Anda di halaman 1dari 43

Tahun 2007

Malaysiaku Gemilang

Logo Merdeka Malaysia tahun 2007 dihasilkan oleh seorang pereka grafik, Nor Azian A. Hasan yang
memenangi pertandingan mencipta logo Hari kemerdekaan pada tahun 2007. Pengumuman
mengenai logo Hari Kebangsaan tersebut dibuat pada 5 Mac 2007 dan Encik Nor Azian yang berasal
dari Negeri Sembilan, membawa pulang wang tunai RM10,000.

Majlis pelancaran logo dan slogan perayaan sambutan Kemerdekaan Ke-50 tersebut dibuat oleh
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di Putrajaya.

Slogan "Malaysiaku Gemilang" dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan tahun 2007 bagi menggantikan
slogan "Keranamu Malaysia" yang sudah digunakan selama tujuh tahun. Pemilihan slogan ini dibuat
berasaskan ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu "Malaysia
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang".

LOGO MERDEKA KE-50 TAHUN (2007)

MAKSUD LOGO
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera
kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada
negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan
bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo
ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada
stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik
di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italiclslanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik
yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun
mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu
dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.
PENCIPTA LOGO: Nor Azian A. Hasan.

TEMA: MALAYSIAKU GEMILANG

LAGU RASMI: MALAYSIAKU GEMILANG

Selain logo dan tema merdeka, perayaan Hari Kemerdekaan ke-50 tahun turut diserikan dengan lagu
merdeka, Malaysiaku Gemilang yang dicipta oleh Nik Nizam Jaafar dan dinyanyikan oleh Roy.

LIRIK LAGU: MALAYSIAKU GEMILANG-Bahasa Melayu.

Marilah kita semua,


Atas nama negara bangsa,
Dengan tekad mulia,
Maju berwawasan,
Mencipta keagungan.

Berpadulah kita semua,


Didalam satu suara,
Dengan degupan merdeka,
Menjulang budaya bangsa,
Untuk Malaysia tercinta.

Malaysiaku gemilang,
Merdekanya terbilang,
Berdaulat dan makmur,
Berjaya kami syukur.

Malaysia kebebasan kedamaian,


Malaysia kebahagiaan kebanggaan,
Malaysia cemerlang terbilang,
Malaysiaku gagah gemilang.

Lagu oleh: Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya


Lirik oleh: Rais Yatim & Hairul Anuar Harun
Penyanyi oleh: Roy atau nama sebenarnya Mohammed Rauzan Alwi

Untuk senarai lengkap Lagu, Logo & Tema Merdeka Malaysia dari tahun 1970 sehingga yang terkini,
anda boleh membaca artikel; Lagu, Logo & Tema Merdeka Malaysia 1957-Terkini.

Read more: http://www.ouchmalaysia.com/2017/02/tema-logo-merdeka-malaysia-


2007.html#ixzz5sPNjQdZW

Under Creative Commons License: Attribution

Salam kemerdekaan buat semua pengunjung Kalam Abu Musaddad, pertama sekali
marilah sama-sama kita mengucap syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan
untuk kita terus menikmati kehidupan di bumi Malaysia yang aman damai dan bertuah ini.

Sepertimana kita semua ketahui bulan ogos adalah bulan bersejarah bagi seluruh rakyat
Malaysia di mana pada 31 Ogos setiap tahun kita akan menyambut ulangtahun
kemerdekaan. Sedar tak sedar sudah 51 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
Alhamdulillah…
Sehubungan dengan itu, tema sambutan ulangtahun kemerdekaan ke- 51 pada tahun ini
ialah ” PERPADUAN TERAS KEJAYAAN ” dan di bawah ini dipaparkan juga logo
sambutan ulangtahun kemerdekaan ke- 51:

Rasional Logo :
Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura
yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat
melambangkan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu
menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama
lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu
adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman
bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam
perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat.
Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan
oleh kaum-kaum di Malaysia.
Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem
Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud
warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Tema tersebut dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan,


kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara
ini.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, "Misalnya, gempa


bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang
berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai
dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia.

Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema


#sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan
tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka
berada."

Sambutan Hari Kebangsaan mulai tahun ini juga akan


menampilkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang
agak berbeza dari tahun sebelumnya apabila ia tidak lagi disebut
berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.

"Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung


serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang
sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan
Semenanjung sahaja," katanya.

Logo sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 dengan


slogan #sehatisejiwa dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek selepas mempengerusikan Mesyuarat
Jawatankuasa Induk persiapan sambutan tersebut di Kementerian
Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya pada 14 Julai 2015.

LOGO HARI KEBANGSAAN KE-58 2015


RASIONAL LOGO
Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk Semenanjung
serta Sabah dan Sarawak yang dikelilingi dalam bentuk hati. Logo
ini membawa maksud kesatuan rakyat Malaysia yang sehati
sejiwa serta bersama-sama menjaga keamanan dan keharmonian
negara Malaysia.

MAKSUD LOGO
BENTUK HATI merupakan perlambangan kesatuan rakyat
Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan
harmoni.

BULAN adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi


negara manakala BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan
13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

PETA Malaysia mengambarkan keakraban semua negeri dibawah


payung negara.
GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang
berjiwa besar dan berani, di samping rentetan wara BIRU,
MERAH, PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur
Gemilang kebanggan rakyat Malaysia.

RASIONAL TEMA
#SehatiSejiwa adalah cerminan kesepaduan, kesefahaman,
kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara
tercinta. Kesenadaan #SehatiSejiwa setiap lapisan masyarakat
Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis
sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan,
adat resam dan negeri kelahiran.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan


#SehatiSejiwa mampu mengerak dan menyemarakkan perasaan
kasih sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan
meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tonggak dan
tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia.
#SehatiSejiwa adalah titian hubungan - yang jauh didekatkan,
ukhwah dipereratkan, selamanya...

© Logo & Tema Merdeka Malaysia 2015 - Malaysian Coin

Source: https://www.malaysiancoin.com/2015/08/logo-tema-
merdeka-malaysia-2015.htmlSepertimana kita semua ketahui bulan ogos adalah
bulan bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia di mana pada 31 Ogos setiap tahun kita
akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Sedar tak sedar sudah 51 tahun negara kita
mencapai kemerdekaan. Alhamdulillah…

Sehubungan dengan itu, tema sambutan ulangtahun kemerdekaan ke- 51 pada tahun ini
ialah ” PERPADUAN TERAS KEJAYAAN ” dan di bawah ini dipaparkan juga logo
sambutan ulangtahun kemerdekaan ke- 51:

Malaya mula mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos


1957. Pada malam 30 Ogos 1957, orang ramai berkumpul di
padang Kelab Diraja Selangor menunggu detik 31 Ogos 1957.
Apabila tengah malam menandakan tanggal 31 Ogos bermula,
bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan nyanyian
"Negaraku" berkumandang. Di ikuti dengan 7 laungan "Merdeka"
yang diketuai oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama,
Tunku Abdul Rahman. Pada tanggal 16 September 1963,
Malaysia ditubuhkan dengan kehadiran Sabah & Sarawak
menganggotai Malaysia. Namun, hari kemerdekaan Malaysia
disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hari Malaysia disambut
pada tanggal 16 September setiap tahun.

Tahun ini adalah hari kemerdekaan yang ke-61 dan sambutan Hari
Kemerdekaan akan di adakan di Putrajaya. Senarai acara &
informasi mengenai logo serta tema Hari Kebangsaan 2018 boleh
diperolehi di artikel berikut; Logo & Tema Merdeka Malaysia 2018.

Pada 2012, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kontroversi logo 55


tahun merdeka-Janji ditepati. Pemilik logo tersebut, Kementerian
Penerangan, masih mahu mengekalkan logo yang dikutuk oleh
segenap lapisan masyarakat Malaysia. Rekabentuk logo yang
tidak mencerminkan kemajuan negara ini (senang cerita design
logo 55 tahun merdeka adalah logo kemerdekaan yang terburuk)
beserta dengan tema kemerdekaan yanng tidak ada kena-
mengena dengan sambutan kemerdekaan mengecewakan ramai
rakyat Malaysia termasuk saya.
Untuk memudahkan anda membuat perbandingan, di sini saya
sertakan tema dan logo merdeka Malaysia setiap tahun dari tahun
1970. Logo hanya mula digunapakai pada tahun 1976.

Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka Malaysia

Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.


Tema: Muhibah dan Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.


Tema: Masyarakat Progresif
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.


Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.


Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.


Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.


Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.


Tema: Ketahanan Rakyat
Logo Merdeka 1976

Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.


Tema: Bersatu Maju
Logo Merdeka 1977

Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.


Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan
Logo Merdeka 1978

Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.


Tema: Bersatu Berdisplin
Logo Merdeka 1979

Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun


Tema: Berdisplin Berbakti
Logo Merdeka 1980

Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.


Tema: Berdisplin Berharmoni
Logo Merdeka 1981

Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.


Tema: Berdisplin Giat Maju
Logo Merdeka 1982

Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.


Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan
Logo Merdeka 1983

Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.


Tema: Amanah Asas Kejayaan
Logo Merdeka 1984

Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.


Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan
Logo Merdeka 1985

Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun


Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh
Logo Merdeka 1986

Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.


Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju
Logo Merdeka 1987

Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.


Tema: Bersatu
Logo Merdeka 1988

Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.


Tema: Bersatu
Logo Merdeka 1989

Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.


Tema: Berjaya
Logo Merdeka 1990

Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.


Tema: Wawasan 2020
Logo Merdeka 1991

Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun


Tema: Wawasan Asas Kemajuan
Logo Merdeka 1992

Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.


Tema: Bersatu Menuju Wawasan
Logo Merdeka 1993

Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.


Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan
Logo Merdeka 1994

Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.


Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan
Logo Merdeka 1995

Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.


Tema: Budaya Penentu Kecapaian
Logo Merdeka 1996

Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.


Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Logo Merdeka 1997

Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.


Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
Logo Merdeka 1998

Tahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.


Tema: Bersatu Ke Alaf Baru
Logo Merdeka 1999

Tahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga


49 tahun.
Tema: Keranamu Malaysia
Logo Merdeka 2000_2001_2002_2003_2004_2005_2006

Tahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun


Tema: Malaysiaku Gemilang
Logo Merdeka 50

Tahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun


Tema: Perpaduan Teras Kejayaan
Logo Merdeka 2008

Tahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun


Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Logo Merdeka 2009

Tahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.


Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi
Logo Merdeka 2010

Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.


Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Logo Merdeka 2011

Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.


Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota: Logo ditarik balik kemudian

Logo Merdeka 2012


Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Logo Merdeka 2013

Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.


Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Logo Merdeka 2014

Tahun: 2015-Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.


Tema: Malaysia #SehatiSejiwa

Logo Merdeka 2015

Tahun: 2016-Sambutan Kemerdekaan ke-59 tahun.


Tema: Malaysia #SehatiSejiwa
Logo Merdeka 2016

Tahun: 2017-Sambutan Kemerdekaan ke-60 tahun.


Tema: Negaraku #SehatiSejiwa
Logo Merdeka 2017

Tahun: 2018-Sambutan Kemerdekaan ke-61 tahun.


Tema: Sayangi Malaysiaku
Logo Merdeka 2018

© Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka - Malaysian Coin

Source: https://www.malaysiancoin.com/2012/08/koleksi-lengkap-
logo-tema-merdeka.html

Anda mungkin juga menyukai