Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera kepada semua hadirin yang saya hormati.

Tajuk saya pada hari ini adalah "Malaysia


Madani Tekad Perpaduan." Perpaduan merupakan satu elemen yang amat penting dalam kehidupan
kita. Hal ini kerana negara kita terdiri daripada pelbagai etnik, agama, dan budaya.

Umum mengetahui bahawa perpaduan kaum dapat memupuk semangat nasionalisme yang
mendalam kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario
hari ini, rakyat Malaysia mestilah bersedia menerima adat resam dan budaya yang berlainan agama
dengan fikiran yang terbuka. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya hendaklah
dipraktikkan dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi demi memarakkan semangat patriotisme.
Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar
untuk bersatu padu walaupun berlainan bangsa dan agama.

Pada hemat saya,perpaduan kaum dapat meningkatkan keamanan negara. Apabila semua kaum
hidup bersama secara harmoni, ia dapat mengurangkan konflik antara kaum. Konflik antara kaum
boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dan sosial di negara kita. Oleh itu, memupuk perpaduan
kaum dapat membantu mengekalkan keamanan negara dan mencegah kejadian-kejadian yang tidak
diingini seperti keganasan dan kecurian.

Akhir sekali, perpaduan kaum dapat membentuk identiti Malaysia. Ia mewakili nilai-nilai dan budaya
kita yang unik dan pelbagai. Kita adalah negara yang diiktiraf kerana perpaduan, dan ini menjadi satu
sumber kekuatan dan kebanggaan kita.

Marilah kita bersama-sama bekerja keras untuk membina Malaysia yang Madani, di mana semua
rakyatnya merasa bangga, selamat, dan bahagia. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai