Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK

PHI 454: HISTORY AND PHILOSOPHY OF SCIENCE

KERTAS KAJIAN: KEBUDAYAAN JEPUN DAN ISLAM SATU ANALISIS


PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA

DISEDIAKAN OLEH:
NO. NO. MATRIK NAMA KUMPULAN

1. 2020960721 UMAR BIN KHAIZURAN CS2493B

2. 2020984941 MUHAMMAD NURAIMAN BIN HASMAL CS2493B

3. 2020980561 NURIN NISA BINTI MOHD NOOR IZHAR CS2493B

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MOHAMAD YUSOF BIN DARUS

TARIKH PENYERAHAN:
28 JUN 2020
PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah hirrabbil'alamin, kami


merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami
menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya.

Pertamanya, kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr. Mohamad Yusof Bin Darus
pensyarah mata pelajaran History and Philosophy of Science (PHI 454) di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merialisasikan tugasan ini sehingga dapat disiapkan seperti yang dijadualkan.

Seterusnya, pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di
muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat
terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa
ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.

Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-
renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus menerus"
ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA MUKA


SURAT

3
1. Pengenalan

4
2. Latar Belakang Negara Jepun

6
3. Agama Islam di Jepun

7
4. Kebudayaan Islam dan Ciri-Cirinya

9
5. Persamaan Budaya Orang Jepun dan Islam

15
6. Cabaran Membentuk Budaya yang Baik dalam Masyarakat

20
7. Kesimpulan

21
8. Rujukan
ABSTRAK

Peradaban Jepun merupakan satu peradaban yang unggul dalam aspek teknologi dan menguasai
ekonomi dunia. Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia ke Dua tidak menghalang Jepun untuk
bangkit memberikan persaingan kepada kuasa barat khasnya Amerika Syarikat (USA). Keadaan
ini berlaku berikutan peranan para pemimpinnya yang menekankan aspek pendidikan. Hasilnya
Jepun telah mengasimilasikan unsur-unsur peradaban luar dalam tamadun mereka termasuklah
dalam perkara berkaitan kepercayaan beragama, amalan etika dan moral. Kepercayaan dari luar
seperti Buddha dan Konfucian yang berasal dari China dipraktikkan secara bersama dengan
kepercayaan agama asal masyarakat Jepun iaitu Shinto. Keadaan sebeginilah yang dikatakan
sesuatu yang unik dan tidak terdapat di dalam peradaban lain. Bagaimana Jepun dapat
mempraktikkan ketiga-tiga kepercayaan serentak bersama kepercayaan agama lain yang
mendapat tempat sekarang ini seperti Taoisme dan Kristian.

Sementara itu, peradaban Islam pula berasal daripada Tanah Arab merupakan sebuah peradaban
yang pernah mencapai kegemilangan berlandaskan tauhid. Sementara al-Quran dan hadis
merupakan panduan untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Perbandingan antara peradaban
Jepun dan Islam adalah bertujuan untuk mencari persamaan dan perbezaan yang wujud antara
keduanya di samping mengkaji punca kelemahan masyarakat Islam sekarang ini. Perbincangan
berkaitan kebudayaan antara peradaban Jepun dan Islam merupakan sesuatu yang sukar tetapi
menarik untuk dikaji.

1
OBJEKTIF KAJIAN

Di samping tujuan akademik, kajian ini juga mempunyai beberapa objektif atau tujuan tertentu,
antaranya adalah:

 Untuk mengkaji secara lebih mendalam tentang aliran-aliran kebudayaan yang mendasari
kehidupan masyarakat Jepun dan seterusnya mempengaruhi pembinaan peradaban
mereka.

 Untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai kepercayan-kepercayaan yang


terdapat dalam peradaban Jepun.

 Untuk mendapatkan persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam kebudayaan


peradaban Jepun dan peradaban Islam.

2
PENGENALAN

Kajian berkaitan dengan tajuk "Kebudayaan Jepun dan Islam: Satu Analisis Persamaan dan
Perbezaan Budaya" merupakan satu kajian yang agak sukar tetapi menarik dan julung-julung kali
dilakukan. Kajian seumpama ini memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam kedua-dua pihak yang hendak dikaiji iaitu peradaban Jepun dan Islam khasnya
dari aspek kebudayaan.

Di dalam kajian ini, kami cuba menonjolkan aspek-aspek kebudayaan yang terdapat dalam
peradaban Jepun dan Islam. Sebagaimana yang kita ketahui, peradaban Jepun merupakan
peradaban yang kompleks dimana dalam sebuah peradaban terdapat pelbagai aliran yang tinggal
dalam satu bumbung. Namun demikian, ini tidak menimbulkan perselisihan tetapi menimbulkan
penyesuaian kepercayaan membentuk kepercayaan Jepun dalam peradabannya yang kompleks.
Berbanding dengan peradaban Islam pula ia kelihatan lebih ringkas kerana hanya terdapat satu
aliran kepercayaan sahaja dalam satu masa iaitu kepercayaan kepada agama Islam yang
bertauhidkan Allah s.w.t.

Kedua-dua peradaban tersebut mempunyai konsep yang berbeza tetapi terdapat persamaan dari
segi makna, kandungan dan maksud yang ingin diketengahkan. Misalnya, konsep Bushido dalam
peradaban Jepun telah melahirkan sikap kesetiaan kepada ketua. Jadi, tidak hairanlah dalam
perang dunia ke dua mereka sanggup bermati-matian demi Maharaja mereka dan konsep ini
dipanggil Kamikaze. Mereka mempercayai dengan berbuat demikian mereka akan dilahirkan
semula dalam keadaan yang lebih baik. Sebenarnya. konsep ini juga terdapat dalam peradaban
Islam yang dikenali konsep Syahid iaitu konsep berjihad di jalan Allah demi menegakkan Islam
tanpa mengambil kira kepentingan diri sendiri. Hal ini kerana mereka mempercayai dengan
berbuat demikian mereka akan memperolehi balasan yang baik daripada Allah s.w.t.

3
Atas dorongan permasalahan yang wujud ini, maka kami telah membuat keputusan untuk
membuat kajian dan penyelidikan mengenai perbezaan dan persamaan yang terdapat dalam
peradaban Jepun dan peradaban Islam tentang kebudayaan. la merupakan satu kajian yang
menarik dan julung-julung kali dilakukan.

LATAR BELAKANG NEGARA JEPUN

Jepun ialah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik,
di sebelah Timur Laut Jepun terdapat Republik Rakyat China, Korea dan Rusia sebagai jiran
mereka. Pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk dan wilayah paling selatan pula merupakan
sekelompok pulau kecil di Laut China Timur iaitu kawasan selatan Okinawa yang berjiran
dengan Taiwan.

Jepun terdiri daripada 6,852 pulau yang membentuk gugusan kepulauan. Pulau-pulau utama dari
utara ke selatan ialah Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Lebih kurang
97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Sebahagian besar pulau
di Jepun bergunung-ganang, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Gunung
tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan sebuah gunung berapi yang pendam.
Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang menjadikannya negara ke-10 paling ramai
penduduknya di dunia. Tokyo ialah ibu negara Jepun yang bertaraf "kawasan metropolitan".
Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada di wilayah-
wilayah sekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di dunia, Tokyo Raya diduduki
lebih 30 juta orang.

4
Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu pada abad ke-7 SM. Maharaja
Jimmu yang mendirikan sistem pemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga kini.
Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah sebenarnya
berada di tangan anggota istana, syogun dan pihak tentera manakala dalam zaman moden kuasa
pemerintah terletak di tangan perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepun tahun 1947, Jepun
ialah sebuah negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja dan Diet Jepun.

Sebagai kuasa ekonomi utama, Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar dari segi KDNK
nominal. Jepun ialah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G8, OECD dan
APEC. Jepun dilengkapi sistem pertahanan yang cukup mantap dilengkapi dengan kecanggihan
teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal pembinasa yang besar. Dalam perdagangan
luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan negara pengimport
keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju, penduduk Jepun menikmati taraf hidup yang
tinggi (tempat ke-8 dalam Indeks Pembangunan Manusia) dan usia jangka hayat tertinggi di
dunia menurut perangkaan PBB. Dalam bidang teknologi, Jepun ialah negara termaju dalam
bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.

5
AGAMA ISLAM DI JEPUN

Kepercayaan asal masyarakat Jepun iaitu Shinto ialah agama majoriti penduduk di sana.
Mengikut kajian statistik tahunan Agensi Urusan Kebudayaan Kerajaan Jepun pada tahun 2015,
sebanyak 70.4 peratus menganut agama Shinto, 69.8 peratus menganut Buddha, 1.5 peratus
menganut agama Kristian dan 6.9 peratus yang lain menganut agama minoriti seperti Taoisme,
Islam, Yahudi dan lain-lain. Ia melebihi 100 peratus kerana kebanyakan penduduk Jepun
menganut kedua-dua agama iaitu Shinto dan Buddha.

Pada tahun 1909, Mitsutaro Yamaoka menganut agama Islam dan mengerjakan haji pertamanya
di Mekkah dengan nama Islam, Omar Yamaoka. Dalam masa yang sama, Bumpachiro Ariga
yang telah pergi ke Bombay, India untuk berdagang memeluk agama Islam hasil daripada
pengaruh masyarakat Islam tempatan di Bombay. Hal ini telah menampakkan kesan agama Islam
ke atas masyarakat Jepun itu sendiri.

Antara kesan agama Islam di Jepun adalah tertubuhnya beberapa pertubuhan Islam yang diiktiraf
di sana. Antaranya ialah Islamic Center Japan, Japan Muslim Association, Japan Muslim Peace

6
Federation, Japan Islamic Trust dan juga Islamic Circle of Japan. Selain itu, pembinaan masjid
juga merupakan elemen yang penting dalam agama dan kehidupan komuniti Muslim iaitu tempat
pengumpulan umat Islam. Mengikut sejarah, masyarakat Muslim Turko-Tatar menjalinkan
hubungan dengan masyarakat Cina, India dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Mereka
tinggal bersama di kawasan yang sama lalu membina masjid. Maka terbinalah Masjid Kobe pada
tahun 1935 diikuti pula Masjid Tokyo yang dirasmikan pada tahun 1938.

Dari situ, kerajaan Jepun mula menunjukkan minat terhadap Islam dengan penajaan Persatuan
Kebudayaan Islam yang ditubuhkan pada 1937. Jurnal berkenaan Hal Ehwal Islam mula
diterbitkan oleh Kementerian Luar Negeri pada tahun 1938. Greater Japan Muslim League yang
merangkumi institusi penyelidikan untuk Pengajian Islam dan Institusi Penyelidikan Asia Timur
ditubuhkan pada tahun yang sama. Kecenderungan Jepun terhadap Islam sejak 1970 memberi
hasil yang besar iaitu dengan peningkatan masyarakat Jepun yang memeluk agama Islam.

Tahun 1980 pula menunjukkan perkembangan yang positif bagi agama Islam di Jepun yang
menyaksikan migrasi ribuan pekerja dari Asia seperti Bangladesh, Iran, Indonesia, Pakistan dan
Malaysia ke negara Jepun yang meningkatkan tenaga buruh di sana. Ada dia antara mereka
berjaya tinggal di sana secara sah dengan mengahwini wanita Jepun. Tambahan pula,
pendaftaran pelajar dari negara Islam mula diambil pada tahun 1990. Pekerjaan di Jepun mula
dicari oleh sebahagian mereka dan menetap di sana selepas tamat pengajian.

Banyak agama mula diperkenalkan di Jepun seperti Kristian dan juga Islam. Dakwah atau
penyebaran dan perkembangan Islam di Jepun perlulah memenuhi beberapa syarat dan cabaran
yang mendatang. Seseorang itu perlu mengambil tahu dan mempunyai pemahaman yang penuh
tentang sifat dalaman, realiti kehidupan dan sejarah negara dan masyarakat mereka. Walaupun
Jepun merupakan sebuah negara yang moden dan pesat membangun, namun setiap penduduk
negara itu masih mengekalkan dan mengamalkan nilai-nilai murni sehingga kini.

7
KEBUDAYAAN ISLAM DAN CIRI-CIRINYA

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kebudayaan bermaksud gaya hidup ataupun prinsip
hidup sesebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan yang merujuk kepada segenap
cara hidup manusia meliputi kesemua bidang yang melibatkan akal dan usaha mereka.

Menurut Bahasa Inggeris, budaya disebut sebagai culture yang merangkumi gaya hidup manusia,
kewujudan pelbagai organisasi dan institusi dan juga nilai-nilai murni. Ia juga termasuk ilmu
pengetahuan dan juga reka cipta alatan. Banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan
kebudayaan tetapi semestinya alam ghaib atau yang tidak nampak dengan mata kasar tidak
disebut sebagai suatu budaya.

Manakala kebudayaan dalam Bahasa Arab pula disebut antaranya dengan menggunakan kalimah
ath-tahaqafah dan juga ath-thaqafah al-Islamiyah iaitu bererti keseluruhan cara hidup dan
pemikiran, termasuk kepelbagaian institusi dan organisasi dan juga alatan ataupun artifak yang
digunakan dalam membantu sedikit sebanyak kehidupan manusia.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ISLAM

Kebudayaan Islam pada dasarnya bermula dengan dua sumber iaitu Al-Quran dan Hadis. Hal ini
demikian supaya segala kegiatan atau kebudayaan wajib berpandukan kedua-dua sumber ini.
Selain itu, antara ciri kebudayaan Islam adalah dapat mengimbangi antara kehidupan di dunia
dan di akhirat.

Menurut pakar dalam bidang kebudayaan, ciri-ciri sebuah budaya adalah cara ataupun teknik
pertanian, pengairan yang sistematik, penternakan, pengkhususan kerja, pembentukan negara,
kemunculan kelas sosial, seni tulisan dan juga perdagangan (Yahaya, 1998). Ciri-ciri yang
dikemukan juga menjadi sebahagian ciri-ciri kebudayaan Islam.

8
Di samping itu, antara ciri lain kebudayaan Islam adalah memegang tiga aspek sebagai dasar
iaitu akhlak, akidah dan ilmu. Akhlak dan ilmu penting dalam kebudayaan Islam kerana kedua
aspek ini membentuk pemikiran yang tinggi dalam budaya Islam sejak zaman Nabi Muhammad
s.a.w sehingga kini. Tambahan pula, akhlak amat dititikberatkan dalam Islam dan banyak kali
disebut di dalam Al-Quran. Akidah pula ialah kepercayaan yang menyeluruh kepada Allah. Ciri
ini juga penting dalam kebudayaan Islam kerana dapat melahirkan masyarakat yang menekankan
dunia dan akhirat di samping dapat mengimbangi kepentingan kedua-duanya. Aspek yang sama
ini menjadi dasar yang kukuh dalam menghubungkan komunikasi dan toleransi antara semua
muslim di dunia sebagai satu umat.

Selain itu, ciri lain kebudayaan Islam adalah sifat Islam itu sendiri yang universal, terbuka,
seiring dengan semua zaman dan dapat diintegrasikan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dasar
Islam inilah dapat menyatukan pelbagai bangsa, bahasa dan kaum. Sejarah membuktikan bahawa
kebudayaan Islam telah memberikan sumbangan dalam peradaban dunia dan mampu melalui
pelbagai zaman dalam kehidupan manusia. Di dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ayat ke-13
terdapat pandangan mengenai Islam terhadap manusia dan kebudayaannya.

PERSAMAAN BUDAYA ORANG JEPUN DAN ISLAM

Apabila kita berbicara mengenai negara Jepun pastinya kita akan tertarik akan beberapa budaya
negara matahari terbit itu. Terdapat beberapa budaya di sana sama dengan budaya masyarakat
kita di Malaysia mahupun Islam itu sendiri. Pada satu perspektif, budaya masyarakat Jepun
dilihat lebih membanggakan daripada masyarakat Malaysia yang agama persekutuannya ialah
Islam. Contohnya, kebersihan di negara Jepun sangat mengejutkan dan mempersonakan. Namun,
tidak dinafikan di setiap kebaikan terdapatnya keburukan.

Terdapat beberapa budaya Jepun yang mempunyai persamaan budaya yang dituntut di dalam
Islam, antaranya:

9
I. Kebersihan negara Jepun yang mengujakan.

Jepun masih lagi menjadi salah satu tempat yang paling bersih untuk didiami di dalamnya
walaupun mempunyai beberapa isu alam sekitar tersendiri. Satu daripada masalah yang mereka
hadapi ketika ini ini adalah bagaimana untuk membuang sampah. Walau bagaimanapun, secara
keseluruhan, ia merupakan sebuah negara yang cukup bersih. Jepun telah menyimpan banyak
tempat-tempat bersih seperti di jalan-jalan bandar.

Masyarakat Jepun menerima pendidikan tentang amalan menjaga kebersihan sejak tadika lagi
dan di peringkat sekolah juga ada diperuntukan masa untuk membersihkan kelas. Perbuatan tidak
menyusahkan orang lain adalah suatu nilai murni yang telah diterapkan sejak kecil, begitu juga
dengan sikap menggunakan kemudahan awam secara bersama. Perbuatan seperti meludah atau
membuang gula-gula getah di atas jalan raya serta perbuatan berjalan secara sebelah-menyebelah
yang boleh mengundang ketidak-selesaan orang lain tidak diamalkan di sana.

Kebersihan sangat penting dalam Islam baik secara fizikal mahupun rohani, baik secara jelas
mahupun tidak jelas. Digalakkan pula agar seseorang muslim itu memelihara dan menjaga
kebersihan sekeliling dari kotoran agar kekal bersih. Sesungguhnya kebersihan adalah sesuatu
yang disukai Allah s.w.t. Sebagaimana dalam firmannya dalam Surah al-Baqarah ayat 222 yang
bermaksud:

“...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang
mensucikan diri.”

10
Tambahan pula, tidak hanya kebersihan, Islam mengajar pula tentang kesucian. Bersih dan suci
adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan, kedua-duanya sangat erat berhubung dengan
kesihatan. Bersih merupakan kata sifat yang menunjukkan keadaan bebas dari kotoran.
Kebersihan bersifat umum dan tidak terkait langsung dengan tatacara peribadatan. Namun
demikian, ia tetap merupakan keharusan bagi setiap muslim untuk melaksanakannya dalam
kehidupan seharian. Sementara, suci dalam ajaran Islam ialah terhindar dari najis dan hadas.
Setelah bersuci, individu tersebut baru dapat menjalankan ibadah-ibadah khusus, terutamanya
solat.

II. Budaya hormat antara masyarakat.

Dalam tradisi masyarakat Jepun, mereka akan tunduk ketika menyapa seseorang dengan rasa
hormat. Terdapat dua cara tunduk hormat iaitu tunduk hormat ketika berdiri dan duduk dengan
cara menundukkan sedikit kepala atau tunduk dalam kedudukan 90 darjah.

Namun, bagi pelancong asing tidak perlulah beri tunduk hormat setiap kali menyapa mereka.
Jika mahu memberi tunduk hormat dibolehkan sahaja sebagai mempelajari adat dan budaya
mereka. Tambahan pula, tunduk dengan meletakkan kedua belah tangan ke dada bukanlah
budaya bagi masyarakat Jepun.

Selain itu, rakyat negara Jepun tidak mementingkan diri sendiri kerana budaya mereka sangat
bertimbang rasa terhadap orang lain menyebabkan banyak perkara yang mereka lakukan akan
memberi faedah kepada orang lain dan bukan bertujuan untuk menyusahkan orang lain.
Contohnya, mereka akan berdiri di sebelah kiri eskalator bagi memudahkan pengguna lain yang
sedang tergesa-gesa untuk mengejar urusan mengunakan laluan di sebalah kanan.

11
Namun, lain pula ceritanya di Malaysia yang mana terdapat segelintir rakyat Malaysia yang
kurang hormat dan kurangnya sifat timbang rasa sesama manusia. Contoh mudah yang dapat
dilihat adalah penggunaan lampu isyarat ketika memandu. Masih ramai lagi pemandu di
Malaysia yang tidak memikirkan tentang orang lain kerana tidak memberi isyarat ketika ingin
bertukar haluan dan ini boleh menyebabkan kemalangan.

Islam menggalakkan kepada umatnya amalan hormat menghormati sesama manusia tanpa
mengira perbezaan agama, bangsa atau apa sahaja. Hal ini kerana di dalamnya terdapat nilai
yang baik serta mampu memberi kesan positif kepada masyarakat. Sesiapa yang sentiasa
mengamalkan budaya ini kebiasaannya tidak akan mengalami masalah hubungan antara
manusia. Hubungan antara manusia amat penting dalam Islam kerana kegagalan dalam
menyelesaikan masalah sesama manusia akan memberi kesan kepada kita semasa hari
pengadilan kelak.

Budaya hormat menghormati ini ialah salah satu budaya yang perlu kita amalkan, terapkan dan
sematkan dalam hati kita demi membina masyakat yang kuat perpaduannya antara satu sama
lain. Budaya ini juga mampu mengurangkan jurang antara setiap lapisan masyarakat dalam
sesebuah negara dan secara tidak langsung keamanan atau kedamaian dapat dikekalkan.
Hormatilah warga tua dan sayangilah warga muda agar keharmonian kekal sepanjang zaman.

Kita bukan sahaja dituntut untuk menghormati atau memuliakan ibubapa kita, bahkan kita
dituntut untuk memuliakan orang yang lebih berusia daripada kita walaupun dia bukan daripada
keturunan atau darah daging kita. Terdapat hadis sahih yang umum dalam tuntut memuliakan,
menghormati dan berkasih sayang sesama manusia:

12
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.” [Riwayat al-Bukhari (5997)]

III. Etika menepati waktu dan janji.

Inilah salah satu perkara yang sangat hebat tentang negara Jepun. Masa merupakan satu perkara
yang amat penting oleh semua rakyat negara mereka bukan sahaja kepada pekerja, malah juga
buat servis-servis seperti kereta api dan lain-lain. Mereka sangat menghargai masa walaupun
sesaat dan ini menyebabkan perkara yang dilakukan mereka sangat produktif kerana tiada masa
terbuang begitu sahaja.

Di Jepun, jika servis seperti kereta api atau tren mereka hanya lewat seminit, pekerja tren
tersebut akan pergi ke setiap penumpang dan meminta maaf kerana dianggap telah merosakkan
hari mereka. Ini menunjukkan betapa serius mereka mementingkan masa dan perihal orang lain.

Sebaliknya di negara Malaysia, kadang-kadang rakyat Malaysia mengambil ringan tentang masa
dan selalunya kita tidak memikirkan tentang perihal orang lain. Contohnya, ramai yang tidak
menepati masa dengan hanya menabur janji (janji melayu) apabila sesuatu perkara sudah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak pada awalnya dan istilah on the way sudah biasa
disalahgunakan.

Allah s.w.t telah mengingatkan manusia tentang kepentingan masa dan ketelitian dalam
menguruskannya. Pengurusan masa bermaksud seseorang individu mampu menguruskan masa
secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah
dilakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang
sihat. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr (Masa) yang bermaksud:

13
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat-menasihati supaya menatapi kesabaran.”

Ayat di atas menggambarkan bahawa manusia yang tidak memanfaatkan masa dengan sebaik-
baiknya untuk mentaati perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya adalah dari golongan yang rugi.
Golongan manusia yang turut dianggap rugi adalah kelompok manusia yang membiarkan masa
berlalu tanpa memanfaatkannya untuk saling menasihati dan membimbing manusia yang lain
untuk mengamalkan Islam sebagai cara hidup (way of life). Golongan yang rugi juga adalah
mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah s.w.t kerana
lalai, kurang ilmu dan leka dengan nikmat kehidupan dunia yang sementara sifatnya.

Selain itu, Rasulullah s.a.w telah menitipkan pesanannya buat para sahabat dan umat Islam
zaman-berzaman melalui hadis yang diriwayatkan oleh At-Timidzi dan Muslim. Dari Amru bin
Maimun r.a pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah menyampaikan sabdanya yang bermaksud:

“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu

• Masa mudamu sebalum datangnya hari tua,

• Masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit,

• Masa kayamu sebelum datangnya masa miskin,

• Masa lapangmu sebelum datangnya masa sibuk,

• Masa hidup sebelum datangnya malaikat mencabut nyawa.”

Ringkasnya, terdapat beberapa persamaan budaya masyarakat Jepun dan masyarakat Malaysia
mahupun Islam itu sendiri. Segala budaya yang baik boleh kita contohi atau ambil daripada

14
negara tersebut selagi perkara tersebut tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam. Hal ini
demikian kerana sebagai muslim kita perlu meningkatkan perkara-perkara atau amalan-amalan
yang baik dan menghindarkan atau menjauhkan diri daripada sesuatu yang buruk dan tidak baik.

CABARAN MEMBENTUK BUDAYA YANG BAIK DALAM MASYARAKAT

Antara cabaran yang dihadapi dalam membentuk masyarakat yang mempunyai budaya dan
sahsiah yang tinggi adalah:

I. Keruntuhan akhlak, sahsiah dan personaliti golongan remaja.

Pada hari ini banyak pihak yang membicarakan tentang kerosakan sahsiah, personaliti dan
akhlak masyarakat. Beberapa permasalahan di kalangan masyarakat yang begitu
membimbangkan pada akhir-akhir ini meresahkan ibu bapa dan para guru di sekolah yang
melihat kepada perubahan sikap serta tingkah laku mereka. Statistik yang dipetik daripada
akhbar Harian Metro (11 Mac 2015) yang melaporkan masalah moral dan personaliti dalam
kalangan remaja. Walaupun statistik ini menunjukkan kadar masalah moral dan personaliti dalam
kalangan remaja, namun ia turut mewakili majoriti masyarakat Malaysia pada hari ini. Hal ini
demikian kerana golongan remaja adalah asset negara untuk masa hadapan. Menurut petikan
tersebut, kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di negara ini semakin
menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan kesalahan juvana
meningkat sebanyak 111% dalam tempoh setahun.

15
Beberapa masalah sosial yang melanda masyarakat Islam Malaysia dan juga tidak ketingalan
para pelajar sekolah. Jika diteliti realiti yang berlaku masa kini, akan didapati beraneka jenis
masalah sosial telah dan sedang berlaku dikalangan ahli masyarakat Islam umumnya dan
golongan remaja. Antaranya ialah penyalahgunaan dadah, arak, seks bebas, budaya lepak,
vandalisme, jenayah pecah rumah, mencuri motosikal, merogol, menyamun, membunuh dan
lain-lain.

Gejala keruntuhan akhlak dan personaliti dalam kalangan remaja dan para pelajar masa kini,
secara tidak langsung turut dikaitkan dengan kualiti guru Pendidikian Islam. Hal ini demikian
kerana masyarakat menganggap guru Pendidikan Islam merupakan salah satu faktor kepada
perlakuan kurang sopan dalam kalangan murid-murid kerana guru mempunyai pengaruh yang
sangat besar dalam pembentukan akhlak dan personaliti diri pelajar selepas ibu bapa di rumah.

Seterusnya, antara faktor yang melemahkan peranan akhlak dalam golongan remaja adalah
pendidikan ibu bapa dan keluarga yang tidak mementingkan akhlak kerana terlalu terperngaruh
dengan kehidupan kebendaan dan tidak ramai pemimpin atau negarawan yang boleh menjadi
teladan dan contoh terbaik untuk akhlak yang mulia. Dasar pembangunan yang masih bersifat
dualistik dan tidak menekankan kesepaduan pembangunan insan. Hal ini menyebabkan
pertumbuhan ekonomi tidak dijiwai oleh akhlak yang mulia. Amalan ekonomi pasaran bebas
yang menekankan pertumbuhan serta dasar yang terlalu memihak kepada modal dan golongan-
golongan berada mempengaruhi sikap dan perlakuan golongan terpelajar yang sebahagian
besarnya terlalu mementingkan kelulusan akademik dan mengurangkan nilai-nilai akhlak yang
mulia. Wujudnya tekanan daripada golongan pimpinan di sekolah dan pusat-pusat pengajian
tinggi supaya nilai-nilai agama dan akhlak terus terpisah daripada pendidikan profesionalisme
sehingga dasar “penerapan nilai-nilai yang baik” tidak mendapat sambutan yang ikhlas.

Seperti yang kita tahu kanak-kanak mula pandai bercakap dan berfikir, berbudi bahasa, bersopan
santun dan beragama di rumah. Sebaliknya pula, kanak-kanak mula pandai merajuk, berkecil
hati, bergaduh dan berbohong juga di rumah. Dalam soal pendidikan, peranan guru dan peranan

16
ibu bapa sama beratnya. Tugas ibu bapa dan tugas guru untuk menjadikan kanak-kanak
warganegara yang berguna, berilmu, berkemahiran, bertanggungjawab, beriman, bertakwa dan
sayangkan negara sama beratnya. Pakatan guru dengan ibu bapa perlu kuat seperti aur dengan
tebing. Bila pakatan wujud, bertambahlah keberkesanan pendidikan, manfaat yang diterima oleh
kanak-kanak, kemakmuran masyarakat dan ketenteraman serta kebahagian masyarakat.

II. Masalah perpaduan antara masyarakat.

Masyarakat hari ini semakin mencabar. Cabaranya besar, hebat dan rumit. Kita tidak pernah
merasai cabaran seperti ini. Masyarakat hari ini sungguh berbeza dengan masyarakat dekad lima
puluhan. Masyarakat perlu maju kerana hasrat dan cita-cita rakyat untuk hidup maju adalah
tinggi. Masyarakat perlu bergerak pantas ke arah modenisasi dan perindustrian kerana takut
ketinggalan zaman jika dibangdingkan dengan negara-negara maju seperti Jepun, England, New
Zealand, Australia dan Sweden.

Masyarakat ingin maju tetapi cabaran untuk maju sungguh kuat. Bilangan penduduk semakin
bertambah. Pekerjaan semakin mengurang. Cita-cita untuk meningkatkan taraf hidup amatlah
kuat, tetapi kos hidup semakin tinggi. Masyrakat ingin hidup aman, tenteram, bahagia, sihat,
bersatu padu dan saling-menghormati. Dalam pada itu, ada pula golongan-golongan yang
sengaja merancang untuk mengacau keamanan dan ketenteraman, menyekat kebahagiaan,
menghancurkan kesihatan, memecah belahkan masyarakat dan hina-menghina sesama kaum.

Di manakah silapnya? Apakah sebab-sebab dan faktor-faktornya masyarakat tidak lagi harmoni?
Apakah patut kita buat sebagai rakyat yang sayangkan negara, negara yang satu-satunya ini?
Negara Malaysia hanya satu dalam dunia, tidak dua, tiga atau empat. Timbul atau tenggelam
terapung atau hanyut, bahagia atau sengsara, di sini kita bermastautin, hidup dan di negara ini
juga kita akan mati. Malangnya, apabila negara mengalami masalah, kerapkali pendidikan
dipersoalkan, dipertikaikan dan dipersalahkan. Semasa ekonomi meleset ini, pekerjaan sukar
diperolehi, ramai penduduk menganggur, ada yang berani menyalahkan pendidikan. Mereka
berani mencaci sistemnya, kurikulumnya, orientasinya dan objektifnya.

17
Pada hal mereka tidak pernah menyalahkan sistem ekonomi yang tidak membangun seperti yang
diharapkan-harapkan dan seperti yang dirancang. Mereka tidak nampak sistem ekonomi yang
kurang maju dan tidak setanding dengan kemajuan pesat yang dicapai oleh pendidikan. Sistem
pendidikan maju kerana para guru di peringkat sekolah rendah dan menengah berusaha menabur
bakti. Para guru berazam mencelikkan yang gelap, menerangkan yang kabur, mencerdaskan yang
bodoh, memahirkan yang kaku, merajinkan yang malas, menjinakkan yang liar, mententeramkan
yang huru-hara, membudayakan yang kurang berbudaya.

Pembinaan semangat kejayaan diri penting dalam proses sosialisasi generasi muda. Semangat
yang tinggi akan melahirkan fikiran yang terjalin dengan kejayaan, keazaman yang penuh
iniasitif, dan kesungguhan berkreatif. Kita mahu anak kita maju, hidup senang dan aman. Dunia
semakin mencabar, rumit dan lebih bersaing. Kita perlu membekalkan mereka dengan ilmu dan
kemahiran, menyediakan mereka supaya boleh menyesuaikan diri dalam serba keadaan yang
mencabar. Kita tidak mahu mereka hidup azab sengsara, menderita dalam negara sendiri yang
mewah dan makmur, terkongkong dalam negara yang merdeka. Kita akan rugi jika kita berpecah
belah dan negara ini diambil alih oleh kuasa luar.

III. Kurang nilai-nilai murni dalam diri setiap individu.

Dasar pendidikan yang berorientasikan kecemerlangan akademik semata-mata yang beroperasi


di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi melemahkan nilai-nilai kerohanian dan
akhlak. Selain itu, sikap para guru dan pensyarah yang terpengaruh dan terbawa-bawa dengan
kepentingan kebendaan dan persaingan keduniaan sehingga melemahkan peranan mereka
sebagai pendidik yang sejati. Alam sekitar yang mendorong ke arah kehidupan yang tidak
menekankan akhlak yang mulia tetapi menunjukkan bahawa kejayaan dan kesenangan hidup
banyak bergantung kepada faktor-faktor wang, pengaruh status, kedudukan, perlindungan politik
dan hubungan dengan golongan atasan. Tambahan pula, peranan budaya liberal dan media
massa, cetak dan elektronik yang menonjolkan nilai-nilai kehidupan kebendaan.

18
Selain itu, daripada perspektif masyarakat Islam pula Institusi pendidikan formal pun
mempunyai masalah-masalah yang menghambat penghayatan aqidah tauhid di kalangan
golongan remaja beragama Islam. Falsafah pendidikan yang memperkecilkan peranan agama
dalam pendidikan keduniaan adalah suatu hambatan yang besar. Seterusnya, mata pelajaran
kemanusiaan dan sains sama sekali tidak memberikan pengiktirafan kepada peranan Allah s.w.t
dalam kehidupan manusia terhadap alam semesta. Hanya dalam mata pelajaran agama yang tidak
begitu mendapat perhatian remaja akan diperkenalkan dengan persoalan ketuhanan. Tetapi
ketuhanan yang diperkenalkan itu biasanya kurang dikaitkan dengan semua aspek kehidupan
manusia. Gambaran ketuhanan juga terlalu kaku dan kabur sehingga sukar untuk remaja
menghayatinya. Guru-guru agama yang kurang terdedah kepada mata pelajaran sains dan
kemanusiaan pula kurang mampu menghubungkan aqidah tauhid dengan kegiatan-kegiatan
saintifik dan teknologi. Akibatnya tauhid tidak difahami sebagai suatu falsafah kehidupan yang
menyeluruh. Tuhan dianggap berfungsi dalam bidang ibadah sembahyang, puasa, haji dan zakat
sahaja. Bidang-bidang pembahagian ekonomi, sosial, politik dan budaya dirasakan tidak atau
kurang berkait dengan akidah. Hal ini menyebabkan kesukaran dalam pembentukkan nilai-nilai
dan akhlak yang baik dalam kalangan masyarakat.

Remaja harta kekayaan negara, yang perlu dipimpin dan dikembangkan turun temurun. Tidak
ada lain harta negara yang lebih berharga daripada pelajar jika mereka dididik dan diasuh
mengikut hasrat negara dan agama Islam. Tetapi jika pelajar terlepas daripada pimpinan dan
didikan Islam dan dapat dipengaruhi oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab,
golongan remaja boleh menjadi musuh negara. Jika ini berlaku kita akan kehilangan identiti
kebangsaan, kedaulatan negara, kehilangan bahasa, agama, budaya dan nilai diri.

Tugas guru dan tugas ibu bapa amat penting dan berat. Kejayaan masa depan negara terletak
dalam tangan guru dan ibu bapa. Tugas pendidikan berterusan dan sangat mencabar. Guru-guru
perlu sedar dan peka terhadap golongan-golongan yang berpura-pura dan yang menyekat
perkembangan personaliti dan nilai-nilai yang baik kepada pelajar. Dalam dunia yang penuh
dengan cabaran ini, perlu diwujudkan sebuah masyarakat yang progresif, dinamik, positif,

19
produktif, di samping taat kepada Allah s.w.t. Seterusnya, kita perlu mewujudkan masyarakat
Islam yang bersatu padu dalam menangani cabaran-cabaran hidup di era moden ini.

Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat adalah banyak cabaran yang dihadapi dalam membentuk
budaya yang baik dalam kalangan masyarakat pada era serba moden ini. Oleh itu, semua pihak
harus berganding bahu berat sama dipikul ringan sama dijinjing agar segala halangan dan
masalah dapat di diselesaikan secara berkesan dan berhemah. Jika cabaran-cabaran ini dapat di
atasi tidak mustahil kita dapat melahirkan modal insan yang mempunyai budaya, sahsiah dan
personaliti yang baik. Hal ini seiring dengan matlamat sebuah negara maju yang meletakkan
harapan untuk mempunyai masyarakat yang terbaik daripada segi perpaduan, sosial, jenayah,
mentaliti dan lain-lain.

KESIMPULAN

Perbandingan kebudayaan ini merupakan satu analisis yang penting kerana ia membekalkan nilai
ilmiah yang boleh dijadikan kajian yang berguna. Konsep kebudayaan, kepercayaan, dan hidup
telah berkembang di kalangan masyarakat sebagai satu ritual yang meliputi upacara dan
pemujaan yang kemudian timbul sebagai satu agama. Keadaan ini sering berlaku kepada agama
Shinto yang berkembang hasil kepercayaan masyarakat kepada sesuatu benda sebagai
manifestasi Tuhan yang dipanggil Kami.

Sementara itu, agama Islam merupakan agama wahyu yang tidak mengalami sebarang perubahan
sama ada dari segi budaya, kepercayaan, ibadat, kandungan kitab suci dan sebagainya. Semenjak
dari mula sampai ke akhir agama Islam mengekalkan ajarannya yang tulen iaitu bertauhidkan
Allah s.w.t.

20
Semoga usaha yang kecil dan penuh dengan kekurangan ini dapat memberikan gambaran yang
sebenar kepada para pembaca tentang aspek-aspek kebudayaan yang terdapat dalam peradaban
Jepun dan peradaban Islam dalam bentuk perbandingan ini. Akhir kata, kami memohon
kemaafan dari Allah s.w.t atas kekhilafan dan kesalahan semoga kita semua sentiasa berada
dalam taufiq dan hidayahnya.

RUJUKAN

1. Kamarudin Hj. Kachar. (1989). Pendidikan dan Masyarakat.


2. Prof. Dr. Mohd Kamal Hasan. (1988). Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif
Bersepadu.
3. Syafiqah Solehah Ahmad & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. (2017). Permasalahan
dan Cabaran Guru Pendidikan Islam Dalam Membentuk Personaliti dan Akhlak Pelajar:
Satu Analisis Secara Kritis.
4. Bekti Rahmasari. (2017). Kebersihan dan Kesehatan Lingkungan Dalam Perspektif
Hadis.
5. Prof Madya Dr. Nurkhamimi Zainuddin. (2020). Sinar Islam di Jepun. Harian Metro.
6. Dewan Bahasa dan Pusaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat.
7. Muhammad Takari. (2018). Konsep Kebudayaan Dalam Islam.
8. Muhammad Uthman El-Muhammady. Kebudayaan Dalam Pandangan Islam.

21
9. Tazkirah Siyasah. (2018). Hormat Menghormati. Dimuat turun daripada
https://tanwir.my/siri-21-hormat-menghormati/.
10. Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub. (2019). Balasan Memuliakan Orang
Tua. Dimuat turun daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3786-irsyad-al-
hadith-siri-ke-433-balasan-memuliakan-orang-tua.
11. M. Fauzi. (2012). Pengurusan Masa dari Perspektif Islam. Dimuat turun daripada
https://uniprof.wordpress.com/2012/03/27/pengurusan-masa-dari-perspektif-islam/.
12. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun daripada
http://prpm.dbp.gov.my/.

22

Anda mungkin juga menyukai