Anda di halaman 1dari 20

Meriahkan Sambutan Merdeka 2016 Dengan Persembahan

Artis Popular Tanah Air!


By

Farizan Zainal

Aug 29, 2016

3607

Sambutan Hari Kemerdekaan zaman dahulu sangat berbeza berbanding sekarang.


Anak muda moden zaman sekarang bersikap sambil lewa tentang erti Kemerdekaan
yang sebenar.

Pasti ramai di antara anda masih ingat lagi, ketika waktu kecil ibu bapa membawa
anda ke Dataran Merdeka untuk melihat perarakan dan perbarisan Medeka pada pagi
31 Ogos.
Sertai Hari Perarakan & Perbarisan Di Dataran Merdeka 31
Ogos ini

Jadi, apa kata tahun ini anda sebagai anak-anak muda dan juga generasi masa depan
Malaysia datang beramai-ramai memeriahkan Dataran Merdeka seawal 7 pagi pada
hari Rabu, 31 Ogos ini!

Sesuai dengan tema Kemerdekaan tahun ini #Sehati Sejiwa, bukankah lebih baik
jika anda ke Dataran Merdeka dan rasai sendiri erti sebenar Kemerdekaan. Bukan
hanya sambut Merdeka di media sosial sahaja.

Saksikan Amanat Hari Kebangsaan 2016 Oleh Perdana


Menteri Malaysia

Pada malam Merdeka 30 Ogos, jangan lupa saksikan sendiri Amanat Hari
Kebangsaan 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Razak di Dewan Merdeka, PWTC pada pukul 8 malam.
Karnival Merdeka 2016 sediakan pelbagai persembahan oleh
artis terkenal

Bukan itu saja, anda boleh turut serta di Karnival Merdeka 2016 yang sudah pun
berlansung pada 27 hingga 31 Ogos ini di Stadium Bukit Jalil.

Pada 27 Ogos, anda boleh menyasikan Konsert Negaraku yang dimeriahkan oleh artis
terkenal tanah air seperti Jaclyn Victor, Aizat Amdan, Projector Band, Dato
Hattan, Waris, Siti Nordiana, Farahdhiya, Syamel AF dan ramai lagi.

Pada 28 Ogos pula, Konsert Saya Anak Malaysia dimeriahkan oleh artis
berkumpulan popular tanah air seperti Hujan, Bunkface dan Emmett
Butterfingers.
Lebih menarik, pada 29 Ogos ini, anda berpeluang untuk saksikan Pertunjukan
Kebudayaan.

Pelbagai acara menarik sepanjang 5 hari carnival seperti jualan dan pameran. Bukan
itu saja, acara Zumba dan senamrobik juga turut diadakan.

Jangan lupa meriahkan Konsert Sehati Sejiwa & percikan


Bunga Api

Pelbagai acara menarik seperti Konsert Sehati Sejiwa yang dimeriahkan oleh artis
terkenal seperti Yassin, Tomok, Faizal Tahir, Ella, Dayang Nurfaizah dan ramai
lagi. Tidak ketinggalan Persembahan Bunga Api pada malam Merdeka 30 Ogos.

Masyarakat terutamanya anak muda diseru untuk menyertai kesemua aktiviti yang
dianjurkan untuk menunjukkan dan menyemai semangat cintakan negara.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang acara dan aktiviti sempena Hari Kemerdekaan
2016, singgah ke laman Facebook, MERDEKA 360. Jangan lupa tekan butang LIKE!

http://hanasuva.com/meriahkan-sambutan-kemerdekaan-dengan-persembahan-artis-popular-
tanah-air/
KUALA LUMPUR: Raptai bagi hari pertama untuk acara perbarisan dan perarakan
sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka hari ini berjalan lancar. Timbalan
Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Othman Mahmood berkata
raptai yang bermula seawal 6.30 pagi itu disertai 15,000 peserta daripada pelbagai lapisan
umur dan agensi. "Hari ini hari pertama dan kita ada dua kali lagi. Pada 29 Ogos ini kita
akan adakan raptai penuh sehingga mencapai 100 peratus tahap kepuasan. "Masih ada
banyak perkara perlu diperbaiki seperti persembahan dan aspek teknikal termasuk
pemasangan kerusi penonton dan skrin LED," katanya ketika ditemui Bernama selepas
raptai Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 di sini hari ini. Mengulas lanjut
mengenai hari pertama raptai itu, Othman berkata, pihaknya akan memastikan sebarang
kekurangan daripada pelbagai aspek akan dapat dipenuhi sebelum raptai penuh dijalankan.
Mengenai jumlah sasaran pengunjung, Othman berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan
antara 400,000 sehingga 500,000 pengunjung tahun ini bagi memeriahkan sambutan
tahunan itu. "Tahun lepas 200,000 hadir. Saya harap ia meningkat kerana kita ada sedikit
kelainan persembahan iaitu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan membuat
persembahan istimewa mengenai keselamatan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad,"
katanya. Beliau berkata, pengunjung adalah dialu-alukan hadir pada 31 Ogos ini bagi
memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 dengan memakai pakaian berkonsepkan
warna Jalur Gemilang iaitu merah, putih dan biru. Terdapat 10 jenis segmen persembahan
dan perarakan iaitu kenegaraan, perkhidmatan awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri,
ketenteraman awam, keselamatan negara, pertunjukan udara, dan segmen rakyat
bersepadu. Tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu 'Sehati, Sejiwa' dikekalkan untuk
2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan
dalam kalangan rakyat Malaysia. "Ini bukan perkara mudah untuk selaraskan 15,000
peserta dari pelbagai agensi dan umur. Apa yang penting perlu ada persefahaman dan
kerjasama," kata Othman. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187150
Raptai bagi hari pertama untuk acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan
2016 di Dataran Merdeka hari ini berjalan lancar.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Othman Mahmood
berkata raptai yang bermula seawal 6.30 pagi itu disertai 15,000 peserta daripada pelbagai
lapisan umur dan agensi.

"Hari ini hari pertama dan kita ada dua kali lagi. Pada 29 Ogos ini kita akan adakan raptai
penuh sehingga mencapai 100 peratus tahap kepuasan.

"Masih ada banyak perkara perlu diperbaiki seperti persembahan dan aspek teknikal
termasuk pemasangan kerusi penonton dan skrin LED," katanya ketika ditemui Bernama
selepas raptai Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 di ibunegara hari ini.

Mengulas lanjut mengenai hari pertama raptai itu, Othman berkata pihaknya akan
memastikan sebarang kekurangan daripada pelbagai aspek akan dapat dipenuhi sebelum
raptai penuh dijalankan.

Mengenai jumlah sasaran pengunjung, Othman berkata pihaknya menyasarkan penyertaan


antara 400,000 sehingga 500,000 pengunjung tahun ini bagi memeriahkan sambutan
tahunan itu.

"Tahun lepas 200,000 hadir. Saya harap ia meningkat kerana kita ada sedikit kelainan
persembahan iaitu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan membuat persembahan
istimewa mengenai keselamatan di hadapan Bangunan
Sultan Abdul Samad," katanya.

Beliau berkata pengunjung adalah dialu-alukan hadir pada 31 Ogos ini bagi memeriahkan
sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 dengan memakai pakaian berkonsepkan warna Jalur
Gemilang iaitu merah, putih dan biru.

Terdapat 10 jenis segmen persembahan dan perarakan iaitu kenegaraan, perkhidmatan


awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri, ketenteraman awam, keselamatan negara,
pertunjukan udara, dan segmen rakyat bersepadu.

Tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu 'Sehati, Sejiwa' dikekalkan untuk 2016 kerana
perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan
rakyat Malaysia.

"Ini bukan perkara mudah untuk selaraskan 15,000 peserta dari pelbagai agensi dan umur.
Apa yang penting perlu ada persefahaman dan kerjasama," kata Othman.
- Bernama
http://m.malaysiakini.com/news/353797
Laman sesawang rasmi Kolej Komuniti Gerik,
Perak (KKGP)

Hari Kebangsaan 31 Ogos 2016


Ditulis oleh Pentadbir Laman (Teknikal)

Kategori: Acara/Peristiwa

Jumlah paparan: 2331

MAKLUMAT LANJUT

Peristiwa
Hari Kebangsaan Malaysia 2016

Tarikh
Rabu, 28 Zulkaedah 1437 tahun Hijrah | 31 Ogos 2016 tahun Masihi

Penerangan
Hari Kebangsaan juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan Malaysia, Hari Merdeka atau Hari Kemerdekaan
Malaysia. Hari ini pada mulanya disambut sempena mengingati ulangtahun tarikh keramat 31 Ogos 1957 iaitu
tarikh sebuah negara yang dinamakan sebagai Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka daripada
jajahan kuasa asing. Namun begitu, selepas Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sabah, Sarawak
dan Singapura untuk membentuk sebuah negara baru yang dikenali sebagai Malaysia pada tahun 1963,
sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos iaitu tarikh asal kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah.

Kesannya, tarikh ini sering dikelirukan dengan tarikh penubuhan negara Malaysia. Sebetulnya, negara Malaysia
belum lagi wujud pada tahun 1957. Penubuhan sebuah negara yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu
pada waktu itu hanyalah melibatkan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia kini. Sarawak pula hanya
memperolehi kemerdekaannya pada 22 Julai 1963, manakala Sabah dan Singapura pada 31 Ogos 1963. Pada
16 September 1963, barulah negara Malaysia terbentuk hasil persekutuan/gabungan negeri-negeri dalam Tanah
Melayu, dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Oleh itu, tarikh penubuhan negara Malaysia yang betul ialah 16
September 1963.

Mulai tahun 2000-an, hal ini mula mengundang rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya di
Sabah dan Sarawak. Oleh itu pada tahun 2009, kerajaan telah memutuskan bahawa bermulanya tahun 2010,
Hari Malaysia 16 September akan disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari
Merdeka pada 31 Ogos.

Pada tahun 2014 pula, YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia telah
menyatakan bahawa sambutan hari kemerdekaan pada tahun 2015 mungkin akan disambut tanpa menyebut
bilangan tahun (contoh: Hari Ulangtahun Kebangsaan/Kemerdekaan Malaysia Kali ke-57) agar tidak
meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak. Hasilnya? Mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun (contoh: Hari Kebangsaan
2016).

Lain-lain
Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia pada 09 Ogos 1965.

Maklumat Cuti
31 Ogos 2016 telah ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Persekutuan (cuti umum) di seluruh Malaysia.
SUMBER MAKLUMAT

Lampiran
Kalendar Hijrah 2016
Sumber:
Laman Sesawang Rasmi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jadual Hari Kelepasan Am 2016


Sumber:
Laman Sesawang Rasmi
Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.

Pautan Luar
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu [gambar skrin]
Sumber:
Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia

Kenapa kita takut dengan sejarah? [gambar skrin]


Sumber:
Astro Awani

Penyingkiran Singapura [gambar skrin]


Sumber:
Utusan Online

Pemasyhuran Malaysia 1963 [gambar skrin]


Sumber:
Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia

Malaysia Day now a public holiday, says PM [gambar skrin]


Sumber:
The Star Online

No more mentioning number of years [gambar skrin]


Sumber:

http://kkgerik.jpkk.edu.my/sumber/index.php/ms-my/149-bm/hebahan/pengumuman/388-hari-
kebangsaan-31-ogos-2016
BERNAMA : 31 OGOS 2016 : HARI KEBANGSAAN 2016 MERIAH, PAPAR SEMANGAT CINTA
NEGARA
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Semangat dan rasa cinta kepada negara jelas tergambar hari ini
apabila ribuan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat berkumpul untuk bersama-sama memeriahkan
perarakan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, walaupun dalam keadaan hujan renyai awal pagi tadi.

Bertepatan dengan tema 'Sehati Sejiwa', semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan terserlah di wajah
setiap peserta mahupun pengunjung acara perbarisan dan perarakan yang mula membanjiri dataran bersejarah
itu seawal 6.30 pagi.

Masing-masing bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang, malah ada yang hadir mengenakan pakaian bertema
bendera negara yang menambah aura patriotik di sekitar Dataran Merdeka.

Acara yang berlangsung di tengah-tengah ibu kota itu menyaksikan kira-kira 14,500 peserta mengambil
bahagian dalam acara tahun ini, termasuk kontinjen daripada sektor awam, swasta, kontinjen negeri-negeri dan
para pelajar.

Turut menyertai perarakan kali ini ialah atlet-atlet negara yang telah mencipta kejayaan membanggakan negara
pada Sukan Olimpik di Rio, Brazil baru-baru ini serta kontinjen Sukan SEA 2017 yang turut menampilkan maskot
rasmi sukan itu iaitu 'Rimau' sebagai simbolik kepada semangat juang yang tinggi.

Acara perbarisan dan perarakan bermula sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 8 pagi, yang disambut Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis,
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan isteri Datin Seri Raya Erom serta barisan
menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Sejurus tiba, Tuanku Abdul Halim menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan
Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion 1 Rejimen
Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi diketuai Mejar Azadlee Rafedzi Kamal Rafedzi.

Dataran Merdeka kemudiannya bergema dengan nyanyian lagu Negaraku yang mengiringi acara menaikkan Jalur
Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serentak itu 14 das tembakan kehormat turut
kedengaran yang melambangkan 14 negeri dalam Malaysia.

Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara yang diketuai Muhammad Hilal Asraf Nor
Hisham dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, melibatkan 59 pelajar pelbagai kaum yang membangkitkan
rasa patriotisme rakyat.
Seterusnya, acara padang yang penuh warna-warni daripada kira-kira 2,000 pelajar dari beberapa buah sekolah
menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dengan persembahan Grafik Kreatif pelbagai formasi turut menarik
perhatian orang ramai.

Persembahan menggunakan plai kad, pom-pom, kelerai, bendera dan payung mengikut rentak lagu patriotik itu
menterjemahkan tema sambutan dengan pergerakan yang melambangkan perpaduan dalam keluarga,
pembangunan ekonomi, peningkatan teknologi terkini dan sebagainya.

Skrin LED gergasi yang disediakan di kawasan Dataran Merdeka menambah kemeriahan acara apabila orang
ramai dapat menyaksikan dengan lebih jelas setiap acara dan persembahan yang diadakan di dataran bersejarah
itu.

Persembahan khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan aksi-aksi mencemaskan dan tangkas ketika
menangani jenayah menunjukkan kesiapsiagaan pasukan anggota pelbagai unit itu dalam memastikan
keselamatan negara, mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai.

Segmen kedua membabitkan perbarisan dan perarakan pula menampilkan 10 segmen utama daripada komponen
kenegaraan, perkhidmatan awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri, ketenteraan awam, keselamatan negara,
pertunjukkan udara dan komponen rakyat bersatu.

Penonton khususnya kanak-kanak pula begitu seronok menyaksikan pelbagai maskot daripada watak-watak
utama animasi terbitan syarikat tempatan antaranya BoboiBoy, Keluang Man dan 'Didi and Friends' yang menyertai
kontinjen animasi.

Antara yang turut menarik perhatian orang ramai ialah perbarisan aset milik pasukan keselamatan negara
termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menampilkan 157 buah pelbagai jenis kenderaan yang dimiliki PDRM
sejak 1950 hingga kini.

Ini termasuk motorsikal berkuasa tinggi, dan pelbagai jenis kenderaan yang digunakan pasukan itu termasuk
Motokar Mitsubishi EVO X, iaitu MPV Elite yang bertindak penting dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah
serta 'Water Can Mercedez Benz Actross' yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (PSP), antaranya bagi
menyuraikan perhimpunan haram dan rusuhan.

Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula terdiri daripada 30 pegawai dan 1,523 anggota lain-lain pangkat
bersama 108 aset darat termasuk aset kenderaan perisai AV 8X8 atau dikenali 'Gempita', kereta perisai model
'Adnan' ACV 300, aset-aset artileri serta aset terbaharu ATM iaitu kereta perisai mobiliti tinggi (HMAV) 4x4 yang
dikenali sebagai 'Lipan Bara'.

Selain itu, sebanyak 35 aset udara termasuk 12 pesawat tempur milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM),
termasuk empat buah pesawat Sukhoi, turut meningkatkan adrenalin pengunjung dengan pertunjukan pelbagai
formasi akrobatik yang menarik.

Kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula tampil buat pertama kali dengan pakaian seragam bercorak
celoreng digital selepas dilancarkan bulan lepas.

Secara keseluruhan, sebanyak 20 buah pancaragam, 26 kontinjen, 35 aset udara, 213 aset darat serta 72 haiwan
dalam perkhidmatan terdiri daripada 50 ekor kuda dan 22 ekor anjing terlibat dalam acara perbarisan dan
perarakan kali ini yang berdurasi kira-kira dua jam.

Majlis sambutan penuh gilang-gemilang itu diakhiri dengan persembahan khas komponen Rakyat Bersepadu yang
menampilkan keunikan kepelbagaian bangsa, disertai 1,000 penari dari pelbagai jabatan kerajaan, institusi seni
dan tarian, badan bukan kerajaan, sekolah seni serta penampilan anak-anak Permata Seni Tari.

-- BERNAMA

Telah Dikemaskini pada 01 September 2016

http://kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=10936:&catid=118:&Itemid
=254&lang=ms
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Tema "Sehati Sejiwa" yang dikekalkan pada sambutan Hari Kebangsaan 2016 begitu
signifikan apabila rakyat seluruh negara menyambut ambang Merdeka dengan penuh rasa kekitaan, bersyukur dan
berbangga.

Seperti biasa, acara utama yang dinanti-nantikan adalah menjelang detik 12 malam menandakan tibanya tarikh keramat 31
Ogos yang merupakan hari kemerdekaan negara.

Sambutan di ibu negara yang tertumpu di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) meriah dengan percikan bunga api di
persekitaran mercu tanda negara itu yang turut bergema dengan laungan "Merdeka" dan nyanyian lagu Negaraku.

Persembahan nyanyian daripada kumpulan pelbagai bangsa, Colour of Voice antara yang mencuri perhatian kira-kira 5,000
hadirin kerana menampilkan imej 1Malaysia termasuk pertunjukan air pancut berirama.

Sementara itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, konsert ambang Merdeka #SehatiSejiwa dibanjiri lebih 5,000 pengunjung
termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk
Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Konsert yang bermula sejak 9 malam menampilkan beberapa artis popular tempatan antaranya Ella, Dayang Nurfaizah,
Syamin dan Yassin dan disusuli acara kemuncak iaitu pertunjukan bunga api dan laungan 'Merdeka'.

Sementara itu, pelajar IT Ng Shin Ying, 20, dimahkotakan sebagai Miss Malaysia Tourism 2016/17 di ambang Hari
Kebangsaan, dengan menewaskan 15 peserta lain dari sembilan negeri.

Pertandingan ratu cantik Miss Malaysia Tourism Pageant 2016 Perinmgkat Akhir juga menyaksikan pelajar A-Level Thalia
Thin, 18, dan Tiong Li San, 17, masing-masing dimahkotakan sebagai Miss Malaysia Tourism Queen of the Year 2016/17
dan Miss Malaysia Tourism Metropolitan 2016/17.

Mereka akan mewakili Malaysia pada Final Miss Tourism International Pageant World tahun ini.

Di NEGERI SEMBILAN, sambutan ambang Merdeka dimeriahkan dengan penyertaan kira-kira 60 pelajar sekolah menengah
dari daerah Jelebu dalam Program Perdana Bermalam Di Muzium 2016 bertempat di Muzium Adat Jelebu.

Terdahulu, kesemua mereka yang berusia 14 hingga 17 tahun menyertai acara 'Explorace' sebelum ke acara kemuncak
mengibarkan Jalur Gemilang, laungan 'Merdeka' dan nyanyian lagu Negaraku pada detik 12 malam.

Di KELANTAN, hampir 20,000 orang berhimpun bagi memeriahkan sambutan peringkat negeri di Lembah Sireh, Kota
Baharu anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan dan Jabatan Penerangan malam ini.

Program yang diadakan termasuk pertunjukan auto show, 'sound and lights', perarakan konvoi kembara Merdeka Jalur
Gemilang, kiraan detik, laungan Merdeka, upacara menaikkan Jalur Gemilang dan diakhiri pertunjukan bunga api.

Di PERLIS, sambutan dimeriahkan dengan penganjuran Karnival Belia Anak Merdeka yang diadakan di perkarangan Stadium
Tuanku Syed Putra.

Program itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Exco Belia Sukan dan Kebudayaan Negeri,
Abdul Jamil Saad.

Di PAHANG, sambutan ambang kemerdekaan dimulakan dengan majlis kesyukuran dan doa selamat peringkat negeri di
Masjid Kolej Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Shah.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua Polis Pahang Datuk
Seri Sharifuddin Ab Ghani antara ribuan hadir pada majlis itu yang turut diadakan dengan majlis bacaan Yassin.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman mengimamkan solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan
kemakmuran berterusan untuk Malaysia yang dirasai sejak kemerdekaan.

Di KEDAH, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama lebih 2,000 rakyat menyambut ambang merdeka
peringkat negeri Kedah di dataran utama Aman Central di sini.
Majlis turut diserikan dengan tayangan video, deklamasi sajak serta persembahan lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang
oleh para hadirin sebelum ke acara kemuncak iaitu tembakan bunga api dan laungan Merdeka!

Di SARAWAK, sambutan tertumpu di bandar Sri Aman sebagai acara awal yang disusun untuk sambutan peringkat negeri.

Selain lokasi tumpuan iaitu sekitar Waterfront Sri Aman dan Kompleks Sukan Sri Aman yang menjadi venue perarakan Hari
Kebangsaan esok, orang ramai yang berhimpun sejak 8 malam tadi dihiburkan dengan persembahan pentas oleh artis
Pentarama dari Jabatan Penerangan.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud turut menghadiri majlis kesyukuran di Masjid Sri Aman petang tadi sebagai
sebahagian daripada aturcara sambutan.

Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bersama barisan exco dan kepimpinan kanan kerajaan negeri bersama
kira-kira 1,000 hadirin termasuk pelancong asing berkumpul di Jalan Hang Tuah di sini bagi menyambut ambang merdeka.

Idris dalam ucapannya menyeru rakyat di negeri ini supaya bersama kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini dan
membawa Melaka ke tahap negeri maju untuk Fasa Kedua.

Di PULAU PINANG, ribuan pengunjung membanjiri Autocity Juru dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lingkaran Luar
Butterworth (BORR), di Pantai Bersih malam ini bagi menunggu detik 12 tengah malam dan pertunjukan bunga api anjuran
Unit Penyelaras Pelaksanaan Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri.

Sementara itu di George Town, orang ramai membanjiri Padang Kota Lama bagi menyertai sambutan ambang merdeka,
bagaimanapun tiada pertunjukan bunga api diadakan di bahagian pulau.

Di PERAK, ribuan pengunjung menyertai sambutan Ambang Merdeka peringkat Perak di Dataran Bandaraya Ipoh malam
ini.

Turut berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta Menteri Besar
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan exco kerajaan negeri.

Selain persembahan kebudayaan, program itu turut diserikan dengan persembahan angklung, deklamasi puisi dan
pertunjukan belon panas.

-- BERNAMA

http://web10.bernama.com/harikebangsaan2016/bm/news.php?id=1278379
Dataran Merdeka dibanjiri 450,000 orang
Catat sejarah jumlah pengunjung tertinggi Hari Kebangsaan

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja
Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah melaungkan Merdeka ketika
sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur,
semalam. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan
isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad
Badawi. UTUSAN/ SURIYA BONMA
HUSSAINI AMRAN, FITRI AFFENDI MUSTAFA dan MOHAMAD HAFIZ 

YUSOFF BAKRI
01 September 2016 12:29 AM
901

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran


Merdeka di sini hari ini mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam
sejarah penganjuran acara tersebut sejak 59 tahun lalu.

Lebih 450,000 pengunjung hadir bagi menyaksikan acara yang bertujuan


memperingati peristiwa kemerdekaan negara ini daripada penjajahan
kuasa-kuasa asing.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawasan Dataran Merdeka dan


kawasan sekitar sesak dengan orang ramai yang tidak mahu melepaskan
peluang menyaksikan acara tersebut.

Malah, sebahagian besar pengunjung sanggup berdiri lebih daripada dua


jam memandangkan kira-kira 2,000 tempat duduk yang disediakan telah
penuh.

Orang ramai turut membanjiri lokasi-lokasi berhampiran Dataran Merdeka


seperti Masjid Jamek, Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Dua stesen transit aliran ringan (LRT) yang terdekat iaitu Masjid Jamek
dan Bandaraya juga dibanjiri oleh pengunjung-pengunjung yang memilih
untuk menggunakan pengangkutan awam.

Hujan renyai tidak menjejaskan kehadiran orang ramai yang berkumpul


sejak pukul 6.30 pagi.

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata,


sambutan menggalakkan itu ada kaitan dengan pencapaian cemerlang
atlet negara khususnya pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong
Wei dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro baru-baru ini.

“Ramai yang hadir di Dataran Merdeka sebagai tanda penghargaan


kepada Chong Wei dan atlet-atlet yang lain,” katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, perasaan cintakan negara dalam kalangan rakyat juga


semakin meluap-luap selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak menyeru supaya detik-detik kebersatuan disemarakkan.

Orang ramai bersorak dan memberi tepukan gemuruh sebaik sahaja


melihat kontinjen yang disertai Chong Wei dan pelumba basikal negara,
Mohd. Azizulhasni Awang serta empat atlet lain yang mewakili negara
pada Sukan Olimpik 2016 iaitu Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Tan
Wee Kiong dan Chan Peng Soon.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dataran-merdeka-


dibanjiri-450-000-orang-1.377171#ixzz4gIwt7tDH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Gambar Perarakan Merdeka 31 Ogos di Dataran Merdeka
5
 BY BUDIEY
 IN UCAPAN
 — 31 AUG, 2007
Salam Merdeka buat semua pembaca. Ya, hari ini bukan sahaja kita menyambut hari kemerdekaan, malah Jubli Emas
Kemerdekaan Negara atau ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 tahun. Ada 3 acara penting diadakan iaitu Perayaan
Ambang Merdeka jam 8 malam di Dataran Merdeka, Perarakan Merdeka di Dataran Merdeka pada pagi 31 Ogos dan
Perayaan Raksasa Merdeka di Stadium Merdeka jam 8 malam. Harapannya tidak ada yang menyambut merdeka ini dengan
perkara-perkara yang tidak elok dan tidak sihat. Berpesta arak dan aktiviti pesta seks beramai-ramai bukan mencermin
kemerdekaan yang sebenar.

Sebagai warga Malaysia, kita harus menghayati dan menjunjung semangat patriotisme dan kenegaraan supaya dapat
melahirkan jiwa dan nilai yang tinggi. Bagi Budiey, ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia memberikan nafas baru dalam
menghargai erti kemerdekaan sebenar. Mengimbas kembali sejarah pejuang bangsa yang sangat berjasa kepada Negara.
Memartabatkan wira-wira negara yang terkorban mempertahankan bangsa. Jadi, sebagai tanda memperingati segala jasa
dan perjuangan pemimpim ulung negara, saya tampilkan entri ini dengan potret-potret mereka.

Apa erti kemerdekaan pada artis kita? Kalau ditanya soalan ini kepada Jaclyn Victor yang akan mengadakan showcase di
Planet Hollywood pada Ahad ini, kata Jac, “Saya amat suka dengan kepelbagaian budaya kita, dan juga makanan kita.
Tidak ada apa-apa yang harus ditukar, tetapi apa yang ada kena diperbaiki.”
Apa erti kemerdekaan bagi anda? Apa program anda di cuti merdeka ini? Saya sempat ke Dataran Merdeka pada pagi 1
Ogos untuk melihat secara langsung Perarakan Merdeka. Orang tak usah nak cakap, memang ramai. Puluhan ribu manusia
yang datang dari serata ceruk membanjiri sekitar Dataran Merdeka dan melimpah sehingga ke Jalan Raja Laut. Bagi saya,
lagi ramai yang datang, lagi meriah pesta perarakan.

Yang datang pun, tidak kira bangsa, tidak kira warna kulit, dari setiap peringkat umur dari setiap golongan masyarakat. Ini
jelas menunjukkan pada kita bahawa masyarakat kita sebenarnya begitu bersemangat untuk merayakan kemerdekaan ini
dengan jiwa muhibbah dan perpaduan. Perarakan yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri
Jeanne Abdullah, dan pemimpin-pemimpin lain ini cukup simbolik dengan menggambarkan 5 era pembangunan Malaysia.
Ianya signifikan pada kemajuan, kepimpinan, keamanan, pemodenan dan kecemerlangan yang ditelusuri oleh kerjasama
rakyat dan pejuang bangsa sepanjang jalan kemerdekaan.

Malaysiaku Gemilang, tema untuk sambutan kemerdekaan kali ini amat sesuai dan selaras dengan apa yang dicita-citakan
oleh Perdana Menteri yang ke-5 ini dengan teras pembangunan insan iaitu Gemilang, Cemerlang dan Terbilang. Sebanyak
25 ribu peserta yang terdiri dari semua kaum dan bangsa Malaysia dan dari sektor awam dan swasta yang menggabungkan
100 kontinjen iaitu 12, 570 pejalan kaki, 14 kereta berhias dan 25 aset tentera juga tidak ketinggalan 52 pesawat. Memang
meriah dan saya kira perarakan kali ini berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingin
berlaku. Pemimpin negara luar yang turut sama menyaksikan perarakan ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Duke
of York Putera Andrew, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo, Putera Mahkota Thailand Maha Vajiralongkorn dan
Gabenor General Australia Major General Michael Jeffery.

Pemimpin Asean yang hadir ialah Perdana Menteri Thailand Surayud Chulanont, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien
Loong, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Perdana Menteri Laos Bouasone Bouphavanh, Perdana Menteri Vietnam
Nguyen Tan Dung dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, selain duta-duta asing.

Sebaik tiba, Yang di-Pertuan Agong mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan dan sebelum itu kelihatan
lima helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang dan
bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seri Paduka kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Satu
Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja.

Acara diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan nyanyian lagu Negaraku dan tembakan
meriam 14 das sebelum bergema lagu Jalur Gemilang, lagu Gemilang, Cemerlang, Terbilang, dan lagu tema sambutan,
Malaysiaku Gemilang.

Ketika Negaraku dimainkan Dataran Merdeka berubah wajah dengan kebanyakan pengunjung termasuk jurufoto berdiri
tegak bagi menghormati lagu kebangsaan dan menghayati erti kebebasan yang dinikmati sejak 50 tahun lalu.
Ia disusuli bacaan ikrar oleh 50 pelajar termasuk pelajar sekolah pendidikan khas yang diketuai Syed Nur Khairin Al-Safi
sebelum melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali.

Dataran Merdeka kemudian bertukar lebih meriah dan penuh warna-warni apabila segmen persembahan padang
dijayakan 10,000 peserta pertunjukan padang, koir, pasukan pergendangan dan komponen rakyat bersepadu (KRB),
bermula.

Persembahan padang itu menyajikan formasi yang menunjukkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di negara ini
sejak ia bebas dari cengkaman penjajah 50 tahun lampau. Kumpulan Gendang Simfoni Malaysia pula menampilkan
semangat perpaduan antara kaum melalui muzik-muzik yang dimainkan.

Empat belas helikopter yang membawa 14 bendera negeri di Malaysia kemudiannya membuat lintas hormat di udara
sejurus bermula acara perarakan dan perbarisan yang menampilkan konsep lima era pemerintahan Perdana Menteri
Malaysia.- Bernama

tags]gambar perarakan merdeka, logo merdeka, artis dan merdeka, profile Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal
Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, profile Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan
isteri, profile Datin Seri Jeanne Abdullah, teks ucapan merdeka, pesta seks beramai-ramai, pesta arak, orgy seks, Sultan
Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Duke of York Putera Andrew, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo, Putera Mahkota
Thailand Maha Vajiralongkorn dan Gabenor General Australia Major General Michael Jeffery. Pemimpin Asean yang hadir
ialah Perdana Menteri Thailand Surayud Chulanont, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri
Kemboja Hun Sen, Perdana Menteri Laos Bouasone Bouphavanh, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung dan Naib
Presiden Indonesia Jusuf Kalla, gambar kontinjen malaysia, gaji swasta, kerajaan, jalan raja laut[/tags]

http://www.budiey.com/salam-merdeka/

Anda mungkin juga menyukai