Anda di halaman 1dari 13

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJUNG MALIM, PERAK


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

HNS 2103 KENEGARAAN

TUGASAN 2
TAJUK
INTEGRASI DAN HUBUNGAN ETNIK

DISEDIAKAN OLEH:
SURIANA BINTI ABDUL RAHIM
D20102044427

PENSYARAH : DR MAZDI B. MARZUKI

PRAKATA.
Syukur alhamdulillah segala puji ke hadrat Allah S.W.T. selawat serta salam ke atas
Junjungan Besar Nabi Muahammad s.a.w. serta para sahabat baginda sekalian.
Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada ALLAH s.w.t. kerana dengan
inayah dan iziNYA, maka tugasan ini berjaya disiapkan dalam tenpoh waktu yang ditetapkan.
Sesungguhnya banyak masa dan tenaga terpaksa dikorbankan dalam proses menyiapkan tugasan
yang mencabar ini. Namun, dirasakan masa dan tenaga yang dihabiskan itu bukanlah satu
pembaziran yang sia-sia kerana banyak pengetahuan dan ilmu yang dapat dikutip sepanjang
menyiapkan tugasan ini.
Jutaan terima kasih yang terhingga kepada kawan-kawan yang tidak jemu-jemu memberi
tunjuk ajar dan mencurahkan segala pengalaman dan ilmu dalam usaha membantu menyiapkan
tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan pengalaman serta ilmu yang dicurahkan amat-amat dihargai.
Tidak lupa kepada rakan-rakan tutorial yang turut memberi buah fikiran dan pandangan. Begitu
juga kepada keluarga yang amat memahami dan bersedia berkorban masa dan tenaga demi
memastikan hasil tugasan ini yang terbaik diantara yang terbaik.
Moga dengan siapnya tugasan ini, ilmu yang ditimba sama ada secara langsung atau tidak
langsung akan memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

Salam hormat dan salam 1 Malaysia,

Suriana Abdul Rahim

1.0 PENGENALAN

Malaysia meupakan satu Negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum,
agama dan kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza-beza. Wujud pelbagai etnik
didalam Negara ini adalah hasil daripada sejarah kedatangan pendagang asing dari luar
disebabkan oleh dasar British yang membawa masuk imigran-imigran luar semesa
pemerintahannya. Imigran India dibawa masuk untuk mengerjakan estet getah ketika itu. Selain
Melayu, Cina dan India terdapat etnik-etnik lain seperti seperti Orang Asli,Kadazan,Dusun,
Bajau, Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Mereka ini adalah penduduk Tanah Melayu di Sabah
dan Sarawak. Maka disinilah bermulanya kepelbagaian etnik di Malaysia.Kepelbagaian ini
menuntut satu pendekatan yang membolehkan ke semua etnik ini dapat hidup bersama dan
berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak selamat. Justeru itu,
hubungan etnik dan integrasi nasional adalah isu yang penting dalam pembinaan negara
Malaysia yang berbilang etnik.

1.1 MAKSUD INTEGRASI


Integrasi berasal dari istilah Bahasa Inggeris integration yang bererti kesempurnaan
atau keseluruhan. Integrasi sosial dimaknai sebagai proses penyesuaian di antara unsur-unsur
yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan pola kehidupan
masyarakat yang memilki keserasian fungsi.

Definisi lain adalah satu keadaan dimana kelompok-kelompok etnik menerima dan
bersikap kompromi

terhadap

kebudayaan

komuniti

masyarakat

namun

masih

tetap

mempertahankan kebudayaan masing-masing. Merujuk pada kamus dewan Edisi ke 4 2007


menyatakan integrasi bermaksud penggabungan atau pengabungan dua atau beberapa kaum
menjadi satu.

Ada yang berpendapat bahawa negara yang mempunyai etnik yang berbeza adalah sangat
lemah dan tidak stabil. Ketegangan kaum kerap berlaku .Perbezaan yang wujud di atara etniketnik tidak mudah untuk disatukan dan diubah menjadi satu.Hakikatnya ,perbezaan yang wujud
dikalangan etnik tidak dapat diubah. Perbezaan agama juga tidak boleh ditukar.Apa yang penting
adalah, mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum-kaum tersebut dan diletakkan di dalam
bawah satu sistem yang saksama. Petikan dari kata-kata Tun Hussien Dato Onn yang
menyatakan bahawa,
Adalah tidak mustahil pendapat dan fahaman kita sentiasa tidak berbeza.Apa yang penting
adalah pendapat dan fahaman yang berbeza itu tidak diperbesar-besarkan sehingga membawa
pecah-belah dikalangan rakyat berbilang keturunan.1
Petikan itu menggambarkan bahawa perbezaan etnik bukan lah satu faktor penyebab
sesebuah negara itu tidak dapat berdiri dan dibina.Apa yang utama adalah sikap etnik itu sendiri
yang sanggup menerima ketaksamaan sebagai satu yang unik dan istimewa.Persoalan hubungan
etnik dan integrasi nasional sememangnya diakui merupakan perkara yang penting, lebih-lebih
lagi dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang. Namun, Persefahaman dan toleransi
akan mendekatkan jarak perbezaan antara kaum di negara ini.
1

Tun Hussien Dato Onn,Perhimpunan Agung MCA,1 November 1980

2.0 KEPENTINGAN INTEGRASI ANTARA ETNIK-ETNIK

Umpama isi dengan kuku merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan
masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolongmenolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak
daripada sikap saling menolong ini, maka akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu.
Perpaduan merupakan salah satu aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak
mungkin keharmonian dapat dinikmati dalam Negara kita.

Kepentingan lain ialah

dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang

merdeka dan bebas dari pengaruh luar. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai
cubaan dan dugaan dilalui oleh generasi yang terdahulu untuk memperolehi kemerdekaan. Hasil
daripada perpaduan masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu yang bersama-sama berganding
bahu menuntut kemerdekaan

telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan

kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa
gangguan dan dibelenggu oleh penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan
terindah daripada nenek moyang yang harus dikekalkan agar ianya dapat berterusan.

Perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan
yang hanya mementingkan diri sendiri. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan
dan persengketaan antara kaum-kaum etnik yang berbilang bangsa.Sikap mementingkan diri
sendiri akan menjerus kepada perpecahan didalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada
kemusnahan negara. Dari pandangan dunia, Malaysia menjadi contoh terbaik kepada negara lain
seperti negara Afrika yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid mewujudkan jurang
perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibat daripada dasar
itulah berlaku pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.
Keadaan negara menjadi huru hara dengan kekecohan yang ditimbulkan oleh kedua-dua
kaum.Sebagai iktibar, masyarakat Malaysia wajar mengekalkan dan memelihara perpaduan
yang diperolehi demi mengelakkan semangat perkauman terjadi di atas bumi Malaysia yang
tercinta.

Di samping itu, kepentingan perpaduan ialah dapat mestabilkan sistem politik Negara.
Kestabilan politik sesebuah Negara penting untuk menarik pelabur asing melabur di negara kita,
terutama dalam sektor perindustrian. Pelabur asing akan menaruh kepercayaan untuk melabur
dinegara kita dan inya akan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan
oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih
dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan
harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan
kemasukan pelancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama
lain dalam membangunkan negara. Keamanan yang dicapai hasil integrasi seluruh etnik memberi
perspektif yang baik di mata pelabur-pelabur dari luar negara.Pelabur dari luar negara juga akan
berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan daripada itu, perpaduan kaum

mampu

meningkatkan taraf ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia dapat berdiri dan sebaris
dengan Negara-negara membangun lain. Jika Negara mempunyai kegiatan Ekonomi yang baik
sudah tentu rakyat akan lebih mempunyai banyak peluang pekerjaan yang akan menjamin masa
depan.

3.0 USAHA MENYATUPADUKAN

Sejak dari dulu lagi usaha menyatupadukan seluruh kaum di negara ini di perlihatkan
contohnya melalui pelaksanaan dasar- dasar awam terutamanya di dalam Dasar Ekonomi, Dasar
Pendidikan, dan Dasar Sosial

Negara.Pelbagai-bagai bentuk dan saluran digunakan dalam

memastikan semangat integrasi terus di pupuk dan berkembang.Antaranya, melalui pelaksanaan


Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat supaya pengenalan kaum dalam di setiap identiti kaum di hapuskan.Walaupun
tujuannya lebih memfokuskan kepada perkembangan ekonomi negara tetapi matlamat utamanya
adalah untuk menghapuskan jurang perbezaan yang ketara antara etnik pada masa itu.Pada
awalnya, Malaysia

sangat bergantung kepada kegiatan pertanian di pemerintahan

British.Kegiatan pertanian cukup luas kerana mencakupi pelbagai aspek berkaitan seperti
tanaman sumber makanan, pembalakan, sektor perikanan dan penternakan.2

Masyarakat Malaysia ketika itu menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza mengikut
kaum.Faktor ini merupakan pemisah dan halangan terhadap perhubungan perpaduan ketika
itu.Setelah pelbagai-bagai kemudahan seperti peluang pekerjaan.penempatan baru dan
kemudahan kemudahan awam disediakan corak hidup dan ekonomi masyarat berbilang etnik ini
telah mula berubah.Telah wujud penempatan yang menumpukan pelbagai masyarakat yang
berbilang etnik dalam satu kawasan kediaman.Dari titik tolak inilah mulanya percampuran sosial
antara mereka dalam etnik-etnik yang berbeza.

Setelah itu usaha

di teruskan pula dengan

pelaksanaan Dasar Pembangunan

Sosial(DPN) yang menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf
sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai etika dan moral,
kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan dan

pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan

ekonomi. Perpaduan menjadi matlamat terakhir DPN atas kesedaran terhadap masyarakat
bersatu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik serta
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

2
3

Jasiman Ahmad(2006)M.S15
DPN teguhkan ikatan Perpaduan,INFO penggerak Minda Rakyat,m.s. 15

Peristiwa hitam tanggal 13 Mei 1969 membuktikan kepada kita bahawa pepaduan yang
wujud di Negara kita tidak harus diterapkan hanya pada satu kaum. Negara kita merupakan
sebuah Negara yang mempunyai berbilang kaum. Sudah semestinya pepaduan perlu dipupuk
dikalangan masyarakat berbilang kaum. Jika ini berulang semula ianya adalah disebabkan
persengketaan yang wujud dikalangan etnik-etnik di dalam negara. Inilah kemuncak permusuhan
kaum yang paling tragis dimana rusuhan yang berlaku meragut nyawa puluhan rakyat yang tidak
berdosa.Rusuhan tersebut telah mencetuskan Rukun Negara yang menjadi tonggak kekuatan
negara ini kerana mencipta rakyat Malaysia yang berkeyakinan dan tahu

menghargai erti

kebahagiaan hidup4. Oleh itu penghayatan kepada nilai-nilai yang ada pada rukun negara adalah
perlu bagi menjamin perpaduan yang utuh. Jika diteliti satu persatu

prinsip-prinsip Rukun

Negara, satu daripadanya adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.Raja menjadi ketua
negara yang menyatukan rakyat.Semua rakyat tidak mengira keturunan harus patuh dan taat
setia kepada ketua negara iaitu Yang Di Pertuan Agong.Yang Dipertuan Agong ini diakui dan
telah diberi kuasa oleh perlembangaan untuk menjadi ketua negara.Baginda merupakan lambang
kedaulatan dan perpaduan negara.Konsep ketaatan terhadap satu pemerintahan adalah lambang
kesepaduan semua rakyat kepada pemerintahnya tanpa mengira kaum.

Satu lagi prinsip Rukun Negara yang memperlihatkan keinginan negara mengekalkan
perpaduan adalah Kesopanan dan Kesusilaan .Jika diteliti dari segi maksudnya ianya dapat
diperjelaskan dengan setiap orang dan golongan hendaklah menguruskan hal masing-masing
tanpa melanggar tatasusila.Perbuatan yang angkuh, menyentuh perangai dan menyinggung
perasaan sesuatu golongan lain adalah dilarang.Kesopanan bererti pandai membawa diri dan
menjaga adab sopan pergaulan sosial dalam lingkungan etnik-etnik yang berbeza.Setiap individu
perlu memahami dan menghormati hak-hak kaum lain dan tidak menyentuh isu-isu yang boleh
membangkitkan sensitiviti kaum lain.

Melalui dasar sosial pula pelbagai usaha dan program dilaksanakan untuk tujuan mengukuhkan
integrasi antara etnik etnik di Malaysia.Contoh yang terbaru adalah pembentukan Gagasan
1Malaysia.1Malaysia dibentuk oleh perdana menteri ke 6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak, yang menuntut semua kaum dan masyarakat agar memainkan peranan masing-masing di

INFO penggerak minda rakyat,bil:3/2009,m.s. 13

samping dapat berfikir melepasi sempadan setiap kaum.Ia menekankan sikap penerimaan di
kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum perlu menerima keunikan kaum yang
lain seadanya agar dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati diantara satu
sama lain sebagai rakyat dalam satu Negara.Ia mesti diamalkan oleh setiap lapisan
masyarakat.Pengenalan 1Malaysia membawa inspirasi untuk memperbaiki hubungan antara
kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.Asas kepada
integrasi rakyat adalah nilai hormat menghormati, kesetiaan dan integriti yang menuntut setiap
individu dalam semua kaum mempraktikkannya demi kesejahteraan negara.

Jabatan Perpaduan Negara (JPN) yang di pertanggungjawabkan untuk memastikan,


matlamat perpaduan Negara tercapai, sesungguhnya telah merancang satu aktiviti yang tidak
perkauman seperti Program Hari Keluarga untuk mengukuhkan semangat kejiranan. .Hari
keluarga secara pengertian umum dapat dikatakan sebagai hari perjumpaan berbentuk keluarga
diadakan Konsep ini bercirikan kejiranan Jiran menurut ahli sosiologi adalah tetangga atau
kenalan dalam satu

lingkungan

kawasan interaksi atau tempat tinggal yang berupaya

membentuk sebuah masyarakat.Program seperti ini akan mengeratkan hubungan etnik dalam
membentuk integrasi. 5

Kesedaran tentang betapa pentingnya integrasi telah mula wujud di kalangan semua
masyarakat di Malaysia hari ini.Ini boleh dilihat melalui sifat perkongsian budaya antara kaum
yang berbeza.Contohnnya di musim perayaan telah wujud budaya kunjung mengunjungi dan
rumah terbuka di mana ketika itu pelbagai-bagai kaum boleh dilihat bermesra dan merasai
pelbagai makanan yang dihidangkan

mengikut budaya masing-masing. Budaya ziarah

menziarahi diamalkan dinegara kita.Jelaskah disini pepaduan membolehkan rakyat hidup dalam
keadaan sentosa.Makanan tidak menjadi sesuatu yang asing lagi bagi masyarakat Malaysia
kerana suasana pada hari ini menampakkan semua kaum telah berkongsi menikmati makanan
yang berlainan.Makanan melayu semakin digemari oleh kaum lain di negara ini.Begitu juga
dengan makanan masyarakat india dan cina.Contohnya Nasi lemak telah menjadi rutin bagi
semua masyarakat begitu juga dengan kuih bulan dan maruku.Ia bukanlah sesuatu yang asing
lagi disebabkan ia mudah didapati dan dinikmati tidak mengira musim perayaan.Amalan kongsi

Dewan Masyarakat,Oktober 1997

raya diamalkan bagi mengeratkan hubungan antara kaum. Kempen kongsi perayaan seperti Gong
Xi Raya dan Deeparaya dilaksanakan untuk tujuan merapatkan hubungan dan membiasakan satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Begitu juga halnya dengan perayaan di bahagian
Sabah dan Sarawak.Perayaan Hari Gawai disambut meriah dengan kunjungan pelbagai kaum
dengan kepelbagaian makanan yang semakin diterima oleh semua masyarakat di Malaysia.

Selain makanan cara berpakaian juga memperlihatkan penerimaan sesuatu etnik terhadap
etnik yang lain .Kaum lain rata-ratanya selesa memakai pakaian tradisi masyarakat Melayu tanpa
rasa janggal sedikit pun.Buju kurung dan kebaya dipakai untuk tujuan formal mahupun tidak
formal.Kadangkala ia telah diberi pembaruan dengan unsur-unsur etnik lain melaui rekaan yang
terkini.contohnya baju kurung kini berleher cheongsam dan dijahit dengan menggunakan fabrik
sari, jelas memperlihatkan besarnya semangat dan penerapan nilai etnik dalam masyarakat
Malaysia hari ini.

Adat resam juga memainkan peranan penting dalam integrasi antara kaum di
Malaysia,iaitu melalui adat istiadat perkahwinan.Penggabungan budaya etnik lain dalam upacara
perkahwinan telah menjadi trend masyarakat Malaysia hari ini.Mereka dilihat amat selesa untuk
mengamalkan adat perkahwinan etnik lain .Ada masyarakat cina dan india melaksanakan
istiadat perkahwinan mengikut tradisi melayu.Begitu juga dengan masyarakat Melayu
kadangkala melaksanakannya mengikut budaya Kadazan dan Iban yang ketika dulu begitu asing
bagi mereka.Hiasan majlis mengikut tema etnik lain dan kadangkala melalui persalinan pakaian
ditonjolkan pelbagai-bagai budaya yang ada di Malaysia.Bukan itu sahaja malah telah wujud
percantuman budaya dalam budaya perkahwinan campur antara etnik.

Bahasa juga menjadi penghubung dan penyambung silaturrahim antara etnik lain.
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi bagi menunjukkan masyarakat Malaysia yang
bersatu di bawah satu bahasa.Pelaksanaannya sebagai bahasa rasmi negara merupakan satu
identiti kepada masyarakat Malaysia bahawa hubungan antara kaum yang berbilang bangsa dapat
disatu dan dieratkan melalui satu bahasa.Setiap etnik menggunakan bahasa yang sama untuk
membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan. Nasionalisme bangsa harus terus
dipupuk melalui Bahasa Melayu.Bahasa Melayu menjadi lambang jati diri dan kebanggaan
rakyat, dan kecintaan terhadapnya harus disemarakkan. Tidak dapat disangkal bahawa bahasa
9

merupakan salah satu ciri atau penanda jati diri yang penting.Identiti dari segi bahasa dapat
ditinjau dari pelbagai perspektif dan konteks, termasuk fizikal, psikologi, sosial, etnik dan
nasional. Jiwa besar sesuatu bangsa turut diukur dari segi sikap, amalan dan kebanggaan mereka
terhadap bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Rasa bangga inilah yang akan dapat
menyemai dan mengukuhkan rasa nasionalisme dan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah
air.Keamanan, persefahaman, dan perpaduan yang kita capai selama ini adalah berkat kejayaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan, dan sebagai bahasa rasmi
negara.

Tidak hanya melalui hubungan sosial, Dasar Pendidikan

juga

penting dalam

menyerapkan semangat integrasi antara kaum iaitu melalui pelaksanaan Sekolah Wawasan yang
bertujuan mengeratkan perpaduan antara kaum di peringkat sekolah-sekolah rendah.Walaupun
pada hakikatnya telah wujud 3 aliran sekolah yang berbeza dan berasingan namun pelaksanaan
Sekolah Wawasan yang menempatkan 3 aliran sekolah dalam satu kawasan lebih jelas dan
menyeluruh.

.Perkongsian

maklumat

dan

kemudahan

membolehkan

murid-muridnya

berkomunikasi ,berkenalan dan bergaul bagi membentuk masyarakat yang toleran dan
kuat.Penyemaian

terhadap semangat perpaduan diperingkat akar umbi haruslah bermula

daripada awal.Sekolah merupakan saluran yang paling baik bagi menerapkan unsur
perpaduan.Anak kecil yang telah diasuh supaya bergaul baik dalam masyarakat berbilang kaum
akan terbiasa dengan corak pergaulan yang dinamik.Mereka tidak akan merasa berbeza antara
satu sama lain dan anak-anak ini akan membesar menjadi masyarakat yang prihatin kepada orang
lain serta sedia membantu

tanpa mempedulikan perbezaan warna kulit, latarbelakang dan

budaya masing-masing.Bak kata pepatah Kalau melentur biarlah dari rebungnya.

10

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, perpaduan antara kaum dapat mewujudkan suasana aman dalam hidup
bermasyarakat. Pepaduan terjalin antara rakyat dapat mengelakkan sebarang pensengketaan.
Pepaduan juga merupakan satu elemen terpenting dalam membina masyararakat yang kukuh
yang akan membawa kepada nilai-nilai muhibbah diantara kaum.. Perhubungan yang erat antara
kaum etnik-etnik di Malaysia akan menghasilkan masyarakat yang yang kuat dan di kagumi
oleh masyarakat antarabangsa.Penyatuan hati dan fikiran dikalangan etnik-etnik di Malaysia
akan membina negara bangsa yang maju yang menjadi nadi utama pembangunan dan kemajuan
Malaysia.Jati diri amat diperlukan bagi menimbulkan semangat nasionalisme cintakan
negara.Semangat nasionalisme ini akan melahirkan masyarakat Malaysia

yang sanggup

berkorban demi Negara yang tercinta.Perbezaan yang wujud antara etnik-etnik adalah sesuatu
yang indah dan akan menjadi bunga kepada imej Malaysia yang tercinta.Keunikan sesebuah
negara itu terletak pada rakyatnya yang berbilang kaum yang bersama-sama

hidup dalam

keadaan yang aman dan harmoni tanpa mengambil kira perbezaan ras etnik , budaya dan cara
hidup. Pihak kerajaan amnya dan rakyat khasnya perlu sama-sama berganding bahu memastikan
pepaduan yang ada pada hari ini tidak lenyap pada suatu hari nanti. Pepaduan merupakan asset
Negara yang paling bernilai demi menjamin kemajuan Negara menjelang tahun 2020.
Berusahalah untuk menerima kekurangan dan kelebihan orang lain, kuatkanlah barisan
perpaduan bagi kesejateraan dan kehormonian negara dan sejagat. Secara tidak langsung
membuatkan kita dapat menjiwai semangat 1 Malaysia.

11

RUJUKAN
1. Hassan Baseri Budiman(1997).Selepas 40 Tahun Merdeka:Perpaduan Kita Masih
Bermain Tarik Tali.Dewan Masyarakat

2. Jasiman Ahmad(2010).Siri Ke Arah 1 Malaysia:Insan Ideal.Kuala Lumpur.SABUNAI


MEDIA SDN.BHD

3. Jasiman Ahmad(2010).Siri Ke Arah 1 Malaysia: Dasar-Dasar Awam 1.Kuala


Lumpur.SABUNAI MEDIA SDN.BHD.

4. Jasiman

Ahmad(2006).Siri

Ke

Arah

Malaysia:Pembangunan

Negara.Kuala

Lumpur.Jade Green Publications Sdn. Bhd.

5. Info Penggerak Minda Rakyat,Bil: 3/2009 .Menghayati Semangat Perpaduan

6. Mok Soon Sang(2005).Nota Ulangkaji Dan Latihan PTK.Multimedia-ES Resources Sdn.


Bhd.

7. Mok Soon Sang (2001).Pendidikan Di Malaysia untuk Kursus Diploma Perguruan


Semester 2.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
8. Mok Soon Sang(2001).Pendidikan Di Malaysia untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 5.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

9. Modul Pusat pendidikan Luar@UPSI 2011

10. Ruslan Zainuddin, Zaini Othman,Mohd


Malaysia.Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

.Mahadee

Ismail(2005).Kenegaraan

12

Anda mungkin juga menyukai