Anda di halaman 1dari 2

Bersatu teguh bercerai roboh

Slogan ‘Bersatu teguh bercerai roboh” amat sesuai digunakan untuk negara kita iaitu
Malaysia. Bersatu teguh bercerai roboh membawa maksud kita akan berjaya jika
bersatu dan berpecah belah jika berselisihan pendapat. Begitulah pentingnya
bekerjasama dan mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara. Peribahasa ini
sangat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat pelbagai kaum yang terdapat di
negara kita. Masyarakat Melayu, Cina, India dan beberapa etnik lain di Sabah dan
Sarawak dapat hidup bersama aman dan tenteram di Malaysia.

Kehidupan masyarakat berbilang kaum memerlukan budaya sifat tolong-


menolong, bersependapat dan bekerjasama yang kuat dan saksama antara satu
sama lain. Ketidaksefahaman antara kaum akan menjadikan sesebuah negara itu
mudah rapuh, musnah dan tidak dapat membentuk negara yang maju. Kita sebagai
masyarakat Malaysia haruslah bersatu dalam membuat keputusan dan membuat
perbincangan yang adil bagi semua pihak sebelum membuat sebarang bentuk
keputusan. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti peristiwa yang telah
berlaku pada 13 Mei 1969 yang lalu. Peristiwa yang begitu ngeri dan memeritkan.

Selain itu, pemahaman maksud peribahasa ini penting dalam membentuk


sesebuah negara maju. Jika rakyat saling bergaduh dan berlainan pandangan,
hasrat negara untuk menjadi negara maju akan sukar dicapai. Pelbagai bentuk
kekejaman, peperangan dan syak wasangka akan timbul dengan mudah seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini akan menyebabkan kehidupan masyarakat
akan terancam dan tidak tenteram. Cukuplah denga napa yang telah berlaku dan
ambillah ia sebagai iktibar dan pengajaran yang dapat membantu kita membentuk
negara yang bermaruah dan bersatu padu.

Di samping itu, penyatuan antara kaum dapat dibentuk dengan baik apabila
wujudnya rasa penghormatan terhadap bahasa, agama, dan budaya yang berbeza
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai
masyarakat majmuk telah mengangkat nama Malaysia sebagai negara yang selamat
dan dipercayai. Kepelbagaian yang wujud di negara ini tidak mengganggu gugat
kehidupan politik dan sosioekonomi negara malah menggalakkan lagi keharmonian
negara.

Sebagai kesimpulannya, slogan ini amat penting untuk pembangunan dan


kesejahteraan negara Malaysia. Apabila kita bersatu, negara akan berada dalam
keadaan aman dan harmoni. Malaysia membangun dengan kesefahaman dan teras
penyatuan yang jitu antara berbagai kaum. Setiap kelompok suku kaum saling
bekerjasama dan berganding bahu membentuk sebuah negara yang aman damai
dengan kepelbagaian yang ditonjolkan. Hal ini menegaskan lagi bahawa perbezaan
antara Bahasa, agama dan budaya tidak dapat melumpuhkan teras penyatuan jitu
yang telah lama diwujudkan.

372 patah kata

Anda mungkin juga menyukai