Anda di halaman 1dari 7

Pencipta Jalur Gemilang

SEMASA hayatnya, Mohamed Hamzah merahsiakan beliaulah pencipta Jalur Gemilang, hingga ramai temannya sendiri tidak
mengetahui perkara itu.

Hanya selepas kematiannya pada 1993, barulah adik beliau, Abu Bakar Hamzah (gambar), sekarang 73, mendedahkan secara terbuka
perihal abangnya itu.

Jalur Gemilang menurutnya, mula dicipta pada 1947 apabila pemerintah masa itu mengadakan pertandingan mereka bendera
Persekutuan Tanah Melayu.

Mohamed yang ketika itu berusia 29 tahun tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menonjolkan bakat melukisnya.

Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor itu memang berbakat dalam bidang seni lukis dan sanggup menghabiskan masa berjam-
jam menyiapkan sesebuah lukisan.

Saya masih ingat Allahyarham yang tamat persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) mengambil masa dua
minggu mereka empat lakaran bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

Dia tersenyum lebar ketika lakaran bendera diciptanya dipilih dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan, katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum genap usia 75 tahun di rumah keluarganya di
Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Allahyarham pernah meminta adiknya Abu Bakar untuk merahsiakan dirinya pencipta Jalur Gemilang dan biarlah masyarakat
mengetahuinya sendiri.

Namun setelah meninggal dunia, banyak pihak tidak bertanggungjawab mengaku mencipta Jalur Gemilang membuatkannya tampil
bercerita kisah sebenar meskipun memungkiri janji kepada abangnya.

Kini, perkara itu telah terungkai tetapi Abu Bakar masih memendam rasa kecewa berikutan Allahyarham masih belum menerima
pengiktirafan sewajarnya.

Jalur Gemilang sudah sampai ke angkasa lepas malah yang membawanya turut mendapat pengiktirafan tinggi tetapi pencipta bendera
bagai dipinggirkan, katanya.

Ditanya mengenai bangunan terakhir yang direka Allahyarham, Abu Bakar berkata, dia tidak mengingatinya kerana terlalu banyak yang
direka bentuk oleh Allahyarham.

Antaranya bangunan Dewan Jubli Intan, Menara Johor. Bagi mengenang jasa abangnya, beliau dan saudara-mara mengadakan kenduri
arwah setiap Ogos serta melawat pusaranya di Kebun Teh, Johor Bahru.

Allahyarham mendirikan rumah tangga empat kali dan terakhir bersama Robani Daud. Mereka dikurniakan seorang anak, Mariam serta
empat anak angkat; Khadijah, Azizah, Mohd. Ali dan Mohd. Seth.

Bagi Abu Bakar, bendera itu melambangkan kedaulatan negara. Sebab itulah beliau sedih apabila Jalur Gemilang tidak dihormati.

Antara isu menyedihkan termasuklah ia dipasang terbalik, sudah lusuh atau koyak.

Saya pernah memarahi individu yang sengaja mengibarkan bendera separuh tiang, katanya.




Bendera Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jalur Gemilang. Nisbah bendera: 1:2
Bendera Malaysia; (tulisan Jawi: ) dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih
(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah,
tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan -
Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau
Pinang, Perak,Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya
perpaduan rakyatMalaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan
(Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).
[1]

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu
ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Jalur Gemilang di KLCC

[sunting]Sejarah
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa
telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah
Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949.
Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan.
Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk
kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris
bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

[sunting]Pendapat umum diambil kira
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga
rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada
29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan
di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.
JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu,
merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat
kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec
Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan
untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang
dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah
lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur
merah-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis
Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
[sunting]Reka bentuk terakhir dipilih
Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes
alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven
pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."
[sunting]Reka bentuk diluluskan
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama
kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan
oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-
Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang
meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang
dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis
pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.
[sunting]Pembentukan Malaysia
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu
Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira
penambahan negeri-negeri tersebut.
Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan
Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah
mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang
pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
[sunting]Singapura berpisah
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus
dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam
Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya.)
[sunting]Nama Jalur Gemilang
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang.
Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan
pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan
sebagainya.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan
berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus
setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu
Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika
mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut
keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam
31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada
jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur
pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh
rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia
Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara
Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di
luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa
mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
[sunting]Lirik lagu untuk Jalur Gemilang
Lagu khas yang ditujukan kepada Jalur Gemilang dibuat untuk memperingati dan membanggakan bendera Malaysia
disamping memperingati identiti bendera serta menyeru untuk dikibarkan bendera tersebut beserta kemegahan.
[sunting]Benderaku
Sebelum bendera Malaysia diberikan nama "Jalur Gemilang", lagu telah dibuat khas untuk bendera Malaysia tanpa
menggunakan sebarang rujukan nama khas tetapi terus merujuk kepada "Bendera Malaysia" atau "Benderaku". Selepas
bendera Malaysia telah diberi nama, perkataan di setiap awal perenggan yang mempunyai perkataan "Bendera Malaysia"
atau "Benderaku" telah ditukar kepada "Jalur Gemilang". Walau bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan orang
menyanyikan versi lama di samping menyanyikan lagu baru "Jalur Gemilang".
Benderaku yang gagah perkasa
Merah putih kuning biru warnanya
Berkibar megah penuh bercahaya
Pusaka kita rakyat Malaysia

Bendera Malaysia oh bendera ku
Ku pertahankan sepenuh raga ku
Dikaulah lambang negara berpadu
Di bawah naungan Duli Tuanku

Berkibar terus oh bendera ku
Kau kan ku junjung sepanjang waktu
Harumlah nama negara yang tercinta
Padamu tempat taat dan setia

Bendera Malaysia bendera kita
Kemegahan rakyat kita semua
Berkibar berkibar di ruang angkasa
Dirgahayu bendera tercinta.

Ciptaan dan Senikata: Tony Fonseka
[sunting]Jalur Gemilang
Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia
dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama yang bermula melancarkan dirasmikan
pada tarikh 9 Ogos 2003.

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang

Anda mungkin juga menyukai