Anda di halaman 1dari 12

Menggunakan Sumber Sekunder

Ada satu daya tarikan yang kuat dalam satu kelas sejarah (a history class) untuk mempercayai bahawa
jawapan-jawapan kepada semua persoalan itu boleh ditemui dalam buku teks dan bahawa objek bagi
proses itu ialah mempelajari buku teks. Sementara ia memungkinkan anda mendekati (approach) arah ini
dalam cara begitu, anda tidak akan mempelajari banyak perkara oleh kerana anda akan menjadi seorang
penerima pengetahuan yang pasif, lebih daripada seorang peserta yang aktif dalam proses
pembelajaran, dan itu sebetulnya bermakna lebih banyak kerja untuk anda oleh kerana anda akan
melakukan lebih kerja daripada yang anda perlukan. Seksyen ini direncanakan untuk menolong anda
menggunakan buku teks dengan lebih cekap dan lebihefektif.

I. Tiga Cara Menggunakan Satu Sumber Sekunder

A. Sebagai Satu Koleksi Fakta-Fakta

Gunakan satu sumber sekunder jika anda perlu mencari satu jenis maklumat tertentu dengan cepat.
Anda mungkin perlu tahu misalnya, bilakah Ghengis Khan hidup, dalam tahun apakah mesin kapas
direka atau populasi London pada tahun 1648.

B. Sebagai Satu Sumber Bahan Latar Belakang (Background Material)

Jika minat anda difokuskan pada satu subjek, tetapi anda perlu tahu sesuatu mengenai apa lagi yang
berlaku pada masa itu atau apa yang berlaku sebelum itu, anda boleh menggunakan satu sumber
sekunder untuk mencari bahan-bahan latar belakang yang anda mungkin perlukan. Misalnya, jika anda
menulis mengenai 95 Tesis Luther (Zaman Reformation di Eropah), anda seharusnya menggunakan satu
sumber sekunder untuk menolong anda memahami Gereja Katolik pada Zaman Renaissance.

C. Sebagai Satu Tafsiran

Oleh kerana fakta-fakta tidak "bercakap" sendiri, adalah perlu untuk ahli-ahli sejarah memberikannya
beberapa bentuk dan meletakkannya dalam susunan yang orang boleh fahami. Ini dipanggil satu tafsiran
(an interpretation). Banyak sumber sekunder menyediakan tidak hanya maklumat tetapi juga satu cara
memberi makna kepada maklumat itu. Anda seharusnya menggunakan satu sumber sekunder jika anda
ingin memahami bagaimana seorang ahli sejarah memberi makna kepada satu peristiwa, orang atau
trend tertentu.

II. Menggunakan Tafsiran

Satu daripada tugas yang sangat penting dalam membaca satu sumber sekunder ialah mencari dan
memahami tafsiran pengarang tertentu. Bagaimanakah pengarang tertentu meletakkan fakta-fakta
bersama-sama supaya ia mempunyai makna?

A. Mencari Tafsiran

Pengarang-pengarang yang baik mahu mengkomunikasikan tafsiran mereka. Disebabkan alasan untuk
menulis sebuah buku atau artikel ialah untuk mengkomunikasikan sesuatu kepada seseorang yang lain,
seorang pengarang yang baik akan membuat tafsiran yang mudah untuk dicari.

1. Dalam Satu Esei

Dalam satu esei, khususnya esei yang ringkas, seorang pengarang seringkali akan menyatakan tafsiran
sebagai sebahagian daripada pernyataan tesis. Pernyataan tesis ialah ringkasan mengenai apa yang
pengarang itu sedang perkatakan dalam esei itu. Pernyataan tesis biasanya ditemui pada akhir bahagian
pengenalan (the introductory section) atau dalam kesimpulan.

2. Dalam Sebuah Buku

Dalam sebuah karya yang lebih panjang, misalnya sebuah buku, pengarang adalah sangat mungkin akan
mempunyai banyak pernyataan tesis, satu atau lebih bagi setiap seksyen atau bab buku itu. Tesis bagi
buku itu secara keseluruhannya seringkali akan ditemui samaada dalam pengenalan atau dalam
kesimpulan. Tesis bagi bab-bab individu sering ditemui di dalam perenggan pertama atau akhir. Ayat-ayat
topik bagiperenggan-perenggan itu juga akan seringkali mempunyai bayangan-bayangan (clues) penting
tentang tafsiran pengarang.

N.B. Adalah kerap kali menolong, khususnya jika anda berminat pada tafsiran pengarang untuk
"mengintipatikan" (gut) sebuah buku: Baca hanya bab pertama dan akhir keseluruhannya; bagi semua
bab lain, baca hanya perenggan pertama dan akhir. Jika ini adalah sebuah buku yang ditulis dengan baik,
ini sepatutnya memberikan anda satu idea yang agak baik tentang sudut pandangan pengarang.

B. Kepentingan Tafsiran

Satu tafsiran ialah bagaimana seorang ahli sejarah memberi makna kepada sesetengah bahagian
daripada masa lampau (makes sense of some part of the past). Seperti sebuah cerita yang bagus,
sejarah yang ditulis dengan baik mendedahkan tidak hanya masa lampau tetapi sesuatu mengenai masa
kini juga. Ahli-ahli sejarah yang hebat menolong kita melihat aspek-aspek masa lampau dan mengenai
keadaan manusia yang kita tidak akan dapat temui sendiri.

C. Ahli-ahli Sejarah Kerap Tidak Sepakat Mengenai Tafsiran

Sesetengah fakta adalah "ambiguous". Ahli-ahli sejarah menanyakan persoalan-persoalan yang berbeza
mengenai masa lampau. Ahli-ahli sejarah mempunyai nilai-nilai yang berbeza dan sampai kepada bahan-
bahan dengan kepercayaan yang berbeza mengenai dunia (Historians have different values and come to
the material with different beliefs aboutthe world). Untuk alasan ini atau lain-lain alasan, ahli-ahli sejarah
kerap tiba pada tafsiran yang berbeza mengenai peristiwa yang sama. Misalnya,ramai ahli sejarah
melihat Revolusi Perancis (the French Revolution) sebagai hasil daripada kepercayaan kepada
kebebasan (liberty) dan persamaan (equality); ahli sejarah lain melihat Revolusi Perancis sebagai hasil
daripada tuntutan-tuntutan ekonomi daripada satu kelas menengah yang sedang bangkit. Oleh itu, adalah
penting untuk dapat menilai tafsiran seorang ahli sejarah secara kritis.

III. Menilai Satu Tafsiran

A. Hujah

 1. Apakah permasalahan sejarah (historical problem) yang pengarang itu nyatakan? 


 2. Apakah tesisnya?
 3. Bagaimana tesis itu diambil?

a. Apakah jenis buku sejarah itu?


b. Apakah kaedah atau teknik yang pengarang itu gunakan?
c. Apakah bukti yang diketengahkan?
d. Bolehkah anda mengenal pasti satu aliran tafsiran (a school of interpretation)?

 4. Apakah sumber yang digunakan?


B. Penilaian

 1. Adakah pengarang mengetengahkan satu hujah yang meyakinkan?

a. Adakah bukti itu menyokong tesisnya?


b. Adakah bukti itu sebenarnya membuktikan apa yang pengarang dakwa ia telah
buktikan?
c. Adakah pengarang membuat apa-apa kesilapan fakta?

 2. Adakah pengarang menggunakan kaedah atau teknik yang boleh dipersoalkan?


 3. Apakah persoalan-persoalan yang masih tidak terjawab?
 4. Adakah pengarang mempunyai satu tujuan polemik (a polemical purpose)?

a. Jika demikian, adakah ia menggangguhujah?


b. Jika tidak, mungkinkah ada satu agenda tersembunyi?
C. Debat

 1. Sejauh manakah buku ini dibandingkan dengan lain-lain tulisan mengenai isu ini atau topik
yang sama?
 2. Sejauh manakah tulisan-tulisan ini berbeza?
 3. Kenapakah tulisan-tulisan ini berbeza?

a. Adakah mereka menggunakan sumber yang sama atau berbeza?


b. Adakah mereka menggunakan sumber-sumber ini dalam cara yang sama?
c. Adakah mereka menggunakan kaedah atau teknik yang sama?
d. Adakah mereka bermula dari sudut pandangan yang sama atau berbeza?
e. Adakah karya-karya ini ditujukan kepada audien yang sama (same) atau serupa
(similar)?

 4. Bilakah karya-karya ini ditulis?


 5. Adakah pengarang-pengarang itu mempunyai latar belakang yang berbeza?
 6. Adakah mereka berbeza dari segi andaian politik, falsafah, etik, budaya dan keagamaan?

© David W. Koeller (1996)

Sumber sekunder adalah istilah yang digunakan dalam historiografi untuk merujuk pada karya sejarah
yang ditulis berdasarkan pada sumber-sumber primer dan biasanya dengan merujuk pula pada sumber-
sumber sekunder lainnya. Hampir semua tulisan ilmiah yang diterbitkan sekarang adalah sumber
sekunder. Sumber sekunder ideal biasanya mengandung laporan peristiwa pada masa lampau berikut
generalisasi, analisis, sintesis, interpretasi, dan atau evaluasi terhadap peristiwa tersebut.

Sumber sekunder
Sumber sekunder tidak begitu mudah didefinisikan dibandingkan sumber primer. Apa yang oleh
sebagian orang didefinisikan sebagai sumber sekunder, oleh orang lain didefinisikan sebagai
sumber tersier. Begitu pula tidak selalu mudah untuk membedakan sumber primer dari sumber
sekunder. Suatu artikel surat kabar adalah sumber primer jika artikel itu melaporkan peristiwa
peristiwa, tapi sumber sekunder apabila artikel itu menganalisis dan mengomentari peristiwa
tersebut. Di bidang sains, sumber sekunder adalah sumber yang mempermudah proses penemuan
dan penilaian literatur primer. Sumber sekunder biasanya karya yang mengemas ulang, menata
kembali, menginterpretasi ulang, merangkum, mengindeks atau dengan cara lain "menambah
nilai" pada inforrnasi baru yang dilaporkan dalam literatur primer.
Beberapa definisi sumber sekunder:
Mendeskripsikan, menginterpretasi, menganalisis dan mengevaluasi sumber primer
Memberi komentar (mengulas) dan membahas bukti-bukti dari sumber primer
Merupakan karya yang berjarak satu atau lebih langkah dari peristiwa atau informasi yang
menjadi acuannya, sebab ditulis sesudah kejadian, dan sesudah banyak hal terungkap dan
bisa dipelajari
Beberapa contoh sumber sekunder
Bibliografi (bisajuga tersier)

Karya biografi

Ulasan

Kamus dan ensiklopedi (bisajuga tersier)

Disertasi dan tesis (lebih lazim primer)

Buku pegangan dan kompilasi data (bisajuga tersier)

Sejarah

Sarana indeks dan abstrak yang digunakan untuk menemukan sumber primer dan sekunder

(bisa juga tersier)

Artikeljoumal, terutama dalam disiplin ilmu non-sains (bisajuga primer)

Monograf (selain fiksi dan otobiografi)

Artikel surat kabar dan majalah populer (bisajuga primer)

Artikel berisi tinjauan dan tinjauan literatur

Buku teks (bisajuga tersier)

Manakala sumber sekunder adalah seperti tulisan atau buku yang ditulis oleh sejarawan berdasarkan
sumber primer atau sumber-sumber lain dan sebagainya. Sumber sekunder ini merupakan tafsiran,
penyeluruhan, kesimpulan dan malahan andaian yang dibuat seseorang penyelidik terhadap perkara-
perkara yang diselidiknya dengan bersandarkan sumber utama. Sumber sekunder digunakan oleh
penyelidik sebagai rujukan, perbandingan, ungkapan bagi mengukuhkan pandangan serta tafsiran
terhadap perkara yang diselidiki mereka. Antara contoh sumber sekunder seperti buku, majalah, surat
khabar, latihan ilmiah, karangan ataupun esei yang menganalisis sesuatu yang penting serta tesis.

Walau apapun kategori sumber tersebut, yang nyata ia sangat penting dalam sesuatu penyelidikan
sejarah. Seseorang penyelidik dalam usaha menghasilkan sesuatu karya sejarah mestilah berusaha
mendapatkan sumbernya, kemudian memilih sumber tersebut, mana-mana yang berkaitan sama ada
secara langsung atau tidak langsung dengan penyelidikannya. Penyelidik juga harus mengkaji serta
menganalisis sumber-sumber yang diperolehi untuk mendapatkan fakta-fakta dan seterusnya melakukan
penulisan serta membuat tafsiran terhadap penyelidikannya.

Tidak kurang pentingnya, sumber yang digunakan adalah sumber yang mempunyai kesahihannya,
supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya pemalsuan sumber. Pemalsuan bukan sahaja
bermaksud mengadakan apa yang tiada dalam sumber yang asli, bahkan pemalsuan juga merujuk
kepada sebarang penambahan atau pengurangan serta kesilapan dalam menterjemah isi kandungan
sesuatu sumber. Kesahihan sumber dalam erti kata yang lain, adalah bertujuan untuk memastikan fakta
yang diaplikasikan dalam sesuatu penulisan itu sentiasa benar dan layak untuk berdiri sebagai sumber
sejarah. Selain itu, kesahihan sumber adalah untuk memelihara sifat sejarah sebagai saintifik. Menurut
Abdul Rahim Abdul Rashid (1998), terdapat empat ciri yang menyebabkan sejarah adalah sains iaitu
berdasarkan penyelidikan, menunjukkan kebenaran, membantu dalam membuat ramalan dan perlu
bersifat objektif. Oleh itu, dalam maksud untuk menjadi sejarah sebagai satu bidang saintifik, aktiviti
kesahihan sumber perlu dilakukan.

I. Pengertian sejarah

Apa itu sejarah ?

Sejarah adalah suatu ilmu pengetahuan yang mempelajari segala peristiwa atau kejadian yang telah
terjadi pada masa lampau dalam kehidupan umat manusia.

2. Bukti dan fakta dari sumber sekunder

Bukti dan fakta tentang peristiwa sejarah diuraikan oleh seorang yang bukan pelaku atau saksi dari
peristiwa terrebut. Akibatnya, kebenaran dari peristiwa tersebut semakin berkurang.

D. Menentukan usia peninggalan sejarah

Untuk mengetahui usia dari peninggalan sejarah budaya manusia pada masa lampau ada tiga cara
yaitu :

1. Tipologi, ialah cara penentuan usia peninggalan budaya berdasarkan bentuk ( tipe) dari benda
peninggalan itu. Semakin sederhana bentuk peninggalan budaya manusia , maka usianya semakim
tua. Namun, dengan cara seperti ini sering kali timbul masalah, sebab benda yang sederhana belum
tentu dibuat lebih dulu dari pada benda yang lebih halus dan telah sempurna buatannya.

2. Stratigrafi : merupakan cara penentuan usia suatu benda peninggalan budaya manusia
berdasarkan lapisan tanah. Semakin kebawah lapisan tanah tempat penemuan benda peninggalan
budaya manusia, maka semakin tinggi usianya. Dan semakin ke atas lapisan tempat penemuan benda
peninggalan manusia, maka semakin muda usianya.

3. Kimiawi : merupakan cara menentukan usia dari benda peninggalan budaya manusia berdasarkan
unsur-unsur kimi2 yang dikandung oleh benda tersebut.
Pengadilan Moral

”...Lebih baik seorang sejarawan yang terlatih membuat penilaian dan menjatuhkan hukuman moral daripada orang
ramai yang tidak terlatih membuat pengadilan”. Pernyataan tersebut telah diungkapkan oleh Qasim Ahmad, iaitu
salah seorang ahli sejarawan yang banyak menyumbangkan idea – ideanya melalui karya - karya penulisan sejarah.
Daripada gambaran yang diperolehi daripada pernyataan tersebut, beliau menyimpulkan bahawa tugas pengadilan
moral itu sepatutnya dilakukan oleh golongan – golongan sejarawan yang terlatih berbanding orang ramai atau
golongan masyarakat yang tidak terlatih. Sejarawan terlatih yang dimaksudkan sudah tentu merupakan mereka yang
mengkaji sesuatu fakta berdasarkan sumber – sumber dan bukti yang sahih tanpa wujudnya sebarang tokok tambah.
Mereka akan mencari kebenaran dalam sesuatu fakta sebelum menyimpulkan atau membuat sebarang pengadilan
atau memberi hukuman. Manakala orang ramai yang tidak terlatih sudah tentu bukanlah daripada golongan
sejarawan mahupun mereka yang melibatkan diri dalam bidang – bidang profesional yang mengkaji setiap fakta
melalui setiap sumber yang ada.

Persoalan mengenai isu pengadilan moral ini merupakan satu isu yang sentiasa menjadi kontroversi dalam kalangan
ahli – ahli sejarawan sendiri. Hal ini berikutan, wujudnya beberapa aliran yang menyokong dan menentang
pengadilan moral dilakukan oleh sejarawan. Bagi pihak yang menyokong tugas pengadilan moral tersebut, antara
hujah yang diutarakan bagi mempertahankan pendirian mereka ialah seseorang pelaku dalam sejarah itu
bertanggungjawab di atas perlakuannya, lantas ia patut dipersalahkan kalau berlaku salah, dan diakui kebaikannya
kalau ia berlaku baik. Manakala pihak yang menentang pengadilan moral mengatakan bahawa pengadilan moral itu
tidak patut dilakukan, kerana di antara si pengkaji sejarah dengan si pelaku (masyarakat) yang dikajinya itu, mungkin
terdapat sistem nilai yang berbeza. Oleh yang demikian, kajian terhadap konsep objektiviti dan subjektiviti serta
aliran – aliran yang terlibat melalui persoalan pengadilan moral perlulah diambil kira sebelum membuat sebarang
kesimpulan daripada isu yang dinyatakan oleh Qasim Ahmad di atas. Kajian juga perlu bermula daripada definisi
pengadilan moral itu sendiri dan disertai dengan konsep serta prinsip – prinsip yang wujud dalam pengadilan moral.

APAKAH PENGADILAN MORAL? Menurut Qasim Ahmad dalam bukunya, Karya Sejarah: Pendekatan dan
Persoalan (1991/1996), beliau mendefinisikan istilah pengadilan moral sebagai perlakuan menjatuhkan hukuman
atau mengenakan penilaian tertentu terhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku di dalam
sejarah. Ini misalnya, dalam penulisan seseorang ahli sejarah wujud pernyataan – pernyataan yang mengatakan
sesuatu peristiwa itu adalah tidak baik, individu tersebut bersalah, masyarakat pada zaman itu mundur dan
sebagainya yang menunjukkan penyataan atau penilaian terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa dalam sejarah.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, pengadilan membawa maksud perihal atau perbuatan mengadili sesuatu
perkara. Manakala moral membawa tiga maksud iaitu ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu perbuatan,
kelakuan atau kewajipan, sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk
sesuatu akhlak. Moral yang kedua iaitu berkaitan dengan apa yang betul atau adil dan yang terakhir iaitu semangat
untuk menghadapi ejekan atau olokan demi mempertahankan kebenaran. Oleh itu, pengadilan moral menurut Kamus
Dewan tersebut ialah sesuatu perihal atau perbuatan yang mengadili sesuatu perkara yang berkaitan dengan
kelakuan seseorang sama ada buruk atau baik demi mempertahankan kebenaran atau keadilan.

Tindakan yang perlu diadili.

Ramai yang berpendapat bahawa pengadilan moral itu tidak dapat dielakkan dalam sejarah. Ini kerana pengadilan
moral memberi pengaruh yang besar dalam pemikiran masyarakat sejagat. Ia turut dijadikan teladan dalam sesuatu
bangsa atau agama bagi memperbaiki kelemahan – kelemahan yang ada serta turut dijadikan contoh bagi
membentuk jati diri yang lebih sempurna. Maka, disinilah timbulnya persoalan mengenai tindakan mana yang wajar
diadili. Abdul Rahman Haji Abdullah dalam bukunya menyatakan bahawa terdapat dua tindakan yang perlu diambil
kira dalam melakukan pengadilan moral, iaitu yang pertama, pengadilan moral hanya dilakukan terhadap tindakan
yang disengajakan atau diniatkan, bukannya yang berlaku secara tidak sengaja. Menurutnya, dengan prinsip ini
tidaklah dihukum orang yang tidak siuman atau orang yang terpaksa melakukan sesuatu kejadian atau peristiwa itu.
Yang kedua ialah, pengadilan moral itu bukan sahaja dilakukan berdasarkan kepada niat atau tujuannya, bahkan
juga pada cara tindakannya.

Terdapat dalam kalangan sejarawan yang berpendapat bahawa asalkan perbuatan yang dilakukan membawa
kebaikan pada orang ramai maka, niat serta tujuannya kuranglah diambil perhatian. Adakalanya juga mereka
berpendapat walaupun tindakan yang dilakukan amatlah kejam dan tidak elok, namun masih boleh dimaafkan
seandainya niat atau tujuannya baik. Maka asalkan salah satu diantaranya baik, bolehlah mendapat pujian daripada
sejarawan. Abdul Rahman Haji Abdullah juga telah meletakkan bahawa terdapatnya dua jenis pengadilan yang
wujud dalam pengadilan moral. Yang pertama ialah pengadilan sekular dan yang kedua ialah pengadilan teologi.
Pengadilan sekular katanya, barangkali puji – pujian seperti yang diberikan itu dapat dibenarkan. Manakala dalam
pengadilan teologi (islam), ia melibatkan persoalan pahala dan dosa. Ia menerengkan bahawa, walaupun pada
akhirnya perbuatan seseorang itu membawa kebaikan dan kebajikan kepada orang ramai, tetapi ia tetap berdosa
sekiranya niat atau tujuannya adalah buruk, iaitu tidak dilakukan dengan ikhlas kerana Allah tetapi sebaliknya kerana
adanya dorongan – dorongan lain. Demikian juga walaupun niat dan tujuannya baik, namun cara perbuatannya
adalah salah dan mungkar, maka ia tetap dikira berdosa.

Prinsip Pengadilan Moral

Terdapat beberapa prinsip yang dipegang oleh sebilangan ahli sejarawan mengenai persoalan pengadilan moral.
Prinsip – prinsip ini biasanya tetap mendapat perhatian dalam kalangan sejarawan dalam penulisan mereka
mengenai pengadilan moral. Bagi Herbert Butterfield, kita tidak boleh membuat keputusan terhadap sesuatu
kelakuan manusia tanpa mengetahui isi hati si pelaku itu sendiri. Malah pendapat ini juga turut disokong oleh
seorang seorang sejarawan lain iaitu Lucy Dawidowicz yang menulis dalam bukunya ”The War Against the Jews”
mengenai kes Nazi dan pembunuhan beramai – ramai orang Yahudi - holocaust (bencana). Dalam karyanya itu,
Dawidowicz dikatakan tidak mahu mengadili pemimpin Yahudi yang dikatakan bersubahat atau membuat kesalahan
tidak melakukan sesuatu untuk menentang Nazi. Pendapatnya ini mendapat pertikaian daripada pelbagai pihak,
kerana Dawidowicz tidak pula terikat dengan pertimbangan tersebut dalam mengadili orang Nazi.

Qasim Ahmad berpendapat bahawa sikap berbeza yang diamalkan oleh Dawidowicz itu menunjukkan bahawa di
dalam keadaan tertentu dalam sejarah, tidak perlu untuk mengetahui niat seseorang, atau sesuatu kumpulan orang
sebelum pengadilan diberikan. Ini kerana perbuatan itu mungkin telah melanggar ciri – ciri hukum moral, sosial dan
sebagainya yang sudah diterima. Beliau menyatakan bahawa niat yang suci murni tidak dapat menukarkan
perbuatan yang salah menjadi perbuatan yang tidak bersalah. Di sinilah lahirnya konsep; memang terdapatnya
perbuatan yang bersifat agak neutral, yakni tidak dengan jelas melanggar ciri – ciri hukum moral yang diiktiraf, lantas
pengadilan terhadapnya bergantung kepada niat di sebalik pelaksanaan perbuatan itu; dan begitu juga terdapat
perbuatan yang nampak baik lahiriahnya, tetapi boleh diadili sebagai tidak baik kerana niatnya.

Terdapat juga prinsip di mana sejarawan berpendapat bahawa ” tidak bersalah melainkan jika dapat dibuktikan
sebaliknya”. Pada masa yang sama, Butterfied telah menyatakan bahawa kebenaran yang hakiki tentang sesuatu
perkara itu ”tidak mungkin dihuraikan melainkan pada Hari Pengadilan jua”. Hal ini berikutan kerana manusia
bukannya tuhan dan tidak berupaya untuk mengetahui segala sesuatu, namun bagi Qasim Ahmad ketidakupayaan
manusia untuk mencapai kesempurnaan pengetahuan tersebut tidak pula melepaskan kita daripada tanggungjawab
membuat pengadilan.Baginya, Pengadilan menurut ukuran lahiriah perlu dilakukan setakat mana yang mampu dibuat
oleh manusia. Oleh itu wujudnya konsep, perbuatan yang baik secara lahiriah tetap diterima sebagai baik kiranya niat
jahat disebaliknya tidak dapat dibuktikan;perbuatan jahat secara lahiriah tetap diadili sebagai jahat, dan hukuman ke
atasnya tidak patut diringankankan kalau unsur – unsur tidak sengaja di pihak pelaku atau para pelaku, tidak dapat
dibuktikan.

Maka dapat dilihat disini bahawa unsur penting yang digunakan dalam melakukan pengadilan moral adalah bukti.
Terdapat juga kemungkinan dalam sesuatu peristiwa sejarah itu tidak dapat diadili kerana ketiadaan bukti yang
cukup. Namun begitu, masalah kekurangan bukti ini biasanya bukan berkaitan dengan hal menentukan baik
buruknya sesuatu peristiwa, tetapi untuk mencari orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu. Maka prinsip
yang dianuti sudah tentulah ”tidak bersalah melainkan kalau dibuktikan sebaliknya”.
KETERLIBATAN OBJEKTIVITI DAN SUBJEKTIVITI. Konsep objektif dan subjektif amat berkait rapat dengan
persoalan pengadilan moral. Hal ini wujud kerana adanya pertentangan prinsip di antara kedua – dua aliran
pemikiran tersebut mengenai pengadilan moral dalam sejarah. Konsep objektiviti merupakan satu konsep yang
hanya menerima kebenaran dalam fakta sejarah melalui bukti – bukti yang diperolehi hasil daripada kajian saintifik.
Manakala, konsep subjektiviti merupakan perkara yang berkaitan dengan diri, pendirian, sudut pandangan, ideologi,
orientasi dan budaya seseorang penulis atau sejarawan. Dalam aspek ini, ia boleh menimbukan bias atau sikap berat
sebelah dalam memaparkan sesuatu peristiwa sejarah itu. Menurut Leopold Von Ranke iaitu pengasas kepada
aliran objektivis dan dianggap sebagai bapa pensejarahan moden, beliau berpendapat bahawa matlamat pengajian
sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian – kejadian ”sebagaimana sebenarnya berlaku” (Wie es eigentlich
gewesen ), yang membiarkan fakta – fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan sejarawan.

Peter Geyl iaitu seorang historisisme berkata, ia bermakna menjauhkan diri daripada pengadilan, penerimaan atau
pengakuan yang tidak ada darjah – darjah kecuali dari apa yang dibekalkan oleh proses sejarah sendiri. Sejarah
harus dipersembahkan secara objektif tanpa berat sebelah, emosional mahupun pengadilan moral. Fakta
berasaskan sumber utama yang sahih mesti dijadikan sandaran dan hujahan. Donald V Gawronski dalam History
meaning and method: A primier of historical method (1969) menyatakan bahawa fakta sejarah mesti tidak
dipengaruhi oleh perasaan memihak dan prasangka.Ini penting supaya ia bebas daripada sifat berat sebelah,
mempunyai kepentingan peribadi dan agenda tertentu. Ini bermakna aliran objektivis telah terang – terangan
menolak konsep pengadilan moral, yakni yang melibatkan perasaan,pandangan dan pendirian si penulis sejarah.

Bertentangan dengan konsep objektiviti, konsep subjektiviti merupakan satu aliran yang menerima kewujudan
pengadilan moral dalam sejarah. Dengan menolak objektiviti dan menerima subjektiviti dalam sejarah, maka dengan
sendirinya sejarawan kelihatan seperti cuba memihak atau bersikap berat sebelah dalam kajiannya. Maka dari sinilah
lahirnya masalah penilaian etik atau pengadilan moral (moral judgement ), iaitu apabila sejarawan didapati dengan
sengaja atau tidak sengaja menilai atau menghukum sesuatu peristiwa dalam sejarah.

ALIRAN YANG MENERIMA DAN MENOLAK PENGADILAN MORAL. Dalam perbincangan mengenai wajar atau
tidak pengadilan moral itu dilaksanakan, maka lahirlah dua aliran pemikiran yang bertentangan, iaitu golongan yang
menerima dan golongan yang menolak pengadilan moral dalam sejarah. Kewujudan kedua – dua aliran ini adalah
bersangkut paut dengan konsep objektiviti dan subjektiviti itu sendiri. Aliran pertama yang wujud ialah aliran
konservatif, yakni mereka yang mengamalkan subjektiviti dalam sejarah dan menerima konsep pengadilan moral.
Aliran ini bermula sejak munculnya kesedaran sejarah itu sendiri. Herodotus sendiri turut dikatakan pernah memuji
kemenangan Greek dalam pertempuran di Marathon dan Salamis, serta menganggap Athens sebagai penyelamat
negara – negara Greek. Sebaliknya, beliau menuduh raja – raja Parsi sebagai angkuh, kejam dan ganas. Maka,
dapat dilihat bahawa bapa pensejarahan itu sendiri turut tidak lari daripada melakukan pengadilan moral dalam
karyanya. Pendukung aliran ini seperti tokoh – tokoh sejarawan besar abad ke-18 seumpama Gibbon, Hume, Rollin,
Robertson, Raynal dan Voltaire, semuanya menerima konsepsi Bolingbroke bahawa sejarah ialah pengajaran
falsafah melalui teladan (philosophy teaching by example ), dan golongan sejarawan bertanggungjawab
mengajarkannya. Pada abad ke-19 juga, terutama di England pada zaman Queen Victoria (1837 – 1901), ia
merupakan zaman moraliti dan tokoh – tokoh sejarawan juga merupakan pemimpin moral, yakni memainkan dua
tugas sekaligus. Antara tokoh sejarawan zaman Victoria itu ialah Thomas Carlyle dan John L. Motley yang
menganggap bahawa pengadilan moral bukan sahaja merupakan kecenderungan setiap orang, bahkan
tanggungjawab tertinggi.

Menurut Lord Acton, 1895 (Regius Professor University of Cambridge ), ”walaupun pendapat – pendapat berubah,
tabiat berubah – ubah, kepercayaan – kepercayaan timbul dan tenggelam tetapi hukum moral telah diukirkan di atas
kepingan logam yang abadi (Opinions alter, manners change, creeds rise and fall, but the moral law is written on the
tablets of eternity ). Tokoh – tokoh seperti Isaiah Berlin, Veronica Wedgwood, dan Arnold Toynbee semuanya turut
merupakan penyokong aliran konservatif yang menekankan kepentingan dan kewajipan moral dalam sejarah. Adrian
Oldfield juga dalam rencananya yang bertajuk ”Moral Judgements in history” menganggap bahawa masalah
pengadilan moral tidak dapat dielakkan ( inevitable ) dalam penulisan sejarah. Manakala bagi aliran yang sama
sekali menentang pengadilan moral itu dilakukan dalam sejarah adalah aliran progresif (pragmatik), golongan ini
merupakan pendukung konsep objektiviti. Pendapat pendukung utama aliran ini, iaitu Leopold Von ranke
menyatakan, oleh kerana matlamat kajian sejarah adalah untuk memaparkan perkara yang sebenarnya berlaku,
maka unsur pengadilan moral haruslah diketepikan kerana ia bukanlah tugas ahli – ahli sejarah. Bagi Herbert
butterfield, beliau berpendapat bahawa pengadilan moral adalah tidak bersangkut paut dengan penyiasatan (sejarah)
dan asing kepada ruang intelek sejarah saintifik. G. Kitson Clark pula menyatakan, adalah lebih baik jika ahli sejarah
cuba memahami dan menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai seorang hakim. Masalah – masalah moral
terpisah daripada sejarah, dan kerana itu sebaiknya diserahkan sahaja kepada golongan lain seperti ahli agama, ahli
falsafah atau ahli perundangan.Terdapat beberapa alasan mengapa golongan ini menolak pengadilan moral, kata
mereka yang pertama, kita tidak dapat menerapkan pengadilan moral dalam sejarah, justeru nilai – nilai adalah
bersifat relatif atau berubah – ubah menurut ruang dan waktu. Kita mungkin boleh menerima sesuatu yang
berasaskan fakta – fakta yang bersifat objektif, tetapi tidak dapat menerima tafsiran – tafsiran yang bersifat subjektif.

Alasan kedua ialah, sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang khusus dan tersendiri tidak harus bercampur – aduk
atau bersatu dengan bidang – bidang lain, seperti agama atau moral. Mereka berpendapat, masalah masalah
sejarah biarlah diselesaikan oleh ahli sejarah sahaja, dan masalah agama dan moral diserahkan kepada ahi agama
dan moral. Dalam kata lain, hujah – hujah golongan progresif ini adalah berasaskan relativisme dan dualisme.

PENGADILAN MORAL OLEH SEJARAWAN DAN MASYARAKAT. Pengadilan oleh sejarawan

Berbalik kepada persoalan mengenai pendapat Qasim Ahmad yang menyatakan pengadilan moral itu sepatutnya
dilakukan oleh golongan sejarawan terlatih berbanding pengadilan moral oleh masyarakat yang tidak terlatih,
terdapat beberapa persoalan yang timbul iaitu siapakah sejarawan dan mengapa tugas pengadilan itu dikatakan
lebih baik dalam melakukan pengadilan berbanding masyarakat. Bagi merungkai kepada persoalan tersebut, perlulah
dibandingkan cara pengadilan yang dilakukan di antara sejarawan dan golongan masyarakat. Menurut Muhd. Yusuf
Ibrahim, beliau menyatakan bahawa golongan sejarawan adalah mereka yang menyumbang kepada penulisan serta
penerbitan karya – karya sejarah dalam bentuk buku, monograf atau makalah – makalah berdasarkan hasil
penyelidikannya. Karya – karya yang ditulis merupakan penulisan yang bernas dan dapat dipertanggungjawabkan
kesejarahannya serta membolehkan pengkaji lain dan masyarakat untuk menilai kedudukannya. Beliau turut
berpendapat bahawa sesiapa yang melakukan penyelidikan dan menulis sejarah, walau dalam bidang apa sekalipun,
maka lazimnya mereka boleh dianggap sebagai sejarawan dan siapa yang sebaliknya sudah tentulah tidak boleh
dianggap sebagai sejarawan. Ia berdasarkan kepada sumbangan pemikiran sejarahnya, bidang kajiannya, bahan –
bahan serta sumber – sumber yang digunakannya, khalayak mahupun peringkat pembaca yang ditujunya serta
analisis dan tafsiran dan kaedah yang digunakan.

Setelah mengkaji kepada persoalan mengenai siapakah sejarawan, maka kita dapati bahawa dalam menghasilkan
sesebuah karya sejarah, sudah tentulah seseorang sejarawan itu adalah mereka yang menjalankan banyak kajian
atau penyelidikan dalam sejarah. Dengan kata lain, mereka inilah individu yang lebih memahami sesuatu peristiwa
atau kejadian – kejadian yang berlaku dalam sejarah. Kajian yang dilakukan adalah terperinci, iaitu dari akar umbi
kepada pokok pangkalnya sesebuah sejarah itu. Berdasarkan kepada kajian tersebut, maka mereka dapat
memahami perjalanan kisah sesebuah peristiwa, mengenali individu yang terlibat serta sebab – musabab berlakunya
sesebuah peristiwa itu dan kesannya dalam sejarah. Oleh kerana itu, maka dikatakan mengapa sejarawan itu lebih
layak melakukan pengadilan moral berbanding individu lain.

Kajian yang dilakukan oleh sejarawan juga adalah berdasarkan kepada fakta serta bukti – bukti yang kukuh, yakni
jelas dan nyata. Dalam melakukan penyelidikan, seseorang sejarawan itu akan melakukan kajian terhadap sumber –
sumber sejarah tidak kira daripada sumber primer atau sekunder. Kajian terhadap sumber – sumber tersebut dapat
menjelaskan kebenaran – kebenaran dalam sesebuah peristiwa sejarah. Ini menjadikan seorang sejarawan itu lebih
tahu dan arif dalam melakukan pengadilan dalam sesebuah peristiwa atau pelaku dalam sejarah. Malah mereka
mampu menunjukkan bukti – bukti yang kukuh serta memberikan hujah yang bernas dalam menegakkan sesuatu
pengadilan yang dilakukan. Dalam melakukan kajian, seorang sejarawan itu turut menggunakan pelbagai kaedah –
kaedah penyelidikan bagi mencari kebenaran sejarah. Seseorang sejarawan itu tidak hanya mengkaji sesuatu
sumber atau fakta berdasarkan kepada satu kaedah kajian sahaja tetapi turut menerapkan kaedah – kaedah seperti
kaedah lisan, kaedah bertulis, kaedah arkeologi serta pandang dengar.

Selain itu, kaedah menggunakan kajian melalui ilmu bantu lain seperti antropologi, sosiologi, politikologi, ekonomi
dan sastera turut dipraktikkan dalam kajian mereka. Ini menjadikan seseorang sejarawan itu bukan sahaja menilai
berdasarkan kepada satu sumber sahaja, malah ia menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber dan mencari
kesahihan di sebalik maklumat – maklumat yang diperolehinya sebelum membuat pengadilan. Kewajaran seseorang
sejarawan itu dikatakan melakukan pengadilan lebih baik berbanding masyarakat lain juga merujuk kepada proses
penafsiran sumber yang dilakukan. Tujuan sejarawan melakukan penafsiran atau kritikan adalah untuk menentukan
bahawa sesuatu sumber itu tulen atau palsu. Hal ini kerana, adakalanya sumber yang diperolehi itu tidak semestinya
benar dan biasanya wujud unsur – unsur pemalsuan dan tokok tambah. Terdapat dua jenis kritikan yang dilakukan,
iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman.

Kritikan luaran biasanya dijalankan dengan membuat beberapa persoalan terhadap kewujudan sesuatu sumber;
siapa,di mana, bagaimana, bila dan mengapa. Maka, dalam menyelesaikan persoalan tersebut, dari sinilah
seseorang sejarawan itu akan mendapatkan bantuan daripada ahli – ahli sains tulen dan pakar lain. Kritikan dalaman
pula melibatkan penentuan kepada nilai bukti yang terdapat dalam isi kandungan sumber tersebut. Setelah melalui
proses penafsiran, maka barulah seorang sejarawan itu dapat memastikan bahawa bukti yang diberikan dalam
melakukan pengadilan adalah benar. Selain itu, seseorang yang bergelar sejarawan juga tidak dapat lari daripada
mengakui wujudnya unsur – unsur yang harus dielakkan dalam proses mentafsir sesuatu sumber atau peristiwa
sejarah. Seseorang sejarawan itu sebenarnya terikat dengan unsur – unsur seperti bersikap adil, rasional serta
waras, dan mengakui kejahilannya. Biasanya unsur inilah yang dipraktikkan oleh seorang sejarawan yang terlatih
dalam membuat kesimpulan serta penilaian dalam sejarah. Dalam membuat pengadilan, unsur adil dan tidak bias
amat digalakkan supaya pengadilan yang dilakukan adalah benar seperti apa yang sewajarnya telah berlaku.
Pemikiran yang waras juga diambil kira bagi memastikan seorang sejarawan itu tidak menyeleweng daripada
sesebuah peristiwa sejarah itu. Justeru, melalui pemahaman – pemahaman tersebut maka wajarlah seperti apa yang
dikatakan oleh Qasim Ahmad bahawa pengadilan moral itu lebih baik dilakukan oleh golongan sejarawan yang sedia
maklum telah terlatih dari aspek menilai sesuatu peristiwa atau pelaku dalam sejarah.

Pengadilan moral oleh masyarakat.

Daripada apa yang telah dikatakan oleh Qasim Ahmad, beliau telah menyatakan bahawa pengadilan moral yang
dilakukan oleh golongan orang ramai atau masyarakat yang tidak terlatih adalah kurang wajar diterima berbanding
daripada pengadilan yang dilakukan oleh golongan sejarawan. Namun sebelum kita menyimpulkan dengan lebih
jauh mengenai pernyataan tersebut, maka perlulah kita memahami terlebih dahulu terhadap kaedah – kaedah yang
dilakukan oleh golongan tersebut dalam melakukan sesuatu pengadilan. Merujuk kepada masyarakat yang tidak
terlatih, ia sudah pasti ditujukan kepada golongan masyarakat yang bukan terdiri daripada mereka yang mendalami
bidang – bidang profesional seperti perundangan dan bidang falsafah, dan walaupun ada di antara mereka yang
terlibat dalam bidang profesional sekalipun, mereka bukanlah daripada kalangan yang mendalami ilmu sejarah dari
dasarnya serta tidak membuat kajian yang khusus berdasarkan semua fakta – fakta yang ada. Golongan yang
ditujukan ini mungkin juga adalah golongan orang kebanyakan yang hanya mempelajari sejarah berdasarkan
pembelajaran biasa di sekolah – sekolah dan menggunakan sumber – sumber yang telah diolah. Daripada
pemahaman yang diperoleh, golongan masyarakat biasanya mengadili sesuatu kejadian hanya berdasarkan kepada
sumber – sumber yang telah diolah yang biasanya digelar oleh ahli sejarawan sebagai sumber kedua atau sekunder.

Sumber sekunder merujuk kepada bahan yang dikaji melalui pembacaan bertulis, yakni bahan yang ditulis oleh
sejarawan atau pengkaji sejarah. Walaupun dianggap bahawa karya sejarah itu adalah benar, namun bukanlah
semua karya tersebut yang ditulis oleh sejarawan adalah benar seratus – peratus, masih wujud unsur tokok tambah
dan sifat bias yang dilakukan oleh segelintir sejarawan yang kurang profesional. Maka dengan itu, pemahaman
masyarakat hanya terhad terhadap sesuatu sumber yang agak kurang jelas kebenarannya. Walaupun dengan
adanya kemajuan teknologi pada era ini, dan golongan masyarakat mampu mencari pelbagai maklumat dan bahan
sejarah daripada internet, namun seberapa banyakkah bahan yang mereka perolehi serta sejauh manakah
kebenaran dalam maklumat – maklumat tersebut ?. Ini tidak mungkin dilakukan oleh masyarakat biasa dengan
mencari maklumat dari pelbagai sumber semata – mata hanya untuk mengadili sesebuah peristiwa. Kalau adapun di
antara mereka yang melakukannya, maka layaklah orang itu turut digelar sebagai sejarawan.

Dengan hanya merujuk kepada internet semata – mata, pengadilan yang dilakukan tidaklah sempurna kerana sukar
untuk membuktikan kebenarannya serta wujudnya penulis – penulis bebas yang bukanlah daripada golongan ilmuan
sejarah tetapi mereka yang menulis fakta sejarah hanya untuk menjalankan propaganda bagi mempengaruhi orang
ramai terhadap pengadilan yang telah mereka lakukan. Begitu juga halnya dengan membuat pengadilan melalui
sumber – sumber daripada rancangan – rancangan television atau sekadar mendengar daripada sumber rakaman.
Biasanya maklumat yang diperolehi kurang jelas dan tidak dinyatakan sepenuhnya sesuatu kejadian atau perjalanan
peristiwa itu. Yang dipaparkan hanyalah serba sedikit mengenai peristiwa itu dan sekadar untuk memberi maklumat
kepada orang ramai bahawa peristiwa tersebut pernah berlaku suatu ketika dahulu.

Dengan membuat kesimpulan hanya berdasarkan kepada sumber – sumber tersebut amatlah tidak mencukupi bagi
melakukan sebarang pengadilan. Adakalanya juga, masyarakat hanya membuat pengadilan berdasarkan daripada
apa yang mereka dengar melalui buah mulut penceritaan golongan daripada sesama mereka sendiri. Golongan ini
biasanya mudah dipengaruhi dengan pernyataan – pernyataan yang telah dikemukakan oleh orang lain, biasanya
orang yang rapat dengan mereka. Dalam hal ini amatlah sukar untuk menerima pengadilan yang mereka lakukan.
Walau bagaimanapun, bukanlah semua daripada kumpulan masyarakat itu membuat pengadilan melalui fakta – fakta
yang kurang jelas. Pasti adanya segelintir daripada mereka yang akan memperoleh fakta daripada sumber – sumber
yang benar dan nyata, namun seberapa ramaikah orang yang dinyatakan adalah sukar untuk diungkapkan.
Biasanya, mereka yang memperolehi fakta yang benar dan jelas amatlah kurang berbanding golongan masyarakat
lain yang mungkin hanya memperoleh separuh daripada maklumat tersebut yang benar, dan ada juga yang
mendapat semuanya maklumat yang palsu serta mereka yang tidak mencari maklumat dari apa – apa sumber pun
dan hanya membuat pengadilan secara membabi – buta. Minoritinya golongan yang mendapat fakta yang benar,
sudah tentulah amat sukar pengadilan yang mereka lakukan dapat diterima oleh umum.

Dapat disimpulkan juga bahawa cara pelaksanaan pengadilan oleh orang ramai amatlah kurang ilmiah kerana
mereka tidak menjalani proses – proses dalam melakukan kajian sesuatu peristiwa sejarah serta tidak
mempraktikkan nilai – nilai dalam membuat tafsiran seperti apa yang dilakukan oleh sejarawan. Golongan ini juga
biasanya hanya menurut kata hati dan adakalanya dipengaruhi oleh emosi yang melampau kerana terdapatnya
batas – batas pemikiran yang dipengaruhi unsur budaya dan agama. Mereka ini sudah tentu bertindak terlalu berat
sebelah, dengan mengadili budaya serta agama sendiri adalah lebih baik dan memburukkan budaya serta agama
lain.

KESIMPULAN. Kesimpulannya, berbalik kepada soalan perbincangan mengenai setuju atau tidak pendapat yang
dikemukakan oleh Qasim Ahmad, bahawa pengadilan moral itu lebih baik dilakukan oleh sejarawan terlatih
berbanding masyarakat yang tidak terlatih, maka kami simpulkan di sini untuk tidak menyebelahi mana – mana pihak
yang dimaksudkan iaitu sejarawan atau masyarakat. Terdapat pendapat yang dinyatakan oleh H. Butterfied
mengenai peranan seorang sejarawan, iaitu menceritakan peristiwa itu sejelas yang mungkin. Jadi segala keburukan
di dalam sesuatu peristiwa yang terkutuk itu patutlah diterangkan sejelas – jelasnya. Oleh itu beliau berpendapat
bahawa kiranya sesiapa yang membaca kisah itu mempunyai perasaan peri kemanusiaan, mempunyai peraturan
etika, maka pembaca dengan sendirinya akan menghukum jahat sesiapa yang patut dihukum jahat. Sebaliknya,
kalau pembaca yang berkenaan tidak mempunyai kehalusan perasaan, maka betapa banyak penilaian dan
penganalisisan moral yang diutarakan, tidak mungkin akan mengusik hatinya. Berdasarkan kepada pendapat
tersebut, maka dapat dilihat bahawa di antara kedua – dua pihak yang dikemukakan oleh Qasim Ahmad.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arba’iyah Mohd Noor (2002). Ilmu sejarah pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Carr, E. H. , (1984). Apakah Sejarah? (Diterjemah oleh Ab. Rahman Haji Ismail). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cikgu Azhar Zack (2009). Sejarah : Ketahui Sejarah Dunia Dan Malaysia.....Dapatkan Nota Di Sini. Diperolehi pada
Sept.7, 2010 daripada http://koleksi-nota-sejarah.blogspot.com/2009_03_01_archive.html.

Elaksamana (2009). Sejarah dan Negara. Diperolehi pada Sept.15, 2010 daripada
http://www.scribd.com/doc/22965316/1-1-Sejarah-Negara.

Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Moral Objectivism. Diperolehi pada
Sept.7, 2010 daripada http://home.sprynet.com/~owl1/objectiv.htm.
Muhd.Yusuf Ibrahim (1997). Ilmu Sejarah : Falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wikipedia (2010). Moral : dari wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Diperolehi pada Sept.7, 2010 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Moral.

Anda mungkin juga menyukai