Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum,salam sejahtera.Salam Malaysia Madani mukadimah bicara.

Sekalung
apreasasi buat peneraju acara, kombinasi inteleksual kehakiman bervisi yang arif lagi
cakna.Penjaga masa yang sentiasa setia dengan jam locengnya,dif-dif jemputan yang
berkarisma dan warga dewan yang sentiasa dekat dihati.
Hadirin yang saya hormati,
Sebelum jauh kami membawa hadirin menyelami hujah-hujah pidato kami,eloklah
kiranya ,kami mentakrifkan mauduk tajuk pidato “Rukun Negara membentuk Rakyat
Berkualiti “ Rukun bermaksud dasar atau asas manakala membentuk pula adalah menjadikan
sesuatu mengikut bentuk dan berkualiti adalah bermutu. Seperti yang kita sedia
maklum,Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada
rakyat berbilang kaum dan menjadi tarikan pelancong asing kerana keunikan semula
jadinya.Tidak juga kita nafikan setiap kaum mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan
dan kepercayaan yang berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai.. Oleh itu,kita
memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan sesama rakyat dan membolehkan
kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawah payung yang sama tidak kira sama
ada dari kaum atau status yang berbeza.
Hadirin yang kami hormati,
Ayuh,kita renung sejenak ,Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah
pada 31 Ogos 1970. Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip
hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara.
Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku
dirinyasebagai warganegara Malaysia. Sekiranya panduan ini sentiasa dipatuhi, pastinya
iaakan membentuk rakyat berkualiti. Rakyat yang berkualiti bersinonim dengan
warganegara yang bermutu tinggi dan tinggi nilainya.“Lima Prinsip Rukun Negara”
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KEHULURAN PERLEMBAGAAN,
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN SESUSILAAN
Hadirin sekalian,
Itulah lagu yang sering kali dimainkan di corong-corong radio dan televisyen.Ianya bukanlah
sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi ada mesej yang ingin disampaikan. Prinsip yang
pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Setiap agama pastinya menyeru kepada
kebaikan. Justeru, bagi insan yang beragama, pastinya mereka percaya bahawa
melakukan perkara yang baik adalah sangat dituntut.
“Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia”.Prinsip yang
kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Prinsip ini menyeru supaya rakyat Malaysia
sentiasa mengamalkan sikap taat setia kepada pemimpin dan tanah air. Rakyat yang taat dan
sayang akan tanah airnya pasti akan berusaha untuk memajukan negara. Prinsip kesetiaan
inilah yang akan memacu rakyat Malaysia untuk berubah memajukan negara
Malaysia. Pepatah Melayu ada mengatakan “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Hadirin yang saya muliakan
Prinsip yang ketiga pula ialah keluhuran perlembagaan. Maksudnya ialah setiap
warganegara hendaklah menghormati perlembagaan negara yang jug amerupakan
sumber perundangan tertinggi negara. Setiap rakyat haruslahmenghormati dan
mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan. Ia bertujuaan untuk menjaga hak-hak
keistimewaan setiap rakyat Malaysia. Justeru, dalam usah amembentuk rakyat yang
berkualiti, prinsip ini memainkan peranan yang sangatpenting. Setiap rakyat
pastinya dibawah naungan perlembagaan negara yangsemestinya menjaga hak-hak
mereka.
Seterusnya,pernahkah kita pernah mendengar pepatah mengatakan masuk kandang
kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Maksud yang saya ingin
sampaikan di sini ialah setiap negara mempunyai undang-undangnya tersendiri. Iaadalah
berasaskan kepada perlembagaan negara. Perkara ini termaktub di dalamrukun negara yang
keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Dengan adanya undang-undang, maka setiap
rakyat akan berdisiplin dan mematuhi segala yangtelah ditetapkan. Warganegara
yang berdisiplin akan membentuk rakyat yangberkualiti tinggi
Hadirin warga dewan sekalian,
Prinsip yang terakhir iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan..Tujuannya ialah untuk
membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila .Sikap bersopan
santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat
yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang berkualiti. Masyarakat yang majmuk namun hidup bersatu padu.
Akhir kalam,Bulat kata kerana pembentung bulat kata kerana muafakat. Yang berat sama
dipikul yang ringan sama dijinjing. justeru, marilah kita bersama-sama-sama
menghayati rukun negara dan sekaligus menjadi insan yang berkualiti.Ingatlah,
pepatah Melayu ada mengatakan, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji,pecah semua.
Tepuk dada, tanya minda. Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai