Anda di halaman 1dari 16

IBDP2043

AL-GHAZAWAT AL-FIKRIYYAH AM-MUASIRAH

TAJUK TUGASAN:
PLURALISME

NAMA PENSYARAH:
DR. NOOR HAFIZAH BINTI MOHD HARIDI

NAMA PELAJAR:
NOOR ALIA SHAFIQAH BINTI MOHD FAISAL

NOMBOR MATRIK:
19BI05024

IJAZAH SARJANA MUDA DAKWAH DAN PENGURUSAN SUMBER INSAN (KEPUJIAN)


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

SESI 1 2021/2022
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3-4

2.0 DEFINISI PLURALISME AGAMA 5-6

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PLURALISME 7-9

4.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENYEBARAN 9-11


PLURALISME AGAMA :
4.1 PENYEBARAN MELALUI MEDIA MASSA

4.2 PENYEBARAN MELALUI AJARAN KEAGAMAAN

5.0 ANCAMAN PLURALISME AGAMA TERHADAP 11-12


MASYARAKAT ISLAM

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI SERANGAN 12-13


PLURALISME :
6.1 MENINGKATKAN JATI DIRI UMAT ISLAM

6.2 MEMPERBANYAKKAN JUMLAH BAHAN BACAAN


BERASASKAN ISLAM
6.3 MENDEDAHKAN BENTUK-BENTUK SERANGAN

PEMIKIRAN YANG DILAKUKAN MUSUH-MUSUH


ISLAM.

7.0 ISU-ISU PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA 14

8.0 KESIMPULAN 15

9.0 RUJUKAN 16

2
1.0 PENDAHULUAN

Islam merupakan satu-satunya agama yang meletakkan ketauhidan sebagai tunjang


utama dalam kehidupan manusia. Ia adalah agama wahyu yang diturunkan Allah s.w.t kepada
para nabi-Nya untuk disampaikan kepada umat manusia. Namun, di sebalik penurunan agama
ini terdapat segolongan manusia yang dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan menjadikan
mereka memilih untuk berpaling dan tidak menuruti agama Allah s.w.t ini.

Penggunaan istilah al-ghazwu al-fikri di kalangan umat Islam, bererti maksud


sebenarnya adalah ghazwu al-fikri al-Islami atau serangan yang ditujukan kepada pemikiran
Islam oleh lawan pemikiran itu sendiri. Serangan ini biasanya difahami berasal dari dunia Barat
atau doktrin bukan Islam yang mempunyai kepentingan tertentu terhadap agama dan umat
Islam.

Selain itu, fahaman yang telah wujud di Malaysia yang berkaitan dengan perkara ini
adalah fahaman pluralisme. Pluralisme ini adalah satu cabang yang melihat kepada sesuatu
perkara yang pelbagai kepada satu aspek dan kepelbagaian itu juga hendaklah lebih seragam
dengan sifatnya. Apa yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut adalah ia dapat melihat
kepada sesuatu perkara atau bidang. Sebagai contoh, kepelbagaian yang wujud hendaklah
disatukan dan diseragamkan agar mendapat manfaat kepada semua. Contohnya, kepelbagaian
budaya yang wujud di Malaysia yang berasaskan kepada kepelbagaian etnik di Malaysia yang
dilihat sebagai tidak wajar kerana tidak menonjolkan satu identiti yang dapat mewakili Malaysia
secara umumnya. Hal ini kerana,kepelbagaian budaya yang ada masih dirujuk kepada asal etnik
yang membawanya dan bukan sebagai satu budaya Malaysia.

Kepelbagaian ini mendorong sesetengah pihak untuk melihatkan ia sebagai satu


pendekatan baru dalam menterjemahkan kepelbagaian ini. Pluralisme digunakan sebagai senjata
untuk ditayangkan baagaimana kehendak mereka ini didengari kepada masyarakat. Fenomena
beragama adalah suatu hal yang lumrah dalam kehidupan manusia. Pelbagai agama dan aliran
telah lahir sejak manusia beragama. Pluralisme berasal daripada Barat pada abad ke- 20 yang
bertitik tolak dari andaian bahawa pertumphan darah yang banyak terjadi di dunia adalah akhibat
dari sikap eksklusid dalam mengemukakan kebenaran.

Daripada andaian inilah bermulanya banyak pemikiran dan teologi Barat yang melihat
bahawa fahaman pluralisme agama adalah satu-satunya jalan keluar bagi menangani sikap saling
bermusuh-musuhan dan sikap intoleransi masyarakat beragama yang mencetuskan peperangan
3
yang berpanjangan. Pluralisme ini secara mudahnya bermaksud bukan satu tetapi banyak, yang
sudah tentu mengandungi nilai-nilai yang tidak sama dan berbeza. Bagi sesuatu bangsa yang
bijak dan matang dengan cara mereka berinteraksi dan berfikir, bangsa atau negara mereka akan
menjadi aman. Apabila hak kepelbagaian ini dihubungkan dengan agama secara khusus, maka ia
bererti bahawa dunia ini memiliki banyak agama dan sistem kepercayaan, manakala setiap
penganut agama-agama tersebut pula mempunyai andaian dan keyakinan yang tersendiri tentang
kebenaran.

4
2.0 DEFINISI PLURALISME AGAMA

Pluralisme berasal dari istilah bahasa Inggeris (plural) yang merujuk kepada kewujudan lebih
dari satu entiti. Dalam konteks falsafah klasik Greek lawan bagi pluralisme ialah monisme dan
kedua-dua istilah ini merujuk kepada falsafah metafizik perdebatan antara dua aliran pemikiran
tentang unsur kewujudan alam. Dalam konteks falsafah moden pula, William James adalah
sarjana yang awal mengaplikasikan istilah plural dalam karya akademiknya yang bertajuk ‘The
Pluralistic Universe’. Bermula dari penggunaan itulah maka istilah pluralisme mula diguna
pakai dalam konteks politik, budaya, etika, moral dan agama.

Secara umumnya, falsafah ini merujuk kepada kewujudan pelbagai agama dan dakwaan
terhadap kebenaran yang diajukan oleh setiap agama (religous truth claim). Lawan bagi
pluralisme agama ialah ekslusivisme yang mendokong fahaman bahawa hanya terdapat satu
agama sahaja yang membawa kebenaran mutlak manakala agama-agama lain adalah palsu.
Terdapat satu lagi istilah yang dipopularkan sebagai jalan tengah di antara pluralisme dan
ekslusivisme iaitu inklusivisme yang bermaksud wujudnya satu agama yang mutlak manakala
agama-agamalain hanyalah sebahagian dari kebenaran mutlak itu.

Manakala definisi ‘agama’ dalam wacana pemikiran juga menimbulkan perdebatan dan
polemik yang tidak berkesudahan. Sama ada dalam ilmu filsafat agama, teologi, sosiologi,
antropologi ataupun dalam bidang perbandingan agama sendiri. Sehingga dikatakan bahawa
sangat sukar mendefinasikan agama yang boleh diterima dan disepakati oleh semua kalangan.

Hal ini kerana, akan menyebabkan terdapat sebahagian pemikir yang mendakwa
bahawa agama adalah kata-kata yang tidak mungkin didefinasikan. Pendapat ini umpamanya
pernah diungkapkan oleh Wilfred Cantwell Smitt, seorang pakar ilmu perbandingan agama,
yang mengatakan bahawa terminologi agaam luar biasa sukar didefinasikan (the term is
notoriously indefinable).

Selain itu, pluralisme dirangkaikan dengan agama maka dapatlah kita katakan bahawa
pluralisme agama adalah kondisi hidup bersama penganut agama yang berbeza dalam satu
komuniti dengan tetap mempertahankan ciri spesifik atau ajaran agama masing-masing.
Dengan pemahaman seperti ini dapat menjelaskan bahawa pluralisme agama tidak bermaksud
mempersamakan agama dalam sebuah bentuk sahaja, melainkan mengakui adanya perbezaan
antara agama-agama. Dari kenyataan ini menunjukkan bahawa anggapan yang mengatakan
idea pluralisme agama bermaksud mempersamakan agama-agama yang berbeza adalah sebuah

5
kekeliruan.

Wan Adli Wan Ramli (2012), Anis Malik Thoha (2014), dan Khalif Muammar (2015)
menolak definisi pluralisme agama dalam maksud toleransi agama, dialog antara agama dan
kepelbagaian agama. Bagi mereka pluralisme agama itu bermaksud satu kefahaman yang
memandang semua agama adalah sama dan menuju kepada Tuhan yang sama.

Dengan demikian, pengertian pluralisme agama tidak bermaksud bahawa semua agama
adalah sama. Dalam konteks ini, Frans Magnis-Suseno adalah seorang pakar perbandingan
agama. Ia berpendapat bahawa menghormati agama orang lain tidak ada hubungannya dengan
ucapan baahwa semua agama sama. Agama-agama jelas berbeza antara satu sama lain. Setiap
agama mempunyai konteks yang tersendiri sehingga tidak mungkin semua agama sama. Dalam
firman Allah yang bermaksud :

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang- orang yang tidak
memerangi dalam urusan agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”. (Surah Al-Mumtahanah: 8)

Ayat dia atas menunjukkan bahawa, pengertian pluralisme agama adalah suatu system
nilai yang memandang keberagamaan atau kemajmukan agama secara positif dan optimis dan
sekaligus menerimanya sebagai kenyataan dan berupaya agar berbuat sebaik mungkin
berdasarkan kenyataan itu. Dikatakan secata positif agama sebagai sebuah kemungkaran yang
harus diperangi, manakala dinyatakan secara optimis kerana kemajmukan agama itu
sesungguhnya sebuah potesi agar setiap umat terus berlumba untuk melakukan kebaikan di
muka bumi ini.

Secara keseluruhan, pluralisme agama ini merupakan konsep yang luas tentang
penerimaan agama-agama yang pelbagai. Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak
menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain, islam tidak menganggap
bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain.
Penyelesaian islam terhadap pluralisme agaam adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti
agama masing-masing.

6
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PLURALISME

Kemunculan fahaman pluralisme agama pada abad ke-20 di dunia Barat adalah difaktorkan
oleh senario pertumpahan darah yang berlaku di dunia ini yang berpunca daripada sikap
eksklusif dalam mendakwa kebenaran (truth claim). Bertitik tolak daripada andaian berkenaan,
maka ramai pemikir dan ahli teologi Barat mendokong faham pluralisme agama adalah satu-
satunya jalan keluar dalam menangani sikap saling memusuhi dan tidak toleran masyarakat
beragama (religious intolerance), baik sesama penganut Kristian-Katolik, Protestan, Mormon,
dan lain-lain mahupun antara penganut Kristian dengan penganut Yahudi ataupun ketegangan
antara dunia Barat dengan dunia Islam. Oleh sebab itu, pluralisme semakin mendapat tempat
dan rancak dibicarakan di dunia Islam khususnya selepas peristiwa 11 September 2001 yang
dilihat sebagai respon balas dalam menangani sikap ekstrimisme dan terorisme yang dilakukan
oleh segelintir kecil umat Islam.

Seterusnya, pluralisme agama sendiri digunakan dalam pelbagai aspek sehinggakan


Mohd Farid Mohd Shahran (2011) menyifatkan terdapat pluralisme dalam membahaskan
pluralisme agama. Namun begitu, ia tidak menghalang daripada mendapatkan makna yang
lebih dominan mengenai pluralisme agama ini. Adian Husaini (2005) memetik definisi
pluralisme agama menurut Majlis Ugama Indonesia (MUI) sebagai satu fahaman yang
menyeru kepada persamaan antara agama menjadikan tidak ada sesiapa berhak untuk
mendakwa agamanya sahaja yang paling benar sedangkan agama lain salah. Ini bermakna
pendukung fahaman ini cuba untuk meletakkan agama pada kedudukan yang sama kerana
mereka berpegang kepada sumber semua agama adalah Tuhan yang sama. Perbezaan yang
berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada pentafsiran dan tanggapan yang berbeza setiap
penganut agama.

Fahaman yang berasal daripada perselisihan antara mazhab di dalam agama Kristian ini
dilihat telah mula dihubungkan dengan agama Islam rentetan daripada peristiwa 11 September
2001 yang lalu. Wacana pluralisme ini dijadikan sebagai alat untuk menekan masyarakat Islam
yang disifatkan sebagai tetap dengan pendirian kebenaran mutlak agama Islam supaya mereka
bersikap terbuka dan menerima kebenaran agama lain. Satu perkara yang perlu difahami
bahawa pluralisme agama adalah perkara yang berbeza daripada kepelbagaian agama (religious
plurality) yang mengiktiraf kewujudan pelbagai agama dalam keadaan penganutnya tinggal di
satu tempat. Hakikatnya, Islam tidak pernah menafikan kewujudan pelbagai agama dan hak
beragama bagi penganut agama lain. Malah sejak zaman Rasulullah s.a.w ajaran agama Iain

7
bebas mengamalkan agama mereka selagi mereka tidak memberi kemudaratan kepada umat
Islam dan tidak memerangi agama Islam.

Dapat dilihat dari aspek sejarah, pluralisme agama sering dikaitkan dengan aliran
liberal. Dalam aliran liberal terhadap agenda pluralisme agama, isu ini berlaku pada awalnya
di dunia barat iaitu pada abad ke 18 dan 19. Antara agenda yang wujud dalam perjuangan
mereka boleh dikategorikan kepada tiga agenda utama iaitu agenda politik dengan tuntutan
demokrasi dan kebebasan berekspresi, agenda sosial dengan tuntutan dan gerakan pembebasan
wanita (feminisme) dan agenda akidah dengan tuntutan pluralisme agama atau perjuangan
kesamaan agama-agama.

Aliran ini mencapai kemuncaknya apabila seringkali menjadi tumpuan perbincangan


dalam seminar-seminar. Ia secara langsung menyebabkan aliran ini tersebar luas di kalangan
masyarakat. Tambahan pula terdapat banyak tulisan berkaitan dengannya serta mudah didapati
oleh masyarakat awam. Ia pernah dibincangkan dalam persidangan agama World Parliament
Of Religous yang diadakan di Chicago Amerika Syarikat pada tahun 1893.

Pada peringkat awal, ulama Islam memandang Pluralisme agama ini sebagai toleransi
beragama dan keadaan ini sememangnya dituntut di dalam Islam. Namun apabila terdapat
tokoh pemikir Liberal di dunia Islam mendefinisikannya sebagai persamaan semua agama, ia
mula ditolak dan ditentang oleh ulama Islam. Satu ketika Perancis menghantar deligasinya ke
dunia Islam seperti Mesir untuk berbincang berkenaan penyatuan agama iaitu Islam, Kristian
dan Yahudi. Mereka cuba mempengaruhi ulama-ulama Islam bahawa semua agama ini adalah
sama. Sedangkan hakikatnya telah Allah s.w.t sebutkan dalam al-Quran bahawa tidak ada
agama yang benar melainkan agama Islam.

Pluralisme ini didapati semakin berkembang apabila masyarakat ingin tahu kedudukan
agama yang dianuti berbanding dengan agama-agama lain. Di samping itu wujud ekstrem
agama yang mengakui hanya agama mereka sahaja yang benar. Ia menjadi lebih buruk apabila
salah faham ini menimbulkan kekecohan sehingga terjadi pembunuhan. Apabila Pluralisme
membawa konsep semua agama adalah sama-sama benar dan sama-sama menawarkan
keselamatan kepada umat manusia, sama-sama sempurna dan diiktiraf benar di hadapan Tuhan,
maka konsep ini didakwa dapat menghapuskan permusuhan dan salah faham umat beragama.

8
Daripada sudut sejarah, jelas menunjukkan bahawa terdapat musuh-musuh Islam
cuba menjadi “orang tengah” dalam menyelesaikan kemelut agama dunia. Mereka memberi
jalan keluar kepada masalah yang berlaku dengan mengatur agenda tersendiri. Mereka yang
membawa aliran Prularisme agama ini tidak akan berhenti menyebarkan gerakan ini kononnya
untuk menyatupadukan dunia dengan agama. Semua pihak harus sedar dan tahu agenda buruk
mereka supaya ia tidak menjadi barah dalam masyarakat Islam. Dengan itu, kefahaman perlu
diberikan kepada setiap lapisan masyarakat Islam, sama ada kanak-kanak, remaja atau
dewasa. Medium yang sesuai dilihat sebagai perantara ialah pembelajaran perihal
kepentingan agama melalui sistem pendidikan.

4.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENYEBARAN PLURALISME AGAMA

Perkembangan pluralisme agama di Malaysia didasari oleh perkembangan aliran liberalisme


di Indonesia secara lansgung walaupun terdapat perbezaan antara keduannya. Terdapat
beberapa faktor-faktor penting yang menyebabkan tersebarnya pluralisme agama di Malaysia.
Antara faktor-faktor berikut ialah:

4.1 PENYEBARAN MELALUI MEDIA MASSA

Media massa merupakan ejen teknologi yang penting dalam menyampaikan informasi kepada
masyarakat. Antara media massa tersebut ialah media cetak (akhbar, majalah, buku dan
sebagainya) dan media elektronik (televisyen, radio dan internet). Penyebaran pluralisme
agama di Malaysia juga tidak terkecuali dari dipengaruhi oleh faktor media massa. Media
massa yang terlibat ialah:

1. Buku

Buku-buku mengenai liberalisme dan pluralisme agama yang telah diterbitkan sama ada oleh
penerbit Indonesia atau Malaysia boleh didapati. Sebagai cotnoh, penulisan Nurcholish
Madjid, Budhy Munawar-Rachman dan beberapa tokoh-tokoh yang lain lagi. Terdapat juga
penulisan yang diharamkan penyebaran antaranya ialah Refleksi Pembaharuan Pemikiran
Islam 70 tahun Harun Nasution(1989), Fiqh Perempuan(2001), Islam dan pluralisme (2006)
dan lain- lain.

9
2. Majalah

Melalui artikel-artikel dalam majalah, sebagai contoh Ulil Absar Abdallah dalam Majalah
Gatra 21 Disember 2002 menyatakan bahawa “Semua agama adalah sama. Semuanya menuju
ke jalan kebenaran. Ajdi, Islam bukan agama yang paling benar”. Artikel ini merupakan artikel
dalam majalah terbitan Indonesia. Golongan pluralisme di Malaysia setakat kajian ini belum
memuatkan artikel-artikel mereka dalam majalah-majalah terbitan tempatan.

3. Akhbar

Terdapat beberapa artikel berita di akhbar yang ditukis oleh golongan ini, antaranya ialah
Zainab Anwar (2007) di New Straits Times dengan tajuk “Mediation the wiser path to take”,
Hashim Kamali (2011) di New Straits Times dengan tajuk “Islam’s religious pluralism in
context”. Artikel-artikel ini memuatkan pandangan peribadi penulis-penulisnya mengenai isu-
isu pluralisme agama yang berlaku dalam masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, Chandra
Muzaffar (2007) menyuarakan pandangannya mengenai fatwa yang telah dikeluarkan oleh
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap SIS yang dianngap menimbulkan persoalan
dan berlawanan dengan konsep kebebasan dalam Rukun Negara.

4. Internet

Medium internet merupakan medium terpantas dalam teknologi informasi dan komunikasi di
era globalisasi ini. Masyarakat mudah untuk mengakses maklumat-maklumat melalui internet
tanpa batasan jarak dan masa. Sepantas kilat segala maklumat senang diperolehi. Melalui
laman sesawang internet, golongan pluralisme agama menyebarkannya melalui laman web
seperti http://islamlib.com dan email Islib@yahoo.com. Dalam laman web ini, terdapat
ruangan artikel, soal-jawab, perbincangan dan sebagainya. Sekiranya ingin mendapatkan
penjelasan yang lebih, masyarakat boleh menghantar persoalan melalui email yang disediakan.

4.2 PENYEBARAN MELALUI AJARAN KEAGAMAAN

Faktor penyebaran pluralisme agama yang seterusnya ialah, melalui ajaran-ajaran keagamaan.
yang telah difatwakan sesat. Antara ajaran-ajaran keagamaan ini ialah ajaran ‘Ayah Pin’
(Ariffin Muhammad) atau yang dikenali juga dengan kerajaan langit Ayah Pin. Ajaran ini
diasaskan oleh Ariffin Muhammad di Hulu Besut, Terengganu. Ayah Pin telah
memperkenalkan ajaran yang mempromosikan semua agama mempunyai kebenaran yang

10
sama dan setiap orang berhak untuk mengamalkan agama dengan apa jua cara yang mereka
sukai. Kerajaan Negeri Terengganu telah mewartakan fatwa ajaran Ayah Pin adalah sesat,
menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah seseorang yang mempercayainya.

5.0 ANCAMAN PLURALISME AGAMA TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

Ancaman utama Pluralisme agama ialah hakikat ketuhanan dan keagamaan itu sendiri. Agama
Islam adalah sama sekali tidak sama dengan agama lain dan Allah tidak sama dengan
Tuhantuhan dalam agama lain. Sama sekali tidak akan mencapai titik pertemuan. Kerana Islam
satu-satunya agama yang benar dan Allah satu-satunya tuhan yang berhak disembah dan
diimani.

Al-Qur’an sendiri telah menjelaskan bahawa Islam agama yang sempurna yang
diturunkan Allah untuk umat manusia. Namun, pengiktirafan kewujudan tidak bermaksud
pengiktirafan kebenaran. Pendirian ini jelas menerusi firman Allah s.w.t dalam surah Al-
Maidah: 3 yang bermaksud:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.

Di samping itu, Islam meletakkan asas tauhid sebagai dasar kebenaran agama.
Ketauhidan tidak hanya bermaksud meyakini keesaan Allah s.w.t malah ia sebenarnya
mencakupi seluruh hidup Mukmin. Ini bermakna Islam tidak menerima sama sekali sebarang
bentuk kesyirikan beragama. Justeru, fahaman pluralisme agama yang dilihat seerti dengan
syirik adalah haram untuk dipegang oleh umat Islam meskipun ia dipromosikan dengan nama
kesejahteraan sejagat. Firman Allah s.w.t:

ِ َ‫وم ن ي ب تَ ِغ غَ ْي ْاْلِ س ََل ِم دِ ينًا فَ لَن ي ْق ب ل ِم نْ ه وه و ِِف ْاْل ِخ رةِ ِم ن ا ْْل‬


( ٨٥ ) ‫اس رِين‬ َ َ ََُ ُ َ َ ُ ْ ْ َْ َْ ْ َ َ

Maksudnya: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

(Surah Ali-Imran: 85)

11
Kesan daripada penyebaran fahaman ini kepada masyarakat Muslim adalah berlakunya
kehancuran peradaban mereka. Ini adalah di antara janji Allah s.w.t dalam surah al-Nahl ayat
36:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul
(dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan
jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi
hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu
mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat umat
yang mendustakan Rasul-rasulNya”.

Ayat ini jelas memaparkan kemusnahan umat-umat terdahulu akibat daripada syirik
kepada Allah s.w.t. Ia dapat dilihat melalui kesan peninggalan umat terdahulu akibat
membelakangi ajaran Allah s.w.t seperti firaun dan kisah umat Nabi Lut a.s. Perkara yang
sama juga boleh berlaku terhadap masyarakat Muslim hari ini dan akan datang seandainya
fahaman pluralisme ini dijadikan pegangan dalam kehidupan.

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI SERANGAN PLURALISME

Antara langkah-langkah mengatasi serangan pluralisme ialah :

6.1 Meningkatkan Jati Diri Umat Islam

Keyakinan umat Islam terhadap kebenaran Islam perlu dipertingkatkan dan ditanam secara
berterusan ke dalam diri setiap umat Islam. Mereka perlu diyakinkan bahawa tidak ada agama
atau ajaran lain yang lebih baik atau boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Apa yang
terkandung di dalam ajaran Islam perlu dipatuhi dan dilakukan dengan penuh keyakinan dan
keikhlasan. Sebarang bentuk cubaan pihak luar menerapkan pemikiran yang berlawanan
dengan agama Islam perlu ditentang sepenuhnya.

6.2 Memperbanyakkan Jumlah Bahan Bacaan Berasaskan Islam

Seperti yang telah dijelaskan, antara punca serangan pemikiran ialah melalui bahan bacaan dan
medium penyebaran maklumat seperti internet yang disediakan oleh kafir atau mana-mana
pihak yang tidak bertanggungjawab. Maka, cara terbaik ialah umat Islam sendiri perlu

12
menyediakan bahan bacaan secukupnya untuk keperluan umat Islam melalui penulisan yang
berkualiti dan bertanggungjawab. Justeru, penyediaan buku-buku agama yang disediakan
melalui JAKIM, YADIM dan seumpamanya diharapkan dapat menambahkan bilangan buku
agama di pasaran. Satu perkembangan positif sekarang apabila semakin banyak majalah dan
buku agama diterbitkan di negara kita. Antara majalah bulanan menyajikan bahan berunsur
agama Islam ialah Al-Islam, Dewan Tamadun Islam, Akidah, Solusi dan sebagainya yang
kadangkala terpaksa diulang cetak apabila permintaan melebihi penawaran sedia ada.

6.3 Mendedahkan Bentuk-Bentuk Serangan Pemikiran Yang Dilakukan Musuh-Musuh


Islam.

Antara perangkap paling berkesan dilakukan musuh-musuh Islam ialah melakukan sesuatu
bentu serangan yang tidak disedari. Untuk itu, pihak yang sedar perkara itu perlu secara
mendedahkan hal-hal berkaitan untuk mengingatkan seluruh umat Islam agar tidak
terperangkap dengan serangan pemikiran itu.

Penyebaran mengenai serangan pemikiran ini perlu dijelaskan melalui penulisan,


ceramah, kelas dan seumpamanya. Apa yang penting, maklumat mengenai serangan pemikiran
ini difahami oleh orang Islam agar mereka dapat membezakan antara yang benar dan salah.
Sesungguhnya, dalam keadaan sekarang, banyak umat Islam keliru dengan apa yang berlaku
di sekeliling mereka sehingga terikut-ikut dengan perancangan serangan pemikiran pihak
musuh. Sebarang bentuk serangan pemikiran perlu dipatahkan dengan bijaksakna dan tepat.
Jika mereka menggunakan hujah dalam bentuk keilmuan, maka wajar juga perkara itu
diperbetulkan dengan dalil-dalil keilmuan. Inilah perlunya kita mempunyai ilmuan yang
setanding dengan kumpulan yang mencipta dan melakukan serangan pemikiran itu.

Umat Islam seharusnya lebih peka dan mendalami mengenai Islam dan tidak
menyerahkan hal ilmu itu kepada bukan Islam. Sesungguhnya mereka mengkaji Islam bukan
kerana berminat terhadap Islam tertapi cuba mencari ruang dan peluang untuk menggunakan
pengetahuan itu untuk menyerang kembali umat Islam. Amat malang sekali apabila umat Islam
terpaksa menuntut ilmu mengenai hal ehwal Islam atau agama Islam daripada bukan Islam
yang lebih mengkaji dan mempelajari Islam. Sudah tentu biarpun yang diajar itu ada
kebenarannya, tetapi pada masa yang sama akan terselit racun berbisa untuk memusnahkan
Islam.

13
7.0 ISU-ISU PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA

Antara isu-isu pluralisme agama yang muncul di Malaysia ialah :

7.1 Melalui Kalimah Allah

Isu ini berkaitan dengan tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam. Isu
ini mula menjadi kontroversi apabila akhbar minguan Herald menuntut Kementerian Dalam
Negeri (KDN) membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbarnya. Isu
tuntutan ini menjadi kebimbangan kepada umat Islam kerana dikhuatiri akan mengelirukan
masyarakat Islam.

7.2 Isu Kebebasan Beragama (Religious Freedom)

Merujuk kepada isu kebebasan beragama di Malaysia, terdapat beberapa perkara mengenainya
iaitu mengenai penubuhan kumpulan Artikel 11, murtad, isu tuntutan Comango, pertikaian
peruntukan perkara 121 (1A), kerajaan langit Ayah Pin dan kes pengikut kerajaan langit Ayah
Pin iaitu Kamariah Ali. Kesemua isu ini berkait rapat mengenai tuntutan hak kebebasan
beragama.

14
8.0 KESIMPULAN

Pluralisme agama merupakan satu ancaman kepada agama Islam. Melalui kecanggihan
teknologi maklumat, fahaman ini tersebar dengan meluas sekali. Amat membimbangkan
apabila kita terpengaruh dengan fahaman pluralisme ini. Dilihat kepada sebab atau faktor kita
terpengaruh adalah kerana kita tidak didedahkan dengan bahaya Pluralisme agama atau lebih
tepat lagi kurang pendidikan agama. Dengan pendedahan dan penghayatan akidah dalam diri
seseorang yang diusahakan oleh diri sendiri atau ibu bapa atau guru, ia diharapkan dapat
menjadi penyelamat kepada kita agar tidak terpengaruh dengan dakyah ini.

Antara penekanan yang seharusnya diberikan ialah keesaan kepada Allah, kebenaran
agama Islam berbanding agama lain dan kebenaran Al-Quran. Perlunya para pendidik berjihad
yakni bersungguh-sungguh dengan apa cara sekalipun untuk menyampaikan ilmu yang benar
serta memberi kefahaman yang sebenar berkenaan Islam. Ia teramat penting dalam situasi
sekarang kerana ia merupakan tonggak penentu hala tuju arah seseorang individu.

Seterusnya, kita perlulah menciptakan tamadun bangsa berpaksikan kepada agama,


membina negara dengan berpaksikan agama kerana kita adalah harapan negara dalam
mengemudi negara pada masa akan datang, jika kita tidak mampu hidup berteraskan agama
dalam kehidupan kita, mana mungkin kita mampu membentuk sebuah negara Islam yang
benar- benar mengamalkan Islam satu masa nanti.

Justeru, saya menyeru diri saya dan seluruh umat Islam agar bangkit dan kembali ke
jalan yang benar sebagaimana yang telah difahami oleh al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.
Menjadikan islam sebagai satu cara hidup dan meletakkan agama islam sebagai pertimbangan
dan mizan hidupan kita. Ini sahaja yang dapat menyelamatka kita dari terpengaruh dengan
budaya dan fahaman pluralisme.

15
9.0 RUJUKAN

Earnie Elmie Hilmi, Kamarudin Salleh & Nur Farhana Abdul Rahman, Perkembangan Awal
Pluralisme Agama Di Malaysia.

Hassan Muhamad Hasan. 2002. Cara Menentang Serangan Pemikiran Terhadap Dunia Islam.
Terj. Osman b. Hj. Khalid. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

http://www.ukm.my/isoit/wp-content/uploads/2018/09/Earni-elmy.pdf

Ibrahim, H. (2011, July). Dari kepelbagaian agama kepada pluralisme agama: sejarah
perkembangan. In Kertas Kerja Seminar Al-Qur'an dan Cabaran Pluralisme Agama:
Pengajaran Masa Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan. Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia. Anwar Al-Jundy, Pembaratan di Dunia Islam, hlm 11-12

Ismail Mina Ahmad. 2012. Konsep pluralisme agama. Dlm. Pluralisme agama: satu gerakan
iblis memurtadkan Ummah, hlm 3-59. Kuala Lumpur: Pertubuhan Muafakat Sejahtera
Masyarakat Malaysia.

Khalif Muammar A. Harris. (2015). Islam dan Pluralisme Agama: Memperkukuhkan tauhid
pada zaman kekeliruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Farid Mohd Shahran. 2011. Islam dan Pluralisme Agama: Isu-isu akidah semasa. Dlm.
Seminar Al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama: Pengajaran Masa Lalu, Keperihalan
Semasa dan Hala Tuju Masa Depan. 19-20 Julai. IKIM

Nur Farhana Abd Rahman, Prof Dr Mohd Nasir Omar, Prof Dr Idris Zakaria. 2010. Faham
Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syari’ah Islamiyah. Dlm.
Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah. 14 Disember.

Wan Adli Wan Ramli. 2012. Bahaya liberalisme dan pluralisme agama terhadap akidah belia
Muslim. Johor Bharu: Sekretariat menangani isu-siu akidah dan Syariah Majlis Agama Islam
Negeri Johor.

16

Anda mungkin juga menyukai