Anda di halaman 1dari 2

Nama: Sharifah Nur Qaisarah Binti Syed Khairudin

Sekolah: SK Paya Rumput Melaka

Kelas: 6 Alpha
Tarikh: 9hb Julai 2021
Tajuk Pidato: Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan Demi Kejayaan Dan
Kestabilan Rakyat.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga


dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;


2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG; dan
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk
pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara dan diisytiharkan oleh Yang
di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, sempena
ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13, iaitu setahun selepas berlakunya
tragedi 13 Mei 1969 yang bercempera (berpecah belah) perpaduan dan
ketenteraman negara. Terima kasih pengerusi majlis, Barisan panel hakim
yang arif, Def-def terhormat, Serta warga dewan sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, dan
Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia.
” Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan Demi Kejayaan Dan
Kestabilan Rakyat” Begitulah bunyi tajuk pidato saya hari ini, Saudara dan
saudari sekalian. Secara tuntasnya atau definisi seluruhnya, Pidato yang
akan saya dendangkan, Akan membuktikan, Bahawa Amalan dan
Penghayatan Prinsip Perpaduan Akan membentuk Kejayaan Dan Kestabilan
Rakyat Malaysia, Atas Rukun negara yang diperkenalkan. Warga Melakaku
Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia, Tak beralihkan rupa
berentakan irama.

Hujah saya yang pertama, Di bawah naungan kata, Kesetiaan


kepada Raja dan Negara. Yang di-Pertuan Agung atau Raja adalah
pemerintah negara yang anta permana (tidak terkira) tingginya, Hubung kaitan
kedua-duanya sangat rapat sekali, Sebagai rakyat sejati, menjadi tugas
hakiki, Untuk mentaati Raja dan Negara tercinta ini. Apakah buktinya
kesetiaan itu? Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja?, Di hujung pena
sahaja? Di media sosial sahaja? Tepuk dada tanya selera.

Setiap negeri, Mempunyai lagunya sendiri, Yang liriknya memuji-muji


dan menghargai, Raja dan negeri. Kerana itulah lagu negeri dan negara
perlulah dinyanyikan di majlis rasmi atau tidak rasmi setiap kali, Bagi
menanam semangat perpaduan yang utuh dan jati diri, Terhadap raja dan
negeri serta negara tercinta ini. Sebagai tanda Raja dan Rakyat berpisah
tiada, Masih ingatkah lagi, petikan kata-kata Sultan Alauddin Riayat Shah
untuk pedoman. Baginda diberitakan pernah bertitah, 'Rakyat itu umpama
akar, Raja itu umpama pohonnya. Jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak
akan dapat berdiri'. Begitu signifikan dinyatakan hubungan perpaduan
antara rakyat dan Raja. Tidak dapat disangkal lagi, Bahawa Prinsip rukun
negara, Iaitu kesetiaan kepada raja dan negara, Dapat membentuk
Perpaduan Demi Kejayaan Dan Kestabilan Rakyat.

Hujah saya yang kedua, Di bawah naungan kata, Keluruhan


perlembagaan negara kita yang berdaulat ini, Mempunyai
perlembagaannya sendiri yang mantap serta tepat sekali, Mampu menjadi
aspirasi, Bagi melahirkan masyarakat majmuk yang berjiwa perpaduan yang
tersendiri. Uniknya perlembagaan di Malaysia, Ianya mempunyai cara yang
istimewa, Dan sentiasa menjadi panduan bagi Raja dan pemimpin, Dan
menjadi landasan bagi rakyat yang dipimpin. Prinsip keluhuran
Perlembagaan memaparkan pentingnya Perlembagaan dalam negara
Malaysia, Walaupun Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara, Baginda
menjalankan tugas berpandukan Perlembagaan Persekutuan, Sentiasa
dipelihara sebagai wadah, Untuk memastikan perpaduan akan terserlah,
Agar kepercayaan dan keyakinan rakyat majmuk Malaysia yang tidak
bercapah, Senandung seirama di antara dua darjat.
Secara konklusifnya membuktikan, Kedua-dua element Rukun negara
yang mahakarya ini dapat melahirkan, Rakyat yang berjiwa perpaduan,
Rakyat yang Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih, Rakyat yang berintegriti,
Berkualiti dan berjati diri.
Akhir kalam, Puteri SKPR mohon mengundurkan diri,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


#kekalselamatdansihat

#kitajagakita

Anda mungkin juga menyukai