Anda di halaman 1dari 2

BLOG PERPUSTAKAAN

JBPM
Tu e s d a y, A u g u s t 2 , 2 0 1 6

Sejarah Logo Dan Tema Hari


Kebangsaan

1976 - KETAHANAN RAKYAT

Lima lembaga manusia melambangkan lapisan


rakyat yang berganding bahu membentuk satu
tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan
negara. Tema "KETAHANAN RAKYAT" ditulis
melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini
bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan
negara.

Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi


menggambarkan satu masyarakat yang
berkebudayaan. Bulatan tadi membendung
perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima
lembaga manusia juga mencerminkan lima prinsip
Rukunnegara yang menjadi landasan kepada
matlamat negara. Warna yang digunakan ialah
warna-warna daripada bendera Malaysia.

1977 - BERSATU MAJU

Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia


mempunyai lima bahagian yang naik meruncing
menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua
bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan
hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau
tiang yang ada melambangkan lima prinsip
Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali
(yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama,
yakni kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang lain
yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada
bentuk hadapan perahu melambangkan empat
prinsipRukun Negarayang lain, sementara bentuk
hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras
kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa
yang benar-benar timbul dari bumi negara ini.

Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa


bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan
20 tahum selepas merdeka. Empat tiang diperbuat
drp.timah bagi menandakan kemajuan
perdagangan dan perindustrian negara ini,
sementara tiang yang paling tinggi diperbuat
daripada kayu belian bagi menandakan keteguhan
bumi Malaysia.

Di kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan


airnya berwarna biru laut bagi menandakan
kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan
yang dialami sejak merdeka. Sementarajejambat
kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam
membayangkan betapa teguh dan sistematiknya
ekonomi pertanian negara ini. Jadi jelaslah bahawa
logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor
kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian
danPerindustrian) dan batiniah.

1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN

Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu,


"KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN", logo ini
menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna
kuning yang diambil daripada sebahagian daripada
lambang bendera Malaysia dan memberikan makna
sebuah negara (Malaysia). Di dalam bulatan bulan
dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam
bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan
kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk
kepala dan badan berwarna biru seolah-olah
bersendi dan bercantum yang mendedahkan
perpaduan rakyat.

Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan


gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang
melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah
sekali kelihatan angka 'XXI' yang memberikan erti
21tahum merdeka. Ringkasnya logo tahun ini
memberikan penerangan babawa Malaysia adalah
sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang
keturunan dan mempusakai berbagai-bagai
kesenian dan kebudayaan dan di samping itu
berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup
bersatupadu.

1979 - BERSATU BERDISIPLIN

Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar


melambangkan perpaduan pada keseluruhannya.
Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan
prinsip-prinsip Rukunnegara dan juga rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang
berwarna merah melambangkan kerjasama,
perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama
menuju ke arah matlamat untuk memajukan
negara.

Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-


bulatan yang berwarna biru, merah di tengah-
tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning
melambangkan kedaulatan raja dan memberikan
makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan
beraja. Selaras dengan tema tahun ini, logo ini
melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-
bagai keturunan dan daripada segenap lapisan
masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi
amalan-amalan prinsip Rukun Negara dan dengan
itu dapat menuju kearah kemakmuran dan
keamanan.

1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI

Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang


berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin
berpandukan Rukun Negara (bentuk lima segi)
dalam mencapai kesejahteraan hidup hari-hari.
Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah
itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa
yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan
Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala
bentuk yang ada itu melambangkan 'bulat manusia
kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga
menegaskan lagi keutuhan hidup berdisiplin.

1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI


Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan
kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh
negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai
kemerdekaan dahulu. Bentuk yang merupakan tiga
orang di sebelah bawah logo melambangkan
masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa
berganding bahu berusaha menampung dan
menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima
tiang yang mencerminkan garis panduan hidup
berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan
yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan
kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan
kemasyarakatan.

1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU


Logo tahun ini berbentuk bunga raya yang
merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri-
ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan
ketahanan yang tetap segar seperti yang telah
dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna
yang digunakan adalah warna yang terdapat pada
bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut
boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara
yang membentuk keutuhan negara.

Bulatan yang kelihatan menunjukkan keharmonian


perpaduan dan kesempurnaan. Seperti
digambarkan warna biru pada angka 25
melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan
percantuman 25 itu dapatlah melambangkan
perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah
dialami oleh negara dalam bidang pembangunan
dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun
merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun dan
seterusnya pada masa hadapan.

1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN


Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak
panah yang memberikan gambaran menuju ke satu
arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini
melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat
antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-
bagai bidang.

Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi


yang terjalin antara satu dengan lain yang di
dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang
menggambarkan kelompok-kelompok golongan
yang terdiri daripada usahawan-usahawan
persendirian, golongan swasta dan golongan
pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat
untuk membangunkan negara ke arah kemajuan
dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang
melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap
usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN


Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984
melambangkan tema 'AMANAH ASAS KEIAYAAN'.
Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan
kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang
menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru
yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk
lima segi melambangkan hidup muafakat di antara
rakyat berbilang kaum di dalam negara yang
berdaulat berserta kerjasama yang erat antara
sektor awam dengan swasta yang akan membawa
kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima
bentuk merah yang menyerupai anak panah
menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah
menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang
bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah
serta juga daripada aspek-aspek lain.

1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN


Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985
melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS
PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi
oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat
Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai
rumpun bangsa yang bersatupadu manakala
bentuk-bentuk merah pula melambangkan
semangat nasionalisme yang menjadi teras
perpaduan tersebut.

Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan


harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah
menunjukkan perpaduan erat di antara kaum
menjadikan satu bangsa rakyat Malaysia manakala
bulatan kuning melambang negara Malaysia yang
merdeka dan berdaulat. Bulatan merah
menunjukkan patriotisme menjadi asas yang
penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat
yang cintakan negara.

1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH


Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini
melambangkan tema "BANGSA TEGAS NEGARA
TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru
mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara
ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan
dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat
antarabangsa.

Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat


diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat
Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk
tiga segi berwarna merah itu. Warna Kuning di
tengah melambangkan kedaulatan Raja-raja yang
merupakan satu daripada prinsip Rukun Negara.

1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU


Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas
empat bulatan sementara bulatan yang kelima pula
terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi
melambangkan penekanan dalam empat bidang
ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan
dan perindustrian. Kegiatan dalam empat bidang
ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima
bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima
bulatan.

Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah


penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan
prasarana kewangan dan keselamatan. Lima
bulatan juga melambangkan Rukun Negara. Warna
kuning dalam bulatan tengah membawa erti
kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat
segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian
yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu
padu sementara warna merah pula membawa erti
berusaha. Gabungan warna dan bentuk logo ini
melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA
MAJU.

1988 - BERSATU
Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang
berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah
digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia
yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah
bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan
keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa
Malaysia.

Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti


rangkaian lima prinsip Rukun Negara yang sentiasa
diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang
mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah
yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan
amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna
kuning melambangkan sistem raja
berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

1989 - BERSATU
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil
seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman,
menjadi aspek penting dalam konsep logo ini.
Petak-petak berwarna-warni ini ibarat 'anyaman'
yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan
masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-
petak berbentuk empat segi merah dan biru
menandakan rakyat di negara ini hidup aman damai
berteraskan perpaduan nasional.

Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih


yang mempunyai erti tersendiri, iaitu jalur yang
membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan
ajaran agama, menentukan adat resam dan
kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama,
menentukan adat resam dan kebudayaan serta
kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.

Petak-petak yang berbentuk empat anak panah


yang bertemu di tengah membayangkan satu
matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat
setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat
bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam
mendukumg sebuah negara yang mengamalkan
pemerintahan demokrasi.

1990 - BERJAYA
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga
kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru
melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa
yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan
serta keamanan untuk memastikan kejayaan
Malaysia seluruhnya.

Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem


pemerintahan raja berperlembagaan yang
menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang
seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur
merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang
ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai
bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-
cita negara yang tiada hadnya.

Warna ini juga melambangkan konsep Bersih,


Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas
pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar
belakang logo melambangkan keharmonian dan
kestabilan negara.

1991 - WAWASAN 2020


Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan
Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada
jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning
melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia
yang bersatu padu menyokong usaha ke arah
menjadikan negara ini sebuah negara maju.

Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan


sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya
usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut.
Bulatan biru, putih dan merah melambangkan
perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu
yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni
dalam usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh
dua puluh) itu.

1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN


Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan
anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan
Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang
menuju ke atas melambangkan arah dan haluan
Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan
kerohanian masyarakat Malaysia dan negara di
masa depan.

Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu


warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada
logo ini adalah sebagai lambang masyarakat
berbilang kaum di negara ini yang hidup
bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang
utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan
sosial dapat bergerak cergas menuju ke arah
matlamat yang dicita-citakan.

Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini


membawa maksud masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu
dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil,
aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja
keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
'maju' di masa depan.

1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN


Rekabentuk:

Bentuk hampir bulatan : Menggambarkan


bersatupadu, bekerjasama, bersemangat
setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi
bagi mencapai wawasan.

Warna:

Merah dan putih : Melambangkan keberanian,


kecekalan dan mempunyai semangat juang yang
mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan
serta semangat untuk mencapai apa yang di
wawasankan.

Biru : Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat


Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian,
kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan
menerusi wawasan yang dicita-citakan.

Kuning : Menggambarkan satu arah serta tujuan


yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa
yang diinginkan.

Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-


warna di atas melambangkan cita-cita yang tinggi
serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi
mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh
setiap rakyat Malaysia

1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN


Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan

Bentuk hati dan anak panah : Nilai murni, bukan


hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal
sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang
itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik
dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di
hati. Warna putih pada bentuk 'hati kecil'
melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati
dengan sifat nilai-nilai murni.

Warna merah dan biru pada bentuk 'hati besar'


melambangkan berbagai kaum dan lapisan
masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak
panah melambangkan matlamat dan hasrat
masyarakat.

Secara keseluruhannya rekabentuk logo dan warna-


warnanya melambangkan nilai murni bukan hanya
terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja
tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati
membentuk seseorang itu berakhlak baik dan
mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati.
Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah
masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju
wawasan 2020.

1995 - JATIDIRI PENGERAK WAWASAN


Konsep Logo : Logo ini berkonsepkan bunga
kebangsaan iaitu bunga raya.

Keterangan Rekabentuk : Bentuk lima kelopak


Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima
rangkaian prinsip Rukunnegara.

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru pada


logo tersebut berasaskan warna-warna bendera
Malaysia yang melambangkan rakyat Malaysia dari
berbilang kaum, agama dan kebudayaan berusaha
membentuk suatu jatidiri tersendiri.

Warna putih pada garisan yang mengelilingi


kelopak-kelopak bunga membawa maksud amalan
nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah
membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning
membawa maksud kedaulatan negara dan wawasan
yang hendak dicapai. Warna merah membawa
maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat
keberanian menempuh cabaran di dalam dan di
luar negara.
Warna biru membawa maksud rakyat Malaysia
bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang
maju, harmoni dan sejahtera.

Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo


ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang
kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara
yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu
membentuk jatidiri kebanggaan negara demi
menggerakkan Wawasan 2020.

1996 - BUDAYA PENENTU KECAPAIAN


Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian
negara yang progresif dan inovatif dengan
keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina
satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga
mengutarakan semangat waja masyarakat dalam
mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah
negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi,
sosial dan politik.

Warna
Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan
bergabung tenaga.
Warna merah melambangkan semangat bersama
yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna
putih melambangkan niat murni rakyat dalam
menuju usaha mencapai kejayaan bersama.
Warna kuning melambangkan matlamat yang
hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian
pelbagai kaum.

1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA


Reka bentuk : Tangan berdoa dan tiga lapisan hati
menggambarkan harapan negara (tangan berdoa)
semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia
hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai
akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan
dan kesusilaan diri demi kejayaan negara.

Warna : Warna putih melambangkan akhlak mulia


(hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat
hormat menghormati dan merah melambangkan
sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita dan
wawasan negara.

1998 - NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB


KITA
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab
rakyat membina negara ke arah kecemerlangan
dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan
politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas
Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu
melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia.

Bulatan biru berbentuk lembaga manusia


menjunjung wawasan serta kedaulatan negara.
Warna putih melambangkan harmoni rakyat
manakala merah mencerminkan usaha padu
kerajaan membentuk wawasan negara sementara
kuning melambangkan kedaulatan Negara.

1999 - BERSATU KE ALAF BARU


Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang
membawa maksud penyatuan minda rakyat
Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita
murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih
dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V)
melambangkan ke arah menuju visi negara 2020.

Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin


diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat
bersatu padu membentuk wawasan negara, Warna
putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni
rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan
kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung
kedaulatan negara.

2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 -


KERANAMU MALAYSIA
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan ini
menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang
budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya
dan fahaman politik di atas nikmat keamanan,
kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.

Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna


kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri
dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama
rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan
dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan
aman, makmur dan bersatu padu.

Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek


melambangkan tiga kaum utama di Malaysia
(Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama
(Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa
terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan
dan kemakmuran di bumi bertuah bernama
Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk
meneruskan kecemerlangan ini di masa akan
datang yang digambarakan melalui pegangan
tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang
bermaksud vision atau wawasan.
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang
sedang berkibar yang merupakan bendera
kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur
Gemilang melambangkan semangat kecintaan
rakyat pada negara. Jalur merah dan putih
digayakan dalam bentuk angka lima manakala
bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong
yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi
tonggak utama logo ini sempena ulang tahun
kemerdekaan ke-50.

Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan


pada stigma bunga raya yang merupakan bunga
kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan
lima titik di hujungnya yang bermaksud lima
prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap
rakyat Malaysia.

Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’


ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi
maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh
negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai
kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat
Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam
mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50
tahun usia kemerdekaan.

Warna merah dan putih melambangkan


keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru
bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat.
Manakala kuning adalah melambangkan ketua
negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud
kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun
usia kemerdekaan Malaysia.

2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN


Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura
yang saling berganding bahu menunjukkan
perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras
Kejayaan”. 3 ikatan figura manusia saling
berganding bahu menunjukkan rakyat yang
bekerjasama di antara satu sama lain dalam
menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan


bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang
bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah
mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah
simbol keberanian rakyat.

Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat


Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan
yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.
Manakala warna kuning pula melambangkan
Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya
juga membawa maksud warna
kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat
Malaysia.

2009 - 1MALAYSIA, RAKYAT


DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN
DIUTAMAKAN

Logo berbentuk nombor satu dan


berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan
Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia
melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan
satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai
semangat cintakan negara berpandukan
Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling


bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan
menghayati satu visi untuk membina satu Negara
Bangsa.

2010 - 1MALAYSIA MENJANA


TRANSFORMASI
Melambangkan visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan
mempunyai semangat cintakan Negara
berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun
Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling


bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan
menghayati satu visi untuk membina satu Negara
Bangsa.

2011 - 1MALAYSIA TRANSFORMASI


BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.


Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota: Logo ditarik balik kemudian

Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.


Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya
Darahku

Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.


Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tahun: 2015-Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.


Tema: Malaysia #SehatiSejiwa

Logo Merdeka 2015

Tahun: 2016-Sambutan Kemerdekaan ke-59 tahun.


Tema: Malaysia #SehatiSejiwa

Share

No comments:

Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

‹ Home ›
View web version

Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai