Anda di halaman 1dari 2

Teknik psikologi pelajar-pelajar sekolah

1- Memahami : Sebagai seorang cikgu pelajar merupakan customer kita ataupun pelanggan kita
yang perlu kita faham bagaiman ingin menarik minat mereka terhdap sesuatu yang baru. Kini
anak muda banyak terdedah dengan teknologi yang canggih dan cara belajar yang semakin
mencabar.

Sebagai contoh : Bagi STEM di kalangan pelajar yang berada atau tinggal berdekatan di
kawasan-kawasan pertanian dan penternakan, projek yang melibatkan tanaman dan ternakan
amat sesuai malah menggunakan konsep sains dengan menggunakan tanaman seperti proses
fotosintesis, penyerapan air dan sebagainya. Projek inovasi seperti menggunakan teknologi
sensor yang dapat mengesan haiwan melalui gegaran di pagar fan akan berbunyi mungkin
menjadi salah satu idea mereka.

2 - Menerangkan : Pelajar sememangnya perlu di terangkan mengapa mereka perlu buat ini,
mengapa tidak boleh buat. Kaedah menghalang tanpa menerangkan adalah tidak betul kerana
ia akan menggalakkan mereka untuk lebih tahu dan akan buat. Seperti STEM yang memerlukan
proses membina idea, terus terang idea tidak akan terhasil sekiranya prosesnya tidak di
terangkan.

Sebagai contoh : Mulakan ayat dengan " Cuba kamu semua bayangkan" dengan
membayangkan mereka dapat menjiwai individu yang semangnya menghadapi masalah
tersebut. " Cuba kamu bayangkan kamu seorang penternak lembu dan banjir, apa yang kamu
rasa? apa masalahnya? kerana apa? Bagaimana dapat selesaikannya ? " #Bukan lembu sahaja

3 - Menggalakkan dengan kata positif : Pelajar gemar menjadi seorang yang hebat dan sentiasa
rasa gembira apabila di puji atas kejayaan kerana mereka merasa di hargai. Berbeza dengan
kata-kata negatif yang sebenarnya segelintir pelajar sahaja yang bermotivasi kerana kata-kata
negatif ini ( Saya contoh di malukan di hadapan kelas kerana english tidak bagus oleh cikgu tapi
kerana itu saya membaiki lebih gigih ).

Saya gunakan pengalaman saya juga untuk menggunakan kaedah psiko. ( Terlibat dengan multi-
level marketing )
Sebagai contoh : " Hari ini kamu semua perlu buat satu idea melalui projek yang menggunakan
sains dan teknologi " Konsep rekaan kereta " bagaimana kamu menggunakan konsep fisik untuk
menjadikan kereta lebih selamat dan teknologi terkini ".. apabila di minta ke hadapan untuk
menerangkan semuanya tidak bangun. Cuba gunakan ini dengan tambahkan dengan jenaka "
kamu semua tak perlu rasa malu nak ke hadapan untuk menerangkan idea kamu, tiada idea
yang tidak baik. Lagipun kerana apa kamu kena malu ke hadapan atau takut? cikgu tak makan
orang pun. Kalau menari raver dengan live video kamu tak malu ,takkan dengan kawan2 pun
kamu nak malu? semua ni kawan kamu kan? "

Cuba lah, kalau tidak berjaya..kene tambah ayat lagi hehe

Anda mungkin juga menyukai