Anda di halaman 1dari 2

ANJURAN: PUSAT SUMBER SEKOLAH SK ABDUL SAMAT

AKTIVITI : BACAAN LANCAR (TAHUN 1 & TAHUN 2)

Jalur Gemilang

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang. Jalur merujuk 14


jalur merah dan putih. Jalur ini bermaksud satu haluan yang lurus dan
hala tuju yang sama ke arah kegemilangan bangsa dan negara.

Gemilang pula bermaksud bercahaya, terang-benderang dan


cemerlang. Ianya memberi pengertian kecemerlangan negara dan
rakyat Malaysia dalam mengharungi apa jua sama ada di dalam atau di
luar negara. Ia juga melambangkan kesungguhan dan kegigihan rakyat
untuk menaikkan imej negara.

Warna biru melambangkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum.


Warna merah menunjukkan keberanian dalam mengharungi segala
cabaran demi negara yang tercinta. Warna putih pula melambangkan
kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam mengangkat nama negara ke
persada dunia. Manakala warna kuning melambangkan warna Diraja.

Bulan dan bintang pula menggambarkan Agama Islam sebagai agama


persekutuan negara. Manakala bintang pecah 14 menunjukkan
perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan.
ANJURAN: PUSAT SUMBER SEKOLAH SK ABDUL SAMAT

AKTIVITI : BACAAN BERITA (TAHUN 3,4,5,6)

Malaysia Prihatin terus ‘mewarnai’ Hari Kebangsaan 2021

PUTRAJAYA: Dataran Pahlawan Negara sekali lagi menjadi tumpuan utama jutaan rakyat bagi
menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2021 dalam suasana norma baharu tahun ini.

Mengekalkan tema sama tahun lalu, Malaysia Prihatin, perayaan bersejarah edisi ke-64 itu turut
buat julung kali menggunakan teknologi adunan realiti maya menerusi stesen TV1 RTM.

Ia juga dapat disaksikan penonton termasuk warga Malaysia di seluruh dunia secara langsung
melalui laman sosial rasmi Merdeka 360 selain platform pelbagai agensi penyiaran tempatan.

Seperti tahun lepas, sambutan dibuat dalam skala kecil tanpa penonton sebagai pematuhan ketat
prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, kemeriahan tetap dirasai dengan penampilan empat anggota menteri kanan yang
baharu mengangkat sumpah jawatan mereka di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.

Juga hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk
Sambutan, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Acara bermula dengan lagu kebangsaan, Negaraku dan menaikkan bendera Jalur Gemilang
diikuti ikrar Rukun Negara oleh tujuh petugas barisan hadapan dipimpin Luqman Alhaqim.

Ia disusuli laungan Merdeka! tujuh kali dengan tapak tangan kanan dibuka sebagaimana yang
dilakukan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka pada 1957.

Kemuncak sambutan di dataran tersebut ‘dihidangkan’ aksi pertunjukan udara oleh sejumlah
pesawat pengangkut dan siri demonstrasi formasi jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia.
Acara diakhiri dengan persembahan lagu ‘Menang Bersama’ ciptaan Datuk Mokhzani Ismail
yang dinyanyikan oleh artis Faizal Tahir sebagai lagu tema sambutan sederhana pada kali ini.

Anda mungkin juga menyukai