Anda di halaman 1dari 4

“PATRIOTISME PEMACU KEHARMONIAN NEGARA”.

Bismillahirahmanirahim…

Lafaz bismillah pembuka segala, puteri pemidato memulakan bicara.


Sebelum bibir meniti kata membawa wacana “ Patriotisme Pemacu
Keharmonian Negara “ , sekalung aspresiasi saya ucapkan buat
pemimpin dewan yang budiman , kombinasi hakim yang arif lagi
bijaksana , penjaga masa yang setia dengan masanya , guru- guru
pendidik anak bangsa, dan seterusnya, hadirin hadirat sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , salam sejahtera dan
salam keluarga Malaysia .

Sebelum bahtera saya layarkan, sebelum layar saya kibarkan,


sebelum kaki mengatur langkah , sebelum lidah mengatur bicara,
biarlah saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini.

Indikator saya yang pertama , di bawah lembayung kata “


Patriotisme Pemacu Keharmonian Negara ”. Frasa patriotisme
bermaksud semangat cinta akan negara manakala pemacu
keharmonian negara merujuk kepada faktor-faktor yang membawa
kepada negara Malaysia yang harmoni dan aman yakni bebas
peperangan.

Sidang dewan yang penuh santun ,


Jika kita undur kembali ke masa lalu, peristiwa berdarah 13
Mei 1969 menjadi sejarah hitam buat negara Malaysia. Rusuhan
kaum yang dahsyat yang berlaku pada ketika itu mengorbankan
berpuluh nyawa dan kemusnahan harta benda serta keadaan yang
kucar kacir umpama itulah penghujung buat negara Malaysia.
Namun, yang jatuh tak selamanya jatuh. Kini, Malaysia merupakan
antara negara yang dikagumi di persada dunia dek kerana
keharmonian dan keamanan negara yang dapat dibentuk dan
dikekalkan walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup di
bawah satu bumbung yang sama. Benarlah kata orang kejatuhan
yang luar biasa di masa lalu membawa kebangkitan yang luar biasa
di masa depan. Peristiwa 13 Mei 1969 ini mengajar kita betapa
pentingnya perpaduan antara kaum dan perkara aula iaitu semangat
patriotisme. Persoalan yang sering berlegar di gawang minda kita,
bagaimanakah semangat patriotisme dapat menjamin keharmonian
negara?

Sidang dewan yang budiman,

Semangat cinta akan negara yang tinggi dipupuk dalam kalangan


masyarakat Malaysia yang berbilang kaum menjadi asas
kesejahteraan dan keharmonian negara. Hal ini demikian kerana
penyatuan antara masyarakat-masyarakat di Malaysia yang
berganding bahu bagi mempertahankan kedaulatan dan keamanan
negara daripada ancaman luar serta musuh-musuh yang ingin
menjajah negara atau mempersendakan nama baik negara Malaysia.
Dalam pada itu, sikap masyarakat Malaysia yang sanggup berkorban
memperjuangkan negara hingga titisan darah terakhir . Perkara ini
bersesuaian dengan peribahasa “Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh”. Jelaslah, semangat patriotisme menjadi pemacu
keharmonian negara.Perkara ini selari dengan nilai–nilai yang
terdapat dalam idea Aspirasi Keluarga Malaysia cetusan minda
daripada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang mana menyeru rakyat
supaya bersatu padu sebagai sebuah keluarga Malaysia.

Di samping itu, keharmonian yang tercetus daripada semangat


patriotisme dalam diri setiap warganegara Malaysia mampu untuk
memajukan ekonomi negara. Hal ini dapat dijelaskan melalui sinergi
rakyat Malaysia yang bekerja keras dalam pekerjaan seharian mereka
demi menghasilkan laba untuk membentuk ekonomi negara yang
berkembang pesat. Dalam nilai aspirasi keluarga Malaysia turut
menggalakkan rakyat agar bersepakat dan bersatu dalam
menghadapi cabaran termasuklah cabaran ekonomi. Sinergi yang
mantap dalam kalangan rakyat ini dapat menjadikan negara Malaysia
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara luar
kerana kemajuan dan kepesatan ekonomi justeru Malaysia dinobat
sebagai pusat ekonomi hingga ke persada dunia. Tegaslah, kemajuan
dan kemakmuran negara tidak dapat digapai tanpa semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Sebagai pengakhiran hujah, saya ingin menekankan bahawa


semangat patriotisme terhadap setiap masyarakat penting bagi
membentuk sesebuah negara yang aman dan harmoni. Hubungan
erat antara kaum di negara ini harus dijaga sebaik mungkin kerana
perpaduan teras kesejahteraan.Oleh itu, sebarang anasir yang
memecahbelahkan perpaduan antara kaum perlu dielakkan,
sebaliknya peribahasa “ ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah
semua ” perlu dijadikan pedoman dalam kehidupan.
Oleh itu, hadirin bukalah mata dan minda.Tepuk dada, tanyalah
minda, tepuk dahi, fikirlah sendiri. Sekian, wabillah hi taufik wal
hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh….
Pemidato bestari mengundur diri.

Anda mungkin juga menyukai