis. Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh
Muhamad Abduh. Ia muncul, dipercayai hasil dari suntikan penjajah
Barat yang ketika itu sedang rancak menjajah negara umat Islam.
Mereka berjaya menimbulkan keraguan di hati sebahagian kecil umat
Islam. Tujuannya adalah untuk melumpuhkan terus kekuatan umat
Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan lemah.
Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel di dalam majalah al-Manar
pimpinan Saiyid Rasyid Redha. Pada mulanya, idea-idea Dr. Taufiq
mendapat perhatian dari Saiyid Rasyid Redha, tetapi menurut Dr.
Mustafa al-SibaI, beliau menarik balik pandangan berkenaan.
Di dalam artikel berkenaan, Dr.Taufiq menyeru al-Quran sahaja, tidak
perlu sunnah.
------------------------
Golongan Anti Hadis Di Malaysia
Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad
melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini
meragui kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam.
Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.
Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia
(JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan
Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat
bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-
akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadisnya.
Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar
tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru
agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.
Buku Hadis: Satu Penilaian Semula
Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah
menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam
berdasarkan faktor-faktor berikut:
1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-
Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan
abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah
Rasulullah s.a.w. wafat.
2 . Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam
pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin.
3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham
kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada
zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini
adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w.
telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah
termaktub di dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak
Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan
lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana
keadaan mula turun wahyu.
Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-
Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya
terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan dan
sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana
Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan
menyebarkan Islam.
Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman
Rasulullah s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para penulis
kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat
untuk melakukan pendustaan.
ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui
tidak dibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w.
tetap:
a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,
b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.
c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat
dan umat Islam.
d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para
sahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-
menulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w.
Terdapat tiga peringkat, iaitu:
Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana
dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.
Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada
Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.
Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas
kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am
kepada para sahabat untuk menulis Hadis.
iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa Hadis-hadis telah mewujudkan
faham kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta. Kerana Hadis-hadis
yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis
palsu (maudhu') yang ditolak oleh umat Islam.
iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran dan kebekuan umat Islam
sebagaimana yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang berlaku
sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain antaranya ialah:
a . Kejahilan
b . Kehilangan budi pekerti
c . Kerosakan moral para pemimpinnya.
d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan
mereka menjadi jumud (beku).
e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana
Islam
Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan Sembahyang Lima
Waktu
Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti
Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala
perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.
Malah Rashad Khalifa yang menjadi ikutan Golongan Anti Hadis
telah mengatakan bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab Jahiliyah telah
mengerjakan sembahyang lima waktu.
Dengan ini, mereka menafikan sembahyang lima waktu itu telah
difardukan semasa Israk dan Mi'raj.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi
Ibrahim a.s. adalah sesat dan ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan
sembahyang lima waktu telah difardhukan pada malam Isra' dan
Mi'raj. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para
sahabat, tabi'in dan para ahli sejarah.
Manakala perincian tentang sembahyang pula, seperti niat, takiratul
ihram, rukuk, sujud dll, tidak diterangkan oleh al-Quran. Perincian
mengenainya tidak boleh didapati di mana-mana buku atau kitab
melainkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah sahaja.
(Sumber: Abdul Halim El-Muhammady, Islam dan al-Hadith: Satu
analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti
Rasulullah s.a.w.)

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan
golongan ini:
Ajaran Golongan Anti Hadith
ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12
Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat
kepada wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca
kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam
adalah syirik.
TARIKH MUNCUL
1985
TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia
TINDAKAN/HUKUMAN
Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa
Negeri:
1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996
2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46
3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78
4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3
(Sumber: <http://www.islam.gov.my/sesat/BM/Ahadis.html>)
Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari
golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai
sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah
difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci -
wal 'iya zubillahi min zalik.

Baha'iyah/Babiyah
Baha'iyah merupakan satu aliran sesat yang terkeluar dari Islam. Ia
telah menjadi satu agama baru yang asing dari agama Islam. Ia adalah
pecahan dari Syiah Imamiyah.
Pengasas Asal Agama Baha'iyah
Agama Bahaiyah diasaskan oleh Mirza Ali Muhamad al-Syirazi.
Beliau lahir di Iran sekitar tahun 1152 H/1820 M. Pada asalnya beliau
merupakan pengikut mazhab Syiah Imamiyah. Beliau bersikap
melampaui batas mazhab Syiah Imamiyah, sehingga digabungkan
mazhab berkenaan dengan mazhab Syiah Ismailyiah dan fahaman
hulul yang sesat serta menyimpang dari ajaran Islam.
Hulul ialah satu fahaman yang mempercayai bahawa Tuhan menjelma
pada makhluknya. Fahaman ini dianuti oleh golongan Saba'iyah.
Ramai dari kalangan penduduk Farsi dari kalangan penganut mazhab
Imamiyah yang tertarik dengan ajaran Mirza Ali Muhamad.
Ajaran Agama Baha'iyah
Antara pengakuan-pengakuan Mirza Ali Muhamad yang sesat ialah:
1 . Mengaku bahawa dirinya (Mirza Ali Muhamad) adalah sebagai
penyambung suara imam yang tersembunyi. Maksud imam di sini
ialah imam Syiah Imamiyah yang keduabelas, iaitu imam Muhamad
bin Asyakir. Imam ini dikatakan sebagai telah hilang, dan akan
muncul kembali pada akhir zaman sebagai imam al-Mahdi.
2 . Dirinya sebagai pintu kepada imam. Dengan ini beliau bergelar
`al-Bab'.
3 . Beliau mendakwa telah memindahkan ilmu imam ke dalam
dirinya.
4 . Beliau mendakwa sebagai imam al-Mahdi.
5 . Mendakwa bahawa Allah telah menjelma di dalam dirinya.
Dirinya telah dipilih oleh Allah untuk menampakkan diriNya kepada
makhluk.
6 . Beliau mendakwa bahawa pada akhir zaman nanti, bukan setakat
nabi Isa a.s. sahaja yang akan kembali ke dunia, tetap juga nabi Musa
a.s.
Kemudian beliau mengemukakan akidah-akidah dalam
agamanya, iaitu:
1 . Tidak mempercayai tentang wujudnya kiamat, syurga tempat
pembalasan bagi orang beriman dan neraka tempat siksaan orang
yang engkar. Beliau menyatakan bahawa pertemuan dengan Allah di
akhirat kelak adalah simbol terhadap kehidupan kerohanian yang
baru.
2 . Beliau mengisytiharkan bahawa dirinya adalah jelmaan sebenarnya
dari semua nabi yang terdahulu. Semua risalah yang dibawa oleh
nabi-nabi bersatu dalam dirinya. Sebab itulah semua ajaran agama
bertemu di dalam dirinya. Oleh itu beliau mengatakan bahawa semua
gama itu adalah sama sahaja.
3 . Kepercayaan terhadap hulul, iaitu Allah menjelma di dalam
dirinya secara langsung.
4 . Beliau tidak mengakui bahawa risalah yang dibawa oleh Nabi
Muhamad adalah risalah terakhir.
5 . Beliau sentiasa menyebutkan kumpulan huruf-huruf dan hitungan
angka untuk masing-masing huruf. Menurut pendapatnya, angka-
angka tertentu mempunyai pengaruh tertentu. Contoh, angka sembilan
belas (19) mempunyai kedudukan khusus yang tinggi.
6 . Beliau menetapkan bahawa Wanita sama taraf dengan lelaki dalam
masalah warisan dan lainnya.
Mirza Ali Muhamad telah membukukan pendapat-pendapat sesatnya
di dalam buku bernama al-Bayan.
---------
Kematian Mirza Ali Muhamad dan penggantinya
Sebelum meninggal dunia Mirza Ali Muhamad telah memilih dua
orang pengikutnya sebagai penggnati. Mereka ialah Subh `Azal dan
Baha'ullah.
Subh `Azal dan Baha'ullah telah dibuang negeri dari Farsi. Subh 'Azal
dibuang ke Cyprus dan Baha'ullah di satu wilayah di Turki. Pengikut
Baha'ullah lebih ramai berbanding dengan pengikut Subh 'Azal.
Baha'ullah
Nama agama Baha'iyah di ambil sempena nama Baha'ullah.
Kadangkala dinisbahkan kepada gelaran pengasasnya al-Babiyah.
Antara kesesatan ajaran yang dibawa oleh Baha'ullah:
1 . Membawa kesesatan yang sama dengan gurunya Mirza Ali. Dan
Beliau mengaku bahawa kedudukan dirinya setaraf dengan gurunya.
Bahkan didakwa lebih agung dari gurunya.
2 . Beliau mengaku bahawa Tuhan telah menjelma di dalam dirinya.
Beliau adalah sebagai penyempurna ajaran yang telah dibawa oleh
gurunya.
3 . Beliau menggelar dirinya sebagai `Mazharullah' atau
`Manzhurullah'. Iaitu Tuhan menjelma dalam pemunculannya dengan
keelokan zat ketuhanan, di mana keelokan itu tidak dapat ditandingi
oleh kecantikan wajah perempuan. Dari itu, para pengikutnya melihat
Baha'ullah bukan sebagai manusia biasa.
4 . Beliau telah membukukan ajaran syiriknya. Di dalamnya
menentang al-Quran dan buku gurunya al-Bayan. Buku yang paling
terkenal ialah al-Aqdas. Antara dakwaan sesat yang terkandung di
dalam buku berkenaan:
a . Isikandungannya diwahyukan Allah kepadanya.
b . Beliau kekal bersama kekalnya zat Allah.
c . Buku berkenaan mewakili seluruh ilmu ketuhanannya, tetapi
masih ada ilmu lain yang khusus diberikan kepada para sahabat
pilihannya. Selain dari mereka tidak ada yang dapat menerima dan
mempraktikkan ilmu kebatinan ini.
Antara seruan Baha'ullah yang penting ialah:
1 . Beliau berpendapat bahawa apa yang diserukannya merupakan
agama baru yang bukan Islam.
2 . Membuang semua ikatan keislaman, sehingga aliran ini tidak ada
kena mengena dengan agama Islam.
3 . Ia menyamaratakan semua manusia yang berlainan warna kulit,
agama dan isi ajarannya.
4 . Beliau mencipta undang-undang keluarga baru serta menentang
undang-undang keluarga Islam.
5 . Beliau menghapuskan sembahyang berjamaah kecuali
sembahyang jenazah.
6 . Ka'bah bukanlah kiblat para pengikutnya. Kiblat mereka ialah
tempat di mana Baha'ullah duduk.
7 . Hukum-hakam syarak dalam jual beli dibatalkan oleh beliau.
8 . Beliau menyerang para ulamak Islam, para pendeta Kristian dan
Yahudi.
Kematian Baha'ullah dan Penggantinya
Baha'ullah mati pada bulan May tahun 1892. Agamanya Baha'iyah
telah diganti oleh anaknya Abbas Afandi. Beliau digelar sebagai
Abdul Baha' atau Ghusn A'zhom (cabang mulia).
Abbas tidak seperti ayahnya yang mengajarkan ajaran penjelmaan
tuhan di dalam diri. Beliau lebih menumpukan kajian terhadap kita-
kitab suci Yahudi dan Kristian untuk dipelajari.
Jika Mirza Ali Muhamad sebagai pengasas agama Baha'iyah telah
menghancurkan Islam atas nama pembaharuan, maka penerusnya
iaitu Baha'ullah telah menyempurnakannya dengan mengingkari dan
membuang seluruh ajaran Islam. Manakala Abbas pula merasakan
tidak cukup dengan hanya membuang ajaran Islam, lalu beliau pergi
kepada kitab-kitab suci Yahudi dan Kristian untuk mengambil
ajarannya sebagai ganti dari al-Quran.
Siapakah Penganut Agama Baha'iyah
Oleh kerana Abbas menyandarkan agama Baha'iyah kepada kitab suci
Yahudi dan Kristian, maka ramailah penganut-penganut agama
Yahudi, Kristian dan Majusi yang terpengaruh dengannya.
Guru pertama dan kedua agama Baha'iyah telah gagal dan kecewa
mempengaruhi kaum muslimin. Dan guru ketiganya telah beralih arah
untuk mempengaruhi para penganut agama Yahudi, Kristian dan
Majusi.
Pusat Agama Baha'ullah
Agama Baha'ullah telah berkembang di Amerika Syarikat. Markaz
utamanya ialah di Chicago.
Pandangan Islam Terhadap Agama Baha'iyah
1 . Agama Baha'iyah adalah satu agama baru yang tidak ada kena
mengena dengan Islam. Ia bukan satu mazhab dari mazhab-mazhab
Islam, samada mazhab yang benar atau yang sesat.
2 . Berdasarkan kepada isikandungannya yang mengandungi
kesyirikan, maka sesiapa yang mempercayainya dianggap telah
murtad dari agama Islam - Na'uzubillahi Min Zalik.
3 . Islam adalah agama yang berdasarkan kepada prinsip tauhid
kepada Allah yang Maha Esa. Islam menolak dengan tegas fahaman
syirik seperti Allah menjelma di dalam diri seseorang.
4 . Nabi Muhamad adalah penutup segala rasul-rasul. Tidak ada rasul
yang akan dibangkitkan selepas itu. Dengan berakhirnya pengutusan
rasul dan nabi, maka berakhir juglah penurunan wahyu dari Allah
Taala. Oleh itu barangsiapa yang mendakwa dirinya sebagai rasul
atau menerima wahyu dari Allah, maka dakwaan itu adalah dakwaan
yang paling dusta.
5 . Al-Quran adalah penutup segala kitab-kitab yang diturunkan oleh
Allah. Ia adalah mukjizat tentang kebenaran pengutusan Muhamad
sebagai Rasulullah. Al-Quran adalah terpelihara dari penyelewengan
sehingga hari kiamat. Undang-undang dan hukum-hakam yang ada di
dalamnya sesuai untuk setiap zaman dan keadaan. Ia tidak boleh
diubah oleh sesiapapun. Oleh itu barangsiapa yang mendakwa bahawa
ada kitab suci lain setelah al-Quran, maka dia adalah pendusta. Begitu
juga dengan mengingkari salah satu dari hukum-hakamnya, maka dia
telah terkeluar dari ajaran Islam yang suci.
6 . Segala ilmu mengenai tauhid dan syariat Islam telah sempurna
diturunkan oleh Allah melalui perantaraan nabi Muhamad s.a.w.
Oleh itu adalah tidak benar jika ada orang yang mendakwa bahawa
ada ilmu lain mengenai tauhid dan syariat yang tidak diberitahu
kecuali orang-orang tertentu sahaja. Dan Rasulullah s.a.w. sendiri
adalah bersifat dengan sifat Tabligh dan Amanah. Tidak mungkin
Baginda s.a.w. menyembunyikan syariat Allah dari pengetahuan
umatnya.
7 . Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berpegang teguh
kepada isi ajaran al-Quran dan Sunnah NabiNya. Kita tidak boleh
mensyirikkanNya, menerima sebahagian serta mengingkari
sebahagiannya, atau menolak semuanya.
8 . Sentiasalah berusaha dan berdoa agar Allah tidak memesongkan
keimanan kita.

Anda mungkin juga menyukai