Anda di halaman 1dari 2

NUR AFIQAH BINTI AZRI (D20121058809)

Tajuk: Sejarah Pembangunan Kedah dan Johor Pada 1800-an hingga 1900-an

1.1 Pengenalan

Negeri Kedah dan Johor mengalami zaman transisi iaitu dari zaman tradisional ke zaman moden
pada tahun 1800-an hingga 1900-an. Pembangunan rancak digiatkan dalam tempoh tersebut oleh
tokoh pembangunan di negeri masing-masing iaitu Wan Muhammad Saman di Kedah dan
Muhammad Salleh Perang di Johor. Pembangunan yang dilaksanakan oleh Wan Muhammad
Saman dan Muhammad Salleh Perang mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosial. Kedua-dua
Kerajaan ini telah berkembang secara berperingkat hingga kurun ke-19. Transformasi yang
berlaku secara total ini telah membawa kepada perubahan perkembangan dari aspek politik,
ekonomi dan sosial dalam kerajaan tersebut. Corak transformasi Kedah dan Johor ini juga dapat
dilihat bersifat turun naik berdasarkan kepada lima fasa yang berbeza di mana setiap fasa
mempunyai peristiwa-peristiwa yang tertentu. Berdasarkan pandangan Abdul Latif, beliau
menerangkan peranan sumber air dan pembinaan terusan oleh Wan Muhammad Saman sebagai
faktor penting terhadap perkembangan penanaman padi di Kedah.

Hal ini demikian kerana, melalui pembinaan tersebut maka segala kegiatan ekonomi di
negeri tersebut telah dapat berkembang sesuai dengan peredaran masa. Antaranya seperti
penanaman padi, pertanian, perdagangan dan sebagainya. Keadaan ini berbeza dengan corak
perkembangan kerajaan negeri Johor yang banyak di warnai dengan peranan pemerintahan
kerajaan British di samping peranan kepimpinan di Johor. Perkara ini telah diketengahkan oleh
Mohd Samsudin yang menegaskan bahawa pihak British sememangnya banyak menyumbang
kepada pembangunan di Johor. Ini termasuklah beberapa kegiatan ekonomi komersial yang
dibuka di Johor dan membawa masuk buruh cina dan India untuk memajukannya. Hasil daripada
pengenalan corak atau aktiviti ekonomi komersial tersebut maka ia telah menyokong kepada
pembangunan seterusnya memacu pemodenan kerajaan Johor menjelang abad ke-19.1 Justeru itu,
saya melihat bahawa corak pembangunan negeri Kedah dan negeri Johor mempunyai beberapa

1
Mohd. Sarim Haji Mustajab, “Malay Elite Participation in the Johor Civil Service: Its Origins and Development
until the 1930’s,”, JEBAT 21, 1993, 67-82.
aspek perbezaan yang berbeza dan hal ini akan saya jadikan paksi atau dasar dalam perbincangan
seterusnya dalam kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai