Anda di halaman 1dari 23

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) STATISTIK

LAPORAN PEMBENTANGAN

ETIKA DALAM MENANGANI ISU GEJALA SOSIAL

DISEDIAKAN OLEH:

1. KHAIRUN NADHIRAH BINTI AMRAN – KETUA 2020988905

2. A’IN AQILAH BINTI KAMARULZAMAN 2020958409

3. FARIZAH HANIM BINTI ZULKELEY 2020985473

4. MUNIRAH SYAMILAH BINTI RAZLAN 2020966533

5. NUR FARAH DIYANAH BINTI AZRIE 2020984951

Laporan pembentangan ini dihantar kepada Ustazah Nur Sofiah binti Suhaimi dalam
memenuhi sebahagian keperluan untuk ​CTU554 (ETIKA DAN PERADABAN II)

SEMESTER 4

SESI 2020/2021
ISI KANDUNGAN

BORANG PERAKUAN PELAJAR ……………………………………………....……………....…. 1

1. PENDAHULUAN ……………………………………………………………....…………...…….. 2

2. OBJEKTIF KAJIAN …………………………………………………………....………………….. 3

3. KAJIAN LITERATUR………………………………………………………………………………. 4

3.1 Hubungan Etika dan Agama dalam Kehidupan Sosial…………………………….... 4

3.2 Penghayatan Nilai Murni dalam Kalangan Pelajar Sekolah


Menengah Masa Kini……………………………………………………………………. 4

3.3 Netiquette: Etika Jejaring Sosial Generasi Milenial dalam Media Sosial………….. 5

3.4 Meneroka Ciri dan Faktor Buli Siber dalam Kalangan Remaja di Malaysia…....…. 6

4. DAPATAN KAJIAN……………………………………………………………………………….… 7

4.1 Mengenal pasti konsep etika dalam membendung isu gejala sosial
sesama manusia……………………………………………………………………….… 7

4.2 Mengkaji jenayah siber buli yang menyumbang dalam peningkatan gejala
sosial dalam masyarakat………………………………………..……………………... 10

5. KESIMPULAN KAJIAN …………………………………………………………………………. 13

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN ………………………………………………………………………….. 14

LAMPIRAN ………………………………………………………………………………………...... 16
PERAKUAN PELAJAR

“Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang
kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib UiTM Negeri Sembilan.”

1. Nama: KHAIRUN NADHIRAH BINTI 2. Nama: A’IN AQILAH BINTI


AMRAN KAMARULZAMAN
No. Pelajar: 2020988905 No. Pelajar: 2020958409

3. Nama: FARIZAH HANIM BINTI 4. Nama: MUNIRAH SYAMILAH BINTI


ZULKELEY RAZLAN
No. Pelajar: 2020985473 No. Pelajar: 2020966533

5. Nama: NUR FARAH DIYANAH BINTI


AZRIE
No. Pelajar: 2020984951

1
1. PENDAHULUAN

Etika berasal dari perkataan ‘ethos’ yang membawa maksud perangai atau keperibadian
sama ada baik atau buruk yang melibatkan watak sesebuah masyarakat bukan sahaja seorang
individu. Justeru itu, etika dibahagikan kepada dua jenis iaitu etika sosial dan etika individu.
Etika sosial memberi penekanan kepada tanggung jawab, perilaku dan sikap individu sebagai
masyarakat. Manakala, etika individu pula bermaksud perangai, akhlak atau tingkah laku yang
baik dan buruk seseorang dalam menjalani rutin hariannya (Rakha Fahreza Widyananda,
2020). Ini kerana keperibadian atau akhlak yang baik mencerminkan diri seseorang. Islam telah
menyatakan bahawa orang-orang yang berkeperibadian baik dan berakhlak mulia akan diberi
ganjaran di akhirat kelak. Ini dapat dibuktikan lagi dengan hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim,
maksudnya:

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah S.A.W seorang yang
bersifat keji dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda,
“Sesungghnya di antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia
akhlaknya”.

Hadith ini menjelaskan bahawa seseorang itu hendaklah sentiasa berusaha dalam menghindari
keburukan dan perbuatan yang keji, serta berusaha dalam memperbaiki diri ke arah kebaikan
dan sifat-sifat terpuji. Seseorang yang berkeperibadian baik bukan sahaja memberi manfaat
kepada diri sendiri malahan disenangi oleh masyarakat.

Kini, masalah-masalah berkaitan dengan sosial sering di perkatakan dalam kalangan


masyarakat di Malaysia. Masalah sosial ini merupakan antara perkara yang paling
membimbangkan terutamanya di dalam kalangan remaja. Gejala sosial boleh diklasifikasikan
sebagai sebuah masalah yang melibatkan etika dan moral individu. Ianya juga diertikan sebagai
petanda yang berkaitan dengan perihal kemasyarakatan, pergaulan dan juga aktiviti masa
lapang. Antara contoh gejala sosial adalah pergaulan bebas, perlumbaan secara haram,
penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi dan lain-lain. Banyak pihak sama ada agensi
kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan yang telah berusaha dalam menangani gejala
sosial daripada terus berlarutan dalam kalangan masyarakat.

2
2. OBJEKTIF KAJIAN

1. ​Mengenal pasti konsep etika dalam membendung isu gejala sosial sesama manusia.

2. Mengkaji jenayah siber buli yang menyumbang dalam peningkatan gejala sosial dalam
masyarakat.

3
3. KAJIAN LITERATUR

Bahagian ini meninjau kajian-kajian sebelumnya mengenai etika dalam menangani isu
gejala sosial. Ia juga mengkaji fakta-fakta dan kajian mengenai isu gejala sosial yang berlaku di
kalangan remaja pada masa kini yang menjadi bualan masyarakat iaitu gejala siber buli. Kajian
ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti corak dalam penyelidikan sebelumnya sebagai
panduan kajian ini.

3.1 Hubungan Etika dan Agama dalam Kehidupan Sosial

Dua perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia adalah etika dan iman.
Masalah mengenai etika dan iman, bagaimanapun, tidak dapat dipisahkan dari masalah
kehidupan manusia itu sendiri. Oleh itu, hubungan antara etika dan agama agak terjalin,
semuanya mempunyai persamaan yang penting dan saling bergantung. Oleh itu, dalam
kehidupan sosial, etika dan agama adalah keperluan hidup yang mempunyai tujuan dan tetap
serta penting. Dalam kehidupan sosial, peranan etika dan agama masih berlaku dan dalam
masyarakat sangat penting dan kedua-duanya membantu meneliti dan menilai baik dan buruk
tingkah laku manusia. Seorang individu dengan hujah logik juga diukur oleh etika (Nizar, 2018).

3.2 Penghayatan Nilai Murni dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Masa
Kini

Topik sosial berkait rapat dengan moral dan prinsip baik seseorang. Masalah sosial
semakin meningkat sekarang ini, terutamanya di kalangan remaja. Kurangnya pendidikan
agama dan pemahaman tentang etika dan nilai-nilai moral adalah penyebab kepada tingkah
laku yang semakin buruk dan tidak bermoral di kalangan pelajar remaja sekarang. Menurut
Abd. Rahim Abd. Rashid (2001), maklumat dan pemahaman tentang nilai-nilai murni akan
menghasilkan pengetahuan dan penghayatan pelajar terhadap pelbagai masalah moral yang
menguasai dan mempengaruhi aktiviti dan tindakan seseorang secara bergilir-gilir. Dalam
makalah ini, analisis soal selidik dilakukan untuk mengetahui apakah remaja memahami dan
mengetahui tentang nilai-nilai murni (Othman, Roslan, Suhid, 2015). Prinsip kerohanian,
kemanusiaan, dan kewarganegaraan memberikan aspek pengiktirafan nilai-nilai murni (Nik Azis

4
Nik Pa, 1994). Adalah mungkin untuk mendidik penghayatan nilai melalui disiplin, pengajaran,
contoh atau model, dorongan sosial dengan tingkah laku yang dapat diterima dan persekitaran
yang sesuai yang dapat membentuk tingkah laku (Young, 1995). Pelajar harus bermotivasi
untuk mencontohi dan mempraktikkan nilai-nilai positif sebagai pengakuan terhadap kemahiran
peribadi dan kualiti yang baik, serta masalah kehidupan dan perkembangan diri (Abd. Rahim
Abd. Rashid, 2001).

3.3 Netiquette: Etika Jejaring Sosial Generasi Milenial dalam Media Sosial

Pertumbuhan internet yang semakin meningkat sekarang akan membantu orang


berinteraksi dengan masyarakat di seluruh dunia. Produk utama kewujudan Internet ini adalah
hubungan masyarakat secara keseluruhan di dunia maya, atau dari segi Christakis dan Flower
(2010), Hyper-connect dikenali sebagai hubungan yang terjalin, iaitu mencerminkan interaksi
yang berkaitan antara satu sama lain. Mereka yang datang daripada pelbagai asal-usul akan
berkongsi data untuk melakukan transaksi perdagangan, mengetahui perkembangan terkini di
negara-negara dasar luar. Dikatakan juga, internet menjadikan dunia berada di tangan
Manusia. Yang benar adalah bahawa Internet dan media sosial digunakan secara meluas
terhadap prinsip etika dan akhlak. Nilai-nilai etika dan moral ini diatur oleh remaja dengan sikap
yang bertentangan. Kelakuan terhadap nilai-nilai etika dan moral, seperti akses ke laman web
pornografi dan gangguan seksual (Chase dan Statham, 2005), serta pembuli siber biasa oleh
media sosial (Whittaker dan Kowalski, 2015). Kerana itu, terdapat juga teori dan prinsip
'netiquette' untuk membendung etika yang salah di media sosial di mana secara khususnya
telah dikuasai masyarakat zaman sekarang. Etika internet ini dikembangkan untuk
membolehkan orang-orang mematuhi etika dan etika untuk membina ruang bersama yang
selesa, selamat dan damai sambil terlibat dalam dunia nyata. Etika internet berbeza dengan
etika dan peradaban lain (Fahrimal, 2018).

5
3.4 Meneroka Ciri dan Faktor Buli Siber dalam Kalangan Remaja di Malaysia

Kemajuan teknologi telah membawa perubahan untuk rangkaian sosial sebagai rutin
harian mereka, terutama bagi remaja masa kini. Bagi kebanyakan budaya di dunia, seperti
Malaysia, internet telah menjadi satu kegunaan seharian masyarakat. Tanpa Internet, media
sosial serta telefon pintar sukar untuk digambarkan. Teknologi seperti ini telah memudahkan
orang ramai berkomunikasi sesama sendiri dari pelbagai asal-usul dan pandangan dunia.
Teknologi sosial biasanya memberi remaja tempat untuk menjalin persahabatan selepas
sekolah, tetapi sayangnya, ia juga boleh menjadi tempat menyebarkan fitnah, mensabotaj rakan
sosial yang takut serta memalukan (Hinduja dan Patchin, 2009). Hasil daripada kemajuan
teknologi itu, satu masalah telah timbul khasnya di kalangan orang muda. Masalah itu ialah
masalah siber buli, yang memberi maksud pengusikan teknologi tinggi yang hasil dari
penglibatan kata-kata yang tidak beradab secara berulang. Siber buli dicirikan sebagai
penggunaan komunikasi berasaskan teknologi melalui pesanan atau frasa dalam talian,
termasuk telefon bimbit, e-mel, pesanan segera dan bahkan rangkaian sosial, yang bertujuan
untuk menyebabkan gangguan atau intimidasi individu. Siber buli juga merupakan masalah
universal yang terutama mempengaruhi remaja yang memerlukan perhatian dan memerlukan
lebih banyak kajian mengenainya. Kajian terbaru menunjukkan bahawa buli siber, terutama di
kalangan remaja, adalah salah satu jenis gangguan yang paling kerap berlaku. Pembulian siber
kini berada dalam skala global di beberapa tempat di seluruh dunia, seperti Amerika Syarikat,
Kanada, Jepun, Australia dan New Zealand, di mana peristiwa ini berlaku (Accordino, 2011).

6
4. DAPATAN KAJIAN

4.1 ​Mengenal pasti konsep etika dalam membendung isu gejala sosial sesama
manusia.

Para pemikir Islam mahupun Barat menyedari bahawa manusia pada masa kini berada
di puncak krisis yang kritikal, di mana kehadiran sains dan teknologi telah mengambil alih
kewujudan manusia sebagai kekuatan dalam merancang peradaban moden (​Nizar, 2018​).
Dalam menangani keadaan ini, sikap lebih menghargai dan menghormati diperlukan dalam
memastikan fungsi nilai-nilai etika dan agama dipraktikkan dalam kehidupan sosial. Oleh
disebabkan kedua-duanya merupakan aspek yang penting dalam membantu manusia
meningkatkan serta membentuk diri supaya menjadi manusia yang memiliki peradaban yang
tinggi. Etika mengajar kita untuk membandingkan sesuatu perkara itu baik atau buruk
menggunakan akal fikiran manusia untuk berfikir dan hati untuk menilai manakala dari aspek
agama pula baik dan buruk sesuatu itu diajar melalui Al-Quran dan Al-Hadith yang juga dinilai
sendiri sesuatu perkara itu menggunakan akal yang Allah S.W.T berikan. Keduanya terdapat
persamaan dasar, yakni sama-sama menyelidiki dan menentukan ukuran baik dan buruk
dengan melihat pada amal perbuatan manusia (​Nizar, 2018​). Justeru, kedua aspek berikut
penting serta merupakan penyumbang terbesar masyarakat dan individu dalam menjalani
kehidupan sosial harian mereka.

Sejak awal peradaban manusia, tamadun-tamadun utama dunia meletakkan etika


setaraf dengan agama dan kepercayaan. Raja-raja pada zaman dahulu menitahkan para
sarjana dan pendeta mengarang pelbagai kitab etika dan susila sebagai pedoman kehidupan
untuk masyarakat (Prof Madya Ts Dr. Jessica Ong Hai Liaw, 2020). Kesemua agama memberi
pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam
(Fatimi Hanafi & Mohd Zamani Ismail, 2006). Setiap agama menerapkan dan mengajar
manusia untuk bersifat ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan untuk kehidupan
sesama manusia yang harmoni dan aman di samping menghindari gejala-gejala sosial yang
boleh menjurus kepada kes jenayah berlaku. Menurut Prof Madya Ts Dr. Jessica Ong Hai Liaw,
agama dan kepercayaan setaraf dengan etika di mana etika itu sendiri ialah perilaku baik
mahupun prinsip yang dilakukan dalam kehidupan seharian seseorang individu dan
masyarakat. Oleh disebabkan itu, dengan menerapkan serta menghayati konsep etika dalam
kehidupan seorang individu dan masyarakat, manusia dapat hidup dengan harmoni antara satu
sama lain kerana dengan memahami dan menghayati konsep betapa pentingnya etika dalam

7
diri merupakan pemangkin kepada kekuatan moral dalam masyarakat sekaligus dapat
melahirkan kehidupan yang bertamadun.

Apabila berbicara mengenai aktiviti berkaitan bersosial sesama manusia atau


bermasyarakat tidak terlepas dengan etika dan juga nilai-nilai murni. Selain itu, etika serta nilai
murni juga penting dalam pembentukan diri individu masyarakat Malaysia. Namun pada era
serba moden ini, melahirkan masyarakat yang beretika dan bermoral merupakan satu cabaran
yang besar bagi negara. Daripada kamus dewan edisi kedua, definisi etika merupakan prinsip
moral atau nilai-nilai akhlak iaitu adab sopan santun yang dijadikan pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan manusia. Melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dalam
pelbagai aspek iaitu dari segi jasmani, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan merupakan aspirasi negara yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Menurut Tajul Ariffin Noordin
dan Nor’ Aini Dan (2002) bagi membentuk etika dan akhlak yang baik, seseorang itu perlulah
mendalami dan menguasai kemahiran, ilmu pengetahuan dan sikap yang baik mengenai akhlak
dan nilai. Oleh yang demikian, sifat-sifat rakyat Malaysia yang beretika dan bermoral telah
digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1990) iaitu seseorang yang mempunyai
pengetahuan tentang nilai baik dan buruk, sedar akan kesan dari perbuatan yang baik atau
buruk, yakin terhadap nilai-nilai yang baik, menghayatinya seterusnya mengamalkan nilai yang
baik dan menghindari daripada perlakuan buruk yang memberi akibat pada diri di masa akan
datang. Kini, isu gejala sosial sering di perkatakan dalam kalangan masyarakat khususnya yang
melibatkan remaja terutamanya kalangan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa institusi
pengajian tinggi. Remaja sering dikaitkan dengan isu gejala sosial seperti budaya lepak, tidak
berakhlak, dadah dan banyak lagi. Isu-isu ini berlaku disebabkan kurangnya didikan dan
pengetahuan tentang etika dan nilai murni.

Penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk
agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini
(Fatimi Hanafi & Mohd Zamani Ismail, 2006). Oleh itu, etika merupakan benteng apabila
seseorang itu ingin melakukan perkara yang tidak bermoral dan negatif seperti gejala-gejala
sosial yang membimbangkan masyarakat Malaysia iaitu seperti kes rogol dan bunuh.
Kesalahan jenayah dalam kalangan remaja terutama pelajar di negara ini masih di tahap
membimbangkan dan usaha pencegahan perlu dipergiatkan lagi supaya perkara itu dapat
ditangani sewajarnya (​Muhammad Apendy Issahak, 2019)​. Pada tahun 2018, statistik dalam
indeks jenayah yang dilakukan pelajar direkodkan sebanyak 1,286 orang. Isu ini

8
membimbangkan kerana kalangan remaja dan pelajar merupakan individu yang penting dalam
mencorak negara Malaysia ke arah negara yang harmoni. Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, Naib
Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkenaan statistik jenayah
dalam kalangan pelajar tersebut, “Jika ingin dibandingkan dengan jumlah keseluruhan lebih 5
juta pelajar seluruh Malaysia ia memang jumlah yang kecil, namun jenayah tidak sepatutnya
berlaku membabitkan kalangan pelajar” (​Muhammad Apendy Issahak, 2019).

Amalan cara hidup moden sekarang semestinya memberi kesan kepada semua
peringkat masyarakat termasuk pelajar. Golongan ini mudah terdedah dengan anasir-anasir
yang menyusup masuk dalam kehidupan seharian mereka terutama melalui penggunaan
telefon pintar dan akses Internet tanpa kawalan (Steve Annuar, 2018). Kehidupan dapat
mengakses tanpa had dengan bebas dalam laman sesawang yang tidak ditapis paparannya
sama ada yang baik mahupun yang negatif kepada golongan remaja serta masyarakat secara
tidak langsung mampu memberi impak yang buruk misalnya pergaulan secara bebas serta
gejala-gejala sosial lain. Tambahan pula, dengan wujudnya kemudahan teknologi Internet tanpa
halangan dalam telefon pintar ini telah menimbulkan masalah seperti pelajar memuat turun
video lucah dan menonton serta berkongsi video tersebut kepada rakan-rakannya di sekolah.
Hal ini bukan sahaja melahirkan masyarakat yang tidak berdisiplin malah mampu merosakkan
akidah masyarakat langsung menjadi salah satu cabaran dalam melahirkan masyarakat
Malaysia yang bertamadun. Tegasnya, isu gejala sosial sesama manusia dapat dibendung
sekiranya etika diterapkan dan dihayati oleh setiap individu.

9
4.2 Mengkaji jenayah siber buli yang menyumbang dalam peningkatan gejala
sosial dalam masyarakat.

Menurut kamus dewan edisi keempat, internet merupakan rangkaian komputer


antarabangsa yang membolehkan pengguna di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain
dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Internet merupakan media terbesar
di dalam sistem sosial manusia kini. Media sosial tanpa had yang boleh digunakan oleh semua
lapisan masyarakat dengan bebas dijadikan medium oleh sesetengah pihak untuk melepaskan
tekanan mereka daripada dunia realiti. Terdapat etika dalam penggunaan internet iaitu
perspektif ​‘netiquette’ atau dikenali juga sebagai etika siber. Ini menjelaskan bahawa teknologi
internet bukan sahaja memperlihat kesan teknikal seperti kemudahan berkomunikasi malah
membawa kepada akibat etika dalam transaksi maklumat (Tavani, 2013). Etika merupakan
peraturan yang digunakan oleh manusia dalam kehidupan yang membantu menentukan apa
yang betul dan salah (Magnis-Suseno, 2016). ​‘Netiquette’ adalah kewajipan yang harus dipatuhi
oleh pengguna yang bertindak ketika bersambung dengan internet (Baum, 2005; Bailey, 2008;
Pregowski, 2009).

Terciptanya etika dalam berinternet ini merupakan satu peranan yang penting dalam
melayari laman sesawang supaya manusia juga tidak lupa menjaga etika dan adab mereka
semasa menggunakan internet. Terdapat 10 kod etika media sosial yang perlu dipatuhi dan
ianya terbahagi kepada tiga perkara iaitu, pencegahan tindakan kejahatan dan melindungi
keselamatan peribadi, pencegahan pelanggaran hukum dunia maya serta penghargaan hak
cipta. Antara kod etika media sosial (KEMS) ialah

1. pengguna perlu menutup informasi privasi seperti nombor telefon


2. pengguna juga perlu memastikan setiap ‘​posting’​ adalah bebas buli
3. sentiasa berwaspada dengan kejahatan siber
4. berhati-hati dengan setiap berita yang di baca atau dikongsi
5. mengenali akaun yang dijadikan sebagai teman
6. menjaga penggunaan tatabahasa
7. pengguna perlu menghargai kekayaan intelektual
8. menjauhi tindakan yang tidak bermoral
9. menggunakan media sosial secara wajar
10. jangan dipujuk oleh seruan radikalisme dan keganasan.

10
Namun begitu, konsep kebebasan, kepantasan dan interaktiviti dalam penggunaan
internet menjadikan pengguna terperangkap dalam realiti maya yang sukar untuk keluar. Realiti
yang berlaku ialah internet dan media sosial mempunyai banyak tentangan dengan nilai etika
dan moral. Maka disebabkan itu, timbulnya isu-isu yang tidak beretika dan bermoral dalam
medium untuk manusia berhubung antara satu sama lain ini lantas menimbulkan nilai-nilai yang
tidak sesuai untuk dilihat oleh semua lapisan masyarakat. Kajian mendapati golongan remaja
menunjukkan tingkah laku agresif di alam siber (Ybarra & Mitchell, 2004).Tingkah laku agresif
yang dilakukan dikenali sebagai buli siber. Ianya merupakan penggunaan dengan niat,
mengancam dan pelbagai lagi. Secara ringkasnya, buli siber merujuk kepada tingkah laku
seseorang yang berniat untuk merosakkan individu lain secara psikologi dengan penggunaan
teknologi.

Sampel kajian melibatkan seramai 267 pelajar sekolah menengah yang terpilih di
Kelantan, Terengganu dan Pahang berumur 16 tahun. 267 responden ini terdiri daripada 102
pelajar lelaki dan 165 pelajar perempuan. Dapatan kajian dalam rajah 4.2.1 carta pai
menunjukkan secara relatifnya 30% daripada responden pernah menjadi mangsa buli dalam
talian manakala 70% merupakan pelaku siber buli.

Keadaan ini sangat membimbangkan kerana hasil kajian mendapati terdapat hubungan
signifikan antara mangsa buli dengan peningkatan tekanan emosi, tingkah laku, kebimbangan
sosial dan rendah penghargaan kendiri. Kajian daripada Dianne L. Hoff dan Sidney N. Mitchell
(2008) menunjukkan kemarahan mencatatkan peratusan tertinggi dari segi tekanan emosi.
Kemarahan yang tinggi dalam diri mangsa mendorong kepada perubahan yang menjadikan
mangsa lebih mementingkan diri, mengancam dan mula menyebarkan khabar angin yang jahat.
Sementara itu, kajian menunjukkan pelaku buli siber kebanyakan merupakan kenalan rapat
mangsa itu sendiri. Pelaku siber ini melakukannya untuk menghilangkan kebosanan,
menunjukkan perbezaan kuasa terhadap mangsa serta mengurangkan tekanan. Sesetengah
daripada mereka ini juga individu yang pernah menjadi mangsa buli dan bertujuan untuk
membalas balik pengalaman yang telah mereka lalui.

11
Dapatan daripada kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
personaliti dengan buli siber. Kajian mendapati mereka yang meluangkan masa berlebihan di
alam siber mempunyai risiko yang tinggi terdedah kepada ancaman siber buli dan juga menjadi
pembuli siber. Ketagihan internet merupakan antara faktor yang menyumbang kepada
berlakunya buli siber. Isu buli siber merupakan isu universal yang berlaku bukan sahaja di luar
negara bahkan juga di Malaysia. Ianya perlu diberi perhatian kerana akan memberi kesan
mendalam kepada masyarakat terutamanya remaja. Hasil daripada kajian ini telah memberi
implikasi bahawa buli siber memberi kesan negatif kepada emosi, psikologikal dan tingkah laku.
Secara tidak langsung ianya juga mendorong kepada keinginan untuk melakukan perkara yang
memudaratkan seperti membunuh diri, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

12
5. KESIMPULAN KAJIAN

Etika dan peradaban merupakan sesuatu perkara yang penting kepada masyarakat
dalam menangani isu gejala sosial. Gejala sosial merupakan suatu masalah yang melibatkan
etika dan moral individu. Oleh itu, etika dan peradaban merupakan satu amalan yang perlu ada
dalam diri setiap manusia supaya segala tindakan yang dilakukan tidak menyeleweng dari
norma-norma sosial yang dikehendaki dalam kalangan masyarakat. Tambahan itu, melahirkan
insan yang seimbang dan harmoni dalam pelbagai aspek iaitu dari segi jasmani, rohani dan
intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan aspirasi negara
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2005). Penghayatan terhadap etika dan nilai-nilai murni oleh masyarakat perlu diteruskan dan
dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam kalangan
masyarakat hari ini (Fatimi Hanafi & Mohd Zamani Ismail, 2006).

Pada masa kini, kehadiran sains dan teknologi dianggap telah mengambil alih tugas
manusia dalam merancang peradaban moden. Selain itu, internet merupakan medium terbesar
dalam sistem sosial manusia kini. Terciptanya etika dalam berinternet yang dikenali sebagai
‘netiquette’ atau etika siber memainkan peranan penting agar manusia tidak lupa untuk
menjaga etika dan adab mereka semasa mengakses internet. Tujuan etika siber diwujudkan
adalah bagi mencegah tindakan kejahatan di dalam alam siber, melindungi keselamatan
maklumat peribadi pengguna, mencegah pelanggaran hukum dunia maya dan menjaga hak
pencipta. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa etika siber amat penting semasa melayari
internet dan masalah siber merupakan antara salah satu masalah yang paling
membimbangkan. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa 30% daripada pelajar yang
menjadi responden telah menjadi mangsa buli dalam talian manakala responden selebihnya
iaitu sebanyak 70% merupakan pelaku siber buli. Hasil dapatan kajian tersebut juga
menunjukkan adanya hubungan signifikan antara masalah buli dengan etika siber semasa
melayari internet.

Akhir kata pada umumnya, etika dan peradaban tidak membawa banyak perbezaan dari
segi maknanya. Kedua-duanya merujuk kepada tingkah laku baik atau buruk mengikut penilaian
dalam sosial masyarakat. Justeru itu, etika dan peradaban amatlah penting dalam membentuk
panduan hidup seseorang, akhlak seseorang, melahirkan masyarakat yang harmoni serta
bebas daripada masalah gejala sosial.

13
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan
dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Accordino, D. B. (2011). An Exploratory Study of Face-to-face and Cyberbullying in Sixth Grade


Students. American Secondary Education, 40(1): 14-30.

Alinurdin, Alinurdin. (2019). Etika Penggunaan Internet (Digital Etiquette) di Lingkungan


Mahasiswa. Jurnal Pendidikan Kewarganegaraan. 6. 123. 10.32493/jpkn.v6i2.y2019.p123-142.

Chase, E., Statham, J. (2005). Commercial and sexual exploitation of children and young
people in the UK—A review. Child Abuse Review, 14(1), 4-25.

Che Noh, C. H., Ibrahim, M. Y., & Yusoff, F. (2018). ​Meneroka ciri dan faktor buli siber dalam
kalangan remaja di Malaysia.​ Kuala Nerus, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Retrieved May, 2018, from
https://www.researchgate.net/publication/325256832_Meneroka_ciri_dan_faktor_buli_siber_dal
am_kalangan_remaja_di_Malaysia​.

Fahrimal, Y. (2018). Netiquette: Etika Jejaring Sosial Generasi Milenial Dalam Media
Sosial. ​Jurnal Penelitian Pers Dan Komunikasi Pembangunan​, ​22(​ 1), 69-78.
https://doi.org/10.46426/jp2kp.v22i1.82

Fatimi Hanafi & Mohd. Zamani Ismail. (2006, 13-14 Jun). Penghayatan nilai-nilai murni dalam
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar
Ke​bangsaan Pengajian Umum.
http://eprints.um.edu.my/25042/1/Penghayatan%20Nilai-Nilai%20Murni%20Dalam%20Masyrak
at%20Berbilang%20Kaum%20di%20Malaysia.pdf

Hinduja, S., & Patchin, J. W. (2009). Bullying beyond the Schoolyard: Preventing and
Responding to Cyberbullying. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

14
Muhammad Apendy Issahak. (2019, November 11). Jenayah dalam kalangan pelajar masih
membimbangkan. ​BH Online.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/627250/jenayah-dalam-kalangan-pelajar-masih
-membimbangkan

Nik Azis Nik Pa. (1994). Penghayatan wawasan pembangunan negara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nizar. (2018). HUBUNGAN ETIKA DAN AGAMA DALAM KEHIDUPAN SOSIAL. ​Jurnal
Arajang​, ​1(​ 1), 27-35. https://doi.org/10.31605/arajang.v1i1.44.

Othman, M. K., Suhid, A., Mat Rashid, A., & Roslan, S. (2015). Penghayatan nilai murni dalam
kalangan pelajar sekolah menengah masa kini. ​Jurnal Pembangunan Sosial​, ​18​, 1-20.

Prof Madya Ts Dr. Jessica Ong Hai Liaw. (2020, Ogos 5). Pentingnya Etika dan Susila.
Bernama​. ​https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1867009

Rakha Fahreza Widyananda (2020, Julai 31). Merdeka.com: 12 Macam-Macam Etika Beserta
Contohnya, Jaga Sikap dan Perbuatan.
https://www.merdeka.com/jatim/12-macam-macam-etika-beserta-contohnya-jaga-sikap-dan-per
buatan-kln.html?page=all

Steve Annuar. (2018, Februari 10). Cegah gejala sosial sebelum parah​. ​Utusan Borneo Online​.
https://www.utusanborneo.com.my/2018/02/10/cegah-gejala-sosial-sebelum-parah

Wan, H. (2015). BULI SIBER DI KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI


MALAYSIA.
http://eprints.utm.my/id/eprint/61429/1/WanHassanWan2015_KajianTinjaunBuliSiberDiKalanga
nMahasiswa.pdf

Whittaker, E., Kowalski, R. M. (2015). Cyberbullying via social media. Journal of School
Violence, 14(1), 11-29.

15
LAMPIRAN

Rajah 4.2.1 Carta pai

16
BORANG PENILAIAN KERJA LAPANGAN

KATEGORI LAPORAN KERJA LAPANGAN JUMLAH KOMEN


(20%)
PENILAIAN
(20 MARKAH)

NAMA: KHAIRUN
NADHIRAH BT
AMRAN

NO PELAJAR:
2020988905

NAMA: A’IN
AQILAH BT
KAMARULZAMAN

NO PELAJAR:
2020958409

NAMA: FARIZAH
HANIM BT
ZULKEFLEY

NO PELAJAR:
2020985473

17
NAMA: MUNIRAH
SYAMILAH BT
RAZLAN

NO PELAJAR:
2020966533

NAMA: NUR
FARAH DIYANAH
BT AZRIE

NO PELAJAR:
2020984951

18
BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN

19
20
LAPORAN PENGESAHAN TURNITIN

21

Anda mungkin juga menyukai