Anda di halaman 1dari 17

PPPY 1282

KAEDAH PENYELIDIKAN

TAJUK KERTAS KERJA:

DISEDIAKAN UNTUK:

DISEDIAKAN OLEH :

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2009/2010
PERKARA
HALAMAN
1.0 PENGENALAN

2.0 LATAR BELAKANG PERMASALAHAN KAJIAN

3.0 MATLAMAT KAJIAN

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.0 DEFINISI OPERASI KAJIAN

6.0 LIMITASI KAJIAN

6.1 Limitasi Masa


6.2 Limitasi Tempat

6.3 Limitasi Kajian


7.0 HIPOTESIS KAJIAN
8.0 METODOLOGI KAJIAN

8.1 Jenis Kajian

8.1.1 Kajian Lapangan


8.1.2 Kajian Perpustakaan
8.2 Persampelan

8.2.1 Skala Kajian

8.2.2 Kawasan Kajian

8.2.3 Sampel Kajian


8.3 Instrumen Kajian

8.3.1 Soal Selidik


8.3.2 Temubual

8.3.3 Kaedah Analisis Data


9.0 ULASAN KEPUSTAKAAN (LITERATURE REVIEW)
10.0 SUSUNAN BAB

11.0 RUJUKAN

12.0 LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN

Kebebasan diri boleh ditafsirkan mengikut pandangan masing-masing menggunakan akal fikiran.
Ada sesetengah orang yang menafsirkan kebebasan diri secara mutlak dan tidak boleh dihalang
walau sedikitpun. Sesetengahnya pula mengehadkan kebebasan diri dengan perkara tertentu.
Contohnya, dalam melakukan ibadat kepada Tuhan, umat Islam perlu dipandu kepada syariat
supaya tidak terpesong dan sesat. Dengan ini, masyarakat sentiasa terjamin keselamatannya dan
dilindungi berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

2.0 LATAR BELAKANG/PERMASALAHAN KAJIAN

Kebelakangan ini, jika dilihat kepada akhlak dan nilai moral mahasiswa/i Islam di
UKM sangatlah teruk tapi bukanlah secara keseluruhannya begitu. Namun, pada hakikatnya,
itulah yang dapat kita lihat apabila diperhatikan di sekeliling. Mahasiswa/i Islam tidak lagi
mencerminkan identiti umat Islam yang sepatutnya ditonjolkan dalam diri para pelajar. Jika dulu,
kita dapat membezakan dengan jelas antara Nmahasiswa/i Islam dan bukan Islam dari segi
pemakaiannya, tingkah lakunya, akhlaknya, cara percakapannya dan sebagainya. Namun kini,
sukar untuk dibezakan yang mana satu mahasiswa/i Islam ataupun tidak.

Terdapat sesetengah ibu bapa yang terlalu mengongkong kehidupan peribadi anak
mereka. Jadi, apabila anak-anak tersebut terlepas ke dunia luar dan jauh daripada keluarga,
remaja tersebut sudah tentu merasa bebas, hidup sebagai seorang mahasiswa/i universiti. Bebas
melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan ibu bapa. Terkadang mereka terlalu leka dengan dunia
luar, menjadikan mahasiswa/i ini tidak lagi menghiraukan batas-batas agama dan hukum-hukum
syarak walhal mereka tahu apa yang boleh, dan apa yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang
muslim.

Seseorang insan yang bergelar remaja, tambah-tambah lagi mendapat gelaran


mahasiswa/i sudah tentulah mempunyai pemikiran yang luas berserta idea-idea yang bernas
untuk diutarakan di khalayak ramai. Namun, silap faham mengenai maksud sebenar kebebasan
diri menjadikan mereka hanyut dalam dunianya sendiri. Membuat sesuatu tanpa usul periksa,
kerana terlalu mengikut hati muda yang sentiasa inginkan kelainan dan perkara baru.

Ketika umat Islam pada masa sekarang sedang menuju kebangkitan peradaban yang
komprehensif, walau apapun, mahasiswa/i masih memerlukan pembinaan kemanusiaan yang
berasaskan prinsip-prinsip Islam yang suci dan akhlak-akhlak mulia. Tanpa akhlak, Islam tidak
akan abadi. Dan tidak ada akhlak tanpa memerhatikan pendidikan agama yang benar.

3.0 MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman mahasiwa dalam
menguruskan warga tua.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

a. mengkaji tahap kemampuan mahasiswa dalam menguruskan warga tua yang mempunyai
pelbagai ragam.
b. mengenalpasti kefahaman mahasiswa terhadap tahap sensitiviti warga emas
c. mengukur tahap kecekapan mahasiswa untuk mengawal emosi semasa berhadapan
dengan warga emas yang berpenyakit kronik.
d. mengkaji faktor mahasiswa menyayangi dan menghormati warga emas.

5.0 DEFINISI OPERASI KAJIAN

5.1 Salah Faham :


Tidak mengerti hal yang sebenarnya ( silap mengerti )

5.2 Kebebasan :
Keadaan bebas atau kemerdekaan

5.3 Mahasiswa/i :
Pelajar atau penuntut di universiti

5.4 Islam :
Agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW

6.0 LIMITASI KAJIAN

6.1 Limitasi masa


Kajian dijalankan pada 12 Disember 2009 hingga 30 April 2010

6.2 Limitasi tempat


Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor Darul Ehsan

6.3 Limitasi subjek


Kajian yang dijalankan adalah satu kajian ilmiah yang berbentuk kajian lapangan. Skop
penyelidikan ini hanya memberi fokus tentang kefahaman mahasiswa dalam pengurusan
golongan warga tua dan kajian dijalankan di UKM, Bangi.
7.0 HIPOTESIS KAJIAN
Kefahaman mahasiswa tentang pengurusan warga tua menyebabkan urusan diri warga tua
menjadi lebih sistematik.

8.0 METODOLOGI KAJIAN


Untuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat yang tepat, beberapa metodologi kajian
perlu digunakan. Justeru, kajian ini akan menggunakan metodologi:

8.1 Jenis Kajian


Jenis kajian yang akan di jalankan ialah :

8.1.1 Kajian Lapangan ( fieldwork research ) :


Kajian lapangan dijalankan untuk mendapatkan maklumat, gambaran serta data yang lebih tepat
mengenai penyelidikan ini.

8.1.2 Kajian Perpustakaan ( arm chair research ) :


Kajian perpustakaan akan dijalankan bagi mencari dan mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan kajian kes. Antara bahan yang terlibat dalam pencarian maklumat ini ialah buku, akhbar,
jurnal, majalah,artikel, blog, tesis, internet dan lain-lain.

8.2 Persampelan
Kaedah persampelan yang penyelidik gunakan ialah persampelan rawak mudah yang meliputi ;

8.2.1 Skala Kajian :


Penyelidik akan menggunakan skala Likert sebagai skala kajian. Skala jenis ini sangat sesuai
digunakan untuk mengukur tahap kefahaman mahasiswa/i tentang kebebasan.

8.2.2 Kawasan Kajian:


Penyelidik telah memilih kawasan sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Bangi
sebagai kawasan kajian. Ini kerana permasalahan yang ingin dikaji oleh penyelidik adalah
berkenaan dengan mahasiswa/i Islam di UKM Bangi.

8.2.3 Sampel Kajian :


Penyelidik akan mengedarkan borang selidik kepada kesemua 300 orang mahasiswa/i Islam di
sekitar UKM kerana penyelidikan ini berkenaan mahasiswa/i Islam di UKM Bangi.

8.3 Instrumen Kajian


Antara instrumen kajian yang akan digunakan oleh penyelidik ialah ;

8.3.1 Soal Selidik :


Soal selidik dipilih kerana ia adalah langkah yang mudah dan efektif dalam mengumpulkan data
serta menjimatkan masa, kos dan tenaga dengan menggunakkan bentuk Skala Likert . Jumlah
soalan dalam borang soal selidik ini bilangannya dianggap releven untuk tujuan kajian ini, iaitu
sebanyak 20 soalan yang akan di agihkan kepada pelajar Islam UKM. Soal selidik yang akan
digunakan oleh penyelidik adalah butiran responden iaitu jantina, umur, tahun pendidikan, dan
fakulti, iaitu soalan terbuka ( open-ended question ) seperti tang terdapat dalam Bahagian A.
Manakala soalan struktur ( fixed-alternative question ) dalam Bahagian B. Soalan dalam
Bahagian B merangkumi penjelasan bagi objektif kajian.

8.3.2 Temubual :
Selain itu juga, penyelidik akan menggunakan kaedah temubual dalam mendapatkan maklumat
untuk kajian ini. Penyelidik telah mengkhususkan kepada 40 orang pensyarah untuk ditemubual.
Persempelan ini dihasilkan mealui jumlah pensyarah yang terdapat di Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan (FSSK) dalam bidang Psikologi dan Pembangunan Manusia serta Fakulti
Pengajian Islam (FPI) dalam jabatan Dakwah dan Kepimpinan jumlah keseluruhannya 80 orang.
Penyelidik memilih pensyarah-pensyarah daripada jabatan tersebut kerana mereka lebih pakar
dalam bidang yang ingin diselidik oleh penyelidik.Temubual adalah melalui kaedah face to face
antara penyelidik dan pihak responden sama ada melalui temubual berstruktur, temubual tidak
berstruktur dan temubual melalui telefon. Contoh soalan yang akan ditanya boleh dirujuk pada
lampiran.

8.3.3 Kaedah Analisis Data


Penyelidik akan menggunakan analisis data secara berkomputer menggunakan SPSS (Servise
Package for Sceince Social) untuk mendapatkan keputusan analisis yang tepat,serta Analisis
Data Kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan (grounded analysis). Penyelidik
memilih kaedah ini kerana sesuai dengan bidang kajian yang ingin dikaji, iaitu tidak berbentuk
angka (non categorical) serta banyak menggunakan pandangan dan kajian yang telah dilakukan
iaitu berbentuk atikel, buku dan melalui soal selidik dan temubual.

9.0 ULASAN KEPUSTAKAAN (LITERATURE REVIEW)

Kajian ini dilakukan dengan berpandukan beberapa sumber yang dibuat oleh penyelidik. Antara
sumber yang telah dirujuk adalah seperti laporan akhbar Berita Harian (Erti merdeka ikut Islam,
Minda generasi muda masih menyimpang daripada erti kebebasan, Konsep kebebasan Islam
disalah ertikan), artikel-artikel dripada blog dan laman web seperti artikel ”Menyelami erti
falsafah kemerdekaan sebenar” oleh Mohd Nabil Majdi al-Muslihi dalam blog Laman Sufi
Salafi.blogspot, http://zaharuddinmuhammad. blogspot.com. (Erti kemerdekaan yang sebenar),
artikel ’Kemerdekaan Jiwa Lambang Kebebasan Sebenar’ oleh Noor Shakirah Mat Akhir,
Khutbah Jumaat dripada JAIS (Kebebasan yang disalah ertikan), serta buku-buku rujukan seperti
Reason, Freedom, & Democracy in Islam karya Mahmoud Sadri & Ahmad Sadri, Islam ideology
and the way of life karya Afzalur Rahman, Hak al-Hurriyyah fi al-‘Alam karya Wahbah
Zuhailiyy dan Psikologi Anak dan Remaja Muslim karya Abdul Rosyad Shiddiq dan Ahmad
Vathir Zaman.

Menurut artikel dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Ogos 2005 ada menyatakan
tentang golongan muda yang masih belum memahami takrif merdeka menurut Islam
berpandukan kata-kata Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM). Di sini, beliau menyimpulkan erti kemerdekaan menurut Islam iaitu umat yang
dapat berfikir dengan bebas apa yang baik untuk dilakukan pada diri, bangsa atau kepentingan
umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi dan tiada yang ditakuti
kecuali Allah serta segala tindakan mestilah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Di samping
itu, beliau turut menitikkan rasa kesal terhadap sikap golongan muda mudi yang memahami erti
kemerdekaan itu bebas melakukan apa sahaja sehingga keluar daripada landasan agama lantas
terjerumus ke lembah kemaksiatan. Berdasarkan artikel ini, ia menerangkan erti perkataan
merdeka yang membawa membawa maksud kebebasan diri atau jiwa individu seperti yang
dikehendaki oleh penyelidik. Jadi, dengan ini penyelidik dapat mengetahui maksud kemerdekaan
menurut Islam sahaja dan ia tidak menerangkan erti kemerdekaan atau kebebasan menurut Barat,
cuma menerangkan sedikit tentang jenis penjajahan minda yang dibawa oleh Barat.

Menurut keratan akhbar Berita Harian yang bertarikh 6 September 2005 dalam artikel
yang bertajuk ’Minda Generasi Muda Masih menyimpang dari Erti Kebebasan’ juga menyatakan
tentang generasi muda yang masih belum memenuhi takrifan merdeka atau kebebasan menurut
Islam seperti keratan yang lalu. Ia juga menerangkan erti kemerdekaan bagi genarasi terdahulu
iaitu kemerdekaan dengan air mata dan darah. Di samping itu, ia juga menceritakan tentang
penjajahan minda oleh golongan Barat pada era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini. Pada
pandangan penyelidik, artikel ini menyerupai artikel yang lepas bertarikh 23 Ogos cuma ia lebih
menekankan tentang penjajahan minda dan maksud kemerdekaan yang diberikankanya lebih
cenderung kepada kemerdekaan daripada penjajah bukannya erti kebebasan jiwa seperti yang
dikehendaki oleh penyelidik.

Menurut keratan akhbar Beritan Harian bertarikh 2 Jun 2007, artikel yang ditulis oleh
Timbalan Dekan Fakulti Pngajian Kontemporari Islam, UDM menyatakan mengenai konsep
kebebasan sebenar di dalam Islam yang telah disalah ertikan oleh kebanyakkan masyarakat
Islam. Rata-rata mereka memahami kebebasan dalam erti kata boleh melakukan apa sahaja
menurut kehendak hati dan nafsu biarpun ia bercanggah dengan agama dan disebabkan ini,
mereka bebas menerima apa sahaja yang datang dari Barat. Selain itu, artikel ini juga
menerangkan tentang konsep kebebasan Islam dalam pelbagai aspek seperti kebebasan individu,
kebebasan masyarakat, kebebasan bernegara, kebebasan pendapat, kebebasan beragama dan
kebebasan asasi. Berdasrkan artikel ini, penyelidik mendapati ia amat sesuai sebagai rujukan
kepada penyelidik untuk mengetahui konsep kebebasan sebenar menurut Islam dan aspek-aspek
kebebasan yang dinyatakan cuma penjelasan bagi setiap aspek kebebasan itu sangat ringkas.

Menurut artikel yang ditulis oleh Mohd Nabil Mujdi Al-Muslihi di dalam blognya, ia
membahaskan isu erti falsafah kemerdekaan sebenar di kalangan rakyat Malaysia. Bagi rakyat
Malaysia kini terutamanya di kalangan muda mudi memahami erti falsafah kemerdekaan itu
ialah mereka bebas melakukan apa sahaja apabila tiba Hari Kemerdekaan bagi negara kita
dengan bersoronok dan bersuka-ria tanpa memahami erti sebenar kemerdekaan itu. Namun,
sambutan kemerdekaan yang sepatutnya lambang kebebasan bertukar menjadi bukti bahawa
rakyat Malaysia masih dijajah. Kalau dahulu, umat Melayu dijajah dalam bentuk fizikal, hari ini
mereka dijajah dalam bentuk fikiran. Berdasarkan artikel ini, penyelidik mendapati kandunganya
lebih membincangkan kepada erti kemerdekaan bagi negara kita bukannya erti kebebasan seperti
yang dikehendaki oleh penyelidik.

Menurut artikel ’kemerdekaan Jiwa Lambang Kebebasan Sebenar’ yang ditulis oleh Noor
Shakirah Mat Akhir iaitu seorang pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti
Sains Malaysia membincangkan mengenai erti kemerdekaan yang sebenar adalah terlalu luas
merangkumi kehidupan termasuk kebebasan jiwa. Ini bermaksud individu yang merdeka ialah
inividu yang bebas daripada faktor yang membelenggu dan mengawalnya tanpa kerelaan.
Namun, kemerdekaan sebenar bukan juga bermakna kebebasan mutlak tanpa batasan dan
peraturan. Di samping itu, beliau turut mengaitkan tentang cara untuk mendapatkan jiwa yang
merdeka iaitu melalui proses penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) untuk melahirkan jiwa yang suci
dan ia perlu ditekankan dalam jiwa anak remaja yang telah hanyut dalam gejala sosial masa kini.
Berdasarkan artikel ini, penyelidik dapat mengetahui bahawa erti kebebasan yang hendak dikaji
adalah termasuk dalam erti kemerdekaan yang terlalu luas skopnya. Dalam artikel ini juga
terdapat banyak info-info mengenai erti kebebasan yang banyak membantu penyelidik.

Menurut Khutbah Jumaat ’Kebebasan yang Disalah Ertikan’ yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 6 Mac 2009 menitipkan tentang erti kebebasan
yang telah didukung oleh Islam. Ia memebawa maksud bahawa Islam memberi kebebasan
kepada umatnya untuk membuat keputusan, bersuara dan mengkritik atau untuk melakukan apa
sahaja, namun, ia bukanlah kebebasan yang mutlak tetapi kebebasan yang terikat pada syarat dan
peraturan tertentu. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran agama dan tidak menceroboh
hak orang lain, maka, Islam membenarkannya. Selain iu, khutbah Jumaat ini juga turut
memuatkan tentang bentuk kebebasan yang terdapat di dalam Islam secara teperinci contohnya
kebebasan beriktikad (beragama), kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara atau mengeluarkan
pendapat. Melalui bahan ini, penyelidik dapat mengetahu maksud sebenar kebebasan dalam
Islam dan bentuk-bentuk kebebasan dalam Islam. Namun, melalui bahan ini, penyelidik tidak
dapat membandingkan erti kebebasan dari sudut Islam dan Barat dengan lebih mendalam.

10.0 SUSUNAN BAB


Cadangan susunan bab yang akan penyelidik lakukan adalah sebagaimana berikut;
BAB 1
PENGENALAN
LATAR BELAKANG PERMASALAHAN KAJIAN
MATLAMAT KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
LIMITASI KAJIAN
HIPOTESIS KAJIAN
DEFINISI OPERASI KAJIAN

BAB 2
METODOLOGI KAJIAN
Jenis Kajian
Persampelan
Instrumen Kajian
Kaedah Analisis Data
ULASAN KEPUSTAKAAN (LITERATURE REVIEW)
CADANGAN SOALAN
BAB 3
ANALISIS DATA KAJIAN DAN DAPATAN

BAB 4
CADANGAN
PENUTUP
RUJUKAN
LAMPIRAN
Borang soal selidik
Soalan temubual

RUJUKAN

Ahmad Sunawari Long. 2007. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi:
Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam , UK M.

Kamus Dewan. 1994. Ed. Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berita Harian. 2005. Erti merdeka ikut Islam-23/8/2005

Berita Harian. 2005. Minda generasi muda masih menyimpang daripada erti kebebasan-
6/9/2005

Berita Harian. 2007. Konsep kebebasan Islam disalah ertikan-2/6/2007

Blog. 31/7/2007. Mohd Nabil Majdi al-Muslihi. Menyelami erti falsafah kemerdekaan sebenar.

Khutbah Jumaat. 14 Mac 2008. Kebebasan yang disalah ertikan.

http://zaharuddinmuhammad.blogspot.com. Erti kemerdekaan yang sebenar.


Utusan Malaysia 29/8/2006. 2006. Kemerdekaan bukan sekadar perayaan.

Mahmoud Sadri & Ahmad Sadri. 2000. Reason, Freedom, & Democracy in Islam, Oxford
University Press 2000, first edition.

Afzalur Rahman, Islam ideology and the way of life, Pustaka Hayathi, Kuala Lumpur. 1980. First
edition.

Wahbah Zuhailiyy, Hak al-Hurriyyah fi al-‘Alam, Dar al-Fikr Beirut, Damsyik. 2000.

Terjemahan Abdul Rosyad Shiddiq dan Ahmad Vathir Zaman, Psikologi Anak dan Remaja
Muslim, Darul Fikir
LAMPIRAN

TAJUK KAJIAN: SALAH FAHAM MAKSUD KEBEBASAN DALAM KALANGAN


MAHASISWA/I ISLAM UKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mahasiswa/i,

Sukacitanya kami Nurbazla’ Binti Ismail ( A125820 ), Arifah Rahimah Binti Hj Ismail
( A125851 ), Nazihah Binti Khairon (A125499), Dayang Amit Binti Mohd Hata
(A125595) ,Naimatul izah Binti Md Mahidin (A125217) daripada Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Tahun 2 akan menjalankan kajian seperti yang tertera di atas.

2. Tujuan kami menjalankan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana kefahaman
mahasiswa/i Islam di UKM.

3. Sehubungan dengan itu, anda telah terpilih untuk menjawab soal selidik ini. Segala
maklum balas dan jawapan yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian kami ini.
Diharapkan anda dapat memberikan kerjasama dengan jujur dan ikhlas dalam menjawab soalan-
soalan yang terkandung dalam borang soal selidik ini. Segala maklumat yang anda berikan
adalah RAHSIA.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
__________________
( NURBAZLA’ BINTI ISMAIL )
Soal selidik berkenaan dengan kefahaman mahasiswa/I Islam berkenaan erti kebebasan.

BAHAGIAN A

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK: TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA/I ISLAM BERKENAAN KEBEBASAN

LATAR BELAKANG RESPONDEN

1- Jantina :

Lelaki

Perempuan

2- Umur:

18-20

21-25
26-30

3- Tahun pengajian: 1. 2. 3. 4.

4- Fakulti:
FPI
FSSK
FUU
FPEN
FST
FEP
FKAB
FTSM

BAHAGIAN B
ARAHAN: Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang anda pilih di ruang yang disediakan.

SS-SANGAT SETUJU
S-SETUJU
TP-TIDAK PASTI
TS-TIDAK SETUJU
STS-SANGAT TIDAK SETUJU

BIL. SOALAN SS S TP TS STS


1. Mahasiswa/i bebas melakukan apa sahaja di universiti.
2. Nilai kebebasan dapat diukur.
3. Mahasiswa/i bijak membuat keputusan.
4. Kebebasan boleh ditakrifkan juga sebagai kemerdekaan.
5. Tidak ada beza antara maksud kebebasan menurut Islam
dan Barat.
6. Mahasiswa/i bebas mengeluarkan pendapat.
7. AUKU sepatutnya dimansuhkan.
8. Mahasiswa/i zaman sekarang berfikiran terbuka dalam
semua hal.
9. Mahasiswa/i seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni
yang diajar dalam agama.
10. Mahasiswa/i Islam sekarang terlalu leka dengan nikmat
dunia.
11. Semua jenis konsert adalah haram.
12. Mahasiswa/i Islam wajib mempelajari ilmu Aqidah
Islam.
13. Rasullullah contoh teladan sepanjang zaman.
14. Imam 4 mazhab yang terkenal tidak boleh diikuti.
15. Islam hanyalah agama rasmi negara.
16. Agama Islam adalah agama yang meliputi semua aspek
kehidupan.
17. ‘Satu Malaysia’ mestilah disokong sepenuhnya.
18. Mahasiswa/i Islam tidak perlu berijtihad.
19. Hiburan yang melampau menjadikan mahasiswa/i lupa
tujuan sebenar berada di universiti.
20. Universiti sepatutnya menyediakan satu subjek khusus
berkenaan kebebasan dan etika serta moral yang harus
ada dalam diri pelajar.

* Segala jasa saudara/i amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Segala maklumat
adalah RAHSIA.
SOALAN TEMU BUAL

1. Apakah yang Yb/Tan Sri/Pn Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik faham tentang


perkataan ‘ kebebasan diri ’?
..............................................................................................................................
2. Berdasarkan pengetahuan , Yb/Tan Sri/Pn Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik apakah
maksud kebebasan diri menurut Islam?
...............................................................................................................................
3. Apa pandangan mengenai Yb/Tan Sri/Pn Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik Islam
Hadhari?
.................................................................................................................................
4. Apakah cara terbaik untuk menyedarkan mahasiswa/i erti sebenar kebebasan?
................................................................................. ...............................................
5. Kenapa mahasiswa/wi sekarang dan dahulu berbeza?
............................................................................. ....................................................

* Segala jasa saudara/i amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Segala maklumat
adalah RAHSIA.

Anda mungkin juga menyukai