Anda di halaman 1dari 2

2) Jelaskan tiga(3) faktor yang membawa kepada pembentukan pakatan

strategik Perikatan dan Barisan Nasional.

3 faktor yang membawa kepada pembentukan pakatan strategik Perikatan dan Barisan Nasional
adalah:

1. memperkukuhkan kerjasama antara etnik dengan parti-parti polotik Malaysia supaya setiap
kumpulan etnik dapat pertimbangan sewajarnya dalam politik Malaysia.
Hal ini penting dalam menjaga isu sensitiviti perkauman di dalam negara malaysia oleh
kerana terdapat pelbagai kaum di Tanah Melayu ketika itu dan sekarang.

2. Ditubuhkan untuk mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun.


Ini adalah syarat utama yang di letakkan oleh pihak penjajah di mana pekerja-pekerja
asing yang datang dari luar negara mesti di beri kerakyatan untuk tinggal terus di Malaysia bagi
mempercepatkan proses kemerdekaan.

3. Menjaga hak asasi manusia dan melindungi hak Raja-raja melayu sebagai raja
berpelembagaan
Supaya hak setiap individu di Tanah Melayu tidak di ambil ringan setelah kemerdekaan
dan agar hak Raja-raja melayu dapat di kekalkan dan tidak boleh di pertikaikan oleh kaum lain.

4. Mewajibkan pendidikan, menjadikan perkhidmatan bercorak tempatan


Pendidikan di wajibkan agar kebajikan setiap penduduk atau kaum di Tanah Melayu
tidak terabai.

3) Huraikan empat(4)cabaran yang sering dihadapi oleh pakatan strategik


tersebut.

1.
Migrasi adalah penghijrahan sekumpulan manusia dari satu negara ke satu negara yang lain
untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka. Sebagai contohnya pada tahun ke-5
kerasulan, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat telah melakukan proses penghijrahan atau
migrasi dari Mekah ke Madinah untuk mempertahankan akidah dan agama Islam.

Definisi penghijrahan atau migrasi ini amat berbeza dengan pelarian yang membawa maksud
sekumpulan manusia yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain yakni berpindah
ke tempat yang lebih selamat untuk mereka terus hidup setelah mengalami kehidupan yang
sengsara kebiasaannya akibat meletusnya peperangan. Perkataan "pelarian " itu sendiri pertama
kali digunakan sejak 300 tahun dahulu, bagi menerangkan orang-orang beragama Protestan
Hugenots yang melarikan diri dari negeri Peranchis.

Ini merupakan masalah kepada pakatan strategik tersebut kerana ingin menyatukan kaum-kaum
yang berpindah dari luar ke Malaysia. Hal ini adalah mereka semua adalah dari rumpun bangsa
yang berbeza dan dari suku kaum yang berbeza, cabaran untuk menyatukan mereka di bawah
satu parti amat memberi cabaran kepada pakatan ini kerana ingin menarik kaum selain kaum
melayu masuk bersama ke dalam parti mereka.

2.
Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya
melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini.
Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana
selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara yang menguasai
negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan
politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Hasil daripada penjajahan ini kita dapat lihat di mana pihak penjajah telah membawa masuk
pekerja-pekerja asing dari luar negara seperti india dan cina ke dalam Malaysia. Hal ini telah
menyebabkan bilangan penduduk pada waktu itu bertambah sehinggalah sekarang ini. Lantas
dengan itu wujudlah satu keadaan di mana masyarakat majmuk terbentuk dari pelbagai kaum.
Hal ini menjadi masalah kerana mereka juga ingin mendapatkan hak mereka di tanah melayu,
jadi menjadi satu keperluan kepada pakatan tersebut untuk menyelesaikan isi terbabit di mana
mereka di kehendaki menjaga isu sensitif setiap kaum di dalam parti mereka.

3.
Gabungan wilayah yang berbeza merupakan salah satu faktor yang perlu di titikberatkan oleh
pakatan strategik. Hal ini kerana setiap wilayah sebelum di gabungkan mempunyai perspektif
dan anggapan sendiri terhadap sesebuah wilayah lain. Mereka terpaksa mendamaikan kesemua
gabungan wilayah tersebut di mana terdapat berbagai bangsa hidup di dalam setiap wilayah.
Mereka di kehendaki membahagikan kuasa kepada setiap wilayah yang bergabung dengan
seadilnya agar tidak timbul isu ketidakpuashatian di dalam hati setiap penduduk yang bergabung
di dalam wilayah masing-masing.

4.
Gabungan etnik yang berbeza merupakan cabaran terakhir dan yang terbesar yang perlu di
tangani oleh parti perikatan. Hal ini kerana mereka ingin menyatukan penduduk di mana
mempunyai berbagai etnik dan suku kaum di mana mempunyai kepercayaan dan upacara ritual
sendiri. Mereka hendaklah membuatkan setiap etnik atau suku kaum itu boleh menerima cara
dan adat resam masing-masing tanpa menyimpan apa-apa perasaan dendam atau tidak puas hati
di kalangan mereka. Hal ini penting bagi mencapai satu pakatan yang kukuh dan bersama.
Selesai kesemua masalah ini barulah cabaran untuk membina negara bangsa selesai.

Anda mungkin juga menyukai