Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pendahuluan
Buku Asal Mula Konflik Aceh: Dari Perebutan Pantai Timur Sumatra Hingga Akhir
Kerajaan Aceh Abad ke-19 ini adalah merupakan hasil terjemahan oleh Masri Maris daripada
sebuah buku nukilan pengarang Anthony Reid di mana tajuk asalnya adalah The Contest of
Sumatra Aceh, the Netherlands and Britain 1858-1898. Buku ini diterbit oleh Yayasan Obor
Indonesia di Jakarta yang mempunyai dua edisi terbitannya di mana edisi pertama diterbitkan
pada bulan Julai tahun 2005 dan edisi kedua diterbitkan pada bulan November tahun 2007.
Secara keseluruhan, buku ini mempunyai lapan bab yang menerangkan tentang dari
zaman kegemilangan Kerajaan Aceh sehinggalah kemasukan kuasa Barat di Aceh yang
menyebabkan kejatuhan Kerajaan Aceh. Dan saya hanya memfokuskan pada bab empat iaitu
Diplomasi Aceh tahun 1873. Dalam bab empat ini, ia menerangkan secara teliti bagaimana
pemerintah Kerajaan Aceh mempertahankan kerajaannya daripada dikuasai oleh kuasa Barat
dan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 1800-an di Aceh.
2.0 Ringkasan
Pada permulaan bab empat Diplomasi Aceh tahun 1873 ini, ia menerangkan bagaimana
hubungan diplomasi antara Aceh dengan Turki terjalin pada sekitar tahun 1800-an yang
diusahakan oleh Duta Besar Aceh iaitu Habib Abd ar-Rahman az-Zahir. Hubungan diplomasi
yang dijalinkan ini adalah merupakan usaha Kerajaan Aceh untuk mengusir kuasa Belanda di
Aceh. Abd ar-Rahman az-Zahir dikatakan amat dihormati oleh pemimpin di Turki kerana
beliau merupakan seorang sayyid yang mempunyai pertalian darah dengan Sharif Mekah dan
juga seorang yang kaya-raya sehingga mampu memberi modal kepada para pedagang lada di
Aceh dan Penang. Malah beliau amat fasih berbahasa Arab dan pandai meyakinkan orang
serta handal berbahas dengan pihak yang tidak bersependapat dengan beliau tentang sesuatu
perkara yang dilontarkannya.
Usaha jalinan hubungan diplomasi yang diusahakan oleh Abd ar-Rahman ini bermula
pada bulan April 1873 dengan ketibaan beliau di Mekah bagi memperbaiki hubungan lama
dengan Turki dengan menyampaikan sepucuk surat dari Sultan Mahmud iaitu sultan Aceh
pada ketika itu. Isi kandungan surat tersebut juga menyatakan hasrat pemerintah Aceh untuk
memperbaharui status lama Aceh sebagai protektorat Turki iaitu pengakuan daripada Turki
bahawa Aceh adalah sebahagian daripada wilayah Turki yang bertujuan untuk mengusir
Belanda agar tidak menguasai Aceh.
Kemudian Abd ar-Rahman berangkat ke Constantinople pada 27 April 1873 setelah
mendengar peperangan antara Belanda telah berlaku di Aceh dan bergegas bertemu dengan
Menteri Luar Negeri, Safvet Pasha. Setelah beliau menunggu selama dua minggu, barulah
1

beliau dibenarkan untuk mengadap Grand Vizir bagi menyampaikan dokumen-dokumen yang
mencakup surat pengantar daripada Sharif Mekah serta surat daripada Sultan Mahmud
tersebut.
Walau bagaimanapun, pada ketika itu Turki mengalami kemunduran kerana berlakunya
pelbagai kepincangan dalam tampuk pemerintahan Turki di mana Grand Vizir Ali Pasha yang
kuat dan moden telah meninggal dunia (1871) malah berlaku penggulingan Sultan Abdul Aziz
(1876) dan pelbagai konspirasi orang-orang istana berlaku dengan berleluasa serta perluasan
kuasa Barat semakin kukuh di Porte di samping Grand Vizir yang silih berganti bertukar pada
setiap bulan. Namun, perjuangan Aceh ini juga disokong oleh Midhat Pasha iaitu tokoh
reformasi Turki yang terkemuka pada ketika itu dan memegang jawatan di Jabatan Menteri
Kehakiman. Tetapi walaubagaimanapun Turki tidak dapat memberi bantuan sepenuhnya
kepada Aceh kerana kemunduran yang dialami oleh Turki.
Akan tetapi Menteri Luar Negeri, Safvet Pasha, dalam menyelesaikan masalah ini, beliau
lebih gemar bertanyakan pendapat dari negara-negara lain terutamanya pendapat dari Inggeris
mengenai persoalan-persoalan internasional seperti permintaan Aceh ini. Pertama, beliau
mengutus surat kepada Duta Besarnya di London dan memerintahkan beliau untuk meminta
pendapat daripada Granville mengenai hal ini. Kemudian pada 5 Mei 1873, beliau bertanya
pula pada Sir Henry Elliot apakah jawapan terbaik yang perlu diberikan oleh Turki kepada
Aceh. Namun, Sir Henry Elliot berpendapat bahawa Turki tidak memperoleh sebarang
kebaikan pun sekiranya membantu Aceh dalam hal ini. Hari berikutnya, Duta Besar Perancis
juga menyarankan supaya Turki tidak masuk campur dalam urusan Aceh itu. Tanpa dipinta,
Jeneral Ignatiev turut menyatakan pendapatnya (10 Mei 1873) bahawa tidak menyokong
Aceh. Kemudian Abd ar-Rahman juga diusir dari Turki.
Hal ini telah menyedarkan Abd ar-Rahman akan kekuatan Barat di Turki. Kemudian,
beliau mengutus surat kepada sahabatnya di Pulau Pinang yang menekankan supaya
pentingnya orang Aceh berbaik-baik dengan orang-orang Inggeris. Isi kandungan suratnya
menyatakan bahawa Porte sudah bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah ini tetapi
Porte yakin bahawa sekiranya Aceh mendapat sokongan daripada pihak Barat, keinginan
Aceh akan tercapai. Namun, masih tiada sokongan daripada Inggeris, Safvet Pasha terpaksa
berubah haluan dan cuba berunding dengan Wakil Belanda, Heldewier pada 15 Mei, dengan
menjanjikan bahawa tidak akan menghulurkan apa-apa bantuan kepada Aceh. Kemudian,
Menteri Luar Negeri Turki diganti dengan Rashid Pasha. Rashid Pasha pula dinasihati oleh
perwakilan Barat seperti Elliot yang menasihatkan Rashid supaya mengusir Abd ar-Rahman
dengan janji-janji yang kabur agar kelihatan seolah-olah Turki akan mempertimbangkan
permohonan bantuan ketenteraan dan hasrat sultan Aceh itu.
2

Pada awal bulan Jun, Rashid Pasha yang memegang nasihat Elliot telah menyampaikan
khabar kepada Abd ar-Rahman bahawa Aceh terlalu jauh dengan Turki yang menyebabkan
Turki tidak dapat melakukan apa-apa tindakan untuk membantu Aceh. Namun Abd arRahman tetap terus memperjuangkan kemelut yang dihadapi oleh Aceh. Menurut pejabatpejabat Perwakilan Belanda, Abd ar-Rahman menggunakan dokumen lama berbentuk firman
yang ditulis pada tahun 1850 iaitu dokumen yang telah meluluskan permohonan Sultan
Ibrahim untuk dipertimbangkan sebagai vassal Turki. Melalui dokumen lama tersebut, beliau
memohon bantuan secara peribadi daripada Bessim Bey iaitu merupakan negarawan tua yang
amat disanjungi oleh Grand Vizir sekitar tahun 1850 bagi mencari dokumen-dokumen lama
yang berkaitan dengan arkib negara.
Setelah itu, semua dokumen ini dibawa ke sidang Kabinet Turki pada 13 Jun, sehingga
menimbulkan tekanan semula dalam kota tersebut. Walau bagaimanapun, usaha Abd arRahman tersebut seolah-olah tidak berhasil kerana tidak dapat mengubah kedudukan politik
Turki yang lemah dan dokumen yang berbentuk firman tersebut hanya dipandang sebagai
dokumen keagamaan tanpa makna politik sedikit pun. Namun begitu, Abd ar-Rahman masih
belum menyerah dan beliau mendesak Turki supaya sekurang-kurangnya menunjukkan
simpati. Kemudian pada 30 Jun, Rashid Pasha meminta nasihat semula kepada Elliot setelah
memutuskan bahawa berkemungkinan Turki akan mengakhiri sambutan yang diberikan
kepada Abd ar-Rahman di kota itu. Rashid juga mengemukakan bahawa Turki juga
berkemungkinan akan mengirimkan bintang kehormatan kepada Sultan Aceh atau mungkin
akan mengadakan protes rasmi sekiranya Belanda memaksa Sultan Aceh menerima
kedaulatan Belanda dengan alasan bahawa Aceh mendapat pengakuan kedaulatan daripada
Turki pada 20 tahun yang lalu.
Tetapi, Elliot tetap dengan pendirian beliau iaitu tidak akan menyokong tindakan tersebut.
Elliot berpendapat Turki tidak bijaksana kerana membuat keputusan yang tidak mungkin
dapat dilaksanakan dan memperingatkan Turki bahawa kedaulatan Turki ke atas Aceh itu
tidak pernah diumumkan kepada negara-negara lain. Porte terpaksa merangka suatu
rancangan agar tidak membangkitkan kemarahan Belanda dan dapat mengusir Abd arRahman dengan cara yang tidak membahayakan beliau. Duta Besar Rusia menuntut
penjelasan daripada Menteri Luar Negeri tersebut soal Abd ar-Rahman ini. Oleh itu, Rashid
Pasha menunjukkan surat permohonan Aceh tahun 1850 tersebut kepada Ignatiev. Rashid
Pasha juga menyatakan bahawa beliau berada dalam keadaan yang sulit kerana Sultan Aceh
amat disanjungi oleh beliau, Grand Vizir pula berasa ragu-ragu dan Midhat Pasha yang tetap
memperjuangkan kepentingan Aceh yang menyebabkan keadaan beliau tersepit malah beliau
3

turut menyesali sekiranya tindakan beliau akan dianggap sebagai pengkhianat dan tidak
mempedulikan permohonan Aceh ini di mata rakyat Aceh yang amat mengharapakan bantuan
dari Turki.
Kemudian Rashid Pasha menyerahkan surat permohonan bantuan daripada Aceh tersebut
yang dihantar kepada Turki pada tahun 1850 tersebut kepada Duta Besar Rusia untuk
dikirimkan pula kepada pemerintah Belanda di Den Haag. Surat itu juga berisi mengenai
sejarah hubungan Aceh dan Turki dan harapan Aceh agar Belanda tidak akan memusuhi Aceh
lagi pada masa akan datang. Kemudian Rashid Pasha juga mengirimkan surat tersebut kepada
Masurus Pasha yang mewakili Turki di Belanda dan Inggeris pada 11 Ogos. Tujuan besar
surat itu dihantar untuk menjelaskan tindakan Aceh tunduk kepada Turki pada masa lalu
walaupun tanpa pengetahuan Belanda. Atas dasar hubungan persahabatan Turki dengan
Belanda, Porte menawarkan peranan orang tengah kepada Aceh selagi Belanda merasakan
peranan orang tengah ini bermanfaat kepada pemerintah Belanda. Porte mengambil langkah
ini supaya dapat memuaskan kedua-dua belah pihak iaitu Belanda dan Aceh tanpa
mempengaruhi rasa dendam Belanda terhadap Aceh. Hal ini merupakan berita gembira
kepada Belanda yang menganggap bahawa misi Abd ar-Rahman telah gagal. Namun,
gelombang perasaan pan-Islam di Turki ketika itu yang diketuai oleh Abdul Hamid telah
meraih rasa simpati rakyat Turki terhadap Aceh.
Tekanan yang ditimbulkan oleh Abdul Hamid ini telah menggerakkan Porte untuk
mengumumkan bahawa Turki akan menerima secara rasmi kedaulatan negara Sumatra itu
kepada kedutaan-kedutaan besar dengan mengirimkan salinan surat yang dihantar ke Belanda.
Hal ini kelihatan seperti tidak masuk akal kerana ia bercanggah dengan rancangan yng
sebelumnya iaitu tidak dapat membantu Aceh demi menjaga hubungan Turki dengan Belanda.
Gericke telah mempersoalkan hubungan erat antara Turki dengan Aceh dan menyatakan
bahawa niat damai Belanda dan kebijaksanaan Belanda yang liberal dalam bidang keagamaan
menjadikan misi Abd ar-Rahman tidak penting. Malah tersebar pula berita palsu yang
menyatakan bahawa Turki akan menghantar sebuah kapal perang di perairan Sumatra untuk
mengusir musuh Aceh. Hal ini seolah-olah memperkotak-katikkan nasib Aceh yang
mengharapkan bantuan dari Turki.
Tetapi Abd ar-Rahman tetap bertahan di Constantinople sedaya upayanya agar dapat
bertemu dengan Sultan Abdul Aziz atau sekurang-kurangnya dapat memperoleh bintang
penghargaan bagi dirinya dan Sultannya. Akhirnya, pada bulan Disember, setelah Belanda
melancarkan operasinya di Sumatra, beliau diberitahu oleh Turki sebaiknya beliau berangkat
kembali ke Aceh. Beliau dianugerahi bintang penghargaan sederhana (Osmanie kelas kedua)
dan untuk Sultan Aceh hanya diberi sepucuk surat daripada Vizir yang menerangkan bahawa
4

Turki telah berusaha sedaya upaya untuk membantu Aceh. Abd ar-Rahman kemudiannya
berangkat ke Aceh dan menyedari bahawa ketika itu Aceh telah kalah.
Di sebalik sepanjang perjuangan Abd ar-Rahman di Turki, misi beliau juga disokong kuat
oleh bekas panglima perang Aceh yang kaya seperti Teuku Paya dan uleebalang yang kaya
dari Simpang Ulim iaitu Teuku Muda Nyak Malim. Mereka menguruskan perdagangan di
Pulau Pinang dan memiliki perniagaan yang maju di sana. Teuku Paya dan Teuku Nyak
Malim itu membantu Abd ar-Rahman dengan meminjam wang yang kuantitinya amat besar
untuk dikirimkan kepada Habib tersebut. Pemberi pinjaman wang tersebut adalah seorang
Arab yang kaya-raya, Shaikh Ahmad Bin Abdullah Baschaib yang juga bersahabat baik
dengan Abd ar-Rahman. Teuku Ibrahim merupakan anak saudara Teuku Raja Pakeh Dalam
yang cerdas dari Pidie yang tiba di Pulau Pinang sebelum perang diumumkan. Beliau diberi
kuasa rasmi untuk

bertindak dalam perundingan dengan kuasa-kuasa asing oleh Sultan

Mahmud.
Teuku Paya, Shaikh Ahmad dan Teuku Ibrahim merupakan pemimpin yang efektif
bertindak sebagai pembentuk politik luar negeri Aceh dalam masa enam bulan antara ketika
ekspidisi Belanda yang pertama dan kedua ke Aceh. Mereka gemar menjemput orang Aceh
yang lain ke Pulau Pinang untuk solat bersama dan bermusyawarah untuk membahas
persoalan mengenai Aceh. Pada bulan September 1873, terbentuk sebuah kelompok yang
terdiri daripada lapan orang telah menandatangani surat untuk bertemu secara teratur yang
diketuai oleh Teuku Ibrahim dan kelompok ini

digelar sebagai Dewan Lapan. Mereka

berfungsi sebagai penyalur usaha-usaha mempertahankan Aceh sehingga pertengahan 1874.


Lima anggota Dewan Lapan yang lain adalah dua orang Aceh iaitu Nyak Abu dan Panglima
Perang Haji Yusuf, dua orang Muslim India kelahiran Pulau Pinang Gullalmeidin dan Umar
dan seorang Arab kelahiran Pulau Pinang juga iaitu Shaikh Kasim. Usaha mereka adalah
untuk meraih sokongan daripada orang Aceh untuk melawan Belanda. Mereka juga telah
menginspirasi pembentukan pan-Indonesia untuk menentang Belanda.
Belanda sebenarnya telah meletakkan mata-matanya untuk memperhatikan gerak-geri
orang Aceh di Pulau Pinang. Belanda menempatkan George Lavino di bawah Konsul-Jeneral
Read untuk mengumpulkan maklumat mengenai aktiviti orang Aceh dan para pedagang yang
tinggal di Pulau Pinang. Lavino melaporkan kepada Belanda bahawa sebahagian besar
pedagang Eropah mengharapkan Aceh dapat menentang Belanda dan tidak kurang juga ada
yang menyokong Aceh secara terbuka dan anti-Belanda. Lavino bimbang hal ini akan
menguatkan lagi perpaduan orang Aceh untuk menentang Belanda tanpa berputus asa. Para
pemimpin Aceh amat menyedari bahawa mereka amat memerlukan sekutu angkatan laut yang
kuat yang terdiri daripada kuasa besar sekiranya ingin memenangi pertempuran mengusir
5

Belanda. Oleh itu, Sultan Mahmud meminta bantuan daripada wakil-wakil kuasa besar
setempat yang paling banyak berhubungan dengan Aceh iaitu Inggeris, Perancis dan Amerika
Syarikat melalui utusan surat. Pelbagai usaha dan pendekatan yang digunakan oleh
pemimpin-pemimpin Aceh untuk meminta bantuan daripada ketiga-tiga kuasa besar tersebut.
Namun, ketiga-tiga kuasa besar itu enggan masuk campur dan usaha mereka itu sia-sia sahaja.
Mereka turut berharap kepada Abd ar-Rahman agar berjaya memperoleh persetujuan daripada
Turki untuk membantu perjuangan Aceh. Namun, semua harapan itu hampa kerana Turki juga
tidak dapat membantu Aceh.
Walaubagaimanapun, utusan-utusan Aceh telah berjaya membangkitkan semangat
perjuangan dalam diri orang Aceh untuk menentang Belanda atas dasar agama yang
kemudiannya berkembang menjadi nasionalisme dan juga berhasil mengumpulkan sekutu
untuk melawan Belanda yang berada di sekitar Aceh sahaja, dari kalangan suku Gayo di
daerah pergunungan yang sememangnya di bawah kekuasaan politik Aceh. Walaupun mereka
bukan beragama Islam, tetapi perasaan anti-Barat menjadikan mereka bersemangat untuk
menentang Belanda.
3.0 Ulasan
Pada pendapat saya, jika dilihat dari sudut positif, tahun 1873 ini jelas memperlihatkan
bahawa para pemimpin di Aceh dan utusan Aceh mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi untuk mempertahankan kedaulatan kerajaan Aceh daripada dijatuhkan oleh kuasa
Belanda. Kekuatan agama yang dipegang oleh mereka menjadikan mereka utuh bersatu pada
dalam meneruskan perjuangan ini seperti yang dilakukan oleh Teuku Ibrahim iaitu menjemput
orang Aceh ke Pulau Pinang untuk solat bersama dan kemudian berbincang mengenai
masalah yang dihadapi oleh Aceh. Mereka tidak berputus asa walaupun usaha mereka
berakhir dengan kekecewaan apabila permohonan untuk memohon bantuan daripada pihak
luar seperti Turki, Inggeris, Perancis dan Amerika Syarikat gagal kerana kuasa-kuasa besar
tersebut enggan memberi bantuan. Selain itu, terhasilnya Perjanjian London 1824 di mana
Aceh dijadikan sebagai daerah sempadan antara kekuasaan Inggeris di Melaka dengan
Bengkulu yang diserahkan oleh Inggeris kepada Belanda. Keadaan tersebut tidak bertahan
lama kerana terdapat kepentingan bagi Belanda yang berniat untuk menduduki Aceh sehingga
menimbulkan penentangan rakyat Aceh.
Selain itu, tercetusnya perang saudara dan pemberontakan di Aceh yang menyebabkan
keadaan Aceh huru-hara, namun Aceh masih mampu bertahan daripada dikuasai Belanda. 1
1

Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm 303.

Hura-hara tercetus apabila Belanda berasa berhak atas daerah Sumatra Timur yang diperoleh
dari Sultan Siak sebagai upah membantu Sultan dalam perang saudara melalui Perjanjian Siak
pada tahun 1858, sementara Aceh berpendapat bahawa daerah terebut adalah merupakan
merupakan wilayahnya. Sejak Terusan Suez dibuka pada tahun 1869 di perairan Aceh, ia
menjadi laluan yang penting kepada Eropah untuk ke Asia. Kemudian terhasilnya Perjanjian
Sumatra pada tahun 1871 yang menyatakan bahawa Inggeris tidak akan menghalang usaha
Belanda untuk meluaskan kekuasaannya sehingga ke Aceh. 2 Kemudian Aceh pula berusaha
untuk mencari bantuan dengan mengirim utusan ke Turki iaitu Abd ar-Rahman. Selain itu,
Aceh juga menjalin hubungan dengan perwakilan negara Amerika Syarikat dan Itali di
Singapura.3 Tindakan Aceh ini telah mencemaskan Belanda dan kemudiannya Belanda
menuntut Aceh agar mengakui kedautalan Belanda. Namun Aceh enggan memenuhi tuntutan
tersebut sehingga Belanda melakukan penyerangan terhadap Aceh. Dapatlah diperkatakan di
sini bahawa sifat perlawanan Aceh ini terdapat dua jenis iaitu politik dan keagamaan di mana
ia bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan Aceh. Perlawanan politik dipimpin oleh para
bangsawan yang bergelar Teuku dan golongan sayyid seperti Abd ar-Rahman. Jelaslah di sini
bahawa Aceh yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang efektif dan amat tegar dalam
mempertahankan kedaulatan kerajaan Aceh pada ketika itu.
Dalam lipatan sejarah Indonesia, Kesultanan Aceh merupakan kesultanan yang sukar
ditumpaskan oleh Belanda berbanding kesultanan lain yang terdapat di Indonesia pada waktu
itu seperti Kesultanan Maluku, Matarama, Jogja, Sulawesi dan sebagainya. 4 Malah pada
ketika itu juga keadaan di Aceh semakin huru-hara kerana penuh dengan peperangan dan
pemberontakan serta perang saudara. Kerajaan Aceh semakin lumpuh namun masih dapat
bertahan daripada dijajah sehinggalah pada tahun 1903. 5 Tidak kira sekuat mana rakyat Aceh
dan sultannya memperjuangkan kedaulatan Aceh, namun Aceh tetap jatuh ke tangan Belanda
juga. Di sini dapat kita lihat setelah gugurnya panglima perang iaitu Tengku Omar dan
Panglima Polim sehingga penyerahan Sultan Muhammad Daud Alaiddin Syah kepada
Belanda secara rasmi pada 20 Januari 1903 di bawah pemerintahan Hindia-Belanda. Hal ini
2

Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Nutosusanto (2008). Sejarah Nasional


Indonesia IV: Kemunculan Penjajahan di Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka. Hlm. 285
3

Sartono Kartodirjo (1973). Sejarah Perlawanan-Perlawanan Terhadap Kolonialisme.


Jakarta: Pusat Sejarah ABRI. Hlm. 240
4

Uka Tjandrasasmita (2009) . Arkeologi Islam di Nusantara. Jakarta: Kepustakaan Populer


Gramedia (KPG). Hlm. 43
5

Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu: Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm. 303

berlaku adalah disebabkan oleh kelicikan Belanda di mana Sultan Muhammad Daud terpaksa
menyerah diri kerana Belanda menculik dan menyeksa isteri-isteri baginda.6
Di samping itu, para ulama juga memainkan peranan penting dalam perjuangan
mempertahankan kedaulatan Aceh. Pada abad ke-19 terutamanya ketika peperangan dengan
Belanda, munculnya karya para ulama yang memfokuskan pada patriotisme dan semangat
nasionalisme untuk melawan penjajah7 menghasilkan karya yang telah menyuntik semangat
rakyat Aceh untuk terus melawan Belanda seperti hasil karya Tengku H. Chik Muhammad
Pante Kulu (Hikayat Prang Sabi) dan Tengku Nyak Ahmad (Hikayat Prang Compeuni) serta
Tengku Chik Pantee Geulima (Hikayat Maleem Dagang) sehingga melahirkan para mujahid
dan shuhada yang tidak takut mati.8
Semasa Snouck Hurgronje berkhidmat untuk Belanda iaitu seorang pegawai yang amat
pakar dalam pengajian tentang Islam dan merupakan doktor teologi dari Uuniversiti Leiden,
membuat laporan kepada Belanda bahawa para ulama dan uleebalang atau teuku mempunyai
kebergantungan antara satu sama lain yang tinggi yang menjadikan mereka kuat untuk
menentang Belanda. Snouck telah menyarankan Belanda supaya bersikap lunak dengan
golongan uleebalang dan menyingkirkan golongan ulama dan teuku. 9 Hal ini telah
menyebabkan perpecahan antara dua golongan tersebut dan melemahkan gerakan
nasionalisme di Aceh. Namun, Perang Aceh dengan Belanda berterusan sehingga tahun 1903
yang diakhiri dengan penyerahan oleh Sultan Muhammad Daud Syah kepada Belanda.
4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan, dapat saya simpulkan bahawa dalam lipatan sejarah di Indonesia,
tahun 1873 adalah merupakan saat genting bagi Aceh kerana kekuasaan Belanda yang
semakin kuat di Aceh tetapi kekuatan Aceh semakin menurun pada abad ke-19 ini. Meskipun
begitu, para pemimpin di Aceh tetap bersatu padu untuk mempertahankan kedaulatan ibu
pertiwinya daripada dijajah oleh Belanda. Tahun 1873 ini memperlihatkan semangat tidak
putus asa para pejuang di Aceh untuk menyelamatkan Aceh daripada kekuasaan Barat. Yang
mengkagumkan saya adalah dalam jangka masa yang lama Aceh dapat bertahan daripada
6

Mohammad Said (1961). Atjeh Sepanjang Abad (Jilid 1). Medan: Mohammad Said. Hlm
631
7

Hermansyah (2013). Karakteristik Manuskrip Aceh-Jawi di Nusantara. Dalam Seminar


Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan (m.s. 10). Banda Aceh: IAIN ArRaniri.
8

Nugruho Dewanto (2011). Daud Beureureh: Pejuang Kemerdekaan Yang Berontak.


Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia (KPG). Hlm. 72
9

Ibid. Hlm. 79

pelbagai bentuk serangan Belanda terutamanya pada abad ke-19 ini di mana ia merupakan
abad yang genting kerana tiada bantuan daripada kuasa luar untuk membantu Aceh daripada
serangan Belanda.

Anda mungkin juga menyukai