Anda di halaman 1dari 5

KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS

1. 1. 1 TUGASAN 1: PENULISAN ILMIAH 1.0 PENGENALAN Kerajaan-kerajaan awal


di Tanah Melayu seperti kerajaan Kedah Tua, Perak, Pahang telah berkembang seiring
dengan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Kemajuan dari sudut politik, ekonomi
dan sosial telah membawa kepada pembukaan sebuah empayar yang berjaya dan
gemilang. Kegemilangan kerajaan bukan hanya kerana faktor pemimpinnya sahaja,
namun juga turut memerlukankan sumbangan daripada orang luar seperti pedagang dan
orang dalam iaitu rakyat jelata yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Kemajuan
yang dikecapi pada masa silam telah dapat kita rasai pada hari ini dengan kewujudan
kerajaan-kerajaan tersebut. Sejarah ini membuatkan semangat kita untuk terus ingin
mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara agar negara kita terus kekal bertahan
sehingga beratus-ratus tahun lamanya. 1.1 KERAJAAN KEDAH TUA Menurut
Nornizam (2015), kerajaan Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan yang tertua di dunia.
Pemerintah pertama kerajaan ini yang memeluk agama Islam iaitu Sultan Muzaffar Shah
pada sekitar abad ke-12. Baginda merupakan seorang pemimpin yang bijak dengan
membahagikan Kedah Tua kepada tiga pusat pentadbiran yang ditadbir oleh putera-
putera baginda iaitu Kota Palas (Kubang Pasu sekarang), Langkawi dan Kota Ulu (Haji
Buyong, 1980). Kedah Tua turut dikenali dalam nama-nama lain. Pedagang Arab
menyebutnya sebagai Kalah atau Kalah Bar, manakala pedagang India memanggilnya
sebagai Kataha, Kalagam atau Kadaram (Ahmad Fawzi, Mohd Fo’ad & Azami, 2006).
Setiap pedagang yang datang dari pelbagai arah samaada timurdan darat memanggil
Kedah Tua dengan nama yang berbeza-beza selari dengan bahasa pengantar mereka. Hal
ini kerana ketika itu Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan yang masyhur dengan
kemajuan pelabuhan dan perdagangannya yang menarik ramai pedagang asing. Menurut
Harun Jaafar (2009), kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan
semasapemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Kegemilangan ini dibuktikan
dengan kejayaan baginda mengasaskan mata wang perak, membawa manik dari India dan
barangan kaca dari kawasan Timur Tengah.
2. 2. 2 1.2 PERKEMBANGAN KERAJAAN KEDAH TUA SEHINGGA MEMBAWA
KEMAJUAN YANG BERTERUSAN 1.2.1 POLITIK Kerajaan Kedah Tua telah
diperintah oleh sultan-sultan yang berwibawa, berkaliber, dan unggul. Sultan-sultan
kerajaan Kedah Tua memegang takhta dengan adil, baik hati dan sentiasa prihatin akan
masalah rakyat baginda. Sebagai contoh, Sultan Muzzil Shah yang memerintah Kedah
Tua sekitar kurun ke-11 dikatakan merupakan seorang pemimpin yang adil dan pemurah
yang telah membawa kepada kerukunan dan keamanan di negeri tersebut. Disebabkan
kemakmuran kerajaan yang dipimpin baginda Sultan Muzzil Shah, ramai orang dari
Sumatera, Jawa dan India datang menetap di sana (Haji Buyong, 1980). Kepelbagaian
masyarakat yang wujud ketika itu melambangkan kerajaan tersebut mampu menjadi
tempat perkumpulan individu pelbagai bangsa dan agama. Perluasan kuasa juga giat
dijalankan oleh pemimpin-pemimpinkerajaan Kedah Tua sekitar 670 M. Menurut
Nornizam (2015), kerajaan Kedah Tua menguasai Pantai Barat Semenanjung dari Kedah
hingga ke Beruas. Perluasan kuasa bertujuan mengembangkan kawasan jajahan takluk di
samping menambahkan sumber ekonomi dengan cukai. Perluasan kuasa juga
menunjukkan kekuatan dan kewibawaan sultan dalam sesebuah kerajaan tersebut. Selain
itu, langkah bijak yang diambil oleh sultan-sultan dalam menjalinkan hubungan
persahabatan dengan negara musuh juga merupakan faktor kemajuan kerajaan Kedah Tua
ketika itu. Pada kurun ke-18, Siam telah menyerang Kedah kerana keengganan Kedah
akur kepada kuasa Siam. Sultan Kedah memacu langkah untuk menghadiahkan ‘Bunga
Mas’ kepada kerajaan Siam agar hubungan yang baik dan keselamatan kerajaan
terpelihara (Ahmad Fawzi, Mohd Fo’ad & Azami, 2006). Selain daripada menangani
ancamandaripada Siam, hubungan ini juga dilihat mampu menangkis serangan daripada
kuasa-kuasa luar yang lain. Dengan adanya pemimpin yang berkredibiliti tinggi dan
corak pemerintahan yang bijak, sesebuah kerajaan mudah dikendalikan dengan adanya
sokongan dan kemakmuran masyarakat. Rancangan-rancangan pembangunan kerajaan
juga dapat dijalankan dengan lancar dan seterusnya membawa kepada kemajuan yang
berterusan sehingga ke hari ini. Tanpa adanya pemerintah yang berwibawa, sesebuah
3. 3. 3 kerajaan atau negara mempunyai peluang yang tipis untuk kekal maju dan
membangun. 1.2.2 EKONOMI Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan maritim yang
mana pelabuhan dan perdagangan merupakan elemen-elemen penting dalam kemajuan
ekonominya. Menurut Lisa Yip Shukye & Jais (2012), pelabuhan utama Kedah Tua ialah
Sungai Mas dan berpindah ke Lembah Bujang sekitar abad ke-14 kerana pemindahan
pusat pentadbiran Kedah Tua ke kawasan tersebut. Pelabuhan di Lembah Bujang menjadi
laluan utama pedagang dari Arab, Parsi, India kerana tarafnya sebagai sebuah pelabuhan
entrepot. Ia juga bertindak sebagai tempat persinggahan kepada para pedagang dari utara
Selat Melaka sebelum meneruskan pelayaran ke timur. Kesibukan dan kemajuan
pelabuhan Kedah Tua dalam aktiviti pertukaran dan penjualan barangan juga menjadi
faktor kegemilangan ekonominya. Menurut Ahmad Fawzi, Mohd Fo’ad & Azami (2012),
emas, bijih timah, damar, rotan, lada hitam, tanduk, gading gajah merupakan antara
barangan dan hasil tempatan yang diperdagangkan. Manakala pedagang asing pula
membawa barangan seperti kain kapas, tembikar, barangan kaca, manik dari pelbagai
negara. Pertukaran barangan mengakibatkan pertambahan teknologi dan pengetahuan
kepada kedua-dua pihak. Pengetahuan baharu yang diperolehi daripada pedagang asing
dijadikan alat untuk membangunkan kerajaan sendiri agar kemajuan dapat dicapai.
Gunung Jerai yang menjadi panduan kepada pedagang untuk belayar menuju ke
pelabuhan Kedah Tua juga menjadi aset utama kerajaan tersebut dalam kemajuan
perdagangan dan pelabuhannya. Ia menganjur dari Tanjung Jaga ke pinggir laut yang
memberikan lambang atau petunjuk kepada pedagang dalam menentukan arah untuk
berlabuh di Kedah Tua. Kedudukannya yang signifikan ini telah memberikan kelebihan
kepada kerajaan Kedah Tua dalam penambahan bilangan pengunjungnya. Apabila
bilangan pedagang bertambah, maka tidak mustahil ekonomi kerajaan semakin kukuh
dan stabil. Pengamalan Undang-Undang Laut Melaka dalam sistem pelabuhan juga
menjadi faktor kehebatan pengendalian pelabuhan kerajaan Kedah Tua. Undang- Undang
Laut Melaka yang merangkumi perkara-perkara seperti peraturan pelayaran, tatacara jual
beli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda dan sebagainya menjadi rujukan kepada para
penjual, pembeli, pihak berkuasa dalam menjalankan aktiviti perdagangan (Shamsiah &
Siti, 2009). Tujuan utama pengamalan undang-undang ini adalah untuk menjamin
keselamatan perdagangan di pelabuhan dan menjaga
4. 4. 4 kepentingan semuapihak. Dengan adanya jaminan keselamatan oleh pihak tempatan,
sudah tentu pedagang tidak akan teragak-agak untuk melakukan aktiviti perdagangan di
kawasan tersebut. Selain itu, pada masa itu juga telah wujud sistem sukat dan pengenalan
mata wang dalam memudahkan urusan jual beli. Sistem sukatan yang telah mula
digunakan iaitu kapal, cupak, gantang, gahara, kunca dan naleh. Manakala mata wang
yang diperkenalkan ialah Tra yang diperbuat daripada bijih timah, wang lembu daripada
emas dan mata wang berbentuk ayam jantan yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad
Jiwa (Ahmad Fawzi, Mohd Fo’ad & Azami, 2012). Sistem-sistem ini telah berjaya
memudahkan lagi urusan perdagangan dan jual beli dalam kerajaan tersebut kerana
ekonominya yang kukuh dan peranan pelabuhan yang dapat bertahan sehingga abad ke-
18. Pengukuhan sistem ekonomi menjadi landasan utama kemajuan sesebuah kerajaan.
Bukan sahaja ia memberikan manfaat kepada pemerintah dan rakyat, malah ia juga
berfungsi dalam mengukuhkan keselamatan kerajaan secara amnya. Kestabilan ekonomi
membawa kepada penambahan sistem tentera dan pertahanan yang kukuh, maka
keamanan negara juga turut terpelihara. 1.2.3 SOSIAL Dalam bidang sosial pula,
kerajaan Kedah Tua yang didiami penduduk berbilang bangsa dan rumpun hidup bersatu
secara aman. Ketenteraman masyarakat majmuk ini hasil daripada pucuk pimpinan yang
dipercayai dan bijak dalam menyusun pentadbiran yang tidak melebihkan kepentingan
mana-mana pihak. Perkahwinan campur orang tempatan dan pedagang asing juga berlaku
kerana mereka menetap di kawasan tersebut. Selain itu, disebabkan kerajaan Kedah Tua
merupakan sebuah kerajaan Islam pada masa lampau, kemungkinan juga mula wujud
institusi pendidikan Islam seperti sekolah pondok, madrasah dalam usaha meluaskan dan
menyebarkan agama tersebut. Para ulama dari Semenanjung Tanah Arab juga giat
berkunjung dan menyebarkan dakwah mereka. Maka, wujudlah sebuah institusi yang
menjadi tempat ilmu agama tersebut diajar dan dituntut oleh masyarakat tempatan.
Infrastruktur lain seperti klinik, pejabat pentadbiran, jalan raya, sekolah dan sebagainya
juga telah wujud seiring dengan kemajuan ekonomi yang dikecapi oleh kerajaan ini.
Pendapatan negara yang dikaut digunakan untuk membina semua
5. 5. 5 kemudahan dan infrastruktur ini agar kerajaan tersebut akan terus bertahan. Hal ini
kerana semua kemudahan tersebut adalah demi kepentingan rakyat dan negara. Oleh itu,
perkembangan dalam bidang sosial juga telah membuka jalan kepada kerajaan Kedah
Tua untuk terus membangun dan bertahan. Kemajuan bidang sosial juga penting kerana
ia memberikan gambaran kepada dunia luar bahawa sesebuah kerajaan tersebut
mengambil berat mengenai hak dan keperluan rakyatnya, terutamanya dalam penyediaan
keselesaan dan kemudahan perkhidmatan. Ia juga memberikan keyakinan kepada rakyat
asing untuk datang dan menyaksikan sendiri betapa berkembangnya sesebuah kerajaan
tersebut. Jika pada masa tersebut sultan- sultan tidak menitikberatkan kebajikan
rakyatnya, kemungkinan pada hari ini negeri Kedah sudah lenyap dan hilang kerana
tiadanya sumbangan rakyat dalam membantu pemerintah dalam membangunkan negara.
1.3 KERAJAAN BERUAS Menurut Norsharuddin Sapian (2009) dan Wikipedia Gangga
Negara, kerajaan Beruas dikatakan telah diasaskan oleh seorang putera dari Acheh iaitu
Malik Al- Mansur yang dibuang negeri oleh kekandanya Sultan Malik Al-Mahmud.
Kemudian Malik Al-Mansur telah menamakan kerajaan ini sebagai Beruas bersempena
dengan nama pokok yang menjadi tempatnya berteduh. Ia terletak kira-kira 40 kilometer
dari Lumut, Perak dan telah pun wujud sekitar abad kedua Masihi (Abdul Rahman
Ismail, 2005). Menurut catatan, Beruas merupakan salah satu wilayah takluk kerajaan
Gangga Negara yang telah wujud sekitar 150M. Gangga Negara merupakan sebuah
kerajaan Hindu Lama yang telah lenyap dan tidak dapat dibuktikan dengan tepat sejarah
kewujudan. Ada pihak yang mengatakan kerajaan Gangga Negara kemudiannya wujud
sebagai kerajaan Melayu-Islam yang dikenali sebagai Beruas pada masa ini. Menurut
Wikipedia Gangga Negara, kerajaan ini musnah akibat serangan daripada Raja Rajendra
Chola I dari India Selatan sekitar abad kedua Masihi selari dengan kemunculan kerajaan
Beruas pada waktu yang sama.
6. 6. 6 1.4 PERKEMBANGAN KERAJAAN BERUAS SEHINGGAMEMBAWA
KEMAJUAN YANG BERTERUSAN 1.4.1 POLITIK Penemuan makam diraja di
kawasan Kampung Kota menunjukkan kerajaan Beruas mempunyai kesultanan dan raja
pada masa lampau. Menurut kajian Norsharuddin Sapian (2009), makam-makam diraja
yang dipercayai milik Raja Beruas I dan Raja Beruas II terdapat di tapak pintu gerbang
kerajaan Beruas sehingga hari ini masih kelihatan jelas. Jelaslah ketika itu wujud
pemerintahan diraja yang menjadi pemimpin kepada kerajaan Beruas ini. Di samping itu,
para arkeologi turut menemui istana di kawasan Beruas yang menguatkan lagi fakta ini.
Kewujudan makam diraja ini membuktikan Beruas dahulunya diperintah oleh sultan-
sultan, atau dalam erti kata lain, kerajaan ini mengamalkan sistem pemerintahan monarki
di mana sultan yang memerintah adalah daripada keturunan atau waris yang sama.
Rentetan itu, memandangkan Beruas merupakan sebuah kerajaan Islam, maka sultan
berperanan dalam segala hal agama dan adat istiadat Islam serta istana. Walaupun kini
Beruas tidak lagi menggunakan sistem pemerintahan monarki, sumbangan sultan amat
besar kerana sultan berperanan sebagai pendamai dan pengaman dalam sesebuah
kerajaan. Sultan yang bertindak sebagai hakim tertinggi menjadikan kerajaan tersebut
lebih tenteram dan adil agar rakyat jelata terus dapat hidup dalam kemakmuran. Tanpa
adanya sultan pada masa itu, mungkin kerajaan Beruas sudah lama mengalami kepupusan
atau lenyap kerana diambil alih kuasa oleh kerajaan lain atau ditinggalkan oleh
penduduk. 1.4.2 EKONOMI Para penyelidik yang melakukan kajian dan penyelidikan
terhadap kerajaan Beruas menemui banyak artifak purba yang ditinggalkan oleh kerajaan
ini. Antaranya seperti barangan tembikar, tembaga, mata tampang, periuk tanah, batu
giling dan sebagainya yang dipercayai berasal daripada pelbagai negara asing. Menurut
Norsharuddin Sapian (2009), Muzium Beruas ditubuhkan bagi memelihara khazanah dan
tinggalan-tinggalan artifak agar menjadi bukti dan tatapan umum mengenai keberadaan
kerajaan ini.
7. 7. 7 Dengan adanya barangan-barangan tembikar dan tembaga ini, ia jelas mempamerkan
kepada kita bahawa kerajaan ini telah menjalankan aktiviti perdagangan ketika itu.
Aktiviti perdagangan yang dijalankan pula melibatkan pedagang asing kerana kedudukan
Beruas yang hampir dengan Lembah Kinta dan daerah-daerah yang menjalankan
pelabuhan entrepot. Ia memberikan kelebihan kepada Beruas dalam aspek ini kerana para
pedagang asing yang berkunjung untuk berdagang di pelabuhan-pelabuhan ini akan turut
singgah dan menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan terdekat. Kemajuan
yang dicapai dalam bidang perdagangan ini dilihat memberikan sumbangan sehingga
kini. Negeri Perak terkenal dengan pelabuhan yang sibuk dan maju serta hasil bumi yang
tidak berkesudahan. Sumbangan penduduk dahulu yang membangunkan ekonomi
perdagangan ini menjadikan negeri Perak maju dan berterusan mengecapi kesenangan.
1.4.3 SOSIAL Dengan kedatangan Islam dalam kerajaan yang menggantikan Gangga
Negara ini, maka muncullah institusi-instiusi pendidikan seperti sekolah pondok,
madrasah dan sebagainya yang berfungsi sebagai tempat mendalami ilmu agama. Selain
itu, masjid dan surau juga dibina seiring dengan kemunculan agama Islam dalam kerajaan
ini. Penduduk tempatan menjalankan aktiviti agama dalam tempat- tempat ini. Pembinaan
tempat keagamaan ini diperkukuh sehingga kini dengan pembinaan masjid seperti Masjid
As-Saadah Pekan Beruas (Wikipedia, 2006). 1.5 RUMUSAN Kesimpulannya, kerajaan-
kerajaan awal di Tanah Melayu memberikan sumbangan kepada kerajaan-kerajaan
baharu dalam segala aspek termasuklah politik, ekonomi dan sosial lazimnya. Kerajaan-
kerajaan ini menjadi pemangkin dan dijadikan contoh oleh kita hari ini dalam mengurus
tadbir negara dengan kaedah yang lebih baik dan strategik. Hal ini penting kerana ia
menjadi kunci kepada kekukuhan dan kekuatan sesebuah negara untuk terus bertahan
menongkah arus pemodenan. Pemimpin hari ini harus sekali sekala menoleh ke belakang
meneliti dan mengambil iktibar daripada sejarah negara agar segala yang baik dijadikan
panduan dan rujukan dalam menjalankan aktiviti pentadbiran negara.
Recommended

Anda mungkin juga menyukai